02.09.2022 Views

MamaPapa Sept 2022

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.



PENA PENGARANG

Bertemu kembali dengan

harapan baharu!

Selepas melalui dua tahun yang penuh

mencabar, kini kita bertemu kembali

dalam edisi khas Anugerah Pilihan

Pembaca BabyTalk & MamaPapa, 2022!

Seperti menarik nafas yang segar,

semoga tahun ini dan akan datang

terus memberi pelbagai iktihar demi

menempuh kehidupan yang lebih sihat

dan selamat.

Bagi para ibu bapa, sudah tentu tugas

harian anda bukan mudah. Apapun

cabaran yang menanti, berdepanlah

dengan yakin dan dapatkan sokongan

daripada pelbagai pihak yang sedia

membantu anda.

Kami di BabyTalk dan MamaPapa,

sentiasa berada di barisan hadapan,

menjadi sistem sokongan berupa

maklumat dan ilmu mengenai pelbagai

aspek keibubapaan dan penjagaan

kanak-kanak. Kami akan terus

menyumbang informasi berguna dan

harapan ikhlas agar para ibu bapa

dapat menjadikannya rujukan yang

lengkap dan boleh dipercayai.

Sidang khas Anugerah Pilihan Pembaca

2022 kali ini, terus menjulang objektif

untuk memastikan para pembaca

dari semua jenis latar belakang

didedahkan dengan produk, jenama

dan perkhidmatan berprestij yang

layak disambut. Ia pastinya mengambil

kira input pembaca yang melibatkan

pertimbangan yang adil dan semasa.

Kami amat berharap agar semua

kandungan artikel dan anugerah

membantu anda memperoleh

pendedahan yang berguna sepanjang

perjalanan anda sebagai ibu bapa.

Kami di BabyTalk dan MamaPapa

sentiasa komited dalam hanya

memberikan yang terbaik untuk

pembaca kami.

Nizha Periaswamy

Isi Kandungan

MAMAPAPA

40 Panduan Keluarga:

Faedah Penyusuan Badan

& Peralatan Mesti Ada

Untuk Ibu Menyusu

46 Topik Semasa: Penjagaan

Kesihatan Ovari Yang Boleh

Menjamin Kesuburan

MANJA

03 Nutrisi: Panduan & Resipi

Makanan Bayi Homemade

43 Penjagaan Bayi dan

Kanak-kanak: Alahan

Bayi: Simptom, Punca,

Rawatan & Tips

49 Diari Medikal &

Kesihatan Bayi: 9 Perkara

Yang Anda Perlu Tahu

Mengenai Selesema Bayi

PENDIDIKAN

51 Sistem Pendidikan Yang

Dikagumi Di Dunia

Diterbit oleh:

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Nizha Periaswamy

Pengarah Seni

Chee Chin Min

Pereka Grafik

Nur Hazwani

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Central Paper Agencies Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin,

Dr. Agilan Arjunan, Dr. Nazrul Neezam

Nordin, Dr. Fahisham Taib, Dr. Kenneth

Looi Chia Chuin, Dr. Tee Shwu Hoon,

Jessie Foo Xiang Yi, Saw Bee Suan,

DoktorBudak.com dan LPPKN.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan

semakan telah dilakukan sebelum mengeluarkan

maklumat yang terdapat di dalam buku ini, namun

pihak penerbitan, pengarang, penasihat dan agen

tidak dengan mana-mana cara bertanggungjawab

di atas sebarang kesalahan, pengecualian atau

ketidaktepatan maklumat dalam bahan penerbitan

ini sama ada terhasil disebabkan kecuaian atau

sebagainya, atau sebarang akibat yang disebabkan

olehnya. Rangkuman atau pengecualian terhadap

mana-mana produk juga tidak bermakna

pihak penerbitan menyokong atau menolak

penggunaannya sama ada secara keseluruhan

atau khusus.

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada

persetujuan pihak penyunting dan tidak

terpengaruh kepada kandungan editorial atau

penyampaiannya. Pihak penerbit, pengarang,

penasihat dan agen tidak menjamin, secara

langsung atau tidak langsung, kualiti atau

keberkesanan sebarang produk atau perkhidmatan

yang digambarkan dalam iklan atau sebarang

material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2022. AcePremier.com Sdn Bhd.


Boleh didapati di:

Bookstores

Pharmacies

Associations

Hospitals/Clinics/

Specialists/

Medical Centres


NUTRISI

Panduan

& Resipi

Makanan Bayi

Homemade

Rasa buntu memperkenalkan

makanan pejal kepada si kecil

untuk kali pertama? Dalam

topik ini, kami akan

membantu anda untuk

memahami sepenuhnya

mengenai pengenalan

makanan pejal pertama

dalam hidup si kecil

supaya anda lebih yakin

untuk menyediakan resipi

sendiri secara homemade. Juga,

kami kongsikan beberapa resipi

homemade yang enak dan mudah

disediakan untuk si manja anda!

MamaPapa | September 2022

3


NUTRISI

Ketahui bila bayi anda

lapar

Ada kalanya, seorang ibu terlalu risau

jika si manja mereka tidak kenyang.

Seperti orang dewasa, bayi akan

menunjukkan perilaku tertentu apabila

mereka lapar. Untuk mengetahui

sama ada bayi anda kenyang atau

lapar, cuba berikan makanan dan lihat

bagaimana reaksi mereka.

• Bayi yang lapar akan membuka

mulut sepenuhnya apabila

disuapkan makanan.

• Bayi yang kenyang akan menolak

makanan dengan cara mengalihkan

kepala dan menutup mulutnya.

Bila bayi anda sesuai

menikmati makanan

pejal?

Seorang bayi tidak memerlukan

sebarang jenis makanan separa pejal

atau pejal sehinggalah usia mereka

mencapai 6 bulan dan ke atas.

Sebelum usia tersebut, satu-satunya

makanan terbaik untuk mereka ialah

susu ibu.

Pada usia 6 bulan, anda masih perlu

membekalkan susu ibu kepada mereka

kerana ia mengandungi sumber nutrisi

utama. Pada masa yang sama, anda

sudah boleh mula memperkenalkan

makanan separa pejal bagi memenuhi

keperluan nutrisi dalam badan mereka

yang semakin meningkat.

Makanan pertama

untuk si manja 6 bulan

Peringkat usia ini adalah saat paling

sesuai untuk mengajar si kecil

mengunyah. Selain itu, anda dapat

mendedahkan kepada mereka

kepelbagaian rasa iaitu, manis,

masam, pahit serta sedikit kepedasan.

Anda juga dapat mengajar mereka

mengenali hidangan sejuk dan panas.

Pada awalnya, rasa makanan baru

ini mungkin akan mengejutkan deria

rasa lidah mereka. Beri mereka masa

untuk menyesuaikan diri dengan

semua jenis rasa makanan dan jangan

berhenti apabila mereka menunjukkan

reaksi yang tidak selesa terhadap

sesuatu rasa makanan. Reaksi

comel seperti mengerutkan muka

adalah perkara biasa kerana lidah

mereka baru disentuh dengan suatu

pengalaman rasa yang baharu.

Permulaan yang indah

untuk si manja dengan

makanan homemade!

Anda pasti tidak sabar dan teruja

untuk menyediakan resipi makanan

homemade untuk si manja anda. Salah

satu kelebihan penyediaan makanan

bayi secara homemade ialah, ia tidak

memerlukan langkah yang sukar

sebagai mana yang anda persiapkan

ketika menyediakan makanan untuk

diri sendiri dan orang dewasa.

Pada peringkat awal, aktiviti

penyediaan makanan bayi secara

homemade mungkin akan

mengujakan hati para ibu. Namun,

jangan terkejut jika keterujaan anda

itu semakin menurun, sehingga satu

tahap, menu makanan homemade

bertukar kepada produk makanan

yang diproses memandangkan

ia lebih mudah untuk dibeli dan

menjimatkan masa anda!

Salah satu sebab mengapa

semangat itu menurun adalah

masalah kekeringan idea untuk

memperkenalkan menu baharu

kepada si manja. Seharusnya, perkara

ini tidak membataskan diri anda

kerana, terdapat beratus-ratus resipi

homemade yang boleh dihasilkan

daripada satu bahan yang sama! Apa

yang penting, sentiasalah merajinkan

diri untuk menerokai resipi-resipi

makanan baharu setiap hari.

Asas penyediaan

makanan bayi secara

homemade

Untuk memastikan penyediaan

makanan homemade menjadi lebih

lancar dan mudah, lakukan proses

berikut:

1. Sayur-sayuran yang agak keras

seperti kentang, lobak merah dan

ubi kayu boleh direbus, dikukus

atau dipanggang lebih awal

sebelum penyediaan menu yang

sesuai. Simpan dalam peti sejuk

sama ada dalam bekas atau plastik

kedap udara.

2. Pelbagai jenis daging seperti

ayam, lembu dan arnab boleh

direbus lebih awal dan disimpan

dalam bekas yang sesuai di dalam

peti sejuk. Kaedah rebusan sangat

baik untuk memastikan kesegaran

tekstur daging.

3. Buah-buahan pelbagai jenis.

Kebanyakannya boleh disimpan

di dalam peti sejuk tanpa perlu

direbus terlebih dahulu. Tetapi,

jika anda ingin menghasilkan

makanan daripada jenis buah

yang agak keras seperti epal dan

pear, ia boleh dipotong-potong

dan direbus lebih awal, sebelum

menyimpannya semula dalam

peti sejuk.

4. Potong saiz makanan secara

sekata. Sama ada anda

mengukus, merebus atau

memanggang makanan, pastikan

saiz potongan sekata untuk

memudahkan kerja anda semasa

menyediakan makanan.

5. Berhati-hati dengan makanan

panas. Terutama sekali, semasa

penyediaan makanan lembut

seperti puri. Elakkan daripada

mengisar makanan semasa ia

masih panas. Ini penting bagi

mengelakkan percikan api yang

mungkin berlaku akibat tindak

balas elektrik dengan bahan yang

menghasilkan haba.

6. Cuci sebersihnya kesemua

bahan sama ada buah-buahan,

sayur-sayuran, daging, telur, dan

sebagainya. Ini dilakukan sebelum

anda mula memasak.

4 MamaPapa | September 2022


Mengekalkan

kesegaran bahan

Teknik mengukus adalah

lebih baik berbanding

merebus. Kaedah mengukus

mampu mengekalkan

khasiat makanan, sedangkan

merebus akan mengurangkan

khasiat asli yang terkandung

dalam makanan.

Makanan pertama bayi

berumur 6 bulan

• Makanan pertama mestilah dalam

bentuk tekstur paling halus dan

lembut supaya mudah untuk

dikunyah dan ditelan oleh bayi.

• Anda boleh hasilkan puri, iaitu

makanan lembut yang dikisar

menggunakan pelbagai jenis bahan

seperti buah pisang, avokado, lobak

merah dan bubur yang dikisar halus.

• Berikan hidangan antara 2 atau 3

kali sehari menggunakan separuh

daripada cawan bersaiz sederhana.

• Pada peringkat awal, gunakan

sejenis buah sahaja dengan

rasa yang berbeza bagi setiap

hidangan. Ini untuk memastikan

jika makanan tersebut sesuai untuk

bayi anda atau mungkin penyebab

alahan makanan.

Makan pertama bayi

berumur 6 - 9 bulan

• Pada peringkat usia ini, anda sudah

boleh mencampurkan beberapa

jenis makanan serentak. Contohnya

dalam penyediaan puri. Anda

boleh kisar bersama lebih daripada

satu jenis buah-buahan.

• Tetapkan menu yang sama untuk

suatu tempoh. Maksudnya, cuba

tetapkan menu buah-buahan yang

sama untuk tempoh empat ke

lima hari, atau mungkin selama

seminggu sebelum menukarnya ke

menu yang baharu.

Makanan pertama bayi

berumur 10 - 12 bulan

• Peringkat umur ini paling sesuai

untuk mempelbagaikan sumber

makanan yang mengandungi

pelbagai khasiat, vitamin

dan mineral.

• Perkenalkan makanan yang lebih

berat umpamanya, ayam, daging

lembu, ikan, produk tenusu,

kekacang dan makanan dari

sumber bijirin seperti beras.

• Pada peringkat usia ini, anda

tidak semestinya menyediakan

makanan dalam tekstur yang halus

seperti puri. Sebaliknya, bentuk

makanan boleh disediakan dalam

potongan atau hirisan halus

bagi membiasakan bayi untuk

memegang dan mengunyah sendiri

makanan pepejal tersebut. Namun,

sentiasa pastikan makanan tersebut

dikukus, direbus atau dipanggang

untuk memastikan kelembutannya

supaya mudah untuk bayi anda

mengunyahnya.

Puri Lobak Merah

Bahan-bahan:

• 350 gm lobak merah

(dikupas & dipotong dadu)

Langkah - langkah

penyediaan:

1. Kukus lobak merah selama

20 minit

2. Keluarkan rebusan lobak

merah dan masukkan

dalam peti sejuk selama 20

minit untuk mengurangkan

haba rebusan.

3. Sediakan alat pengisar.

Masukkan lobak merah

dan tambahkan sedikit air

yang diambil daripada air

kukusan tadi.

4. Kisar sehingga tekstur

benar-benar halus.

Puding Beras

NUTRISI

Bahan-bahan:

• 1 cawan beras

• 2 cawan air

• ¾ tin susu cair

• 1 sudu teh garam

• 1 sudu teh esen vanila

• Sirap coklat/ strawberi /

serbuk kayu manis / buahbuahan

kering / buahbuahan

segar (sebagai

hiasan)

Langkah - langkah

penyediaan:

1. Masak beras bersama

dengan air menggunakan

api yang perlahan sehingga

air hampir kering.

2. Campurkan susu, gula &

garam. Kacau sehingga

campuran bertukar likat

dengan api sederhana.

3. Masukkan esen vanila dan

kacau rata. Kacau lagi

sehingga beras benarbenar

masak.

4. Setelah itu, tutupkan

api dan biarkan puding

nasi menjadi sejuk dalam

suhu bilik.

5. Kemudian, simpan dalam

peti sejuk antara 2 ke 3 jam.

6. Sebelum dihidangkan,

anda boleh hiaskan

dengan bahan hiasan

yang anda sukai sebagai

tambahan rasa.

MamaPapa | September 2022

5


NUTRISI

Makaroni Keju

Bahan-bahan:

• 350 gm makaroni

• 4 biji tomato - dibuang kulit

dan dipotong kecil

• 75 gm hirisan ayam yang

dicarik

• Sos putih

• 45 gm mentega

• 45 gm tepung

• 450 ml susu segar

• 85 gm keju Cheddar

• 60 gm parutan keju

Parmesan

• 40 gm serbuk roti (untuk

hiasan)

• 20 gm parutan keju

mozarella (untuk hiasan)

Langkah - langkah

penyediaan:

1. Rebus makaroni dalam air

yang dicampurkan dengan

sedikit garam.

2. Cairkan mentega dalam

kuali. Masukkan tepung

dan masak selama 1 minit.

Tambahkan susu sedikit

demi sedikit dan kacau

dengan api perlahan selama

5 minit.

3. Tutup api. Masukkan keju

Cheddar dan Parmesan dan

kacau sehingga keju cair.

4. Toskan rebusan air

makaroni. Letakkan dalam

kuali dan tuangkan ¾ sos

putih. Kacau sehingga

sebati perlahan-lahan.

Tambahkan hirisan tomato

dan ayam.

5. Masukkan hidangan ke

dalam bekas tahan panas

atau bekas aluminium.

Taburkan lebihan sos putih,

keju mozarella dan serbuk

roti di atasnya.

6. Bakar selama 35 minit

sehingga bahagian atas

keju bertukar ke warna

keperang-perangan pada

suhu 160 °C.

Nuget Ayam Krispies

Bahan-bahan:

• 200 gm dada ayam

• 100 ml susu segar

• 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)

• 1 sudu teh daun thyme segar

• 1 sudu besar jus lemon

• 45 gm Rice Krispies

• 15 gm keju Cheddar (diparut halus)

• 1 sudu Parmesan (diparut)

• 4 sudu besar tepung gandum

• 3-4 sudu minyak sayuran (untuk menggoreng)

• Secubit garam dan lada hitam

• 1 sudu besar susu

• 1 biji telur

Langkah - langkah penyediaan:

1. Potong dada ayam membentuk kiub atau empat segi. Masukkan ke

dalam mangkuk.

2. Campurkan potongan ayam dengan susu, bawang putih, thyme, jus

lemon, ¼ sudu teh garam serta sedikit lada hitam. Gaulkan.

3. Perap ia selama 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.

4. Masukkan Rice Krispies ke dalam mesin pemprosesan makanan dan

kisar sehingga halus.

5. Gaulkan kisaran Rice Krispies bersama keju, garam dan lada hitam.

6. Sediakan mangkuk kecil. Pecahkan telur, tambah sedikit susu dan kacau.

7. Campurkan tepung dengan sedikit garam dan lada hitam. Letakkan

dalam pinggan bersaiz besar.

8. Keluarkan perapan ayam dari peti sejuk. Golekkan potongan ayam ke

dalam adunan tepung sehingga rata, diikuti dengan celupan ke dalam

telur dan seterusnya Rice Krispies.

9. Panaskan minyak dan goreng nuget antara 2-3 minit sehingga

bertukar warna keperang-perangan.

10. Tos minyak sebelum dihidangkan.

Puri Pisang & Avokado

Bahan-bahan:

• 1 biji pisang bersaiz sederhana

• ½ biji avokado

Langkah - langkah penyediaan:

1. Kupas pisang dan avokado menjadi potongan kecil.

2. Masukkan kedua-dua bahan ke dalam pengisar. Tambahkan sedikit air.

3. Kisar sehingga tekstur bersatu dan menjadi lembut.

4. Segera dihidangkan kepada si kecil kerana warna buah-buahan ini

akan bertukar jika terdedah lama dalam udara terbuka.

Sumber: UNICEF & HealthLinkBC melalui laman web www.healthlinkbc.ca, www.annabelkarmel.com

6 MamaPapa | September 2022


Anugerah Pilihan Pembaca

BabyTalk & MamaPapa 2022

Kami amat berbesar hati di atas peluang untuk menyampaikan Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk &

MamaPapa 2022 kepada anda!

Berada pada tahun ke-11, kami teruja untuk sekali lagi menyambut jenama-jenama terhebat dan terkenal

di Malaysia menerusi anugerah ini. Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, BabyTalk telah menjadi platform

pilihan untuk mempamerkan nilai jenama dari industri keibubapaan, bayi serta kanak-kanak dan penjagaan

kehamilan. Setiap jenama ini dicalonkan dan diundi oleh para pembaca dan pengguna kami. Ia diiktiraf

atas kualiti produk, tarikan melampaui batasan masa, perkhidmatan pelanggan yang istimewa, kepercayaan

dan populariti yang menawarkan nilai ketara kepada pengguna tempatan dan seterusnya. Dengan begitu

banyak ciri-ciri yang ditawarkan, maka tidak hairan jenama-jenama ini telah mendapat tempat istimewa

di hati para pembaca kami dan melayakkan mereka kepada Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk &

MamaPapa yang berprestij sekali gus membezakan kedudukan mereka dengan yang lain.

Kami ingin menyampaikan setinggi ucapan tahniah kepada para pemenang Anugerah Diamond yang

memenangi Anugerah Pilihan Pembaca untuk lima tahun berturut-turut. Di sebalik pelbagai perubahan

sejak beberapa tahun yang lalu, jenama-jenama ini telah berjaya mengekalkan kualiti luar biasanya dan

membawa pelbagai inovasi serta penyelesaian baharu untuk memastikan gaya hidup yang lebih selamat,

sihat dan gembira.

Bagi mengiktiraf pasaran bayi, kanak-kanak dan keibubapaan yang luas di Malaysia, Anugerah PIlihan

Pembaca BabyTalk & MamaPapa didatangkan dalam pelbagai kategori, termasuk susu formula, makanan

dan perkhidmatan berpantang, produk penjagaan bayi termasuk peralatan tempat tidur, pakaian, barangan

kegunaan harian, mainan, penjagaan kulit untuk ibu dan bayi serta pilihan makanan sihat, produk sanitasi,

prasekolah, perbankan sel stem, pakar kesuburan, hospital dan banyak lagi. Kami amat memahami

keperluan industri untuk terus berkembang bagi menepati keperluan ibu bapa dan untuk itu, kami

memastikan setiap kategori dikemas kini selari dengan permintaan semasa.

Adakah anda bersedia untuk mengenal pasti para pemenang utama Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk

& MamaPapa tahun ini? Kita mulakan dengan bunyi drumroll sambil memperkenalkan jenama-jenama

yang telah menaik taraf cara hidup kita lebih dari apa yang diharapkan. Akhir sekali, pujian kepada semua

pemenang dan kami mengharapkan kejayaan yang lebih besar pada tahun-tahun akan datang!


susu untuk ibu menyusu

ANMUM TM LACTA

Sokonglah Perjalanan Penyusuan Anda

Dirumus khas untuk menyokong keperluan nutrisi para ibu menyusu, Anmum Lacta adalah susu untuk ibu menyusu

yang rendah lemak, rendah GI (Indeks Glisemik) dan mengandungi nutrien penting tanpa gula tambahan**. Ia

menggabungkan MFGM (Membran Globul Lemak Susu), Gangliosida, DHA, prebiotik inulin serta kalsium, folat, zat besi

dan vitamin-vitamin penting.

Ia merupakan satu-satunya jenama yang diformulasikan dengan Gangliosida, iaitu salah satu komponen MFGM, yang mana

menurut kajian, Gangliosida didapati banyak di dalam otak. Anmum Lacta juga merupakan satu-satunya jenama susu

untuk ibu menyusu di pasaran tanpa gula tambahan**.

Dua gelas Anmum Lacta setiap hari membantu menyokong 100% keperluan kalsium dan folat para ibu menyusu.

Penyerapan nutrien optimum adalah sama penting dengan pengambilan nutrien yang mencukupi. Anmum Lacta juga

diformulasi dengan inulin. Inulin ialah sejenis prebiotik yang membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan mengekalkan

persekitaran usus yang baik. Persekitaran usus yang baik amat penting untuk menyokong penyerapan nutrien yang efektif.

**Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah CODEX

Standard 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX membangunkan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa yang diselaraskan. Di bawah Peraturan-Peraturan

Makanan 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu ditakrifkan sebagai bahan pemanis.

www.anmum.com/my/en/products/anmum-lacta

www.facebook.com/AnmumEssentialMY


Semburan Pembasmi

kuman Semula Jadi

Eagle Brand (Cap Lang)

Bersih dan segar secara alami

Jika anda mencari kaedah semula jadi untuk melindungi diri dan keluarga dalam masa sama memastikan persekitaran

bersih dan segar, Eagle Brand (Cap Lang) Naturoil penyelesaian terbaik untuk ruang dalam rumah, kereta dan pejabat.

Eagle Brand (Cap Lang) Naturoil Natural Disinfectant Eucalyptus Spray menekankan manfaat penyembuhan Minyak

Eucalyptus menerusi semburan 2-dalam-1. Ia berfungsi untuk membasmi kuman dan menyegarkan udara, serta

menghilangkan bau dan meninggalkan bau dingin pudina yang menyegarkan pada ruang anda. Selain itu, produk mudah

digunakan ini diuji dan disahkan oleh PSB-TUV (Singapura) dan ChemLab (Singapura) untuk membunuh 99.9% kuman

dan bakteria dalam beberapa saat sahaja.

Selain Minyak Eucalyptus, kandungan Tea Tree Oil juga menawarkan pelbagai manfaat perlindungan. Diformulasi dengan

kandungan Tea Tree Oil yang terkenal untuk sifat anti-mikrob dan keradangannya, penyahjangkitan semula jadi, Naturoil

Natural Disinfectant & Antiseptic Tea Tree Spray secara semula jadi membasmi kuman dan menyahbau di samping mengelakkan

kuman dan bakteria. Sama seperti Semburan Eucalyptus, semburan ini juga telah diuji oleh ChemLab (Singapura) dan

terbukti membunuh 99.9% kuman dan bakteria dengan pantas. Oleh kerana ia mengandungi bahan antiseptik maka anda

juga boleh menggunakannya untuk menghilangkan bau kaki yang disebabkan oleh bakteria dan kulat.

Terkini, kedua-dua semburan pembasmi kuman semula jadi ini diuji keberkesanannya terhadap virus Covid-19 dan H1N1

oleh Viroxy Lab, Malaysia.

eaglebrand.com.sg/product/naturoil

www.facebook.com/eaglebrandmalaysia


Susu Formula Perkembangan

Kanak-kanak

Similac Intelli-Pro

MAL.2022.28296.SIM.1 (Exp:07/24)

Nutrien Penting Untuk Perkembangan Menyeluruh

Susu merupakan salah satu makanan utama yang membekalkan nutrien penting sepanjang tumbesaran fizikal dan

perkembangan mental kanak-kanak. Similac Intelli-Pro, susu keluaran Abbott Laboratories Sdn Bhd menyediakan segala

nutrisi penting yang diperlukan sepanjang tempoh kanak-kanak membesar. Ini terutama sekali untuk perkembangan sel-sel

otak kanak-kanak agar terus kekal berhubung di samping menyediakan nutrien penting untuk tumbesaran yang optimum.

Rumusan Minyak Sayuran Unik (UVOB) dengan kombinasi minyak bunga matahari, kelapa dan juga kacang soya membantu

menyerap nutrisi penting dalam kandungan susu tersebut. Manakala, kandungan DHA dan 7 nutrien lain yang membolehkan

kanak-kanak membesar dengan lebih cerdas dan cergas. Kandungan Omega 6 pula menjana perkembangan kognitif yang

lebih lancar dan penyerapan kalsium optimum supaya tulang menjadi lebih kuat. Similac Intelli-Pro menjadi pilihan yang

bijak untuk membantu perkembangan kongnitif dan tingkah laku serta pembelajaran agar kanak-kanak tidak terkesan

dengan masalah pencernaan dan ketidakselesaan demi perkembangan fizikal tubuh badan.

abbottnutrition.com.my/products/similac-intelli-pro

www.facebook.com/MyAbbottCares


Susu Formula Perkembangan

Kanak-kanak (SEMBELIT)

Similac ® Total Comfort ®

MAL.2022.28046.SIM

Menyokong Perut Sensitif & Kognisi

Adakah anak anda menghadapi gangguan pencernaan? Gangguan percernaan boleh mengganggu pertumbuhan kanakkanak

khususnya apabila mereka berada pada usia perkembangan yang penting. Menurut kajian, satu daripada empat

kanak-kanak mempunyai sekurang-kurangnya satu gejala gangguan percernaan seperti perut kembung, sembelit dan

menangis/cerewet 1 . Similac ® Total Comfort ® dirumus khas untuk menyokong perut sensitif dan kognisi dengan protein yang

mudah dicerna. Similac ® Total Comfort ® juga mengandungi 2’-FL untuk menyokong sistem pertahanan badan dan juga

sistem Eye Q untuk pembelajaran yang lancar.

Rujukan:

1. Tillberg et al. 2015. The Journal of Pediatrics.

abbottnutrition.com.my/products/similac-total-comfort

www.facebook.com/MyAbbottCares


Susu Formula Perkembangan

Kanak-kanak (PREMIUM)

Similac Gain Plus Gold Langkah 3

MAL.2022.28390.SIM.1 Jun/24

Menyokong Sistem Tubuh Untuk Fizikal dan Mental Yang Sihat

Produk susu Similac Gain Plus Gold Langkah 3 untuk kanak-kanak berusia 1-3 tahun oleh pengeluar produk makanan dan

minuman yang terkenal, Abbott Laboratories Sdn Bhd memberi jaminan untuk terus menawarkan produk berkhasiat dan

terbaik untuk anak anda. Formulasi unik Similac Gain Plus Gold Langkah 3 termasuk kandungan 2-FL yang merupakan

oligasakarida semula jadi serta kandungan Nukleotida yang menyokong sistem imun anak anda. Selain itu, Similac Gain

Plus Gold Langkah 3 juga mengandungi Sistem Nutrisi Eye-Q (Lutein, Vitamin E semula jadi dan DHA) yang merupakan

formula khusus untuk perkembangan sistem otak dan menyokong pembelajaran pantas. Semua ini menjadikannya susu

pilihan ibu bapa masa kini yang mahukan hanya yang terbaik anak mereka. Ini kerana pemakanan yang baik merupakan

asas kepada pembangunan dalaman khususnya minda, emosi dan fizikal.

abbottnutrition.com.my/similacgainplus

www.facebook.com/MyAbbottCares


MINYAK MASAK SIHAT

UNTUK KELUARGA

MINYAK MASAK Naturel BLeND

Jom Sertai Hidup Sihat Naturel

Susulan usaha untuk bangkit dari bayangan pandemik Covid-19, pengamalan gaya hidup sihat mula menjadi keutamaan

setiap rakyat Malaysia. Perbualan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan kebelakangan ini rata-rata saling mengingatkan

satu sama lain untuk mengutamakan kebersihan, kekal selamat dan sihat. Pandemik ini telah meningkatkan kesedaran orang

ramai untuk menilai status kesihatan fizikal kendiri dan kepentingan untuk membina sistem imuniti yang lebih kuat.

Penjenamaan Naturel yang bertemakan ‘Jom Sertai Hidup Sihat Naturel’ amatlah relevan dengan situasi kini dan terus

memberi inspirasi kepada pengguna untuk mengamalkan ‘Pemakanan yang Sihat, Meningkatkan Kecergasan Diri dan

Mengatasi Stres’ demi mencapai gaya hidup yang lebih sihat.

Dalam beberapa tahun ini, rangkaian minyak masak dan sapuan sihat jenama Naturel yang memenangi anugerah semakin

berkembang popular dalam kalangan isi rumah di Malaysia sebagai sebahagian daripada masakan harian dan repertoir

makanan. Produk utama jenama ini, Minyak Masak Naturel Blend sering dijumpai di dapur rumah untuk penyediaan

hidangan sihat. Amat dikenali dengan pembungkusan botol berwarna hijau epal, Minyak Masak Naturel Blend turut

menawarkan khasiat Omega-3 dan Omega-6 yang seimbang untuk kesihatan yang baik.

Seiring dengan misi jenamanya yang mengalakkan pengamalan gaya hidup sihat, Naturel meneruskan usahanya dalam

inovasi produk untuk memenuhi keperluan pengguna abad ke-21. Berlandaskan kejayaan daripada pelancaran produk

pasta organik dan pasta organik bebas gluten, pengguna setia Naturel boleh menikmati lebih banyak produk organik

berasaskan tumbuhan yang akan diperkenalkan di pasaran Malaysia.

www.lamsoon.com.my/prodNaturel_Cooking.asp

www.facebook.com/naturelmalaysia.official


Minyak Zaitun

MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN Naturel

Rasailah Kesegaran Minyak Zaitun Dari Sepanyol

Trend kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kendiri menjurus lebih ramai orang untuk mengamalkan

penggunaan minyak masak yang lebih sihat dalam diet seharian mereka. Oleh itu, minyak zaitun sentiasa menjadi antara

pilihan utama. “Kesegaran” merupakan elemen yang amat penting dalam memilih minyak zaitun yang baik.

Minyak Zaitun Naturel “Extra Virgin” yang memenangi pelbagai anugerah telah membina reputasi baik dalam kalangan

rakyat Malaysia sebagai minyak zaitun pilihan No.1, kerana produknya mempunyai kualiti segar terkawal dan konsisten.

Tambahan pula, minyak zaitun ini dihasilkan dengan gabungan tiga jenis kultivar buah zaitun, iaitu Hojiblanca, Arbequina

dan Picual (HAP), dan pokok-pokok buah zaitun ini tumbuh subur di dusun buah zaitun semula jadi di Andalusia, Sepanyol.

Dalam tempoh 24 jam selepas penuaian, buah-buah zaitun melalui proses pengekstrakan minyak secara “cold pressed”

untuk mengekalkan kesegaran minyak zaitun tulen dan nutrisi yang sihat. Sejurus sebelum diisi dan dipek ke dalam botol,

minyak zaitun tulen ini akan melalui proses kawalan kualiti yang ketat. Ia kemudiannya dihantar terus ke Malaysia. Jenama

Naturel berusaha untuk memastikan minyak zaitun yang lebih sihat dan segar disediakan kepada pengguna, seumpama

anda menikmatinya terus di Sepanyol.

Sebagai usaha untuk memenuhi kehendak pengguna, inovasi produk dikembangkan di mana Minyak Zaitun Naturel juga

didatangkan dalam format semburan mudah yang sesuai untuk masakan ringan. Bagi meluaskan kepelbagaian pilihan,

jenama Naturel turut memperkenalkan variasi Minyak Zaitun Avokado dan Minyak Zaitun Truffle Putih.

www.lamsoon.com.my/prodNaturel_Olive.asp

www.facebook.com/natureloliveoil.my


Pasta Organik

Pasta Organik Naturel

Pastinya Jadi Pilihan!

Seiring dengan trend kesihatan terkini, lebih ramai peminat pasta mencari produk pasta yang lebih sihat melalui pertanian

organik dan beretika. Pasta buatan negara Itali, dengan kandungan 100% gandum durum organik, Pasta Organik Naturel

mempunyai Indeks Glisemik (G.I.) dan tahap lemak yang rendah serta bebas garam. Ciri-ciri produk tersebut boleh

membantu pengawalan berat badan dan kadar gula darah. Amalan diet yang sihat tidak semestinya membosankan.

Dengan pelbagai pilihan seperti spageti, macaroni dan fusilli, para peminat Pasta Organik Naturel boleh menikmati

keenakan dan kebaikan pasta.

Jenama Naturel juga menawarkan rangkaian pasta bebas gluten kepada pengguna yang sensitif terhadap gluten atau

mereka yang ingin mengelakkan gluten dalam diet seharian. Pasta Tanpa Gluten Organik Naturel ini padat dengan nutrisi

dan bebas telur, tenusu dan kolesterol. Tambahan lagi, ia mempunyai kandungan serat yang tinggi dan pastinya melengkapkan

tawaran pasta organik biasa.

Pasta jenama Naturel ini telah mendapat sokongan yang padu daripada peminat-peminat pasta dan sesungguhnya menerima

banyak anugerah produk. Untuk memuaskan hati para peminat jenama Naturel, jenama ini bakal melancarkan lebih banyak

produk organik yang menarik dan bernutrisi tinggi.

www.lamsoongroup.com/prodONaturel_Pasta.asp

www.facebook.com/naturelmalaysia.official


Kicap Soya Cair

Kicap Soya Cair Klasik Knife

Lebih Aroma, Lebih Rasa!

Minyak masak Knife merupakan jenama minyak masak yang terkenal dan dipercayai secara turun-temurun di seluruh

pelosok negara. Seterusnya, kejayaan Kicap Soya Cair Klasik Knife memang membanggakan, setelah mendapat penerimaan

produk yang meluas dari pengguna-pengguna jenama Knife yang setia. Kini, kicap soya tersebut menawarkan rasa yang

lebih menyelerakan, beraroma, dan ia pasti menyerlahkan keenakan dalam pelbagai masakan harian anda. Kicap Soya Cair

Klasik Knife juga diiktiraf sebagai 5 jenama kicap soya paling sedap di Malaysia setelah terpilih oleh panel penguji bebas

Majalah Flavours pada tahun 2010.

Untuk memberikan nikmat rasa yang lebih baik kepada para pengguna setianya, Kicap Soya Cair Klasik Knife telah berjaya

melakukan empat (4) pembangunan produk, iaitu:

Mempertingkat kualiti kacang soya kepada Non-GMO

Dibru secara semulajadi dan lebih lama

Fasiliti kilang pengeluaran yang bersih dan diperakui HACCP

Rasa umami yang lebih “kaw”

Dengan teras slogan Knife, “Lebih Aroma Lebih Rasa”, Kicap Soya Cair Klasik Knife pastinya akan menjadi pilihan kicap

soya yang terbaik untuk memasak pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan.

www.lamsoon.com.my

KnifeDelicious


Minyak Bijan tulen

Minyak Bijan TULEN 100% Knife

Penuh Beraroma dan Berperasa Kacang “Toasted”

Minyak Bijan Tulen 100% Knife sememangnya mantap dan menyelerakan bagi semua jenis masakan. Setiap titisan minyak

bijan tulen ini penuh beraroma dan berperasa kacang panggang yang sedap.

Terdapat 2 jenis minyak bijan; iaitu jenis yang dipanggang dan tidak dipanggang. Apabila kita merujuk minyak bijan dalam

resipi, biasanya ia adalah minyak bijan yang dipanggang. Secara praktis, minyak bijan selalu digunakan sebagai minyak

perisa dan pelengkap makanan. Minyak Bijan Tulen 100% Knife merupakan jenama popular yang memenangi pelbagai

anugerah pengguna dan semestinya ia menjadi bahan yang penting dalam masakan semua golongan masyarakat. Untuk

mencapai standard kualiti dan rasa yang terbaik, Minyak Bijan Tulen 100% Knife dibuat dengan biji bijan terpilih, dipanggang

dengan suhu rendah dan minyak akan diekstrak apabila ia mencapai warna merah bara, beraroma dan berperasa kacang

panggang yang lebih kuat dan menyelerakan.

Selain itu, setiap sidang pengeluaran minyak bijan Knife perlu melalui ujian kestabilan sejuk selama 3 hari pada suhu rendah

di mana minyak mesti kekal cair sepanjang masa. Padahal, minyak bijan berkualiti rendah dipejal di bawah suhu sejuk. Oleh

itu, hanya minyak bijan Knife adalah standard sebenar “Tulen 100%”. Ia juga padat dengan kebaikan antioksidan yang

tinggi dan bebas kolesterol.

www.lamsoon.com.my

KnifeDelicious


Susu Formula

Perkembangan Kanak-kanak

(Nutrisi Seimbang)

Morinaga Chil-kid

Susu Formula Morinaga – Nutrisi Optimum dan Seimbang* Bermula Di Sini

Susu Formula Morinaga telah diperkenalkan di Malaysia pada 1968 dan merupakan jenama susu pertama dari Jepun yang

dijual di sini. Disokong dengan kajian saintifik yang mendalam sejak lebih 100 tahun, susu yang diperakui halal ini

membekalkan nutrisi berkualiti tinggi kepada pengguna Malaysia sejak tiga generasi yang lalu.

Morinaga Chil-kid ialah susu formula perkembangan kanak-kanak yang seimbang dengan lebih 45 nutrien penting termasuk

AA+DHA, GOS, 5 Nukleotida, Omega 3&6 LCPs dan 27 nutrien utama yang mempromosi perkembangan dan pembangunan

sihat dalam kalangan kanak-kanak berusia 1 hingga 7 tahun. Ia dirumus khas dengan keseimbangan optima AA+DHA,

Protein, Lemak dan Tenaga untuk melengkapi keperluan nutrisi kanak-kanak Asia.

Morinaga Chil-kid dihasilkan di kilang canggih seni khas di Belanda dengan piawaian pematuhan yang tegas selari dengan

proses kawalan kualiti antarabangsa. Ibu bapa dijamin dengan standard kualiti, nutrisi, kebersihan dan keselamatan

tahap tertinggi.

Morinaga Chil-kid merupakan pilihan kegemaran semua ibu yang mahukan hanya yang terbaik untuk anak mereka!

*Harus disertakan dengan nutrisi sebenar dari makanan pelengkap.

*NCCFN (2017). Pengambilan Nutrien yang disyorkan di Malaysia. Laporan oleh Kumpulan Kerja Teknikal Terhadap Garis Panduan Nutrisi. Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pemakanan

dan Nutrisi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

www.facebook.com/MorinagaMilkMalaysia | www.facebook.com/KeluargaMorinagaMalaysia

morinagamilk.com.my

www.instagram.com/morinaga_malaysia


Bijirin Sihat untuk

Ibu Menyusu

ItsColl Multigrainz

Kebaikan Padat-Nutrien untuk Kesihatan dan Kesejahteraan Postpartum Ibu Menyusu.

Di antara menyusu dan menjaga bayi baru lahir serta diri sendiri, menguruskan diet dan berat badan yang sihat boleh

menjadi satu cabaran besar kepada ibu-ibu selepas bersalin.

Dan kerana itulah, itsColl Multigrainz disarankan sebagai penyelesaian yang ideal, sebagai satu-satunya minuman berkhasiat

di pasaran yang mengandungi 22 jenis bijirin dan 20 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, serta prebiotik.

Multigrainz diformulasikan dengan Oxxynea, makanan berkepekatan lengkap terdiri daripada 20 jenis buah-buahan dan sayursayuran

yang kaya dengan polifenol (dibangunkan oleh syarikat penyelidikan makanan polifenol yang paling dipercayai di

Perancis) yang membantu menggalakkan kesihatan kulit dan memperbaiki penglihatan serta sarat dengan faedah anti-penuaan.

Merupakan sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral, ia terdiri daripada 22 jenis bijirin dan prebiotik seperti

Serbuk Inulin, Serbuk Beras Perang dan Beri Biru yang membantu membina imuniti, mengekalkan tulang dan gigi yang kuat,

mengurangkan risiko saluran darah tersumbat dan menggalakkan rasa kenyang. Ia dilengkapi dengan 9 Colours Nutrition,

yang merangkumi Serbuk Ubi Bit; tinggi antioksidan dan potassium, berfungsi untuk mengurangkan tekanan darah tinggi

dan menggalakkan peredaran darah dan fungsi hati. Multigrainz adalah produk bebas kolesterol berasaskan tumbuhan yang

TIDAK mengandungi sebarang bahan kimia, soya, kekacang, perasa, pengawet atau pewarna tiruan, menjadikannya pengganti

makanan paling ideal untuk ibu menyusu. Ia juga diluluskan oleh KKM dan didatangkan dengan pensijilan GMP, HACCP, MESTI

dan Halal. Oleh itu, para ibu selepas bersalin boleh bergantung pada Multigrainz untuk mendapatkan diet yang seimbang

dan berkhasiat sehari-harian sambil memastikan susu ibu yang sihat demi kesejahteraan keseluruhan.

itscoll.com

www.facebook.com/itscoll.malaysia

www.instagram.com/itscoll.official


Lampin (Pita)

LAMPIN MOLFIX

Kesesuaian Sepanjang Masa

Jika para ibu bijak mengenal pasti perkara yang terbaik untuk anak mereka, Molfix pula bijak menawarkan lampin pakai

buang yang mengekalkan keceriaan dan keselesaan si kecil sepanjang masa. Jenama lampin ke-5 terbesar di dunia, boleh

didapati di lebih 100 negara sejak dua dekad yang lalu, Molfix terus kekal sebagai peneraju yang mengubah idea kepada

teknologi dan produk baharu menerusi penyelidikannya yang mantap.

Sebahagian daripada tawaran inovatif koleksi jenama berkualiti tinggi ini ialah, Lampin Molfix Natural Tape yang menawarkan

keselesaan utama kepada bayi menerusi penggunaan material kapas lembut dan organik* yang disepadukan dengan saluran

gebu khas yang membantu pernafasan kulit bayi. Lapisan kering tambahan yang diperbuat daripada gentian buluh* pula

teknologi pertama kali yang diperkenalkan Molfix untuk penyerapan yang pantas dan mudah.

Manakala, Lampin Molfix Extra Dry Tape direka khas untuk memastikan bayi lebih kering dengan kelembutan kapas yang

sangat halus* agar ia lembut pada kulit bayi anda. Variasi ini juga dipasang dengan Sistem Elastik 5D yang mencengkam

pinggang bayi anda dengan lengkap tanpa terlalu ketat atau longgar lebih-lebih lagi apabila mereka sibuk meneroka

tumbesaran dalam persekitaran rumah!

Molfix Natural Tape dan Extra Dry boleh didapati dalam pelbagai saiz agar membolehkan para ibu bapa memilih yang

benar-benar sesuai dengan anak mereka. Lampin berseluar dan pengelap basah turut melengkapkan barisan produk

jenama ini.

*Sila rujuk maklumat terperinci dalam pakej setiap produk

www.molfix.com.my www.facebook.com/MolfixMalaysia www.instagram.com/molfix.malaysia


Lampin Seluar

LAMPIN MOLFIX

Kulit Bayi Kekal Kering dan Terlindung Dengan Keselesaan Optimum

Perkara terawal yang menjadi keutamaan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata ialah, mendapatkan lampin yang

benar-benar menjaga dan melindungi kulit bayi tanpa sebarang kesan sampingan. Lampin Seluar Molfix yang mempunyai

jaminan mesra kulit bayi ini didatangkan dalam variasi Lampin Molfix Extra Dry Pants dan Lampin Molfix Natural Pants.

Kedua-duanya merupakan pilihan bijak kerana masing-masing mempunyai keunikan tersendiri mengikut pilihan ibu bapa

demi kesesuaian anak mereka.

Bagi Molfix Natural Pants yang mempunyai ciri 360°, Anti-Red Mark Silky Soft Belt yang mana bahagian cengkaman yang

diperbuat daripada gentian serat seakan memeluk pinggang dan kaki secara lembut agar bayi berasa selesa tanpa sebarang

masalah kemerahan kulit. Bagi Lampin Molfix Extra Dry Pants pula didatangkan dengan cengkaman pinggang Super Puffy

Belt yang memberi kelembutan kapas dengan perlindungan penyerapan tambahan. Dengan bantuan pengeringan pantas

permukaan beralun, bayi anda kekal kering dan ceria. Setiap unit lampin Molfix ini dinyah kuman dengan cahaya UV-C

sebelum dibungkus sekali gus membuktikan tahap kebersihan dan keselamatan yang diamalkan Molfix.

www.molfix.com.my www.facebook.com/MolfixMalaysia www.instagram.com/molfix.malaysia


Semburan Hidung

Untuk Bayi

Sterimar Nose Hygiene Baby

Si Kecil Bernafas Selesa

Masalah hidung tersumbat ternyata tidak menyeronokkan, dalam apa jua keadaan sekalipun. Jadi, bayangkan ketidakselesaan

yang dialami oleh bayi kecil, ketika bernafas, ketika menyusu dan tidur, satu pengalaman yang pastinya sukar. Dibuat

khusus untuk penjagaan ronga hidung bayi, Sterimar Nose Hygiene Baby menawarkan penyelesaian yang mesra dalam

masa yang sama berkesan untuk membantu menangani masalah seperti lendir berlebihan, hidung tersumbat dan masalah

hidung lain yang memberi cabaran kepada bayi. Sterimar Nose Hygiene Baby diperbuat menggunakan 100% air laut

semula jadi dari Perancis, ia mengandungi unsur surih dan mineral laut untuk memastikan hidung bayi sentiasa sihat dan

lembap. Ia juga mengekalkan homeostasis hidung secara alami dan membantu mencegah selesema serta masalah hidung

tersumbat akibat sinus.

Muncung yang direka khas menghalang sebarang ketidakselesaan pada ronga hidung dan tekanan mikro halus pada semburan

juga mesra digunakan ke atas bayi. Sterimar Nose Hygiene Baby membantu mengelak hidung tersumbat akibat selesema dan

resdung sekali gus memperbaiki pernafasan bayi untuk tidur yang lena dan penyusuan botol atau badan yang sempurna.

Oleh kerana tidak menggunakan sebarang ubat, steroid, atau bahan pengawet, Sterimar Nose Hygiene Baby amat selamat

untuk bayi (disyorkan untuk usia 0-3 tahun), malah, ia juga boleh digunakan bersama ubatan hidung yang lain. Produk ini

mempunyai injap anti-refluks untuk pemeliharaan penuh, bagi memastikan kandungannya bebas dari sebarang pencemaran.

www.shopee.com.my/hyphenspharma.os

www.facebook.com/SterimarMY

www.instagram.com/sterimar_malaysia


Semburan Hidung

untuk Golongan Dewasa

Sterimar Nose Hygiene And Comfort

Lama-kelamaan, Hidung Tersumbat

Pencemaran udara, satu masalah yang menjejaskan kehidupan kita kerana ia menyumbang kepada beberapa masalah

kesihatan seperti sesak nafas, batuk, semput dan sakit lelah. Ia diikuti Covid-19 yang mengganggu rutin kehidupan masyarakat

sedunia sejak beberapa tahun yang lalu dengan pelbagai cabaran yang tidak pernah dialami sebelum ini. Amalan menggunakan

pembersih tangan yang kerap, penggunaan pengelap tisu basah, tidak ketinggalan, pelitup muka menjadi punca kepada

masalah hidung tersumbat dan masalah pernafasan yang lain. Sterimar Nose Hygiene and Comfort merupakan solusi kepada

penjagaan kesihatan dan kesejahteraan seluruh anggota keluarga.

Semburan hidung pemenang anugerah ini mengandungi larutan air laut semula jadi dari pesisir pantai Brittany di Perancis

yang kaya dengan unsur surih dan mineral laut. Menyerupai komposisi semula jadi plasma dan sel-sel tubuh badan manusia,

semburan ini membantu menyingkirkan perengsa bawaan udara seperti debunga dan habuk, sambil merawat masalah

berkaitan telinga, hidung dan lidah (ENT), antaranya ialah hidung tersumbat, rinitis, selesema dan resdung. Segala pujian

kepada muncung Sterimar yang direka khas menghasilkan mikrodiffusi untuk memastikan penembusan sempurna bahan

aktif demi pembersihan saluran ronga hidung menyeluruh dan mengelakkan pengumpulan lendir. Ia juga mengekalkan

kelembapan ronga hidung bagi mengelakkan kekeringan dan jangkitan.

Sterimar Nose Hygiene and Comfort tidak mengandungi bahan ubat hidung, steroid, ubat penenang atau bahan pengawet.

Ia boleh digunakan dengan selamat setiap hari oleh kanak-kanak (tiga tahun ke atas) serta dewasa sehingga enam kali sehari.

www.shopee.com.my/hyphenspharma.os

www.facebook.com/SterimarMY

www.instagram.com/sterimar_malaysia


Penghalau Nyamuk

Penghalau Nyamuk BerryC

Menjauhkan Serangga Secara Alami

Sama ada anda berada di luar atau di dalam rumah, anda tidak dapat mengelak daripada serangan gigitan serangga.

Sebilangan besar gigitan dan sengatan serangga tidak berbahaya dan akan sembuh dalam masa beberapa jam atau hari.

Walau bagaimanapun, sesetengah gigitan boleh menyebabkan reaksi alahan, manakala gigitan sesetengah nyamuk pula

boleh membawa penyakit seperti denggi atau malaria. Oleh itu, bawalah “BerryC Insect Repellent” bersama pada setiap

masa bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk dan serangga.

“BerryC Insect Repellent” diperbuat daripada Minyak Pokok Teh Asli Australia (Australian Tea Tree Oil) dan ekstrak Eucalyptus

Lavender gred tertinggi. Ia sangat berkesan dalam menghalau nyamuk dan serangga seperti kutu, semut, agas, lalat buah

dan juga pepijat. Minyak Pokok Teh (Tea tree oil) berfungsi melindungi bau badan daripada menjadi daya tarikan serangga,

sekali gus ia mampu melindungi diri anda daripada gigitan serangga.

Dengan formula bebas DEET, “BerryC Insect Repellent” sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan mempunyai sifat unik

yang mampu melegakan rasa pedih dan gatal akibat gigitan serangga. Selain itu, ia juga boleh digunakan pada pelbagai

permukaan, termasuk pakaian, sarung kaki, tempat tidur, khemah dan jaring. Hanya dengan satu semburan ia mampu

memberi perlindungan selama dua jam dengan bauan semula jadi lavender yang menyegarkan. Ia juga mengandungi bahan

antibakteria dan formula tidak melekit, tidak mudah terbakar dan berasaskan air. Oleh itu, ia tidak akan meninggalkan

kesan kotoran di atas permukaan, rendah risiko kebakaran dan mesra alam sekitar. “BerryC Insect Repellent” mudah

digunakan: goncang sebelum digunakan, sembur dua kali terus pada kulit, permukaan atau pakaian dan sembur semula

setiap dua jam untuk perlindungan berterusan.

www.berryc.my www.facebook.com/berryctevo www.instagram.com/berryctevo


Semburan Sanitasi

Tanpa-Alkohol

Semburan Sanitasi BerryC

Sanitasi dengan Perlindungan Tahan Lama

Jika anda sedang mencari produk sanitasi atau pembasmi kuman yang berkualiti dan boleh dipercayai, “BerryC Sanitiser

Spray” merupakan pilihan yang paling tepat. Ia menawarkan perlindungan yang sempurna dengan formula yang terbukti

secara saintifik.

Sanitasi berasaskan air ini bukan sahaja selamat pada kulit malah ia telah diuji dari makmal dan terbukti mampu membunuh

99.99% virus korona dan kuman.

Formula khas “BerryC Sanitiser Spray” direka berdasarkan objektif yang jelas iaitu untuk menghapuskan mikrob serta

menawarkan perlindungan sehingga 28 hari untuk kediaman anda. Ia direka khas dengan fungsi 3 dalam 1, iaitu membersih,

melapisi dan melindungi permukaan yang disembur agar ia dapat menghapus sebarang pencemaran atau kotoran;

menghasilkan satu lapisan perlindungan dan mengurangkan pembiakan mikrob di atas permukaan tersebut.

Formula sanitasi mesra kulit ini telah menjalani Ujian Kerengsaan Kulit EpiDerm oleh SIRIM, dan ini bermakna anda tidak

perlu risau tentang kewujudan bahan kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda. Formula bebas toksik ini

juga telah melepasi ujian keselamatan manusia dan alam sekitar serta memperoleh sijil REACH. Di samping itu, ia juga telah

diuji selamat untuk pengambilan secara oral (diuji pada 5000Mg/g). Oleh kerana tidak mengandungi sebarang alkohol, jadi

ia tidak akan mengeringkan kulit anda.

Selain itu, “BerryC Sanitiser Spray” juga mengandungi bahan antimikrob yang berdaftar dengan Europe Biocide Directive

(98/8/EC) dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS. Ia turut membantu menguraikan bau organik dan bukan organik

dengan memecahkan mikrob bagi memastikan persekitaran rumah berbau segar, bersih dan nyaman. Sanitasi serbaguna

“BerryC Sanitiser Spray” boleh digunakan untuk pelbagai keperluan termasuk rumah, peralatan peribadi, pejabat, penjagaan

keluarga, dalaman kereta dan banyak lagi.

www.berryc.my www.facebook.com/berryctevo www.instagram.com/berryctevo


Setor Pakaian Bayi

Dalam Talian

Baby Mogma

Pakaian Bergaya dan Berkualiti Tinggi Untuk Si Kecil

Si kecil anda berhak mendapat yang terbaik dan ini termasuk pakaian mereka! Namun, bukan mudah untuk para ibu di

Malaysia mencari dan mendapatkan pakaian yang berkualiti baik untuk anak mereka apatah lagi ketika di tengah-tengah

waktu pandemik ini. Baby Mogma memahami masalah para ibu dan menawarkan pakaian berkualiti tinggi dalam masa

yang sama penuh bergaya dan selesa selari dengan moto, “Peluk dengan Keyakinan” (Cuddle with Confidence). Ditemui

pada tahun 2020 apabila dunia ini ditakluki virus Corona, Baby Mogma menekankan kualiti terbaik mereka dalam koleksi

pakaian kanak-kanak untuk lelaki, perempuan mahupun pakaian uniseks untuk kegunaan luar dan tidur. Bagi memastikan

keselesaan berpakaian si kecil anda dari hujung kaki ke hujung kepala, jenama tersebut juga menawarkan pelbagai aksesori

seperti topi simpul, sarung tangan, bib dan bedung.

“Jenama yang baik bukan hanya mengenai produk yang berkualiti. Kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan juga

memainkan peranan utama. Kami mahu menawarkan produk berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang agar ibu bapa

berasa selamat dan berkeyakinan untuk membeli-belah bersama kami,” petik falsafah jenama itu. Baby Mogma juga amat

menitik berat keperluan ibu bapa dan sering berkongsi tip mengenai penjagaan bayi antara ibu dan bapa.

Sejak dilancarkan dua tahun yang lalu, Baby Mogma terlah berkembang pesat dan merancang untuk menyampaikan

perkhidmatan dan produk yang lebih baik dalam masa akan datang.

babymogma.com www.facebook.com/babymogma www.instagram.com/babymogma


Seluar Legging Ibu Hamil

Bmama Maternity Legging

Set Legging Pembentuk Badan Hamil yang Selesa & Bergaya (Panjang & Pendek) untuk Ibu Mengandung

Jika anda sedang mengandungkan anak dan mencari seluar legging yang selesa dan bergaya untuk dipakai, maka Legging

Pinggang Tinggi Ibu Hamil Bmama Slim Fit Stretchable adalah pilihan yang tidak pernah mengecewakan. Mempunyai

rongga untuk kulit bernafas, boleh diregangkan dan selesa dipakai sepanjang kehamilan, ia merupakan pilihan wajib ada

di dalam koleksi pakaian ibu hamil. Seluar ini cukup elastik untuk menampung perut yang semakin membesar, dan pada

masa yang sama memberi banyak sokongan.

Legging ibu hamil yang memenangi anugerah ini menawan hati para ibu Malaysia dengan kualiti produk yang tiada

tandingan. Semestinya, setiap ibu berhak merasai yang terbaik semasa sedang hamil dan Bmama menyediakan ruang

tambahan kecil atau sokongan terbina yang diperlukan pada bahagian perut.

Sama ada mencari legging untuk dipakai secara kasual di rumah, untuk kegunaan aktiviti aktif seperti senaman yoga atau

sekadar melakukan rutin harian, Bmama Maternity Legging memenuhi semua keperluan itu.

Diperbuat daripada Benang Lycra, ia membantu mengekalkan suhu badan demi keselesaan dan melindungi kulit daripada

bahang matahari.

Berbentuk langsing, pinggang tinggi dan cengkaman buku lali, Bmama Maternity Leggings menawarkan perlindungan

dan sokongan penuh sambil mengekalkan gaya sepanjang perjalanan kehamilan!

www.bmama.com.my

www.facebook.com/bmama.maternity

www.instagram.com/bmama_official


Pusat untuk Wanita

& Kanak-kanak

Pusat Perubatan Sunway

Komited terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Wanita dan Kanak-kanak

Pusat Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak Pusat Perubatan Sunway komited dalam memahami dan menyampaikan penjagaan

kesihatan dan kesejahteraan yang maju dan berkualiti tinggi bertaraf dunia kepada wanita dan kanak-kanak. Pusat Kesihatan

Wanita hospital ini menyediakan rangkaian sub-kepakaran yang komprehensif termasuk obstetrik and ginekologi, kesuburan,

onkologi ginekologi dan pembedahan robotik ginekologi. Pasukan pakar penjagaan kesihatannya berdedikasi untuk

meningkatkan kesihatan ginekologi wanita dan menyokong mereka melalui perancangan keluarga, masalah ketidaksuburan,

menopaus dan pemeriksaan kesihatan rutin seperti mamogram dan pap smear. Selain ini, turut disediakan pasukan perawat

wanita untuk memastikan pesakit benar-benar selesa dengan perkhidmatan yang mereka terima.

Dalam pada itu, Pusat Kesihatan Kanak-kanak pula terdiri daripada lebih 10 sub-kepakaran kanak-kanak yang memenuhi

pelbagai keperluan kesihatan kanak-kanak, serta dibarisi pasukan profesional berkemahiran tinggi untuk menyaring,

mencegah, mendiagnosis, merawat dan mengurus sebarang keadaan kesihatan dengan teliti. Pusat perubatan ini juga

memberi tumpuan kepada kadar pertumbuhan kanak-kanak, pencapaian fizikal dan isu perkembangan mereka.

Pusat Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak Pusat Perubatan Sunway juga pakar dalam penjagaan pranatal dan selepas

bersalin serta kesihatan ibu dan bayi seiring dengan Pusat Kesuburan bagi pasangan memenuhi impian mereka untuk

menimang cahaya mata.

Selain itu, Pusat Perubatan Sunway juga merupakan sebuah hospital mesra penyusuan badan, bagi memastikan perjalanan

penyusuan ibu menjadi momen yang menggembirakan dan membahagiakan.

www.sunwaymedical.com www.facebook.com/SunwayMedical www.instagram.com/sunwaymedical


Hospital Bersalin

(Selangor)

Pusat Perubatan Sunway

Abadikan Momen Indah dengan Penjagaan Bersalin Bertaraf Premier

Pusat Perubatan Sunway amat berbesar hati untuk memberikan pengalaman mengujakan kepada bakal ibu bapa ketika

melalui detik yang memberi erti baharu kepada kehidupan mereka.

Komited untuk terus menyokong pasangan ibu bapa sepanjang perjalanan kehamilan, pusat perubatan ini menawarkan

perkhidmatan dan kemudahan bersalin yang komprehensif bagi memastikan pengalaman bersalin yang sempurna dan

selamat. Fasiliti penjagaan kesihatan Pusat Perubatan Sunway menyediakan perkhidmatan pranatal, semasa dan selepas

bersalin yang holistik merangkumi pemeriksaan antenatal kepada pemantauan janin ibu serta penjagaan kejururawatan

sepanjang masa untuk ibu dan bayi baru lahir sehinggalah kepada penjagaan neonatal. Hospital ini dilengkapi dengan

sembilan bilik bersalin, dua wad bersalin khusus, nurseri dengan 27 basinet dan enam Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU)

untuk bayi yang memerlukan perhatian tambahan.

Pusat Perubatan Sunway juga merupakan hospital mesra penyusuan badan yang menyokong penuh ibu-ibu baharu untuk

memberikan susu badan kepada bayi mereka. Talian bantuan 24 jam juga disediakan untuk membantu para ibu yang

mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan berkaitan penyusuan badan.

Hospital ini juga menganjurkan kelas antenanatal pada setiap suku tahun supaya pasangan ibu bapa baharu dapat

mempersiapkan diri sebelum ketibaan bayi mereka. Kelas Parentcraft dikendalikan oleh doktor, jururawat, bidan, pakar

nutrisi, pakar audiologi dan ahli fisioterapi yang berpengalaman luas bagi membolehkan ibu bapa mendapat pengalaman

menyeluruh mengenai penjagaan prenatal dan pasca-natal. Dengan tawaran pakej yang boleh disesuaikan mengikut cita

rasa tersendiri, mulakan perjalanan anda menuju fasa keibubapaan di Pusat Perubatan Sunway.

www.sunwaymedical.com www.facebook.com/SunwayMedical www.instagram.com/sunwaymedical


Perkhidmatan Penjagaan

Ibu Berpantang

MAMI CONFINEMENT CARE

Khidmat Berpantang Inap Rumah Mudahkan Urusan Penjagaan Ibu dan Anak

Bukan mudah melalui penjagaan berpantang, apatah lagi bagi ibu-ibu yang memilih untuk berada di rumah kerana perlu

menguruskan rumah dan anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Sebagai mengatasi dan memberi penyelesaian ‘dalam

rumah’ untuk ibu baru bersalin, Khidmat Rawatan Dan Penjagaan Ibu Berpantang Serta Bayi Mami Confinement Care (MCC)

menawarkan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang dan bayi secara menginap di rumah pelanggan.

Perkhidmatan yang disediakan oleh ‘Confinement Lady (CL)’ berpengalaman dan terlatih dari MCC ini akan menjaga dan

mengurus ibu berpantang serta bayi mengikut pilihan pakej dan bilangan hari yang mana tertakluk kepada bersalin normal

(bermula antara hari ke-4 hingga ke-6) atau pembedahan (ceaser) (bermula selepas hari ke-7 dan ke atas). Pelanggan boleh

memilih khidmat penjagaan berpantang dari Pakej Permaisuri, Tulip atau Rose dan semua penjagan ini turut merangkumi

memasak masakan pantang, urutan badan, mandian herba, bertungku, bersauna, memakaikan bengkung, param, pilis,

tapel dan melulur badan serta bertangas. CL juga akan menjaga bayi dengan memandikan, mengurut dan tuam badan.

Sebagai tambahan untuk meringankan beban si ibu, CL akan turut membuat kerja-kerja rumah yang asas seperti mengemas

rumah dan mencuci pakaian ibu dan bayi.

Sebarang tempahan dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.

MCC dilengkapi dengan produk makanan ibu berpantang seperti serunding halia, bawang merah goreng, bawang putih

goreng dan produk rawatan berpantang agar penjagaan ibu berpantang dan bayi baru lahir sempurna dan memuaskan.

www.facebook.com/mamiconfinementcare

www.instagram.com/mami_confinement_care


Pusat Penjagaan Berpantang

(KL Eco City, Kuala Lumpur)

Little Precious Postnatal Centre

Penjagaan Berpantang yang Berbaloi dalam Keselesaan Mewah

Jika ada sesiapa yang lebih layak untuk dimanjakan dengan penuh sempurna, maka ia sepatutnya diberikan kepada ibu

yang baru sahaja melalui keajaiban melahirkan cahaya mata. Mereka adalah golongan yang paling layak untuk mendapat

sokongan dan penjagaan yang terbaik– dan itulah yang disediakan oleh Little Precious Postnatal Care Centre.

Terletak di KL Eco City, Little Precious Postnatal Care Centre menyediakan suite mewah ala hotel (lengkap dengan standard 5

bintang, minum petang harian) dengan hiasan dalaman gaya kontemporari yang memenangi anugerah (iaitu Anugerah Asia

Pasifik 2021-2022, anugerah MIID Gold untuk Ruang Awam), dilengkapi dengan kemudahan bersalin dan bayi yang canggih.

Kemudahan ini melibatkan kepakaran pakar obstetrik, pakar pediatrik, doktor TCM dan pakar nutrisi yang berpengalaman,

dilengkapi makanan berpantang yang seimbang (gabungan diet moden dan resipi berpantang tradisional) yang disediakan

khas oleh chef hotel 5 bintang pusat penjagaan, agar ibu berpantang dapat menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat.

Selain daripada pelbagai perkhidmatan penjagaan selepas bersalin, Little Precious Postnatal Care Centre juga melengkapkan

para ibu dengan ilmu kemahiran untuk menjaga diri dan bayi baru lahir, seperti teknik penyusuan susu ibu dengan bantuan

perunding laktasi pusat penjagaan. Pusat ini juga menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti untuk memastikan ibu

berpantang belajar ilmu asuhan dalam suasana yang menyeronokkan.

Dilengkapi dengan khidmat jururawat profesional sepanjang masa, 24/7 untuk melayan dan menjaga si manja anda (nisbah

jururawat kepada bayi 1:2), anda boleh memberi perhatian untuk berehat dan pemulihan dengan ketenangan yang mutlak.

www.littleprecious.com.my

www.facebook.com/littlepreciousmy

www.instagram.com/littleprecious_my


Pusat Penjagaan Berpantang

(Melaka)

Pusat Penjagaan Berpantang Mesra

Keutamaan kepada Keselesaan dan Kesihatan Para Ibu Baru Bersalin

Pusat Penjagaan Berpantang Mesra (Mesra Confinement Centre) menjadi lokasi pilihan ibu baru bersalin di Melaka dan

kawasan sekitar untuk penjagaan yang berkualiti dengan dengan keselesaan yang optimum. Seperti namanya, perkhidmatan

yang ditawarkan kepada para ibu dan bayi bukan sahaja mesra dan selamat malah mengikuti segala aspek berpantang

cara moden mahupun tradisional.

Pusat jagaan ibu berpantang yang turut disenangi pelanggan Muslim menawarkan bilik suite peribadi dilengkapi tandas

untuk kegunaan yang selesa. Para ibu juga dijamu dengan makanan bernutrisi dan seimbang di samping sokongan berupa

nasihat dan panduan menyusu badan oleh pakar laktasi yang berpengalaman dan bertauliah.

Dari segi keselamatan, para ibu dan bayi diawasi sepanjang masa oleh kakitangan bertugas dengan perkhidmatan penjagaan

bayi baru lahir sepanjang masa dan pengawasan ketat 24 jam. Ibu-ibu di Pusat Penjagaan Berpantang Mesra dijaga sebaiknya

oleh pakar penjagaan berpantang profesional yang menawarkan khidmat rawatan berpantang yang sesuai dengan keadaan

ibu, khususnya mereka yang bersalin menerusi kaedah pembedahan (C-section).

Pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan mengenai asuhan dan penjagaan bayi disediakan termasuk senaman pelvik oleh

pakar penjagaan agar para ibu kembali sihat dan aktif sekaligus segera pulih dari kesan selepas melahirkan bayi.

www.facebook.com/MESRA-Confinement-Centre-2746475112046555

www.instagram.com/mesraconfinement


Pusat Penjagaan Berpantang

(Sabah)

Pusat Penjagaan Berpantang Quality Confinement Home

Pengalaman Penjagaan Berpantang Ibu Baru Bersalin Berkualiti dan Holistik

Selaku salah satu pusat penjagaan berpantang terbaik di Sabah, Quality Confinement Home terkenal dengan perkhidmatan

penjagaan selepas bersalin yang komprehensif untuk para ibu baru.

Ditubuhkan pada 2017, pusat ini mempunyai empat cawangan di Luyang, Kepayan, Kingfisher dan Taman Antarabangsa

(cawangan premium) dan akan membuka cawangan baharu di Tawau tidak lama lagi. Salah satu tawaran utama pusat ini

ialah menggabungkan penjagaan berpantang kaedah tradisional Melayu dan Cina diserasikan dengan sains moden untuk

memastikan ibu baru memperoleh penjagaan yang holistik dan bermutu. Ini dilakukan dengan urutan dan diet seimbang

yang terdiri daripada sup tonik dan makanan berpantang khusus. Urutan selepas bersalin harian dan rawatan penuh selepas

bersalin membantu ibu menangani masalah selepas bersalin dengan selamat dan semula jadi. Sebagai contoh, urutan

selepas bersalin direka untuk membantu melegakan otot yang tegang, meningkatkan peredaran darah, menghilangkan

toksin dan mempercepatkan pemulihan mental dan fizikal secara keseluruhan.

Selain itu, terdapat juga sesi urutan bayi yang dilakukan setiap hari serta sesi berenang dan mandi bunga khusus untuk

bayi baru lahir. Pusat ini menyediakan tempoh berpantang selama sebulan (29 malam dan 30 hari) yang dilengkapi dengan

lima hidangan sihat setiap hari untuk pemulihan dan peremajaan, ini termasuk kurma merah percuma untuk memastikan

pemakanan optimum dan meningkatkan laktasi (susu ibu). Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan moden dan pengawasan

kamera litar CCTV untuk keselesaan dan keselamatan menyeluruh. Pusat ini terdiri daripada suite individu yang selesa dan

direka dengan elegan dengan bilik mandi peribadi. Di samping itu, ibu juga boleh menikmati penjagaan kejururawatan

24 jam dan pemantauan kesihatan harian untuk ibu dan anak.

www.qualityconfinement.com

www.facebook.com/QualityConfinementHomeSpa

www.instagram.com/qualityconfinementhomespa


Pusat pakar Kesuburan

(Selangor)

Pusat Pakar Kesuburan & Wanita TMC - Selangor

Membantu Merealisasikan Impian Keibubapaan Anda

Mengandungkan anak merupakan satu proses semula jadi dan mudah bagi sesetengah orang, tetapi ada pasangan yang

mungkin mendapati diri mereka berdepan kesukaran menyusuri perjalanan keibubapaan yang panjang, berliku dan

mencabar emosi. Oleh itu, sokongan daripada pusat kesuburan yang betul tidak boleh diabaikan.

Berpengalaman lebih 25 tahun, Pusat Pakar Wanita & Kesuburan TMC merupakan fasiliti rawatan kesuburan lengkap yang

menawarkan pelbagai pilihan rawatan untuk pesakit lelaki dan wanita. Dengan kemudahan perubatan yang canggih dan

pakar kesuburan yang mahir, TMC Fertility yang memenangi anugerah menawarkan kadar kehamilan yang mengagumkan

– termasuk pencapaiannya direkod di dalam The Malaysian Book of Records pada 2018 untuk bilangan bayi IVF tertinggi

daripada sesebuah pusat kesuburan (dengan jumlah keseluruhan 5,388 bayi).

Menyempurnakan impian penduduk di seluruh Lembah Klang, TMC Fertility Puchong (ibu pejabat) dan TMC Fertility Kota

Damansara, dilengkapi dengan makmal bertaraf dunia yang merangkumi semua prosedur kesuburan, bilik pemulihan dan

ruang kaunseling. TMC Fertility Kepong pula berfungsi sebagai cawangan satelit yang menawarkan kemudahan tambahan

dan kemudahan akses kepada masyarakat di dalam dan sekitar perbandaran Kepong.

Bersama IVF (Fertilisasi In-Vitro), ICSI (Suntikan Sperma Intrasitoplasma), PGT (Ujian Pra-Implan Genetik), perkhidmatan lain yang

ditawarkan oleh TMC Fertility termasuk Cryopreservation (Pembekuan Sperma dan Embrio Oosit) dan Program Derma (Oosit,

Sperma dan Embrio). Ditambah dengan teknologi canggih yang berkeperluan tinggi seperti (cth. Penjujukan Generasi Seterusnya

(NGS) dan pengimejan Selang Masa), perkhidmatan sokongan pesakit yang unggul dan pakej mampu milik, TMC Fertility pastinya

merupakan penyelesaian terbaik pasangan yang memerlukan bantuan untuk memenuhi impian keibubapaan mereka.

www.tmcfertility.com www.facebook.com/TMCFertilityCentre www.instagram.com/tmcfertility


Pusat pakar Kesuburan

(Pulau Pinang)

Pusat Pakar Kesuburan & Wanita TMC - PULAU PINANG

Penjagaan Kepakaran Kesuburan Di Tepi Laut untuk Ketenangan Minda

Usaha untuk melayari kehidupan keibubapaan bagi pasangan yang sedang bergelut untuk hamil selalunya melibatkan

keadaan emosi yang bercampur-aduk, dan ini ditambah pula dengan tekanan tambahan.

Berpengalaman lebih 25 tahun, Pusat Pakar Wanita & Kesuburan TMC merupakan fasiliti rawatan kesuburan yang menawarkan

pilihan rawatan sempurna untuk pesakit lelaki dan wanita. Dengan kemudahan perubatan yang canggih dan pakar kesuburan

yang mahir, TMC Fertility yang memenangi anugerah menawarkan kadar kehamilan yang mengagumkan – malah

pencapaiannya direkod di dalam The Malaysian Book of Records pada 2018 untuk bilangan bayi IVF tertinggi daripada

sesebuah pusat kesuburan (dengan jumlah keseluruhan 5,388 bayi).

Sedia berkhidmat untuk pasangan yang tinggal di wilayah utara, Pusat Pakar Wanita & Kesuburan TMC Pulau Pinang

dilengkapi kemudahan canggih makmal bertaraf dunia untuk semua prosedur kesuburan, bilik pemulihan dan ruang

kaunseling. Bersama-sama kemudahan IVF (Fertilisasi In-Vitro), ICSI (Suntikan Sperma Intrasitoplasma), PGT (Ujian Pra-Implan

Genetik), Cryopreservation (Pembekuan Sperma dan Embrio Oosit) dan Program Derma (Oosit, Sperma dan Embrio) turut

dilengkapi dengan perkhidmatan teknologi maju (cth. Penjujukan Generasi Seterusnya (NGS) dan pengimejan Selang Masa),

perkhidmatan sokongan pesakit yang unggul, pakej berpatutan dan ubat-ubatan berkualiti.

Apa yang menjadikan pusat ini istimewa adalah lokasinya, iaitu di Straits Quay yang indah, di mana pesakit boleh menikmati

angin laut terapeutik dan persekitaran yang aman, secara semula jadi membangkitkan semangat pasangan yang datang

dengan harapan yang diperbaharui tatkala mengejar impian untuk memiliki anak.

www.tmcfertility.com www.facebook.com/TMCFertilityCentre www.instagram.com/tmcfertility


Pusat pakar Kesuburan

(Perak)

Pusat Pakar Kesuburan & Wanita TMC - IPOH

Penuhi Impian Seumur Hidup anda dengan TMC Fertility

Bagi kebanyakan pasangan yang sedang menikmati kebahagiaan rumah tangga, kedatangan cahaya mata menyokong

kelangsungan sejati kehidupan mereka. Bagaimanapun, usaha ke arah mencapai impian itu tidak selalunya lancar kerana

beberapa isu kesuburan yang berpotensi menjejaskan impian kedua-dua pasangan.

Pusat Pakar Kesuburan & Wanita TMC merupakan fasiliti rawatan kesuburan lengkap yang menawarkan pelbagai pilihan

rawatan untuk pesakit lelaki dan wanita. Berpengalaman lebih 25 tahun, kemudahan perubatan yang canggih dan pakar

kesuburan yang mahir, TMC Fertility yang memenangi anugerah ini menawarkan kadar kehamilan yang mengagumkan –

termasuk pencapaiannya direkod di dalam The Malaysian Book of Records pada 2018 untuk bilangan bayi IVF tertinggi

daripada sesebuah pusat kesuburan (dengan jumlah keseluruhan 5,388 bayi).

Menyempurnakan kemahuan pasangan di negeri Perak ialah Pusat Pakar Kesuburan & Wanita TMC Ipoh, yang terletak di

sepanjang Persiaran Pearl, tidak jauh dari Pusat Perniagaan Greentown – dilengkapi dengan makmal bertaraf dunia yang

merangkumi semua untuk prosedur kesuburan, bilik pemulihan dan ruang kaunseling. Perkhidmatan yang ditawarkan

termasuk IVF (Fertilisasi In-Vitro), ICSI (Suntikan Sperma Intrasitoplasma), PGT (Ujian Pra-Implan Genetik), Cryopreservation

(Pembekuan Sperma dan Embrio Oosit) dan Program Derma (Oosit, Sperma dan Embrio).

Dengan teknologi canggih berkeperluan tinggi seperti Penjujukan Generasi Seterusnya (NGS) dan pengimejan Selang Masa,

ditambah dengan perkhidmatan sokongan pesakit yang unggul, pakej berpatutan dan ubat-ubatan berkualiti, TMC Fertility

amat komited untuk membantu anda dan pasangan anda memenuhi impian untuk memiliki anak sendiri.

www.tmcfertility.com www.facebook.com/TMCFertilityCentre www.instagram.com/tmcfertility


Pusat PAKAR Kesuburan

(Johor)

Pusat Pakar Kesuburan & Wanita TMC - Johor Bahru

Memberi Makna Kepada Kehidupan dengan Kepakaran Kesuburan Bertaraf Dunia

Bagi pasangan yang mendambakan anak sendiri, selepas bertahun-tahun mencuba, langkah pertama untuk mencapai

impian itu ialah dengan mencari bantuan pakar kesuburan yang betul.

Berpengalaman lebih 25 tahun, Pusat Pakar Wanita & Kesuburan TMC (TMC Fertility) merupakan fasiliti rawatan kesuburan

lengkap yang menawarkan pelbagai pilihan rawatan kepada pesakit lelaki dan wanita. Dengan kemudahan perubatan

yang canggih dan pakar kesuburan yang mahir, TMC Fertility yang memenangi anugerah menawarkan kadar kehamilan

yang mengagumkan – termasuk pencapaiannya direkod di dalam The Malaysian Book of Records pada 2018 untuk bilangan

bayi IVF tertinggi daripada sesebuah pusat kesuburan (dengan jumlah keseluruhan 5,388 bayi).

Pusat Pakar Kesuburan & Wanita TMC Johor Bahru ini sedia menyediakan kepakaran kesuburan bagi mereka yang berlokasi

di sekitar wilayah Selatan. Bertempat di Menara Landmark, pusat dengan ruang yang luas dan kemudahan canggih ini

dilengkapi dengan makmal bertaraf dunia untuk semua prosedur kesuburan, bilik pemulihan dan ruang kaunseling.

Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk IVF (Fertilisasi In-Vitro), ICSI (Suntikan Sperma Intrasitoplasma), PGT (Ujian Pra-

Implan Genetik), Cryopreservation (Pembekuan Sperma, Embrio dan Oosit) dan Program Derma (Oosit, Sperma dan Embrio).

Lengkap dengan teknologi canggih yang berkeperluan tinggi seperti (cth. Penjujukan Generasi Seterusnya (NGS) dan

pengimejan Selang Masa), perkhidmatan sokongan pesakit yang unggul dan pakej mampu milik, anda boleh menaruh

harapan kepada TMC Fertility untuk memastikan impian anda untuk memiliki cahaya mata menjadi kenyataan.

www.tmcfertility.com www.facebook.com/TMCFertilityCentre www.instagram.com/tmcfertility


Hospital

(Tebrau, Johor)

Columbia Asia Hospital – Tebrau

Khidmat Kesihatan Mutlak untuk Pesakit

Biarpun hanya berusia dua tahun, Columbia Asia Hospital – Tebrau telah memenangi beberapa anugerah industri. Malah, ia

semakin dikenali sebagai sebuah fasiliti kesihatan yang dipercayai dan terpilih dalam kalangan penduduk Johor dan sekitarnya.

Terletak di kawasan penempatan utama Kota Southkey, kira-kira hanya 7 km dari pusat bandar Johor Bahru, Columbia Asia

Hospital - Tebrau merupakan hospital Columbia Asia ke-13 di Malaysia dan ke-19 di Asia Tenggara.

Ia adalah hospital Columbia Asia yang terbesar berbanding hospital-hospital Columbia Asia yang lain di Malaysia. Fasiliti

setinggi empat tingkat ini menawarkan kepakaran perubatan profesional yang terlatih, berpengalaman serta komited.

Kemahiran mereka merangkumi pelbagai skop bidang perubatan termasuk Kardiologi, Obstetrik & Ginekologi, Nefrologi

(termasuk Unit Dialisis), Pediatrik, Perubatan Dalaman dan Ortopedik. Kesinambungan usaha telah menghasilkan pencapaian

tahap jagaan yang optima menerusi rawatan yang teliti, cermat dan mampu-milik. Ini disertai fasiliti berteknologi tinggi

seperti MRI 1.5 Tesla, Makmal Kardiak Catheterization dan lima dewan bedah yang lengkap.

Selain itu, Columbia Asia Hospital - Tebrau juga memiliki kapasiti 205 buah katil yang melancarkan tugasan doktor terhadap

pesakit. Ini menghasilkan suasana yang positif dan kondusif untuk pesakit kembali pulih.

www.columbiaasia.com/tebrau

www.facebook.com/ColumbiaAsiaHospitalTebrau

www.instagram.com/columbiaasia


Prasekolah Islam

(Klang, Selangor)

Little Caliphs (Tadika Neurokhalifah – Taman Jaya Utama)

Memperkayakan Ilmu Anak Cara Islam

Tadika Neurokhalifah merupakan salah satu pemegang lesen yang menggunakan The Little Caliphs Program. Little Caliphs

menyatupadukan pendidikan prasekolah dan agama Islam yang bukan sahaja membantu anak kecil anda merealisasikan

potensi rohani, kognitif, sosio-emosi dan fizikal, tetapi turut memberikan mereka identiti Islam dan rasa kasih kepada agama.

Program The Little Caliphs (TLCP) ialah program pra sekolah Islam-Inggeris-Kreatif yang menggunakan metodologi kreatif

yang terbukti keberkesanannya untuk mengajar kanak-kanak mengenai makna asas dan kesucian Islam. Di samping itu, ia

juga menawarkan pembelajaran dan kemahiran hidup secara berkesan dan integratif menerusi pasukan fasilitator yang

sangat terlatih dengan minat yang tinggi untuk mendidik minda muda tanpa berbelah bahagi.

TLCP menyediakan persekitaran yang mesra, selamat dan memupuk kanak-kanak belajar, bermain dan meneroka melalui

pelbagai mata pelajaran seperti Pengajian Islam, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Seni dan Kraf,

semuanya berdasarkan kepada kurikulum prasekolah yang diluluskan oleh KPM. Komponen yang melengkapkan pengajian

Islam termasuk modul Bacaan Al-Quran menggunakan Teknik individu, Hafazan, Kehidupan Amali (Solat, Dua, Zikr, Akhlaq,

Aqidah), Kosa Kata (Adab, Fiqh), Matematik dan Seerah (Sejarah dan Geografi).

Tambahan pula, terdapat aktiviti kurikulum lain seperti Taekwando, Memanah dan Berenang untuk membantu memupuk

minat kanak-kanak terhadap kecergasan dan sukan di samping mengasah kemahiran sosial mereka bagi meningkatkan

keyakinan diri, salah satu keperluan penting untuk persediaan masa depan yang baik.

Little Caliphs di Taman Jaya, Telok Panglima Garang diuruskan dan dikendalikan oleh Tadika Neurokhalifah. Diasaskan oleh, Siti

Nor Hazanah Mohamed (Mummy Zana) dan Muhammad Zaim Hamid pada 2014, Tadika Neurokhalifah kini mempunyai empat

cawangan Little Caliphs Telok Panglima Garang, Little Caliphs Jenjarom, Little Caliphs Sijangkang dan Little Caliphs Taman Bentara.

www.neurokhalifah.com.my www.facebook.com/Littlecaliphstpg www.instagram.com/littlecaliphneurokhalifah


Panduan Keluarga

Faedah Penyusuan Badan

& Peralatan

Mesti Ada untuk Ibu Menyusu

Menyusu badan merupakan satu

proses semula jadi ibu yang baru

melahirkan anak. Bagaimanapun,

jadual kerja yang ketat, halangan

yang tidak dapat dielakkan dan

keletihan boleh menyebabkan

tanggungjawab untuk menyusu

badan bayi tidak dapat dipenuhi.

Bukan itu sahaja, memilih

peralatan yang sesuai untuk

membantu proses menyusu

boleh menjadikan si ibu

lebih tertekan.

Dengan kebanjiran pelbagai

pilihan pam susu badan,

antara peralatan yang perlu

dipertimbangkan untuk

persiapan proses menyusu

badan ialah seperti beg

penyimpanan susu, coli

menyusu badan dan banyak

lagi. Ini tidak bermakna anda

boleh mengalah menyusu

badan hanya kerana perkaraperkara

kecil yang mungkin

menjengkelkan. Dalam

artikel ini, mari kita fahami

secara lebih lanjut tentang

faedah menyusu badan dan

melihat peralatan yang boleh

digunakan untuk melancarkan

proses penyusuan badan

supaya lebih mudah dan

menyeronokkan seperti yang

dikongsi oleh Dr. Balkees,

Pakar Perunding Pediatrik dan

Laktasi dari Hospital Pantai,

Pulau Pinang.

40 MamaPapa | September 2022


Panduan Keluarga

Oleh: Dr Balkees

Pakar Pediatrik & Perunding Laktasi

Hospital Pantai Pulau Pinang

Memahami Penyusuan Susu Ibu dan Kebaikannya

Menurut Dr Balkees, menyusu badan merupakan aktiviti psikologikal kemanusiaan yang umum dengan faedah yang tidak

terkira kepada ibu, anak, keluarga, masyarakat dan alam sekitar.

Dalam sesi soal jawab di bawah, beliau mengetengah beberapa input penting mengenai bagaimana menyusu badan dan

susu badan memanfaatkan kedua-dua ibu dan bayi.

Bagaimana penyusuan badan

memberi kesan kepada

kesihatan anak?

Dr Balkees: Susu badan merupakan

kandungan unik yang sesuai dengan

keperluan pemakanan bayi di

samping membekalkan zat penting

dengan sifat anti immunologi dan

anti-radang yang melindungi bayi

daripada pelbagai penyakit dan

masalah kesihatan. Kolustrum atau

‘susu pertama’ membekalkan para

bayi baru lahir dengan penggalak

imuniti di samping membangunkan

sistem imun untuk menyokong

kesihatan sepanjang hayat.

Kebanyakan bayi akan mendapat

kesemua zat yang diperlukan

menerusi kolostrum ibu pada

beberapa hari pertama dilahirkan.

Manfaat daripada menyusu badan

didapati berterusan bukan sahaja

semasa kanak-kanak masih kecil

malah sehingga meningkat dewasa.

Kanak-kanak yang mendapat susu

badan kurang cenderung menjadi

obes, berlebihan berat badan

atau mendapat diabetes tahap

2 semasa meningkat dewasa di

samping memiliki daya kecerdasan

yang tinggi. Tambahan pula, bayi

yang diberikan susu badan turut

didapati kurang berdepan masalah

tekanan darah tinggi di kemudian

hari, sekaligus mengurangkan risiko

penyakit jantung.

Apakah kelebihan menyusu badan

kepada para ibu?

Dr Balkees: Menyusu badan turut

menawarkan pelbagai manfaat

perlindungan kepada para ibu

termasuk mengurangkan risiko

pendarahan selepas bersalin, masalah

kemurungan selepas bersalin,

masalah jantung dan kanser payudara

serta ovari. Ia juga dikaitkan dengan

kurangnya risiko ibu dimasukkan ke

hospital dan kematian akibat pentakit

kardiovaskular dalam kalangan wanita

pertengahan umur dan wanita yang

lebih tua. Ia juga memberi manfaat

kepada kesihatan kardiovaskular ibu

untuk tempoh jangka masa panjang.

Bagaimana menyusu badan boleh

mengeratkan ikatan sillaturahim

antara ibu dan anak?

Dr Balkees: Menyusu badan

bukan sahaja bermanfaat untuk

perkembangan fizikal kanak-kanak,

malah ia juga memelihara dan

mengukuhkan ikatan emosional ibu

dan bayi apabila berlakunya sentuhan

kulit ke kulit semasa proses menyusu.

Ketika menyusu badan, dua hormon

penting akan dirembeskan oleh

bahagian otak si ibu iaitu prolaktin

dan oksitosin. Prolaktin (hormon

ibu) membantu penghasilan susu

badan dan membuatkan ibu rasa

lebih selesa dan sayang pada bayi.

Manakala oksitosin (hormon kasih)

bertanggungjawab untuk ejeksi susu

sekaligus meningkatkan perasaan

euforia ibu.

Apakah peringkat-peringkat utama

menyusu badan?

Dr Balkees: Bagi enam bulan yang

pertama, susu badan merupakan

satu-satunya makanan yang

diperlukan bayi. Selepas enam

bulan, bayi memerlukan makanan

sokongan yang lain di samping susu

badan ibu untuk perkembangan dan

pembangunan yang sihat. Transisi

daripada penyusuan badan eksklusif

kepada makanan sokongan dirujuk

sebagai suapan komplimentari

dan lazimnya menguasai tempoh

masa antara 18 hingga 24 bulan

usia bayi. Ini bermakna, penyusuan

badan harus berterusan sehingga

bayi mencapai usia 2 tahun dan

lebih. Ini kerana dua tahun yang

pertama merupakan detik kritikal

untuk memastikan bayi diberikan

sumber makanan yang terbaik untuk

perkembangan yang optimum.

Tahukah Anda?

Warna susu badan ibu boleh

berubah setiap hari (kebiruan,

kekuningan atau keperangan)

tertakluk kepada pemakanan

si ibu.

- Dr Balkees -

MamaPapa | September 2022

41


Panduan Keluarga

Keperluan Menyusu Badan

Dalam bahagian ini, mari kita lihat jenis peralatan yang diperlukan ibu menyusu ketika setiap peringkat.

Aksesori untuk menyusu badan bayi

baru lahir

Beberapa hari pertama bersama

bayi anda mungkin sedikit sibuk,

oleh itu pastikan anda benar-benar

bersedia. Sama ada masih berada di

hospital atau sudah pulang ke rumah,

pastikan anda mempunyai barangan

yang disebutkan di bawah untuk

menyokong proses menyusu badan:

• Coli menyusu badan, coli malam

dan vest pelindung payudara

• Baju malam atau pijama

menyusu badan

• Bantal menyusu badan

• Pad menyusu badan guna semula

atau pakai buang

• Kain muslin

• Krim puting payudara

• Pembentuk puting (Nipple formers)

jika anda mempunyai puting yang

leper atau tenggelam

Sebagai tambahan, anda juga boleh

mendapatkan barangan di bawah jika

memerlukan lebih sokongan.

• Pelindung payudara (Nipple

shields) jika bayi sukar melekap

semasa menyusu atau si ibu

menghadapi sakit puting. Secara

amnya, pelindung puting hanyalah

penyelesaian tempoh pendek.

Jika berlaku rasa sakit, hubungi

perunding laktasi atau pakar

penyusuan badan.

• Pam payudara jika berlaku sekatan

atau melancarkan pengeluaran

susu dari puting.

• Pad gel hidro yang menawarkan

rasa selesa pada puting ibu

selepas menyusu

Jika anda masih berdepan masalah

yang membantutkan persediaan

menyusu badan, segera hubungi

perunding laktasi atau pakar penyusuan

badan untuk nasihat selanjutnya.

Peralatan menyusu badan untuk

minggu-minggu berikutnya

Selepas minggu pertama berlalu,

ibu dan anak sudah sepatutnya

berasa selesa dengan diri masingmasing.

Kekerapan penyusuan boleh

dipertingkatkan dan lebih banyak

masa akan diluangkan. Berikut adalah

beberapa peralatan sokongan yang

boleh digunakan untuk memudahkan

lagi proses menyusu.

• Kerusi menyusu badan yang

memberi sokongan keselesaan

untuk anda dan bayi anda agar

lebih relaks.

• Gunakan aplikasi menyusu badan

untuk memudahkan jadual

pemakanan bayi.

• Simpan pad penyusuan badan

guna semula atau pakai buang

yang mencukupi.

Aksesori penyusuan bayi untuk

pengeluaran susu

Si ibu akan berdepan dengan situasi

di mana anda perlu menyimpan stok

susu badan tambahan atau berlebihan

untuk bayi anda. Ini bermakna anda

perlukan pam payudara. Jenis pam

tertakluk kepada situasi anda, dan

jumlah susu yang mahu dipam keluar.

Selain pam, anda juga perlukan:

• Stim atau sanitasi air sejuk

• Beg penyejuk atau beg sanitasi

gelombang mikro

• Beg penyimpanan susu badan

• Coli pam payudara bebas tangan

Dr Balkees mengesyorkan agar

menggunakan bekas pengestoran di

bawah untuk menyimpan susu badan

dengan sebaiknya:

• Bekas bersudut keras: Biasanya

diperbuat menggunakan plastik

keras atau kaca dan ia amat

disyorkan untuk kegunaan

simpanan tempoh lama susu ibu.

Pilih jenis bekas yang kedap udara.

• Beg plastik (yang direka khas

untuk menyimpan susu badan ibu:

Gunakannya untuk tempoh masa

singkat kerana ia mudah bocor,

tertumpah atau mudah tercemar

berbanding bekas bersudut keras.

“Cuci tangan dengan bersih

sebelum menyentuh puting untuk

mengeluarkan susu. Simpan dalam

bahagian kecil (60-120 ml) bagi

mengelak kerugian. Pertimbangkan

juga untuk simpan dalam hidangan

kecil (30-60 ml) bagi situasi yang

tidak dijangka. Simpanan hidangan

kecil cukup untuk bayi sementara

menunggu si ibu sendiri yang

menyusu badan. Anda boleh

mencampurkan susu badan yang

dikeluarkan pada hari yang sama

untuk mendapatkan jumlah yang

dimahukan. Simpan susu yang baru

dikeluarkan untuk tempoh masa

sejam dalam peti sejuk beku atau

dalam cooler dengan pek ais atau ais

kemudian tambahkan dengan susu

yang disejukkan pada hari yang sama.

Jangan sesekali menambah susu

badan yang suam dengan susu sejuk

beku kerana ia akan menjadikan

mencairkan bahagian tertentu

susu beku. Anda juga dilarang

mencampurkan susu dari hari yang

berbeza. Tinggalkan sedikit ruang

dalam bekas penyimpanan kerana

susu badan cenderung berkembang

semasa disejukkan. Jangan lupa untuk

melabel hari dan tarikh susu badan

menggunakan dakwat calis air,”

nasihat Dr Balkees.

Ambil Perhatian!

Susu cenderung untuk ‘asing’

ketika dalam simpanan di

mana bahagian atas (krim)

kelihatan pekat dan putih.

Pusingkan bekas simpanan

susu secara perlahan

bagi mencampurkan

bahagian terasing dan elak

mengoncang bekas tersebut

secara kuat.

- Dr Balkees -

42 MamaPapa | September 2022


Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak

Alahan Bayi:

Simptom, Punca,

Rawatan & Tips

Pernahkah anda melihat

anak anda mengalami gejala

seperti gatal-gatal, bersin,

sakit perut, kesukaran

bernafas atau lain-lain

masalah secara tiba-tiba?

Jika gejala kesihatan ini

timbul setelah makan,

minum atau menyentuh

sesuatu yang biasanya tidak

membahayakan individu

lain, bermakna anak anda

mungkin mengalami alahan

atau alergi.

MamaPapa | September 2022

43


Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak

Bayi boleh mengalami reaksi alahan

disebabkan pelbagai punca. Alahan

berlaku apabila sistem kekebalan

tubuh badan bereaksi terhadap

bahan yang tidak berbahaya seperti

makanan dan minuman, habuk, krim,

produk dan sebagainya. Antara

gejala alahan yang sering dialami

dalam kalangan bayi dan kanakkanak

ialah bersin, gatal-gatal, sakit

perut, kesukaran bernafas yang

menimbulkan asma dan sebagainya.

Terdapat banyak kes alahan kronik

dalam kalangan kanak-kanak sehingga

membawa kepada maut!

Kebiasaannya, ibu bapa akan

hanya merujuk masalah ke klinik

atau hospital selepas mendapati

munculnya tanda-tanda alahan pada

anak mereka. Tetapi, kebanyakan ibu

bapa tidak sedar bahawa masalah ini

berlaku mungkin disebabkan alahan

terhadap sesuatu seperti makanan

dan produk yang diberikan kepada

si kecil. Hanya doktor yang mampu

mengenal pasti jika simptom yang

dialami berkait dengan masalah

alahan atau jangkitan.

Sistem penghadaman

Gangguan sistem penghadaman yang

berpunca dari alahan menimbulkan

simptom yang berbeza. Ada kanakkanak

yang mengalami muntahmuntah,

cirit-birit, kembung perut,

angin dalam badan, kekejangan

badan dan lain-lain.

Sistem pernafasan

Biasanya, ia menimbulkan tanda

seperti selesema, batuk, bersin,

asma yang menyebabkan kanakkanak

mengalami kesukaran bernafas

dengan lancar. Selain itu, kanak-kanak

mungkin menunjukkan simptom mata

berair dan merah.

Info

Di Amerika Syarikat, alahan

terhadap makanan seperti

kerang, kacang, ikan, susu,

telur, dan makanan lain meragut

nyawa antara 150 hingga 200

kematian setiap tahun.

JENIS-JENIS ALAHAN

1. Alahan makanan

Kanak-kanak berusia antara 0

sehingga 3 tahun cenderung

mengalami masalah alergi terhadap

makanan. Kanak-kanak lelaki

dikatakan lebih kerap mengalami

alahan terhadap makanan berbanding

kanak-kanak perempuan.

Pelbagai jenis makanan yang boleh

menimbulkan alahan kepada kanakkanak.

Antaranya susu, protein,

kekacang, telur, makanan laut, soya

dan daging seperti daging ayam.

Alahan terhadap makanan akan

menimbulkan reaksi penghasilan

sejenis bahan kimia dipanggil

histamina. Reaksi ini akhirnya

menimbulkan gejala alahan yang

berbeza seperti gangguan sistem

pernafasan, kegatalan pada kulit, dan

gangguan pada sistem kardiovaskular.

Ibu bapa sering keliru untuk

membezakan antara masalah alergi

makanan dan penolakan terhadap

makanan yang berlaku dalam

kalangan kanak-kanak. Ini disebabkan

kedua-dua masalah ini menunjukkan

simptom yang sama. Walaupun

kedua-duanya menunjukkan

reaksi yang sama, namun terdapat

perbezaan di antara kedua-duanya.

Tiada penawar untuk alahan makanan.

Sesetengah pakar berpendapat, salah

satu cara terbaik mengelakkan alahan

makanan dalam kalangan kanakkanak

ialah dengan memperkenalkan

suatu jenis makanan seawal usia

iaitu setelah mereka mencapai usia 4

sehingga 6 bulan. Alahan terhadap

telur sebagai contoh, antara yang

paling kerap dialami oleh kanakkanak.

Cuba perkenalkan hidangan

telur seperti telur rebus atau

memberikan bayi menikmati bahagian

kuning telur rebus supaya mereka

dapat membiasakan diri dengan telur.

KENAL PASTI SIMPTOM &

ALAHAN KANAK-KANAK

Reaksi alahan akan menunjukkan

tanda-tandanya di bahagian tubuh

secara spesifik. Contohnya, ruam di

bahagian pipi, bengkak di bahagian

mata, selesema pada hidung dan

sebagainya.

Kulit

Kebiasaannya, tindak balas alahan

pada kulit menyebabkan rasa

kegatalan sehingga menimbulkan

tanda kemerah-merahan, ruam,

bintik-bintik dan bengkak di

bahagian tertentu.

44 MamaPapa | September 2022


Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak

Alahan Terhadap Makanan

• Melibatkan sistem imunisasi

• Tiada kaitan dengan kesukaran

untuk menghadam suatu jenis

makanan dengan baik

• Boleh membahayakan nyawa

Dapatkan nasihat daripada doktor

sebelum memperkenalkan sesuatu

makanan kepada bayi yang masih

kecil. Makanan seperti kekacang

perlu mendapat seliaan doktor

sebelum diberikan kepada bayi. Jika

anak anda didiagnosis mengalami

alahan makanan oleh doktor

sebaiknya, jauhkan makanan tersebut

dari mereka.

Peringatan!

Sentiasa semak label kandungan

bahan dalam produk makanan

supaya terhindar daripada

unsur alergen penyebab alahan

kepada anak anda.

2. Alahan bermusim

Alahan bermusim juga dikenali

sebagai alergi rhinitis. Ia juga dipanggil

sebagai ‘demam hay’ atau ‘hay fever’.

Alahan bermusim adalah gejala

alergi yang berlaku pada masa-masa

tertentu yang berpunca daripada

unsur alam contohnya, pelepasan

spora atau debunga oleh pokokpokok

dan bunga-bungaan. Lazimnya,

kanak-kanak akan mengalami masalah

terbersin dan mendengus.

3. Alergi dalaman

Persekitaran dalam rumah juga boleh

menimbulkan alahan kepada bayi dan

kanak-kanak. Salah satu alahan yang

sering dirujuk kepada doktor ialah

alahan terhadap mainan kegemaran.

Persekitaran rumah yang dipenuhi

habuk, debu, spora, asap rokok dan

pewangi boleh menjadi pencetus

alahan dalaman terhadap si manja.

Simptom alahan dalaman hampir

menyamai simptom bermusim di

mana, bayi dan kanak-kanak kerap

Penolakan Terhadap Makan

• Tidak melibatkan sistem imunisasi

• Ada kaitan dengan masalah

kesukaran menghadam suatu jenis

makanan dengan baik

• Jarang membahayakan nyawa

mengalami gangguan pada sistem

pernafasan seperti hidung berhingus

dan tersumbat serta bersin secara

berterusan.

Alergik dalaman boleh dikurangkan

dengan cara mengurangkan risiko

pencetus terutama di bahagian

dalaman rumah. Antara langkah yang

boleh diambil ialah:

• Tidak membiarkan haiwan

peliharaan seperti kucing dan

anjing di dalam rumah.

• Sentiasa memastikan habuk

dan debu dibersihkan setiap

hari dengan cara menyapu dan

menvakum lantai dan karpet.

• Membersihkan cadar dan tilam

secara berkala iaitu setiap dua

atau tiga minggu sekali. Gunakan

lapisan tilam pelindung alergen

untuk tilam dan bantal.

• Membersih dan mensteril barang

permainan kanak-kanak dengan

sabun, diikuti dengan rebusan

dalam air panas.

• Jangan gunakan alat pelembap

atau alat vape kerana ia boleh

meningkatkan lembapan pada

udara sekali gus menggalakkan

pertumbuhan kulapuk, hama

dan spora.

• Anda juga boleh menyediakan

alat air purifier untuk

menghasilkan ruang udara yang

lebih sihat di persekitaran rumah.

4. Alahan haiwan peliharaan

Bulu haiwan peliharaan seperti

kucing, anjing dan bulu burung

sering menyebabkan alahan sehingga

mengganggu sistem pernafasan. Bayi

dan kanak-kanak yang alergi terhadap

haiwan peliharaan akan mengalami

batuk, selesema, bahkan gatalgatal

pada kulit. Alergi haiwan juga

merupakan salah satu punca alergi

dalaman. Bulu-bulu haiwan yang

melekat pada kerusi sofa dan tilam

agak sukar untuk dibersihkan kecuali,

dengan penggunaan vakum.

DIAGNOSIS ALAHAN PADA

BAYI & KANAK-KANAK

Setelah mengenal pasti anak anda

menunjukkan simptom tertentu,

catatkan apa yang berlaku untuk

memudahkan rujukan semula

oleh pihak doktor. Doktor akan

menentukan secara diagnosis sama

ada si manja anda benar-benar

mengalami simptom alahan atau

penolakan terhadap makanan.

Kebiasaannya, doktor akan

mendapatkan info berkaitan

daripada ibu bapa. Antaranya

bertanya mengenai sejarah alahan

dari kalangan ahli keluarga, kaedah

penyediaan makanan, keadaan

persekitaran rumah dan sebagainya.

Semua maklumat ini dapat membantu

doktor menganalisis diagnosa dengan

lebih tepat.

RAWATAN ALAHAN

Setelah doktor mengenal pasti

simptom dan punca alahan, anak

anda akan diberikan rawatan

mengikut jenis alergi yang dihadapi.

Secara umumnya, doktor akan

memberikan rawatan awal alahan

melalui penggunaan ubat-ubatan.

Antaranya membekalkan anda

dengan pil antihistamine, bagi

mengatasi masalah ruam pada kulit

dan masalah hidung berhingus pada

si manja anda.

Jika kanak-kanak tersebut menunjukkan

tanda alahan pada sistem pernafasan

seperti semput, doktor akan

menggunakan alat penyedut steroid

untuk mengembalikan pernafasan

secara normal.

Bagi alahan yang mengancam nyawa,

rawatan EpiPen akan diberikan

sebagai rawatan kecemasan.

Sumber : PubMed melalui laman web www.ncbi.nlm.nih.gov dan www.webmd.com

MamaPapa | September 2022

45


TOPIK SEMASA

Penjagaan Kesihatan Ovari

Yang Boleh Menjamin

Kesuburan

Penjagaan kesihatan ovari pada tahap yang optimum sangat penting bagi membolehkan seseorang

yang bergelar ibu itu hamil. Semasa sesi temuduga BabyTalk bersama Dr Ida Lilywaty Md Latar, Pakar

Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Hospital Pantai Cheras (PHC), beliau telah berkongsi pandangan

tentang kesihatan ovari dan bagaimana ia memberi kesan kepada kesuburan.

46 MamaPapa | September 2022


TOPIK SEMASA

Oleh: Dr Ida Lilywaty Md Latar

Obstetrik dan Ginekologi (O&G)

Pantai Hospital Cheras (PHC)

Mengapa Kesihatan Ovari Ini Penting? Boleh Anda

Terangkan Apakah Fungsinya Hingga Ia Boleh

Mempengaruhi Tahap Kesihatan Dan Kesuburan

Kaum Wanita?

Organ wanita yang berbentuk bulat kecil di pelvis dikenali

sebagai ovari. Ia berada di setiap sisi rahim, berhampiran

pembukaan tiub fallopio. Ovari mengandungi sel gamet

betina, dipanggil oosit atau telur.

Ovari sangat penting untuk ovulasi wanita. Organ

ini akan menghasilkan telur, yang berpotensi untuk

disenyawakan oleh sperma yang akan membawa kepada

kehamilan. Ia juga menghasilkan hormon wanita seperti

estrogen dan progesteron.

Kedua-dua hormon ini penting bagi merangsang

perkembangan ciri-ciri seksual sekunder. Di samping, dapat

menjadikan kebarangkalian untuk hamil itu lebih tinggi,

ia juga membantu dalam proses kelahiran dan penyusuan

untuk wanita. Apabila seseorang wanita itu semakin

berusia, bilangan oosit mereka akan berkurangan, dan,

ovari akan berhenti menghasilkan hormon dan seterusnya

hanya melepaskan telur secara fisiologi yang membawa

kepada menopaus.

Apakah Penyakit Yang Selalu Dikaitkan

Dengan Ovari?

Antara masalah kesihatan yang berkait rapat dengan

masalah ovari ialah sista ovari, di mana ia akan menjadi

maligan yang boleh membawa masalah seperti kilasan

ovari, pecah atau pendarahan di dalam sista.

Selain itu, penyakit seperti sindrom ovari polikistik (PCOS)

yang berlaku akibat daripada gaya hidup semasa yang

tidak sihat. Masalah ini merupakan salah satu masalah

kesihatan yang menjadi kebimbangan kaum wanita di

seluruh dunia. Di tambah pula dengan trend peningkatan

penghidapnya semakin meningkat akhir-akhir ini.

Apakah Simptom-Simptom Yang Boleh Diketahui

Sekiranya Seseorang Itu Mempunyai Masalah Ovari?

Setiap individu yang mengalami masalah ovari mempunyai

tanda-tanda berbeza mengikut diagnosis masing-masing.

Kebiasaanya, sista ovari dijumpai semasa rawatan dan

pemeriksaan tahunan. Kes-kes ini adalah fisiologi,dan hanya

memerlukan pemantauan berkala.

Sista ovari yang membesar ini, boleh menyebabkan

seseorang berasa sakit atau tidak selesa. Ia boleh menjadi

lebih parah sekiranya berlaku kemalangan ovari seperti

kilasan, pecah atau pendarahan. Sista ovari jenis lain seperti

endometrioma mungkin boleh berlaku dengan lebih teruk

dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Secara lazimnya,

pesakit PCOS mempunyai masalah kitaran haid yang tidak

teratur, masalah jerawat dan hirsutisme (peningkatan berat

badan atau muka) akibat ketidakseimbangan hormon.

Sangat menyedihkan apabila dua pertiga golongan yang

menghidap kanser ovari ini hanya mengetahui penyakit

mereka ini semasa di peringkat akhir. Pesakit-pesakit ini

akan menunjukkan simptom seperti ketidakselesaan perut

akibat pengumpulan cecair dalam perut, gejala tekanan,

dan gejala-gejala lain seperti kehilangan berat badan dan

selera makan.

Apa Itu PCOS Dan Apakah Rawatan

Yang Disediakan?

Sindrom ovari polikistik (PCOS) berlaku apabila ovari atau

kelenjar adrenal wanita menghasilkan lebih banyak hormon

lelaki daripada biasa. PCOS akan menyebabkan sista

bersaiz kecil tumbuh di kawasan ovari.

Antara gejala yang dialami termasuklah kitaran haid yang

tidak teratur, pertumbuhan rambut yang berlebihan pada

kawasan muka dan badan (hirsutisme) dan kulit berjerawat

atau berminyak. Biasanya, wanita dengan PCOS mengalami

obesiti, dan kebanyakan mereka mungkin mempunyai

MamaPapa | September 2022

47


TOPIK SEMASA

masalah dengan kesuburan. Wanita yang mengalami PCOS

mempunyai risiko untuk menghidap diabetes, sindrom

metabolik, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi

PCOS ini telah dikesan melalui pemeriksaan klinikal

tipikal yang disebutkan di atas dengan ciri sokongan

ovari polikistik pada ultrasound pelvis dan beberapa

perubahan ujian darah hormon, terutama sekali untuk

kes-kes yang teruk. Masih tiada ubat yang ditemui bagi

merawat penyakit ini. Namun dengan melakukan senaman

dan mengambil ubat hormon seperti pil perancang untuk

mengimbangi tahap hormon, ia sedikit sebanyak dapat

membantu mengawal gejala.

Boleh Anda Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kanser

Ovari? Apakah Langkah-Langkah Pencegahan?

Kanser ovari merupakan salah satu kanser yang wujud

dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Malangnya, kanser

ini tidak sama seperti kanser serviks, kerana tiada ujian

saringan yang boleh menepati bagi mengesan kanser

ini. Lebih daripada 75% wanita sudah terlewat membuat

pemeriksaan, kerana melakukannya di saat-saat akhir

dengan tahap kesihatan yang semakin merosot akibat

gejala yang dialami hingga membawa kepada prognosis

yang lebih buruk. Jadi, melakukan pemeriksaan awal adalah

sangat penting bagi mengesan kanser tersebut

Kira-kira 25% penghidap kanser ovari ini dikesan disebabkan

oleh mutasi yang diwarisi dalam gen tertentu. Mengetahui

latar belakang dan sejarah penyakit keluarga sangat penting

bagi penilaian awal dan pengesanan kanser ovari.

Contohnya menggunakan pil perancangan keluarga selama

lima tahun atau lebih, menjadikan kebarangkalian untuk

menghidapi kanser ovari itu lebih rendah, dan golongan

berisiko tinggi ini telah menggunakannya sebagai langkah

pencegahan.

Wanita yang melahirkan anak selepas umur 35 tahun atau

yang tidak pernah hamil mempunyai risiko yang lebih

tinggi untuk mendapat kanser ovari. Oleh itu, membuat

perancangan keluarga dapat mengurangkan risiko kanser,

terutama sekali bagi golongan berisiko tinggi. Beberapa

kajian mencadangkan bahawa penyusuan susu ibu itu

sendiri mengurangkan risiko kanser ovari.

Apakah Tips Penjagaan Kesihatan Ovari

Yang Terbaik?

Mengamalkan gaya hidup yang sihat sangat penting

dalam mengekalkan kesihatan ovari, ini kerana ia berkait

rapat dengan isu metabolisme wanita. Pemakanan

yang seimbang dan kerap melakukan senaman dapat

menghindar daripada masalah obesiti, yang mungkin

menjadi pelopor PCOS dan ketidakseimbangan hormon.

Mengelakkan diri daripada pengambilan alkohol dan

rokok merupakan antara amalan gaya hidup sihat terbaik.

Bukan itu sahaja, kita juga digalakkan untuk melakukan

pemeriksaan kesihatan dengan kerap, terutamanya bagi

golongan wanita berisiko tinggi untuk mengesan masalah

ovari lebih awal.

Membuat perancangan keluarga dengan teliti juga

dapat memberi impak positif terhadap isu kesihatan

ovari, ia boleh mengurangkan risiko kanser ovari dengan

mengelakkan kehamilan pada usia yang lebih tua.

Seterusnya menggalakkan penyusuan susu ibu sebagai

salah satu langkah pencegahan kanser ovari.

48 MamaPapa | September 2022


Diari medikal & kesihatan bayi

9 Perkara

Yang Anda Perlu

Tahu Mengenai

Selesema Bayi

Selesema merupakan satu

jangkitan yang sudah dianggap

biasa dalam kalangan

masyarakat kita. Menurut

American Academy of Pediatrics

(AAP), kebanyakan kanak-kanak

yang sihat mengalami selesema

dan jangkitan virus sebanyak

lapan hingga 10 kali dalam

tempoh dua tahun pertama

kehidupan mereka atau (enam

hingga lapan kali selesema pada

tahun pertama). Selesema dan

jangkitan virus lebih mudah

terdedah kepada golongan

bayi yang baru lahir, kerana

mereka merupakan golongan

yang berisiko tinggi, terutama

sekali untuk tempoh empat

hingga enam minggu pertama.

Sistem imun setiap bayi yang

baru lahir masih lemah. Oleh itu,

mereka memerlukan masa bagi

memastikan sistem imun mereka

benar-benar berdaya dalam

melawan setiap penyakit dan

jangkitan kuman.

Secara amnya, selesema ialah

jangkitan virus yang melibatkan

hidung dan tekak. Terdapat lebih

daripada 200 virus yang boleh

menyebabkan jangkitan selsema

berlaku. Virus yang paling biasa

ialah rhinovirus, manakala virus

lain termasuklah coronavirus,

parainfluenza, adenovirus, enterovirus,

dan virus pernafasan syncytial.

Bagaimanakah Bayi Boleh

1

Dijangkiti Selesema?

Pada kebiasaanya, virus yang boleh

menyebabkan tersebarnya selesema

adalah melalui sentuhan dari kulit ke

kulit, penyebaran melalui titisan batuk

atau bersin, dan sentuhan dengan

objek yang telah tercemar.

Sentuhan dari individu ke individu lain

boleh menyebabkan bayi dijangkiti

selesema. Sebagai contoh, di pusat

asuhan atau dari ahli keluarga

sendiri. Individu yang batuk atau

bersin akan menyebarkan virus yang

berkemungkinan boleh sampai ke

hidung atau mulut bayi. Bayi juga

boleh dijangkiti selesema melalui

abang atau kakak mereka yang pulang

dari atau daripada orang dewasa yang

menjadi kontak rapat dengan individu

yang menghidap virus selesema.

Virus selesema juga boleh hinggap

pada permukaan seperti mainan dan

meja. Jadi apabila bayi menyentuh

permukaan ini, mereka akan dijangkiti

virus dengan lebih cepat.

Apakah Simptom-Simptomnya?

2

Antara simptom yang biasa

dialami termasuklah, tekak berasa

gatal, hidung berair atau tersumbat

dan bersin. Pada awalnya hingus

mungkin akan kelihatan jernih tetapi

ia boleh bertukar menjadi pekat

kekuningan atau kehijauan. Gejala lain

termasuklah demam, meragam, sukar

tidur, dan masalah menyusu. Walau

bagaimanapun, tahap kesihatan bayi

biasanya masih berada pada tahap

yang tidak membimbangkan dan

tahap tenaga yang normal.

Bagaimana Selesema Bayi

3

Bermula?

Bayi mungkin akan lebih mudah

meragam daripada biasa selama

tiga hari pertama, demam dan selera

makan yang berkurangan. Selain

itu, hidung bayi juga akan kelihatan

berair dan berlaku pada hari kedua

MamaPapa | September 2022

49


Diari medikal & kesihatan bayi

Dr Diana Bt Osman,

Perunding Pediatrik

Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang

atau ketiga. Semasa fasa pertengahan

selesema, demam akan mula kebah,

namun lendir pada hidung akan

menjadi pekat dan kekuningan.

Berapa Lamakah Tempoh

4

Tersebut?

Jangkitan selesema yang tersebar

akan berada dalam badan selama

tujuh hingga 10 hari atau boleh

berlanjutan sehingga 14 hari. Tempoh

inkubasi untuk selesema adalah

antara satu hingga empat hari. Virus

ini akan menular sehari atau dua hari

sebelum gejala muncul tetapi boleh

disebarkan apabila selesema sudah

berlaku. Risiko jangkitan akan mula

menurun apabila hidung mula kering

dan selesema akan hilang dengan

sendirinya selepas beberapa hari.

Sekiranya gejala yang dialami

semakin teruk, atau bayi tersebut

berusia kurang daripada satu bulan,

anda perlu segera berjumpa dengan

pakar pediatrik bagi pemeriksaan

secara menyeluruh.

Apakah Kesan Sampingan

5

Selsema Yang Boleh

Mempengaruhi Kesihatan Bayi?

Kesan sampingan yang biasanya

dialami oleh bayi selepas dijangkiti

selesama adalah jangkitan pada

telinga (otitis media), berdehit, sinusitis

yang biasanya berlaku semasa bayi

semakin meningkat dewasa serta

jangkitan lain seperti radang paruparu,

bronkiolitis dan croup.

Bagaimakah Cara Untuk

6

Merawat?

Kebiasaannya jangkitan selesema

ini akan sembuh walaupun tanpa

rawatan. Ubat-ubat yang ada tidak

dapat membuatkan jangkitan

selesema itu hilang dengan cepat.

Sebaliknya ia hanya boleh membantu

dalam mengurangkan gejala yang

dialami. Tambahan lagi, antibiotik juga

biasanya tidak diperlukan melainkan

ketika waktu kecemasan iaitu ketika

ia berkembang menjadi jangkitan

telinga atau radang paru-paru. Doktor

akan menyarankan pengambilan

paracetamol bagi mengurangkan

demam, semburan hidung untuk

membersihkan lendir hidung atau

semburan dekongestan hidung bagi

melegakan hidung tersumbat. Walau

bagaimanapun, ubat batuk hanya

sesuai diberikan untuk kanak-kanak

berumur dua tahun ke atas.

Bilakah Waktu Yang

7

Sepatutnya Anda Berjumpa

Doktor?

Walaupun simptom selesema adalah

ringan, anda digalakkan untuk

berjumpa pakar penjagaan kesihatan

jika bayi anda berumur di bawah satu

tahun dan mengalami simptom ini:

• demam

• muntah dan tidak mahu menyusu

• kurang kencing (dehidrasi)

• tidak aktif, mengantuk dan tidur

lebih lama daripada biasa

• bernafas dengan laju

• batuk yang bertambah teruk

selepas beberapa hari atau

berterusan selama lebih daripada

lima hari

• ruam, mata merah, atau mata berair

• kulit menjadi pucat atau kebiruan

• meragam

• berhingus

Bagaimanakah Cara

8

Penjagaan Tepat Oleh Ibu

Bapa Untuk Bayi Mereka Semasa

Berada Di Rumah?

Walaupun selesema yang dihadapi

oleh bayi ini masih boleh dirawat di

rumah, namun perlu dingatkan supaya

ibu bapa mestilah peka dengan

gejala-gejala yang ditunjukkan

oleh bayi mereka. Jika ia berlarutan

dan bertambah teruk (seperti

yang dinyatakan di atas) segeralah

berjumpa doktor atau pakar pediatrik.

Berikut ialah beberapa petua dalam

merawat selesema bayi semasa

berada di rumah:

• Jika kanak-kanak mengalami

demam, mandian menggunakan

span dengan air suam boleh

membantu

• Berikan susu ibu sekerap mungkin

untuk memastikan bayi sentiasa

terhidrasi

• Makanan seperti bubur dan sup

sangat disyorkan untuk bayi

mengamalkan diet ringan

• Nasal saline atau saline gel, atau

penyedut cecair hidung juga boleh

membantu hidung tersumbat

• Pastikan bayi mendapat rehat

secukupnya

Apakah Cara Terbaik Untuk

9

Mencegah Selesema Bayi?

Cara pencegahan terbaik adalah

dengan sentiasa mengambil langkah

berjaga-jaga kerana tiada vaksin

yang ditemui untuk selesema biasa.

Sebagai langkah perlindungan terbaik

adalah dengan cara anda kerap

mencuci tangan sebelum memegang

bayi, menjauhkan bayi daripada

individu yang tidak sihat, serta kerap

membersihkan mainan dan puting

bayi.

50 MamaPapa | September 2022


pENDIDIKAN

Sistem Pendidikan

yang Dikagumi di

Dunia

Kehidupan yang baik bermula dengan pendidikan yang kukuh. Tanpa pendidikan,

anda akan ketinggalan dari setiap segi. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan

jugalah yang menjadi asas kepada perubahan kehidupan seseorang.

MamaPapa | September 2022

51


pENDIDIKAN

Generasi kini merupakan pemangkin

pembangunan negara. Generasi

muda sekaranglah yang akan

menggantikan pemimpin pada hari

ini untuk mentadbir negara, justeru

aspek pendidikan adalah paling

utama untuk melahirkan anak muda

yang boleh memacu negara ke arah

kejayaan. Dan, pendidikan perlu

bermula sejak kecil lagi. Disebabkan

itulah, semua negara berlumba-lumba

membekalkan pendidikan yang

terbaik untuk melahirkan generasi

yang berpelajaran, bukan sahaja

dalam bidang akademik malah boleh

menjadi individu yang berkaliber.

Minda kanak-kanak terbentuk bukan

sahaja melalui pendidikan di rumah,

bahkan juga pengalaman di sekolah.

Oleh itu, sistem pendidikan di

sesebuah negara adalah pengukur

terbaik untuk kejayaan masa hadapan.

Penting untuk kanak-kanak mendapat

pendidikan yang berkualiti dan

persekitaran yang selamat untuk

belajar. Sistem pendidikan awam

yang baik bermula dengan asas

pembelajaran yang holistik. Pernahkah

anda terfikir tentang sesetengah

negara yang berjaya dalam setiap

aspek, sementara sesetengahnya pula

masih jauh tertinggal di belakang?

Lihatlah pada negara-negara yang

berjaya dan anda akan tahu rahsia

mereka, iaitu penawaran sistem

terbaik dalam pendidikan. Berikut

adalah antara sistem pendidikan yang

diiktiraf terbaik di dunia:

FINLAND

Sistem pendidikan Finland konsisten

dalam kedudukan teratas sistem

pendidikan seluruh dunia. Negara

ini sebenarnya dikenali dengan

pendekatan yang tidak ortodoks

dalam pendidikan, menjadikannya

sebagai model pendidikan popular

merapati sistem pendidikan barat.

Jika dibandingkan para pelajarnya

dengan pelajar negara lain, kanakkanak

sekolah di Finland jarang

menduduki peperiksaan atau

melakukan kerja sekolah sehinggalah

usia mereka 16 tahun.

Mereka akan menghabiskan segala

kerja sekolah di dalam kelas, tanpa

perlu membawa pulang kerja di

rumah. Walaupun pelajar-pelajar di

sini tidak dinilai semasa enam tahun

pertama di sekolah, namun, mereka

setaraf dengan golongan pelajar

yang mendapat masa tutor tambahan

dan dinilai beberapa kali semasa

persekolahan mereka.

Di Finland juga, semua kanak-kanak

tidak kira apa keupayaan mereka

(bijak ataupun kurang bijak) akan

diletakkan dalam kelas yang sama.

Pelajar juga mendapat masa rehat

selama 75 minit setiap hari. Kanakkanak

akan mula bersekolah semasa

usia 7 tahun, di mana ketika ini

mereka sudah bersedia untuk belajar

dan fokus. Mereka juga hanya wajib

bersekolah selama sembilan tahun

sahaja. Selepas gred ke-9, pelajar

boleh memilih untuk menyambung

pelajaran di sekolah menengah tinggi,

sekolah vokasional ataupun bekerja.

JEPUN

Orang Jepun paling cemerlang dari

segi adab. Mengikut budaya Jepun,

adalah penting untuk mengajar anak

kecil etika dan adab yang sempurna

berbanding dengan mengajar mereka

pendidikan standard. Disebabkan

itulah kanak-kanak di Jepun tidak perlu

mengambil sebarang ujian sehingga

gred ke-4 kerana mereka benar-benar

percaya bahawa karakter kanak-kanak

perlu dipupuk dahulu, bukannya

pencapaian (seperti ujian, peperiksaan

dsb) semasa proses pembelajaran.

Hormat kepada orang lain turut

diajar di dalam kelas. Selain

itu, hubungan antara guru dan

pelajar turut dititikberatkan di

mana para pelajar dididik untuk

menghormati guru mereka. Pelajar

turut diajar membersihkan diri dan

kelas di samping melakukan kerja

pembersihan lain seperti kebersihan

di sekeliling mereka.

Bukan itu sahaja, para pelajar juga

disediakan makanan yang berkhasiat

di sekolah di mana, setiap pelajar

diajar untuk memilih makanan yang

sihat sejak kecil lagi. Hidangan

yang disediakan di sekolah adalah

kolaborasi di antara pakar penjagaan

kesihatan profesional dan chef

terlatih serta menggunakan bahan

yang segar.

52 MamaPapa | September 2022


pENDIDIKAN

NEW ZEALAND

Sistem pendidikan di New Zealand

pun merupakan antara yang terbaik

di dunia. Mengikut penskoran, sistem

di sini mendapat tahap tertinggi

untuk literasi, matematik dan sains.

Sistem pendidikan awam pula adalah

salah satu sistem pembiayaan yang

terbaik di dunia di mana New Zealand

mencatatkan peratusan tertinggi

pembiayaan awam dalam pendidikan

di seluruh dunia.

Jadi, apa yang menjadikan New

Zealand unik? Ia berdasarkan

beberapa perkara; pertama,

penduduk asal New Zealand percaya

setiap orang berhak mendapat

pendidikan. Terdapat banyak sekolah

swasta di sini, akan tetapi negara

ini turut menyediakan sekolah

awam terbaik. Selain itu, sistem

pendidikan di sini memfokuskan

kepada kedua-dua pencapaian

akademik dan praktikal. Sistem

pendidikan awam New Zealand juga

memfokuskan kepada fikiran terbuka

dan membiarkan kanak-kanak untuk

meneroka dan belajar mengikut cara

yang mereka mampu.

ESTONIA

Mengikut Program Penilaian Pelajar

Antarabangsa (PISA), pengukur

pendidikan global terulung,

dihimpunkan oleh Organisasi untuk

Kerjasama dan Pembangunan

Ekonomi, keputusan pelajar Estonia

berusia 15 tahun adalah yang terbaik

di Eropah dan antara yang terkukuh di

seluruh dunia.

Kajian PISA pada tahun 2015

tertumpu kepada sains semula jadi

dan juga menguji pelajar dalam

matematik dan pembacaan fungsi.

Menurut kajian tersebut, pengetahuan

dan kemahiran pelajar Estonia berusia

15 tahun dalam biologi, geografi,

fizik dan kimia adalah yang terbaik

di seluruh dunia - yang pertama

di Eropah dan ketiga dalam skala

global. Bilangan pelajar terbaik yang

dapat menyelesaikan ujian yang sukar

adalah lebih tinggi daripada yang

pernah dicatatkan sebelum ini - iaitu

sebanyak 13.5 peratus, sementara

purata OECD adalah lapan. Di antara

negara-negara di Eropah, Estonia

mencatatkan bilangan paling sikit

untuk pelajar yang rendah pencapaian

- menurut kenyataan daripada

Kementerian Pelajaran Estonia.

Bagi subjek matematik pula, pelajar

Estonia menduduki tangga kedua

di Eropah selepas Switzerland, dan

kesembilan di dunia. Hampir 90%

anak muda di Estonia mempunyai

sekurang-kurangnya asas

pengetahuan dalam matematik, yang

meletakkan Estonia di antara lima

negara terbaik di dunia.

BARBADOS

Sistem pendidikan sekolah di

Barbados hampir mengikut norma

British. Pendidikan sekolah rendah

selama enam tahun bermula semasa

umur kanak-kanak 4 tahun. Pada usia

anak 11 tahun pula, mereka akan

menduduki peperiksaan kemasukan

bagi melayakkan mereka ke sekolah

menengah. Pelajar akan memasuki

sekolah menengah sehingga umur 18

tahun, pun begitu dua tahun terawal

adalah tidak diwajibkan. Pelajar akan

menduduki peperiksaan Caribbean

yang mirip GCE O-Level. Pelajar

yang masih berada pada 2 tahun

terakhir akan menduduki peperiksaan

Caribbean lain yang membawa

kepada pendidikan peringkat tiga

atau tinggi.

SINGAPURA

Lebih daripada sedekad, Singapura

berjaya muncul sebagai salah satu

sistem pendidikan terbaik yang

ditawarkan di seluruh dunia. Secara

keseluruhannya, pembelajaran

di kelas adalah seragam untuk

semua tahap dan subjek. Sistem

pendidikan sekolah rendah Singapura

memfokuskan kepada liputan

kurikulum, transmisi pengetahuan

prosedur dan fakta, serta menyiapkan

pelajar untuk semester akhir dan

peperiksaan tinggi nasional.

Pembelajaran di sini berlangsung

dengan cara guru akan memantau

pembelajaran pelajar dan

menyediakan maklum balas dan

sokongan pembelajaran kepada

pelajar. Selain itu, guru juga akan

mengajar berpandukan buku teks,

latihan kerja dan kebanyakan latih tubi

serta amali.


Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!