07.12.2021 Views

BUKU PANDUAN DISIPLIN KK BERA

Buku Panduan Disiplin KK Bera memberi panduan kepada pelajar kolej peraturan-peraturan yg perlu diikuti. E-Aduan dalam buku ini memberi panduan saluran aduan pelajar kepada pihak pengurusan

Buku Panduan Disiplin KK Bera memberi panduan kepada pelajar kolej peraturan-peraturan yg perlu diikuti. E-Aduan dalam buku ini memberi panduan saluran aduan pelajar kepada pihak pengurusan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

Prakata

ii

Aluan Pengarah

iii

Senarai Jawatankuasa

iv

Peraturan Disiplin Kolej Komuniti Bera

Kementerian Pendidikan Malaysia 1

Dasar Pengurusan Disiplin 1

Kesalahan Jenayah 1

Perpustakaan 4

Pakaian dan Penampilan Diri 6

Kebersihan di dalam Kampus 11

Membuat Bising 11

Tempat Tinggal/Tempat Tidur

di Kampus 12

Kad Pelajar 13

Tatatertib/Lalu Lintas Jalan 13

Kaedah Hukuman 14

Kod Kesalahan 16

Aku Janji Pelajar Pematuhan

Peraturan Disiplin Kolej 19

Ikrar Pelajar 20

Carta Alir Aduan Pelajar 21

E-Aduan Pelajar 22

Peranan JPP dalam Pengurusan

Disiplin Kolej 23

i


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

PRAKATA

Daripada seluruh warga Kolej Komuniti Bera, kami

mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan

kehadiran anda untuk menjadi sebahagian daripada

keluarga besar Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan

Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan

Malaysia

Buku Panduan Disiplin Pelajar Kolej Komuniti Bera ini

merupakan satu sumber rujukan dan panduan kepada

semua pelajar kolej dan juga boleh menjadi panduan

kepada semua staf di Kolej Komuniti Bera

Semoga buku panduan ini dapat dimanfaatkan

sepenuhnya oleh pelajar dengan sebaik mungkin untuk

melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dan bersahsiah

terpuji

ii


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

ALUAN PENGARAH

Kolej Komuniti Bera

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu

Kolej Komunti Bera. Tahniah diucapkan kepada semua

bakal Juara Akuakultur kerana berani menyahut cabaran

untuk maju kehadapan

Buku panduan ini adalah hasil rangkuman idea

Jawatankuasa Bengkel Pemurniaan Buku Panduan

Disiplin Pelajar Kolej Komuniti Bera dengan tujuan untuk

memberi rujukan kepada semua pelajar sepanjang

menuntut di kolej. Ia merupakan satu panduan untuk

mewujudkan keseragaman kepada semua pelajar kolej

tentang peraturan yang perlu diikuti oleh pelajar. Buku

panduan ini juga memaparkan saluran aduan yang boleh

dibuat oleh pelajar.

Akhir kata, diharap buku panduan ini mampu mencapai

hasrat, visi dan misi kementerian untuk melahikan modal

insan yang terunggul dan terbilang.

iii


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Pemudahcara

Setiausaha

: Ahmad Arman bin Nor Anuar

Pengarah, Kolej Komuniti Bera

: Wan Zufarhati bt Wan Ahmad

Timb. Pengarah,

Kolej Komuniti Bera

: Keadsrar Phongswat a/p Eteng

Pegawai Pembangunan Pelajar,

Kolej Komuniti Bera

: Siti Rahayu binti Sheikh Abdullah

Pegawai Pengambilan,

Kolej Komuniti Bera

Ahli :

1. Nurul Huda binti Mahasan

(KPro Akuakultur)

2. Asma Laily binti Md Hanafiah

(Penyelaras Psikologi)

iv


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

PERATURAN DISIPLIN

KOLEJ KOMUNITI BERA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Dasar Pengurusan Disiplin

Dasar Pengurusan Disiplin Kolej Komuniti adalah

ditentukan oleh KPT. Seseorang pelajar adalah tertakluk

kepada Akta 174 [Akta Institusi-Institusi Pelajaran

(Tatatertib) 1976] dan pindaan-pindaannya di baca

bersama dengan Buku Panduan Dan Peraturan Am

Pelajar Kolej Komuniti. Pegawai-pegawai yang

bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin di Kolej

Komuniti adalah seperti berikut:

a) Pengarah

b) KJKK

c) PHEP

d) Penyelaras Disiplin Kolej Komuniti (PDKK)

e) Penyelaras Disiplin Program (PDP)

f) Pegawai/Pensyarah yang diturunkan kuasa oleh

Pengarah

2. Kesalahan Jenayah

A. Mana-mana pelajar yang dituduh atau didapati

bersalah atas kesalahan jenayah, tindakan yang

boleh diambil adalah sebagaimana berikut:

1


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

i. Digantung menjadi pelajar Kolej Komuniti

[Subseksyen 14(1)].

ii. Diberhentikan menjadi pelajar Kolej

Komuniti [Subseksyen 14(2) dan 14(3)].

iii. Dalam masa menunggu keputusan

perbicaraan, ia tidak boleh berada di

dalam atau memasuki kampus Kolej

Komuniti.

B. Mana-mana kes jenayah yang diambil tindakan

oleh mahkamah luar atau mahkamah syariah

perlu disusuli dengan penggunaan Akta 174 yang

akan melibatkan tindakan penggantungan atau

pemberhentian pelajar dari Kolej Komuniti.

C. Kolej Komuniti perlu mendapatkan maklumat

jelas mengenai hukuman mahkamah tersebut

sebelum sebarang tindakan diambil mengikut

Akta 174.

D. Contoh kesalahan jenayah:

Mencuri

Merogol, mencabul

Khalwat, perlakuan sumbang

Dadah

Lain-lain jenis kesalahan jenayah yang

dikenakan hukuman mengikut kanun

keseksaan

2


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

E. Seksyen/Subseksyen Akta 174 yang diguna

pakai apabila kesalahan jenayah dilakukan oleh

pelajar:

i. Subseksyen 14(1) Akta 174

Jika pelajar dipertuduhkan melakukan

kesalahan jenayah, ia hendaklah digantung

daripada menjadi seorang pelajar dan ia tidak

boleh berada di dalam atau memasuki kampus

Institusi dalam masa menunggu keputusan

perbicaraan jenayah itu.

ii. Subseksyen 14(2) Akta 174

Jika mahkamah mendapati sesuatu kesalahan

jenayah dibuktikan, pelajar tersebut hendaklah

berhenti menjadi seorang pelajar Institusi dan ia

tidak boleh berada di dalam atau memasuki

kampus Institusi.

iii. Subseksyen 14(3) Akta 174

Jika pelajar ditahan atau dikenakan apa-apa

perintah sekatan di bawah mana-mana undangundang

bertulis berhubung dengan tahanan

pencegahan atau keselamatan dalam negeri,

hendaklah terhenti menjadi seorang pelajar di

Institusi dan tidak boleh berada di dalam atau

memasuki kampus Institusi.

3


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

Nota: Tidak terpakai jika tahanan bagi maksud

soal siasat sahaja

iv. Subseksyen 14(4) dan 14(5) Akta 174

Pelajar yang digantung [Subseksyen 14(1)] atau

terhenti menjadi seorang pelajar [Subseksyen

14(2) & (3)] tidak boleh diterima menjadi pelajar di

mana-mana Institusi lain dalam Malaysia

melainkan jika Menteri Pengajian Tinggi telah

memberi kelulusan bertulis.

v. Subseksyen 14(6) Akta 174

Seseorang pelajar yang digantung atau

diberhentikan daripada Institusi tetapi berada di

dalam atau memasuki kampus sesuatu Institusi

atau kampus mana-mana Universiti adalah

bersalahan dan apabila disabitkan boleh

dikenakan denda tidak lebih daripada Ringgit

Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) atau penjara

selama tempoh tidak lebih daripada enam (6)

bulan atau kedua-duanya.

3. Perpustakaan

Melanggar atau tidak mematuhi apa apa arahan atau

kehendak pegawai perpustakaan, seseorang kakitangan

perpustakaan atau lain-lain pekerja perpustakaan

tentang penggunaan perpustakaan, buku-bukunya dan

lain-lain kemudahan di dalamnya. Perincian kesalahan

adalah seperti berikut:

4


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

Lewat/tidak memulangkan buku atau bahan

dalam tempoh yang ditetapkan.

Merosakkan buku atau bahan.

Menghilangkan buku dan bahan yang dipinjam.

Bising/mengganggu ketenteraman di dalam

perpustakaan.

Makan/minum/tidur/membuat sesuatu yang akan

menjejaskan suasana ketika di dalam

perpustakaan.

Membawa makanan/minuman ke dalam

perpustakaan.

Menggunakan kad perpustakaan pelajar lain.

Melakukan perbuatan yang mencolok mata.

Mencuri atau membawa keluar bahan majalah,

surat khabar, buku rujukan red spot dan bahan

berjilid tanpa kebenaran Pegawai Perpustakaan.

Tidak mematuhi arahan etika berpakaian

mengikut Buku Panduan dan Peraturan Am

Pelajar Kolej Komuniti.

Membawa masuk beg, fail besar, kamera, topi

keledar, jaket, senjata tajam atau yang

seumpamanya ke dalam perpustakaan.

Mengoyak/menggunting/menconteng bahanbahan

bacaan di perpustakaan.

Merosak dan memusnahkan mana-mana harta

kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang

boleh membawa kerosakan kepada bahan

tersebut.

Tidak menjaga kebersihan perpustakaan.

5


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

Mengubah susunatur perabot dan peralatan

perpustakaan.

Menggunakan telefon mudah alih (handphone)

atau sebarang bahan elektronik sehingga

mengganggu ketenteraman orang lain.

4. Pakaian dan Penampilan Diri

Seseorang pelajar tidak boleh berpakaian dan berupa diri

secara tidak sopan atau bersesuaian bagi menghadiri

kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel atau

mengikuti atau menghadiri sebarang aktiviti sama ada di

dalam atau di luar kampus atau semasa berada di manamana

bahagian di dalam kampus.

A. Pelajar Lelaki

i. Pakaian

Memakai baju kemeja yang tidak

berlengan.

Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali

untuk aktiviti sukan.

Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan

atau gambar yang membawa pengertian

liar, negatif, lucah atau mempunyai

lambang mana-mana parti politik.

Memakai baju kemeja atau ’T’ yang tidak

dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

6


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

ii.

Memakai baju kebangsaan (baju melayu)

yang tidak lengkap bersamping, berkasut,

bersongkok hitam.

Memakai pakaian yang bertampal, koyak

atau bertampung dalam apa jua bentuk

sekalipun.

Memakai pakaian yang tidak dibutang atau

dizipkan dengan sempurna.

Memakai tali pinggang atau fesyen kepala

tali pinggang yang tidak sesuai.

Memakai seluar jenis jeans biru/denim atau

lusuh.

Memakai seluar ketat.

Memakai seluar half cut.

Memakai kasut tanpa stokin.

Memakai selipar, terompah, sandal, capal

atau berkaki ayam.

Tidak memakai pakaian bengkel ketika

berada di bengkel.

Rambut

Rambut panjang melebihi paras kolar baju,

paras tepi melebihi paras atas telinga,

paras depan melebihi garisan tengah dahi.

Rambut tidak kemas.

Rambut berfesyen seperti afro, punk,

berekor atau diwarnakan.

7


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

iii.

Perhiasan

a) Memakai sebarang bentuk perhiasan

seperti rantai, gelang tangan dan subang

atau apa-apa perhiasan diri yang

membawa maksud negatif.

B. Pelajar Perempuan

i. Pakaian

Memakai pakaian yang mencolok mata

seperti pakaian yang ketat, jarang,

singkat, berbelah, nipis dan

mendedahkan mana-mana bahagian

badan.

Memakai baju yang labuhnya di atas

paras punggung.

Memakai skirt yang lebih pendek dari

paras lutut.

Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan

atau gambar yang membawa pengertian

liar, negatif, lucah atau mempunyai

lambang mana-mana parti politik.

Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali

untuk aktiviti sukan.

Memakai pakaian yang bertampal, koyak

atau bertampung dalam apa jua bentuk

sekalipun.

8


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

Memakai pakaian yang tidak dibutang

atau dizipkan dengan sempurna.

Berseluar ketat, singkat atau

menampakkan susuk badan.

Memakai seluar jenis jeans/denim,

banyak poket, corduroy.

Memakai seluar half cut.

Memakai selipar, terompah, sandal, capal

atau berkaki ayam.

Tidak memakai pakaian bengkel semasa

berada di bengkel.

ii.

iii.

Rambut

Rambut tidak kemas.

Rambut berfesyen seperti afro, punk,

berekor atau diwarnakan.

Perhiasan

Memakai perhiasan seperti rantai, gelang

tangan, cincin dan subang secara

berlebihan.

Memakai perhiasan diri bukan pada tempat

sepatutnya.

Bersolek secara berlebihan.

9


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

Gambar 1: Etika Pemakaian Pelajar di Kolej

10


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

5. Kebersihan Di Dalam Kampus

Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang

boleh menjejas kebersihan dan kekemasan tempat

tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau

kebersihan atau kekemasan mana-mana asrama, dewan

kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau kekemasan

mana-mana lain bahagian kampus atau kebersihan atau

kekemasan mana-mana bangunan atau binaan lain di

dalam kampus. Perincian kesalahan adalah seperti

berikut:

Membuang sampah merata-rata di sekitar

kampus.

Menampal sebarang notis dan iklan tanpa

kebenaran pihak berkuasa kampus.

Mengotorkan/meludah merata-rata di sekitar

kampus.

Memetik/mematah/merosakkan pokok

hiasan/pokok bunga tanpa kebenaran pihak

berkuasa kampus.

6. Membuat Bising

Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi

atau bising, atau menyebabkan diterbitkan apa-apa

bising, dengan apa-apa jalan atau dengan apa-apa cara,

jika bising atau bunyi itu menyebabkan atau mungkin

menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang-

11


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

orang lain di dalam kampus. Perincian kesalahan adalah

seperti berikut:

Meninggikan suara atau mengeluarkan bunyi

bising sehingga menyebabkan kegusaran atau

gangguan kepada pihak lain di dalam kampus.

Menggunakan peralatan elektronik/elektrik

sehingga menyebabkan bunyi bising dan

menimbulkan kegusaran atau gangguan kepada

pihak lain di dalam kampus.

Menggunakan kenderaan bermotor yang

mengeluarkan bunyi sehingga menyebabkan

kegusaran atau gangguan kepada pihak lain di

dalam kampus. Perlakuan yang mencetuskan

bunyi bising yang menyebabkan kegusaran atau

gangguan kepada orang lain.

7. Tempat Tinggal/Tempat Tidur Di Kampus

Tiada seseorang pelajar boleh menggunakan atau

menyebab digunakan mana-mana bahagian kampus

atau mana-mana bahagian daripada mana-mana

bangunan di dalam kampus sebagai tempat tinggal atau

tempat tidur, kecuali tempat yang disediakan baginya

dalam asrama dalam Institusi. Perincian kesalahan

adalah seperti berikut:

Menduduki atau menginap di dalam kampus

tanpa kebenaran.

12


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

8. Kad Pelajar

Institusi hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap

pelajarnya suatu kad pengenalan yang disebut Kad

Pelajar yang mana hendaklah ada padanya foto pelajar

itu dan berupa dan mengandungi apa-apa butiran

sebagaimana yang ditentukan oleh PHEP. Perincian

kesalahan adalah seperti berikut:

Tidak memakai Kad Pelajar semasa berada di

dalam premis/kampus.

Tidak memakai Kad Pelajar pada

baju/jaket/blazer pada paras dada supaya boleh

dilihat dengan jelas.

Memakai Kad Pelajar yang diconteng, diubahsuai

atau dipinda tanpa kebenaran pihak berkuasa

kampus.

Memakai Kad Pelajar milik pelajar lain.

9. Tatatertib Lalu lintas Jalan

Bahagian IV Tatatertib Lalu lintas Jalan - Kaedah 35

hingga 47 (Sila rujuk Akta 174). Perincian kesalahan

adalah seperti berikut:

Menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan

dengan pihak UHEP.

Tidak mempamerkan pelekat kenderaan yang

sah.

13


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

Tidak mematuhi had laju yang telah ditetapkan.

Memandu/menunggang dalam keadaan yang

membahayakan.

Menggunakan kenderaan yang mengeluarkan

bunyi bising/kuat/ubahsuai.

Meletakkan kenderaan bermotor di tempat yang

tidak dibenarkan.

Membawa pembonceng yang bukan muhrim

(berlainan jantina).

Membawa pembonceng melebihi dari seorang.

Memandu atau menunggang kenderaan di atas

koridor/beranda/kaki lima/halaman berkepung

atau dalam bangunan.

Tidak memakai topi keledar semasa menunggang

dan membonceng motosikal.

Menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu,

cukai jalan dan insurans yang sah.

Memandu atau menumpang kenderaan tanpa

memakai tali pinggang keledar.

10. Kaedah Hukuman

Pelajar yang melakukan kesalahan kali pertama

akan diberi amaran.

Pelajar yang melakukan kesalahan yang sama

untuk kali kedua dan berikutnya boleh dikenakan

denda maksimum sebanyak Ringgit Malaysia

Lima Puluh (RM50.00) bagi kesalahan-kesalahan

di bawah Perenggan 3(i), Kaedah-kaedah 6, 21,

22, 23 dan 25 manakala denda maksimum

14


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus

(RM100.00) bagi kesalahan-kesalahan Bahagian

IV - Tatatertib Lalu lintas Jalan.

Namun begitu, Pengarah mempunyai budi bicara

untuk mengenakan kadar denda yang

bersesuaian.

15


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

KOD KESALAHAN

KOD KATEGORI KESALAHAN

RUPADIRI

1.1 Berambut panjang bagi pelajar lelaki

1.2 Rambut berfesyen – Afro, punk, berekor, dan diwarnakan

1.3 Memakai pakaian tidak dibenarkan pihak kolej

1.4 Memakai barang perhiasaan bagi pelajar lelaki

KAD PELAJAR

2.1 Tidak memakai kad pelajar

2.2 Memakai atau menggunakan kad pelajar lain

GANGGUAN SEKSUAL

3.1 Gangguan lisan – kata-kata, gurauan, bunyi, soalan,

panggilan telefon berbentuk ancaman, atau cadangan

seksual

3.2 Membuat isyarat tangan, bahasa isyarat,

pandangan/kerlingan yang membayangkan sesuait

niat/keinginan

3.3 Melakukan gangguan visual seperti menunjukkan bahanbahan

lucah, melukis gambar lucah, menulis surat

berunsur seksual, mendedahkan bahagian sulit

3.4 Melakukan gangguan fizikal seperti sentuhan tidak

diingini, menepuk, mencubit, menggesel badan, memeluk,

mencium, dan lain-lain

3.5 Melakukan gangguan psikolgi seperti mengulangi

jemputan sosial yang tidak diterima, memujuk untuk

bercumbu, dan lain-lain

VANDALISME

4.1 Merosakkan harta benda milik Kolej Komuniti, Kerajaan.

Awam, atau orang perseorangan

4.2 Menconteng dinding/notis rasmi/pekeliling rasmi

4.3 Merosakkan tanaman didalam/ luar premis Kolej Komuniti

4.4 Mengotorkan kawasan/bangunan Kolej Komuniti

JENAYAH

5.1 Berjudi, bertaruh @ bermain loteri

16


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

5.2 Mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut, atau

menculik

5.3 Mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan, atau

menjual dadah

5.4 Mengugut atau membuli

5.5 Bergaduh atau bersubahat dengan pergaduhan

5.6 Mengganggotai/memberi sokongan kepada kumpulan,

badan, atau pertubuhan haram

5.7 Terlibat dengan kegiatan pelacuran

5.8 Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar menjual,

dadah

5.9 Terlibat dengan demonstrasi haram

5.10 Memboikot/memulau aktiviti sah Kolej Komuniti

5.11 Memungut/cuba memungut wang dengan cara

persendirian, pertubuhan badan, atau kumpulan pelajar

5.12 Menghasut untuk tujuan memburukkan nama baik kolej

5.13 Menghasut pelajar lain melanggar tatatertib

5.14 Menghasut untuk tujuan mewujudkan suasana tegang,

perpecahan atau permusuhan

5.15 Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok, atau

membuat minuman keras/bahan kimia yang memabukkan

dan mengkhayalkan1

5.16 Memberi dan mengedarkan maklumat palsu

5.17 Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak kolej atau

pihak lain

5.18 Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib,

pensyarah, pegawai, atau kakitangan Kolej Komuniti yang

diberi kuasa

5.19 Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan

kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah

KELAKUAN TIDAK SOPAN

6.1 Bercumbu-cumbuan

6.2 Berkhalwat

6.3 Menonton, memiliki, mendengar, menampal. Mengedar,

menyorok atau terlibat dengan pertunjukkan bahan-bahan

lucah

17


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

6.4 Biadap terhadap kakitangan atau pelajar kolej komuniti

6.5 Menghisap rokok di dalam kawasan premis/kampus

6.6 Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

6.7 Mabuk kerana minuman atau bahan yang diambil untuk

memabukkan atau mengkhayalkan

6.8 Membantah secara lisan atau bertulis mengenai

keputusan pihak kolej tanpa melalui kesalahan tidak

ditetapkan

LALU-LINTAS

7.1 Tidak mendaftar kenderaan bermotor persendirian yang

digunakan dalam kawasan kampus

7.2 Tidak mempamerkan pelekat kenderaan yang sah

7.3 Tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan, dan

insurans yang sah

7.4 Tidak mematuhi had laju ditetapkan

7.5 Menggunakan kenderaan bermotor yang mengeluarkan

bunyi bising yang kuat

7.6 Tidak memakai topi keledar semasa menunggang atau

menbonceng motorsikal

7.7 Membawa lebih dari seorang pembonceng motorsikal

7.8 Meletakkan kenderaan bermotor di tempat tidak

dibenarkan

7.9 Membawa pembonceng berlainan jantina

7.10 Tidak mematuhi arahan dan tanda lalu-lintas di dalam

kawasan kampus

7.11 Tidak mematuhi peraturan & undang-undang bertulis

keselamatan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak

berkuasa JPJ dan PDRM

Jadual 1: Jadual Kod Kesalahan

18


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

AKU JANJI PELAJAR PEMATUHAN

PERATURAN DISIPLIN KOLEJ

Saya mengaku telah membaca dan memahami bahawa

sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam

undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau

arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas saya

menurut peruntukan undang-undang, kaedah-kaedah,

peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah

disingkirkan daripada Kolej Komuniti.

………………………………………………………

(Tandatangan Pelajar)

Nama pelajar:

Tarikh:

19


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami,

Pelajar-pelajar Kolej Komuniti Bera

dengan ini berikrar dan berjanji

akan mematuhi semua peraturan dan undang-undang,

serta menumpukan semua usaha dan tenaga kami

untuk meningkatkan prestasi kami

dalam kegiatan akademik dan ko-kurikulum

bagi mengharumkan nama baik Kolej Komuniti Bera

Kami berjanji akan mencurahkan tenaga dan bakti kami

untuk memajukan diri, bangsa, agama dan Negara.

Jika kami didapati melakukan kesalahan semasa kami

menjadi pelajar,

kami dengan rela hati sedia menerima hukuman yang

diputuskan oleh pihak Kolej Komuniti Bera

termasuk diberhentikan menjadi pelajar Kolej Komuniti

dan ibubapa kami atau penjaga kami tidak akan

membuat sebarang bantahan

ke atas hukuman yang diambil ke atas kami

20


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

CARTA ALIR ADUAN PELAJAR

MULA

Pelajar membuat aduan

Pelajar mengisi borang

Eaduan di pautan

http://form.jotform.me/905

77501630454 @ QR Code

disediakan

Aduan diterima oleh PHEP

Siasatan dijalankan

Tindakan dilaksanakan

selepas siasatan dibuat

SELESAI

21


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

E- ADUAN PELAJAR

Untuk memudahkan pelajar membuat aduan, unit disiplin

menyediakan pautan QR code dan akan membawa

pelajar ke pautan berikut:

(http://form.jotform.me/90577501630454)

Paparan E-Aduan

Pelajar boleh membuat aduan di paparan ini dan akan

diambil maklum oleh Penyelaras Disiplin Kolej.

22


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

PERANAN JAWATANKUASA PERWAKILAN

PELAJAR (JPP) DALAM PENGURUSAN DISIPLIN

KOLEJ

Jawatakuasa Perwakilan Pelajar (JPP) memainkan

peranan penting sebagai orang tengah antara pelajar dan

pengurusan kolej untuk menyampaikan masalah dan

aduan pelajar.

Para pelajar boleh menyampaikan masalah mereka

kepada JPP dan JPP boleh ajukan masalah tersebut

kepada pengurusan kolej melalui pautan E-Aduan dan

aduan akan diambil maklum oleh penyelaras disiplin

kolej.

Peranan JPP:

Menasihati dan membantu pelajar sekiranya

masalah boleh diselesaikan tanpa melibatkan

pengurusan kolej.

Membantu menyalurkan aduan pelajar kepada

pihak pengurusan.

Mencadangkan kepada pihak pengurusan

sekiranya JPP mempunyai cadangan

penyelesaian kepada isu dan permasalahan para

pelajar.

23


BUKU PANDUAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BERA

PENGESAHAN PENGGUNAAN BUKU PANDUAN

DISIPLIN KK BERA

24

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!