21.03.2021 Views

Lakaran Kecemerlangan 2020

LK 2020 IPG Kampus Ilmu Khas

LK 2020 IPG Kampus Ilmu Khas

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

akaran

KECEMERLANGAN


JAWATANKUASA LAPORAN TAHUNAN DAN BULETIN

Penasihat

Pengerusi

Penyelaras

: Pengarah

: Timbalan Pengarah

: Jamaliyah Ahmad

Editorial Lakaran Kecemerlangan

Editor : Norani binti Abd Rahim

Pereka Bentuk : Haslina binti Hassan

Dr. Aliza binti Adnan

Nik Hartini Nik Latif

@Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia 2021

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan

semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam

sebarang bentuk atau cara sama ada elektronik, mekanik, rakaman semula atau cara lain

sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Lakaran Kecemerlangan Ilmu Khas 2020

Diterbitkan oleh :

Unit Lakaran Kecemerlangan

Jawatankuasa Laporan Tahunan dan Buletin

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Jalan Yaacob Latif

56000 Cheras, Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-91318160

No Faksimile: 03-91319393


KANDUNGAN

1. Tinta Pengarah

2. Fakta Fakta Ringkas Lakaran Kecemerlangan Ilmu Khas

3. Kebitaraan IPG Kampus Ilmu Khas

4. Kategori Lakaran Kecemerlangan Ilmu Khas

‣ Siswa Guru

‣ Pensyarah

‣ Alumni

5. Editorial


• BICARA PENGARAH

Tahun 2020, tahun pandemik Covid-19, tahun yang mengubah landskap

pendidikan kepada norma baharu pembelajaran secara dalam talian. Tiada

pergerakan fizikal yang berlaku sebaliknya aktiviti secara maya dilaksanakan

secara maksimum.

Menyorot tahun 2020 juga. Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah

melakar pelbagai pencapaian dalam pelbagai peringkat yang membanggakan

warganya. Kecemerlangan ini menjadi penanda aras untuk terus melakari

kegemilangan pada masa-masa akan datang.

Inisiatif dan perancangan yang komprehensif mengupayakan potensi diri

setiap warga Ilmu Khas untuk bersungguh-sungguh mencipta kejayaan dalam

pelbagai bidang. Inilah keunikan yang menjadi budaya, amalan dan semangat

yang disuburkan sejak enam dekad lampau.

Tahniah kepada setiap warga Ilmu Khas yang sentiasa mengorak langkah ke

mercu kejayaan. Atas komitmen yang jitu dan usaha berterusan, setiap

kejayaan pasti disambut dengan kesyukuran. Semoga warga IPGKIK akan terus

bersemangat waja dalam mendepani cabaran serta mampu memberikan

prestasi terbaik untuk institut berbudi ini.

WAN YUSOF WAN NGAH

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas


BICARA TIMBALAN PENGARAH

Setiap kejayaan dan pencapaian adalah momen manis yang

melakar sejarah individu, warga dan organisasi. Oleh itu,

kecemerlangan yang digapai oleh warga Institut Pendidikan

Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) pada tahun 2020

didokumentasikan di dalam Lakaran Kecemerlangan.

Walaupun seluruh dunia terkesan dengan wabak Pandemik

Covid-19, warga IPGKIK terus mencipta kejayaan dan

kecemerlangan dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anda yang terus

meneroka peluang untuk meraih kejayaan dalam pelbagai

peringkat penyertaan. Anda adalah sumber inspirasi rakanrakan

lain untuk meraih kejayaan pada masa-masa yang

akan datang.Lakaran Kecemerlangan 2020 menjadi dokumen

pencapaian IPGKIK yang berharga dan perlu menjadi rujukan

kepada semua. Selamat mencipta kejayaan pada tahun 2021.

AZLINA BINTI AHMAD

Timbalan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas


LAKARAN KECEMERLANGAN ILMU KHAS 2020

FAKTA RINGKAS

DEFINISI

Pencapaian dan kejayaan warga Institut Pendidikan Guru Kampus ilmu Khas

(IPGKIK) dalam pelbagai bidang.

KRITERIA

1. Kejayaan berbentuk pertandingan dengan

memperoleh:

• Johan / Naib Johan/ Ketiga / Anugerah Emas –

Peringkat IPGM

• Johan / Naib Johan / Ketiga / Pengiktirafan –

Peringkat Kebangsaan

• Johan / Naib Johan / Ketiga / Pengiktirafan –

Peringkat Antarabangsa / organisasi lain.

2. Kejayaan unggul (melebihi daripada tahap

kebiasaan)

3. Kejayaan unik (mempunyai kelainan dan ada

‘good factor)

4. Pengiktirafan daripada pihak yang

berautoriti.

5. Program berimpak tinggi

KATEGORI

1. Pensyarah

2. Siswa Guru

3. Alumni


SISWA GURU

1. Lycan Johan Plate Ragbi, Pheonix Naib Johan

2. Muhammad Hakim Azhari Jurubahasa Isyarat Perkeso Pulau Pinang

3. Siswa Guru Pendidikan Khas Bantu Perkeso Kendali Temu Duga

4. Emmeldha Jassieda Dan Farizul Kuasai Pertandingan E-terapan UIAM

5. MURABI

6. Atlet Ipgkik Terus Unggul Dalam Olahraga

7. Nor Alif Iskandar Norazmi Cipta Lagu Popular

8. Video Lompat Jauh Muhammad Rafique Dan Daniel Tular

9. Siswa Guru IPGKIK Menang Anugerah Khas Juri Mind Hibur 2020

KATEGORI

PENSYARAH

1. E-petah Unggul Raih Platinum Inovasi Antarabangsa

2. Dr Hairul Faiezi Lokman Raih Pingat Emas Inovasi Antarabangsa

3. E-modul Celik Kraf Raih Merit Medal Recipient Inovasi Antarabangsa MTE2020

4. Anugerah Bronze Dalam Inovasi Antarabangsa

5. Pensyarah Muzik Menangi Anugerah Perak INNOCOM 2020

6. Koir Kami Guru Malaysia Tular

7. Puan Norijah Mohamed Terima Anugerah Ahli Seumur Hidup Pandu Puteri Malaysia

ALUMNI

1. Wan Zulfadli Ad-dinie Wan Azmi Bawa Kemenangan Animasi Terbaik Brazil

2. Syarmeeze Jurubahasa Isyarat Rasmi RTM

3. Jackson

4. Hirawati

5. Ayu Malina Zainuddin Pengadil Hoki Piala Tun Abd Razak 2020

6. Wan Mohamed Faris Wan Yusoff Johan Pertandingan Video Pendek


KEBITARAAN

Pendidikan Khas Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Jasmani & Keihatan


JABATAN

PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan rancangan pendidikan guru dalam

bidang Pendidikan Khas yang dapat memenuhi

hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

meningkatkan bilangan guru berijazah melalui

program kembar atau pensiswazahan.

Melahirkan guru-guru Pendidikan Khas

yang berpengetahuan, berkemahiran dan

bertanggungjawab untuk mendidik kanakkanak

berkeperluan khas..

Bekerjasama dengan agensi-agensi

kerajaan dan bukan kerajaan dalam

memenuhi keperluan murid

berkeperluan khas.


JABATAN

PENDIDIKANMUZIK

Melahirkan guru muzik yang berpengetahuan

dan berkemahiran untuk memenuhi keperluan

Pendidikan Muzik.

Melahirkan guru muzik berkompetensi tinggi

dan sentiasa mematuhi nilai profesionalisme

dan etika keguruan berteraskan budaya

kebangsaan.

Meningkatkan usaha ke arah kejayaan jabatan

sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan

dalam Pendidikan Muzik


JABATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Melahirkan guru yang berkompetensi tinggi

dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual selaras dengan amalan

nilai profesionalisme keguruan.

Membentuk guru Pendidikan Seni Visual yang

serba boleh dan menjadi pakar rujuk bidang

Pendidikan Seni Visual.

Meningkatkan kecemerlangan Jabatan

Pendidikan Seni Visual sebagai jabatan rujukan

pedagogi Pendidikan Seni.

SHAHRIL BIN AWANG (Hijau Biru – Belum)


JABATAN

PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

Meningkatkan kecemerlangan jabatan dalam bidang

akademik dan profesional untuk menjadi pusat

rujukan program Pendidikan Jasmani, Pendidikan

Kesihatan dan Kecergasan.

Memperlengkapkan diri siswa guru supaya dapat

menjadi guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

(PJK) yang mempunyai kompetensi tinggi,

berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Memberi pendedahan yang meluas dalam Pendidikan

Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Kecergasan

melalui kursus, bengkel, seminar dan forum


SISWA GURU


LYCAN JOHAN PLATE RAGBI, PHEONIX NAIB JOHAN

22 FEBRUARI 2020

Sementara itu, pasukan ragbi perempuan pula,

PHEONIX mendapat pencapaian Naib Johan

Bowl bagi merebut Piala Pengarah Politeknik

Muadzam Shah, Pahang.

Pasukan ragbi lelaki IPG Kampus Ilmu Khas, Lycan

RC memenangi Johan Plate Pertandingan Ragbi

Muadzam Rumble 10s.

3/21/2021 14


MUHAMMAD HAKIM AZHARI JURUBAHASA ISYARAT PERKESO

PULAU PINANG 6 OGOS 2020

Apa kata Muhammad Hakim ?

Walaupun masih bergelar siswa guru,

kemahiran yang dimiliki oleh Muhammad

Hakim Azhari telah menarik minat

PERKESO Pulau Pinang untuk

menyumbang kepakaran sebagai

Jurubahasa Isyarat dalam Karnival

Pekerjaan OKU di Wisma Perkeso, Pulau

Pinang. Seramai 100 OKU dibantu dalam

karnival tahunan ini.

“Saya bertuah dapat

meningkatkan kompetensi di

samping belajar lagi kerana

bersama-sama saya ada seorang

lagi Jurubahasa Isyarat yang

telah berkecimpung dalam

bidang ini lebih daripada 20

tahun. Saya juga dapat

meluaskan jaringan hubungan

dan komunikasi bersama-sama

pegawai atasan PERKESO

3/21/2021 15


SISWA GURU PENDIDIKAN KHAS BANTU PERKESO

KENDALI TEMU DUGA 28 JULAI 2020

Tiga siswa guru Pendidikan Khas diundang PERKESO dalam

Karnival Pekerjaaan OKU yang berlangsung di Wisma PERKESO

Kuala Lumpur. Mereka bertindak sebagai Juru Bahasa Isyarat

dalam sesi temu duga pekerjaan yang melibatkan OKU masalah

pendengaran. Pengalaman ini memberikan nilai tambah secara

langsung dalam mengendalikan sesi temu duga sekali gus

meningkatkan nama IPG Kampus Ilmu Khas.

Siswa guru terlibat :

Muhammad Hakim bin Azhari

Abdul Hakam Izzat bin Abd Raman

Muhammad Hanafi bin ismail

3/21/2021 16


JURUBAHASA ISYARAT DI BICARA MURABBI

Siswa guru IPGKIK diundang untuk menjadi Jurubahasa

Isyarat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam

program Bicara Murabbi 2 yang disampaikan oleh Ustaz

Dr. Abdul Somad. Program sebegini dapat membantu

OKU Pendengaran mendapatkan maklumat yang sama

dalam ceramah tersebut.

Jurubahasa Isyarat di

BICARA MURABBI


EMMELDHA JASSIEDA DAN FARIZUL KUASAI

PERTANDINGAN E-TERAPAN UIAM

16-20 NOVEMBER 2020

Siswa guru opsyen Bahasa Melayu PPISMP, Emmeldha Jassieda

Anak Jackson dan Farizul Haikal bin Sharuddin merangkul Johan

dan Ketiga dan Pertandingan e-Terapan, anjuran Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia, Pagoh. Pertandingan mencipta dan

melafazkan pantun secara dalam talian ini turut melayakkan

Emmeldha menjuarai kategori Busana Terbaik dalam

pertandingan tersebut.

3/21/2021

18


ATLET IPGKIK TERUS UNGGUL DALAM OLAHRAGA

13 FEBRUARI 2020

Atlet IPG Kampus Ilmu Khas terus unggul

dalam Kejohanan Sukan IPG Kampus

Bahasa Antarabangsa dan kali ini berjaya

sebagai Johan Acara Jemputan 4x100m (P)

dan Naib Johan 4x100m (L).

Atlet IPGKIK :

Ahmad Danial bin Ishllhhuddin

Abdul Rahman bin Shazali

Muhammad Niqris bin Marzuki

Nurhafiy Nasrul bin Ahmad Zulkarnain

Joanna Fernandez

Fatin Nazirah binti Zainuddin

Nur Hanan Nasriah binti Mohamad Rafiai

Ku Alydia Auni binti Ku Mohd Anuar

3/21/2021 19


NOR ALIF ISKANDAR NORAZMI CIPTA LAGU POPULAR

Nor Aliff Iskandar Norazmi, siswa

guru Semester 3, Pendidikan Muzik

kini semakin menyerlah dalam

bidang penciptaan lagu dan

nyanyian. Video muzik berjudul

Perit kini telah ditonton lebih

300,000 tontonan dan menjadi

runut bunyi drama Perempuan

Tanpa Dosa.

3/21/2021 20


VIDEO LOMPAT JAUH MUHAMMAD RAFIQUE

DAN DANIEL TULAR

20 FEBRUARI 2020

Susulan video tular Rafique dan Danial, pihak Malaysia

Hari Ini, TV3 telah berkunjung ke IPGKIK untuk menemu

bual mereka dan merakamkan acara lompat jauh

tersebut. Selain sukan, rakaman juga berkisar di dalam

kelas dan kebolehan Rafique dalam bidang nyanyian.

Muhammad Rafique Farhan dan Daniel menjadi tular

apabila video Rafique melakukan lompatan jauh dengan

bantuan suara arahan daripada Daniel mendapat

perhatian masyarakat. Rata-rata masyarakat ini

mengetahui bagaimana pelajar bermasalah penglihatan

mampu melakukan acara lompat jauh itu dengan baik.

3/21/2021 21


PUTERI NOR HAZIERA HAMIZAN MENANG PERTANDINGAN

MONTAJ DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 11 OGOS 2020

Puteri Nor Haziera Hamizan,

siswa guru Bahasa Melayu

memenangi Sagu hati dalam

Pertandingan Montaj Dekad

Membaca Kebangsaan anjuran

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pertandingan yang kali pertama

disertai oleh beliau telah

memberikan pengalaman

berharga dan menjadi pembakar

semangat untuk lebih Berjaya.

3/21/2021 22


SISWA GURU IPGKIK MENANG ANUGERAH KHAS JURI MIND HIBUR 2020

11 OKTOBER 2020

Tahniah diucapkan kepada siswa guru Pendidikan Muzik

Semester 3 kerana telah mendapat Anugerah Khas Juri MInD

Hibur 2020 di IPG Kampus Raja Melewar. Anugerah ini

diperoleh sempena Hari Inovasi MiND IPG 2020 anjuran

Institut Pendidikan Guru Malaysia


PENSYARAH


e-PETAH UNGGUL RAIH PLATINUM INOVASI ANTARABANGSA

14-15 APRIL 2020

e-PETAH terus mengukuhkan jenamanya

apabila meraih Anugerah Platinum dalam

International Summit on Innovation &

Design Exposition anjuran Universiti

Malaya. E-PETAH ialah seni pengucapan

awam alaf baharu yang memfokuskan

penyampaian secara digital telah

mencipta kejayaan tertinggi dalam

pertandingan inovasi kali ini.

Inovator e-PETAH :

Puan Norani Abd Rahim

Dr Noor Hayati Che Mat

Dr Isnariah Idris

Dr Aliza Adnan

Puan Haslina Hassan

3/21/2021 25


DR HAIRUL FAIEZI LOKMAN RAIH PINGAT EMAS

INOVASI ANTARABANGSA

17 – 20 NOVEMBER 2020

Dr. Hairul Faiezi bin Lokman, Pensyarah Akademik

Jabatan Pengembangan Profesionalisme

Keguruan telah memperoleh Pingat Emas dalam

International Virtual Educational Invention,

Innovation and Design Competition 2020 anjuran

Universiti Teknologi MARA.

Tajuk inovasi adalah Integration of LMS and SMN in

SPM Moral Education Charity Work

3/21/2021 26


E-MODUL CELIK KRAF

KE INOVASI ANTARABANGSA

17 – 20 NOVEMBER 2020

Pasukan Inovasi e-Modul Celik Kraf

gabungan idea utama dari Pensyarah

Jabatan Pendidikan Seni Visual yang

mengangkat Pendidikan Inklusif

kepada kelompok masyarakat

berkeperluan khas di Malaysia. Inovasi

ini telah memenangi beberapa inovasi

diperingkat institut, kebangsaan dan

antarabangsa.

3/21/2021 27


PUAN PARIMALARANI MENANGI CABARAN MOCROBIT

31 JULAI 2020

Puan Parimalarani Sivasubramaniam daripada

Jabatan STEAM telah memenangi tiga set cabaran

Microbit bagi kategori Guru dalam Kursus Microbit

melalui Laman Future Skills For All (FS4A). Kursus

ini adalah anjuran MDEC dengan kerjasama Digi

dan Unicef yang berlangsung pada 31 Julai 2020.

3/21/2021 28


ANUGERAH BRONZE DALAM INOVASI ANTARABANGSA

Tahniah kepada trio pensyarah yang telah memenangi pingat Bronze peringkat

Antarabangsa bagi kategori Profesional /Industry/Lecturers di International,

Invention , Innovation and Design Competition 2020.

22 SEPTEMBER 2020

Pertandingan tersebut turut disertai oleh 174 penyertaan yang melibatkan IPTA

Awam dan Swasta.

Pensyarah terlibat :

Puan Edna Wellington

Dr Munira Muhsin

Dr Zaira Abu Hassan Shaari

3/21/2021 29


PENSYARAH MUZIK MENANGI ANUGERAH PERAK INNOCOM 2020

15 JULAI 2020

Pensyarah Muzik memenangi Anugerah Perak dalam INNOCOM 2020.

International Innovation Competition (INNOCOM 2020) oleh anjuran AID Conference,

Universiti Sains Islam Malaysia telah diadakan pada 15 Julai 2020. Inovasi ini dijalankan secara

maya bermula dengan penghantaran abstrak pada 1 Julai 2020 diikuti dengan pendaftaran

peserta pada 4 Julai 2020 dan video yang hendak dipertandingkan dihantar lengkap pada 5

Julai 2020. Seramai 4 orang pensyarah dari Jabatan Pendidikan Muzik yang telah terlibat

terdiri daripada Cik Nik Hartini binti Nik Latif, Puan Edna Wellington, Puan Ching Ing Hoe dan

Encik Yusri bin Hj. Hussain dengan inovasi yang bertajuk BUM-BELL-NET.

Inovasi ini adalah gabungan alat-alat muzik daripada alat dram, loceng dan kastenet untuk PdP

Pendidikan Kesenian di sekolah rendah dan untuk aktiviti seni kreatif murid prasekolah. Inovasi

Bum-Bell-Net ini telah memenangi Anugerah Perak bagi kategori Inovasi Projek ( Inovasi

Dalam Pendidikan dan Pengajaran ) bagi Peringkat Antarabangsa 2020.

3/21/2021 30


KOIR KAMI GURU MALAYSIA TULAR

16 MEI 2020

Sempena Hari Guru, seramai 50 alumni dan pensyarah Pendidikan Muzik,

IPG Kampus Ilmu Khas bergabung menyanyikan lagu keramat KAMI

GURU MALAYSIA. Persembahan khas ini diiringi petikan piano oleh

YBhg Dato Mokhzani Ismail, Pengarah Muzik RTM.

Aktiviti koir secara dalam talian ini endapat liputan daripada pelbagai

media massa.

3/21/2021 31


PUAN NORIJAH MOHAMED TERIMA ANUGERAH AHLI SEUMUR HIDUP

PANDU PUTERI MALAYSIA 1- 4 OKTOBER 2020

Penganugerahan diterima di Hotel Dossett Grand Subang

Jaya, Sempena Persidangan dan Mesyuarat Agung

Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang ke-55.

Mantan Ketua Pesuruhjaya Cawangan IPG

Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan

Norijah binti Mohamed telah menerima

Anugerah Ahli Seumur Hidup dari Yang Amat

Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah

Norainee binti Haji Abdul Rahman, isteri

Perdana Menteri Malaysia dan Anugerah Asia

Pasific Leadership Award For District/State

Commissoner dari KDYMM Seri Paduka

Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah

Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti

Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan

Iskandar Al-Haj, Penaung Diraja Persatuan

Pandu Puteri Malaysia.

3/21/2021 32


ALUMNI


WAN ZULFADLI AD-DINIE WAN AZMI BAWA KEMENANGAN

ANIMASI TERBAIK BRAZIL 28 NOVEMBER 2020

Alumni Pendidikan Seni Visual, Wan Zulfadli Ad-Dinie bin Wan

Azmi merangkul Anugerah Best Film dalam Festival de Cinema

Escolar de Alvorada-RS di Brazil. Filem pendek arahan beliau

berjudul B.B Batuh Bijanji (The Promised Stones) dipilih bagi

kategori Animasi Pendek Sekolah Rendah. Filem yang

menggunakan teknik rotoskop ini adalah antara pencapaian

tertinggi beliau di peringkat antarabangsa.

3/21/2021 34


SYARMEEZE JURUBAHASA ISYARAT RASMI RTM

4 FEBRUARI 2020

Syar Meeze Mohd Rashid, alumni Pendidikan Khas,

muncul buat kali pertama di siaran Berita Perdana, Radio

televisyen Malaysia sebagai Jurubahasa Isyarat. Beliau

bertanggungjawab menterjemahkan berita yang

disampaikan oleh pembaca berita. Kerjaya sambilan ini

memberikan satu nilai tambah kepada beliau untuk

mengukuhkan nama dalam bidang Pendidikan Khas

Masalah Pendengaran.

3/21/2021 35


JACKSON

3/21/2021 36


HIRAWATI ABDUL RAHMAN CEMERLANG INOVASI

13-14 APRIL 2020

Alumni IPGKIK, Hirawati Abdul Rahman memenangi

Anugerah Platinum dalam International Summit on

Innovation & Design yang dianjurkan oleh Universiti

Malaya pada 13-14 April 2020. Inovasi Pendidikan

Jasmani ini turut membanggakan SK Lutong, Miri,

Sarawak.

3/21/2021

37


AYU MALINA ZAINUDDIN PENGADIL HOKI PIALA TUN ABD RAZAK 2020

25 SEPTEMBER 2020

Nama Ayu Malina Zainuddin tidak asing

lagi dalam Pengadilan Hoki Wanita

Malaysia. Ayu Malina, alumni IPG

Kampus Ilmu Khas adalah antara

Pengadil yang dipilih dalam

pertandingan Hoki Piala Tun Abd Razak

2020 anjuran Tenaga Nasional Berhad.

Semoga Ayu terus sukses.

3/21/2021 38


WAN MOHAMED FARIS WAN YUSOFF JOHAN

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK 23 SEPTEMBER 2020

Tahniah buat alumni Ilmu Khas, Wan Mohamed

Faris bin Wan Yusoff, B. Ed. TEFL (QUT) Ambilan

2008-2013 atas pencapaian Johan dan Anugerah

Emas dalam Pertandingan Video Pendek Sekolah

Rendah Kuala Lumpur. Beliau kini mengajar di SK

Setiawangsa. Tahniah daripada warga dan alumni

Ilmu Khas

https://youtu.be/YcISeADzYZo

3/21/2021 39


EDITORIAL


Norani Abd Rahim

Dr Aliza Adnan

2020

95

C R E A T I V E V E N U S

Haslina Hassan

Nik Hartini Nik Latif

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!