15.02.2021 Views

BUKU PENGURUSAN SK SEMENTA 2021

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA

PANDUAN AM GURU

8

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS MINGGUAN /

HARIAN

OBJEKTIF

1. Perjalanan sekolah akan berjalan dengan teratur dan tersusun mengikut peraturan

yang telah ditetapkan.

2. Membina dan meningkatkan disiplin murid serta peka terhadap peraturan dan

budaya sekolah.

3. Membina dan meningkatkan suasana sekolah supaya lebih bersih, teratur, menarik

dan menceriakan.

PERANAN

1. Bertugas mengikut giliran. Rujuk kepada jadual yang disediakan.

2. Hendaklah berada di kawasan sekolah 10 minit lebih awal dan balik lewat 10 minit setelah

memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

3. Bertanggungjawab membunyikan loceng tepat pada waktu yang ditetapkan mengikut jam

sekolah.

4. Membuat pengawasan menyeluruh terhadap murid – murid sebelum loceng pertama

dibunyikan, di waktu rehat, di sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera dan

wajar jika perlu.

5. Bertanggungjawab mengawasi kebersihan dan keceriaan di bilik – bilik darjah, tandas,

kantin, dewan, bangunan dan di sekeliling sekolah.

6. Membuat rondaan dan memeriksa kelas, kantin, dewan, tandas dan sekitar bangunan

sekolah sebelum sesi persekolahan bermula, di waktu rehat dan waktu balik.

7. Mengendalikan perhimpuan mingguan / harian dan menentukan semua guru dan murid

menghadiri perhimpunan serta menghebahkan pengumuman dalam perhimpunan.

8. Jika berlaku kemalangan atau murid sakit, guru bertugas hendaklah bertindak segera sama

ada menghantar murid pulang ke rumah atau dibawa ke hospital atau klinik terdekat.

9. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon

balik ke rumah.

10. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan barang-barang hilang / jumpa.

11. Membantu guru pengawas atau Guru Disiplin mengawas perkara-perkara berikut :

a. Murid yang datang lewat.

b. Perlakuan murid semasa perhimpunan, masuk ke kelas, waktu rehat dan

waktu balik.

c. Murid yang keluar / masuk kelas, ke tandas dan sebagainya.

d. Sebarang perlanggaran disiplin.

12. Segala kejadian / peristiwa sepanjang hari persekolahan didokumentasikan di dalam ”

BUKU CATATAN HARIAN ” dan menyerahkannya kepada GB / PK Pentadbiran / Penyelia

Petang. Perkara-perkara berikut hendaklah dicatatkan :

a. Tarikh / hari

b. Nama guru bertugas

c. Kerja dan kelakuan murid ( nama, tahun murid yang datang lewat )

d. Kebersihan dewan, kantin, tandas, bilik darjah, makmal, pintu

pagar utama / sisi blok bangunan dan kawasan sekolah.

e. Peristiwa / aktiviti harian

f. Pengumuman / ucapan GB / PK / guru bertugas.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dari

masa ke semasa

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!