15.02.2021 Views

BUKU PENGURUSAN SK SEMENTA 2021

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA

PANDUAN AM GURU

5

AKTIVITI

15.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah

dijalankan dengan cekap dan teratur.

15.2 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan mingguan sekolah. Guru lelaki hendaklah

memakai tali leher. Guru hendaklah bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu

Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Wawasan.

15.3 Dari semasa ke semasa, GB akan mengadakan mesyuarat guru. Kedatangan semua guru

adalah wajib.

15.4 Guru wajib menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Ketua Panitia.

15.5 Semua guru diwajibkan hadir untuk semua majlis atau acara rasmi sekolah.

STOK

16.1 Semua Ketua Panitia / Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan

sentiasa memastikan ianya lengkap, tepat serta sentiasa kemas kini.

TANDA NAMA

17.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah

atau di luar sekolah.

AHLI

18.1 Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG. Semua dikehendaki

menjelaskan yuran yang ditetapkan oleh mesyuarat kelab tersebut.

PENGGUNAAN ALAT

19.1 Penggunaan alatan hendaklah betul serta mengikut peraturan.

19.2 Mesti meminta kebenaran kepada Ketua Unit / Penjaga Stok.

19.3 Bertanggungjawab menggunakan alatan dengan baik dan memulangkan kembali dengan

segera serta berkeadaan baik.

19.4 Alatan yang rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

19.5 Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah

menggunakan telefon awam untuk urusan peribadi.

19.6 Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat. Guru yang hendak menyimpan kunci mestilah

mendapat kebenaran GB. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut

sepenuhnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!