15.02.2021 Views

BUKU PENGURUSAN SK SEMENTA 2021

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA

PANDUAN AM GURU

3

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN ( PdPC )

7.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan mereka hendaklah

berurusan dengan Pembantu Tadbir atau GB.

7.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang P & P hendaklah berurusan dengan ketua

panitia atau PK Pentadbiran.

7.3 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke JPN / PPD untuk urusan peribadi.

TUGAS

8.1 Guru akan diberi tugas-tugas Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Mereka mesti

melakukan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

8.2 Guru yang diarahkan sesuatu tugas / tugas luar tidak boleh menyerahkan tugas tersebut

kepada guru lain tanpa kebenaran Guru Besar. Jika tugas tersebut terpaksa dilaksanakan oleh

orang lain atas persetujuan sesama sendiri serta mendapat kebenaran Guru Besar.

REKOD MENGAJAR

9.1 Setiap guru akan diberi Buku Rekod Mengajar dan guru mesti bertanggungjawab terhadap

keselamatan buku tersebut.

9.2 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada PK Pentadbiran /

Penyelia Petang.

9.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada PK Pentadbiran pada hari terakhir

penggal persekolahan.

JADUAL WAKTU

10.1 Guru kelas hendaklah menyediakan satu jadual waktu kelas untuk dipamerkan di dalam kelas.

10.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

KEDATANGAN MURID

11.1 Guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan

hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di

bahagian dalam kulit hadapan.

11.2 Jadual kedatangan hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh

guru kelas pada waktu pertama. Jika guru kelas tidak hadir, Guru Penyelaras Tahun

bertanggungjawab menandanya.

11.3 Buku kedatangan murid hendaklah sentiasa berada di pejabat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!