15.02.2021 Views

BUKU PENGURUSAN SK SEMENTA 2021

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA

PANDUAN AM GURU

1

PANDUAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam

Perintah Am Kerajaan.

1.2 Semua staf sekolah hendaklah membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat

akan kandungan Perintah Am tersebut.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu

profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip

Perkhidmatan Cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan

Kebangsaan.

1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam

menjalankan tugas.

1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan

menjaga harta benda sekolah.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan

tugas.

KEDATANGAN

2.1 Jadual waktu mestilah dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2 Guru hendaklah berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu mengajar dan

menandatangani Buku Kehadiran ( ”punch in” dan ”punch out” ) semasa sampai dan semasa

balik sekolah.

2.3 Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebabsebab

yang wajar. Guru mestilah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin. Semua urusan

peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

2.4 Sijil sakit dari doktor yang diakui hendaklah diserahkan ke pejabat dengan serta merta.

KELUAR WAKTU MENGAJAR

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali

jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan JPN / PPD dengan syarat

mendapat kebenaran daripada GB / PK.

3.2 Guru dikehendaki mengisi buku kebenaran keluar. Dapatkan tandatangan GB / PK sebelum

keluar.

3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajarpelajar

melalui PK.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!