15.02.2021 Views

BUKU PENGURUSAN SK SEMENTA 2021

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

d. Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain, sila minta

kebenaran guru tersebut dan catatkan nama-nama murid yang keluar serta

waktunya dalam Buku BRKB.

e. Guru-guru juga perlu membuat semakan dari masa ke masa kes-kes pelanggaran

disiplin dalam kalangan pelajar seperti rambut, kuku, tag nama. Panefore , warna

rambut atau pemakaian aksesori dan lain-lain barang larangan khususnya telefon

bimbit.

vii.

PAS KEBENARAN KELUAR / MASUK KELAS

a. Pas keluar murid akan dibekalkan oleh pihak HEM kepada semua guru kelas

masing-masing. Setiap guru dan murid bertanggungjawab terhadap pas keluar

tersebut. Hilang/Rosak adalah tanggungjawab guru kelas dan perlu diganti.

b. Untuk tujuan ke tandas hanya dibenarkan seorang sahaja dan pada 10 minit

terakhir PdP. Semua guru diharap dapat memberi kerjasama supaya hanya pelajar

yang perlu sahaja dibenarkan keluar. Ini bertujuan supaya pelajar tidak

menyalahgunakan masa yang merugikan mereka kecuali kes kecemasan.

c. Pengawas atau Ketua Kelas tidak boleh membenarkan pelajar lain keluar kelas.

Jika berlaku juga mereka hendaklah melaporkan segera kepada guru mata

pelajaran berkenaan.

viii.

KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN KELAS

a. Memastikan kelas mempunyai organisasi kelas dan telah mempunyai jadual

bertugas harian.

b. Guru perlu mengingatkan pelajar tentang kebersihan.

c. Semua sampah di dalam bilik darjah mesti dibuang ke dalam bakul/tong sampah.

d. Kerusi dan meja hendaklah disusun teratur mengikut spesikasi Pendidikan Abad

ke-21 dankemas sepanjang masa.

e. ‘White Board’ hendaklah dibersihkan.

f. Guru waktu akhir perlu memastikan pelajar membuang sampah , menyusun kerusi

meja, serta menutup suis dan pintu bilik darjah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!