15.02.2021 Views

BUKU PENGURUSAN SK SEMENTA 2021

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4.5 Semua guru diingatkan bahawa mengambil tindakan sendiri menghukum

pelajar biarlah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian.

4.6 Spotcheck penampilan murid akan dibuat secara berkala.

5. KESELAMATAN PELAJAR

5.1 Keselamatan pelajar menjadi keutamaan sepanjang mereka berada di

kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga tamat sesi persekolahan serta

semasa aktiviti kokurikulum.

5.2 Semua pelajar akan dilindungi dengan Insuran Takaful tanpa sebarang

bayaran dikenakan kecuali murid bukan warganegara.

5.3 Pelbagai peraturan akan digubal dan dikuatkuasakan demi menjaga

keselamatan pelajar.

6. KESIHATAN PELAJAR

6.1 Sekolah akan memastikan tahap kebersihan kawasan dan tempat belajar

murid sentiasa dijaga.

6.2 Sekolah akan sentiasa memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa diambil

perhatian melalui pelbagai program yang dirancang :-

i. Pemeriksaan Gigi Dan Mata

ii. Pemeriksaan Kesihatan

iii. Program Rancangan Makanan Tambahan

iv. Pengajaran & Pembelajaran Pendidikian Jasmani dan Kesihatan

v. Ceramah Dan Kempen

6.3 Kebenaran diberikan kepada penjaga dan guru untuk membawa pelajar yang

sakit mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan.

6.4 Pelajar yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan awal dan

jagaan yang sempurna di bilik rehat dan penjaga akan dihubungi.

6.5 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital terlebih dahulu,

terhadap kes-kes kecemasan yang kronik sehingga ibubapa/penjaga

mengambil alih perihal anakmasing-masing.

6.6 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang menghadapi

masalah kesihatan yang kronik.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!