15.02.2021 Views

BUKU PENGURUSAN SK SEMENTA 2021

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2. TENAGA PENGAJAR

2.1 Semua guru dan kakitangan di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua

kepada semua murid.

2.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk

tindakan kepada semua murid.

2.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang

rasa dan penuh kasih sayang.

2.4 Sentiasa menyimpan rahsia dan keburukan peribadi dan keluarga murid.

2.5 Semua guru kelas sekurang kurangnya mesti menziarahi 5 buah rumah murid

dan kepada guru yang bukan guru kelas hendaklah menziarahi sekurangkurang

menziarahi 3 buah rumah murid.

3. KEMASUKAN PELAJAR

3.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum, tanpa sekatan.

3.2 Setiap pelajar di sekolah ini akan didaftarkan ke dalam BUKU DAFTAR MURID

3.3 Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.

3.4 Setiap pelajar diwajibkan meneliti, memahami dan mengingati PERATURAN

SEKOLAH yang terpapar di papan kenyataan kelas.

3.5 Setiap pelajar dikehendaki hadir pada hari pendaftaran, persekolahan biasa dan

aktiviti kokurikulum.

3.6 Setiap pelajar yang belajar di sekolah ini mesti mempunyai SURAT LAHIR yang

sah.

3.7 Sekolah tidak akan membenarkan pelajar menumpang belajar di sekolah.

4. DISIPLIN PELAJAR

4.1 Semua guru di sekolah ini adalah guru disiplin (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil

10/2001).

4.2 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke

Lembaga Disiplin Sekolah.

4.3 Ibu-bapa pelajar yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin akan dipanggil hadir

ke sekolah.

4.4 Sekolah akan mengamalkan pendekatan guru penyayang dalam menangani

masalah disiplin pelajar.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!