15.02.2021 Views

BUKU PENGURUSAN SK SEMENTA 2021

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KETETAPAN UNIT HEM SK SEMENTA 2021

1. DASAR HAL EHWAL MURID

1.1 Minit setiap mesyuarat mesti mengikut spesifikasi terkini.

1.2 Mesyuarat bagi kes-kes pelanggaran disiplin dan kecemasan mesti diadakan

dalam tempoh 24 jam selepas laporan diterima.

1.3 Ke arah disiplin terbaik dan ponteng sifar.

1.4 Menyediakan laporan secara kronologi bagi kes pelanggaran disiplin.

1.5 Hukuman bagi kesalahan disiplin mesti merujuk kepada Pekeliling Disiplin

1968 – 2002.

1.6 Mengenalpasti potensi pelajar dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.

1.7 Memberikan khidmat bantuan kepada pelajar yang bermasalah.

1.8 Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.

1.9 Mengendalikan program orientasi pelajar bersama Unit Kurikulum

1.10 Memberi galakan dan pedoman agar murid berdikari.

1.11 Mendedahkan pelajar terhadap sumber-sumber pengetahuan

bermasyarakat.

1.12 Mengeratkan hubungan antara instituti sekolah dengan ibu bapa.

1.13 Mengorientasikan pandangan ibu bapa supaya selaras dengan matlamat

sekolah dan matlamat pendidikan negara.

1.14 Merancang dan melaksanakan program kendiri untuk mengenal kelemahan

dan kekuatan diri.

1.15 Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan diri.

1.16 Perancangan jadual kerja yang rapi mengikut jangka pendek dan jangka

panjang.

1.17 Pengelolaan program secara terperinci bagi menentukan kejayaan.

1.18 Penyelarasan kerja staf bagi menjamin kelicinan perjalanan organisasi.

1.19 Penyelarasan aktiviti untuk mengawal pembaziran masa, tenaga dan

peruntukan.

1.20 Proses penilaian program secara objektif.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!