26.08.2020 Views

Rukun Solat Jenazah

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rukun Solat Jenazah

Terdapat tujuh rukun dalam solat ini:

1. Niat

2. Berdiri Tegak. Solat Jenazah dilakukan dalam keadaan berdiri

sahaja. Tidak ada rukuk dan sujud. Tidak

ada azan dan iqamah sebelum memulakan solat.

3. Takbir empat kali termasuk takbiratulihram.

4. Membaca al-Fatihah selepas takbir yang pertama

5. Selawat kepada Nabi SAW selepas takbir kedua.

6. Berdoa untuk jenazah selepas takbir yang ketiga.

7. Memberi salam selepas takbir keempat.

Niat Solat Jenazah

Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki dan jenazah perempuan adalah

seperti berikut:

Jenazah Lelaki

Usolli ‘ala hazal mayyiti arba’a takbiratin fardol kifayati makmuman

lillahi Taala


Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah

menjadi makmum kerana Allah Taala.

Jenazah Perempuan

Usolli ‘ala hazihil mayyitati arba’a takbiratin fardol kifayati

makmuman lillahi Taala

Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu

kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Di bawah ini ditunjukkan cara mengerjakan solat secara mudah dan

ringkas:

1.Mulakan dengan takbiratul ihram beserta niat.

Allahuakhbar!

Allah Maha Besar!


2.Kemudian baca surah al-Fatihah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang

memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai

pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada

Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang

Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan

pula (jalan) orang-orang yang sesat.

3.Selepas itu angkat takbir yang kedua.

Allahuakhbar!

Allah Maha Besar!


4.Selepas takbir kedua, baca selawat ke atas Rasulullah SAW

sekurang-kurangnya:

Allahumma solli a’la sayyidina Muhammad

5.Selesai selawat, angkat takbir yang ketiga.

Allahuakhbar!

Allah Maha Besar!

6.Selesai takbir ketiga, baca doa untuk jenazah sekurang-kurangnya:

Untuk Jenazah Lelaki

Allahumagfirlahu warhamhu wa ‘Aafihi wagfu ‘anhu

•••

Untuk Jenazah Perempuan


Sekiranya jenazah perempuan tukarkan “hu” kepada “ha”

Allahumagfirlaha warhamha wa ‘Aafiha wagfu ‘anha

Maksud bagi kedua-dua doa ini adalah:

Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah

kesalahannya

7.Selepas itu takbir yang keempat.

Allahuakhbar!

Allah Maha Besar!

8.Selesai takbir keempat, baca doa berikut:


Allahumma Laa tahrimnaa ajrohu walaa taftinnaa ba’dahu waghfirlanaa

walahu

Ya Allah janganlah Engkau mencegah kami mendapat pahalanya, jangan

Engkau datangkan keresahan kepada kami sesudahnya, ampunilah kami

dan si mati.

9.Kemudian beri salam.

Doa Selepas Solat Jenazah

Selepas selesai memberi salam, maka disunatkan membaca doa ini:

Nota Bacaan dalam kurungan dengan tanda ‘*‘ adalah untuk jenazah wanita



Bismillahi rahmanirrahim

Alhamdulillahi robbil ‘alamin. Wassolatu wassalamu ‘ala asyrafil ‘anbiya’i

wal mursalin wa ‘ala alihi wa sohbihi ajmain.

Allahumma bihaqqi muhammadin wa ali muhammadin ala tuazziba hazal

mayyiti *(mayyitati).

Allahummaj ‘al qobrohu *(qobraha) raudhotan min riyadhil jannati walaa

taj’al qobrohu *(qobraha) hufratan min hufarinniirani.

Wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala Alihi wa ashaabihi

ajmain walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami

Nabi Muhammad semulia-mulia rasul dan ke atas kaum keluarga serta para Sahabat

sekalian. Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi Muhammad dan ahli keluarganya, janganlah

Engkau siksa jenazah ini. Ya Allah jadikan kuburnya sebagai taman daripada taman-taman

syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai lubang daripada lubang neraka.

Selawat dan salam Allah ke atas Junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya

serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.


Kedudukan Jenazah Dalam Solat

Ilustrasi kedudukan mayat untuk sembahyangkan. (Ensiklopedia A-Z tentang solat, Dr. Nik

Yusri Musa)

Jenazah perlu diletakkan melintang di hadapan Imam


Manakala imam dan makmum menghadap kiblat.

Kedudukan kepala jenazah adalah seperti berikut:

Sebelah kanan bagi jenazah perempuan.

Jika jenazah lelaki, kepalanya diletakkan disebelah kiri imam.

Sekiranya jenazah itu lelaki, imam perlu berdiri setentang dengan

kepalanya dan sekiranya jenazah itu perempuan, imam perlu

berdiri sententang dengan pinggangnya.

Berikut pula adalah kedudukan saf solat sunat jenazah mengikut

bilangan makmum yang hadir


Ilustrasi kedudukan saf sembahyang jenazah (Ensiklopedia A-Z tentang solat, Dr. Nik Yusri

Musa)


Orang Yang Layak Menjadi Imam

Menurut mazhab Syafi’e, wali kepada jenazah lebih aula (utama)

mensolatkan jenazah, kerana solat jenazah adalah doa untuk si mati.

Doa kaum kerabat dab waris adalah lebih mudah dimakbulkan Allah Taala.

Susunannya seperti berikut:

1. Bapa

2. Datuk dan ke atas

3. Anak lelaki

4. Cucu dan ke bawah

5. Saudara lelaki seibu sebapa

6. Saudara lelaki sebapa

7. Anak lelaki saudara seibu sebapa

8. Anak lelaki saudara seibu.

9. Seterusnya mengikut tertib ‘asobah dalam ilmu faraid.

Perkara Sunat Dalam Sembahyang

Ini adalah beberapa perkara sunat semasa melaksanakan

sembahyang jenazah:

1. Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika bertakbir

2. Membaca semua bacaan dengan suara rendah.

3. Membahagikan ahli jemaah sekurang-kurangnya kepada tiga saf.


Soal Jawab Berkaitan Solat Jenazah

Berikut adalah beberapa persoalan yang berkaitan solat ini:

1.Bagaimana Niat Jika Tidak Tahu Jenazah Lelaki atau Perempuan?

Seumpama seseorang yang berada di masjid, kemudian diumumkan

meminta para jemaah untuk solat jenazah.

Sedangkan dia tidak kenal jenazah, bahkan dia tidak mengetahui adakah

jenazah itu lelaki atau perempuan.

Dalam keadaan begini, tunaikanlah hajat mereka dan niatkan dalam hati:

Sahaja aku solat ke atas jenazah yang disolatkan imam, 4 takbir fardu

kifayah sebagai makmum kerana Allah Taala.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!