30.12.2019 Views

combinepdf

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

FUNGSI & PIAGAM PELANGGAN IPGM/IPG

FUNGSI IPGM/IPG

Berdasarkan dokumen Transformasi Institut Pendidikan Guru 2016 – 2025, fungsi Institut

Pendidikan Malaysia ialah merancang, melaksana, memantau dan menilai:

1. Kurikulum perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan.

2. Pengoperasian serta perancangan dasar pendidikan guru dan pengantarabangsaan.

3. Penyelidikan dan inovasi pendidikan guru.

4. Hal ehwal pelajar.

5. Peperiksaan, penganugerahan dan konvokesyen.

6. Pengurusan sumber manusia, kewangan, akaun, pembangunan infrastruktur dan

infostruktur serta aset.

7. Pembangunan profesional pensyarah dan guru.

8. Proses pemerolehan dan pematuhan standard daripada agensi jaminan kualiti.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar

dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:

1. Memastikan semua program ijazah mendapat akreditasi daripada MQA serta

badan-badan profesional.

2. Memastikan kurikulum praperkhidmatan disediakan dengan lengkap satu (1) bulan

sebelum pelaksanaan program.

3. Memastikan 100% pelajar baharu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.

4. Memastikan guru baharu lulusan IPG memenuhi 92% kriteria kepuasan pelanggan.

5. Menawarkan latihan kepada guru dalam perkhidmatan mengikut keperluan

organisasi.

6. Memastikan keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7)

hari bekerja selepas diperakui oleh Senat.

7. Memastikan penganugerahan Ijazah dan Diploma kepada lulusan dilaksanakan

dalam tempoh satu (1) tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.

8. Menyediakan perkhidmatan sokongan pengurusan dan teknologi maklumat.

iii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!