30.04.2013 Views

ENGLISH APPLE INC. SOFTWARE LICENSE AGREEMENT APPLE ...

ENGLISH APPLE INC. SOFTWARE LICENSE AGREEMENT APPLE ...

ENGLISH APPLE INC. SOFTWARE LICENSE AGREEMENT APPLE ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

(“Peraturan-peraturan Penggunaan”), anda diberikan lesen terhad tidak boleh pindah untuk

memasang dan menggunakan Perisian Apple dalam mana-mana peralatan iOS jenama Apple yang

sepadan yang mungkin dimiliki atau dikawal oleh anda. Anda tidak boleh mengedar atau menjadikan

Perisian Apple tersedia di atas rangkaian di mana ia boleh digunakan oleh pelbagai peralatan pada

masa yang sama. Anda tidak boleh menyewakan, memajakkan, meminjamkan, menjualkan atau

mengedar semula atau mensub-lesen Perisian Apple.

(b) Anda tidak boleh dan anda bersetuju untuk tidak, atau membolehkan orang-orang lain untuk,

menyalin (kecuali dibenarkan secara nyata oleh Lesen ini dan Peraturan-peraturan Penggunaan),

menyahsusun, melakukan kejuruteraan undur (reverse engineer), menyahhimpun,cubaan untuk

memperoleh kod sumber, penyahsulitan, mengubah, atau mencipta kerja-kerja perolehan Perisian

Apple atau apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh Perisian Apple, atau mana-mana bahagian

daripadanya (kecuali jika dan hanya setakat mana-mana syarat-syarat terdahulu di atas yang

dilarang oleh undang-undang terpakai atau setakat mana yang dibenarkan oleh terma-terma lessen

yang mengawal penggunaan sebarang komponen dari sumber terbuka yang terkandung di dalam

Perisian Apple). Sebarang percubaan untuk melakukannya adalah melanggar hak-hak Apple dan

pemberi-pemberi Lesen Perisian Apple.

(c) Perisian Apple boleh digunakan untuk menghasilkan semula bahan-bahan selagi penggunaan

tersebut adalah terhad kepada penghasilan semula bahan-bahan yang tidak terpelihara oleh hak

cipta, bahan-bahan yang mana anda memiliki hak cipta, atau bahan-bahan yang anda diberikan

kuasa atau dibenarkan di sisi undang-undang untuk menghasilkan semula. Hakmilik dan hak-hak

harta intelek di dalam dan kepada mana-mana kandungan yang dipaparkan oleh atau diakses

melalui Perisian Apple dimiliki oleh pemilik kandungan masing-masing. Kandungan tersebut mungkin

dilindungi oleh hak cipta atau undang-undang dan perjanjian-perjanjian harta intelek lain, dan

mungkin tertakluk kepada terma-terma penggunaan oleh pihak ketiga yang membekalkan

kandungan tersebut.Lesen ini tidak memberikan mana-mana hak untuk menggunakan kandungan

tersebut.

(d) Melainkan dinyatakan sebaliknya, anda boleh menggunakan kandungan fail audio Apple dan

pihak ketiga (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Gelung-gelung Apple (Apple Loops), fail bunyi

terbina dalam, sampel-sampel, fail-fail MIDI dan kandungan muzikal lain)( secara kolektif dikenali

sebagai “ Kandungan Audio”), yang terkandung di dalam atau sebaliknya termasuk dalam Perisian

Apple, atas dasar tanpa royalti, untuk mencipta trek bunyi asli anda sendiri bagi filem, video dan

projek-projek audio anda. Anda boleh menyiarkan dan/atau mengedarkan trek bunyi asli anda

sendiri yang dicipta menggunakan Kandungan Audio, namun, gelung-gelung Apple, fail-fail audio,

penetapan bunyi, sampel-sampel, fail-fail MIDI dan kandungan muzikal lain secara tunggal mungkin

tidak boleh diedarkan atas dasar sendirian (standalone basis) secara komersial atau sebaliknya,

tidak boleh juga dibungkus semula secara keseluruhan atau sebahagian sebagai sampel-sampel

audio, fail-fail bunyi, kesan-kesan bunyi atau lapisan-lapisan muzik.

(e) Anda bersetuju untuk menggunakan Perisian Apple dan Perkhidmatan (seperti yang ditakrifkan di

Seksyen 4 di bawah) dengan mematuhi semua undang-undang terpakai, termasuk undang-undang

tempatan negara atau rantau di mana anda bermastautin atau di mana anda memuat turun atau

menggunakan Perisian Apple dan Perkhidmatan.

3. Kebenaran untuk Penggunaan Data.

(a) Anda bersetuju bahawa Apple, dan anak syarikatnya dan ejen-ejennya boleh mengumpul,

mengekalkan, memproses dan menggunakan maklumat diagnostik, teknikal, dan berkaitan, termasuk

tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat berkenaan peralatan iOS, komputer perisian sistem

dan aplikasi anda, dan alat-alat persisian, yang dikumpulkan dari masa ke semasa untuk membantu

peruntukan pengemaskinian perisian, produk bantuan dan lain-lain perkhidmatan kepada anda (jika

ada) berkenaan dengan Perisian Apple, dan untuk memastikan pematuhan kepada tema-terma

Lesen ini. Apple boleh menggunakan maklumat ini, asalkan ia dalam bentuk yang tidak

mengenalpasti anda secara peribadi, untuk memperbaiki produk-produk kami atau untuk

menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan atau teknologi-teknologi kepada anda.

(b) Pada sepanjang masa, informasi anda akan dijaga sejajar dengan Dasar Privasi Apple, yang

dimasukkan melalui rujukan ke dalam Lesen ini dan yang boleh dilihat di: http://www.apple.com/

privacy/.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!