20.01.2013 Views

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 FEBRUARI 2011 2011 BISNES

9

Koperasi BKSS

Perluaskan kerjasama dengan pengusaha, koperasi

KOPERASI Badan Ke

bajikan, Sukan dan Sosial

(BKSS), Kementerian

Kesihatan Berhad ditubuhkan

pada 16 Jun 1996 dan didaftarkan

dengan Badan Kemajuan Industri

Brunei (BINA), Kementerian

Perindustrian dan Sumber-Sumber

Utama pada 16 Disember 1996

yang mana ianya merupakan

koperasi yang ke-150 di dalam

senarai pendaftaran BINA.

Visi Koperasi BKSS, Kementerian

Kesihatan Berhad ialah

untuk menjadikan koperasi yang

cemerlang di rantau Asia dan

antara misinya ialah untuk

menyediakan prasarana (kewangan

dan sebagainya) bagi

ahli-ahli koperasi menjadipengusahawan

dan

menyediakan

kursus-kursus

yang komprehensif

yang menjurus

ke arah keusahawan.

Selain itu, untuk

mempelbagai dan

mempergiatkan

perniagaan koperasi

di sektor-sektor

yang lain, memperluaskan

jaringan

kerjasama dengan koperasi

serta kerjasama

dengan pengusaha, peniaga

dan perbankan di

dalam dan luar negeri.

Menyentuh mengenai

sejarah penubuhannya,

BKSS, Kementerian

Kesihatan Berhad memulakan

Mesyuarat Agung

Pertama Koperasi BKSS telah diadakan

di Auditorium Badan Kemajuan

Industri Brunei (BINA),

Gadong pada 16 Jun 1996. Dalam

mesyuarat tersebut seramai 20

orang telah dilantik sebagai Ahli

Lembaga Pengarah bagi tahun

1996 - 1997 untuk menerajui kepimpinan

koperasi dengan portfolio

serta tanggungjawab

masing-masing. Mereka yang

dilantik ini adalah merupakan

pengasas kepada penubuhannya.

Keahlian Koperasi BKSS, Kementerian

Kesihatan Berhad terdiri

daripada pegawai-pegawai dan

kakitangan tempatan yang berkhidmat

di Kementerian Kesihatan

meliputi keempat-empat buah

daerah iaitu: Brunei dan Muara,

Tutong, Belait dan Temburong.

Daripada 211 orang, ahli Koperasi

BKSS, Kementerian Kesihatan

Berhad

telah meningkat kepada 751 orang

pada tahun 1997 setelah pembukaan

jualan saham kali yang

kedua. Dengan pembukaan jualan

saham kali yang ketiga pada bulan

Julai 2009, jumlah ahli masa kini

ialah 1,406 orang.

Menurut BKSS, Kementerian

Kesihatan Berhad, setiap ahli

mestilah terlebih dahulu mendaftar

dan membayar wang bersekutu

sebanyak BND10 dan dikehendaki

membeli dan menjelaskan empat

unit saham bernilai BND25

seunit. Jumlah maksima saham

bagi setiap ahli hingga

ke hari ini ialah sebanyak

BND9,000.

Koperasi

BKSS telah berhasil memberi

pekerjaan kepada seramai 69

orang anak tempatan termasuk

seorang berjawatan Pengurus.

Ada di antara mereka ini telah

berkhidmat lebih sepuluh tahun

dengan Koperasi BKSS, Kementerian

Kesihatan Berhad. Pada

masa ini jumlah pekerja Koperasi

BKSS, Kementerian Kesihatan

Berhad ialah seramai 72 orang

termasuk tiga orang pekerja asing

yang

masak.

bertugas sebagai tukang

MEMULAKAN

Di peringkat awal Koperasi

BKSS, Kementerian Kesihatan

Berhad telah memulakan perniagaan

dengan membuka tiga

pintu kedai di ruang kosong Blok 5,

Hospital Raja Isteri Pengiran

Anak Saleha (RIPAS) sebagai

kedai perniagaan dengan kadar

Oleh : Haniza Abdul Latif

sewa BND1,200 sebulan. Pada

6 Jun 1997, Syarikat Sadikin telah

menyewa dengan kadar BND400

sebulan serta komisyen sebanyak

8.75 peratus atas jualan sehinggalah

setahun selepas itu, Koperasi

BKSS telah berjaya menjalankan

perniagaannya sendiri dengan

membuka kedai runcit menjual

secara take away kuih muih jenis

berpaket, makanan ringan, barangan

keperluan pesakit / orang

ramai dan bungabungaan.

Maka pada tahun tersebut, atas

titah perkenan Kebawah Duli

Yang

Maha

Mulia Paduka

Seri Baginda

Sultan dan

Yang Di-

Pertuan

Negara

Brunei

Darussalam,

Koperasi

tersebut telahmembina

sebuah bangunan

terletak

berdekatan

dengan

Makmal

Negara

di dalam

kawasan Hospital

RIPAS, Bandar Seri Be-

PEMANDANGAN sebuah kafeteria yang yang disediakan oleh Koperasi Badan

Kebajikan, Sukan dan Sosial (BKSS), Kementerian Kesihatan Berhad di sebuah

hospital kerajaan.

gawan. Bangunan tersebut telah

dibina pada bulan April 2001 dan

disiapkan pada bulan Disember

2001 dengan pembiayaan sumber

kewangan Koperasi BKSS, Kementerian

Kesihatan Berhad sendiri

yang berjumlah sebanyak

BND 700,000.

Bangunan ini mula digunakan

pada 26 Februari 2002 dengan

membuka kedai runcit dan kedai

menjual kuih-muih serta makanan

berpaket. Upacara perasmiannya

telah diadakan pada 11 Mei 2003

dan disempurnakan oleh Menteri

Kesihatan, Yang Berhormat Pehin

Orang Kaya Putera Maharaja Dato

Seri Setia Haji Awang Abu Bakar

bin Haji Apong ketika itu.

Pada 23 Mac 2002, Koperasi

BKSS, Kementerian Kesihatan

Berhad telah dipilih sebagai

penerima anugerah Koperasi

Berdaya Maju sempena Sambutan

Jubli Perak Gerakan Koperasi

oleh BINA, Kementerian

Perindustrian dan Sumber-Sumber

Utama. Manakala pada tahun

2010, untung bersih yang telah

dicapai oleh Koperasi KBSS,

Kementerian Kesihatan Berhad

ialah sebanyak BND314,007.15

dan pembahagian dividen bagi

tahun kewangan 2009/2010 ialah

sebanyak 10.5 peratus.

Semasa Mesyuarat Agung yang

diadakan pada 12 Disember 2010

koperasi tersebut telah menukar

singkatan nama Koperasi BKSS,

Kementerian Kesihatan Berhad

kepada 'Koperasi Berkat Kerja

Keras Semua Senang'.

Bagi kesenangan dan keselesaan

para pesakit dan kakitangan

di hospital-hospital dan klinikklinik,

Koperasi BKSS, Kementerian

Kesihatan Berhad telah

menjalankan beberapa perkhidmatan

iaitu dengan membuka kedai

kuih dan makanan berpaket yang

mana berkonsepkan komisyen

dan atas jualan ini. Koperasi BKSS

telah membuka peluang perniagaan

kepada ahli-ahli untuk menjual

kuih-muih dan makanan berpaket.

Sejauh ini, terdapat tiga buah

kantin dijalankan bagi kesenangan

para pesakit, penjaga pesakit dan

kakitangan Hospital RIPAS serta

orangorang yang menunggu di wad

kecemasan yang mana kantinkantin

ini beroperasi dari jam 6.00

pagi hingga 10.00 malam kecuali

sebuah sahaja yang beroperasi

hingga ke pukul 3.00

pagi.

Selain menjalankan

perniagaan jualan

kuih-muih dan makanan

berpaket, perkhidmatan

katering turut

dijalankan. Ini adalah

bagi mempelbagaikan

sumber pendapatan

Koperasi BKSS. Perkhidmatan

ini bukan

sahaja untuk ahli-ahli

koperasi yang memerlukannya

ianya juga

dilaratkan ke jabatanjabatan

kerajaan. Dua

buah van telah dibeli

untuk pengangkutan,

perkhidmatan katering

dan lain- lain.

Selain itu perkhidmatan troli

dan kios yang mana telah mula

diperkenalkan pada tahun 2001,

merupakan perniagaan jualan

dengan menggunakan pondok

dengan harga BND2,000 sebuah.

Dengan adanya kemajuan menggunakan

konsep perniagaan

seperti ini ianya telah dilaratkan

di hospital-hospital dan klinikklinik

kesihatan di Daerah Brunei

dan Muara, Belait dan Tutong.

Menyentuh mengenai aktivitiaktiviti

yang dijalankan oleh

Koperasi BKSS, Kementerian

Kesihatan Berhad adalah memberi

pendidikan perniagaan kepada

ahli koperasi mengikuti latihan

serta kursus dan seminar di dalam

dan luar negeri bagi ahli lembaga

pengarah dan pekerja koperasi

dan memberi kursus dan taklimat

kepada pekerja dan pembekal

dengan kerjasama BINA dan

menerima lawatan dari dalam

dan luar negari yang dikendalikan

oleh BINA.

Beberapa perancangan yang

akan dilaksanakan oleh Koperasi

KBSS ialah memperbanyakkan

aset hartanah dengan memperkenal-kenal

Skim Pinjaman Khas

untuk kemudahan pembiayaan

hari-hari keraian dan pembelian

peralatan perkakas pembelajaran;

memperkenalkan skim yuran

bulanan bagi ahli-ahli; menjadi

agensi pekerjaan ( asing); mengadakan

perkhidmatan pengangkutan;

mengadakan memorandum

kesefahaman dan jaringan kerjasama

dengan koperasi-koperasi

di dalam dan luar negeri agensiagensi

perniagaan swasta/bank

dan mengadakan ekspo dan pesta

perdagangan.

PONDOK kios turut disediakan oleh

Koperasi BKSS, Kementerian Kesihatan

Berhad.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!