20.01.2013 Views

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 FEBRUARI 2011 2011 NASIONAL 7

Kementerian Kesihatan

anjur Pameran Kerjaya

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

Foto : Ramli Tengah

MUARA, Isnin, 31 Januari. - Kementerian Kesihatan

menganjurkan Pameran Kerjaya dalam usaha untuk

memberikan para pelajar dengan wawasan kerjaya yang

berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.

Seramai 13 orang pakar menyertai pameran tersebut

bagi membantu pelajar-pelajar yang berminat dalam

bidang perubatan dan kesihatan untuk mengetahui

mengenai kerjaya-kerjaya yang berkaitan dan juga

PERGA adakan

Mesyuarat Agung Pertama

BANDAR SERI BEGAWAN.

- Persatuan Bekas Guru

Agama (PERGA) mengadakan

Mesyuarat Agung Pertama pada

29 Januari lepas di Dewan Persidangan,

Pusat Da’wah Islamiah

(PDI).

Hadir merasmikan majlis

tersebut ialah Menteri Hal Ehwal

Ugama, Yang Berhormat Pengiran

Dato Seri Setia Dr. Haji

Mohammad bin Pengiran Haji

Abdul Rahman.

Persatuan tersebut dipimpin

oleh Yang Dipertua PERGA,

Dato Seri Setia Dr. Haji

Mohd. Amin bin Pehin Dato

Pekerma Dewa Dato Paduka Haji

Abdul Rahim.

Beliau merupakan bekas Guru

Agama selain mantan Pengarah

Pengajian Islam dan PDI.

PERGA ditubuhkan pada

20 Mei 2010, bertujuan untuk

menyatupadukan bekas guru-

guru agama di Negara Brunei

Darussalam selain menyebarkan

dakwah islamiah kepada masyarakat.

Setakat ini persatuan tersebut

mempunyai seramai 119 ahli

terdiri daripada bekas guru-guru

agama daripada keempat-empat

daerah di negara ini.

Mesyuarat agung tersebut telah

melantik jawatankuasa tertinggi

persatuan yang baru.

Pengundian Calon Ketua Kampung

Kawasan 2 RPN Lambak Kanan

BANDAR SERI BEGA-

WAN, Isnin, 31 Januari.

- Jabatan Daerah Brunei

dan Muara (JDBM)

memaklumkan kepada

penduduk-penduduk kampung

Kawasan 2, Rancangan

Perumahan Negara

(RPN) Lambak

Kanan, Mukim Berakas

'B' bahawa Majlis Pengundian

dan Pemilihan

Bagi Calon Ketua Kampung

di kawasan tersebut

akan diadakan pada

25 Februari 2011, bertempat

di Dewan Kemasyarakatan

2, Jalan 77,

RPN Lambak Kanan,

Mukim Berakas 'B' bermula

jam 8.00 pagi hingga

11.00 pagi.

JBDM meminta kerjasama

semua penduduk

di kampung berkenaan

terdiri daripada warganegara

Brunei Darussalam

dan penduduk tetap

berumur 18 tahun pada

tarikh pengundian dan

tinggal bermastautin di

kampung tersebut dan

nama-nama mereka terdapat

dalam Senarai

Daftar Pengundi di kampung

itu akan dapat hadir

di Majlis Pengundian

dan Pemilihan Calon

untuk mendedahkan mengenai kerja-kerja yang ada di

Kementerian Kesihatan.

Pameran kerjaya tersebut diadakan setiap tahun bagi

penuntut-penuntut Tingkatan Lima dan Enam yang

menduduki peperiksaan peringkat GCE 'O' Level dan

GCE 'A' Level dengan tujuan utama untuk mendedahkan

para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran

dan yang berminat untuk bekerja dengan Kementerian

Kesihatan.

Pameran ini juga akan diadakan untuk kedua-dua ibu

bapa pelajar untuk memberikan informasi yang

berguna untuk anak-anak mereka.

SEBAHAGIAN pelajar Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan mendengar taklimat daripada beberapa pegawai dari

Kementerian Kesihatan di Pameran Kerjaya Kementerian Kesihatan.

Ketua Kampung pada

tarikh yang dinyatakan

di atas dengan membawa

kad pengenalan masingmasing.

Bagi mana-mana penduduk

di kampung

tersebut yang tidak tersenarai

nama mereka di

dalam Senarai Daftar

Pengundi hendaklah terlebih

dahulu mendaftarkan

nama mereka kepada

Pemangku Ketua

Kampung Kawasan 2,

RPN Lambak Kanan,

Mukim Berakas 'B',

Awang Haji Jumat bin

Nasir, Ketua Kampung

Kawasan 4, RPN Lambak

Kanan di No. 9,

Simpang 40-6, Jalan 31,

RPN Lambak Kanan,

Mukim Berakas 'B' atau

ke Bahagian Institusi

Mukim dan Kampung,

JDBM mulai tarikh

pendaftaran dibuka pada

31 Januari 2011 yang

lalu hingga 25 Februari

2011 (semasa Majlis

Pengundian dan Pemilihan

Calon Ketua

Kampung itu diadakan

nanti).

Kehadiran penduduk-penduduk

kampung

berkenaan adalah sangatsangat

diharapkan.

Perubahan mesti dimantapkan

dengan azam, tekad yang kuat

Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman

Foto : Abdul Kadir Md. Kadir

TUNGKU, Sabtu, 29

Januari. - Perubahan

seseorang memang tidak

dapat dibuat oleh orang

lain akan tetapi, perubahan

tersebut datangnya

daripada hati yang murni,

tulus iklas dan menerima

segala kebaikan yang

datangnya daripada diri

sendiri.

Perubahan tersebut juga

mestilah dimantapkan lagi

dengan azam dan tekad

yang kuat dan bukan

setakat bertekad dan berazam

untuk hari ini

sahaja, akan tetapi sepatutnya

akan berterusan

sepanjang hayat.

Pengarah Biro Kawalan

Narkotik (BKN), Awang

Haji Abd. Aziz bin Orang

Kaya Maha Bijaya Haji

Othman menekankan perkara

tersebut di Majlis

Pembebasan Orang Yang

Di Bawah Pengawasan

(OYDP) Yang Telah Berjaya

(SCD) 01/2011 berlangsung

di Ibu Pejabat

BKN.

Menurut Pengarah

BKN, pihaknya mendapati

terdapat di kalangan

OYDP masih lagi mencari

pekerjaan tetap bagi

menyara kehidupan seharian.

Beliau menjelaskan,

menurut perangkaan atau

statistik pada tahun 2004,

jumlah anak tempatan

yang berdaftar mencari

pekerjaan ialah seramai

7,784 orang, sedangkan

pekerja asing yang bekerja

di negara ini berjumlah

75,273 orang.

“Kita menyedari untuk

mencari pekerjaan bukanlah

sesuatu yang mudah

pada masa ini, tetapi tanpa

usaha yang gigih ianya

akan lebih menyulitkan

keadaan,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan

Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam telah menyediakan

pelbagai peluang

kepada semua golongan

untuk memperolehi ke

mahiran bekerja dan pengalaman

berusaha yang

dapat meningkatkan nilai

pasaran mereka.

Pengarah BKN berkata,

ia merupakan pelaburan

yang penting dan dapat

memberikan manfaat

secara keseluruhan.

BKN sendiri dengan

kerjasama Pusat Pembangunan

Belia katanya

menganjurkan Kursus As

Syifa, malangnya peluang

yang ada ini kurang mendapat

sambutan kerana

hanya segelintir saja

daripada kalangan OYDP

yang merebutnya, walaupun

segala kos ditanggung

oleh pihak kerajaan dan

segala urusan dikendalikan

oleh pihak-pihak

berkenaan.

Pada kursus yang baru

berakhir jelas Pengarah

BKN, hanya seramai

tujuh OYDP sahaja yang

mengikutinya.

Pengarah BKN percaya

tujuh OYDP tersebut

mendapat manfaat besar

yang akan dapat membantu

mereka untuk mencari

pekerjaan atau membuka

perniagaan kecil-kecilan

selepas mereka berkursus.

Kepada mereka yang

baru dibebaskan, beliau

juga mengingatkan apapun

cabaran dan dugaan

yang akan dihadapi selepas

ini ia hendaklah ditangani

dengan bijak dan

bukan dengan memakan

dadah dan yang paling

penting mengekalkan

'pembebasan' mereka dengan

menjauhi diri dari

dadah.

“Saya percaya dan yakin

bahawa kebanyakan

daripada OYDP ini adalah

belia yang mempunyai semangat

yang jitu dan

mempunyai tenaga yang

masih kuat,” jelas beliau.

Beliau berkata, dengan

berbekalkan kekuatan dan

keazaman, keyakinan

yang tinggi, sikap yang

positif, rasa bertanggungjawab

dan sayang terhadap

diri sendiri, keluarga

dan negara, dan juga menitipkan

unsur-unsur akidah

dan agama Islam,

insya-Allah akan dapat

mempertahankan diri dari

gejala-gejala antisosial

yang buruk itu.

BKN ujarnya, sentiasa

PENGARAH Biro Kawalan

Narkotik, Awang Haji Abd.

Aziz bin Orang Kaya Maha

Bijaya Haji Othman semasa

berucap di majlis tersebut.

mengalu-alukan OYDP

untuk berhubung dengan

pihak cawangan pengawasan

bagi bantuan

nasihat, kaunseling ataupun

sama-sama berkongsi

pengalaman dengan mereka

yang masih mengikuti

Skim Pengawasan

BKN.

Pada majlis itu, seramai

48 OYDP daripada seluruh

daerah menerima

surat kejayaan tamat Skim

Pengawasan BKN iaitu

30 orang dari Daerah Brunei

Muara, 11 orang daripada

Daerah Belait,

enam orang daripada

Daerah Tutong dan

seorang orang daripada

Daerah Temburong.

Mereka terdiri darpada

38 pengawasan dadah dan

enam pengawasan inhalan

atau bahan-bahan mengkhayalkan

dan PDS 3.

Majlis juga diserikan

dengan ceramah agama/motivasi

oleh Penceramah

Pusat Da’wah

Islamiah, Awang Isham

bin Awang Ismail.

Juga hadir ialah Penolong

Pengarah Cawangan

Pengawasan, Awang Haji

Mohd. Jaffari bin Haji

Mahadi.

PENCERAMAH daripada

Pusat Da'wah Islamiah,

Awang Isham bin Awang

Ismail.

SEBAHAGIAN yang berjaya dalam pengawasan dadah daripada Biro Kawalan Narkotik semasa

membaca ikrar.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!