20.01.2013 Views

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4 NASIONAL

HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 5 FEBRUARI 2011

Masyarakat Tionghoa

sambut Tahun Baru Cina

Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3

Februari. - Masyarakat Tionghoa menyambut

Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai di mana

ianya disambut dengan begitu meriah dan turut

dirasai sama oleh masyarakat lain sebagai tanda

perpaduan dan persefahaman bermasyarakat.

Di ibu negara, kedatangan Tahun Baru Cina

disambut meriah dengan acara rumah terbuka

yang juga diadakan di kediaman rasmi

Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato

Paduka Goh King Chin di Kampung Sungai Besar

dan beberapa pembesar negara Tionghoa yang

lain.

Juga turut mengadakan Majlis Rumah Terbuka

bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina

ialah Chong Ain Hong pemilik Chang Ein Hong

Watch Dealer di ibu negara.

Antara yang turut mengunjungi Majlis Rumah

Terbuka bersempena dengan Tahun Baru Cina

tahun ini ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri

Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji

Apong; Menteri Perhubungan, Yang Berhormat

Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri

Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim

Dato Paduka Haji Bakar dan Timbalan Menteri

Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan

Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato

Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd.

Yussof serta beberapa pembesar negara yang

lain.

Ketika diwawancara, Timbalan Menteri Hal

Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin

Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka

Seri Haji Awang Halbi berpendapat majlis seperti

Rumah Terbuka di kalangan kaum Tionghoa

merupakan salah satu tradisi mereka sebagaimana

orang-orang Melayu di negara ini

mengalu-alukan kedatangan para sahabat tanpa

mengira bangsa dan kedudukan dan inilah yang

menjadi keunikan negara ini, yang dikecapi hasil

daripada wujudnya kemakmuran, keamanan dan

kedamaian Negara Brunei Darussalam di bawah

pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam yang dikasihi dan

disegani, dengan rakyat dan penduduknya yang

sentiasa bersatu padu sama-sama menyumbang

kepada kemajuan dan perkembangan negara ini.

Kerjasama penting dalam penguatkuasaan undang-undang

Oleh :

Abu Bakar Haji Abdul Rahman

Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,

2 Februari. - Pemangku Pesuruhjaya

Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang

Kaya Pendikar Alam Dato Paduka

Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka

Haji Sabtu berkata secara realitinya

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB)

sangat mementingkan kerjasama dan

rangkaian kerja di kalangan agensi-agensi

penguatkuasaan undangundang

dan keselamatan serta media

massa dalam melaksanakan tugas-tugas

penguatkuasaan undang-undang.

Perkara ini kata, Yang Dimuliakan,

dinilai sangat penting bagi mencapai

apa jua perkhidmatan yang diberikan

agar ia menjurus kepada perkhidmatan

yang cemerlang dan profesional kepada

masyarakat.

Yang Dimuliakan menyatakan perkara

tersebut semasa berucap di Majlis

Muhibah Bersama Rakan-Rakan Penguat

Kuasa Undang-Undang Sempena

Hari Polis Ke-90, Tahun 2011

yang diadakan di Mes Pegawai, Gadong,

di sini.

Kesepaduan, kerjasama serta rangkaian

kerja atau partnership initiatives

di antara agensi-agensi kerajaan katanya,

adalah satu strategi yang paling

penting khususnya dalam menangani

suasana landskap keselamatan pada

masa ini.

Menyentuh mengenai hidangan makanan di

musim perayaan Tahun Baru Cina ini Yang

Berhormat berkata, ianya tidaklah menjadi masalah

kepada orang-orang melayu yang datang

berkunjung ke rumah rakan-rakan yang berbangsa

Cina kerana jika dahulu kehalalan

makanan akan diragui tetapi di zaman yang serba

moden ini mereka mempunyai pemikiran yang

terbuka dan memahami cita rasa makanan untuk

disajikan kepada masyarakat Melayu.

“Orang-orang berbangsa Cina di negara ini

menghormati bangsa Melayu yang beragama

Islam dan mereka juga turut memahami sajian

bagaimana yang seharusnya dihidangkan iaitu

makanan yang pastinya halal untuk orang-orang

Islam dan ini tidak menyulitkan kita untuk menjamu

selera di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru

Cina kerana segala apa yang dihidangkan kepada

orang-orang Islam semuanya mereka dapatkan

daripada restoran-restoran atau hotel-hotel yang

sememangnya menyediakan makanan-makanan

halal dan ini juga dengan sendirinya memperlihatkan

masyarakat Tionghoa menghormati

orang-orang Melayu dan hal sebegini juga turut

menyumbang kepada perpaduan antara bangsa

Melayu dan Cina,” terang Yang Dimuliakan

Pehin.

Seterusnya wakil PELITA BRUNEI juga

sempat mengunjungi Pengurus Am AIFA Sdn.

Bhd. yang juga tidak ketinggalan mengadakan

rumah terbuka di kediamannya.

Ketika ditemu bual, isteri beliau Lily Ngo

berkata Tahun Baru Cina 2011 merupakan Tahun

Arnab yang mempunyai unsur emas. Menurutnya

Tahun Arnab ini adalah tahun baik bagi kejayaan.

Mereka yang lahir pada Tahun Arnab adalah

orang yang pendiam, pemalu, anggun, sopan

santun, baik budi dan peka pada keindahan.

Tahun arnab tambahnya membawa kejayaan

dalam kehidupan. Ini terpulanglah kepada individu

itu kalau ianya benar-benar berusaha

pastinya akan membawa kejayaan.

Sementara itu Pengarah Urusan City Neon

Displays and Constructions Sdn. Bhd., Ting Jack

Chai ketika ditemui di kediamannya menjelaskan

beliau juga turut mengadakan rumah terbuka

sempena Tahun Baru Cina dan berpendapat

dengan adanya rumah terbuka seumpama ini

ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan

selain dapat menyatupadukan hubungan

silaturahim dan persahabatan antara bangsa Cina

Malah pada itu tambahnya, ia juga

merupakan satu kaedah yang efektif

dalam sama-sama menanai tugas dan

tanggungjawab untuk membanteras jenayah

dan memastikan kestabilan dan

keselamatan negara.

Ke arah itu tegasnya, salah satu

inisiatif yang telah dilaksanakan pada

penghujung tahun lepas di mana pasukan

polis telah berjaya mengungkayahkan

satu national exercise selain

pasukan polis juga telah dilantik selaku

lead agency.

Tujuan utama latihan berkenaan jelasnya,

adalah untuk menguji tahap

kesediaan dan keupayaan agensi keselamatan

serta penguatkuasaan dalam

menghadapi apa jua kemungkinan

khususnya berkaitan pengganasan.

Menyentuh dengan penglibatan pihak

media massa, Yang Dimuliakan

merakamkan setinggi penghargaan dalam

usaha keras mengetengahkan

agenda utama agensi-agensi penguatkuasaan

undang-undang dan keselamatan

serta jabatan-jabatan yang berkepentingan

iaitu mencegah serta

membanteras jenayah di negara ini.

Pada pengamatannya, setakat ini pihak

media massa sememangnya memainkan

peranan penting, positif dan

proaktif dalam mempertingkatkan lagi

imej serta peranan dan tanggungjawab

agensi-agensi penguat kuasa undang-undang

dan keselamatan serta

jabatan-jabatan yang berkepentingan

dalam memelihara keamanan dan

menjaga keselamatan negara.

PEMANGKU Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji

Sabtu dan Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka

Haji Mohd. Salleh hadir di Majlis Muhibah Bersama Rakan-Rakan Penguat Kuasa Undang-Undang Sempena Hari Polis Ke-90, Tahun

2011, di Mes Pegawai, Gadong.

Dalam hubungan itu Yang Dimuliakan

menaruh harapan yang tinggi

agar penilaian-penilaian positif dan

membina mengenai prestasi dan pencapaian-pencapaian

agensi-agensi penguat

kuasa undang-undang serta keselamatan

dan jabatan-jabatan yang

berkepentingan dapat disampaikan ke

pengetahuan masyarakat dengan sebaiknya.

Hadir di majlis tersebut ialah

Peguam Negara, Yang Berhormat Datin

Paduka Dayang Hajah Hayati binti

Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato

Seri Paduka Haji Mohd. Salleh,

pegawai-pegawai kanan dan pegawai

PDB serta wakil-wakil dari jabatan-jabatan

kerajaan termasuk pihak media

massa.

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar

bin Haji Apong; Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri

Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam

Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd.

Yussof bersama-sama hadir memeriahkan suasana Sambutan Tahun Baru Cina di kediaman Chong Ain Hong

pemilik Chang Ein Hong Watch Dealer, di ibu negara. - Foto : Rohani Abdul Hamid.

dan masyarakat lain.

Tahun Baru Cina pada tahun ini juga turut

disambut oleh Pengurus Syarikat Sunlit

Advertising Sendirian Berhad, Jakson Ting di

kediamannya di Kampung Lambak dan juga

Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn. Bhd.,

Chan Key Hong yang turut sama membuat Majlis

Rumah Terbuka di kediaman beliau di Jalan

Beribi, Gadong.

Arnab dalam mitologi Cina (Fengshui) adalah

lambang umur panjang, maka tidak hairan bila

orang yang lahir pada tahun Arnab tergolong

paling beruntung di antara kedua belas binatang.

Tahun-tahun yang dikategorikan sebagai Tahun

Arnab ialah 2011, 1999, 1987, 1975, 1963, 1951,

1939, 1927, 1915, 1903.

Tahun Baru Cina kali ini meraikan tahun Arnab

yang melambangkan kebijaksanaan, kesihatan,

kekayaan dan kemakmuran. Seperti tahun-tahun

sebelumnya, tradisi sambutan Tahun Baru Cina

tidak akan lengkap tanpa tarian singa, mercun,

makan besar, pertemuan semula, menziarahi

saudara-mara, angpau merah dan limau Man-

PEGAWAI-PEGAWAI kanan dan pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei serta wakil-wakil

dari jabatan-jabatan kerajaan termasuk pihak media masa hadir di Majlis Muhibah

Bersama Rakan-Rakan Penguat Kuasa Undang-Undang Sempena Hari Polis Ke-90, Tahun

2011.

Majlis yang diadakan ini antara lain

bertujuan untuk menemukan dan mengeratkan

lagi hubungan silaturahim

darin.

Mengikut tradisi, beberapa hari sebelum tahun

baru, setiap rumah akan dibersihkan dengan teliti

bagi membuang semua nasib buruk daripada

tahun sebelumnya serta menyediakan ruang untuk

rezeki dan nasib yang baru.

Pada hari pertama tahun baru pula, rumah tidak

boleh dibersihkan atau disapu kerana dibimbangi

rezeki baru yang akan dikurniakan oleh dewa

akan tersapu keluar.

Tradisi balik kampung pula membolehkan

jamuan 'makan besar' diadakan sebagai tanda

kemakmuran dan perpaduan keluarga.

Golongan muda walau di manapun berada akan

pulang ke kampung halaman untuk melawat ibu

bapa, datuk serta nenek dan saudara-mara lain

yang lebih tua, manakala pada hari kedua pula,

ibu bapa dan saudara-mara lain sebelah keluarga

isteri pula akan dilawati.

Seperti tradisinya Majlis Rumah Terbuka

diserikan dengan pemberian angpau kepada

kanak-kanak.

serta kerjasama kesemua agensi-agensi

yang terlibat dalam penguatkuasaan

undang-undang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!