20.01.2013 Views

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 FEBRUARI 2011 2011 NASIONAL 3

Seramai 97 warga Brunei

di Kaherah selamat pulang

KETIBAAN penuntut-penuntut dari Republik Arab Mesir dialu-alukan oleh Menteri Kewangan

Kedua di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia

Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

Kedua, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin

Pengiran Haji Abdul Rahman. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said.

Pelajar di Mesir mendapat

perhatian Kebawah DYMM

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

Foto : Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,

2 Febuari. - Pesawat yang membawa

pelajar-pelajar Negara Brunei

Darussalam yang menuntut di Kaherah,

Republik Arab Mesir selamat mendarat

di Lapangan Terbang Antarabangsa

Brunei, Berakas.

Dalam pendekatan wakil PELITA

BRUNEI bersama penuntut yang

mengambil jurusan Syariah Tahun Satu,

Awangku Fakrul Saharin bin Pengiran

Haji Zainuddin sejurus ketibaan

melahirkan rasa takut dan risau dengan

keadaan di sana, kerana selepas

Sembahyang Fardu Jumaat, katanya,

mereka terpaksa melarikan diri dan

pulang ke rumah untuk mengelakkan

perkara-perkara yang tidak diingini

berlaku.

Beliau merasa bersyukur kerana pihak

kerajaan amat bertanggungjawab dan

memeduli keselamatan mereka dan

begitu juga pihak Kedutaan Besar

Negara Brunei Darussalam di Mesir,

jelasnya, juga sangat bertanggungjawab

di mana mereka diarahkan tinggal di

kedutaan Brunei, di sana.

Dayang Munirah binti Haji Awang

Mahali yang mengambil jurusan Syariah

Islamiah juga turut melahirkan rasa

syukur kerana terselamat daripada

kekacauan di sana, walaupun susah

menghubungi keluarga, tetapi beliau

bersyukur kerana pihak kedutaan amat

ambil berat terhadap mereka.

Menurutnya, mereka diarahkan oleh

pihak kedutaan untuk berkurung di

rumah demi keselamatan daripada

kekacauan yang berlaku.

Begitu juga dengan Awang

Muhammad Naqib bin Haji Awang turut

berasa bersyukur kerana pihak kedutaan

begitu prihatin dengan keselamatan

mereka semua semasa berada di sana.

“Saya berharap kami dapat

diselamatkan sebelum kejadian yang

teruk berlaku dan juga memohon agar

keluarga sentiasa mendoakan keselamatan

dan kesejahteraan kami. Semua talian

perhubungan tidak berfungsi ekoran

pergolakan yang begitu teruk hingga

terpaksa berhati-hati untuk mengelakkan

kejadian buruk menimpa,” terangnya

pada menceritakan harapan dan kejadian

semasa berada di Kaherah.

Beliau dengan titisan air mata juga

bersyukur kerana pihak Kerajaan Negara

Brunei Darussalam bertindak pantas

menghantar pulang semua penuntutpenuntut

di sana yang mana keselamatan

mereka baginya adalah paling utama

walaupun tidak membawa banyak

barang untuk pulang ke tanah air.

“Saya amat terharu terhadap tindakan

kerajaan yang begitu cepat untuk

membawa semua pelajar-pelajar yang

ketakutan menghadapi suasana di sana

dan semasa menunaikan Sembahyang

Fardu Jumaat dikejutkan dengan

tembakan dan letupan yang begitu kuat

sekali,” jelasnya pada mengongsikan

sedikit peristiwa di sana.

Sementara itu, ayah kepada seorang

penuntut, Awang Haji Ajak bin Haji

Abdul Ghani dari Kampung Mentiri

ketika ditemui melahirkan kebimbangan

dengan keadaan di sana kerana apa yang

dilihat di televisyen suasana begitu teruk

DAYANG Hajah Noraini binti

Haji Asmat, ibu kepada

Awang Md. Najib dan Awang

Md. Mujib.

BANDAR SERI BEGAWAN,

Rabu, 2 Februari. - Seramai

97 orang penuntut rakyat Brunei

Darussalam yang menjalankan

pengajian mereka di Kaherah,

Republik Arab Mesir telah selamat

mendarat di Lapangan Terbang

Antarabangsa Brunei, Berakas.

Kepada kaum keluarga para

penuntut yang menantikan ketibaan

anak-anak mereka menadahkan rasa

syukur dan terima kasih di atas

keprihatinan dan inisiatif Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar

’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam yang menitahkan agar

para penuntut tersebut diterbangkan

segera kembali ke tanah air dari

AWANGKU Fakrul Shahrin

bersyukur atas keprihatinan

kerajaan.

Oleh :

Ak. Jefferi Pg. Durahman

sekali dan ini menyebabkan beliau dan

keluarga merasa risau selagi kedua-dua

anaknya yang menuntut di Kaherah

belum sampai ke Brunei.

“Saya rasa bersyukur kerana pihak

kerajaan cepat bertindak segera untuk

mengelakkan kejadian yang lebih teruk

lagi,” jelasnya penuh terharu.

Dayang Hajah Noraini bin Haji Asmat

dari Kampung Lupak Luas juga turut

bersyukur kerana semua anak-anaknya

terselamat daripada kejadian yang

melanda di Mesir dan sebelum ini beliau

merasa susuh hati kerana tidak dapat

menghubungi anak-anak beliau di sana.

Apa yang mampu dilakukan, katanya,

hanya berdoa, di samping menunaikan

Sembahyang Sunat Hajat.

“Saya bersyukur kerana Kerajaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia begitu

prihatin dengan keselamatan mereka

sehingga semua pelajar-pelajar selamat

pulang ke tanah air,” jelasnya dengan

titisan air mata.

DAYANG Munirah bersyukur

kerana terselamat daripada

kekacauan.

bumi Kaherah yang sedang

bergolak.

Rasa syukur dan gembira

kepulangan mereka terpancar

selepas bertemu dengan kaum

keluarga yang dikasihi lebih-lebih

lagi menanti begitu lama dengan

rasa gelisah sebaik mendengar

berita pergolakan yang berlaku di

Kaherah.

Kementerian Hal Ehwal Luar

Negeri dan Perdagangan dan

Kementerian Hal Ehwal Ugama

telah dititahkan untuk memaklumkan

perkembangan terkini

berhubung dengan perkara-perkara

tersebut dari semasa ke semasa

untuk makluman orang ramai di

negara ini terutama kepada keluarga

penuntut-penuntut yang terlibat.

Ketibaan penuntut-penuntut

tersebut jelas menggambarkan sikap

keprihatinan dan kebijaksanaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

tentang keselamatan dan kesejahteraan

penuntut-penuntut tersebut.

Berikutan dengan itu Kedutaan

AIR mata kesedihan dan

gembira yang nampak di

wajah Awang Md. Mujib

semasa ditemu bual oleh

wakil PELITA BRUNEI.

Besar Negara Brunei Darussalam di

Republik Arab Mesir telah

menghubungi dan menerbangkan

para penuntut keluar dari Kaherah.

Mereka berlepas meninggalkan

Dubai, Emiriah Arab Bersatu

pukul 11.00 malam waktu Brunei

kelmarin dengan menggunakan

pesawat sewa khas menuju ke

Bandar Seri Begawan.

Berada di lapangan terbang bagi

mengalu-alukan ketibaan penuntutpenuntut

tersebut ialah Menteri

Kewangan Kedua di Jabatan

Perdana Menteri, Yang Berhormat

Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato

Seri Setia Awang Haji Abdul

Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri

Hal Ehwal Luar Negeri dan

Perdagangan Kedua, Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya

Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim

Jock Seng dan Menteri Hal Ehwal

Ugama, Yang Berhormat Pengiran

Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad

bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

ISTERI Mufti Kerajaan, Datin Hajah Maznah binti Haji Mohammad adalah antara

yang hadir di Lapangan Terbang Antarbangsa Brunei bagi mengalu-alukan ketibaan

penuntut-penuntut dari Republik Arab Mesir.

KEPULANGAN penuntut-penuntut dari Kaherah disambut oleh sanak saudara dan

keluarga masing-masing (kiri dan atas).

AWANG Md. Najib bersyukur

pihak kedutaan begitu

prihatin.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!