20.01.2013 Views

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 FEBRUARI 2011 2011 23

Aku dan Suamiku

SUKAN

13 sertai Kejohanan Badminton Harmoni Veteran

SENGKURONG, Ahad, 30 Januari.

- 13 buah pasukan berentap di

Kejohanan Badminton Harmoni

Veteran Berpasukan 2011 sempena

Kempen Anti Merokok Kebangsaan

anjuran bersama Spotech Marketing

dan pengguna-pengguna Dewan

Serbaguna Syarikat Kerjasama

Kampung Tanjung Nangka (SATE-

NAGA).

Kejohanan yang diadakan sehingga

20 Februari depan itu dirasmikan

oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara,

Yang Berhormat Dato Paduka

Pasukan Kementerian Pertahanan

rangkul emas dalam acara badminton

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 28 Januari. -

Pasukan Kementerian Pertahanan berjaya menundukkan

pasukan Kementerian Pendidikan di perlawanan

peringkat akhir dalam acara badminton bagi

Kategori Berpasukan Lelaki di Perlawanan Badminton

Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari

Perkhidmatan Awam Ke-17, 2010.

Kemenangan tersebut memberikan jalan untuk

Kementerian Pertahanan untuk merebut pingat emas

dan perak untuk Kementerian Pendidikan yang

berkesudahan 3-1.

Terdahulu dalam perlawanan separuh akhir

Kementerian Pendidikan telah berjaya menewaskan

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kiraan 3-0.

Manakala dalam perlawanan separuh akhir kedua,

Kementerian Pertahanan berjaya menumpaskan

Kementerian Kesihatan dengan kemenangan tipis

3-2.

SOALAN 16

KUIZ

PERAMBAHAN

BRUNEI DALAM

RANGKA

MEMPERINGATI

50 TAHUN PENUBUHAN

DBP

(1961 – 2011)

TERDAPAT kesilapan pada PELITA BRUNEI

keluaran 29 Januari 2011 muka surat 11 pada Soalan

16 Kuiz Perambahan Brunei Dalam Rangka Memperingati

50 Tahun Penubuhan DBP (1961 - 2011).

Soalan 16 Kuiz Perambahan Brunei Dalam

Rangka Memperingati 50 Tahun Penubuhan DBP

(1961 - 2011) sebetulnya ialah:

Bungkasan

Kirimkan jawapan awda kepada:

kuizpb.bb@gmail.com

selewat-lewatnya Sabtu, 12 Februari 2011

Jangan lupa sertakan nama, alamat, usia,

nombor telefon dan pekerjaan awda.

Maka dengan ini dimaklumkan bahawa Soalan 16

Kuiz Perambahan Brunei Dalam Rangka Memperingati

50 Tahun Penubuhan DBP (1961 - 2011)

pada keluaran 29 Januari 2011 adalah dibatalkan.

- Penyunting

Jawapan bagi soalan 15 :

Katolokan cupak dangan gantang

Ertinya : Dapat diimbang

(kekuatan, kekayaan, kehandalan).

Pemenang bagi Soalan 15 ialah :

Dayang Roslena binti Haji Munel,

No. 4 Lot 14088, Simpang 735,

Kampung Salambigar, Jalan Muara BC 1515.

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

Awang Haji Puasa bin Orang Kaya

Seri Pahlawan Tudin yang juga

selaku Pengerusi SATENAGA, berlangsung

di dewan tersebut.

Seramai 104 pemain yang terdiri

daripada lapan orang pemain dalam

setiap pasukan iaitu empat orang

peserta berumur 50 tahun ke atas dan

49 tahun dan ke bawah.

Tujuan acara tahunan tersebut

diadakan antara lain bagi mema-

jukan sukan seiring dengan pembangunan

sosial ekonomi dan pembangunan

kerohanian, di samping

memberi peluang kepada para

pemain supaya bergiat aktif dalam

aktiviti sukan secara terpimpin dan

teratur.

Selain itu, ia juga untuk menjalin

dan memupuk semangat perpaduan

dan bekerjasama di kalangan para

peserta.

Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman

Dengan kekalahan pasukan JPM dan Kementerian

Kesihatan tersebut memberikan mereka untuk

berkongsi gangsa.

Sementara itu dalam keputusan perlawanan

peringkat akhir bagi acara Pool 9 Bola Berpasukan,

pasukan Kementerian Pembangunan berjaya mengutip

emas dengan menewaskan pasukan JPM dengan

kiraan 2-1.

Gangsa pula dimenangi oleh pasukan Kementerian

Hal Ehwal Dalam Negeri.

Penyampaian hadiah bagi acara ini disempurnakan

oleh Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan

Sumber-Sumber Utama, Dato Paduka Dr. Haji Mohd.

Amin Liew bin Abdullah.

Dari muka 21

“Salam buat kekasihku,

Sebelum aku menghuraikan dengan lebih lanjut lagi, izinkan aku

mengucap maaf atas apa yang aku buat. Aku tahu lambat-laun pasti kau

akan tertanya-tanya dan curiga atas diriku, oleh itu aku sudah terlebih

dahulu menjelaskan kepada kedua orang tuamu tentang sebab-sebab aku

bertindak begitu dan meninggalkan surat ini pada mereka bila kau

membangkitkan hal ini.

Pertama, bukan aku tidak mahu berjumpa dan menampakkan diri

padamu, aku bahkan ingin bertemu denganmu setiap hari, tapi aku cuba

juga untuk melawan perasaan dan keinginan hati ini. Adam yang dicipta

Tuhan ini punya nafsu yang besar sayang, dan aku tidak mahu

menyentuhmu walau sekadar menggenggam tanganmu selagi kau belum

sah menjadi yang halal buatku.

Kedua, tidak usah kauragu, aku tidak punya pilihan hati kerana hatiku

sudah lama kaucuri.

Dan tak usah kau bimbang sayang, kau bukan saja pilihan kedua-dua

orang tuaku tapi juga pilihan hatiku.

Ketiga, sekali lagi aku minta maaf, aku tidak akan sekalipun berjumpa

denganmu sebelum hari kita diijabkabulkan. Oleh kerana aku takut tidak

dapat menahan keinginan hati bertemu denganmu aku terbangkan diri ke

kota Rome dan dengan itu kita cuma akan mula berjumpa pada hari kita

diijabkabulkan.

Sayang, tolong jangan ubah fikiran … tapi andai kau masih saja

berfikir aku bukan pilihan dan tidak layak bagimu, aku berserah. Salam

sayang, A. A.”

Tanpa disedari air mataku jatuh mengalir ke pipi. Tidak aku sangka

lelaki yang menjadi tunanganku ini sudah lama mengenaliku. Dan jauh

tidak aku duga, lelaki yang menjadi tunanganku ini amat mulia sekali.

Hatiku sudah jatuh cinta padanya sehabis saja aku membaca surat yang

dikirimnya. Rupanya aku yang banyak bersalah sangka. Aku yang

rupanya terlalu tidak sempurna untuk dirinya, yang dalam fikiran tunang

selalunya mesti jalan bersama. Ya Tuhan, biarlah dia Adam yang kau

cipta untukku. Sampaikanlah jodoh kami dan biarlah dia menjadi lelaki

dengan aku berkongsi sisa-sisa hidup ini.

Tidak mampu aku ungkap betapa bahagia aku rasa dan tidak sabar

rasanya hati ini untuk bertemu dengan tunangan dan bakal suamiku

ini.

Genap setahun kami bertunang, hari kami diijabkabulkanlah hari yang

paling aku nanti-nantikan. Hari di mana aku akan menatap wajah lelaki

yang sudah berjaya mencuri perhatianku. Lelaki yang dalam diam sudah

berjaya mencuri hatiku. Saat dirinya melafazkan akad nikah, aku terima

nikahnya Nur Aina Amiera binti Shah Redzuan dengan mas kahwinnya

tujuh puluh tujuh ringgit tunai. Air mata ini terus saja mengalir deras.

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Puasa bin Orang Kaya

Seri Pahlawan Tudin selaku Pengerusi Syarikat Kerjasama Kampung Tanjung Nangka

(SATENAGA) semasa hadir di kejohanan berkenaan. - Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman.

Temasya sukan UNISSA merupakan

wadah mengintensifkan kegiatan kokurikulum

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 30

Januari. - Sejumlah empat pasukan

menyertai temasya sukan tahunan

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNIS-

SA) yang dirasmikan oleh Penolong

Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali,

Pengiran Anak Dr. Haji Amiruddin Alam

Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail.

Temasya selama seminggu yang

bermula di Padang UNISSA, Gadong,

dijangka akan berakhir pada 6 Februari

ini.

Sukan yang mempertandingkan acara

bola sepak, bola jaring, sepak takraw,

pingpong, badminton, futsal, 'tenpin

bowling', tarik kalat, treasure hunt dan

lain-lain ini kendalikan oleh Ahli-ahli

Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan

Pelajar UNISSA dengan kerjasama

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan

dihasratkan sebagai salah satu wadah

untuk melahirkan individu yang bukan

sahaja aktif dalam akademik, malahan

juga dalam kegiatan sukan serta sihat

fizikal dan mental.

Ianya dihasratkan sebagai wadah

mengintensifkan kegiatan kokurikulum

mahasiswa dan mahasiswi UNISSA dan

mengintegrasikan warganya ke arah

pendedahan berinteraksi serta bertukar-tukar

fikiran di dalam melahirkan

warga UNISSA yang berpotensi dan menyerlah

dalam bidang akademik dan kegiatan

luar.

Dalam pada itu kejohanan tersebut juga

dihasratkan untuk memberi peluang

kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk

merancang, mengurus serta mengendali di

dalam menjayakan suatu aktiviti secara

berkumpulan.

Bukan apa, inilah saatnya di mana bukan lagi ibu bapaku yang bakal

menanggung hal ehwalku tapi sebaliknya seorang suami. Inilah saatnya

aku memulakan hidup baru sebagai seorang isteri dan inilah saatnya di

mana kedua-dua orang tuaku melepaskan aku pergi kepada seorang

lelaki yang amat mereka percayai. Dan saat dia datang mendekatiku

itulah saat pertama kali aku menatap wajahnya. Aku kucup tangannya

dengan seribu satu harapan agar dia memberi aku kebahagiaan dan

kemudiannya dikucupnya dahiku penuh kasih sayang. Sekali lagi, aku

jatuh padanya. Dia bukan sahaja tampan malahan baik, hormat padaku

dan menyintaiku.

Genap tiga tahun kami mendirikan rumah tangga, kebahagiaan itu

milik kami bertiga. Aku, suamiku dan anak kami, Naira yang sudah

hampir menjangkau umur dua tahun. Tapi benar janji Tuhan,

kebahagiaan hakiki cuma akan dicapai di akhirat sahaja. Kebahagiaanku

rasa terampas bila suamiku disahkan meninggal dunia selepas

kemalangan di antara tiga buah kereta. Nadi jantungku terasa seperti

berhenti. Dunia seperti berhenti berputar. Aku seperti hidup tidak

bernyawa. Aku rasa sakit yang teramat sangat. Apa yang mampu aku

buat cuma menangis dan terus menangis sambil menatap gambar

perkahwinan kami. Begitulah keadaanku selama setahun. Aku terlalu

mengikut emosi sehingga aku mengabaikan tanggungjawabku sebagai

seorang ibu dan lebih lagi sebagai seorang Muslimah. Aku jadi mula

sedar bukan aku sahaja yang kehilangan arwah padahal banyak lagi.

Ibu bapa arwah yang lebih lama hidup bersamanya juga tidak terlalu

meratap akan kepergiannya seperti apa yang aku buat. Mereka reda

dengan ketentuan Tuhan. Kupeluk erat anakku dan air mata itu mengalir

lagi. Kini, aku reda, aku sedar manusia ciptaan Tuhan akan kembali jua

pada-Nya. Aku benar-benar sudah berserah. Syukur ada Naira bukti cinta

kami untuk aku terus jaga dan didik.

Suamiku adalah lelaki yang berjaya meroboh tembok-tembok besar

yang mengelilingi hatiku ini. Suamiku adalah seorang lelaki yang

pertama kali mengajar aku tentang erti cinta, bahagia. Suamiku adalah

orang yang sama yang mengirimkan surat padaku sewaktu di panggung

wayang. Suamiku adalah seseorang yang amat bermakna bagiku selepas

kedua-dua orang tuaku dan suamiku adalah tempat di mana tumpah cinta

dan kasih sayang ku ini. Suamiku adalah seorang lelaki yang mampu

membuat aku jatuh cinta padanya berulang-ulang kali. Lelaki yang tidak

pernah jemu melayan kerenahku, yang tidak pernah meninggalkan aku di

saat aku bersedih. Lelaki yang sanggup berjaga malam ketika aku sakit.

Lelaki yang tidak mahu pergi ke manapun tanpa aku. Lelaki yang

menjadi payungku ketika hujan, menjadi pelindungku ketika aku berada

dalam ketakutan. Lelaki yang selalu memberi aku semangat ketika aku

lemah. Lelaki yang mampu melunturkan egoku ini. Lelaki yang mampu

membuat aku terus tersenyum. Tiada seorang lelaki pun yang mampu

mengganti tempatnya di hatiku ini. Aku benar-benar mencintai lelaki ini.

Dan lelaki ini adalah suamiku, ya suamiku … Amirul Aiman, A. A.”

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!