KADANG-KADANG aku rasa bosan untuk hidup. Bosan untuk berdepan dengan hari-hari mendatang. Bukan aku lemah untuk berhadapan dengan setiap ujian yang Tuhan turunkan tapi aku jemu dengan setiap kesedihan, kebahagiaan, kesakitan, kehancuran yang menyakitkan hati. Atau mungkin benar aku lemah. Terlalu lemah untuk menerima setiap kenyataan yang terpaksa aku hadapi. Dulunya aku tidak begini, tapi setelah kematian orang yang aku sangat sayangi, aku rasa hidup ini gelap sekali. Aku tahu aku diuji. Aku sedar ini satu dugaan Tuhan turunkan untuk aku. Aku tahu aku harus tabah dan berserah kepada-Nya. Tapi aku cuma manusia biasa, yang kadangnya terlalu lalai melayan perasaan ini. Terlalu sedih membuat aku alpa dan lupa hingga lalai dalam menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang Muslimah. Aku tahu aku berdosa. Aku tahu aku tidak sepatutnya meninggalkan tanggungjawabku. Katakan sajalah aku terlalu emosi. Tapi itulah aku. Kadang aku lemah tapi aku cuba untuk bangkit. Aku hilang arah tapi aku cuba juga untuk mencari ketenangan hati. Ubat untuk kesedihan dan kesakitan yang aku hadapi. Aiman jejaka yang aku cintai. Lelaki yang pertama berjaya merobohkan pagar-pagar besi yang mengelilingi hatiku ini. Lelaki yang berjaya mencuri perhatianku. Lelaki yang berjaya membuat aku menangis dan hilang arah. Pertemuan pertama kami bermula di pusat beli-belah Mall. Aku dan kawan-kawanku sudah merancang untuk melihat cerita twillight yang sedang hangat diperkatakan. Pada hari itu, aku cuma keluar berpakaian seperti biasa, jeans, kemeja putih, kasut tinggi dan tudung yang berwarna hitam sedondon dengan warna kasut tinggiku. Aku tidak mengenakan sebarang mekap cuma sedikit bedak muka dan mascara. Di panggung tersebut aku terpisah dengan kawan-kawanku kerana seorang daripada kami terpaksa duduk di tempat belakang. Oleh kerana mereka sudah mengisi di tempat hadapan akulah yang terpaksa mengalah HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 FEBRUARI 2011 2011 CERPEN 21 Oleh : Oren 1 dan duduk di belakang. Di sebelahku duduk seorang budak lelaki yang umurnya dalam lingkungan 7 tahun. Aku tersenyum sendiri. Dalam fikiranku apalah dibuat budak itu di panggung wayang ini. Bukankah ianya satu pembaziran wang kerana dirinya tidak akan faham dengan apa yang akan disampaikan dalam cerita tersebut. Sewaktu cerita itu dimainkan, aku leka menonton wayang tersebut sambil mengunyah popcorn yang tadinya kubeli. Hampir separuh wayang tersebut dimainkan dan aku terus memasukkan popcorn ke dalam mulutku. Tiba-tiba aku terasa ada tangan lain yang masuk ke dalam kotak popcornku itu. Rupanya budak yang duduk di sebelahku. Rupanya ia juga mahu makan popcorn tersebut. Oleh kerana tidak mahu ketinggalan satu babak pun dalam cerita itu aku jadi malas hendak keluar dan membelikannya sekotak popcorn. Jadi aku biarkan kami berkongsi satu kotak popcorn yang sama. Tidak ada salahnya berkongsi bagiku, lagipun dia cuma seorang budak kecil. Setelah wayang tamat, budak itu mengucapkan terima kasih padaku lalu pergi bersama seorang lelaki yang duduk di sebelahnya. Yang sedari tadi tidak aku perasan tentang kehadirannya. Aku dan kawan-kawanku keluar sambil berkongsi pendapat tentang cerita twillight tersebut. Ada juga kawanku yang mengatakan bahawa dirinya sudah jatuh cinta pada Robert Pattinson. Lucu pula kedengarannya di cuping telingaku. Hampir saja aku buang kotak popcorn yang sedari tadi ku pegang ke dalam tong sampah tetapi hajatku tergendala apabila aku nampak sekeping kad kecil di dalam kotak tersebut. Di dalam kad tersebut tertulis, “I love to know you. Hope we could meet again.” A.A Hati jadi terdetik untuk tahu siapa si pemberi kad tersebut. Mungkin jejaka yang duduk di sebelah budak tadi. Yang langsung tidak ku pandang dirinya dan mungkin budak tersebut AKU tidak ragu untuk berkongsi kasih dan sayang dengan anak-anak yatim atau orang-orang tua tapi berkongsi dan memberi sesuatu yang bernama cinta cuma Tuhan saja yang tahu betapa payah rasanya. Aku tidaklah secantik mana, tidak juga datang dari keluarga berada tapi aku diasuh dengan sebaik-baik ajaran yang pernah ibu bapa berikan kepada anak-anak mereka. Aku diajar untuk menjadi wanita yang punya harga diri. Yang tidak mudah terpedaya dengan tipu helah sesetengah lelaki. Yang tidak mungkin buta hati kerana pangkat dan kekayaan lelaki. Dan yang paling penting aku dididik untuk menjadi seorang yang punya jati diri. yang menjadi tukang hantar kadnya dan memasukkan ke dalam kotak popcornku. Pertanyaanku dan keinginanku untuk tahu siapa si pemberi kad tersebut cuma mati di situ saja. Tidak terlalu aku endahkan kerana terus-terang saja aku katakan aku bukanlah wanita yang mudah dicuri perhatiannya. Bukan wanita yang mudah dicuri hatinya. Bukan wanita yang mudah memberi cinta pada manusia bergelar lelaki. Bukan wanita yang mudah percaya dengan kata-kata manis dari mulut lelaki. Mungkin kerana terlalu banyak menonton televisyen atau mungkin juga kerana terpengaruh dengan cerita-cerita novel yang kubaca. Entahlah tapi itulah aku. Kalau kawanku kerap bertukar teman lelaki, aku pula tidak pernah mempunyai seorang pun teman lelaki. Bukan tidak ada yang mendekatiku, tapi aku tidak pernah memberi peluang untuk mereka. Bukan kerana aku rasa aku layak untuk yang lebih baik tapi kerana aku rasa cintaku terlalu berharga untuk kuberi begitu saja. Aku tidak ragu untuk berkongsi kasih dan sayang dengan anak-anak yatim atau orang-orang tua tapi berkongsi dan memberi sesuatu yang bernama cinta cuma Tuhan saja yang tahu betapa payah rasanya. Aku tidaklah secantik mana, tidak juga datang daripada keluarga berada tapi aku diasuh dengan sebaik-baik ajaran yang pernah ibu bapa berikan kepada anak-anak mereka. Aku diajar untuk menjadi wanita yang punya harga diri. Yang tidak mudah terpedaya dengan tipu helah sesetengah lelaki. Yang tidak mungkin buta hati kerana pangkat dan kekayaan lelaki. Dan yang paling penting aku dididik untuk menjadi seorang yang punya jati diri. Pernah salah seorang teman perempuanku bertanya, adakah sebenarnya aku tidak mudah menerima cinta lelaki kerana aku menyukai kaum sejenis? Memang sinis soalan yang dilontarkan tapi aku cuma membalas dengan mengukir satu senyuman. Kukatakan padanya, “Aku percaya Tuhan sudah cipta seorang Adam untuk diriku. Dan aku yakin dialah jodohku. Aku juga percaya aku akan ditemukan juga dengannya suatu hari nanti. Sampai hari itu, cintaku ini akan masih suci dan cuma akan dimiliki oleh dirinya. Cintaku ini cuma untuk lelaki yang diciptakan Tuhan untuk menjadi teman hidupku yang akan bergelar suami.” Terdiam pula dia setelah mendengar jawapan yang kuberikan. Dan sesungguhnya bukan aku berlagak suci. Bukan niatku seperti berlagak alim. Bukan dan bukan. Tapi itu aku. Sebulan kemudian ibu bapaku menyuruhku pulang ke kampung. Kata mereka ada khabar yang hendak disampaikan. Petang itu juga aku pulang ke kampung untuk berjumpa dengan kedua-dua ibu bapaku. Berdebar rasanya hati ingin mengetahui apa sebenarnya perkhabaran yang ingin disampaikan mereka. Ternyata apa yang bermain dalam fikiranku menjadi kenyataan lagi. Soal kahwin itulah yang diperkatakan. Ibu bapaku sudah berulang kali bertanyakan tentang hal tersebut, aku pula tidak pernah mencari calon. Kasihan pula aku dengan kedua ibu bapaku yang benar-benar ingin melihat aku naik pelamin. Tapi kali ini tekaan ku sedikit tersasar, mereka bukan sekadar bertanya tapi sudah punya calon untukku. Aku sudah bosan untuk berdolak-dalih. Biarlah, mungkin inilah takdirku, jodoh yang dipilih oleh kedua orang tuaku sendiri. Tidak salah rasanya untuk aku mengikut kehendak mereka. Malah, keluarga lelaki tersebut sudah pernah bertandang kerumah untuk bertanyakan halku. Aku benar-benar berserah. Cuma berdoa saja yang mampuku buat. Lelaki itu sudah mampu mencuri hati ibu bapaku dan mungkin dia juga mampu mencuri hatiku. Lagipun kata orang jodoh daripada orang tua selalunya lebih berhasil dan berkekalan daripada jodoh yang dicari sendiri. Apa yang mampu aku panjatkan adalah andai dia lelaki yang bakal berkongsi sisa hidupnya denganku biarkanlah aku mencintainya, andai dia lelaki yang akan sama-sama menempuh susah dan senang denganku biarkanlah aku selalu dekat dengannya dan andai dia Adam yang dicipta untukku biarlah dia bersamaku selama hayat masih ada. Walaupun sudah menjadi tunangan orang, aku sekalipun tidak pernah melihat tunanganku itu. Aku seperti tidak pernah bertunang mahupun punya tunangan. Cuma cincin yang lekat di- jariku ini sahaja yang selalu mengingatkan aku bahawa aku bakal jadi isteri seseorang. Seseorang yang langsung tidak mampu aku gambarkan wajahnya. Kadang aku terfikir, bertunang sudah aku langsung tidak merasa bahagia apatah lagi nanti dialam perkahwinan dan pernah juga aku terfikir untuk memutuskan saja tali pertunanganku dengan jejaka misteri itu. Tapi aku merasa tidak sampai hati untuk mengungkapkan perkara tersebut kepada kedua orang tuaku. Jika mereka tahu pasti saja mereka akan kecewa. Begitulah keadaanku selama enam bulan, menjadi tunangan kepada seseorang. Sehingga hari itu aku tetap sabar tapi cuma dapat bertahan selama enam bulan dua hari sahaja. Aku pulang ke kampung dan memberanikan diri untuk meminta kedua-dua orang tuaku untuk memutuskan tali pertunangan kami. Aku takut mereka marah jadi aku jelaskan kepada mereka kenapa aku bertindak sedemikian. Aku menerangkan pada mereka bahawa aku takut nanti perkahwinan kami tidak menjanjikan kebahagiaan dan menyatakan bahawa mungkin lelaki tersebut tidak bersetuju untuk ditunangkan dengan pilihan keluarganya dan mungkin juga dia sudah punya pilihan hati oleh sebab itu dia tidak pernah sekalipun menampak diri padaku. Panjang lebar aku memberi penjelasan pada kedua ibu bapaku. Aku fikir mungkin mereka akan panjang lebar pula memberi ku nasihat sebaliknya mereka cuma berpandangan sesama sendiri dan senyum melihatku. Aku pula merasa agak hairan dengan tindak balas yang mereka berikan. Adakah senyuman tersebut tanda setuju atau sebaliknya? Ibuku pula berdiri dan masuk ke dalam bilik dan kemudian keluar semula dengan satu sampul surat. Ibu menghulurkan padaku surat tersebut dan mengatakan bahawa surat tersebut akan menjawab semua persoalan yang bermain dimindaku dan kemudian mereka pergi meninggalkanku seorang dalam tanda tanya. Aku melihat saja mereka berlalu pergi dan kemudian membuka sampul surat tersebut. Surat tersebut ditulis dengan kemas sekali ... Ke muka 23
22 HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 5 FEBRUARI 2011
- Page 1 and 2: PETIKAN TITAH “BUKANKAH kemakmura
- Page 3 and 4: HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 F
- Page 5 and 6: HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 F
- Page 7 and 8: HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 F
- Page 9 and 10: HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 F
- Page 11 and 12: HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 F
- Page 13 and 14: 14 HARI IKLAN ISNIN, 1 JANUARI 2011
- Page 15 and 16: JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REK
- Page 17 and 18: 18 IKLAN HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011
- Page 19: 20 HARI AGAMA ISNIN, 1 JANUARI 2011
- Page 23: 24 HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 Hidan