20.01.2013 Views

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KADANG-KADANG aku rasa

bosan untuk hidup. Bosan untuk

berdepan dengan hari-hari

mendatang. Bukan aku lemah untuk

berhadapan dengan setiap ujian yang

Tuhan turunkan tapi aku jemu dengan

setiap kesedihan, kebahagiaan, kesakitan,

kehancuran yang menyakitkan

hati. Atau mungkin benar aku lemah.

Terlalu lemah untuk menerima setiap

kenyataan yang terpaksa aku hadapi.

Dulunya aku tidak begini, tapi setelah

kematian orang yang aku sangat sayangi,

aku rasa hidup ini gelap sekali.

Aku tahu aku diuji. Aku sedar ini satu

dugaan Tuhan turunkan untuk aku.

Aku tahu aku harus tabah dan berserah

kepada-Nya. Tapi aku cuma manusia

biasa, yang kadangnya terlalu lalai

melayan perasaan ini. Terlalu sedih

membuat aku alpa dan lupa hingga

lalai dalam menunaikan tanggungjawabku

sebagai seorang Muslimah.

Aku tahu aku berdosa. Aku tahu aku

tidak sepatutnya meninggalkan tanggungjawabku.

Katakan sajalah aku terlalu

emosi. Tapi itulah aku. Kadang

aku lemah tapi aku cuba untuk bangkit.

Aku hilang arah tapi aku cuba juga

untuk mencari ketenangan hati. Ubat

untuk kesedihan dan kesakitan yang

aku hadapi.

Aiman jejaka yang aku cintai. Lelaki

yang pertama berjaya merobohkan pagar-pagar

besi yang mengelilingi hatiku

ini. Lelaki yang berjaya mencuri

perhatianku. Lelaki yang berjaya

membuat aku menangis dan hilang

arah. Pertemuan pertama kami bermula

di pusat beli-belah Mall. Aku dan

kawan-kawanku sudah merancang untuk

melihat cerita twillight yang sedang

hangat diperkatakan. Pada hari

itu, aku cuma keluar berpakaian seperti

biasa, jeans, kemeja putih, kasut tinggi

dan tudung yang berwarna hitam sedondon

dengan warna kasut tinggiku.

Aku tidak mengenakan sebarang mekap

cuma sedikit bedak muka dan

mascara. Di panggung tersebut aku

terpisah dengan kawan-kawanku kerana

seorang daripada kami terpaksa

duduk di tempat belakang. Oleh kerana

mereka sudah mengisi di tempat hadapan

akulah yang terpaksa mengalah

HARI ISNIN, HARI 1SABTU JANUARI 5 FEBRUARI 2011 2011 CERPEN 21

Oleh : Oren 1

dan duduk di belakang. Di sebelahku

duduk seorang budak lelaki yang

umurnya dalam lingkungan 7 tahun.

Aku tersenyum sendiri. Dalam fikiranku

apalah dibuat budak itu di panggung

wayang ini. Bukankah ianya satu

pembaziran wang kerana dirinya tidak

akan faham dengan apa yang akan

disampaikan dalam cerita tersebut. Sewaktu

cerita itu dimainkan, aku leka

menonton wayang tersebut sambil mengunyah

popcorn yang tadinya kubeli.

Hampir separuh wayang tersebut dimainkan

dan aku terus memasukkan

popcorn ke dalam mulutku. Tiba-tiba

aku terasa ada tangan lain yang masuk

ke dalam kotak popcornku itu. Rupanya

budak yang duduk di sebelahku.

Rupanya ia juga mahu makan popcorn

tersebut. Oleh kerana tidak mahu ketinggalan

satu babak pun dalam cerita

itu aku jadi malas hendak keluar dan

membelikannya sekotak popcorn. Jadi

aku biarkan kami berkongsi satu kotak

popcorn yang sama. Tidak ada salahnya

berkongsi bagiku, lagipun dia

cuma seorang budak kecil. Setelah

wayang tamat, budak itu mengucapkan

terima kasih padaku lalu pergi bersama

seorang lelaki yang duduk di sebelahnya.

Yang sedari tadi tidak aku

perasan tentang kehadirannya.

Aku dan kawan-kawanku keluar

sambil berkongsi pendapat tentang

cerita twillight tersebut. Ada juga kawanku

yang mengatakan bahawa dirinya

sudah jatuh cinta pada Robert

Pattinson. Lucu pula kedengarannya di

cuping telingaku. Hampir saja aku

buang kotak popcorn yang sedari tadi

ku pegang ke dalam tong sampah tetapi

hajatku tergendala apabila aku nampak

sekeping kad kecil di dalam kotak

tersebut. Di dalam kad tersebut tertulis,

“I love to know you. Hope we could

meet again.” A.A

Hati jadi terdetik untuk tahu siapa si

pemberi kad tersebut. Mungkin jejaka

yang duduk di sebelah budak tadi.

Yang langsung tidak ku pandang dirinya

dan mungkin budak tersebut

AKU tidak ragu untuk berkongsi kasih dan

sayang dengan anak-anak yatim atau

orang-orang tua tapi berkongsi dan memberi

sesuatu yang bernama cinta cuma Tuhan saja

yang tahu betapa payah rasanya. Aku tidaklah

secantik mana, tidak juga datang dari

keluarga berada tapi aku diasuh dengan

sebaik-baik ajaran yang pernah ibu bapa

berikan kepada anak-anak mereka. Aku diajar

untuk menjadi wanita yang punya harga diri.

Yang tidak mudah terpedaya dengan tipu helah

sesetengah lelaki. Yang tidak mungkin buta

hati kerana pangkat dan kekayaan lelaki. Dan

yang paling penting aku dididik untuk

menjadi seorang yang punya jati diri.

yang menjadi tukang hantar kadnya

dan memasukkan ke dalam kotak

popcornku. Pertanyaanku dan keinginanku

untuk tahu siapa si pemberi

kad tersebut cuma mati di situ saja.

Tidak terlalu aku endahkan kerana

terus-terang saja aku katakan aku bukanlah

wanita yang mudah dicuri

perhatiannya. Bukan wanita yang mudah

dicuri hatinya. Bukan wanita yang

mudah memberi cinta pada manusia

bergelar lelaki. Bukan wanita yang

mudah percaya dengan kata-kata manis

dari mulut lelaki. Mungkin kerana

terlalu banyak menonton televisyen

atau mungkin juga kerana terpengaruh

dengan cerita-cerita novel yang

kubaca. Entahlah tapi itulah aku. Kalau

kawanku kerap bertukar teman lelaki,

aku pula tidak pernah mempunyai seorang

pun teman lelaki. Bukan tidak

ada yang mendekatiku, tapi aku tidak

pernah memberi peluang untuk mereka.

Bukan kerana aku rasa aku layak

untuk yang lebih baik tapi kerana aku

rasa cintaku terlalu berharga untuk

kuberi begitu saja.

Aku tidak ragu untuk berkongsi kasih

dan sayang dengan anak-anak yatim

atau orang-orang tua tapi berkongsi

dan memberi sesuatu yang bernama

cinta cuma Tuhan saja yang tahu

betapa payah rasanya. Aku tidaklah

secantik mana, tidak juga datang daripada

keluarga berada tapi aku diasuh

dengan sebaik-baik ajaran yang pernah

ibu bapa berikan kepada anak-anak

mereka. Aku diajar untuk menjadi wanita

yang punya harga diri. Yang tidak

mudah terpedaya dengan tipu helah

sesetengah lelaki. Yang tidak mungkin

buta hati kerana pangkat dan kekayaan

lelaki. Dan yang paling penting aku

dididik untuk menjadi seorang yang

punya jati diri.

Pernah salah seorang teman perempuanku

bertanya, adakah sebenarnya

aku tidak mudah menerima cinta lelaki

kerana aku menyukai kaum sejenis?

Memang sinis soalan yang dilontarkan

tapi aku cuma membalas dengan mengukir

satu senyuman. Kukatakan padanya,

“Aku percaya Tuhan sudah

cipta seorang Adam untuk diriku. Dan

aku yakin dialah jodohku. Aku juga

percaya aku akan ditemukan juga dengannya

suatu hari nanti. Sampai hari

itu, cintaku ini akan masih suci dan

cuma akan dimiliki oleh dirinya. Cintaku

ini cuma untuk lelaki yang diciptakan

Tuhan untuk menjadi teman

hidupku yang akan bergelar suami.”

Terdiam pula dia setelah mendengar

jawapan yang kuberikan. Dan sesungguhnya

bukan aku berlagak suci. Bukan

niatku seperti berlagak alim. Bukan

dan bukan. Tapi itu aku.

Sebulan kemudian ibu bapaku menyuruhku

pulang ke kampung. Kata

mereka ada khabar yang hendak disampaikan.

Petang itu juga aku pulang

ke kampung untuk berjumpa dengan

kedua-dua ibu bapaku. Berdebar rasanya

hati ingin mengetahui apa sebenarnya

perkhabaran yang ingin disampaikan

mereka. Ternyata apa yang

bermain dalam fikiranku menjadi kenyataan

lagi. Soal kahwin itulah yang

diperkatakan. Ibu bapaku sudah berulang

kali bertanyakan tentang hal

tersebut, aku pula tidak pernah mencari

calon. Kasihan pula aku dengan kedua

ibu bapaku yang benar-benar ingin

melihat aku naik pelamin. Tapi kali ini

tekaan ku sedikit tersasar, mereka bukan

sekadar bertanya tapi sudah punya

calon untukku. Aku sudah bosan untuk

berdolak-dalih. Biarlah, mungkin inilah

takdirku, jodoh yang dipilih oleh

kedua orang tuaku sendiri. Tidak salah

rasanya untuk aku mengikut kehendak

mereka. Malah, keluarga lelaki tersebut

sudah pernah bertandang kerumah

untuk bertanyakan halku. Aku

benar-benar berserah. Cuma berdoa

saja yang mampuku buat. Lelaki itu

sudah mampu mencuri hati ibu bapaku

dan mungkin dia juga mampu mencuri

hatiku. Lagipun kata orang jodoh daripada

orang tua selalunya lebih berhasil

dan berkekalan daripada jodoh

yang dicari sendiri. Apa yang mampu

aku panjatkan adalah andai dia lelaki

yang bakal berkongsi sisa hidupnya

denganku biarkanlah aku mencintainya,

andai dia lelaki yang akan sama-sama

menempuh susah dan senang

denganku biarkanlah aku selalu dekat

dengannya dan andai dia Adam yang

dicipta untukku biarlah dia bersamaku

selama hayat masih ada.

Walaupun sudah menjadi tunangan

orang, aku sekalipun tidak pernah melihat

tunanganku itu. Aku seperti tidak

pernah bertunang mahupun punya tunangan.

Cuma cincin yang lekat di-

jariku ini sahaja yang selalu mengingatkan

aku bahawa aku bakal jadi

isteri seseorang. Seseorang yang langsung

tidak mampu aku gambarkan

wajahnya. Kadang aku terfikir, bertunang

sudah aku langsung tidak merasa

bahagia apatah lagi nanti dialam

perkahwinan dan pernah juga aku terfikir

untuk memutuskan saja tali pertunanganku

dengan jejaka misteri itu.

Tapi aku merasa tidak sampai hati

untuk mengungkapkan perkara tersebut

kepada kedua orang tuaku. Jika

mereka tahu pasti saja mereka akan

kecewa. Begitulah keadaanku selama

enam bulan, menjadi tunangan kepada

seseorang. Sehingga hari itu aku tetap

sabar tapi cuma dapat bertahan selama

enam bulan dua hari sahaja. Aku pulang

ke kampung dan memberanikan

diri untuk meminta kedua-dua orang

tuaku untuk memutuskan tali pertunangan

kami. Aku takut mereka marah

jadi aku jelaskan kepada mereka kenapa

aku bertindak sedemikian. Aku

menerangkan pada mereka bahawa

aku takut nanti perkahwinan kami tidak

menjanjikan kebahagiaan dan menyatakan

bahawa mungkin lelaki tersebut

tidak bersetuju untuk ditunangkan

dengan pilihan keluarganya dan

mungkin juga dia sudah punya pilihan

hati oleh sebab itu dia tidak pernah

sekalipun menampak diri padaku. Panjang

lebar aku memberi penjelasan

pada kedua ibu bapaku. Aku fikir

mungkin mereka akan panjang lebar

pula memberi ku nasihat sebaliknya

mereka cuma berpandangan sesama

sendiri dan senyum melihatku. Aku

pula merasa agak hairan dengan tindak

balas yang mereka berikan. Adakah

senyuman tersebut tanda setuju atau

sebaliknya? Ibuku pula berdiri dan

masuk ke dalam bilik dan kemudian

keluar semula dengan satu sampul

surat. Ibu menghulurkan padaku surat

tersebut dan mengatakan bahawa surat

tersebut akan menjawab semua persoalan

yang bermain dimindaku dan

kemudian mereka pergi meninggalkanku

seorang dalam tanda tanya. Aku

melihat saja mereka berlalu pergi dan

kemudian membuka sampul surat tersebut.

Surat tersebut ditulis dengan

kemas sekali ...

Ke muka 23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!