20.01.2013 Views

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

20

HARI AGAMA

ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 5 FEBRUARI 2011

Pelihara diri agar

jadi orang beriman

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita

kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan

penuh keyakinan dan keikhlasan dengan

melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala

larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan

yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan

selamat di Akhirat.

Antara sifat semula jadi

manusia ialah mudah

leka, terpedaya dan tunduk

kepada keinginan

hawa nafsunya sehingga

menyebabkan mudah terjebak

untuk melakukan

perkara yang melanggar

hukum Allah Subhanahu

Wata'ala dan berbuat dosa

sama ada dosa-dosa kecil

atau besar, senghaja ataupun

tidak. Sebagai umat

Islam kita telah diajar

dan dididik untuk sentiasa

memelihara diri agar tetap

menjadi orang yang beriman

dengan mentaati

perintah Allah Subhanahu

Wata'ala dan menjauhi

larangan-Nya.

Oleh itu kita hendaklah

menanamkan di dalam

diri sifat sentiasa takut

untuk berbuat dosa, tidak

bersembahyang, tidak

berpuasa, tidak menunai-

kan zakat, berjudi, berzina,

melakukan rasuah,

penipuan dan sebagainya,

kita bukan sahaja mendapat

dosa bahkan

dibenci oleh Allah

Subhanahu Wata'ala, hati

menjadi gelap, ditutup

pintu rezeki, doa tidak

dimakbulkan dan lebih

buruk lagi mendapat azab

seksa di Akhirat kelak

sebagaimana firman Allah

Subhanahu Wata'ala

dalam Surah Maryam

ayat 70 – 72, tafsir-Nya :

“Kemudian sesungguhnya

Kami lebih mengetahui

akan orang-orang

yang lebih patut diseksa

dan dibakar dengan api

Neraka itu. Dan tiada

seorang pun di antara

kamu melainkan akan

sampai kepada-Nya, yang

demikian adalah satu

perkara yang mesti

berlaku yang telah ditetapkan

oleh Tuhanmu.

Kemudian Kami akan

selamatkan orang-orang

yang bertaqwa dan Kami

akan biarkan orang-orang

yang zalim dengan kekufurannya

dan maksiatnya

bertelut (berlutut)

di dalam Neraka.”

Sesungguhnya azab

dan kemurkaan Allah

Subhanahu Wata'ala terhadap

orang yang melakukan

perbuatan dosa itu

telah banyak diceritakan

dalam Al-Qur'an dan

Al-Hadis secara jelas

dan nyata. Akan tetapi

masih ada juga di antara

kita yang melakukan

perbuatan mungkar dan

maksiat dengan senghaja

SESUNGGUHNYA azab dan kemurkaan

Allah Subhanahu Wata'ala terhadap orang

yang melakukan perbuatan dosa itu telah

diceritakan dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis

secara jelas dan nyata. Akan tetapi masih ada

juga di antara kita yang melakukan perbuatan

mungkar dan maksiat dengan senghaja

bahkan lebih buruk lagi melakukannya

secara terang-terangan. Persoalannya, apakah

yang menyebabkan sebilangan orang masih berani

untuk terus melakukan dosa sedangkan mereka

tahu bahawa setiap perbuatan dosa yang

dilakukan pasti ada balasannya.

Ini mungkin kerana mereka belum menerima

balasan akibat dari perbuatan dosa yang

dilakukannya, maka mereka terus lali

dan tidak takut untuk terus berbuat

perbuatan yang berdosa.

OLEH itu kita hendaklah menanamkan di dalam

diri sifat sentiasa takut untuk berbuat dosa,

tidak bersembahyang, tidak berpuasa,

tidak menunaikan zakat, berjudi, berzina,

melakukan rasuah, penipuan dan sebagainya,

kita bukan sahaja mendapat dosa bahkan dibenci

oleh Allah Subhanahu Wata'ala,

hati menjadi gelap, ditutup pintu rezeki,

doa tidak dimakbulkan dan lebih buruk lagi

mendapat azab seksa di Akhirat kelak.

bahkan lebih buruk

lagi melakukannya secara

terang-terangan. Persoalannya,

apakah yang

menyebabkan sebilangan

orang masih berani untuk

terus melakukan dosa

sedangkan mereka tahu

bahawa setiap perbuatan

dosa yang dilakukan

pasti ada balasannya. Ini

mungkin kerana mereka

belum menerima balasan

akibat dari perbuatan dosa

yang dilakukannya, maka

mereka terus lali dan tidak

takut untuk terus berbuat

perbuatan yang berdosa.

Ingatlah saudara-saudara

sekalian bahawa

jika seseorang itu telah

berbuat dosa dan tidak

menerima balasannya di

dunia ini, jangan fikir

ia akan terlepas dari menerima

pembalasan Allah

Subhanahu Wata'ala.

Sesungguhnya Allah

Subhanahu Wata'ala

Maha Mengetahui segala

apa yang kita lakukan,

sebagaimana firman-Nya

dalam Surah Maryam

ayat 75, tafsir-Nya :

“Katakanlah wahai

Muhammad, sesiapa

yang berada di dalam

kesesatan biarlah Allah

Ar-Rahman melanjutkan

baginya satu tempoh

yang tertentu hingga

apabila mereka melihat

apa yang dijanjikan

kepada mereka sama ada

azab sengsara dunia

ataupun azab Kiamat, maka

pada saat itu mereka

akan mengetahui siapakah

orangnya yang

lebih buruk kedudukannya

dan lebih lemah penyokong-penyokongnya.”

Kita ambil contoh,

orang yang melakukan

rasuah, riba ataupun

penipuan dalam berniaga,

walaupun mereka mendapat

keuntungan berbentuk

wang ringgit, hartanya

bertambah, hidupnya mewah,

perbuatannya tidak

diketahui dan terlepas

dari tindakan pihak berkuasa

dan sebagainya,

namun balasan akibat

perbuatan dosanya tetap

saja ada. Mungkin saja

ia selamat di dunia tetapi

ia tidak akan terlepas

dari menerima pembalasan

azab seksa Neraka di

Akhirat kelak. Kita juga

jangan lupa bahawa hasil

pendapatan dari sumber

yang haram juga boleh

mengakibatkan dirinya,

anak, isteri dan ahli

keluarganya menderita

kerana setiap suap dari

sumber yang haram,

maka api Nerakalah

balasannya.

Agama Islam adalah

agama persaudaraan, menyuruh

kita saling bantumembantu

dan saling

menasihati sesama kita

ke arah kebaikan supaya

kita dapat menjalani

kehidupan di dunia ini

dengan aman, bahagia

dan bersatu padu. Islam

juga telah mengajar kita

untuk menegakkan amar

ma'aruf nahi munkar iaitu

menyuruh ke arah berbuat

kebaikan dan mencegah

dari perbuatan mungkar.

Maka ke arah memelihara

diri dari terus melakukan

dosa, kita juga dituntut

memelihara keluarga,

jiran, rakan dan masyarakat

amnya dari melakukan

sebarang perbuatan yang

berdosa sama ada dengan

memberi nasihat, teguran

dan sebagainya.

Ketahuilah jika perbuatan

mungkar dan maksiat

telah berleluasa di sesebuah

tempat, adalah

tidak mustahil Allah

Subhanahu Wata'ala akan

menurunkan bala dan

azab kepada mereka. Kita

ambillah iktibar daripada

peristiwa yang telah berlaku

kepada umat terdahulu

yang hancur

akibat perbuatan dosa

dan maksiat yang dilakukan.

Sebagai contoh,

peristiwa yang berlaku

kepada kaum Nabi Lut

yang telah mendustakan

ke rasulan Nabi Lut

Alaihissalam serta mengamalkan

perbuatan keji

lagi terkutuk dengan

mengadakan hubungan

sejenis sesama lelaki

untuk memuaskan nafsu

syahwat. Lalu Allah

Subhanahu Wata'ala menurunkan

bala yang

membinasakan negeri itu

dengan letusan suara

menggemparkan bumi,

lalu negeri itu ditunggangbalikkan

yakni tertimbus

segala apa yang ada

di muka buminya dan

dihujani dengan batu

dari tanah yang dibakar.

Begitu juga dengan kisah

Qarun yang lupa diri

setelah dikurniakan dengan

harta kekayaan

yang melimpah ruah

sehingga menjadikannya

orang yang sombong

dan enggan mentaati

perintah Allah Subhanahu

Wata'ala untuk mengeluarkan

zakat dari hartanya

itu. Disebabkan keingkaran

Qarun akhirnya

dia mati dibenam ke dalam

bumi bersama-sama dengan

harta kekayaannya.

Sebagai seorang Muslim,

kita hendaklah sentiasa

berusaha memelihara

diri dari melakukan dosa,

antaranya ialah dengan

sentiasa merasa diri kita

diawasi oleh Allah

Subhanahu Wata'ala Yang

Maha Mendengar Lagi

Maha Melihat. Kita

juga hendaklah sentiasa

ingat akan nikmat yang

telah Allah Subhanahu

Wata'ala anugerahkan

kepada kita seperti nikmat

tubuh badan, nikmat sihat,

nikmat hidup, nikmat

rezeki dan sebagainya.

Setelah kita menikmati

semua anugerah itu, maka

fikirkanlah. Adakah wajar

kita menjadi hamba-Nya

yang derhaka dan tidak

tahu bersyukur? Selain

itu kita juga hendaklah

sentiasa ingat kepada

kematian kerana kehidupan

di dunia ini hanyalah

sementara dan yang kekal

abadi ialah kehidupan

di Akhirat kelak. Cuba

fikirkan, apakah kita

hanya mahukan kesenangan

hidup di dunia tetapi

hidup dalam kesengsaraan

dan penyeksaan di Neraka

kelak? Sudah tentu semua

orang mahukan kehidupan

yang baik, aman dan

bahagia di dunia dan

di Akhirat.

Oleh itu marilah

kita berusaha untuk

menjadi hamba Allah

yang dikasihi-Nya

dengan mentaati segala

perintah-Nya dan menjauhi

laranganNya. Selain

itu kita hendaklah

sentiasa beristighfar dan

berdoa ke hadrat Allah

Subhanahu Wata'ala

semoga kita sentiasa

mendapat pengampunan,

perlindungan, berkat

dan rahmat daripada-Nya.

Dan akhirnya Negara

kita juga selamat daripada

azab dan bala bencana

dan Negara kita beroleh

keamanan dan kesejahteraan.

Amin Ya Rabbal-

'alamin.

Firman Allah Subhanahu

Wata'ala di dalam

Surah Az Zalzalah ayat

7 - 8, tafsir-Nya :

“Maka sesiapa berbuat

kebajikan seberat zarah,

nescaya akan dilihat-Nya

(dalam surat amalnya)

dan sesiapa berbuat

kejahatan seberat zarah,

nescaya akan dilihat-Nya

(dalan surat amalnya).”

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!