15 iklan - Pelita Brunei

15 iklan - Pelita Brunei 15 iklan - Pelita Brunei

pelitabrunei.gov.bn
from pelitabrunei.gov.bn More from this publisher
20.01.2013 Views

12 PELITA BRUNEI HARI SABTU 5 FEBRUARI 2011 PELITA BRUNEI HARI SABTU 5 FEBRUARI 2011 13 BERAKAS, Jumaat, 4 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Penaung Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Jubli Perak MWNBD, di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Berangkat sama di majlis tersebut, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Yang Dipertua MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi MWNBD. Majlis itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan seterusnya bacaan Surah Al Faatihah beramai-ramai dan doa selamat yang dibacakan oleh Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abd Ghani. Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Perak MWNBD dalam sembah alu-aluannya menyembahkan dalam tempoh 25 tahun tertubuhnya MWNBD merupakan satu milestone yang begitu signifikan dalam lipatan sejarahnya. Tempoh yang panjang itu jelasnya, juga lebih daripada mencukupi untuk meneliti semua pencapaian MWNBD sejauh ini dan masa hadapan pula setentunya dijangkakan akan lebih mencabar dengan ekspektasi yang semakin meningkat yang mana MWNBD sudah matang untuk menghadapinya dan bersedia untuk mengorak KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai bersama-sama Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi MWNBD (atas). KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menyempurnakan penganugerahan sijil penghargaan dan cenderamata kepada beberapa penerima (kiri dan kiri bawah). BERANGKAT sama di Majlis Sambutan Jubli Perak MWNBD ialahYang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam (bawah). Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Saerah Haji Abd. Ghani Foto : Abdul Kadir Md. Tahir, Mohd. Sahrizal Haji Said langkah lebih maju ke hadapan. Yang Dipertua MWNBD seterusnya berkata, MWNBD setentunya ingin menjadi sebuah organisasi yang mampu meningkatkan lagi kapasiti dan keupayaan kaum wanita ke arah kecemerlangan. Justeru itu tambahnya, MWNBD perlu membentuk hala tuju dan perancangan strategiknya sendiri bagi terus menjadikannya sebagai organisasi yang dinamik dan mampu berdaya saing dalam arus globalisasi yang kian mencabar dan akan berusaha membentuk pelan strategiknya dalam masa yang terdekat ini. MWNBD katanya, akan terus memastikan akan terdapatnya kesinambungan dalam pelaksanaan program atau aktiviti yang sudah terbukti mendatangkan faedah dan manfaatnya, dalam masa yang sama menyedari akan masih lagi terdapat ruang-ruang bagi penambahbaikan untuk dikenal pasti bagi keperluan perancangan serta pelaksanaannya di masa hadapan. Di majlis tersebut juga baginda berkenan mengurniakan titah dan seterusnya melancarkan Buku Mutiara Kenangan sempena 25 tahun penubuhan MWNBD. Buku ‘Mutiara Kenangan Jubli Perak Majlis Wanita’ yang diusahakan penerbitannya bertujuan menggamit kenangan manis pelbagai peristiwa dari bermulanya penubuhan MWNBD hinggalah sekarang sebagai sebuah badan induk kepada 13 persatuan yang bergabung di bawahnya, di samping memberi infomasi terkini perkembangan dan pencapaian MWNBD. Baginda juga berkenan menyempurnakan penganugerahan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Yang Dipertua-Yang Dipertua MWNBD (1986-2012) serta sijil penghargaan kepada persatuan-persatuan yang bergabung dengan MWNBD. Baginda juga berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Yang Dipertua MWNBD. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, baginda beserta kerabat diraja yang lain dijunjung untuk menyaksikan pameran dan bazar. Pameran dan bazar juga dibukakan untuk kunjungan orang ramai sehingga hari Ahad, 6 Februari 2011 bertempat di ruang legar Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) di sini. Lebih dari 30 buah petak gerai menyertai bazar tersebut yang menjual pelbagai produk termasuk pakaian, makanan, tenunan Brunei dan sebagainya yang dibukakan bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam. Pameran antara lain memberi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti MWNBD dan persatuan-persatuan yang bergabung di bawahnya, manakala bazar memberikan peluang-peluang perniagaan dari kalangan ahli-ahli MWNBD dan pengusahapengusaha wanita di negara ini. Tema Sambutan Jubli Perak MWNBD ialah ‘Memperkasa Wanita Dalam Pembangunan Negara’ dihasratkan bagi menyatakan betapa pentingnya peranan wanita sebagai sumber tenaga manusia dalam menyumbang kepada pembangunan negara. MWNBD telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Persekutuan- Persekutuan pada 6 April 1985 dan pada ketika itu, hanya enam buah persatuan yang berdaftar di bawah MWNBD iaitu Persatuan Pertiwi, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Badan Kebajikan Isteri-Isteri Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Wanita Kerajaan Brunei (BISTARI), Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), Badan Kebajikan Isteri Angkatan Bersenjata (BAKTI) dan Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) Kuala Belait sebagai Pengasas MWNBD. Kini, MWNBD mempunyai 13 buah persatuan bergabung di bawahnya dan Yang Dipertua MWNBD bagi sesi 2010-2012 ialah Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam Pengiran Haji Matarsat. Antara matlamat dan tujuan penubuhan MWNBD ialah menyatupadukan seluruh tenaga wanita melalui persatuan, pertubuhan, badan-badan kebajikan dan perseorangan selain memperbaiki dan meningkatkan taraf wanita dalam segala bidang terutamanya bidang pendidikan, ekonomi, kebajikan dan sosial, kebudayaan dan kemasyarakatan. Di samping itu, MWNBD juga bertujuan bagi menangani masalah kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumatmaklumat mengenai wanita dan keluarga. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ketika menerima jambangan bunga yang disembahkan ke hadapan majlis baginda semasa berangkat tiba ke Majlis Sambutan Jubli Perak Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), di Pusat Persidangan Antarabangsa (atas). BAGINDA dan kerabat diraja yang lain berkenan bergambar ramai bersama-sama enam persatuan kebajikan wanita di negara ini yang bernaung dengan MWNBD sebelum majlis berlangsung. BAGINDA tertarik dengan pelbagai pameran dan jualan 30 buah petak gerai yang menyertai bazar sempena dengan Sambutan Jubli Perak MWNBD, iaitu jualan pelbagai produk termasuk pakaian, makanan dan tenunan Brunei.

14 HARI IKLAN ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 5 FEBRUARI 2011 No. Tawaran : JPPK/LTN/03/2011 Tajuk Tawaran : THREE YEARS TERM CONTRACT FOR MAINTENANCE AND REPAIR OF 2 NOS. FIAM 1.8 TONNE GOOD LIFTS IN LOGISTIC STORE, BOLKIAH CAMP WITHIN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Bayaran Tawaran : B$ 10.00 (Tidak dikembalikan) Kelas : II DAN KE ATAS Kategori :5(k) Tempoh Penyiapan :3TAHUN - No. Tawaran : JPPK/LTN/04/2011 Tajuk Tawaran : THREE YEARS TERM CONTRACT FOR MAINTENANCE, REPAIR AND DAILY HOUSEKEEPING OG SWIMMING POOL SYSTEM WITHIN MILITARY ESTABLISHMENT. Bayaran Tawaran : B$ 100.00 (Tidak dikembalikan) Kelas : III DAN KE ATAS Kategori :4(G)&SPECIALIST Tempoh Penyiapan :3TAHUN - a)TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Kementerian Pertahanan, Blok C, Tingkat Bawah, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB 3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 petang hari Selasa, 22 Februari 2011. - Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, di Tingkat 1, Blok D, Bangunan Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison BB 3510, Negara Brunei Darussalam semasa hari-hari bekerja (Isnin-Jumaat). Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran pada 18 Februari 2011, hari Jumaat, jam 3.00 petang. No. Tawaran : JPPK/LTN/05/2011 Tajuk Tawaran : SUPPLY OF SPARE PARTS FOR SHIPLIFT FOR ROYAL BRUNEI NAVY AT MUARA NAVAL BASE Bayaran Tawaran : B$ 100.00 (Tidak dikembalikan) Kelas : IV DAN ABOVE Kategori : P01 Tempoh Penyiapan : 6 BULAN - b)TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Kementerian Pertahanan, Blok C, Tingkat Bawah, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB 3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat PENENDER-PENENDER adalah dipelawa untuk mengemukakan tawaran bagi 1 kerja berikut : 1. T/004/HQ/2010-M (R) TO REPAIR AND RECONDITION SLIPWAY, CRADLE AND ITS ACCESSORIES AT IBU PEJABAT POLIS MARIN, PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI FEE : $30.00 (TIDAK KEMENTERIAN PERTAHANAN jam 2.00 petang hari Selasa, 22 Februari 2011. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, di Tingkat 1, Blok D, Bangunan Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison BB 3510, Negara Brunei Darussalam semasa hari-hari bekerja (Isnin-Jumaat). Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran pada 11 Februari 2011, hari Jumaat, jam 3.00 petang. - c) Bayaran Tawaran hendaklah dibayar di Bahagian Kewangan, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok D, Pintu Masuk 5, Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison BB 3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin-Khamis : 8.00 pagi - 3.00 petang Jumaat : 8.00 pagi - 10.30 pagi 2.00 petang - 3.00 petang d) Pembekal adalah dikehendaki membayar Yuran Tawaran bagi semua tawaran seperti yang diiklankan. Yuran Tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar Yuran Tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. e) Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. f) Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan akan dikira tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. g) Salinan sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama yang menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. h) Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. i) Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran dan tarikh tutup tawaran ini seperti mana yang diiklankan. PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI DIKEMBALIKAN) 2. T/005/HQ/2010-M 11 METER PASSENGERS VESSEL FEE: $50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) 1. Dokumen tawaran boleh diperolehi daripada Unit Pembelian dan Perbekalan, Bilik 6, Tingkat 2, Ibu Pejabat Polis Gadong pada waktu bekerja iaitu hari Isnin hingga hari Khamis dari jam 8.00 pagi hingga - BIRO KAWALAN NARKOTIK JABATAN PERDANA MENTERI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Bilangan Tawaran : (28) BKN(A)/PENT/69 TAWARAN BAGI: CONSTRUCT NEW BIN CENTER AT PUSAT AL-ISLAH KUPANG, NARCOTICS CONTROL BUREAU - Tawaran adalah dipelawa dari syarikat / pemborong berdaftar untuk melaksanakan kerja kerja “ CONSTRUCT NEW BIN CENTER AT PUSAT AL-ISLAH, KUPANG, NARCOTICS CONTROL BUREAU” - Syarat-syarat Tawaran : 1. Tawaran tersebut di atas hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil, Jabatan Perdana Menteri tidak lewat jam 2.00 petang pada hari Selasa, 15hb Februari 2011. 2. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh tersebut di atas tidak akan dilayan. 3. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya akan menerima tawaran yang paling rendah. 4. Dokumen tawaran boleh didapati dari Cawangan Keselamatan dan Perkhidmatan Am, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Tungku Gadong pada waktu pejabat. 5. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama. 6. Tawaran hendaklah dihantar ke alamat tersebut di bawah dalam sampul surat yang tertutup ditulis bilangan dan nama tawaran berkenaan, tanpa menunjukkan identiti pemborong kepada ; - PENGERUSI JAWATANKUASA TERTINGGI SEBUT HARGA IBU PEJABAT BIRO KAWALAN NARKOTIK JALAN TUNGKU GADONG BANDAR SERI BEGAWAN BE2110 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM - Bilangan Tawaran : (29)BKN(A)/PENT/69 - TAWARAN BAGI: “TERM CONTRACT FOR GRASS CUTTING, CLEANING AND LANDSCAPING AT NARCOTICS CONTROL BUREAU,KUALA BELAIT BRANCH FOR A PERIOD OF 24 MONTHS” - Tawaran adalah dipelawa dari syarikat / pemborong berdaftar untuk melaksanakan kerja kerja “TERM CONTRACT FOR GRASS CUTTING AND CLEANING AT NARCOTICS CONTROL BUREAU, KUALA BELAIT BRANCH FOR A PERIOD OF 24 MONTHS” Syarat-syarat Tawaran : 1. Tawaran tersebut di atas hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil, Jabatan Perdana Menteri tidak lewat jam 2.00 petang pada hari Selasa, 15hb Februari 2011. 2. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh tersebut di atas tidak akan dilayan. 11.30 tengah hari dan 1.30 petang hingga 3.00 petang dan hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar ke alamat yang tersebut di bawah dalam sampul surat yang tertutup dengan ditulis bilangan dan nama tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong tidak lewat jam 2.00 petang, hari Selasa, 8 Februari 2011: Peti Lembaga Tawaran Kecil, Jabatan Perdana Menteri, Block 2-D, Jalan Ong Sum Ping, Level 1 BIRO KAWALAN NARKOTIK JABATAN PERDANA MENTERI 3. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya akan menerima tawaran yang paling rendah. 4. Dokumen tawaran boleh didapati dari Cawangan Keselamatan dan Perkhidmatan Am, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Tungku Gadong pada waktu pejabat. 5. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama. 6. Tawaran hendaklah dihantar ke alamat tersebut di bawah dalam sampul surat yang tertutup ditulis bilangan dan nama tawaran berkenaan, tanpa menunjukkan identiti pemborong kepada ; - - PENGERUSI JAWATANKUASA TERTINGGI SEBUTHARGA IBU PEJABAT BIRO KAWALAN NARKOTIK JALAN TUNGKU GADONG BANDAR SERI BEGAWAN BE2110 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Bilangan Tawaran : (30) BKN(A)/PENT/69 TAWARAN BAGI: “TERM CONTRACT FOR GRASS CUTTING, CLEANING AND LANDSCAPING AT NARCOTICS CONTROL BUREAU TUTONG BRANCH FOR A PERIOD OF 24 MONTHS” Tawaran adalah dipelawa dari syarikat / pemborong berdaftar untuk melaksanakan kerja kerja “TERM CONTRACT FOR GRASS CUTTING AND CLEANING AT NARCOTICS CONTROL BUREAU, TUTONG BRANCH FOR A PERIOD OF 24 MONTHS” Syarat-syarat Tawaran : 1. Tawaran tersebut di atas hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil, Jabatan Perdana Menteri tidak lewat jam 2.00 petang pada hari Selasa, 15 hb Februari 2011. 2. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh tersebut di atas tidak akan dilayan. 3. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya akan menerima tawaran yang paling rendah. 4. Dokumen tawaran boleh didapati dari Cawangan Keselamatan dan Perkhidmatan Am, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Tungku Gadong pada waktu pejabat. 5. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama. 6. Tawaran hendaklah dihantar ke alamat tersebut di bawah dalam sampul surat yang tertutup ditulis bilangan dan nama tawaran berkenaan, tanpa menunjukkan identiti pemborong kepada ; PENGERUSI JAWATANKUASA TERTINGGI SEBUT HARGA IBU PEJABAT BIRO KAWALAN NARKOTIK JALAN TUNGKU GADONG BANDAR SERI BEGAWAN BE2110 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Bandar Seri Begawan, BS 8610, Negara Brunei Darussalam. 3. Yuran tawaran (tender fee) dikehendaki dibayar dengan Wang Tunai sahaja dan wang tidak dikembalikan. Pembayaran yuran tawaran boleh dibuat pada hari dan waktu bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi di Bahagian Kewangan, Tingkat II, Ibu Pejabat Polis Gadong. 4. Penender-penender yang menyertai tawaran ini hendaklah mempunyai Sijil Perniagaan yang masih sah laku dan hendaklah disertakan bersama tawaran.

12 PELITA BRUNEI HARI SABTU 5 FEBRUARI 2011

PELITA BRUNEI HARI SABTU 5 FEBRUARI 2011

13

BERAKAS, Jumaat, 4 Februari.

- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak

Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran

Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed

Alam, Penaung Majlis Wanita Negara

Brunei Darussalam (MWNBD) berkenan

berangkat ke Majlis Sambutan Jubli Perak

MWNBD, di Pusat Persidangan Antarabangsa,

di sini.

Berangkat sama di majlis tersebut, Yang

Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri

Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang

Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak

Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah,

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran

Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul

Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka

Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal

Umi Kalthum Al-Islam.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja

Isteri dan kerabat diraja yang lain dijunjung

oleh Yang Dipertua MWNBD, Pengiran

Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran

Haji Matarsat serta Ahli-ahli Jawatankuasa

Tertinggi MWNBD.

Majlis itu dimulakan dengan nyanyian

lagu kebangsaan dan seterusnya bacaan

Surah Al Faatihah beramai-ramai dan doa

selamat yang dibacakan oleh Dayang

Hajah Fatimah binti Haji Abd Ghani.

Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam,

selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi

Sambutan Jubli Perak MWNBD dalam

sembah alu-aluannya menyembahkan

dalam tempoh 25 tahun tertubuhnya

MWNBD merupakan satu milestone yang

begitu signifikan dalam lipatan

sejarahnya.

Tempoh yang panjang itu jelasnya, juga

lebih daripada mencukupi untuk meneliti

semua pencapaian MWNBD sejauh ini dan

masa hadapan pula setentunya dijangkakan

akan lebih mencabar dengan ekspektasi

yang semakin meningkat yang mana

MWNBD sudah matang untuk menghadapinya

dan bersedia untuk mengorak

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai bersama-sama Ahli-Ahli

Jawatankuasa Tertinggi MWNBD (atas).

KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menyempurnakan penganugerahan sijil penghargaan dan

cenderamata kepada beberapa penerima (kiri dan kiri bawah).

BERANGKAT sama di Majlis Sambutan Jubli Perak MWNBD ialahYang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah

Zariah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri

Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi

Kalthum Al-Islam (bawah).

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Saerah Haji Abd. Ghani

Foto : Abdul Kadir Md. Tahir, Mohd. Sahrizal Haji Said

langkah lebih maju ke hadapan.

Yang Dipertua MWNBD seterusnya

berkata, MWNBD setentunya ingin

menjadi sebuah organisasi yang mampu

meningkatkan lagi kapasiti dan keupayaan

kaum wanita ke arah kecemerlangan.

Justeru itu tambahnya, MWNBD perlu

membentuk hala tuju dan perancangan

strategiknya sendiri bagi terus menjadikannya

sebagai organisasi yang dinamik

dan mampu berdaya saing dalam arus

globalisasi yang kian mencabar dan akan

berusaha membentuk pelan strategiknya

dalam masa yang terdekat ini.

MWNBD katanya, akan terus

memastikan akan terdapatnya kesinambungan

dalam pelaksanaan program atau

aktiviti yang sudah terbukti mendatangkan

faedah dan manfaatnya, dalam masa yang

sama menyedari akan masih lagi terdapat

ruang-ruang bagi penambahbaikan untuk

dikenal pasti bagi keperluan perancangan

serta pelaksanaannya di masa hadapan.

Di majlis tersebut juga baginda berkenan

mengurniakan titah dan seterusnya

melancarkan Buku Mutiara Kenangan

sempena 25 tahun penubuhan MWNBD.

Buku ‘Mutiara Kenangan Jubli Perak

Majlis Wanita’ yang diusahakan

penerbitannya bertujuan menggamit

kenangan manis pelbagai peristiwa dari

bermulanya penubuhan MWNBD

hinggalah sekarang sebagai sebuah badan

induk kepada 13 persatuan yang bergabung

di bawahnya, di samping memberi

infomasi terkini perkembangan dan

pencapaian MWNBD.

Baginda juga berkenan menyempurnakan

penganugerahan sijil

penghargaan dan cenderamata kepada

Yang Dipertua-Yang Dipertua MWNBD

(1986-2012) serta sijil penghargaan

kepada persatuan-persatuan yang

bergabung dengan MWNBD.

Baginda juga berkenan menerima

pesambah yang disembahkan oleh Yang

Dipertua MWNBD.

Sebelum berangkat meninggalkan

majlis, baginda beserta kerabat diraja yang

lain dijunjung untuk menyaksikan

pameran dan bazar.

Pameran dan bazar juga dibukakan

untuk kunjungan orang ramai sehingga hari

Ahad, 6 Februari 2011 bertempat di ruang

legar Pusat Persidangan Antarabangsa

(ICC) di sini.

Lebih dari 30 buah petak gerai menyertai

bazar tersebut yang menjual pelbagai

produk termasuk pakaian, makanan,

tenunan Brunei dan sebagainya yang

dibukakan bermula pukul 9 pagi hingga 9

malam.

Pameran antara lain memberi maklumat

mengenai aktiviti-aktiviti MWNBD dan

persatuan-persatuan yang bergabung di

bawahnya, manakala bazar memberikan

peluang-peluang perniagaan dari kalangan

ahli-ahli MWNBD dan pengusahapengusaha

wanita di negara ini.

Tema Sambutan Jubli Perak MWNBD

ialah ‘Memperkasa Wanita Dalam

Pembangunan Negara’ dihasratkan bagi

menyatakan betapa pentingnya peranan

wanita sebagai sumber tenaga manusia

dalam menyumbang kepada pembangunan

negara.

MWNBD telah diluluskan pendaftarannya

oleh Pendaftar Persekutuan-

Persekutuan pada 6 April 1985 dan pada

ketika itu, hanya enam buah persatuan

yang berdaftar di bawah MWNBD iaitu

Persatuan Pertiwi, Pertubuhan Perkumpulan

Perempuan (WI), Badan Kebajikan

Isteri-Isteri Pegawai-Pegawai Kanan dan

Kakitangan Wanita Kerajaan Brunei

(BISTARI), Persatuan Pandu Puteri Brunei

Darussalam (PPPBD), Badan Kebajikan

Isteri Angkatan Bersenjata (BAKTI) dan

Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP)

Kuala Belait sebagai Pengasas MWNBD.

Kini, MWNBD mempunyai 13 buah

persatuan bergabung di bawahnya dan

Yang Dipertua MWNBD bagi sesi

2010-2012 ialah Pengiran Datin Paduka

Hajah Mariam Pengiran Haji Matarsat.

Antara matlamat dan tujuan penubuhan

MWNBD ialah menyatupadukan seluruh

tenaga wanita melalui persatuan,

pertubuhan, badan-badan kebajikan dan

perseorangan selain memperbaiki dan

meningkatkan taraf wanita dalam segala

bidang terutamanya bidang pendidikan,

ekonomi, kebajikan dan sosial,

kebudayaan dan kemasyarakatan.

Di samping itu, MWNBD juga bertujuan

bagi menangani masalah kekeluargaan dan

kemasyarakatan serta menjadi pusat

pengumpulan dan penyebaran maklumatmaklumat

mengenai wanita dan keluarga.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak

Haji Mohamed Alam ketika menerima jambangan bunga yang disembahkan ke hadapan majlis baginda semasa berangkat tiba ke Majlis Sambutan

Jubli Perak Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), di Pusat Persidangan Antarabangsa (atas).

BAGINDA dan kerabat diraja yang lain berkenan bergambar ramai bersama-sama enam persatuan kebajikan wanita di negara ini yang bernaung

dengan MWNBD sebelum majlis berlangsung.

BAGINDA tertarik dengan pelbagai pameran dan jualan 30 buah petak gerai yang menyertai bazar sempena dengan Sambutan Jubli Perak MWNBD, iaitu jualan pelbagai produk termasuk pakaian, makanan dan tenunan Brunei.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!