20.01.2013 Views

ے‏8 0 % 0 1 ! . D O C - Parlimen Malaysia

ے‏8 0 % 0 1 ! . D O C - Parlimen Malaysia

ے‏8 0 % 0 1 ! . D O C - Parlimen Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG DAN USUL:

Rang Undang-undang Perbekalan 2001 dan

Usul Anggaran Pembangunan 2001 (Halaman 15)

Jawapan oleh Kementerian:

Jabatan Perdana Menteri (Halaman 16)

Kementerian Dalam Negeri (Halaman 34)

Kementerian Pengangkutan (Halaman 47)

Kementerian Kerja Raya (Halaman 64)

Kementerian Perusahaan Utama (Halaman 66)

Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (Halaman 75)

Kementerian perdagangan Antarabangsa dan Industri (Halaman 83)

Kementerian Pertanian (Halaman 92)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna (Halaman 103)

Kementerian Pendidikan (Halaman 109)

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada

Peraturan Mesyuarat (Halaman 45)

Diterbit Oleh:

CAWANGAN DOKUMENTASI

PARLIMEN MALAYSIA

2000

DR.14.11.2000 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Mohamed Zahir bin Haji Ismail,

S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad,

D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K.,

S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N.,

S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S.

(Kubang Pasu)

“ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’

Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A.,

D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P.,

D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis)

“ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P.,

D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)

“ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik,

S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas)

“ Menteri Tugas-tugas Khas dan Menteri Kewangan, Tun Dato’ Daim

Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P.

(Merbok)

“ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo

Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)

“ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah

Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

“ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul

Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S.,

D.U.B.C.(T). (Pekan)

“ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Law Hieng Ding,

P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

“ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar,

S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

“ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Tan

Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I.,

S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)

“ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J,

P.I.S (Bakri)

" Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr.

Siti Zaharah binti Sulaiman, D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

“ Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob,

P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M .P. (Kuantan)

“ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Abdul Kadir

bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar

Baharu)

“ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M.

(Selandar)

“ Menteri Perumahan dan Keraja an Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka

Ting, D.P.M.P. (Pontian)

DR.14.11.2000 ii

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin

Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

“ Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid,

D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

“ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun

Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok

(Kinabalu)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Rais bin Yatim,

D.S.N.S. (Jelebu)

“ Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi (Kuala Rajang)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah,

D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)

“ Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd.

Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

“ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad,

P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)

“ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Drs. Suleiman bin

Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa)

“ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter

Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)

“ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’

Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P.,

D.P.M.S. (Selayang)

" Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J.

(Segamat)

“ Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal,

P.G.D.K. (Semporna)

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah

Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd.

Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K.,

A.M.N., J.P. (Alor Setar)

“ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan

Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

‘ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Shahrizat

binti Abdul Jalil, D.I.M.P. (Lembah Pantai)

“ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel,

D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)

“ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N.,

S.M.S. (Ampang Jaya)

DR.14.11.2000 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli

bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)

“ Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji

Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)

“ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal

bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin,

D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)

“ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’

Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)

“ Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohamed Khaled bin Haji

Nordin P.I.S. (Johor Bahru)

“ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman

(Beaufort)

“ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee

Kwong (Segambut)

“ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat,

Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)

" Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’

Dr. Ng Yen Yen (Raub)

“ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad

(Mersing)

“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S.

(Seremban)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin

Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)

“ Setiausaha Parlimen Keme nterian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu

Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah

Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Noh bin

Haji Omar, D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong

Karang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald

Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon

Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin

Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan

Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan

Baru)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan

(Telok Kemang)

DR.14.11.2000 iv

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi,

Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P,

A.M.N. (Tapah)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk

Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan

Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin

Mohd. Khir (Sungai Petani)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri, Datuk Fu Ah Kiow (Mentakab)

" Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)

“ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)

“ Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam)

“ Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang)

“ Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai Benut)

“ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P.

(Kangar)

“ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I.,

A.M.N. (Pulai)

“ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman)

“ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T.,

S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C,

D.P. (Kota Samarahan)

“ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit

Gantang)

“ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M.,

K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)

“ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P.

(Tambun)

“ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan

Datoh)

“ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut)

“ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)

“ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh)

“ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

“ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)

“ Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, A.S.A. (Hulu Langat)

“ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)

“ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah)

“ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu)

DR.14.11.2000 v

Yang Berhormat Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)

“ Puan Chong Eng (Bukit Merta jam)

“ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

“ Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor, D.S.D.K. (Pendang)

" Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

“ Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

“ Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)

“ Dato Goh Siow Huat (Rasah)

“ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit

Buntar)

“ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)

“ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)

“ Dato’ Hew See Tong, D.P.M.P., J.P. (Kampar)

“ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat)

“ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

“ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)

“ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)

“ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)

“ Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, D.I.M.P., (Rompin)

“ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)

“ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)

“ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)

“ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)

“ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S.,

S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

“ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)

“ Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)

“ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat)

“ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)

“ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)

“ Tuan Kong Cho Ha (Lumut)

“ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)

“ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)

“ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

“ Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

" Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)

“ Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

“ Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)

“ Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)

“ Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau)

“ Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)

“ Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

DR.14.11.2000 vi

Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S.,

B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)

“ Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)

“ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)

“ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala

Selangor)

“ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N.,

P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)

“ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)

“ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)

“ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said Keruak,

P.G.D.K. (Kota Belud)

“ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)

“ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)

“ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M.,

(Balik Pulau)

“ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)

“ Tuan Bung Moktar bin Radin, A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan)

“ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)

“ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)

“ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)

“ Tuan Mustafa bin Ali (Dungun)

“ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)

“ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)

“ Tuan Ng Lip Yong (Batu)

“ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)

“ Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N.,

P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)

“ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)

“ Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)

“ Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

“ Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

“ Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M.,

S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

“ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)

“ Tuan Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu)

“ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)

“ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)

“ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)

“ Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A

(Sepang)

“ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)

“ Tuan Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)

“ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)

“ Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat)

DR.14.11.2000 vii

Yang Berhormat Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)

“ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan)

“ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)

“ Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A.,

D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

“ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)

“ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

“ Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

“ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

“ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang)

“ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

“ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur)

“ Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

“ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)

" Dato’ Tiong Thai King, (Lanang)

" Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

“ Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang

Lupar)

“ Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)

“ Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran)

“ Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

“ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

“ Datuk Yong Teck Lee, P.G.D.K., P.J.N. (Gaya)

“ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

“ Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N

(Gombak)

“ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)

“ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Haji

Abdul Hamid bin Haji Othman, S.P.D.K., D.H.M.S., S.I.M.P.,

D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T

“ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah

Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji

Mulia

“ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M.,

D.P.M.N., D.P.C.M.

“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin,

D.M.S.M., D.P.M.S.

DR.14.11.2000 viii

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat

Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha

Zamani bin Haji Sulaiman

Haji Mustakin bin Salamat

Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha

Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat

JURUBAHASA SERENTAK

Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman

Mazidah binti Mohamed

Paizah binti Sallehudin

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali

Mejar (B) Zakaria bin Salleh

Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah

PETUGAS -PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI

Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd. Hassan

Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop

Mohamed bin Osman

Hajah Norishah binti Mohd. Thani

Shamsina binti Janor

Ramlah binti Mohd. Yusuff

Jamilah Intan binti Haji Bohari

Nurziana binti Ismail

Noor Effarizan binti Mat Satib

Taharah binti Mohamed

Nik Elyana binti Ahyat

Mashitah binti Kamaruddin

Marzila binti Muslim

Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS -PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER

Mohd. Azmi bin Embong

Sulaiman bin Sirad

Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK

Kamal bin Oyub

Haji Latif bin Ismail

Kamaroddin bin Mohd. Yusof

DR.14.11.2000

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa, 14 November 2000

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ]

JAWAPAN -JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop [Alor Gajah] minta Menteri Kewangan

menyatakan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh membolot semua wang

caruman si pencarum yang meninggal dunia, apakah tindakan KWSP dan PERKESO lantaran fatwa ini

supaya penama dan waris simati tidak menghadapi karenah birokrasi dalam menuntut wang caruman

simati.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]: Tuan Yang

di-Pertua,

(a) Pada masa ini jika ahli meninggal dunia, mereka yang layak memohon

pengeluaran KWSP ahli ialah penama yang didaftarkan semasa ahli masih

hidup. Jika ahli telah berkahwin dan tidak membuat penamaan, maka orang

yang layak mengeluarkan simpanan mengikut keutamaan ialah pentadbir

pusaka, balu, duda ahli dan anak-anak atau penjaga mereka, bapa atau ibu

bapa ahli atau adik-beradik ahli. Jika ahli belum kahwin, maka orang yang

layak mengeluarkan simpanan ialah pentadbir pusaka, bapa, ibu atau ahli

atau adik-beradik ahli. Jika ahli beragama Islam, pemohon dinasihatkan

supaya mentadbir dan membahagikan simpanan KWSP ahli mengikut

hukum Islam ataupun faraid.

(b) KWSP dan PERKESO tidak membolot wang caruman sipencarum yang

telah meninggal dunia malah jika semua keperluan tuntutan terhadap

simpanan simati telah dapat disempurnakan, pewaris sipencarum tidak akan

menghadapi sebarang karenah birokrasi semasa menuntut wang caruman

simati. Namun demikian KWSP dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) masih menghalusi kedudukan simpanan KWSP bagi ahli

beragama Islam. Setakat ini KWSP belum mendapat keputusan muktamad

fatwa mengenai simpanan KWSP ahli beragama Islam daripada JAKIM.

KWSP akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengemaskinikan garis

panduan atau tatacara tuntutan simpanan KWSP bagi ahli-ahli yang

beragama Islam apabila fatwa rasmi diterima daripada JAKIM.

(c) Bagi PERKESO, caruman yang dibayar akan dimasukkan ke dalam satu

tabung yang dikenali Kumpulan Wang Keselamatan Sosial. Jika berlaku

kejadian luar jangka, bencana kerja atau keilatan dan kematian akibat

sebarang sebab ke atas seseorang yang berinsurans, faedah-faedah kepada

orang berinsurans itu atau tanggungannya akan dibayar melalui tabung ini.

Jika tidak ada apa-apa kejadian luar jangka, bencana kerja atau keilatan dan

kematian akibat sebarang sebab atas seseorang yang berinsurans itu,

caruman tidak akan dikembalikan kepada orang yang berinsurans itu. Oleh

itu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada pencarum

PERKESO.

DR.14.11.2000 10

Dato' Wira Abu Seman bin Yusop: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang

Berhormat Menteri ada memberitahu bahawa berkaitan dengan wang pencaruman PERKESO yang

dibuat oleh simati. Wang tersebut akan dimasukkan dalam tabung dan tidak dikembalikan kepada

waris simati. Adakah cadangan yang akan dibuat ataupun kerajaan ada membuat cadangan untuk

memu langkan balik wang pencaruman yang dibuat oleh simati ini kepada pewarisnya? Jika, tidak

mengapa ia tidak berbuat demikian? Terima kasih.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, mengikut Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969, memperuntukkan dua skim insurans sosial iaitu Skim Insurans

Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Kedua-dua skim ini dibiayai melalui caruman wajib oleh

majikan dan pekerja serta pulangan pelaburan. Kadar caruman Skim Insurans Bencana Pekerja ialah

1.25% daripada gaji bulanan pekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh majikan, manakala kadar

caruman bagi Skim Pencen Ilat ialah 1% daripada gaji bulanan pekerja dan ditanggung sama banyak

oleh majikan dan pekerja iaitu 0.5% oleh majikan dan 0.5% oleh pekerja.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, kita akan cuba …….di antara PERKESO dan

KWSP. Apa yang saya katakan tadi, kalau misalannya seorang pekerja yang mencarum dalam KWSP,

dia masih bujang, nama emaknya tercatit di kad KWSP tetapi apabila dia berkahwin, kita ingatkan dari

masa ke semasa supaya nama itu ditukar kepada nama isteri ataupun nama anak-anak. Jika misalnya

dia terlupa dan meletakkan nama ibunya tanpa meletakkan nama isterinya kerana ini kes telah berlaku,

KWSP akan menyerahkan pada ibunya sebagai wasi iaitu sebagai pentadbir wasiat dan kita minta

supaya wasi ini membawa cek itu kepada Jabatan Agama Islam untuk dibuat secara faraid. Kerana

maklumlah sahaja kerana faraid ini mempunyai satu disiplin yang khusus yang bukan semuanya orang

Islam tahu tentang disiplin ini. Tetapi kalau dengan adanya bantuan daripada Jabatan Agama Islam

maka faraid ini akan dapat dilaksanakan. Dan kita berharap pun nanti, PERKESO juga akan membuat

cara yang sama. Insya-Allah.

Tuan Lim Hock Seng: Terima kasih , Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya tanya

sebagai seorang pencarum yang bukan Islam. Selalunya apabila seseorang pencarum KWSP

meninggal dunia tanpa ada menyiapkan borang beneficiary seperti apa yang dikatakan oleh Yang

Berhormat dan kalau dia sudah berkahwin, selalunya isterinya akan menerima 50% dari apa yang dia

telah simpan dalam KWSP dan baki 50% itu dibagi kepada bapa, ibu atau adik yang berkenaan. Tetapi

mengapa dia ambil begitu lama sehingga 6, 8 bulan, ada yang satu tahun masih belum menerima 50%

bahagian pertama itu untuk isterinya. Adakah satu garis panduan atau piawaian di mana permohonan

untuk mengeluarkan KWSP ini untuk orang-orang yang masih hidup itu akan mengambil satu tempoh,

apa tempoh itu? Terima kasih.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih, Yang Berhormat. Sepertimana

yang saya nyatakan tadi, apabila seseorang mencarum pada KWSP, dia memasukkan penama sebagai

pentadbir, kalau dia lupa – ini masalah yang dibangkitkan oleh Bagan tadi – kalau dia lupa – Bagan

mengatakan 50% akan bagi pada isteri dan 50% bagi kepada saudara -mara, jadi kenapa perkara ini

lama diambil? Dalam perkara ini, KWSP kena menyiasat dulu kerana selalunya apabila ada sahaja

kematian dan ada sahaja masalah beneficiaries ini, ramai yang datang berjumpa KWSP mengatakan dia

saudara, isteri yang kedua dan sebagainya. Jadi, permasalahan ini harus diselesaikan dahulu dan kalau

misalannya perkara ini selesaikan lekas, kita akan dapat lekas menyelesaikannya, kalau lambat,

lambatlah penyelesaian itu.

Untuk Yang Berhormat mengatakan tadi, sama ada kita ada satu standard/piawaian tempoh

masa, bila kita hendak menyelesaikan masalah ini, selalunya kita akan mengambil masa 6 bulan tetapi

kalau misalnya banyak sangat claims daripada saudara-mara, itu akan mengambil masa yang agak

lama. Terima kasih.

2. Tuan Lee Kah Choon [Jelutong] minta Perdana Menteri menyatakan apakah cadangan dan

program Kerajaan untuk mempertingkatkan lagi prestasi sistem pentadbiran undang-undang di

Malaysia selepas menerima laporan-laporan berkaitan pentadbiran undang-undang Malaysia dari dalam

dan luar negeri termasuk laporan IBA (International Bar Association).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Rais bin Yatim]: Tuan Yang di-Pertua,

kerajaan mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk mendengar, mengkaji dan

DR.14.11.2000 11

mempertimbangkan apa-apa juga pandangan, teguran, mahupun kritikan mana-mana pihak dari dalam

atau luar negeri mengenai apa-apa urusan pemerintahan negara termasuklah perkara yang berhubung

dengan sistem pentadbiran undang-undang. Pemerintahan di negara ini adalah berlandaskan

kedaulatan undang-undang atau rule of law. Institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang seperti

Polis, Jabatan Peguam Negara, Badan Pencegah Rasuah dan badan kehakiman telah menjalankan

tanggungjawab mereka selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Badan Pencegah Rasuah bebas menjalankan siasatan, Peguam Negara selaku pendakwa raya

bebas untuk memulakan atau menghentikan apa-apa pendakwaan dan badan kehakiman bebas untuk

mengendalikan kes-kes yang dipertuduh atau di bawa ke hadapannya. Prestasi sistem pentadbiran

undang-undang negara ini adalah sesungguhnya meyakinkan dan tidak pernah tergugat. Namun

kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dan untuk bersama-sama pula

menggembleng tenaga pada bila-bila masa demi mempertingkatkan prestasi sistem pentadbiran

undang-undang di negara ini. Apa-apa cadangan atau program tertentu yang telah dan akan

dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan prestasi sistem pentadbiran undang-undang semestinya

bergantung kepada kehendak semasa dan keperluan negara serta rakyat Malaysia.

Tuan Lee Kah Choon: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sementara kita menggalakkan

komuniti antarabangsa untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan dan perundangan

negara kita, apakah masalah yang dihadapi oleh kerajaan untuk mengatasi persepsi bahawa sistem

pentadbiran undang-undang di Malaysia ini adalah berat sebelah. Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, pepatah ada berkata, berat mata

memandang, berat lagi bahu memikul. Justeru, bagi pihak luar untuk menyerang negara ini secara

fizikal mungkin tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu mereka memutuskan untuk menyampaikan

pandangan-pandangan yang boleh menjejaskan imej serta prestasi negara. Salah satu daripada badanbadan

itu seperti yang terkandung dalam soalan tadi ialah IBA atau International Bar Association serta

badan-badan lain yang sesungguhnya tidak mengenali sistem perundangan, kehakiman serta

pentadbiran undang-undang di negara ini. Tetapi perlu dinyatakan dengan perubahan dari masa ke

semasa termasuklah perubahan yang akan berlaku pada tahun hadapan dan masa-masa seterusnya,

institusi-institusi ini akan terus bebas dan menjalankan tanggungjawab serta prestasi yang lebih

meyakinkan untuk rakyat dan negara.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, kadang-kadang persepsi masyarakat

antarabangsa itu adalah dicanai oleh masyarakat kita sendiri terutama sekali orang daripada profesion

yang berkenaan. Jadi, persoalan saya, banyak kekeliruan di antara takrifan the rule of law dengan rule

by law. Kekeliruan dis ebut di mana-mana dan persoalan saya ialah sejauhmanakah Malaysia ini telah

reaches the rule of law dan rule by law. Terima kasih.

Dato' Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Batang Lupar. Soalan

beliau ini sesungguhnya tertumpu kepada bidang juristprudence atau ilmu falsafah undang-undang.

Dan, di Dewan ini bagi kita untuk berdebat mengenai juristprudence tentunyalah memakan masa yang

panjang. Memadai bagi saya untuk menyatakan salah satu daripada maxims yang dikemukakan oleh

‘Rosen Holf’, salah seorang jurist yang terkenal, yang mengatakan bahawa, the rule of law, dengan

izin, adalah konsep yang berasas kepada perimbangan kuasa yang dibatasi undang -undang dan

perlaksanaan serta ditumpukan oleh keadilan sejagat. Tetapi pandangan itu adalah pandangan yang

universal dan ianya perlu ditapis dan disesuaikan dengan keadaan di sesebuah negara. Tinggal lagi

kekeliruan yang dianggap oleh Batang Lupar mengenai rule of law dan rule by law, ini bukanlah

sesuatu yang baru, yang dikemukaka n oleh sesetengah pihak.

Banyak negeri seperti sebahagian daripada jiran-jiran Malaysia mengamalkan kedua-duanya

yakni di mana berkaitan dengan konsep dan keperluan undang-undang keselamatan negara atau

undang-undang ketenteraman awam, maka rule by law memang sentiasa diperkenalkan. Tetapi rule of

law yakni kedaulatan undang-undang terus-menerus menjadi pegangan sesebuah negara dan ini sedia

terkandung dalam Perlembagaan serta di bawah Perkara 121, 122. dan juga Perkara 8 dalam

Perlembagaan Malaysia. Atas takrif itulah maka pihak-pihak yang berkenaan dengan perlaksanaan

undang-undang perlu mematuhi kehendak-kehendak itu supaya negara dan rakyat dapat menerima

faedah daripada sistem kehakiman serta penguatkuasaan undang-undang.

DR.14.11.2000 12

3. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sama ada beliau

merasa bangga di atas prestasi para atlet Malaysia di Sukan Olimpik 2000 di Sydney. Jika tidak,

mengapa. Apakah hasil ‘bedah siasat’, jika ada, mengenal prestasi negara di Olimpik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di-Pertua, prestasi

keseluruhan atlet-atlet negara yang menyertai Sukan Olimpik di Sydney baru-baru ini memang

mengecewakan. Pandangan ini adalah berdasarkan kepada kegagalan atlet-atlet negara dalam usaha

memenangi sebarang pingat jikalau dibandingkan dengan kejayaan memenangi satu pingat gangsa di

Sukan Olimpik di Barcelona tahun 1992 dan satu pingat perak dan satu pingat gangsa di Sukan

Olimpik Atlanta pada tahun 1996, yang mana ketiga-tiga pingat ini adalah dimenangi oleh pemainpemain

badminton negara. Sebagaimana yang diketahui setakat ini, hanya sukan badminton sahaja

yang mampu memberi saingan sehingga berjaya memenangi pingat di peringkat Sukan Olimpik.

Namun demikian, prestasi pemain-pemain badminton negara tidak begitu meyakinkan

menjelang Sukan Olimpik berdasarkan kepada kegagalan pasukan badminton negara melayakkan diri

ke peringkat separuh akhir di pertandingan akhir Piala Thomas pada bulan Mei tahun ini. Walau

bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya pencapaian sukan negeri sudah meningkat

kalau dilihat dari segi bilangan sukan yang diwakili oleh kontinjen negara di Sukan Olimpik kali ini.

Atlet-atlet dari sukan terjun, gimnastik dan ‘taekwan do’ melayakkan diri buat kali yang pertama dalam

sejarah Sukan Olimpik di samping sukan-sukan yang telah biasa melayakkan diri iaitu hoki,

badminton, menembak, kapal layar dan renang. Di samping itu seramai 9 orang perenang melayakkan

diri dan ini merupakan bilangan yang teramai tidak seperti penyertaan negara kita dalam Sukan

Olimpik sebelum tahun 1992.

Tuan Yang di-Pertua, atlet-atlet yang hendak bertanding perlulah melayakkan diri mengikut

standard yang ditetapkan oleh badan-badan sukan antarabangsa masing-masing. Oleh yang demikian,

atlet-atlet kita yang bertanding di Sydney merupakan yang terbaik di kalangan atlet-atlet di seluruh

dunia. Tetapi kita perlu realistik dalam mengharapkan kejayaan atlet-atlet kita dalam usaha memenangi

pingat di peringkat Sukan Olimpik. Setakat ini, hanya sukan badminton sahaja yang mampu bersaing

dan memenangi pingat. Sukan-sukan yang lain sudah dikira mencapai kemajuan sekiranya mereka

melepasi kelayakan ataupun memperbaiki rekod-rekod kebangsaan ataupun layak bertanding ke

pusingan selanjutnya.

Walaupun kita gagal memenangi pingat melalui acara badminton dan prestasi yang tidak

begitu memberangsangkan daripada beberapa orang atlet, tetapi keseluruhannya atlet-atlet Malaysia

telah menunjukkan semangat untuk bersaing dengan jaguh-jaguh dunia yang handal.

Tuan Tan Kok Wai: Jawapan kurang jujur. Tuan Yang di-Pertua....

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan komen cepat

sangat. [Ketawa]

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Ekoran begitu banyak

kelemahan dan kegagalan kementerian dalam bidang pembangunan belia dan sukan seperti kegagalan

menghidupkan semula gimik Rakan Muda, kegagalan memenangi skuad badminton negara untuk

memenangi Piala Thomas bulan Mei lalu, kegagalan dalam Sydney Olimpik, sungguh pun....

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang

Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: ....kekuatan kontinjen Malaysia terbesar dalam sejarah tetapi pulang

dengan tangan kosong....

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang

Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: ....dan kelmarin pula kegagalan memenangi hak tuan rumah Sukan Asia

2006 [Ketawa]

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, soalannya Yang

Berhormat.

DR.14.11.2000 13

Seorang Ahli: Puas hatikah?

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Yang

Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: Apakah benar Yang Berhormat Menteri, memandangkan beliau setelah

menjawat jawatannya setahun ini telah membawa begitu banyak rasa hampa dan kecewa kepada

peminat sukan negara.....

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang

Berhormat, jangan panjang sangat.

Tuan Tan Kok Wai: Adakah benar Yang Berhormat Menteri akan meletak jawatan.

[Disampuk] [Ketawa] Dua minggu yang lalu Yang Berhormat Timbalan Menteri ada kata....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang

Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: ....kedudukannya sebagai Menteri Belia dan Sukan akan terletak kepada

Perdana Menteri kalau Malaysia gagal memenangi hak tuan rumah Sukan Asia. Ini yang pertama.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah.

Tuan Tan Kok Wai: Bahagian dua, setelah membelanja lebih daripada RM6 juta untuk

berkempen membawa Sukan Asia ke Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Persoalannya Yang

Berhormat, jangan panjang sangat.

Tuan Tan Kok Wai: Apakah faktor luaran dan dalaman yang menyebabkan Malaysia kalah

kepada sebuah negara yang kurang diketahui iaitu Qatar [Ketawa] ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup. Sudah faham

soalannya.

Seorang Ahli: Soalan apalah.

Tuan Tan Kok Wai: Apakah faktor luaran dan dalaman yang menyebabkan Malaysia kalah

dengan Qatar.....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah, sudah faham.

Tuan Tan Kok Wai: .....untuk memenangi Sukan Asia.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya terima kasih. Saya

harap soalan itu kena jujur jugalah. Sila jawab. [Ketawa]

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya sentiasa menerima sebarang

teguran yang jujur, tetapi nampaknya apa yang memelikkan ialah soalan tambahan tadi itu terkeluar

daripada soalan asalnya sendiri walaupun ianya dibangkitkan oleh Ahli Cheras sendiri tadi, ini jarangjarang

saya nampak. Inilah satu-satunya yang saya rasa sifat yang paling tidak jujur to the first degree.

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang disoalkan tadi itu walaupun ianya cukup penting,

saya tidak menafikannya, tetapi eloklah berhubung kait dengan soalan asal. Kiranya....

itu.

Tuan Tan Kok Wai: [Menyampuk]

Datuk Ong Tee Keat: Nanti dahulu, nanti dahulu.

Tuan Tan Kok Wai: Mintalah jawab! Nanti dahulu Yang Berhormat. Saya terima jawapan

Datuk Ong Tee Keat: Nanti dahulu Yang Berhormat.

DR.14.11.2000 14

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, tak

boleh Yang Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: Saya mahu jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak apa, duduklah Yang

Berhormat.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, sama ada peletakan jawatan Yang Berhormat

Menteri itu akan berlaku atau tidak, saya rasa itu tidak ada hubung kait langsung dengan apa yang

dibangkitkan. Sebab apa yang disoalkan itu adalah prestasi kontinjen kita dalam Sukan Olimpik, dan

kiranya Yang Berhormat hendak mempertikaikan jawapan saya itu tadi tidak jujur, maka silalah Yang

Berhormat bangkitkan fakta-fakta yang sahih yang dapat menyokong apa yang dicakapkan itu tidak

jujur, sebab apa yang saya cakap itu ada fakta-fakta yang menyokong secara kukuh.

Tuan Tan Kok Wai: [Menyampuk]

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak payah Yang

Berhormat, sila duduk. Yang Berhormat, saya kata duduk, duduklah. Tak ada kena mengena langsung.

Yang Berhormat bagi Kinabatangan.

Tuan Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Sebetulnya kita pun memang sedih juga tetapi bukan macam pembangkang. Sedih dia itu bukan sedih

tetapi dia suka. Dia suka tengok negara gagal, itu usaha-usaha dia.

Soalan tambahan, apakah kementerian telah mengambil langkah-langkah positif untuk

memastikan di masa akan datang bahawa sukan negara kita boleh disebatikan dengan mana-mana

organisasi sukan di negara ini sehingga menjadikan sukan ini sebagai satu industri ataupun produk

yang boleh melahirkan atlet-atlet yang berwibawa dan berkualiti tinggi serta boleh mendatangkan

pulangan atau hasil yang lumayan kepada ekonomi negara seperti atlet-atlet sukan di negara -negara

lain seperti di Eropah dan di Amerika .

Soalan yang saya ingin kemukakan, apakah kementerian ini ada perancangan untuk melihat

dan memastikan kerana kalau dikira ramai atlet dalam negara kita ini boleh dikategorikan sebagai kelas

A dalam sukan masing-masing. Tetapi mungkin pentadbiran ataupun cara pengendalian organisasi

sukan itu tidak begitu mantap dan mapan sehingga mengakibatkan atlet-atlet kita gagal.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah.

Tuan Bung Moktar bin Radin: Apakah langkah kementerian untuk memastikan .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Bung Moktar bin Radin: ...sukan ini menjadi satu industri yang paling berharga dalam

negara kita.

Datuk Ong Tee Ke at: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pandangan Yang Berhormat bagi

Kinabatangan itu merupakan satu-satunya yang bernas. [Disampuk] Walaupun negara kita bukanlah

sebuah kuasa besar dalam dunia kesukanan, tetapi apa yang dicadangkan itu saya rasa kita memang

mempunyai potensi yang cukup untuk membangunkannya menjurus ke arah itu. Dalam hubungan ini,

ingin juga saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan maklumat serba sedikit tentang prestasi

atlet-atlet kita. Walaupun mereka ini tidak dapat memperoleh sebarang pingat dalam Sukan Olimpik di

Sydney tahun ini tetapi dari segi prestasi mereka baru-baru ini ianya juga merupakan satu pengajaran

kepada kita dan seterusnya kita boleh berusaha untuk memperbaikinya.

Umpamanya, atlet sukan olahraga, Yuen Ye Fung yang mengambil bahagian dalam acara 20

kilometer jalan kaki telah pun menduduki tempat yang ke-15. Walaupun gagal memperbaiki rekod

kebangsaan ciptaannya, tetapi beliau berada dalam lingkungan 16 tempat yang terbaik. Ini yang

pertama.

Yang keduanya, pasukan hoki juga menunjukkan prestasi yang membanggakan

memandangkan ramai pemain kita yang masih muda dan mempunyai harapan pada masa yang akan

datang. Tempat ke -11 bukanlah mencerminkan prestasi sebenar pasukan ini yang seri dengan pasukan

DR.14.11.2000 15

Holland yang merupakan jaguh dunia dan hampir-hampir mengalahkan pasukan Pakistan. Ini satu fakta

yang sahih. Takkanlah pembangkang tak lihat fakta yang sahih itu.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, persembahan atlet kapal layar, Lim Liong Keat,

pada pusingan awal walaupun ianya kurang memuaskan, walau bagaimanapun, beliau berjaya

menduduki tempat ke-22 yang mana keputusan ini adalah yang terbaik sekali di kalangan atlet kapal

layar negara -negara Asia yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Sydney 2000.

Kegagalan kontinjen kita memenangi sebarang pingat dalam Sukan Olimpik baru-baru ini

juga disebabkan oleh satu lagi sebab yang agak penting iaitu acara sukan yang tertentu seperti boling,

skuasy dan wushu di mana Malaysia mempunyai daya persaingan yang bertaraf antarabangsa tidak

dapat dipertandingkan dalam Sukan Olimpik ini. Inilah satu-satunya yang patut diambil kira, dan

bukannya seperti mana yang ditunjukkan tadi oleh Yang Berhormat bagi Cheras itu, membuta tuli

sahaja. [Ketawa]

[Soalan No. 4 - Y.B. Dato' Zulhasnan bin Rafique (Wangsa Maju) tidak hadir]

5. Tuan Mah Siew Keong [Teluk Intan] minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan, apakah

langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengatasi kekurangan pekerja di ladang-ladang getah dan

kelapa sawit dan strategi bagi menggalakkan generasi muda bekerja di ladang-ladang tersebut.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Tuan Yang di-Pertua,

langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja di

ladang-ladang bagi jangka masa pendek dan panjang adalah seperti berikut;

• Membenarkan pihak industri perladangan mengambil pekerja asing untuk

bekerja di ladang kelapa sawit dan getah di seluruh negara bagi tempoh

yang tertentu.

• Menggalakkan pihak industri perladangan meningkatkan penggunaan

teknologi jimat buruh atau labor saving technology, dengan izin, di ladangladang

supaya dapat mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing di

samping meningkatkan produktiviti pekerja dan hasil pengeluaran;

• Menggesa agensi-agensi dan R&D supaya mempergiatkan lagi usaha

membangunkan teknologi yang boleh menjimatkan penggunaan tenaga kerja

di ladang-ladang;

• Menggalakkan pihak industri perladangan supaya melatih pekerja mereka

bagi menjadi lebih mahir dan terlatih untuk mengurangkan kos dan

menjimatkan input pengeluaran serta mengelakkan pembaziran; dan

• Menggalakkan kilang-kilang di ladang meningkatkan teknologi mekanisasi

supaya kurang bergantung kepada buruh dan sekali gus meningkatkan

produktiviti.

Walau bagaimanapun, Malaysia tidak boleh bergantung selama -lamanya kepada pekerja asing

disebabkan oleh implikasi sosial yang timbul. Oleh itu, rakyat Malaysia terutama sekali generasi muda

perlu bersedia mengambil alih tempat yang kini diisi oleh pekerja asing untuk bekerja di ladang-ladang.

Antara strategi kerajaan untuk membolehkan generasi muda bekerja di ladang-ladang ialah seperti

berikut:

(i) menggalakkan pihak industri perladangan menyediakan kemudahan dan

insentif yang berpatutan seperti perumahan pekerja, peru batan dan rawatan,

sekolah serta tawaran gaji yang lagi munasabah;

(ii) menggalakkan pihak industri perladangan membekalkan kepada generasi

muda dengan teknologi perladangan yang dapat meringankan tugas-tugas di

ladang melalui kemudahan jentera moden; dan

DR.14.11.2000 16

(iii) mengubahkan imej pekerja ladang yang dianggap kurang mahir dan bekerja

hanya dengan menggunakan tenaga fizikal kepada taraf juruteknik ladang

yang berpengetahuan serta berkeupayaan mengendalikan peralatan dan

jentera moden.

Tuan Mah Siew Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagai satu langkah lagi untuk menarik pekerja ladang tempatan,

apakah pendirian Kementerian Perusahaan Utama kepada Kabinet dan Kerajaan Malaysia terhadap

cadangan menetapkan satu gaji minimum untuk pekerja-pekerja ladang?

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk menetapkan satu gaji minimum

yang telah pun dibincangkan adalah memerlukan satu kajian yang mendalam di mana kita harus

melihat dari segi implikasi-implikasi yang timbul daripada itu. Oleh itu, pada ketika ini belum ada satu

ketetapan bagi menentukan gaji minimum pada pekerja-pekerja ladang.

Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, ladang-ladang mereka ada perancangan

iaitu bila harga kelapa sawit rendah mereka boleh stok. Tetapi pekebun-pekebun kecil mereka terpaksa

jual hasil mereka. Masalahnya sekarang pekerja ladang, bagaimana pekerja pekebun kecil yang 10 ekar

ke bawah sekarang ini meninggalkan kebun-kebun mereka untuk mencari kerja di Kuala Lumpur yang

umur 55 tahun kerana harga kelapa sawit RM80 hingga RM100 bagi pekebun kecil. Apa rancangan

kerajaan untuk mengatasi masalah pekebun-pekebun kecil ini?

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan telah pun mengambil

beberapa langkah un tuk mengatasi masalah-masalah seperti turun-naiknya harga komoditi-komoditi

terutama sekali kelapa sawit, getah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kementerian telah pun

menasihati bahawa harga-harga komoditi pasaran antarabangsa memang adakalanya naik, adakalanya

turun, dan oleh itu, Kementerian Perusahaan Utama telah pun mengambil beberapa langkah untuk

menasihati pekebun-pekebun kecil supaya mereka menanam semula pokok-pokok mereka yang tua dan

juga Kementerian Perusahaan Utama melalui agensinya sendiri iaitu MPOB menggalakkan supaya

mereka ini mengikut cara pengurusan ladang mereka yang diberi khidmat nasihat oleh MPOB dan juga

pada masa kini kerajaan telah pun memberi skim pinjaman mudah sebanyak RM350 juta untuk

penanaman semula kelapa sawit dan ini adalah masa yang sesuai untuk pekebun-pekebun kecil

menanam semula pokok-pokok yang tua supaya masa hadapan apabila harga meningkat dan

pengeluaran juga ataupun produktiviti juga meningkat akan membawa hasil yang lebih lumayan kepada

mereka.

Kementerian Perusahaan Utama serta Kementerian Pertanian juga bekerjasama tentang cara

macam mana kita hendak membuat satu kajian terperinci tentang ‘inter cropping’ di mana tanamantanaman

kontan juga akan disalurkan supaya pekebun-pekebun kecil ini akan dapat pendapatan yang

lebih dan tidak mengharapkan satu-satu tanaman sahaja. Terima kasih.

[Soalan No. 6 - Y.B. Puan Lim Bee Kau (Padang Serai) tidak hadir]

7. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan,

apakah benar garis panduan baru yang didrafkan oleh kementerian masih menghendaki para ibu

mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya Sumpah untuk melaksanakan tanggungjawab dan haknya

sebagai seorang ibu sebelum dapat menandatangani sebarang dokumen bagi anaknya. Jika ya,

mengapa.

Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]: Tuan Yang di-

Pertua, jawapannya ialah sekarang ini kita tidak ada lagi menghalang ibu untuk menandatangani bagi

pihak anak kerana pada 26 September 2000, pekeliling telah dikeluarkan untuk membolehkan ibu

menandatangani dokumen-dokumen walaupun bapa tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Lambat sangat berdiri

Yang Berhormat. Saya ingat tak ada soalan tambahan. Sila.

Puan Chew Mei Fun: Terima kasih Yang Amat Berhorma t Timbalan Perdana Menteri. Saya

ingat tadi Timbalan Perdana Menteri tidak jawab soalan saya. Soalan saya menyatakan, apakah benar

garis panduan baru yang didrafkan oleh kementerian masih menghendaki para ibu mengangkat sumpah

DR.14.11.2000 17

di depan Suruhanjaya Sumpah untuk melaksanakan tanggungjawab dan hanya sebagai seorang ibu

sebelum dapat….

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Saya faham soalan itu. Cuma jawapan saya

terlalu pendek - tak benar, kerana kita sudah keluarkan pekeliling untuk membolehkan ibu

menandatangani tanpa angkat sumpah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jelas itu. Tidak payah

angkat sumpah, Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: [Bangun separuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yalah. Kenapa berdiri

sekerat-sekerat. [Ketawa] Berdirilah betul-betul. Bukit Mertajam.

Puan Chong Eng: Bolehkah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memberi

penjelasan mengapa arahan ini mengambil masa yang begitu panjang dikeluarkan kerana memang 1973

Infant Guardianship Act telah dipinda dan diluluskan pada 1999. Tetapi sampai sekarang ini baru

dikatakan ibunya boleh melaksanakan hak mereka, baru-baru ini. Mengapa kelewatan ini?

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Ada sedikit masalah berkaitan dengan

perkara ini untuk melaksanakan kerana ia melibatkan ibu-ibu yang beragama Islam kerana ada undangundang

lain yang dirangka pada waktu itu. Tetapi pada pertengahan tahun ini apabila saya menghadiri

satu upacara Wanita pada waktu mana saya telah membuat pengumuman dan pengumuman itu meliputi

semua wanita tidak mengira kaum ataupun agama yang dianuti. Setelah pengumuman itu dibuat maka

inilah dikeluarkan pekeliling, sekarang sudah boleh.

8. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah

bentuk pelan induk baru bagi Kuala Lumpur, bilakah akan dikeluarkan untuk semakan dan cadangan

balas/bantahan, kos penyediaan dan tenaga kepakaran asing yang terlibat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Pandikar Amin Haji Mulia]: Tuan Yang di-

Pertua, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak ada menyediakan pelan induk bagi Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini sedang menjalankan kajian Semakan

Pelan Struktur Kuala Lumpur. Kajian draf Semakan Pelan Struktur Kuala Lumpur dijangka siap pada

penghujung tahun ini.

Kajian semakan pelan ini akan dipamerkan kepada pihak awam untuk pendengaran balas

ataupun bantahan awam pada bulan Julai 2001. Kajian ini melibatkan kos berjumlah RM5.58 juta dan

tujuh orang pakar runding asing yang terlibat.

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. Saya ingin

bertanya Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah perubahan dibuat ke atas pelan induk asal dan

apakah akan terjadi kepada kawasan hijau asal dan kawasan perkuburan lama yang belum digazet

seperti di Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur yang mana kerajaan telah menolak

membangunkan tanah di situ dan adakah kerajaan berhasrat gazetkan kawasan tersebut menjadi tapak

warisan kebudayaan yang bersejarah dalam bandar raya. Terima kasih.

Datuk Pandikar Amin Haji Mulia: Tuan Yang di-Pertua, saya menyatakan sebentar tadi

bahawa semakan kajian ini sedang dijalankan dan dijangka insya-Allah pada Julai tahun 2001 kajian

semakan ini akan dipamerkan kepada pihak awam untuk pendengaran ataupun maklum balas dan kalau

umpamanya ada persoalan-persoalan seperti yang diajukan oleh wakil rakyat daripada Bukit Bintang,

diwaktu itu keluarkanlah, pada bulan Julai 2001, jadi apa sahaja cadangan yang diberikan oleh kerajaan

munasabah dan baik, kita akan terima. Sementara itu Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Bintang kena

bersabarlah sedikit. Terima kasih.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin

bertanya kepada soalan yang berkaitan tentang pelan induk yang akan dibentangkan struktur plan pada

2001, tetapi kita sedia maklum bahawa kerajaan telah pun mengumumkan pelan pembangunan semula

untuk membangunkan kampung baru yang telah pun tertangguh sekian lama. Jadi, saya hendak minta

penjelasan daripada menteri bilakah pelan itu hendak dilaksanakan.

DR.14.11.2000 18

Datuk Pandikar Amin Haji Mulia: Tuan Yang di-Pertua, pembangunan Kuala Lumpur

sekarang ini adalah berasaskan kepada struktur pelan yang telah diguna pakai oleh kerajaan daripada

tahun 1988 dan seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum dalam Dewan yang mulia ini,

bahawa tarikh penggunaan ini telah pun luput untuk tahun ini, tahun 2000. Maka itu ada semakan.

Jadi, dalam rancangan kerajaan untuk menyemak ini, rancangan yang kita buat ialah daripada tahun

2001 hingga tahun 2020, jangka masa 20 tahun.

Jadi, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu tadi akan juga dimasukkan dalam

rancangan daripada tahun 2001 hingga tahun 2020 ini. Jadi, kalau ada umpamanya seperti juga

jawapan saya kepada Bukit Bintang tadi, kalau ada permasalahan seperti begini, awam akan dapat tahu

pada Julai 2001. Jadi, apa sahaja saranan-saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, terutama sekali

yang prihatin sangat dengan DBKL ini, kemukakan cadangan-cadangan itu mulai daripada sekarang

ataupun prihatin pada Julai 2001, bantahan, maklum balas akan diambil daripada orang awam termasuk

Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian.

9. Tuan Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Pendidikan menyatakan

memandangkan Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, adalah maktab perguruan yang tertua di

negeri Sarawak, apakah kerajaan bercadang untuk menaiktarafkan kepada sebuah universiti. Jika ya,

bilakah akan dilaksanakan. Jika tidak, mengapa.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin]: Tuan Yang di-

Pertua, pada masa ini Kementerian Pendidikan belum bercadang untuk menaikkan taraf Maktab

Perguruan Batu Lintang kepada sebuah universiti. Untuk menubuhkan atau menaik taraf sesebuah

institusi pendidikan ke taraf universiti, beberapa aspek perlu diambil kira. Antaranya ialah keperluan

tenaga bagi bidang-bidang yang ditawarkan, kemudahan prasarana yang dapat disediakan dan juga

tenaga pengajar.

Penubuhan sesebuah universiti juga bergantung kepada keperluan guna tenaga. Buat masa ini

belum ada keperluan untuk menubuhkan universiti di Sarawak. Walau bagaimanapun, sebuah

universiti sedia ada iaitu Universiti Malaysia Sarawak di dalam perkembangan yang sedang baik

belaka. Terima kasih.

Tuan Richard Riot anak Jaem: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Baru-baru ini saya

telah membaca di surat khabar menyatakan bahawa semua maktab di seluruh negara termasuk Maktab

Perguruan Batu Lintang akan mengambil guru-guru pelatih tajaan institusi-institusi swasta mulai tahun

hadapan. Persoalan saya, adakah ini benar dan kalau benar, apakah tindakan yang akan diambil oleh

kementerian bagi memastikan peluang anak-anak muda kita memasuki maktab perguruan tidak terjejas.

Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, pengambilan untuk masuk ke

maktab perguruan berjalan seperti biasa dan tidak ada apa-apa sekatan kecuali mereka tidak menepati

syarat-syarat kemasukan. Sekian, terima kasih.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. Adaka h

kementerian mempunyai satu rancangan menambah bilangan maktab perguruan seluruh negara kita

kerana saya difahamkan, contohnya di Sarawak seperti di kawasan saya Sibu, sekarang masih belum

mendapat satu maktab perguruan.

Bahagian kedua, adakah kerajaan ada rancangan untuk mengizinkan IPTS mengadakan kursus

melatih guru untuk negara kita. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan ini terkeluar,

terpulang kepada Timbalan Menteri untuk menjawab.

Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Saya

cubalah. Pada masa ini keperluan untuk menambah maktab perguruan belum ada dan kita

berkeupayaan lagi untuk melatih guru-guru dan oleh sebab itu IPTS belum lagi dijangka untuk

menubuhkan maktab perguruannya sendiri. Terima kasih.

10. Dato’ Goh Siow Huat [Rasah] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian

membuat kajian terperinci tentang bahaya pemasangan stesen pemancaran telefon ke atas kesihatan

manusia yang telah didirikan di taman-taman kediaman.

DR.14.11.2000 19

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S. G. Sothinathan]: Tuan Yang di-

Pertua, Kementerian Kesihatan tidak menjalankan kajian terperinci tentang bahaya pemasangan stesen

pemancaran telefon ke atas kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan telah

menubuhkan Jawatankuasa Interagensi Penasihat Saintifik Untuk Sinaran Tak 'Mengion' untuk

mengkaji penemuan terkini di peringkat antarabangsa berkaitan sinaran tak 'mengion' termasuk sinaran

frekuensi radio/gelombang mikro dan memberi nasihat teknikal mengenainya. Berdasarkan penemuan

sehingga kini, tiada bukti yang nyata dan kukuh yang boleh menyatakan sinaran frekuensi

radio/gelombang mikro boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Selain itu, garis panduan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ada

menetapkan had dos sinaran tak 'mengion' untuk menjaga pekerja dan orang awam dari terdedah

kepada sinaran frekuensi radio/gelombang mikro yang memudaratkan. Paras sinaran yang kurang

daripada had dos ini adalah dikira selamat dan sesuai untuk maksud perlindungan kesihatan.

Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Kementerian Sains, Teknologi dan

Alam Sekitar yang juga merupakan salah satu ahli dalam Jawatankuasa Interagensi Penasihat Saintifik

Untuk Sinaran Tak Mengion telah menjalankan beberapa kajian ke atas stesen pemancar di negara ini.

Dari kajian MINT, didapati paras sinaran tak 'mengion' menepati had dos yang ditetapkan di dalam

garis panduan dari Suruhanjaya tersebut.

Dato’ Goh Siow Huat: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. pemasangan

stesen telefon ini, adakah pihak tertentu perlu dapat kelulusan Kementerian Kesihatan dari masa ke

semasa?

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, jawapannya mudah sahaja, Keme nterian

Kesihatan tidak mengawal pemasangan stesen pemancar ini.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalannya ringkas

tetapi mungkin isunya besar. Apakah pihak Kementerian Kesihatan berpandangan perlu dikenakan

sesuatu syarat supaya syarikat telekomunikasi itu membuat perlindungan insurans kepada penduduk di

sekitar stesen pemancar telefon berkenaan atas asas gangguan kesihatan atau kemungkinan bahaya

daripada kedudukan stesen pemancar tersebut. Terima kasih.

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, kalau bahaya itu dari segi fizikal memang ia

tidak termasuk dalam budi bicara Kementerian Kesihatan, tetapi dari segi kesihatan saya pun telah

memberi penerangan jelas tentang bahawa ia tidak membawa apa-apa kesan, jadi tidak perlulah kita

buat perkara itu.

11. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun] minta Menteri Sumber

Manusia menyatakan butiran perancangan Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDC) di dalam

melaksanakan Skim Apprenticeship Teknologi Maklumat (Information Technology Apprenticeship

Scheme) bagi lepasan SPM. Apakah bidang-bidang kursus yang akan diadakan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat bagi Tambun. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Kementerian

Sumber Manusia melalui Majlis Pembangunan Sumber Manusia akan membangunkan Skim Perintisan

Teknologi Maklumat. Skim perintisan ini memberi fokus kepada dua bidang kemahiran iaitu

pengaturcaraan (programming) dan juga artis dan reka bentuk multimedia. Para perintis akan

dianugerah persijilan kebangsaan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. Bagi kedua-dua kursus

pekerja mahir dalam kedua-dua bidang tersebut amat diperlukan oleh pihak industri.

Bidang pengaturcaraan diperlukan terutamanya di sektor perindustrian, manakala multimedia

artis pereka diperlukan oleh majikan sektor pengiklanan dan komputer. Skim ini dijangka mula

dilaksanakan pada awal tahun hadapan.

Di samping itu, bermula pada Oktober lepas Majlis Pembangunan Sumber Manusia sudah pun

melaksanakan skim perintisan persediaan teknologi maklumat bagi melatih pelajar terutamanya lepasan

SPM bagi mengikuti latihan pelbagai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat yang diperlukan

oleh majikan-majikan di sektor perkilangan dan perkhidmatan.

DR.14.11.2000 20

Latihan ini diadakan secara intensif selama lima bulan, empat bulan latihan di institusi latihan

dan satu bulan latihan sambil bekerja di premis majikan penaja. Para perintis akan diajar dalam lima

bidang kemahiran iaitu penggunaan pelbagai pakej implikasi, pengaturcaraan asas, pengurusan

rangkaian, mereka cipta laman web dan e-dagang. Yuran latihan dibayar sepenuhnya oleh Majlis

Pembangunan Sumber Manusia, manakala elaun bulanan perintis sebanyak RM300 sebulan dibayar

oleh majikan penaja. Sekian.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan mengambil langkah strategi dalam menghadapi keperluan

tenaga pakar dalam era k-ekonomi. Soalan saya, saya difahamkan bahawa syarat minimum untuk

memasuki kursus-kursus tersebut adalah kredit dalam Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dan

mereka ini adalah lepasan SPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidakkah ada

cara lain untuk kita mengatasi keperluan ini kerana ini akan akhirnya membuat kaum bumiputera yang

kurang mahir dalam subjek-subjek ini tidak dapat mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan.

Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi

Tambun. Itu hanya tanggapan, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya mengikut tanggapan Yang Berhormat

bagi Tambun mengatakan bahawa pelajar-pelajar Melayu atau bumiputera yang tidak dapat kredit

dalam Bahasa Inggeris, Matematik atau Sains tidak dapat menjalankan atau dikurangkan peluang

mereka untuk mengikuti skim perintisan tersebut. Ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini,

dalam bidang komputer, maklumat yang kita dapati daripada MPSM mereka yang diberi latihan untuk

bidang komputer ini, bumiputera sejumlah 16,070 orang berbanding sejumlah 19,793 golongan

Tionghua dan 3,843 golongan dari keturunan India.

Setakat ini kita dapati bahawa mereka yang mempunyai kelulusan minimum dalam Bahasa

Inggeris, Matematik atau setakat lulus sahaja, mereka berhadapan dengan masalah untuk memahami

dan silibus yang ditekankan selama lima bulan ini dirasakan mereka tidak dapat mengikuti kursus ini

dengan cara berkesan dan sebahagian daripada mere ka terpaksa meninggalkan kursus perintisan

tersebut.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Usaha yang dilakukan

oleh pihak kerajaan adalah baik. Saya ingin mendapat kepastian daripada Yang Berhormat Timbalan

Menteri, di dalam kita mewujudkan kursus-kursus apprenticeship, dengan izin, di manakah kita

mendapat tenaga pengajar dan siapa pula yang memberi akreditasi dalam hal ini. Kursus-kursus yang

dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Sumber Manusia ini siapakah badan akreditasinya. Kalau

badan akreditasinya adalah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), bilakah Akta Majlis

Latihan Vokasional Kebangsaan itu akan dibawa kepada Dewan Rakyat kerana perkara ini telah

diumumkan lebih daripada dua tahun yang lalu dan masih lagi belum menjadi kepastian. Terima kasih.

Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada

Parit Sulong. Memang betul, sistem yang mengakreditkan mereka yang mendapat latihan daripada

MPSM adalah daripada MLVK. Kita di peringkat kementerian dalam peringkat terakhir, draf sudah

pun kita kaji dan sekarang di peringkat terakhir di peringkat kementerian sebelum kita cadangkan

kepada AG. Jadi Yang Berhormat daripada Parit Sulong harap bersabar, saya faham keprihatinan Yang

Berhormat dan saya yakin dan percaya akta ini akan dibentangkan dalam sidang Parlimen yang

terdekat.

12. Tuan Philip Benedict Lasimbang [Penampang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa

dan Industri menyatakan mengenai status pembinaan kilang palpa dan kertas di Kalabakan, Sabah.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Fu

Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tawau yang perlu dijawab pada 7 Disember 2000, oleh kerana

perkara yang dibangkitkan adalah sama.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila.

DR.14.11.2000 21

Tuan Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, projek ini merupakan usaha sama di antara pelabur

dari Republik Rakyat China iaitu China Fu Tsing Pulp and Paper Company Limited dengan pelabur

tempatan yang terdiri dari Timberprise Corporation Sendirian Berhad, salah satu anak syarikat Yayasan

Sabah dan Lions Group Berhad. Ia adalah projek bersepadu yang melibatkan aktiviti perkilangan dan

penanaman hutan untuk mengeluarkan kertas tulis dan cetak.

Projek ini melibatkan 120,000 hektar tanah di Kalabakan, Tawau, Sabah dengan anggaran

pelaburan berjumlah RM3.2 bilion. Pelaksanaan projek usaha sama ini akan diteruskan berikutan dari

perbincangan di peringkat menteri kedua-dua negara yang telah diadakan di Beijing pada 29 hingga 31

Oktober tahun ini.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, banyak isu berkaitan dengan pelaksanaan projek seperti

kajian kesan alam sekitar, jadual pelaksanaan, pembiayaan projek dan lain-lain lagi telah berjaya

diselesaikan. Kejayaan ini akan mempercepatkan lagi pelaksanaan projek berkenaan. Cadangan jadual

pelaksanaan adalah memperbadankan syarikat usaha sama ladang ke hutan sebelum akhir tahun ini,

memulakan penanaman sebelum akhir tahun 2001, memperbadankan kilang sebelum akhir tahun 2003,

pembinaan kilang sebelum akhir tahun 2004, memulakan pengeluaran tahun 2006 dan 2007. Sekian,

terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ini Penampang.

Tuan Philip Benedict Lasimbang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pelaburan ini yang

paling besar di Sabah dan paling positif. Namun demikian, terdapat perbezaan pendapat di antara

Menteri Alam Sekitar Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. Bukankah ini menjadi penghalang

kepada pelabur melabur di negeri ini terutama di Sabah di mana pelaburan besar seperti ini amat

diperlukan di mana kebergantungan kepada pendapatan baru amat diperlukan. So, kenapa terdapat

perbezaan di antara Kementerian Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Sabah dalam persoalan EIA?

Terima kasih.

Tuan Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan memastikan kajian kesan alam

sekitar (EIA) dijalankan dan dilulus sebelum segala projek dilaksanakan dan dengan kelulusan EIA

yang akan dikemukakan oleh syarikat tersebut, kita pasti kerajaan akan mengambil tindakan untuk

memastikan tidak ada kesan yang negatif terhadap persekitaran. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ini Bandau.

Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sepertimana yang

disentuh oleh pihak Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi, dikatakan bahawa setiap kelulusan

mengenai dengan alam sekitar akan diperolehi sebelum projek ini diteruskan. Tetapi adakah Yang

Berhormat sedar bahawa setakat ini sebenarnya hampir 16,000 hektar sedang ditumbang dan

dibersihkan tanpa kelulusan, dengan izin, Environmental Impact Assessment (EIA) dan Menteri

Persekutuan telah pun menegur dalam perkara ini. Pada masa yang sama, kita sedia maklum,

sebenarnya Forest Management Plan (FMP), dengan izin ataupun Pelan Pengurusan Hutan pun belum

juga diselesaikan dan perjanjian mutlak belum juga sebenarnya diperolehi.

Jadi, adakah Yang Berhormat sedar bahawa berdasarkan kepada fakta-fakta ini, nampaknya

kerajaan dalam soal mengejar pelaburan, seolah-olah tidak mempedulikan hal-hal alam sekitar.

Adakah ini dasar kerajaan? Adakah ini cara atau method yang diamalkan? Dan jika ini bukan biasa

diamalkan, kenapa ini berterusan dan kenapa EIA belum diperolehi, projek ini dibenarkan untuk

diteruskan? Terima kasih.

Tuan Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat,

kerajaan akan menyiasat sama ada itu benar atau tidak. Bagaimanapun, saya ingin sebutkan di sini

ialah kerajaan melalui satu mekanisme di mana kerajaan akan mempunyai satu saham emas dalam

komponen utama usaha sama ini iaitu komponen penanaman ladang hutan melalui golden share yang

dipegang oleh kerajaan kita, Malaysia. Maka, kerajaan akan ada satu kaedah untuk memastikan tidak

ada penyalahgunaan terhadap tanah yang begitu luas. Dan juga apa-apa tindakan yang diambil oleh

syarikat usaha sama jika tidak menepati kepentingan rakyat, maka kerajaan akan bertindak melalui

pegangan golden share. Terima kasih.

DR.14.11.2000 22

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang

Berhormat, dengan ini diisytiharkan bahawa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan

No.4, 6 dan 13 hingga 27 adalah dijilid dalam buku yang berasingan]

RANG UNDANG-UNDANG DAN USUL

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2001

Bacaan Kali Yang Kedua

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 2001

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang

ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2001 dibacakan kali yang

kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang

Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih

dua puluh lapan bilion lapan ratus tiga puluh enam juta tiga ratus empat puluh lapan

ribu empat ratus enam puluh ringgit (RM28,836,348,460) dibelanjakan daripada

Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2001, bagi tujuan-tujuan dan butiranbutiran

perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan

atau (“P”) dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2001 yang dibentangkan sebagai

Kertas Perintah 16 Tahun 2000 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang

berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan

lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan.” [13 November 2000]

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Semalam telah

ditetapkan bahawa menteri -menteri akan menjawab. Sekarang saya jemput Menteri di Jabatan Perdana

Menteri.

11.04 pagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin

Haji Othman]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca selawat] Alhamdulillah

wassalatu wassalamuala Rasulillah.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan

Belanjawan 2001 yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Sesungguhnya saya menghargai pandangan, teguran dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu.

Yang Berhormat bagi Pendang membangkitkan mengenai pengiktirafan ke atas pelajar yang

berkelulusan aliran agama yakni sekolah agama untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Azhar.

Beliau mengharapkan supaya semua sijil aliran agama diiktiraf dan tidak terhad kepada lulusan Sijil

Tinggi Agama Malaysia (STAM). Sehubungan dengan itu, beliau juga mencadangkan supaya biasiswa

diberi kepada pelajar-pelajar aliran agama untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Azhar, Universiti

Madinah dan lain-lain universiti di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, perkara pengiktirafan sijil ialah hal

Kementerian Pendidikan. Tetapi kerana saya tahu perkara-perkara ini dari awal sampai akhir, saya

suka menjawab di sini bahawa untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Azhar, khususnya, sejak

beberapa lama, negeri-negeri dalam Malaysia ini sebelum merdeka lagi, mengadakan sekolah kerajaan

negeri dan juga di samping itu, ada Sekolah-sekolah Agama Rakyat menggunakan kurikulum yang

sama untuk memasuki Universiti Azhar, khususnya. Sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa di

DR.14.11.2000 23

dalam sistem pendidikan kebangsaan kita, kita masukkan pelajaran Agama 12.5% dalam kurikulum

kebangsaan untuk belajar agama.

Kita mendapat hasil yang baik tetapi pada akhir tahun 70-an, kita mengadakan satu lagi

kurikulum pelajaran Agama di sekolah ini, yang kita beri nama SMKA (Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama) iaitu belajar agama 30%, termasuk bahasa Arab dan 70% ialah pelajaranpelajaran

untuk menghadapi peperiksaan kebangsaan iaitu SPM. Kita buat sekolah ini dengan tujuan

bukan untuk mengeluarkan ahli agama tetapi untuk mengeluarkan para profesional teknokrat yang

mutadaiyin, yang mempunyai sifat religiousness yang tinggi. Tetapi apabila ini berjalan, semua

sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri mengambil sukatan ini, termasuk Maahad

Mahmud di Alor Setar, Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Maahad Muhammadi di Kota Bharu dan

banyak lagi sekolah-sekolah agama mengambil sistem ini.

Apabila mengambil sistem ini, ertinya untuk pergi belajar di Universiti Azhar, mereka hanya

belajar 30% sahaja daripada masa Tingkatan Satu sampai Tingkatan Lima, bahasa Arab dan Agama.

Maka, timbullah keluhan sistem yang lama di sekolah-sekolah itu telah berhenti dan mengambil sistem

sekolah kebangsaan agama. Timbul keluhan di pihak Universiti Azhar, kerana saya terlibat secara

langsung. Universiti Azhar tidak mahu lagi menerima pelajar dari Malaysia kerana mereka katakan

mutu pelajar yang memasuki universiti itu telah menurun. Tidak lagi sepertimana calon-calon yang

lama dahulu iaitu Yang Berhormat bagi Pendang, yang hebat-hebat pada masa itu di Universiti Azhar,

Yang Berhormat bagi Padang Terap, Yang Berhormat bagi Peringat, Yang Berhormat bagi Baling dan

juga daripada lain-lain tempat lagi. Mereka ini (Universiti Azhar) berbangga kerana mempunyai

kewibawaan yang tinggi untuk memasuki universiti mereka.

Maka, oleh itu apabila Universiti Azhar hendak berhenti pengambilan penuntut dari Malaysia,

saya dan rakan-rakan yang lain berulang-alik supaya jangan diberhentikan kerana ini akan

menyebabkan masalah kekosongan yang banyak di Malaysia ini. Maka, runding demi runding dengan

pihak Universiti Azhar, barulah disetujui supaya Universiti Azhar masuk campur tentang menguruskan

sekolah menengah agama di Malaysia ini untuk memasuki universiti tersebut. Maka, Azhar

menguruskan bahawa Overseas Azhar Certificate, lebih kurang begitulah, macam Cambridge dulu,

Yang Berhormat, iaitu bersama dengan Kementerian Pendidikan juga masuk campur di atas kehendak

negara kerana kerajaan sentiasa sedar bahawa kita tidak mampu menghadapi masalah lagi, pelajar yang

keluar daripada Universiti Azhar tidak berapa ingin menjadi Pegawai Agama.

Begitu juga pelajar-pelajar yang lain daripada fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti

tempatan bahawa pentadbiran hal ehwal agama menjadi pilihan terakhir. Maka, timbul kesedaran

dalam kerajaan bahawa ini menyebabkan apa yang dipanggil, inqirob ulama, habislah, pupuslah orang

yang mempunyai pengetahuan agama ini. Maka, kita wujudkan Sijil Tinggi Agama Malaysia ini,

tujuannya untuk mempertingkatkan kebolehan orang-orang kita apabila masuk universiti di luar negara

dan dengan itu kita akan kembali semula kewibawaan alim ulama di masa hadapan. Maka, sebab itulah

kerajaan putuskan dengan pihak Universiti Azhar, bahawa yang memasuki Azhar ialah mereka yang

mempunyai sijil peperiksaan bersama antara Kerajaan Malaysia dengan pihak Universiti Azhar dan ini

tujuannya adalah tujuan yang sangat murni.

Maka, inilah harapan kita bahawa Sekolah-sekolah Agama Raky at, sekolah-sekolah agama

Kerajaan Negeri, mengambil sijil yang sama dengan tujuan mutu akademik yang hendak kita capai.

Itulah Tuan Yang di-Pertua, maksud kita khusus untuk STAM itu.

Dibangkitkan juga…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang

Berhormat. Ini Pendang.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muham ad bin Abdullah]: Ya, sila Pendang.

DR.14.11.2000 24

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Haik!

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih….

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yang berdiri dulu, saya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak kira lah. Dia

hendak Pendang juga. Menteri hendak siapa, Menteri? Ha, saya kalau sudah berdua, saya terpaksa

pulangkan kepada Menterilah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya berdiri dulu, Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Oleh kerana Pendang

sudah bercakap bab ini, saya bagi Sri Gading.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, Sri Gading dulu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila duduk Yang

Berhormat Pendang.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Menteri. Dalam

Islam, cabang ilmu yang terpenting dalam Islam ada tiga. Yang pertama, Usuluddin; yang kedua,

Feqah dan yang ketiga, Tasawuf. Saya berbangga….. [Disampuk] Ewah, ini semua masuk dalam

fekah, jenayah dan sebagainya. Saya kata tiga yang terpenting. Maknanya ada yang lebih penting.

Usuluddin, Fekah dan Tasawuf. Saya berbangga dengan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi

oleh UMNO, ilmu ini telah dapat disampaikan kepada umat Islam seluruh negara. Dan saya rasa

kerajaan akan terus meningkatkan pengajaran ini kepada rakyat negara ini yang beragama Islam.

Saya hendak mohon sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Datuk Menteri, bagaimana

pula usaha kerajaan hendak memperluaskan bahasa Arab supaya ianya menjadi pemangkin yang lebih

bermanfaat untuk rakyat kita supaya bahasa Arab ini, bahasa Al-Quranul Karim - bahasa Al-Quranul

Karim itu diturunkan dalam bahasa Arab supaya lebih meningkatkan lagi ilmu keagamaan kepada

orang-orang Islam dalam negara ini. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua,

apabila skim STAM ini berjalan, pengajian bahasa Arab akan meningkat maju sepertimana yang

dahulu berada di negara kita. Jadi, inilah kurikulum baru yang kita buat ini. Di samping itu, pengajian

bahasa Arab digalakkan di sana sini dengan secara am dan secara private telah dan sedan g berjalan.

Suka saya terangkan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa sistem Sekolah Agama Rakyat Negeri kita telah

jadi rosak kerana kita mengemukakan kurikulum SMKA, pada hari ini, orang yang mengaji agama

daripada kelulusan SMKA ini hanya 15% sahaja. Yang lain masuk bidang-bidang lain, kerana itu

tujuan kita yang asal. Bukan untuk mereka belajar, meneruskan pendidikan dalam hal ehwal Islam di

peringkat universiti.

Jadi, oleh kerana tidak puas hati kerana saya tidak bagikan Pendang, saya jemput jugalah.

Tetapi peluang dia ini kali yang kedua. Hari itu dia sudah bercakap panjang.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Pendang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalnya kerana Yang

Berhormat Menteri memberi ulasan tentang ucapan saya, jadi saya ingin mendapat dan juga

memperjelaskan lagi mengenai dengan Sijil Menengah Agama ini kerana saya mengambil contoh

Maktab Mahmud atau Ma'ahad Mahmud di Kedah. Maktab ini juga mengguna pakai syllabus

Menengah Azhar dan maktab ini telah pun mendapat pengiktirafan yang begitu lama daripada Azhar

University semenjak belum merdeka. Ia memang menjadi polisi Azhar untuk mengkaji semula, review

setiap pengiktirafan yang diberi dan apabila didapati prestasi menurun, ia akan menarik balik

pengiktirafan tetapi kemudian dia memberi semula pengiktirafan itu apabila didapati prestasi pelajar

DR.14.11.2000 25

meningkat. Naik turun ini memang satu perkara yang biasalah dalam perjalanan pendidikan di pusatpusat

pengajian tinggi. Kita sebenarnya tidak menghalang atau tidak menolak kerajaan hendak

mengeluarkan Sijil Menengah Tinggi Agama (STAM) untuk membolehkan pelajar-pelajar yang

memiliki sijil ini untuk menyambung pengajian mereka di peringkat Azhar Universiti tetapi yang kita

tidak dapat bersetuju ialah kerana perjanjian yang dibuat itu menghalang sijil-sijil yang telah pun

diterima pakai oleh Azhar untuk terus diterima selepas tahun 2000 ini dan bagi pelajar-pelajar agama di

Kedah khususnya yang pada tahun ini tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan STAM

sedangkan tahun ini adalah tahun terakhir Azhar menerima pemegang-pemegang sijil yang telah sedia

diterima dan mulai tahun 2001 pemegang-pemegang sijil yang lain daripada STAM tidak akan diterima

lagi.

Jadi oleh kerana itu pelajar-pelajar agama yang akan lulus dari Maktab Mahmud dan lain -lain

sijil ini diiktiraf oleh Azhar tidak akan berpeluang untuk menyambung lagi pengajian mereka di

Universiti Azhar. Oleh itu saya mengharapkan supaya kerajaan dapat mengkaji semula kerana saya

juga pernah bertemu dengan Rektor Azhar dan membincang masalah ini dan menerangkan

keadaan…….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya

ingat perlu diingatkanlah masa sebab nampaknya Yang Berhormat sudah beri hujah.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya, saya ingin mendapat penegasan daripada kerajaan,

apakah kerajaan tidak bersedia lagi untuk memberi kelonggaran supaya sijil-sijil yang sedia

dikeluarkan oleh sekolah-sekolah agama kepunyaan kerajaan-kerajaan negeri seperti Maktab Mahmud

di Kedah; Ma'ahad Muhammadi di Kelantan; atau Zainal Abidin di Terengganu dan lain-lain di

Pahang supaya pengiktirafan itu dikekalkan walaupun sesudah kementerian mengeluarkan STAM

supaya peluang pelajar-pelajar ini untuk menyambung pengajian ini pada peringkat yang lebih tinggi

terutama ke Azhar Universiti akan dapat terus dipertahankan, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua,

projek ini telah berjalan bermula kira-kira tujuh tahun yang lepas. Kita telah beritahu kepada semua

sekolah supaya mematuhi ini kalau pelajar itu ingin melanjutkan pelajaran agama dan jadual ini dibuat

oleh pihak Universiti Azhar sendiri untuk mereka melaksanakan dan baru-baru ini pun diisytiharkan

tentang masalah kegagalan penuntut-penuntut Malaysia di Universiti Azhar.

Tuan Yang di-Pertua, ahli bagi Pendang memikirkan biasiswa Universiti Azhar….

Tuan Mohd. Amar bin Abdullah: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, …

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Masa sudah tidak ada lagi

Yang Berhormat. Bahawa biasiswa ke Universiti Azhar ini bagi pihak Kerajaan Pusat bermula pada

tahun 1962…..

Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Yang Berhormat Menteri….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yan bangun.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Yang Berhormat, masa

sudah tidak ada Ya ng Berhormat kerana hari ini dua, tiga kementerian akan ….

Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Penjelasan Tuan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ingin saya maklumkan kepada …

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Kerana STAM ini sangat,

saya tahu kerana ……

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat ingin

saya maklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat hari ini kita perlu menghabiskan 12

kementerian.

DR.14.11.2000 26

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, kes

STAM ini bukan kes akademik lagi, ini kes politik sebenarnya bukan kes akademik.

Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Kes akademik, saya hendak tanya akademik Datuk.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tidak ada, saya tahu, saya

mengaji agama dari awal hingga akhir.

Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Saya pun mengaji agama juga.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Saya hendak tolong

sekolah agama ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Yan.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tidak apa, tidak apa, saya

sudah faham, saya sudah faham. Tentang biasiswa di Azhar ini, bermula tahun 1962 oleh Kerajaan

Pusat dan berterusan dan Kerajaan Negeri lebih lama lagi daripada itu dan suka saya untuk beritahu

bahawa walaupun biasiswa terhad, di Kaherah ini ada asrama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Asrama ini dia caj 10 Paun Mesir pada masa saya dan Ahli Pendang duduk di Mesir dulu, satu paun

RM4 sekarang ini satu paun hanya 80 sen masih 10 paun juga bayaran asrama. Berertinya asrama yang

murah disediakan untuk pelajar-pelajar kita di Timur Tengah.

Yang Berhormat bagi Parit menyatakan bahawa peruntukan yang diberi kepada JAKIM

adalah besar dan dialu-alukan. Walau bagaimanapun menurutnya JAKIM gagal kerana timbul isu

perpecahan, murtad dan tidak wujud perlaksanaan hukum-hukum Islam. Untuk makluman Yang

Berhormat kenyataan bahawa JAKIM gagal dalam menyatupadukan ummah adalah satu kenyataan

yang tidak tepat sebaliknya perpaduan ummah masih wujud di kalangan rakyat Malaysia malah masih

kukuh jika dibandingkan dengan negara-negara lain dalam dunia ini. Suasana harmoni masih wujud

cuma bibit perpecahan agak ketara di musim pilihan raya disebabkan hasutan oleh parti-parti

pembangkang [Tepuk] Kerajaan melalui JAKIM sentiasa mengadakan program untuk menjelaskan

betapa pentingnya perpaduan melalui media cetak, media elektronik, ceramah, kursus dan kh utbah.

Yang Berhormat Kuala Selangor menyatakan bahawa infrastruktur kemudahan di sekolah

agama rakyat adalah kurang daif dan kurang memuaskan. Oleh itu beliau menyarankan supaya

kerajaan mengeluarkan sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat di samping it u beliau juga

mengharapkan supaya kerajaan menimbang semula calon guru-guru KAFA yang sekarang menerima

elaun lebih kurang RM300 sebulan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan menyediakan

pelbagai bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat melalui Kementerian Pendidikan iaitu bantuan per

kapita, bantuan perpustakaan, bantuan pembinaan dan pembaikan dan bantuan kursus melalui JAKIM

ialah bantuan Kemahiran Hidup Bersepadu. Kerajaan akan menimbang semula kadar elaun guru

KAFA apabila keadaan ekonomi negara pulih sepenuhnya.

Yang Berhormat bagi Baling menyatakan bahawa usaha memartabatkan Islam hendaklah

secara integrasi menyeluruh dengan membabitkan semua agensi-agensi dan jabatan kerajaan. Beliau

juga mengalukan program 'Membangun Bersama Islam' oleh JAKIM. Sehubungan itu beliau

mencadangkan agar diwujudkan unit khas di kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan bagi

memantau program 'Membangun Bersama Islam'. Secara khusus beliau mencadangkan supaya pihak

Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan hospit al-hospital menubuhkan unit khas tersebut

sebagaimana Kor Agama Angkatan Tentera. Beliau juga menyarankan supaya JAKIM mempunyai

tenaga pakar profesional untuk membuat kajian mengenai perkembangan dan aktiviti masyarakat

semasa.

Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan sejak dulu lagi mempunyai program dan

perancangan yang bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi untuk meninggikan syiar Islam itu

sendiri. Setakat ini kerajaan telah mempunyai pakar-pakar dalam melaksanakan kajian dan program

mengenai pemb angunan aktiviti masyarakat semasa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Pendang dan Yang Berhormat Permatang Pauh

membangkitkan isu mengenai elaun-elaun kritikal bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan juga

lain-lain perkhidmatan. Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya elaun kritikal kakitangan

DR.14.11.2000 27

perubatan iaitu jururawat, pembantu perubatan dan pegawai pergigian diberikan kenaikan yang

setimpal dan juga elaun-elaun kritikal bagi perkhidmatan yang memerlukan kerja lebih masa seperti

Jabatan Pengangkutan Jalan. Untuk makluman Yang Berhormat, bayaran insentif perkhidmatan

kritikal diberi kepada perkhidmatan tertentu berasaskan kriteria-kriteria seperti berikut;

(i) peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan

perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang fungsi yang

telah diberi keutamaan di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua

(RRJP 2) dan rancangan-rancangan pembangunan negara;

(ii) kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih

yang diperlukan. Ini meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti

kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti, turn over rate

dan kadar sasaran di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan;

(iii) kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi

kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat;

(iv) keadaan persekitaran tempat kerja dilihat dari segi kesan-kesan kepada

kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu

kerja yang digunakan.

Berdasarkan kriteria -kriteria ini, susunan keutamaan perkhidmatan-perkhidmatan itu

ditentukan sewajarnya. Pada masa ini perkhidmatan-perkhidmatan yang layak mendapat faedah BIPK

di bawah perlaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) dalam bidang perubatan hanyalah Pegawai

Perubatan dan Jururawat sahaja. Beberapa perkhidmatan lain dalam perkhidmatan perubatan dan

kesihatan seperti Pembantu Perubatan dan Pegawai Pergigian belum lagi termasuk dalam senarai

perkhidmatan yang layak diberi faedah BIPK bersama -sama dengan 254 perkhidmatan yang lain.

Kerajaan mengambil maklum akan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan ia akan diambil kira

dalam mempertimbangkan faedah BIPK tersebut apabila kajian semula ke atas perkhidmatan kritikal

dilaksanakan di masa yang akan datang.

Yang Berhormat bagi Sri Aman menyatakan bahawa Orang Dayak tidak diberi peluang

kenaikan pangkat atau dipinggirkan dalam perkhidmatan awam. Menurutnya, tiada Orang Dayak

sebagai Ketua Setiausaha Kementerian atau Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia dan hakim

dalam perkhidmatan kehakiman. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan supaya Orang Dayak

dilantik menjadi ahli dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Untuk makluman Yang Berhormat

bahawa mengikut Perkara 139 (4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicara tetapi selepas menimbangkan

nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Perlantikan ahli SPA dibuat berasaskan kelayakan, pengalaman dan kekosongan yang wujud pada

waktu perlantikan dibuat. Soal kaum, keturunan tidak timbul kerana semua rakyat negara ini

mempunyai peluang yang sama untuk dilantik menjadi ahli SPA.

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kemaman

membangkitkan isu mengenai kebebasan mahkamah di negara ini. Yang Berhormat Pendang

menyatakan bahawa banyak urusan ekonomi dan perniagaan memerlukan urusan yang berkait dengan

mahkamah. Menurutnya pelabur asing mengetahui sistem keadilan yang tidak bebas dan mengganggu

kepentingan mereka di negara ini. Sehubungan itu beliau meminta supaya kerajaan menyedari hakikat

ini dan memberikan semula kebebasan mahkamah di negara ini. Untuk makluman Yang Berhormat,

sistem keadilan di negara ini adalah bebas dan mahkamah di negara ini sentiasa bebas untuk membuat

keputusan dan penghakiman yang adil dan saksama kerajaan tidak pernah……

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, Kemaman

bangun.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Sekejap, nanti saya habis

sekejap. Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran keadilan. Ini sudah berkali-

DR.14.11.2000 28

kali dinyatakan dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat bagi Kemaman menyatakan bahawa

kebebasan sistem kehakiman adalah penting bagi menarik kedatangan pelabur-pelabur di negara ini.

Sehubungan itu beliau menyarankan supaya perlantikan Ketua Hakim Negara secara bebas dan tidak

melibatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menjamin kebebasan Ketua Hakim Negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, memang diakui bahawa sistem kehakiman yang bebas adalah

penting untuk menarik pelabur. Bagaimanapun kerajaan berpuas hati bahawa sistem kehakiman yang

wujud di negara ini adalah bebas, sistem dan tatacara perlantikan Ketua Hakim Negara sudah

diamalkan sejak merdeka dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah dan mahkamah di negara ini

sentiasa bebas untuk membuat keputusan dan penghakiman yang adil dan saksama. Sekejap ya.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Okay terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak beritahu

bahawa ada beberapa kes yang dihakimi di dalam sistem kehakiman kita yang mendapat kutukan

daripada ICJ - International Council of Jurist daripada European Jurist Prudence dan berbagai-bagai

badan dan ini bukan merupakan campurtangan sebab pandangan yang diberikan ini menyeluruh, maka

ada sesuatu yang tidak kena pada sistem kehakiman kita. Macam mana boleh Yang Berhormat

mengatakan bahawa sistem kehakiman kita bebas sedangkan beberapa kes yang terlibat sebagai contoh

kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, Irene Fernandez dan sebagainya yang melibatkan pandangan yang

negatif daripada seluruh dan termasuk ulama muktabar seperti Shah Jabir Alawani. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya

jawab ringkas sahaja. Kalau kena geng mereka kena hukum mereka kata mahkamah tidak bebas tetapi

orang kerajaan kena hukum dia tidak sebut pula, malah UMNO pernah diharamkan dan dipotong

daripada pendaftaran oleh mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai kehakiman dan hakim-hakim kita mempunyai taraf

yang tinggi, dilatih bersama dengan orang yang ‘dok’ mengkritik itulah, itu sahaja. Yang Berhormat

bagi Parit Sulong membangkitkan isu jurang ‘digital’ yang akan berlaku dalam era teknologi

maklumat ICT di negara ini. Sehubungan ini beliau mencadangkan satu sekretariat khas di bawah

Jabatan Perdana Menteri untuk mengatasi masalah jurang digital tersebut. Untuk makluman Yang

Berhormat kerajaan menyedari bahawa telah mula wujud jurang digital di kalangan masalah negara

kita. Jurang digital ini dapat diukur melalui sama ada wujud kemudahan komputer dan Internet,

peratus dan tahap penggunaan komputer aplikasi dan yang menggunakan komputer dan sebagainya.

Jurang digital berlaku dalam sesuatu masyarakat apabila wujud keadaan berikut:-

(i) jurang antara orang kaya maklumat dan miskin maklumat;

(ii) yang mempunyai kemudahan komputer dan yang tidak;

(iii) yang kaya dan yang miskin;

(iv) berpendapatan tinggi dan yang berpendapatan rendah;

(v) di bandar dan di luar bandar; dan

(vi) yang fasih berbahasa Inggeris dengan yang tidak fasih.

Usaha yang sedang dan akan dijalankan untuk mengurangkan dan memastikan jurang digital

tersebut adalah terkawal melalui pelaksanaan beberapa projek. Ini termasuk mengadakan makmal

komputer di setiap sekolah, membekalkan komputer dan memberi latihan dan pendedahan dalam

penggunaannya kepada masyarakat di kawasan-kawasan luar bandar di bawah program Kementerian

Pembangunan Luar Bandar. Membekal komputer untuk kegunaan umum di pejabat-pejabat pos

kawasan luar bandar di bawah program Kementerian Tenaga Komunikasi dan Multimedia dan juga

cadangan MIMOS untuk membangunkan desa digital. Oleh itu cadangan Yang Berhormat supaya

satu sekretariat khas diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengatasi masalah jurang

digital tersebut merupakan satu cadangan yang baik dan akan dikaji dengan lebih lanjut lagi.

Yang Berhormat bagi Pokok Sena membangkitkan isu rasuah yang dikatakan berleluasa di

kalangan sebahagian kakitangan awam dan juga di kalangan pemimpin negara termasuk dakwaan

terhadap beberapa menteri. Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya BPR dinaik taraf sebagai

sebuah suruhanjaya bebas yang berkhidmat terus di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

DR.14.11.2000 29

Agong atau di bawah Parlimen dan Ketua Pengarah BPR mempunyai kedudukan setaraf dengan

pengerusi suruhanjaya. Menurutnya cadangan ini akan memberi ketelusan kepada BPR. Beliau juga

meminta kerajaan mengambil tindakan kepada Datuk Shafie Yahya bekas Ketua Pengarah BPR atas

tuduhan berbohong di mahkamah.

Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan mempunyai keyakinan yang penuh di atas

kewibawaan BPR agensi khusus yang bertanggungjawab untuk membendung dan mencegah jenayah

rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di negara ini. Kerajaan berpuas hati dengan

keberkesanan badan ini melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dalam membanteras jenayah

rasuah di negara ini. BPR adalah bebas untuk menyiasat sesiapa sahaja mengikut kuasa-kuasa yang

diperuntukkan oleh undang-undang dan kerajaan sentiasa memastikan kebebasan BPR terus terjamin.

Siasatan terhadap Datuk Shafie Yahya bekas Ketua Pengarah BPR mengenai kenyataannya

yang didakwa berbohong di mahkamah telah pun dijalankan oleh pihak polis.

Yang Berhormat bagi Kinabatangan membangkitkan isu rasuah dan keberkesanan BPR..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi

Kota Melaka bangun.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Ya, Yang Berhormat,

saya habiskan tajuk ini dahulu. Kebersihan BPR mengenai rasuah seperti….

Tuan Kerk Kim Hock: Tajuk yang sama dia hendak habis.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: ..lesen terbang − nanti

Yang Berhormat tidak dengar habis, hendak bercakap nanti yang saya sebut nanti Yang Berhormat

sebut balik. Kalau dalam Islam ialah dalam al-Quran dia kata orang yang baik itu, orang yang

mendengar dahulu, ambil y ang elok, itu baharu….

Tuan Kerk Kim Hock: Takut nanti sampai habis tidak beri, itu sahaja.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Ini tidak dengar lagi

sudah hendak…..

Tuan Kerk Kim Hock: Nanti janji beri tidak apa, saya tunggu.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Nantilah sekejap, Yang

Berhormat bagi Kinabatangan membangkitkan isu rasuah dan isu keberkesanan BPR mengenai

rasuah seperti kes lesen terbang. Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya ditambah peruntukan

kepada BPR bagi memperbaiki prestasinya. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan sedar

menghadapi kekurangan dari aspek keanggotaan dan peruntukan kewangan. Oleh itu kerajaan pada

dasarnya bersetuju menimbangkan cadangan menambahkan saiz keanggotaan, penstrukturan semula

organisasi dan pembukaan cawangan-cawangan baru pejabat BPR di negeri-negeri. Kertas cadangan

mengenainya sedang disediakan oleh BPR dan akan dikemukakan setelah disiapkan.

Kerajaan juga pada prinsipnya telah bersetuju menambah peruntukan kewangan kepada

BPR bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaan pembanterasan jenayah rasuah yang cekap dan

berkesan. Sebagai permulaan dalam Belanjawan 2001, BPR telah diperuntukkan sebanyak RM61.4

juta iaitu pertambahan lebih kurang 50% berbanding dengan peruntukan tahun 2000. Sila Yang

Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Terima kasih, saya rasa apa sahaja serangan atau kritikan yang

dibuat oleh pihak pembangkang, pihak kerajaan memang ada jawapan. Tetapi suatu hakikat yang kita

tidak boleh nafikan ialah bahawa telah wujudnya public cynicism yang telah disebutkan oleh Lee

Kuan Yew yang begitu tebal dalam Malaysia. Ini adalah satu hakikat. Jadi walaupun apa sahaja saya

kata kerajaan akan menafikan, orang-orang di luar Malaysia mengukur kita mengikut prinsip atau

ukuran mereka, satu prinsip demokrasi. Tetapi dalam Malaysia hakikat memang wujud iaitu rakyat

tidak lagi begitu percaya dengan kebebasan kehakiman kita, kebebasan BPR kita. Jadi saya rasa ini

adalah satu perka ra yang begitu membimbangkan oleh kerana sekiranya begitu rakyat tidak percaya

lagi apa sahaja yang dikatakan oleh kerajaan maka kita tidak boleh mewujudkan satu perpaduan yang

kita perlukan untuk mencapai Wawasan 2020.

DR.14.11.2000 30

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua,

kerajaan sentiasa menimbang tentang kesetiaan dan pandangan rakyat jelata. Maka sebab itu

perjalanan demokrasi yang berjalan di Malaysia berasaskan pandangan itu. Tetapi walau

bagaimanapun tuduhan janganlah melulu mesti ada asas dan untuk kebaikan negara, bukan untuk

menuduh, menipu dan mendorong rakyat supaya membenci di kalangan rakyat jelata terhadap

kerajaan yang memerintah. Jadi hasutan dari luar memang banyak, orang luar tidak berkenan dengan

negara ini maju, apatah lagi untuk Yang Berhormat apabila negara ini dianggap sebagai negara Islam,

mereka tidak mahulah apa erti negara Islam ada Formula One, ada hebat air-condition, negara Islam

ialah mesti miskin, orang masih mencakung, bila mencakung kepala lutut mesti tinggi daripada kepala

bahu, dia turun, itu negara Islam. Kalau naik bas separuh duduk atas bumbung, separuh bergayut

ditingkap, satu perempat sahaja duduk di dalam bayar tambang. Itu bayangan yang ada pada mereka.

Kalau negara Islam boleh maju − negara boleh challenge, fikiran di sistem kewangan, sistem yang ada

dalam dunia kita berani challenge maka dia kata itu bukan negara Islam, ini cara mereka bertindak

dan berfikir. Jadi negara kita maju sebab itu….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi

Tambun bangun.

silakan.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: ..maka mereka tidak ingin,

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang

Berhormat Menteri. Saya ambil contoh sehubungan dengan apa Yang Berhormat nyatakan, iaitu

contoh Indonesia, semasa Indonesia dalam order lama terlampau banyak kritik terhadap Indonesia

daripada badan luar utamanya. Sekarang apabila Indonesia berada dalam order baru orang yang

diharapkan untuk menolong Indonesia iaitu Amerika Syarikat dan Singapura meninggalkan Indonesia

sehingga rakyat Indonesia sekarang ini membantah begitu keras ke atas Amerika Syarikat dan

Singapura.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Terima kasih kepada

Yang Berhormat bagi Tambun, menyokong, kerana itulah pada mereka sebuah negara yang maju

dengan sistem, mereka kata pelabur tidak berani kerana kehakiman tidak telus tetapi pelabur

menderu-deru datang ke negara kita. Kita menjadi mewah dan senang, dan kita tidak ada orang yang

susuh di dalam negara kita, tidak ada kemiskinan yang ketara kerana pelabur asing. Maka itu kerana

keutuhan undang-undang dan kehakiman yang ada kepada kita Yang Berhormat. Maka itulah saya

bersetuju dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Tambun tadi. Apabila negara

menjadi kucar kacir mereka tidak boleh bercakap lagi sudah. Yang Berhormat kerana saya sudah janji

tadi bahawa banyak sangat hen dak jawab, maka Yang Berhormat-Yang Berhormat telah mempunyai

peluang untuk bercakap sebelum ini.

Yang Berhormat bagi Pokok Sena juga membangkit mengenai keberkesanan Dewan Negara

dan Ahli-ahli Dewan yang dipilih secara perlantikan dan juga dakwaan Dewan Negara sebagai rubber

stamp. Oleh itu beliau mencadangkan supaya pemilihan Ahli Dewan negara hendaklah dibuat melalui

pilihan raya. Untuk makluman Yang Berhormat perlantikan Ahli Dewan Negara adalah berasaskan

Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Ahli-ahli Dewan Negara dilantik adalah mewakili negerinegeri

dan pelbagai golongan termasuk golongan minoriti. Kaedah yang digunakan diguna pakai

sekarang adalah dianggap yang paling berkesan dan sesuai dalam konteks demokrasi di Malaysia.

Yang Berhormat bagi Pokok Sena juga menyatakan bahawa untuk membolehkan sistem

demokrasi dan pentadbiran negara ini berfungsi dengan lebih accountable dan berkesan maka Ahli

Parlimen pembangkang hendaklah diberi peluang mendapatkan maklumat terus dari pegawai tinggi

kerajaan. Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya Ketua Pembangkang dibolehkan melawat

kementerian-kementerian dan mendapat taklimat daripada jabatan-jabatan kerajaan dan ingin tahu

adakah kerajaan akan membolehkan lawatan seperti ini. Untuk makluman Yang Berhormat

kementerian-kementerian dan jabatan adalah jentera kepada kerajaan yang memerintah. Sebarang

maklumat yang dikehendaki oleh pihak pembangkang boleh dikemukakan melalui pertanyaanpertanyaan

Parlimen atau dari Yang Berhormat menteri yang berkenaan, selaras dengan amalan

demokrasi berparlimen. Dengan adanya mesyuarat-mesyuarat Parlimen, Ketua Pembangkang dan

DR.14.11.2000 31

Ahli Parlimen pembangkang berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat dan fakta rasmi yang

dikehendaki daripada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan.

Kemudahan ini sudah pun wujud dan diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan hingga

ke hari ini dan akan berterusan pada maka hadapan. Walau bagaimanapun terdapat maklumat yang

tidak dapat diberi atau maklu mat-maklumat yang boleh menjejaskan kepentingan dan keselamatan

negara dalam banyak bidang sekiranya disebarkan kepada umum.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi

Kepong bangun.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya dengar ucapan Yang Berhormat

secara menyeluruh ada yang baik dan ada yang kurang memuaskan. Adakah Yang Berhormat

bersetuju bahawa apabila kita, misalnya mengemukakan soalan, hanya 10 soalan dijawab di dalam

Dewan yang mulia ini dan apa yang disampaikan oleh pihak kementerian ialah apa yang dianggap

sesuai sahaja iaitu kalau yang tidak manis dia tutup, cuma menonjolkan yang baik sahaja. Itu sahaja

masalah kita. Kita tidak ada peluang untuk menjawab, adakah Yang Berhormat setuju kalau kita

adakan sesi khas misalnya bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab kepada

soalan-soalan yang dikemukakan secara teratur. Adakah Yang Berhormat setuju.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua,

semua soalan dijawab. Cuma ada yang dapat Jawab Lisan dan Jawab Bertulis. Jadi dalam senarai

soalan-soalan setiap hari hanya 11 atau 12 sahaja boleh jawab yang lain dia tinggalkan. Cuma ahli

pembangkang ini tidak puas hati. Dia tidak boleh ‘berkeriau’ lagi sekali dalam Parlimen. Maklumat

yang dia hendak dapat cuma dia tidak boleh menjerit sahaja. Itu dia tidak puas hati. Itu sahaja. Jadi

begitu juga maklumat lain. Boleh diperoleh dengan mudah. Cuma kita jawab kerana kita faham soalan

itu bukan hendak tahu, bukan ikhlas hendak tahu fakta. Yang dia tahu ialah soalan itu hendak main

politik. Maka kita pun politik juga. Kita jawab, jawab politiklah. Tetapi fakta yang dikehendaki

bilangan dan sebagainya duit, jumlah berapa dan sebagainya itu boleh diberi dengan sepenuhnya.

Maka orang tumbuk cara politik kita tepis cara politik juga Yang Berhormat.

Yang Berhormat bagi Pokok Sena menyatakan bahawa peruntukan yang diberi kepada Badan

Kehakiman adalah tinggi maka program-program yang tersusun hendaklah dilakukan. Sehubungan itu

beliau mahu satu tribunal dibentuk untuk menyiasat Ketua Hakim Negara terlibat dengan kes Tan Sri

Vincent Tan. Untuk maklumat Yang Berhormat setakat ini tidak ada asas yang kukuh yang dapat

mewajarkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menubuhkan satu tribunal menurut Perkara

125 Fasal, (3) Perlembagaan Persekutuan bagi maksud penyiasatan yang disebut oleh Ahli Yang

Berhormat itu.

Yang Berhormat bagi Pokok Sena juga membangkitkan isu mengenai Putrajaya dijadikan

sebagai Wilayah Persekutuan seperti yang diumumkan sedangkan belum mendapat persetujuan Majlis

Raja-Raja dan Sultan Selangor serta persetujuan Dewan Undangan Negeri Selangor. Sehubungan itu

beliau meminta kerajaan membuat pungutan suara di kalangan rakyat Selangor sama ada setuju atau

tidak terhadap keputusan menjadikan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

Untuk makluman Yang Berhormat, usaha menjadikan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan

adalah teratur mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. Sebagai langkah pertama kepada proses

penyerahan Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan, satu perjanjian bagi memaktubkan persetujuan di

antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor serta terma-terma yang syarat-syaratnya

hendaklah ‘ditangani’. Dalam hal ini perjanjian mengenai perkara tersebut telah pun ‘ditangani’ pada 7

November 2000 mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Kerajaan Negara Selangor. Kuasa eksklusif

negeri Selangor adalah terletak pada Sultan sekarang dijalankan oleh Pemangku Raja maka Baginda

atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk memberikan persetujuan itu.

Oleh kerana perwujudan Wilayah Persekutuan Putrajaya ini akan mengakibatkan pengubahsuaian

sempadan negeri Selangor maka Rang Undang-undang yang berkenaan perlu dibentangkan di hadapan

Majlis Raja -Raja dilakukan pada 9 November 2000 dan seterusnya di Dewan Undangan Negeri

Selangor dan Parlimen. Ini adalah selaras dengan peruntukan Perenggan B(b) Perkara 2 Perlembagaan

Persekutuan.

DR.14.11.2000 32

Yang Berhormat bagi Kubang Kerian membangkitkan mengenai peruntukan sebanyak lebih

RM2000 juta untuk Putrajaya. Sehubungan itu dia ingin tahu apakah justifikasi peruntukan itu. Beliau

juga ingin tahu mengenai cadangan pembinaan istana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di

Putrajaya yang dianggarkan berharga RM200 juta dan siapakah yang akan memiliki tapak istana

sekarang.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2001 sebanyak RM2000 juta diperuntukkan

bagi projek-projek pembangunan Putrajaya seperti berikut:

• Kuarters kerajaan – RM800 juta

• Infrastruktur – RM632 juta

• Kemudahan awam – RM345 juta

• Rekreasi – RM150 juta

• Lain-lain seperti pembangunan kawasan perwakilan asing, sistem

pusat kawalan bandar dan lain-lain sebanyak RM73 juta.

Istana yang dicadangkan dibina di Putrajaya dengan anggaran kos RM100 juta bukan RM200

juta, RM100 juta adalah istana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sehubungan itu Istana

Negara sekarang masih merupakan istana rasmi yang utama bagi Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong.

Yang Berhormat bagi Marang membangkitkan isu penyerahan Putrajaya kepada Kerajaan

Persekutuan, sedangkan ianya tidak dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor terlebih dahulu.

Oleh itu beliau ingin tahu apakah Dewan Undangan Negeri Selangor….

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri Yang

Berhormat …

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid Othman: …hanya sebagai rubber stamp dan

mengapakah hal ini berlaku. Sedikit sahaja Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat

cadangan menjadikan Putrajaya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan dibuat mengikut Perkara 2

Perlembagaan Persekutuan. Tuduhan kepada Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai rubber stamp

ialah satu penghinaan kepada Dewan yang mulia tersebut.

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin dapat penjelasan

lanjut. Apa yang saya bangkitkan ialah justifikasi tentang peningkatan perbelanjaan ke atas Putrajaya.

Peruntukan asal ialah RM2.8 bilion telah naik menjadi RM6.8 bilion. Untuk tahun 2001 sahaja ialah

RM2 bilion. Mengapakah anggaran itu lari begitu besar daripada RM2.8 bilion bagi pihak kerajaan, ini

tidak masuk yang hak Petronas, Khazanah dan lain-lain, sudah naik jadi RM6.8 bilion. Bermakna

bahawa peruntukan itu telah melebihi daripada apa yang dianggarkan.

Yang kedua saya hendak dapat penjelasan. Yang Berhormat telah sebutkan tentang

penyerahan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan. Kalau kita lihat Kuala Lumpur diserah sebagai

Wilayah Persekutuan dengan Putrajaya diserahkan sebagai Wilayah Persekutuan termanya ialah jauh

lebih baik apa yang dibuat oleh Allahyarham Tun Razak kepada Selangor. Bayaran pampasan cash

RM200 juta – sama. Tetapi bayaran tahunan ialah RM18 juta untuk Kuala Lumpur menjadi Wilayah

dan hanya RM7.8 juta untuk Putrajaya menjadi Wilayah. Pada sidang Dewan yang sama sebelum ini

Menteri dari Jabatan Perdana Menteri telah sebut menjelang 2025 harga satu hektar tanah di Putrajaya

ialah RM400 juta. Ada dalam Hansard – RM400 juta dalam Hansard. Maknanya sekarang ini

Kerajaan Selangor hanya dapat harga setengah hektar sahaja RM200 juta untuk 5000 hektar.

Yang ketiga saya hendak dapat penjelasan ialah berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang

Berhormat sebentar tadi …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah lupa? Lupa tidak apalah.

Tuan Husam bin Haji Musa: Tidak, tidak. Istana, istana, ya istana. [Ketawa]

DR.14.11.2000 33

Tidak boleh lupa, istana punya hal tidak boleh lupa. RM200 juta untuk harga istana. Dalam

jawapan sebelum ini Perdana Menteri telah sebut harga rumah dia – Rumah Perdana Menteri RM17

juta. RM17 juta sudah begitu besar, RM200 juta bagaimana? Jadi consistency di antara dua harga

kepada dua perkara yang lebih kurang sama adalah mengelirukan.

Dan yang keempat saya hendak dapat kepastian yang sebenar daripada Yang Berhormat.

Saya tidak hendak jawapan politik. Kalau Yang Berhormat sudah jawab tadi boleh konklusi sebagai

jawapan politik adalah mendukacitakan Dewan ini. Tapak Istana Negara ini telah diserahkan kepada

orang tertentu dalam perjanjian ataupun tidak. Itu sahaja.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, soal

perbezaan inilah prihatin dan kecekapan kita membuat peruntukan. Sekarang ini sistem kerajaan, dia

buat peruntukan ialah terminal bukan buat daripada site awal sampai sudah berapa banyak. Jadi kita

buat dalam projek pembangunan sampai setakat ini ialah RM2 bilion lebih. Kemudian penambahan

lagi banyak mana yang diperlukan. Jadi kita tidak ada sekali gus start kata RM6.0 bilion. Jadi apa

hendak, buat pegawai tidak sempat hendak rancang. Yang kita buat ialah kita rancang pembangunan

setakat itu, itulah. Maka yang akan datang kita buat lagi. Itu ialah untuk tujuan itu.

Yang ketiga tadi soal istana tadi untuk makluman Yang Berhormat sekarang ini Istana Negara

kita dewan-dewannya cukup sempit. Kalau Yang Berhormat pernah berkunjung ke Istana Negara yang

ada sekarang. Hendak buat jamuannya punya kekok kerana terlampau sempit. Hendak jemput orang

untuk 150 orang pun sempit. Maka peningkatan istana tentu lebih istimewa keadaannya. Yang

Berhormat sedia maklum buat rumah ini kadang nampak kecil tetapi lebih mahal daripada rumah besar.

Kalau hendak buat rumah setakat bumbung setakat tiang itu boleh besarlah. Tetapi istana dia ada PC

item. Tanya rakan-rakan dalam pembinaan. Iaitu prime cost item untuk istana ini sangat hebat. Jadi

kalau karpet istana tidak akanlah macam karpet rumah Perdana Menteri. Kalau pergi ke Sri Perdana

sekarang sangat simple. Tidak ada apa, lantai biasa sahaja. [Sorak] Dan terbuka tiap-tiap hari pergi

melawatlah. Sebab itu dia jadi murah. Jadi untuk istana sebagai kewibawaan Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong dan ini ialah Istana Negara kedua bukan kata rumah orang tertentu. Istana

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kurang jelaslah Yang

Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa anggaran untuk perbelanjaan

sesuatu seperti istana adalah berperingkat. Sebagai contoh sebuah rumah sampai buat siling 10%

bayar wang. Apakah ini macam peruntukan kewangan? Kalau sebegitu belanjawannya kita tidak tahu

kalau kita buat pembinaan sekolah adakah ini untuk peringkat permulaan sahaja. Jadi apa guna

anggaran perbelanjaan ini kalau bukan untuk keseluruhan projek. Saya kurang faham apa yang

dimaksudkan secara berperingkat. Kita mesti ada satu target berapa jumlah untuk keseluruhan projek,

bukan berperingkat. Saya kurang jelas minta penjelasan ya. Jadi anggaran ini semua tidak betul.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Saya sebut tadi. Tidak

faham cakap Melayukah tidak faham sistem. Yang kita kata ini, sistem.

Puan Fong Po Kuan: Saya sudah kata saya kurang jelas. Apa hendak jawab macam ini

seorang Menteri ya.

Gajah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Saya terang tadi.

Duduklah hendak bercakap ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Saya sudah faham

pertanyaan tadi.

Puan Fong Po Kuan: Saya kurang jelas. Sebab itu minta bantuan. Kenapa cakap saya tidak

faham Melayu, tidak faham sistemlah.

DR.14.11.2000 34

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tidak apa, tidak apa. Kita

kata … Pasal apa emosi Yang Berhormat? Apa emosi macam ini? Tenanglah. Wakil Rakyat

tenanglah. Tunjuk tangan itu untuk orang bisu. [Ketawa]. Kita kata perancangan bandar yang besar

macam ini dibuat berperingkat-peringkat. Jadi janganlah terkejut orang ini sudah tambah pula tahun

depan memang belum selesai lagi pembinaan itu. Jadi kita tidak mahu buat sesuatu perb elanjaan yang

menggemparkan sehingga tidak boleh tercapai dalam masa tertentu. Itu pun kita capai sangat cepat.

Putrajaya dibangunkan dalam masa 30 bulan daripada letak batu asas hingga pindah masuk Jabatan

Perdana Menteri ialah 30 bulan. Jadi itulah. Perancangan kita dibuat, sistemnya ialah berperingkatperingkat.

Maka sebab itu peruntukan kewangan dijelaskan apabila peringkat yang berikutannya

dibentangkan. Yang Berhormat sebut tadi fasal tidak berapa adil. Tidak adillah Putrajaya dan

sebagainya. Ini adalah persetujuan antara dua belah pihak bukan siapa dapat Selangor. Fasal apa Yang

Berhormat ialah bukan dari Selangor. Kalau Wakil Rakyat dari Selangor tadi saya rasa betullah tanya

itu fasal apa dahulu banyak. Ya, Yang Berhormat sistem yang di Putrajaya ialah Putrajaya dahulu

ladang estet Perang Besar. Perbadanan Putrajaya yang diamanahkan untuk membangunkan Putrajaya

membeli ladang itu di pasaran terbuka, daripada tuan ladang bukan daripada hak. Memang hak

umumnya ialah hak Kerajaan Negeri Se langor terhadap semua tanah. Tetapi milik tuan punya tanah itu

masa dibeli ialah sebuah syarikat ladang kelapa sawit. Maka peningkatan dibayar kepada Kerajaan

Negeri Selangor itu ialah sangat berpatutan. Dan pihak Selangor pun menerima dalam perundinganperundingan

yang dibuat. Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak usah terang kerana hendak teruskan ini

kerana banyak lagi ini

Yang Berhormat bagi Wangsa Maju membangkitkan isu pemberian….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat…

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Sekejap Yang Berhormat

ya. …pemberian gerai di kalangan bumiputera dan meningkatkan lagi infrastruktur gerai di sekitar

Kuala Lumpur. Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

menyusun semula gerai-gerai di sekitar Kuala Lumpur bagi meningkatkan kebersihan dan kecekapan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Beliau juga mencadangkan supaya penyewa-penyewa rumah DBKL yang telah menyewa

lebih 10 tahun ditawarkan untuk membeli rumah -rumah tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam projek pusat-pusat penjaja yang telah dan sedang

dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepentingan pemohon bumiputera sememangnya

diambil kira dan diberi keutamaan sebagai langkah untuk mempertingkatkan lagi bilangan bumiputera

yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan. Sementara itu untuk meningkatkan tahap kebersihan

dan kecekapan penjaja beberapa langkah telah pun diambil oleh DBKL seperti berikut.

• Memindahkan gerai-gerai penjaja di lokasi yang tidak sesuai dan

menimbulkan masalah terutama jalan-jalan masuk utama ke pusat bandar

Kuala Lumpur ke lokasi yang bersesuaian. Dalam tempoh 1997 hingga

1998, sebanyak 1213 penjaja telah dipindahkan dan disusun semula.

• Menyusun semula dan menaik taraf tapak penjaja sedia ada dengan

menyediakan kemudahan asas seperti struktur bumbung yang seragam,

bekalan air dan elektrik serta sistem longkang dan parit yang sewajarnya.

Dalam tempoh Januari 1999 sehingga Disember 1999 sebanyak 12 tapak

penjaja telah disusun semula dan dinaikkan taraf dan melibatkan sebanyak

367 penjaja.

• Memindahkan penjaja ke dalam pusat-pusat penjaja pasar sedia ada dan

dilengkapkan dengan kemudahan asas yang sempurna.

Silakan Yang Berhormat tadi. Masih berminat lagikah?

DR.14.11.2000 35

Tuan Yang di -Pertua: Ya, yang mana satu itu? Yang Berhormat , dia orang tidak bangun

Yang Berhormat, jangan bagi jalan, ya.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila, kita tidak ada masa Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Kita tidak ada masa Tuan

Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bandau menyatakan

bahawa penghantaran balik pendatang tanpa izin di Sabah adalah tidak menyelesaikan masalah

sekiranya mereka kembali semula ke negara ini. Sehubungan dengan itu beliau ingin tahu maklumat

terperinci mengenai jumlah pendatang tanpa izin (PTI) yang dihantar balik, bila, pusat-pusat

penghantaran dan kenapa dihantar. Di samping itu kerajaan hendaklah memastikan bahawa PTI

tersebut tidak kembali semula ke negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan menangkap dan menghantar pulang PTI dibuat

secara berterusan dan dipertingkatkan dari masa ke sema sa. Secara keseluruhan sejak tahun 1990

hingga tahun 1999 seramai 132,240 orang PTI yang tediri daripada 64,414 orang Filipina dan 65,826

orang Indonesia telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Selain itu sejumlah 26,513 PTI

Filipina dan 860 orang PTI Indonesia telah kembali secara sukarela menjadikan jumlah keseluruhan

PTI yang dihantar pulang bagi tempoh tesebut kepada seramai159,613 orang.

Bagi tahun ini, sejak Januari hingga September 2000, seramai 19,463 orang PTI yang terdiri

dari 9,943 orang Filipina dan 9,521 orang Indenesia telah dihantar pulang. Semua PTI yang ditahan ini

ditempatkan di tiga buah pusat tahanan sementara yang terletak di Menggatal, Sandakan dan Tawau.

Bagi PTI Indonesia……

ya.

Tuan Yang di -Pertua: Ada yang bangun, Yang Berhormat. Sebelah sana ada yang bangun

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Beri saya habis yang bab

ini dulu Yang Berhormat, kalau tidak keliru ini.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Bagi PTI Indonesia,

penghantaran balik adalah melalui Pelabuhan Tawau dan mereka akan terus dihantar ke Nunukan,

Indonesia manakala bagi PTI Filipina penghantaran balik mereka adalah melalui Pelabuhan Sandakan,

dihantar ke Zamboanga, Filipina.

Bagi memastikan PTI tersebut tidak kembali semula ke negara ini, berbagai langkah telah

diambil, antaranya ialah:

(a) Operasi bersepadu serta operasi sendirian oleh agensi-agensi

penguatkuasaan kerajaan untuk menangkap dan menghantar pulang PTI

dibuat secara berterusan, dipertingkatkan dari masa ke semasa.

(b) Pemantauan dan pengawalan pintu masuk ke Pengairan Sabah telah

ditingkatkan melalui tambahan kawalan oleh Tentera Laut

Diraja Malaysia dan Polis Marin seperti berikut:

(i) menempatkan satu batalion tambahan Tentera Darat Malaysia;

(ii) menempatkan satu batalion tambahan Pasukan Negara Am;

(iii) menempatkan 29 kapal TLDM dan 14 bot Polis Marin; dan

(iv) menempatkan 5 pesawat Hawks dan helikopter TUDM masing-masing

di Sandakan dan Tawau.

Yang Berhormat Tuaran menyatakan masih ramai PTI pelarian lebih kurang 500,000 orang

berada di Sabah sejak tiga dekad yang lalu. Sehubungan itu beliau ingin tahu penyelesaian yang akan

dibuat oleh kerajaan iaitu sama ada kerajaan mahu mereka terus tinggal di Sabah atau membawa isu itu

kepada PBB.

DR.14.11.2000 36

Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang termaklum pendatang asing di Sabah terdiri

dari tiga golongan iaitu pelarian, buruh asing dan pendatang tanpa izin. Tindakan penyelesaian

pendatang asing di Sabah dibuat secara bersepadu mengikut golongan pendatang asing tersebut seperti

berikut:

(i) Pelarian - mereka dibenar tinggal di Sabah tanpa tempoh masa yang

dihadkan. Walau bagaimanapun, mereka digalakkan untuk pulang ke

Filipina.

(ii) Buruh asing - mereka dibenar bekerja di sektor-sektor ekonomi tertentu

yang diperlukan bagi menjana ekonomi negeri Sabah seperti perladangan,

pembinaan, perkhidmatan dan pembantu rumah. Mereka dibenarkan

bekerja bagi tempoh antara lima hingga tujuh tahun.

(iii) PTI - mereka tertakluk kepada tindakan tangkapan dan penghantaran

pulang.

Tadi Yang Berhormat……

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Datuk Menteri. Ini berhubung dengan

pendatang tanpa izin. Jadi memang sudah menjadi kelaziman, di Sabah ini biasanya ditangkap dihantar

hari ini, tiga hari dia sudah balik, datang balik ke Kota Kinabalu. Kalau dari Sandakan dia datang

balik ke Sandakan dengan identiti yang lain tetapi orang yang serupa.

Sebelum ini saya ingin mengucap tahniah kepada kerajaan kerana telah menubuh satu

jawatankuasa khas untuk memantau kegiatan pendatang tanpa izin ini. Walau bagaimanapun, perkara

ini sudah berlarutan bertahun-tahun. Tidakkah kerajaan terutama sekali Jabatan Perdana Menteri

mendapat satu kaedah yang paling berkesan untuk memastikan mereka yang dihantar ini tidak lagi

datang semula kerana kalau ini memang berlaku kerajaan akan rugi buat seterusnya kerana yang kita

hantar pun perlu…….

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat berucap tu, ya.

Tuan Bung Moktar bin Radin: Jadi saya ingin mencadangkan kalau boleh…..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat jangan mencadangkan, minta penjelasan.

Tuan Bung Moktar bin Radin: Minta penjelasan dan sekarang ini mencadangkan sedikit

sahaja. Kalau boleh kerajaan pertimbangkan pendatang tanpa izin ini kalau susah dihantar,

dilegalisekan atau disahkan kehadiran mereka dijadikan buruh asing. Jadi kerajaan tidak rugi dari segi

penghantarannya. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua,

kerajaan sama ada menteri ataupun pegawai pentadbiran dan pegawai-pegawai yang berkenaan duduk

fikir bab ini hari-hari, mencari jalan. Bukan kita duduk diam, hendak buat biarlah begitu. Jadi apa

sahaja fikiran di dalam negeri ini mengenai soal orang luar ini menjadi perbahasan jawatankuasa

berkenaan. Mesyuarat tiap-tiap minggu, boleh kata pegawai itu kerja itu tiap-tiap hari, duduk fikir

Antara caranya ialah mereka datang kerana soal ekonomi di negara mereka kurang baik. Kita

telah cuba supaya program ekonomi dijalankan di sana. Di antaranya Tabung Haji telah menjalankan

usaha menanam kelapa sawit di kawasan mereka. Tujuannya supaya tanah mereka juga ditanam

kelapa sawit. Bila Tabung Haji ada kilang di situ, kelapa sawit mereka boleh dijual kepada Tabung

Haji.

Ini adalah satu alternatif supaya mereka tidak datang. Orang yang datang itu adalah kerana

hidup negara mereka susah. Mereka bukan datang melancong, bukan datang main-main tetapi kerana

himpitan ekonomi. Maka Kerajaan Malaysia sentiasa berfikir tentang keadaan ekonomi. Salah

satunya ialah memperbaiki keadaan mereka. Itulah Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa teruskan.

DR.14.11.2000 37

Seorang Ahli: Bandau ingin…..

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Bandau Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Ya, kawasan Bandau…….

Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasihlah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri

seperti yang dikatakan tadi, semenjak tahun 1990 sampai ke tahun 1999, sepuluh tahun itu jumlah yang

dihantar balik termasuk mereka yang balik sukarela 154,613. Kalau diambil purata keseluruhan

sekadar 15,000 satu tahun dan kita alu -alukan usaha kerajaan yang telah pun pada saat ini menyekat

kemasukan kembali khususnya di perairan dan tambahan-tambahan batalion.

Masalahnya Tuan Yang di-Pertua ialah, PTI yang sedia ada di dalam negeri kita negara kita

sekarang ini dan pertamanya berapa jumlah sebenarnya. Banyak angka -angka, kelmarin dikatakan

100,000. Tiga tahun yang dahulu dikatakan 78,000 selepas polarisasi dijalankan. Anggaran umum

masih dalam bentuk setengah juta. Jadi, berapa sebenarnya dan kalau sekadar kita hantar 1,000, 2,000

satu bulan, 1,500 satu bulan kalau anggaran sepuluh tahun yang dulu tu, amat sedikit sekali.

Bagaimana kita boleh menyelesaikan? Mereka ini menetap di sini, dikatakan oleh pihak menteri tadi

dengan mencari makan tetapi adakah kita benarkan mereka cari makan dengan izin ada expand about

our own people. Ada expand about our own economy. Jadi, apa tindakan yang muktamad

berdasarkan berapa banyak mereka di sini untuk menyelesaikan sekaligus perkara ini. Terima kasih

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, mengenai

pendatang tanpa izin ini menjadi satu masalah kerana mereka tidak menzahirkan diri mereka di dalam

masyarakat kita. Jadi, Yang Berhormat sedia maklumlah di Sabah ini, ada kampung-kampung di

pesisiran air laut yang kita tidak tahu siapa penghuni yang sebenarnya duduk tinggal di situ dan

berbagai-bagai cara lagi. Kerajaan kalau boleh kit a nak bersihkanlah, biarlah tidak ada pendatang

tanpa izin datang dengan cara sistem, tetapi masalah negara berjiran ini, inilah masalah kita.

Bukan hasrat kerajaan nak melindungi mereka tetapi kerajaan mencari jalan nak

menyelesaikan masalah kemanusiaan ini dengan cara yang adil tetapi tidak membebankan negara

Malaysia. Yang Berhormat Batang Lupar,Yang Berhormat dah panjang …………

Tuan Mohamad bin Sabu : Datuk...Datuk ...Datuk minta sebelum pergi ke lain, sikit saja.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Silakan.

Tuan Mohamad bin Sabu: Untuk pengetahuan Datuk Menteri, minta ulasan sedikit. Bila

kita berada di Batam, ada sindiket mengatakan bahawa nak balik ke Malaysia dengan pasport atau

dengan cara tidak pasport. Iaitu, dicharge RM500 untuk mereka daripada Batam terus mendarat di

Johor. Ini sudah menjadi daily trip ataupun dua tiga hari trip begitu. Bagaimana pihak keselamatan

negara mengawal keadaan ini dan kita bimbang sini sudah ada satu pakatan di pihak sini dan

sebagainya sehingga mereka boleh menawarkan iaitu nak bawa daripada Batam ke Johor daily trip

dengan bot laju dengan tawaran RM500. Jadi, untuk pengetahuan supaya pihak kementerian check

perkara ini, tempat-tempat mereka mendarat adakah pakatan dengan pihak tertentu di sini yang mereka

boleh masuk begitu mudah. Minta ulasan.

Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Terima kasih kepada

Yang Berhormat bagi Kuala Kedah Itu satu pemakluman untuk pengetahuan kita dan kita mencari

jalanlah. Pada dasarnya kerajaan bersungguh-sungguh untuk menahan pendatang tanpa izin ini

memasuki negara kita.

Yang Berhormat Batang Lupar menyatakan bahawa bangunan-bangunan kerajaan

kebanyakannya lama, uzur, rosak dan tidak bercat sehingga timbul imej yang buruk. Mana-mana

bangunan yang uzur, rosak itu adalah bangunan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya kerajaan mengambil perhatian perkara tersebut agar

tidak menjejaskan imej kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa peka dengan

keadaan penyelenggaraan bangunan serta menyediakan peruntukan melalui Kementerian Kerja Raya

dan juga kementerian dan jabatan berkaitan yang mempunyai bangunan sendiri. Bagi bangunan guna

sama Zon Selatan dan Sarawak, kerajaan telah menandatangani kontrak penyelenggaraan bangunan

DR.14.11.2000 38

pada 19-03-98 dengan Syarikat Ambang Wira Sdn Bhd. bagi tempoh 10-15 tahun. Sepuluh dan

campur lima tahun ini boleh diperbaharui.

Bagi Zon Utara dan Sabah, Sarawak, Labuan dan Zon Timur masih belum lagi ditandatangani

kontrak penyelenggaraan dengan syarikat konsesi yang telah pun diluluskan secara prinsip oleh Unit

Perancang Ekonomi. Bagi bangunan-bangunan yang usang, kerajaan akan mengambil tindakan untuk

menggantikan dengan bangunan baru mengikut keperluan, mengikut daerah dan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Shah Alam menyatakan bahawa kemiskinan

bukan sahaja di luar bandar bahkan di bandar. Menurutnya, kemiskinan di bandar adalah terdiri dari

golongan pinggiran masyarakat industri.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan memberi penekanan kepada kadar kemiskinan di

luar bandar, di pinggir bandar dan di bandar serta mewujudkan pelan komprehensif untuk menangani

masalah ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam, dalam menangani isu

kemiskinan, selama ini kerajaan memang memberi penekanan kepada program-program pembasmian

kemiskinan di luar bandar dan juga di bandar. Kadar kemiskinan negara telah menurun daripada 8.7%

dalam tahun 1995 kepada 6.1% dalam tahun 1997. Sementara itu, kadar kemiskinan di luar bandar

telah menurun daripada 14.9% atau 281,800 isi rumah kepada 10.9% atau 221,800 isi rumah pada

tempoh masa yang sama. Manakala kemiskinan di bandar telah menurun daripada 3.6% atau 83,800 isi

rumah dan tahun 1995 kepada 2.1% atau 52,400 isi rumah d an tahun 1997.

Berhubung dengan pembahagian kawasan untuk program kemiskinan, kerajaan telah

menumpukan kepada dua kategori iaitu bandar dan luar bandar. Pecahan kawasan sedemikian adalah

memadai dan cadangan Ahli Yang Berhormat untuk mengadakan kawasan di pinggir bandar mungkin

tidak perlu kerana ianya adalah sebahagian daripada definisi kawasan yang sedia ada.

Program-program pembasmian kemiskinan di bandar lebih tertumpu kepada program

kemudahan kredit mikro bagi membolehkan golongan ini menyertai aktiviti perdagangan dan

perniagaan. Langkah yang diambil untuk memperkemas berbagai program awam yang melibatkan

golongan miskin ini seperti perumahan kos rendah, penyediaan premis perniagaan kecil dan bantuan

pendidikan.

Selain daripada projek menambah pendapatan, usaha juga dijalankan untuk memperbaiki

kualiti hidup golongan ini melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan sosial seperti bekalan air,

elektrik dan kemudahan kesihatan dan sekolah. Di samping itu, usaha-usaha juga diteruskan untuk

menerapkan sifat positif melalui pembangunan insan bagi membolehkan isi rumah ini meningkatkan

keupayaan mereka agar terkeluar dari belenggu kemiskinan.

Mengenai cadangan mewujudkan pelan komprehensif, kerajaan berpendapat rancanganrancangan

pembangunan lima tahun yang sedia ada adalah memadai untuk mengenal pasti serta

melaksanakan program pembasmian kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja perkaraperkara

yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab Jabatan Perdana

Menteri yang sempat saya jawab dan mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut

telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih,

Assalamualaikum. [Disampuk]

Tuan Yang di -Pertua: Dah habis dah Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri

Dalam Negeri.

12.17 tgh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua dan

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang

telah membahaskan Belanjawan 2001 dan mengenai perkara -perkara yang menyentuh bidang kuasa

dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri. Saya akan cuba memberi penjelasan dengan

sewajarnya.

Yang Berhormat dari Sibu menyentuh mengenai kemudahan asas pih ak polis seperti kereta

peronda, penggunaan minyak petrol, perumahan dan sebagainya. Dalam hal ini, pihak kerajaan

DR.14.11.2000 39

khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya sentiasa mengutamakan kemudahan asas ini

supaya tugas-tugas PDRM tidak tergendala dan keselamatan rakyat secara umumnya terjamin.

Peruntukan bagi PDRM meningkat setiap tahun dan ini adalah untuk

memperkemaskan lagi segala kemudahan yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab

Polis Diraja Malaysia kita.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat ada yang bangun.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya.........

Tuan Yang di -Pertua: Minta jalan dulu, minta jalan dulu Yang Berhormat. Dia bagi jalan

atau tidak.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya baru cerita saja Tun.

Dr. Tan Seng Giaw: Tak....tak...tak. Tak kena mengena.

Tuan Yang di-Pertua: Belum lagi apa-apa lagi dia bangun dah ya..[Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw: Tak, cuma ini saja,

Tuan Yang di-Pertua: Nak bagi jalan atau tidak Yang Berhormat ?

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Kalau dia nak jawab, dia jawablah dulu. [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw: Kita minta penjelasan bukan kerana itu bermula dengan pidato tadinya,

cuma saya tengok jadual inilah ....

Tuan Yang di-Pertua: Ya...ya..

Dr. Tan Seng Giaw: Itu dalam negara kita tidak dalam jadual yang kedua Kedua itu

perumahan tak.

Tuan Yang di-Pertua: Jadual. Ikut jadual kedua ya Kementerian Dalam Negeri.

Dr. Tan Seng Giaw: Mengikut jadual?

Tuan Yang di-Pertua: Ya...ya. Ada jadual pada saya.

Dr. Tan Seng Giaw: Ada? Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila. Dia out of order Yang Berhormat. [Ketawa]

Sila..sila.. teruskan.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Itu tak payah jawab Tun ya.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tak payah jawab ya [Ketawa]

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Lain kali kalau belum tentu cerita pada dia Tun jangan soallah.

[Ketawa] Berhubung saranan Yang Berhormat daripada Sibu supaya kaum Cina menyertai pasukan

polis pada masa ini sememangnya terdapat berbagai-bagai bangsa dan kaum menyertai pasukan Polis

Diraja Malaysia. Kekurangan satu dua bangsa di dalam satu-satu perkhidmatan ini mungkin

disebabkan mereka tidak berminat atau menyertai satu perkhidmatan tersebut. Yang Berhormat dari

pekan Tambun bertanya sama ada dasar imigresen negara yang berhubung dengan pengambilan

pekerja -pekerja yang low skill dikaji semula. Adalah menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan

pergantungan kepada pekerja asing .Dengan itu, kerajaan dari semasa ke semasa akan mengkaji dasar

pekerja asing yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, dasar yang sedia ada ini telah pun dipinda di

mana pekerja asing baru yang diambil bekerja hanya dibenarkan bekerja untuk tiga tahun sahaja. Yang

Berhormat dari Kemaman menyarankan supaya akta-akta ISA ,OIC…..

kanan.

Tuan Yang di -Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Sibu bangun Yang Berhormat, sebelah

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

Tentang peruntukan kepada Jabatan Polis Diraja Malaysia, saya ingin tahu adakah kementerian

DR.14.11.2000 40

mempunyai satu sistem untuk memb ayar elaun kepada anggota-anggota polis bertugas di dalam waktu

keluar biasa, contohnya overtime pay atau irregular times working (kerja). Sekian.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Mengikut peraturan dan persefahaman, tugas polis adalah 24

jam. Kalau tugas nya 24 jam kalau dia bekerja, tidak ada 25 jam dalam satu hari, 24 jam sahaja dan

semua gaji serta elaunnya ditetapkan mengikut yang telah ditetapkan ataupun kalau ada tambahan,

tambahan kepada elaun yang berkenaan mestilah yang standard, maka semua kemudahan ini diberi

mengikut persetujuan antara kerajaan dengan pihak polis sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Yang Berhormat bagi Kemaman menyarankan supaya Aktaakta

ISA, OSA, Mesin Cetak dihapuskan supaya menurut pandangan beliau untuk menjamin kebebasan

rakyat bersuara dan berhimpun secara aman. Saya ingat perkara ini telah kita bahaskan dalam Usul

yang baru ini tentang perhimpunan secara aman ini. Sememangnya dalam Perlembagaan Malaysia ada

peruntukan berhubung dengan kebebasan rakyat bersuara dan perhimpunan secara aman. Namun

demikian, bagi kepentingan keselamatan negara ini keseluruhannya, Perlembagaan Malaysia juga

membenarkan Parlimen mengadakan undang-undang bagi menjamin keamanan dengan kesejahteraan

negara dan rakyat. Oleh itu Akta-akta ISA, OSA dan Mesin Cetak digubal semata-mata untuk

memelihara keamanan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bandau,

termasuk Yang Berhormat bagi Gaya......

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kemaman bangun, Yang Berhormat.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Cadangan saya ialah kerana apa yang berlaku dalam negara kita ialah banyak akhbar-akhbar (mediamedia)

yang mengeluarkan berita-berita kebanyakannya berat sebelah ataupun kebanyakannya

memfitnah pembangkang dan sebagainya. Mengapa ruang tidak diberikan kepada pihak-pihak

pembangkang untuk menyuarakan suara mereka dan juga yang berlaku pada hari ini ialah banyak

peruntukan-peruntukan dalam akta yang ada ini kebanyakannya diluluskan semasa negara dalam

keadaan darurat dan apa yang berlaku ialah tindakan-tindakan oleh pihak-pihak berkuasa menggunakan

akta-akta yang diluluskan semasa darurat untuk menjalankan kegiatan mereka. Itu yang menyebabkan

banyak perkara-perkara yang bertentangan dengan perlembagaan yang berlaku hari ini, contohnya

seperti berhimpun lebih dari empat orang kena ada permit dan sebagainya, itu adalah akta semasa

darurat. Mengapa dalam keadaan tidak darurat pun perkara ini digunakan juga. Itu sahaja saya hendak

tanya.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Semua akta ini seperti ISA adalah sesudah dibawa dalam

Parlimen telah dibahaskan setelah kita merdeka, akta-akta yang telah dibahas dalam Parlimen ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Parlimen kita tidak ada pun satu masa bahawa dalam Parlimen

kita ini tidak ada pun pembangkang. Dalam sepanjang sejak kita merdeka sehingga sekarang ada

wakil-wakil pembangkang dalam Parlimen ini. Maka ini tidak bermakna bahawa pemb angkangpembangkang

yang ada pada masa itu tidak membangkitkan perkara ini tetapi memandang kepada

budaya majority rules dan majoriti ini dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, mendapat persetujuan dan

pemilihan daripada rakyat. Tetapi walaupun ada akta-akta ini tidak bermakna semua akta ini akan

ditujukan hanya kepada pembangkang sahaja, ahli-ahli kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada

kerajaan, Menteri-menteri pun kalau melanggar akta-akta ini, minta maaflah, dia akan kita gulung

sekali juga. Jadi, jangan ada para Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang hanya kata akta

ini akan dikenakan kepada pembangkang sahaja. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa pihak

kerajaan pun ada yang terkena dengan akta yang telah disebutkan tadi.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ketiga-tiga orang Yang Berhormat, hendak beri yang mana itu?

DR.14.11.2000 41

Tuan Kerk Kim Hock : Saya boleh.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sri Gading.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Mungkin kalau ini saya hendak respon kepada semua yang

bangkit ini.

Pertua.

Tuan Kerk Kim Hock: Satu kali sahaja, hari itu tidak bagi ..........

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Bagi Yang Berhormat bagi Sri Gading, Tuan Yang di-

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, jangan tawar-menawar ya. Kalau hendak beri

kepada siapa hendak bagi ....

Pertua.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Nanti saya habis dahulu.

Tuan Mohamad bin Sabu: Yang sokong tidak payahlah.

Tuan Yang di-Pertua: Hendak bagi atau tidak?

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tidak bagi.

Tuan Kerk Kim Hock: Sekalipun tidak boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Sila duduk, Yang Berhormat.

Tuan Mohamad bin Sabu: Ya, saya pun tidak boleh?

Tuan Yang di-Pe rtua: Ya, tidak boleh. Walaupun ...... [Disampuk]

Tuan Kerk Kim Hock: Itu hari pun tidak bagi, hari ini pun tidak bagi, ya.

Tuan Mohamad bin Sabu: Ha, sekarang tinggal saya seorang. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila teruskan Yang Berhormat, ya.

Tuan Mohamad bin Sabu: Bolehkah Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri sila teruskan jika tidak bagi, ya.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya setuju dengan apa yang diarahkan oleh Tuan Yang di-

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Yang Berhormat bagi Bandau, Yang Berhormat bagi.......

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi Yang Berhormat bagi Sri Gading.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Yang Berhormat bagi Sri Gading pun tidak bagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Yang Berhormat bagi Bandau dan Yang Berhormat bagi Gaya

membangkitkan masalah pendatang tanpa izin, pendatang dengan izin menjadi peninggalannya tidak

ada izin, ada jawapan-jawapan ini dan saya tidak berhajat untuk jawab ini. Tadi, Yang Berhormat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi angka-angka dan sebab-sebab yang telah

dibangkitkan sebahagian besar oleh kedua-dua Yang Berhormat dan yang lain -lain ini dalam

jawapannya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Bandau bangun, Yang Berhormat.

Dr. Maximus Johnity Ongkili: Pendek sahaja.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Kalau masalah pendatang tanpa izin, Yang Berhormat bagi

Bandau tadi, Tuan Yang di-Pertua, telah membangkitkan banyak kali, jadi cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tadi Yang Berhormat .......

DR.14.11.2000 42

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, jawapan oleh Yang Berhormat

Menteri tadi tidak ......

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Yang Berhormat bagi Sandakan meminta kerajaan mengambil

langkah lebih tegas membanteras gejala penagihan dadah di kalangan masyarakat terutamanya di

kalangan generasi muda di negara ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat itu, saya ingin menegaskan di sini, kerajaan

memang bersungguh-sungguh dalam menangani masalah dadah di negara kita. Kerajaan telah

mengambil langkah membanteras penyalahgunaan dadah melalui program pencegahan, program

rawatan, program pemulihan serta tindakan-tindakan penguatkuasaan. Program pencegahan yang

dijalankan memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu, pencegahan di sekolah lagi, programprogram

untuk belia dan komuniti serta program di tempat kerja. Kerajaan juga menggalakkan

penglibatan badan-badan bukan kerajaan dan swasta untuk turut terlibat dalam memerangi gejala ini

dengan memberi sokongan kepada badan-badan seperti Pemadam, Pengasih dan sebagainya serta

meluluskan penubuhan lebih banyak pusat rawatan persendirian. Sehingga kini sejumlah dua buah

pusat rawatan persendirian telah didaftarkan.

Mengenai cadangan untuk menghantar seorang yang dikesan positif ujian air kencingnya

sebanyak tiga kali terus ke pusat pemulihan tanpa melalui perintah mahkamah akan dikaji. Sukacita

dimaklumkan kerajaan tidak menghadapi masalah untuk menghadapkan seseorang ke mahkamah untuk

diputus tindakan susulan mengenai rawatan pemulihan pada penagih yang terbabit.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Be rhormat, peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 6

Akta Rawatan dan Pemulihan 1983 berkehendakkan tiap seorang yang dikehendaki mengikuti rawatan

dan pemulihan di pusat serenti kerajaan perlulah mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu kecuali

kemasukan secara sukarela.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Pokok Sena telah menyentuh mengenai

pencerobohan dan penyeludupan yang berlaku di Malaysia dan keupayaan polis untuk menanganinya.

Berhubung perkara ini, tindakan-tindakan telah diambil untuk mengawal perairan Malaysia dan juga

kawasan sempadan supaya pencerobohan dan penyeludupan dapat dibanteras. Pasukan Polis Marin

telah mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Laut dan juga dengan pihak berkuasa Indonesia serta

berhubung terus dengan kapal-kapal dagang supaya pencerobohan dan penyeludupan dapat

dikurangkan.

Seterusnya mengenai isu jenayah yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Pokok Sena.

Perkara tersebut memang sentiasa di dalam tindakan PDRM. Matlamat utama adalah supaya rakyat

hidup dalam keadaan aman dan sejahtera dan tidak diganggu oleh anasir-anasir luar.

Yang Berhormat bagi Pokok Sena juga menyentuh mengenai keanggotaan pasukan polis.

Pada masa ini terdapat seramai 82,295 orang pegawai dan anggota polis yang bertugas di dalam

pelbagai cawangan dan unit. Dari jumlah tersebut, 72.3% pegawai dan anggota adalah bertugas di

peringkat kontinjen. Saya juga ingin menyatakan di sini PDRM sedang merancang untuk mengkaji dan

menganalisa beban tugas polis yang bertambah dan keperluan kepada tamb ahan jawatan baru untuk

tugas-tugas tersebut. Teguran Yang Berhormat itu mengenai pusat perjudian, perkara ini sentiasa di

dalam tindakan PDRM dan mereka yang terlibat akan diambil tindakan undang-undang sebagai bukti

yang telah dibangkitkan tadi.

Yang Berhormat bagi Bukit Mas meminta kerajaan menurunkan kadar bayaran Pasport

Malaysia Terhad dari RM150 kepada RM50 bagi meringankan perbelanjaan penduduk setempat yang

berulang-alik mencari rezeki di negara jiran, Brunei Darussalam. Beliau juga menyeru kerajaan

mengkaji keperluan pintu masuk check point, dengan izin, yang dikatakan terlalu banyak bilangannya.

Mengenai perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat bagi Bukit Mas, pada masa ini tidak

bercadang untuk menurunkan kadar Pasport Malaysia Terhad Malaysia-Brunei memandangkan kadar

sekarang sebanyak RM150 adalah sangat berpatutan dan memandangkan pasport tersebut mempunyai

DR.14.11.2000 43

enam puluh empat muka suratnya. Kerajaan memperkenalkan penggunaan Pasport Terhad Malaysia-

Brunei mulai Oktober 1999 setelah mengambil kira penggunaan Pasport Malaysia Antarabangsa

sebelum ini membebankan rakyat khususnya dari Sarawak yang kerap berulang-alik ke negara Brunei

Darussalam. Masalah muka surat pasport cepat habis kerana terpaksa kerap berulang-alik ke Brunei

dapat diatasi apabila kerajaan memperkenalkan “Smart Card”. Pada masa ini cadangan penggunaan

“Smart Card” masih lagi dikaji oleh pihak Kerajaan Brunei Darussalam.

Mengenai cadangan supaya kerajaan mengkaji semula pintu masuk “entry point” yang banyak

antara Sarawak-Brunei, sukalah dimaklumkan di sini bahawa keadaan tersebut tidak dapat dielakkan

kerana negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara “landlock”, dengan izin, dengan negeri

Sarawak dan pintu-pintu masuk berkenaan telah digunakan oleh rakyat kedua-dua negeri sejak sekian

lama. Jadi, mengenai kedudukan pembinaan “check point” Imigresen Lawas-Temburung, Brunei,

perkara ini masih lagi dalam kajian kedua-dua belah pihak dan belum ada penentuan tapak yang sesuai.

Yang Berhormat bagi Kuala Kedah menyarankan kerajaan iaitu, Kementerian Dalam Negeri

bersikap adil dalam meluluskan permit -permit ceramah politik anjuran parti pembangkang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui pasukan Polis

Diraja Malaysia akan memproses secara teliti setiap permohonan yang dikemukakan oleh pihak partiparti

politik untuk menganjurkan ceramah-ceramah mereka. Namun demikian, dalam memproses

permohonan ini pihak Polis Diraja Malaysia sentiasa berhati-hati dalam meluluskan sesuatu permit

ceramah yang dianjurkan parti politik bagi mengelakkan perkara -perkara yang tidak diingini berlaku.

Oleh itu tidak timbul ketidakadilan dalam meluluskan permit-permit bagi ceramah-ceramah anjuran

parti-parti politik, baik daripada pihak parti kerajaan mahupun daripada pihak parti pembangkang.

Yang Berhormat bagi Bukit Bintang ......

Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Mohamad bin Sabu: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa ada perbezaan

antara negeri-negeri di sudut kelulusan ceramah, misalnya di Selangor dengan Wilayah Persekutuan

agak begitu sukar, tidak dapat langsung di Wilayah Persekutuan sekarang untuk kami mengadakan

ceramah. Tetapi di Kedah, Pulau Pinang agak mudah, begitu juga di negeri-negeri lain, Perak pun

susah, kawasan Yang Berhormat Dato’ sendiri pun payah. Jadi, kenapa kalau sebab siaran untuk kami

memberitahu rakyat perkara itu hanya melalui ceramah, media sudah kami tidak boleh. Jadi, kenapa

pihak Kementerian Dalam Negeri berbeza sikap negeri ke negeri dan juga masa ke semasa? Ini minta

penjelasan daripada Yang Berhormat Dato’.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, satu hendak tarik ingatanlah. Katanya

media tidak boleh – saya ingat dalam media pun ada. Kalau dahulu parti pembangkang kata dalam

surat-surat khabar utama seperti Straits Times, Star, Utusan Malaysia, Berita Harian tidak ada berita

parti pembangkang, saya tidak tahulah keluaran mana, yang saya baca, dapat cerita-cerita parti

pembangkang ini. Dan, Harakah juga ada dua minggu ataupun dua kali sebulan. Kalau media ini tidak

ada, tidak betullah, ada. Yang dibangkitkan ada perbezaannya. Kalau dahulu dalam perbahasan yang

dibangkitkan dalam usul oleh Yang Berhormat bagi Pokok Sena mengatakan bahawa orang-orang

UMNO menyuruh orang ini berbuat demikian.

Ini bagi menjawab bahawa kita tidak suruh, maka apabila kita tidak suruh maka tidak ada

standard ruling atau standard order. Maka dengan itu terdapat perbezaan-perbezaan ini, perbezaanperbezaan

ini mengikut pertimbangan dan kuasa yang ada pegawai, penguasa polis di daerah masingmasing.

Apabila dia memikirkan keadaannya tidak sesuai, dia tidak bagi. Macam orang bersunat

jugalah, ada orang bersunat, anaknya masih kecil, ada yang sudah tumbuh misai baru bersunat

[Ketawa] Mengikut keadaan-keadaannya. Bapanya minta begitu, ini perbezaannya Tuan Yang di-

Pertua, minta maaf, Ini hendak tunjuk perbezaannya.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun di sana, Yang Berhormat.

DR.14.11.2000 44

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Jadi, tidak ada kontrol, tidak ada arahan, dia mengikut

pertimbangan dengan kuasa yang ada pada pegawai polis di kawasan yang berkenaan.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Larut bangun, Yang Berhormat.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Ya. Larut.

Seorang Ahli: Larut, mengarut.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya setujulah kalau semua pihak tidak ada ceramah [Disampuk]

Tidak kiralah daripada parti mana, dekat pilihan raya baru kita buat supaya tidak menimbulkan

masalah. Kadang-kadang itik, ayam, hilang kerana hendak pergi dengar ceramah. Cuma Yang

Berhormat, saya percaya pihak polis sudah tentu mengenal pasti pihak-pihak yang mengadakan

ceramah secara haram ini. Jadi, saya hendak tanya, sejauh mana tindakan yang akan diambil ke atas

mereka yang terbabit mengadakan ceramah secara haram yang tidak ada permit. Tidak kiralah dalam

kebun sayur kah, kebun getah kah? Kuala Kedah ataupun mungkin sebagaimana yang disebut oleh

Yang Berhormat tadi hendak dikeluarkan arahan pekeliling kepada semua Balai Polis supaya

mematuhi. Kalau tidak ada permit, jangan buat ceramah. Jadi, saya hendak tahu sejauh mana tindakan

yang benar-benar, tindakan yang akan diambil ke atas mereka yang terbabit mengadakan ceramah

secara haram ini. Minta penjelasan.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Yang Berhormat

bagi Larut ini, sebenarnya kita ada ruling yang tertentu dan pihak polis mempunyai kuasa yang

tertentu. Pihak Kementerian Dalam Negeri tidak saban hari mengeluarkan arahan dan perintah baru

kepada Polis Diraja Malaysia dalam soal hendak menentukan keadaan-keadaan masa yang tidak sesuai,

kumpulan mana yang boleh, kumpulan mana yang tidak boleh kerana pasukan Polis kita telah dilatih

dan mereka sangat faham tanggungjawab yang ada pada mereka. Mereka menjalankan tanggungjawab

ini mengikut kewibawaan dan latihan yang telah mereka lalui. Oleh sebab yang demikian, kita tidak

pernah rasa ragu dengan pihak pegawai Polis Diraja Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka

dalam masalah menentukan ceramah.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan, ada tiga ini.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Bagi mengambil tindakan kepada masalah ….

Tuan Yang di-Pertua: Ada tiga orang Yang Berhormat.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya hendak jawab, tidak habis lagi ini.

Tuan Yang di-Pertua: Beliau tidak habis lagi, Yang Berhormat.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Bagi mengambil tindakan atas kesilapan-kesilapan, kesalahankesalahan

yang dilakukan oleh sesiapa sekalipun, apabila ianya melanggar peraturan, kita, kerajaan

atau Kementerian Dalam Negeri pun tidak mengarah pada polis di kawasan yang berkenaan apakah

undang-undang, apakah tuduhan-tuduhan yang mereka akan lakukan kepada pesalah-pesalah di tempat

yang berkenaan kerana pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia berada di tempat itu dan mereka

mengetahui apakah tindakan yang perlu mereka ambil, mana yang perlu di bawa ke mahkamah, mana

yang tidak perlu di bawa ke mahkamah.

Kita memberi kepercayaan kepada mereka ini dan kita tidak pernah persoalkan kewibawaan

mereka dalam menjalankan tugas. Yang selalu menyoalkan kewibawaan polis dalam menjalankan

tugas ini puak-puak parti pembangkang ini sahaja. Tidak habis-habis mereka tidak percaya atas apa

yang kerajaan buat, apa yang polis buat. Tetapi dalam masalah mereka terdesak, mereka akan mencari

DR.14.11.2000 45

polis untuk minta tolong menyelesaikan masalah-masalah ini. Ini satu sikap dan satu amalan yang

tidak baik.

[Beberapa orang ahli bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat hendak beri jalan kah semua, ada ramai yang

bangun ni.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Yang Berhormat bagi Bukit Bintang menyarankan…..

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri jalan.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: ….pihak Imigresen menimbang semula syarat kepada

pemegang pasport yang berkelulusan kerana apa yang dikatakan oleh beliau ada keluarga yang terpisah

disebabkan syarat pasport yang ketat.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk sambil berjalan keluar]

Tuan Yang di -Pertua: Yang Berhormat bagi Kota Melaka, saya tidak ada kuasa Yang

Berhormat, jangan buat begitu.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Yang Berhormat itu mahu kelonggaran diberikan kepada

pemegang pasport yang berkeluarga.

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi, itu kuasa dia.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat, isteri kepada

warganegara Malaysia [Disampuk] boleh memohon kemudahan pas lawatan jangka panjang di Jabatan

Imigresen sebelum dipertimbangkan pemberian permit masuk.

[Beberapa orang ahli bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri jalan. [Disampuk] Silakan

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tidak bagi, tidak bagi. Cukuplah. Cukuplah. Yang

Berhormat sudah bertengkar banyak, hari itu bertengkar riuh-rendah dalam Dewan ini. Cukuplah.

Tidak usah tambah lagi menjadi riuh-rendah yang bertambah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isteri kepada warganegara Malaysia boleh memohon

kemudahan pas lawatan jangka panjang di Jabatan Imigresen sebelum dipertimbangkan pemberian

permit masuk. Masalah sering dihadapi ialah mereka tidak memohon kemudahan tersebut tetapi

masuk ke negara ini atas pas melancong dan kemudian mereka tinggal lama di sini sedangkan pas

melancong sememangnya untuk tinggal dalam tempoh jangka pendek.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi

Sipitang yang amat prihatin terhadap pasukan polis, yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab bagi

mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. Beliau mencadangkan supaya kerajaan mengkaji

skim gaji yang tinggi, pemberian elaun khas dan elaun perumahan. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, pada masa ini Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia sedang mengkaji

secara keseluruhannya cadangan Yang Berhormat itu termasuk persoalan yang dibangkitkan oleh

Sandakan tadi. Sebelum dikemukakan kepada kerajaan mengenai cadangan supaya Cawangan Narkotik

dijadikan satu cawangan khas, kementerian belum bercadang untuk berbuat demikian kerana

kementerian yakin peranan yang dimainkan oleh Cawangan Narkotik sekarang mampu untuk

membanteras masalah dadah.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya hendak tanya 44(2) ini, sama ada

tindakan boleh diambil ke atas Kota Melaka, saya minta ruling, Tuan Yang di-Pertua, supaya tidak

menjadi satu amalan. Saya minta ruling, Tuan Yang di-Pertua.

DR.14.11.2000 46

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, sebenarnya mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2) itu saya

berkuasa mengambil tindakan kepada dia akan tetapi pada kali ini saya maafkan dia. Baiklah, sila

teruskan.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, saya setuju bagi pandangan Tuan Yang

di-Pertua itu, kalau tidak mereka akan kata orang UMNO suruh Tuan Yang di-Pertua ambil tindakan

pula. [Disampuk] Yang Berhormat bagi Sipitang menyarankan supaya peruntukan anggota polis ke

Sabah dan Sarawak, bukannya dari anggota yang melakukan kesalahan. Suka dijelaskan di Dewan

yang mulia ini, PDRM tidak menukarkan mana-mana anggota yang mempunyai masalah disiplin ke

sesuatu kontinjen sehingga membebankan kontinjen yang berkenaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, dasar dan strategi pertukaran dan penempatan yang

dirancang sekarang adalah berasaskan kepada kelayakan, pengalaman, penguatkuasaan dan kemahiran

anggota mengenai tugas-tugas yang akan dilaksanakan. Dalam membuat perancangan mengenai

pertukaran itu, PDRM akan mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan anggota yang akan

bertukar seperti peruntukan perumahan, persekolahan anak-anak dan tuntutan elaun wilayah.

Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Klang mengenai

rakyat yang berkhidmat di luar negara yang kembali ke tanah air, kerajaan sememangnya memberi

taraf yang sama bagi mereka yang mempunyai kelayakan dan kemahiran tinggi di luar negeri sama ada

lelaki atau perempuan untuk diberi taraf penduduk tetap kepada anggota keluarga mereka dalam

tempoh enam bulan seperti mana yang diumumkan dalam Belanjawan 2001 oleh Yang Berhormat

Menteri Kewangan.

Begitu juga mengenai cadangan Yang Berhormat bagi Tanjong agar pakar-pakar ICT luar

negeri yang merupakan bekas rakyat negara ini yang ingin kembali dan berkhidmat di negara ini diberi

taraf kewarganegaraan mengikut syarat-syarat tertentu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

mengikut undang-undang mereka yang menyerahkan, surrender , dengan izin, taraf kewarganegaraan

ataupun dilucutkan taraf kewarganegaraan tidak lagi mempunyai tuntutan sebagai warganegara ini.

Taraf mereka samalah seperti taraf orang-orang asing.

Oleh yang demikian, mereka yang hendak kembali semula ke negara ini akan melalui prosesproses

yang sama seperti orang asing. Pertamanya, mereka hendaklah mendapatkan taraf penduduk

tetap terlebih dahulu sebelum layak memohon taraf kewarganegaraan. Bagi mendapatkan taraf

penduduk tetap, kepakaran dan bidang yang dikehendaki oleh negara adalah satu faktor yang sesuatu

permohonan itu dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Kepong bangun, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Adakah Yang Berhormat sedar

bahawa daripada Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 27

Oktober ini beliau ada dengan terus terang memberi insentif dan galakan untuk mengembalikan pakarpakar

kita di luar negara. Maka apakah persediaan yang dibuat oleh pihak kementeriannya untuk

melaksanakan dasar ini. Kerana ikut jawapan Yang Berhormat, memang Yang Berhormat berpendapat

prosedur yang lama diterima pakai dan tidak akan ada perubahan. Kalau itulah yang dibuat, apakah

akan terjadi dengan dasar yang digubalkan oleh pihak kerajaan sekarang, kerana kita bersaing dengan

negara-negara lain untuk menarik pakar-pakar, tak kira pakar daripada mana. Adakah Yang Berhormat

sedar bahawa negara seperti Amerika Syarikat walaupun ada cacat cela di dalamnya tetapi ada satu

dasar yang memupuk pakar-pakar termasuk daripada Malaysia untuk berkhidmat di situ dengan caracara

yang menarik.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Yang Berhormat bagi

Kepong ini boleh membisik kepada Yang Berhormat bagi Kota Melaka bahawa kita ada memberi

peluang untuk bertanya kepada kita ya.

Bagi menjawab persoalan yang telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat mengenai isi

kandungan dan perancangan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan mengenai

peluang untuk rakyat daripada negara kita untuk memasuki balik ke negara ini ataupun memohon untuk

menjadi rakyat di negara ini berlandaskan kepada beberapa faktor yang tertentu. Sebahagian daripada

faktor ini disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

DR.14.11.2000 47

Kalau terdapat sebarang pertelingkahan dalam perkara itu untuk mencapai kandungan ucapan

dalam Budget itu, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan akan menyesuaikan

cadangan yang diutarakan dalam Budget yang berkenaan supaya kita dapat mencapai tujuannya bagi

membawa kebaikan kepada negara ini, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua: Klang bangun, Yang Berhormat.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Tuan Yang di-Pertua, saya ada membangkitkan satu soalan

yang masih belum dapat dijawab, iaitu saya ingin tahu sama ada kementerian Yang Berhormat

mencadangkan meminda Akta Imigresen supaya warganegara wanita dapat menikmati status yang

sama di bawah Akta Imigresen ini. Sebab setakat ini hanya warganegara lelaki yang boleh memohon

status pemastautin untuk isteri sahaja, tetapi warganegara wanita tidak dapat menikmati hak ini. Jadi,

sama ada kementerian Yang Berhormat akan meminda akta ini. Ini sahaja, terima kasih.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Sebahagian daripada tuntutan kaum wanita dalam negara ini

tentang hak mereka terhadap anak-anak telah pun diberi kelulusan. Tetapi tuntutan mereka terhadap

suami luar negeri belum lagi dipertimbangkan. Sememangnya kita berharap wanita dalam negara kita

mengahwini lelaki dalam negara kita, dan begitu juga lelaki dalam negara kita mengahwini perempuan

dalam negara kita. Tetapi kadang-kadang ditakdirkan ada jodoh, maka oleh sebab pertarungan mencari

jodoh ini susah maka dengan itu pertarungan untuk mendapat status kemudahan membawa masuk

suami sebagai rakyat juga agak susah, kerana kita terpaksa timbang dalam perkara-perkara yang

tertentu.

Kita tidak cemburu tetapi kita rasa khuatir sahaja. Kita mengambil keputusan-keputusan yang

tertentu adalah untuk menjaga keselamatan termasuk menjaga keselamatan wanita kita sendiri. Kerana

pada hari ini apabila terdapat perlindungan ataupun sponsorship, dengan izin, daripada isteri untuk

suami mereka dalam satu jangka masa yang tertentu, setelah lelaki ini mendapat status yang berkenaan,

dia ada hidden agenda, Tuan Yang di-Pertua. Ada dua, tiga orang yang merayu kepada kita masalah

yang sedang mereka hadapi, oleh sebab setelah suami ini mendapat taraf penduduk tetap, dia

menceraikan isterinya yang menjadi rakyat kita.

Dia kembali ke negara asal dan dia membawa bakal isterinya ataupun isteri yang pertama ke

dalam negara kita dan hendak memberi perlindungan kepada isteri ataupun teman yang baru dia bawa

dan meninggalkan isteri yang telah dikahwinnya dahulu dengan beban anak dan sebagainya.

Inilah yang menjadi kesusahan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri kerana kita hendak

memberi satu perlindungan yang terperinci, kalau boleh yang baik bagi rakyat dalam negara kita

sendiri.

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Dr. Maximus Johnity Ongkili: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada dua orang yang bangun, hendak beri jalan atau tidak?

Bagi jalan kepada yang mana satu?

Gajah.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Yang perempuan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. [Ketawa]

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Kerana dia belum kahwin lagi.

Puan Fong Po Kuan: Beri sedikit penghormatan, bukan perempuan, saya Wakil Rakyat Batu

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Oh, Wakil Rakyat Batu Gajah. [Ketawa]

Puan Fong Po Kuan: Telah berkali-kali saya telah tidak diberi penghormatan sebagai

seorang Wakil Rakyat.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Saya hendak bagi penghormatan sekarang ini.

DR.14.11.2000 48

Puan Fong Po Kuan: Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat

Timbalan Menteri, saya rasa jawapan bahawa agar wanita Malaysia boleh kahwin balik dengan lelaki

Malaysia, jawapan ini adalah jawapan yang konservatif, tidak logik lagi. Itu adalah satu fikiran yang

terlalu konservatif.

Saya hendak tanya, sediakah Kementerian Dalam Negeri mengadakan satu independent body

untuk mengakses sama ada permohonan daripada sesuatu warganegara yang lain itu adalah genuine

case atau tidak. Setakat masa ini, yang memohon warganegara wanita Malaysia yang kahwin dengan

lelaki dari luar negeri, permohonan itu adalah di dalam tangan Menteri Dalam Negeri. Jadi, Menteri

Dalam Negeri amat sibuk. Sediakah kementerian adakan satu independent body untuk akses. Jadi, beri

hak yang sama tidak kira warganegara yang dibawa masuk itu sama ada wanita atau lelaki, independent

body supaya kita boleh buat pemeriksaan atas genuine case.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukuplah.

Puan Fong Po Kuan: Ya, lelaki warganegara Malaysia kahwin dengan wanita itu mungkin

juga ada hidden agenda.

Tuan Yang di -Pertua: Yang Berhormat cukuplah itu, cukuplah. Yang Berhormat cukuplah,

saya pun faham ya. [Ketawa]

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Dalam masalah perkahwinan lelaki Malaysia dengan

perempuan luar negara dan perempuan Malaysia dengan lelaki luar negara itu andaian saya. Tetapi

hidden agenda ini kita berjumpa, kita takut rakyat kita terjebak dengan masalah ini. Oleh sebab itulah

kita sangat berhati-hati oleh sebab perkara yang sudah berlaku ini kita tidak mahu tambah banyak.

Tetapi saya sudah kata kita tidak menyekat ini jodoh ataupun minat.

Kalau Yang Berhormat bagi Batu Gajah pun berhajat hendak buat begitu kita tak sekat.

[Ketawa] Tetapi yang menjadi masalah bila sudah berlaku kekacauan dalam rumah tangga, yang

lelakinya balik ke negara asal, mereka datang ke kementerian kita, ada setengahnya suruh tarik balik

kerakyatan ataupun penduduk tetap yang telah kita berikan. Kita tidak dapat buat mengikut perasaan

itu. Kita bertindak bukan mengikut perasaan. Kita beri kebenaran bukan mengikut perasaan. Kita beri

pertimbangan yang sesuai, sekiranya kebaikan itu ada kita beri. Maka kita tidak berhajat…..

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Duduklah dahulu. Saya sudah beri penghormatan, Yang

Berhormat hendak penghormatan.

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk]

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Belum. Saya bercakap lembut pun salah, saya bercakap keras

pun tak ada penghormatan. Jadi, lembut pun tak sedap, keras pun tak sedap, mana yang sedap?

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, jadi dalam masalah ini kita tak dapat hendak menubuhkan satu

jawatankuasa bebas. Kerana kalau kita hendak menubuhkan satu jawatankuasa bebas sejauh mana

jawatankuasa ini hendak bertanggungjawab terhadap masalah kerakyatan dalam negara kita. Kita telah

dib eri mandat oleh rakyat supaya mentadbir, melihat kepentingan rakyat negara ini mesti diutamakan

sebelum kita beri keutamaan kepada rakyat negara lain.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagikah?

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Panjang. Kalau tidak sudah habis Tuan Yang di-Pertua, kalau

mereka tak kacau ni.

Tuan Yang di -Pertua: Ya. Yang Berhormat, ada satu Usul, Yang Berhormat boleh sambung

petang ini ya.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Satu Usul.

DR.14.11.2000 49

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berhenti di sini Tuan

Yang di-Pertua.

12.59 tgh.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, berhenti. Petang ini sambung ya. Sila.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN

MESYUARAT

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin]: Tuan Yang di-

Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Dewan Rakyat tidak

akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai jawapan menggulung kementerian No.

12, iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau pada pukul 8.00

malam, mana yang terdahulu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua,

saya mohon menyokong.

Tuan Yang di -Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu usul

atas nama Yang Berhormat Timbalan Menteri:

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Dewan Rakyat tidak

akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai jawapan menggulung kementerian No.

12, iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau pada pukul 8.00

malam, mana yang terdahulu.

hendaklah disetujukan.

petang.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Tuan Yang di -Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan

Mesyuarat]

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya minta Yang

Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri menyambung jawapan, silakan.

2.31 ptg.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih. Menyambung jawapan tadi, kerajaan sememangnya memberi taraf yang sama bagi

mereka yang mempunyai kelayakan iaitu anak negeri yang berada di luar negara. Dan kemahiran yang

mereka jalankan di luar negeri sama ada lelaki atau perempuan untuk diberi taraf penduduk tetap

kepada anggota keluarga mereka dalam tempoh enam bulan seperti ma na yang diumumkan dalam

Belanjawan 2001.

Begitu juga bagi cadangan Yang Berhormat dari Tanjong agar pakar-pakar ICT luar negeri

yang merupakan bekas rakyat negara ini yang ingin kembali dan berkhidmat di negara ini diberi taraf

kewarganegaraan mengikut syarat-syarat tertentu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut

undang-undang mereka yang menyerahkan surrender, dengan izin, taraf kewarganegaraan atau

dilucutkan taraf kewarganegaraan, tidak lagi mempunyai tuntutan sebagai warganegara ini.

DR.14.11.2000 50

Taraf mereka samalah seperti taraf orang-orang asing. Oleh yang demikian, mereka yang

hendak kembali semula ke negara ini akan melalui proses-proses yang sama seperti orang asing.

Mereka hendaklah mendapatkan taraf penduduk tetap terlebih dahulu sebelum layak memohon taraf

kewarganegaraan. Bagi mendapatkan taraf penduduk tetap, kepakaran dalam bidang yang dikehendaki

oleh negara adalah salah satu faktor yang sesuatu permohonan itu dipertimbangkan. Oleh yang

demikian, mereka yang termasuk dalam kategori ini akan diberi taraf penduduk tetap.

Mengenai isu dadah yang telah juga dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tanjong,

kerajaan bersetuju bahawa cara yang paling baik memerangi gejala dadah bukan sahaja dengan

penglibatan masyarakat tanpa mengira kaum tetapi adalah lebih baik lagi jika setiap pemimpin kaum

memberi keterangan dan kempen di kalangan kaumnya supaya ia mudah difahami. Dengan itu

penglibatan masyarakat sama ada dari parti politik, gerakan belia, pemimpin rukun tetangga,

jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung dan badan-badan bukan kerajaan adalah amat

penting dan galakan bagi memastikan mesej anti dadah disampaikan kepada masyarakat dengan efektif.

Yang Berhormat dari Seputeh ingin tahu alasan atas keengganan pihak Ketua Polis Negara

ditemui oleh wakil orang asing di Sarawak. Kenyataan bahawa Ketua Polis enggan menemui orangorang

Sarawak pada ketika itu adalah satu yang boleh dilihat dalam sumber lain. Ini adalah kerana

pada masa yang sama Ketua Polis Negara sudah menetapkan satu pertemuan lain. Oleh itu tarikh

pertemuan lain yang sesuai bagi maksud perjumpaan tersebut boleh diadakan kalau mereka masih

ingin.

Yang Berhormat dari Subang menyentuh mengenai perhimpunan haram sekitar bandar Klang.

Yang Berhormat dari Subang juga membangkitkan mengenai isu-isu polis dalam menyurai perjumpaan

haram berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah pun dibahas dalam usul yang dikemukakan oleh Yang

Berhormat dari Pokok Sena, saya tidak berhajat untuk memanjangkan penerangan dalam masalah ini.

Bersabit dengan satu usul yang telah dibangkitkan oleh Hulu Langat, saya amat yakin bahawa

kalau seluruh kita menimbang atas seni kata Lagu Warisan ini, akan mengingati kita ataupun

menyedarkan kita apakah perbuatan-perbuatan yang ganas dan kasar yang tidak me nimbangkan masa

depan warisan anak-anak kita, patut direnung untuk kepentingan negara ini dan rakyatnya pada masa

yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Puan Fong Po Kuan: Tuan Yang di-Pertua, ….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia sudah habis jawab

Yang Berhormat. Ya.

Puan Fong Po Kuan: Bukan, saya sedang tunggu tetapi tiada jawapan diberi mengenai

galakan kepada bukan profesional yang jump from the aeroplane, dengan izin. Apakah kerajaan

bercadang untuk memberi galakan mereka kembali agar mengurangkan masalah sosial dan pada masa

yang sama tenaga mereka boleh digunakan dalam era globalisasi ini. Tetapi jawapan tidak diberi.

Kalau tid ak ada jawapan diberi, apa guna saya bahas? Saya sedang tunggu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, Yang

Berhormat.

Puan Fong Po Kuan: Dengan izin, tolong beri jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia sudah berdiri Yang

Berhormat, cukuplah.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, Batu Gajah ini, saya ingat saya sudah

jawab berkenaan dengan ahli-ahli profesional yang masuk, tetapi kalau tidak ada profesional dan bukan

rakyat negara ini, macam mana kita hendak pertimbangkan.

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk]

DR.14.11.2000 51

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Yang bukan profesional kita tidak bercadanglah. Kita tidak

bercadang.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima kasih. Yang

Berhormat Menteri Pengangkutan.

2.37 ptg.

Menteri Pengangkutan [Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih

dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

membahaskan Belanjawan serta menyentuh isu-isu di bawah Kementerian Pengangkutan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kampar yang telah menyentuh atas projek

Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh, saya ingin memberitahu iaitu projek ini akan dimulakan

pada penghujung tahun ini dan dijangka siap pada Jun tahun 2004 dan akan membelanjakan jumlah

wang sebanyak RM4.2 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya, dengan izin, the golden age of rail akan kembali. Ini

adalah kerana untuk mengangkut satu tan kargo sejauh satu batu, jika melalui laut kosnya adalah satu

sen. Untuk mengangkut benda yang sama sejauh satu batu melalui rel kosnya adalah lima sen. Benda

yang sama, berat yang sama satu batu melalui road atau jalan, kosnya adalah lapan sen dan untuk

mengangkut benda yang sama, berat yang sama satu batu melalui udara kosnya 55 sen.

Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan iaitu melalui laut adalah terendah dan selepas itu

adalah melalui rel, selepas itu sahaja melalui jalan dan yang tertinggi sekali adalah melalui udara.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kebanyakan negara-negara maju dan negara-negara yang

sedang membangun telah menyedari iaitu melalui rel adalah kos lebih rendah, dari segi pencemaran

udara juga adalah rendah sekali oleh kerana boleh mengangkut 60 kotak kontena melalui satu

lokomotif tetapi jikalau atas jalan raya perlu menggunakan 60 prime movers untuk mengangkut 60

kotak kontena dan ini juga akan menyesakkan jalan raya. Di masa kini juga kita sudah tahu iaitu lebih

predictable untuk melalui rel, oleh kerana ada satu landasan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia sekarang, hanya 3 peratus atau 4 peratus kotak-kotak

kontena diangkut melalui rel dan kebanyakan kontena masih melalui jalan raya. Tetapi, di negaranegara

maju seperti di Itali, di La Spezia, satu pelabuhan yang besar hampir 40% kotak kontena

diangkut melalui rel, jikalau kita pergi ke Netherlands 60% atau 70% diangkut melalui rel.

Jikalau kita pergi ke England, UK, 74% diangkut melalui rel dan di Amerika Syarikat, kereta

api mengadakan double stack container dan sesuatu tren boleh mengangkut 800 TeU dan menggunakan

empat lokomotif. Dan ini adalah dengan harga yang rendah, dengan kos yang rendah dan adalah

sesuatu dorongan sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini di Malaysia hanya di sekeliling pusat negara iaitu antara

Seremban ke Rawang dan ke Port Klang, kita ada landasan yang berkembar. Jikalau kita hanya ada

satu landasan, maximum services, perkhidmatan maksimum yang boleh dijalankan adalah antara 10 ke-

12 perkhidmatan sehari.

Tuan Yang di-Pertua, tetapi jikalau kita membina landasan berkembar, ini nombor

perkhidmatan boleh meningkat sampai 50 perkhidmatan sehari, ini adalah kebaikan landasan

berkembar ini.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita telah mengadakan satu land bridge iaitu rail link antara

Port Klang ke Pelabuhan Bangkok dan ini semakin lama semakin popular dan sekarang ini KTMB

telah mengadakan 11 perkhidmatan setiap minggu dan kelebihan ini adalah lebih cepat, lebih murah

dan cross border facilitation berkait dengan kastam dan lain-lain adalah baik dan cepat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang

Berhormat, hendak beri jalan? Ya, sila Kubang Kerian.

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Yang Berhormat Dato’. Saya ingin mendapat

sedikit penerangan tentang landasan berkembar. Saya difahamkan bahawa kontraktor yang berjaya

DR.14.11.2000 52

mendapat kontrak ini ialah Mitsui daripada Jepun untuk pembinaan dan elektrifikasi bagi projek

landasan berkembar daripada Rawang ke Ipoh.

Berapakah harga projek yang diserahkan kepada Mitsui dan adakah Mitsui melaksanakan

sendiri projek ini ataupun ia beri subkontrak kepada kontraktor tempatan dan berapakah pula harga

kontrak yang diberikan oleh Mitsui kepada subkontrak?

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, pada umumnya adalah benar iaitu

kontrak ini yang berjumlah RM4.2 bilion telah diberi kepada satu konsortium. Konsortium itu adalah

antara DRB Hicom dengan Mitsui dan diberi kepada banyak kontraktor-kontraktor tempatan tetapi

butir-butir kontraktor, subkontraktor itu saya tidak dapat oleh kerana mungkin, ada kemungkinan

negotiation sedang dijalankan antara main contractor dengan subcontractor dan saya percaya belum

muktamad.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Haji Husam bin Haji Musa: Saya ucap terima kasih banyak atas maklumat ini. Saya

difahamkan bahawa subkontraktor utama telah pun ditandatangani pada tahun ini dan harga pun telah

ditetapkan iaitu harganya jauh lebih rendah daripada apa yang telah diberikan kepada Mitsui dan

Hicom DRB. Saya ingin penjelasan mengapakah kontrak ini tidak diberikan terus kepada kontraktor

tempatan dan diberikan melalui satu kontraktor luar negara?

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sesuatu yang sebenarnya

dikendalikan oleh Perbendaharaan dan bukan seperti Tuan Yang di-Pertua, sedia maklum, semua

kontrak di dalam Kerajaan Persekutuan dikendalikan secara centralised system iaitu Perbendaharaan

dan butir-butir seperti itu saya tidak sedarlah.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita mengadakan land bridge dan KTMB telah

menjalankan sebanyak 11 perkhidmatan setiap minggu dan kelebihan ini adalah apabila sesuatu kapal

datang daripada Eropah dan singgah di Port Klang dan meletakkan kotak-kotak kontena mereka di

Pelabuhan Klang yang boleh dengan serta merta diangkut atas land bridge ini, masa yang diperlukan

untuk perjalanan ke Bangkok adalah 60 jam, dua hari setengah berbanding dengan jikalau kapal itu

terus jalan melalui Singapura dan South China Sea ke Bangkok akan menelan masa lima hari atau 120

jam dan oleh kerana itu, Tuan Yang di-Pertua, land bridge ini semakin lama, semakin popular dan kita

harap dengan landasan berkembar ini lebih banyak perkhidmatan dapat dijalankan demi kebaikan

pelabuhan dan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Kapar juga telah menyentuh atas projek

landasan kereta api dari Singapura ke Kunming, China. Saya ingin memberitahu iaitu kajian

sambungan rel tersebut telah pun siap dan akan dibentangkan di sidang Kemuncak ASEAN yang akan

diadakan pada akhir bulan ini di Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA) sebagai hub penerbangan serantau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tanjong, Sibu

dan Bintulu, ingin saya memaklumkan bahawa lapangan-lapangan terbang antarabangsa di Bangkok, di

Changi dan Hong Kong telah menjadi lapangan terbang hub di rantau ini hanya setelah sekian lama

beroperasi. KLIA, Tuan Yang di-Pertua, dengan kemudahan yang moden, baru sahaja beroperasi pada

bulan Jun 1998. Namun demikian, KLIA pada tahun 1999 dan bagi enam bulan tahun ini telah

mencapai pertumbuhan trafik penumpang dan kargo yang amat menggalakkan.

KLIA telah mengendalikan 13.2 juta penumpang dan 417,000 metric tan kargo pada tahun

1999. Bagi trafik penumpang, pertumbuhan bagi enam bulan pertama tahun ini ialah sebanyak 15.1%.

Manakala pertumbuhan trafik kargo pula ialah sebanyak 33.2%, berbanding dengan enam bulan

pertama tahun lepas. Berpandu kepada itu, jumlah trafik yang dijangka dikendalikan oleh KLIA akan

meningkat melebihi 14 juta penumpang dan 500,000 metric tan kargo pada tahun 2000. Berasaskan

kepada unjuran yang dijalankan, trafik penumpang dan kargo akan terus mengalami pertumbuhan yang

menggalakkan pada beberapa tahun yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, ….

Puan Chong Eng: Penjelasan.

DR.14.11.2000 53

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang

Berhormat.

Puan Chong Eng: Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Penjelasan, ya.

Puan Chong Eng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Yang Berhormat Menteri

memberi penjelasan, apakah penerbangan international flight kalau berbanding dengan dulu, Subang

dan sekarang, KLIA – adakah international flight datang ke KLIA telah berkurang. Yang satu. Yang

kedua, kalau mengikut kapasiti maksimum yang ada kepada KLIA kepada sekarang yang kita ada,

adakah…

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Belum sampai lagi. Ada orang yang menyentuh atas perkara

ini dan saya akan jawab.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Belum sampai lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang satu sahaja ya.

Puan Chong Eng: Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Sabar, sabar sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang satu sahaja.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Berasaskan kepada itu, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yakin

KLIA akan dapat menjadi sebuah lapangan terbang yang menarik dan mencapai status hub

penerbangan serantau dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. Untuk mencapai status ini, pihak

MAB dan MAS akan menjalankan aktiviti pemasaran yang berkesan bagi menarik syarikat-syarikat

penerbangan antarabangsa yang lain untuk beroperasi di KLIA. Pencapaian KLIA sebagai lapangan

terbang antarabangsa yang menarik juga bergantung kepada faktor-faktor yang penting seperti destinasi

pelancongan, destinasi konvensyen antarabangsa, destinasi membeli-belah serta pencapaian Kuala

Lumpur sebagai pusat komersial serantau.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh lebih sedikit atas Malaysia sebagai satu destinasi

pelancongan. Sekarang ini, oleh kerana ada pemasaran Malaysia yang hebat dan oleh kerana ada

Formula One di mana Malaysia telah ditunjukkan di seluruh dunia, saya percaya angka-angka

kedatangan pelancongan ke Malaysia adalah menggalakkan. Misalnya, Tuan Yang di-Pertua, dari

China pada tahun 1998, hanya 160,000 pelancong datang dari Negeri China ke Malaysia. Di tahun

1999, angka ini telah meningkat dari 160,000 ke 190,000 pelancong datang dari Negeri China ke

Malaysia. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada pemasaran yang hebat oleh Menteri dan

Timbalan Menteri Pelancongan, tahun ini, dalam tempoh masa enam bulan sahaja, lebih daripada

320,000 pelancong dari Negeri China telah datang ke Malaysia dan ini saya percaya serupa juga dari

India, Indonesia, Thailand dan banyak lagi negara-negara lain. Semua ini akan menjadikan KLIA

sebagai satu hub.

Selain darip ada itu, saya ingin menyentuh atas perkara destinasi konvensyen antarabangsa.

Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, Subang Airport (Lapangan Terbang Subang) sedang diubahsuai dan

jikalau Ahli -ahli Yang Berhormat melawat Lapangan Terbang Subang sekarang, kita boleh tengok iaitu

Terminal One telah dirobohkan. Langsung tidak ada lagi. Apa yang akan dibina di Subang Airport

adalah satu convention and exhibition centre dan ada kemungkinan besar, convention and exhibition

centre di Kuala Lumpur ini adalah satu-satunya yang berkait dan mengadakan satu “B747 runaway” di

mana kapal terbang boleh mendarat, unload, exhibit dan pulang balik. Kita akan menjadikan kawasan

ini sebagai satu free trade area di mana tidak ada custom hossles dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, pasaran sedunia convention and exhibition berjumlah atau nilainya

adalah USD280 bilion dan Tuan Yang di-Pertua, apabila kita siapkan ini pada tahun 2002, jikalau kita

dapat menarik 1% sahaja daripada pasaran sedunia itu, ini bermakna kita dapat USD2.8 bilion. Ini

adalah tujuan kita.

DR.14.11.2000 54

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan penamatan operasi British Airways ke KLIA pada

bulan April…..

Tuan Lim Hock Seng: Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Bagan, sila.

Tuan Li m Hock Seng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Datto’

Seri. Sementara kita mengubahsuai Terminal Satu di Subang Airport pada masa sekarang, Terminal

Tiga masih diguna pakai untuk domestic flight sebahagiannya dan juga untuk charter ed flight.

Sekiranya Yang Berhormat Menteri, kalau pergi ke Terminal Tiga, kita boleh nampak bangunan

Terminal Tiga, dia kurang maintenance. Papan silingnya pun sudah jatuh, nampak sampai atas.

Tandas, lantai dan segala-gala sudah usang. Bukankah ini masih digunapakai. Dan sekiranya kita

hendak menarik pelancong-pelancong dari luar negeri atau orang tempatan, ini sudah memberi satu

pandangan dan kelihatan yang sangat buruk dan bad impression. Oleh itu, Yang Berhormat, sila teliti

perkara ini dan membuat sesuatu sebelum dia terlambat.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Bagan. Kita akan

catit perkara itu dan menyemak sama ada benar atau tidak. Walaupun demikian, Tuan Yang di-Pertua,

Subang Terminal Three akan hanya digunakan sampai tahun 2002. Ada kemungkinan pada bulan

April 2002 dan ini adalah kerana pada April 2002, ERL (Express Rail Link) antara KLIA ke KL

Sentral akan disempurnakan dan perjalanan yang selesa akan dinikmati oleh penumpang-penumpang

dan dalam masa yang singkat, 30 hingga 40 minit dengan harga RM31. Pada ketika itu, kerajaan

percaya adalah munasabah semua perkhidmatan udara dari Subang dipindah ke KLIA. Tetapi saya

akan menyemak sama ada keadaan di situ bersih atau tidak. Terima kasih.

Mengenai cadangan penamatan operasi British Airways ke KLIA pada bulan April 2001, saya

ingin memaklumkan bahawa keputusan British Airways, Tuan Yang di-Pertua, adalah merupakan

semata-mata pertimbangan komersial syarikat berkenaan. Mereka memberitahu kepada saya, ianya

sejak dua tahun lalu telah mengalami kerugian pertama kali dalam tempoh masa 15 tahun dan mereka

kena mengadakan satu pakej untuk menyelamatkan British Airways sendiri. Mereka bukan hanya

ingin menamatkan perkhidmatan ke Kuala Lumpur tetapi telah mengumumkan satu pakej langkahlangkah

seperti menamatkan perkhidmatan ke Perth, Brisbane, Beijing, Miami dan mengurangkan

menggunakan Gatwick Airport. Ini adalah satu pakej yang British Airways perlu jalankan untuk

menyelamatkan sendiri.

Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yakin KLIA mempunyai tarikan sendiri

kepada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa yang lain dan banyak lagi syarikat-syarikat

penerbangan antarabangsa serantau dan kita percaya mereka dijangka akan menambah atau memulakan

operasi ke KLIA pada tahun-tahun yang akan datang.

Puan Chong Eng: [Pembesa suara tidak dibuka] Penjelasan. Mengenai Australian Qantas,

Ansett Airline dan Germanise Lufthansa. Mereka juga berhenti terbang ke KLIA. Apakah sebabnya?

Dato' Seri Dr. Ling Li ong Sik: Tuan Yang di-Pertua, adalah benar Qantas, Ansett,

Lufthansa adalah benar mereka atas sebab-sebab sendiri telah menamatkan perkhidmatan ke KLIA

tetapi Tuan Yang di-Pertua, terdapat syarikat-syarikat penerbangan baru seperti North-West Airlines,

Lauda Air dan Turkish Airlines yang memulakan operasi ke KLIA serta KLM, Cathay Pacific dan

Emirates yang telah menambahkan penerbangan ke Malaysia. Walaupun beberapa tahun kebelakangan

ini kita rantau ini menghadapi kemelesetan ekonomi tetapi Tuan Yang di-Pertua, we have bottom out,

Asian crisis is over, dengan izin dan sekarang ini di rantau Asia ini, semua syarikat-syarikat

penerbangan tidak mencukupi engineer, tidak mencukupi juruterbang, tidak mencukupi kapal terbang,

oleh kerana in a recession, nobody trains, in a recession, nobody buys dan sekarang….

Bagi?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Parit Sulong berdiri ya.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Ya.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat

Menteri. Lufthansa dan sebagainya adalah dengan izin, big names in air lines operation.. Tidak kah

DR.14.11.2000 55

bermakna Malaysia menganggap pemberhentian operasi mereka dari KLIA akan menjejaskan imej

KLIA sebagai satu lapangan terbang yang terkemuka. Yang keduanya, adakah pihak kerajaan

mengambil tindakan untuk mengkaji sebab-sebab mengapa syarikat-syarikat penerbangan yang

sedemikian rupa memberhentikan operasi, umpamanya akhir sekali, adalah British Airways. Adakah

di sebalik ini satu suspicion, dengan izin , sama ada kita menyangka bahawa mereka mempunyai satu

pakatan atau konspirasi untuk memburuk-burukkan Malaysia yang berjaya membina KLIA itu sendiri.

Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya telah menjawab ini

baru tadi tetapi untuk kesenangan, keselesaan Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong, saya ingin

mengulangi apa yang saya telah beritahu tadi.

BA telah memberitahu kepada kita iaitu penamatan penerbangan BA ke KLIA adalah atas

pertimbangan komersial dan mereka telah menamatkan banyak penerbangan lain seperti ke Perth, ke

Brisbane, ke Beijing, ke Miami dan kurang menggunakan ‘Gatwicks Airport’ dan walaupun mereka

telah menamatkan perkhidmatan mereka tetapi kita telah dapat syarikat-syarikat yang lain seperti North

West Airlines, Lauda Air, Turkish Airlines yang memulakan operasi ke KLIA dan juga KLM, Cathay

Pacific dan Emirates yang telah menambahkan penerbangan ke KLIA.

Tuan Yang di-Pertua apa yang saya ingin menjelaskan di sini ialah kita telah mengadakan satu

hubbing committee, hubbing committee yang termasuk Kementerian Pengangkutan termasuk MAB dan

MAS dan pakar runding-pakar runding telah dilantik yang sedang membuat penyelidikan atas banyak,

berbagai cara untuk menjadikan KLIA sebagai satu hub misalnya Tuan Yang di-Pertua, penyelidikan

atau research akan dijalankan jikalau kita ada sasaran atas American Airlines untuk jadi satu pengguna

KLIA dan sebelum kita menemui American Airlines, kita perlu sediakan research iaitu head quarters

American Airlines adalah di San Jose di California dan itu adalah dalam silicon valley dan kita perlu

mengadakan research berapakah chips yang datang antara silicon valley ke rantau ASEAN dan

berapakah pelajar atau penuntut-penuntut, tourist, pelancong-pelancong dari rantau ini yang pergi ke

LA atau pergi ke San Jose dan dengan maklumat-maklumat yang kita sediakan ini, kita akan bertemu

dengan mereka, beritahu kepada mereka kenapa jikalau mereka datang, mereka akan dapat

keuntungan.

Selain daripada itu kita di Malaysia telah menyediakan langkah-langkah untuk menolong

sesiapa yang sedia datang ke Malaysia misalnya Tuan Yang di-Pertua, jikalau American Airlines

datang ke sini, saya akan memberitahu kepada mereka, first three years yang you datang mereka akan

dapat menikmati 50% landing charges, 50% parking charges, RM1 for RM1 berkongsi kos

pemasaran. Ini adalah berasaskan kepada apabila sesuatu airlines datang ke sini, tempoh masa satu,

dua, tiga tahun adalah tempoh masa yang mungkin, ada kemungkinan besar mereka mengalami

kerugian dan jikalau kita berbudi baik dengan mereka dan menolong mereka, mereka akan menjadi

kawan selama-lamanya kepada Malaysia. Now, semua langkah ini Tuan Yang di-Pertua, akan

diambil satu demi satu.

Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Bukit Mertajam.

Puan Chong Eng: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Langkah-langkah itu adalah

dengarnya dan nampaknya ada baik. Tetapi apakah sebabnya KLIA tidak dapat bersaing dengan

Singapore Airport dan juga Hong Kong kerana dengan tujuan kita mengadakan KLIA memang untuk

bersaing dengan Singapura. Sekurang-kurangnya exporter hendak gunakan KLIA tetapi yang

dikatakan dengan izin, KLIA lack away behind in cargo because Malaysia exporter tend to charge

their goods to Singapore's Changi from where they can reach global market more cost effectively.

Adakah ini sebabnya kerana yang pertama kerana kosnya, compare to Singapore lebih tinggi dan juga

kerana selalunya ia lewat, tidak boleh sampai ke market, tidak boleh sampai ke buyer mereka dengan

tempoh yang tepat, dengan masa yang tepat, adakah ini sebabnya? Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sesuatu free market system

di mana terpulanglah kepada peniaga-peniaga untuk menggunakan apa yang terbaik oleh kerana

banyak factory yang baru ini adalah time sensitive adalah JIT dan mereka perlu menggunakan apa yang

DR.14.11.2000 56

sesuai dengan mereka dan kadang-kadang mungkin Singapura ada frequencies flights yang tepat.

Kadang-kadang Malaysia KLIA ada frequencies yang tepat, kadang-kadang daripada Pulau Pinang

sama ada melalui MAS atau Korean Air atau Eva Air atau China Airlines. Ini semua menggunakan dan

dalam air freight kita mengadakan open skies di mana kita menggalakkan freighters datang ke

Malaysia walaupun Lufthansa telah menarik diri dari segi passenger tetapi freighter masih ada oleh

kerana ada banyak freight di negara ini.

Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, pelabuhan-pelabuhan juga sekarang ‘MAER&K’ dan

‘Sealand’, syarikat perkapalan yang terbesar di dunia ini telah lari dari Singapura dan datang ke PTP

dan oleh kerana PTP adalah satu pelabuhan yang lebih murah, yang cukup cekap, cukup efisien dan

sekarang ini telah meningkat dan saya percaya Tuan Yang di-Pertua, tidak lama lagi kita akan melihat

reverse flow of containers and goods daripada Singapura ke PTP dan ke Pelabuhan Kelang dan hari ini

Pelabuhan Kelang juga telah meningkat daripada 21 terbesar di seluruh dunia sampai ke 14 di seluruh

dunia.

Sekarang ini, tahun ini saya percaya hampir capai top ten in the world dan juga KLIA Tuan

Yang di-Pertua, apabila kita membuka KLIA pada tahun 1998 ia telah ditempatkan di tempat yang 14

di seluruh dunia tetapi Tuan Yang di-Pertua, tahun ini telah meningkat sampai tempat ke 6 di seluruh

dunia [Tepuk]

Yang pertama adalah Copenhagen, yang kedua Singapura, ketiga Helsinki dan kita

ditempatkan enam di seluruh dunia sekarang ini dan saya percaya semua ini adalah prestasi yang baik

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kubang Kerian

bangun ya.

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Yang Berhormat Dato'. Saya balik kepada

kedudukan KLIA. Mengikut Yang Berhormat Dato' tadi pada 5 hingga 10 tahun akan datang kita akan

muncul sebagai hub bagi rantau Asia Tenggara. Saya sangsilah, adakah kerajaan akan capai apa yang

telah diimpikan berasaskan kepada apa yang telah Yang Berhormat sendiri sebutkan dalam masa

penjelasan tadi.

Saya ingin dapatkan gambaran ini lebih jelas dari segi perbandingan seperti yang disebut oleh

Bukit Mertajam. Apakah perkembangan, kedudukan lapangan terbang yang lain, yang paling hampir,

Bangkok dan Singapore dari segi pertambahan bilangan penumpang, dari segi pertambahan kargokargo

supaya dengan itu kita dapat menilai prestasi kita secara yang lebih wajar. Sekarang kita hanya

cerita pertambahan penumpang yang secara normal mesti bertambah dari tahun ke tahun tetapi apakah

negara lain telah bertambah dan saya rasa Yang Berhormat Dato' telah maklum ada satu laporan yang

lengkap dalam Asiaweek berkenaan dengan perkembangan ini yang saya tidak sebutkan dalam

penjelasan ini.

Yang kedua saya hendak tahu, pada masa BA membatalkan penerbangan ke KLIA, mereka

meneruskan penerbangan ke Bangkok dan Singapura bermakna bahawa kedua destinasi ini adalah

menguntungkan. Tentulah ada sebab yang besar mengapa penerbangan BA ke Kuala Lumpur

merugikan sedangkan penerbangan ke dua destinasi lain menguntungkan dan saya rasa Yang

Berhormat tidak boleh memandang ringan pembatalan ataupun pengurangan penerbangan

antarabangsa yang besar. Kita semua tahu bahawa syarikat penerbangan antarabangsa ada dua

kategori yang disebut oleh Parit Sulong, Lufthansa, Qantas dan Ansett dan BA ialah penerbangan yang

besar berbanding dengan Turkish Airlines dan kalau boleh saya dapatkan penjelasan, adakah pada

masa yang sama pada masa syarikat penerbangan ini telah membatalkan penerbangan dan

mengurangkan penerbangan, adakah jadual penerbangan antarabangsa yang singgah di Kuala Lumpur

juga telah menurun dalam tempoh yang dekat ini dan sebab-sebab bagi keadaan-keadaan ini berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, cukuplah Yang

Berhormat.

DR.14.11.2000 57

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, walaupun adalah benar BA adalah

sesuatu yang besar tetapi North West Airlines juga besar, KLM juga besar, Emirates juga besar. Ini

semua bukan kecil-kecil punya kucing kurap punya airlines, ini semua besar [Ketawa] So janganlah

hanya tengok sebelah, ini semua besar, international airlines [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya

ingat cukuplah penjelasan saya cukup mengenai itu.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Tuan Robert Lau Hoi Chew: [Bangun]

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Now, mengenai pertanyaan Yang Berhormat bagi Sibu.

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, ini hendak sebut Sibu

sudah, tidak apa, dia tunggu.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Sibu, Sibu, sabar sikit. [Disampuk ] Sudah jelas, bukan

kucing kurap punya.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Boleh minta penjelasan?

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: [Disampuk] Itu telah jawab tadi, Singapura dan Bangkok

dan Hong Kong telah lama wujud, kita baru sahaja tetapi telah mencapai tempat ke 6 di seluruh dunia

dalam masa yang singkat [Tepuk] Lebih daripada Bangkok dan Hong Kong. Apa lagi? Mengenai

pertanyaan….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Larut, Larut.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Boleh saya minta penjelasan sedikit

Yang Berhormat sebelum masuk ke Sibu.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Ya, boleh.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Sama ada kempen-kempen

memburukkan negara kita ini [Disampuk] telah menjejaskan, menakutkan penumpang-penumpang

yang hendak datang ke negara kita ini dengan reformasi, demonstrasi yang diada-adakan. Saya minta

penjelasan dari Yang Berhormat kerana sebelah sana dia tidak faham, dia lebih suka negara kita jatuh,

ekonomi merosot, dia lebih suka. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, adalah benar beberapa elemen dari

luar negeri sentiasa hendak memburukkan negara kita, imej negara kita tetapi apa yang sangat sakit hati

atau menyakitkan diri adalah orang dari tempatan juga ingin memburukkan imej negara kita [Tepuk]

Sentiasa hendak lihat daripada segi yang buruk sahaja, tidak melihat apa yang positif dan saya harap

mereka menukar sikap mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi ke Sibu sekarang. Pertanyaan Yang Berhormat bagi

Sibu berkaitan dengan …..

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kubang Kerian, hendak

bagi? Dia tidak bagi Yang Berhormat, dia hendak teruskan.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Cukup, cukup sudah beri peluang banyak.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terus Sibu.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Mengenai pertanyaan Yang Berhormat bagi Sibu berkaitan

dengan pembesaran Lapangan Terbang Sibu, kerajaan memang ada menerima cadangan supaya

Lapangan Terbang Sibu dipertingkatkan dari operasi Boeing 737 kepada Airbus. Cadangan ini sedang

dikaji dari segi trafik penumpang dan dalam konteks perancangan peningkatan sistem lapangan terbang

negara keseluruhannya.

DR.14.11.2000 58

Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat bagi Dungun, saya ingin menjelaskan

bahawa projek peningkatan Lapangan Terbang Kuala Terengganu merupakan satu projek yang mana

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah mencapai persetujuan supaya kos pengambilan alih

tanah dibiayai oleh Kerajaan Negeri manakala kos pembinaan adalah ditanggung oleh Kerajaan

Persekutuan. Berdasarkan kepada itu, tindakan-tindakan telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan

untuk melaksanakan projek ini termasuk rundingan dengan kontraktor dari skop kerja dan kos

pembinaan.

Bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini telah tidak

bersetuju atau menarik balik persetujuan yang dicapai dahulu ini. Mereka telah tidak bersetuju

membiayai kos pengambilan alih tanah projek berkenaan. Memandangkan kepada itu, Kerajaan

Persekutuan tidak dapat meneruskan projek tersebut. Untuk makluman…..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat Hulu

Terengganu.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih Yang Berhormat Menteri. Saya suka minta penjelasan sedikit berkenaan dengan lapangan

terbang ini yang disebut baru sekejap. Adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan balik

pembinaan lapangan terbang ini memandangkan Kerajaan Pusat telah merampas kembali royalti

daripada Kerajaan Terengganu. Maknanya sekarang Kerajaan Pusat telah mempunyai lebihan wang

daripada Kerajaan Negeri sendiri. Adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan balik setelah

perkara ini berlaku?

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Wang ihsan, bukan royalti tetapi semua wang itu akan

dikembalikan kepada rakyat di Terengganu. Apa salah? Untuk makluman Yang Berhormat,

pendekatan bagi kerajaan negeri…..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat bagi

Sibu berdiri, Yang Berhormat. Ada apa Yang Berhormat bagi Sibu?

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

kepada Kerajaan Malaysia. Saya baru melawat Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong. Kalau

dibandingkan dengan KLIA banyak perbezaan, tidak sampai standard KLIA, ya. [Ketawa] Saya rasa

ini mungkin British punya the last project before they left Hong Kong. Tahniah Kerajaan Barisan

Nasional Malaysia, mempunyai satu lapangan terbang yang begitu hebat, begitu moden, begitu besar

dengan kosnya begitu murah.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan daripada Dato’ Seri Menteri. Tadi Yang

Berhormat Dato’ Seri Menteri mengatakan rel mungkin lebih murah untuk pengangkutan, kalau

dibandingkan dengan jalan. Tetapi saya difahamkan seluruh negara kita hanya satu negeri iaitu

Sarawak sampai sekarang masih belum mendapat rail service. Adakah Kerajaan Persekutuan

mencadangkan atau study atau membuat kajian kemungkinan membina satu rel untuk negeri

Sarawak yang cukup besar, lebih kurang sama besar dengan Semenanjung. Kedua…..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Panjangnya.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Kedua….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ini perkara yang sudah

lepas ini.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Tentang Lapangan Terbang Sibu, saya ingin mengucapkan

terima kasihlah. Saya harap ini akan …..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cepat-cepatlah.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: ….mendapat hasil keputusan yang positif. Bukan hanya untuk

Airbus, mungkin kalau ia dipanjangkan untuk Airbus, mungkin langsung ke Boeing 747, kalau boleh.

Sekian, terima kasih.

DR.14.11.2000 59

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya cadangan Yang

Berhormat bagi Sibu untuk mengadakan satu kajian sama ada perlu atau tidak, sama ada wajar atau

tidak mengadakan mode rail di Sarawak adalah satu cadangan yang baik oleh kerana seperti saya

menyatakan tadi ini adalah satu mode atas darat yang termurah dan saya ingin mencadangkan kepada

EPU untuk membuat satu kajian.

Untuk makluman Yang Berhormat, pendekatan yang saya katakan tadi bagi kerajaan negeri

menampung kos pengambilan alih tanah bagi projek-projek pembangunan bukan merupakan satu

amalan baru. Misalnya bagi projek peningkatan Lapangan Terbang Tioman, projek pembesaran

Lapangan Terbang Alor Setar dan projek Lapangan Terbang Miri, kos pengambilan alih tanah adalah

dibiayai oleh kerajaan negeri juga.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Hulu Terengganu

berdiri lagi. Ini Hulu Terengganu.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak

menjawab apa yang saya tanya tadi. Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan atau meneruskan

projek Lapangan Terbang Kuala Terengganu, kerana sebelum daripada ini keputusan telah diberi,

tidak bersetuju tetapi setelah wang royalti itu diambil oleh Kerajaan Pusat. Yang Berhormat Menteri

menjelaskan tentang wang royalti sahaja tetapi tidak menjelaskan adakah projek itu akan diteruskan

balik setelah penguasaan ke atas wang itu dipegang oleh Kerajaan Pusat sekarang ini.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Setakat ini tidak. Mengenai perkara-perkara yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam dan Yang Berhormat Tuaran, ingin saya memaklumkan

bahawa…..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri lagi

Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Hendak beri jalan tidak?

Tuan Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Dato’ Seri Menteri. Ini pertanyaan saya.

Apakah yang mengakibatkan Kerajaan Terengganu tidak boleh membayar pampasan tanah. Adakah

kerana kerajaan ini tidak berkemampuan ataupun apakah punca-puncanya. Tidakkah projek ini telah

merugikan Kerajaan Negeri Terengganu dan juga kerajaan kita kerana kalau kita bina mungkin kita

boleh untung. Apakah mereka kerana tidak ada cukai dan tidak boleh lagi membayar tanah ini?

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya dengar hari itu yang

dihujah oleh Yang Berhormat bagi Dungun, pendirian mereka adalah bukan tidak ada wang tetapi

mereka kata tidak munasabah untuk kerajaan negeri mengeluarkan wang untuk membiayai kos tanah.

Tetapi Tuan Yang di-Pertua, beberapa contoh telah diberi di mana ini adalah satu amalan biasa,

bukan satu amalan baru. Tetapi saya ingatkan lagi, apabila saya menemui Menteri Besar Terengganu,

apabila mereka datang ke pejabat saya untuk berbincang mengenai pembinaan Lapangan Terbang

Kuala Terengganu ini, mereka telah menetapkan mereka tidak bersetuju membiayai kos pengambilan

alih tanah tetapi Yang Amat Berhormat itu telah bercadang boleh atau tidak Kerajaan Pusat

meneruskan pembinaan terminal yang baru untuk menampung lebih banyak penumpang-penumpang

khasnya untuk membolehkan ianya menampung penumpang-penumpang dari Airbus.

Saya telah menjawab tidak bolehlah. Mana boleh membina satu terminal yang besar

walaupun you tidak keluar wang dan Airbus itu tidak boleh mendarat di airport itu, tidak munasabah

untuk Kerajaan Pusat membina satu white elephant seperti itu. Oleh sebab itu kita telah menolak

cadangan itu, tetapi terpulanglah kepada Kerajaan Negeri Terengganu sama ada hendak

meng‘honour’ persetujuannya yang telah dicapai sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua…..

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar : [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi

Setiu berdiri, hendak beri? Dia tidak beri Yang Berhormat.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Nanti tidak habis. 12 kementerian akan dihabis pada hari ini.

DR.14.11.2000 60

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang

Berhormat

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Mengenai perkara -perkara yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Silam dan Yang Berhormat Tuaran, ingin saya maklumkan bahawa kerajaan pada ketika

ini tiada rancangan untuk membina sebuah lapangan terbang baru untuk menggantikan Lapangan

Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu memandangkan kemudahan sedia ada berupaya menampung

keperluan trafik. Kerajaan juga tidak bercadang untuk memberi nama baru kepada Lapangan Terbang

Antarabangsa Kota Kinabalu.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi

Larut bangun lagi, Yang Berhormat. Dia tidak beri Yang Berhormat.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Sibu dan Yang

Berhormat bagi Bintulu telah menyentuh perkara -perkara mengenai MAS. Mengenai cadangan

supaya diadakan penerbangan terus Sibu ke Senai, MAS belum ada rancangan pada masa ini

berasaskan aliran trafik untuk mengadakan penerbangan terus tersebut.

Walau bagaimanapun, MAS menyediakan banyak penerbangan sambungan yang convenient

melalui Kuching ke Senai, iaitu pada masa ini sebanyak empat kali sehari yang mana boleh digunakan

oleh penumpang-penumpang dari Sibu. Walaupun demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

menegaskan di sini iaitu dari masa ke semasa MAS dan kementerian akan mengkaji semula perkara

ini dan di masa yang akan datang jikalau munasabah dan diperlukan, ianya akan dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kedudukan kewangan MAS, saya ingin menjelaskan bahawa

semenjak 10 tahun yang lepas, MAS sebenarnya mencapai keuntungan setiap tahun kecuali bagi 3

tahun yang lalu, di mana MAS mula mencatatkan kerugian mulai tahun 1997.

Tuan Yang di-Pertua, angka-angka yang saya ada adalah pada tahun 1991 MAS mendapat

keuntungan RM288 juta; 1992 - RM140 juta; 1993 - RM7 juta; 1994 - RM261 juta; 1995 - RM 232

juta; 1996 - RM318 juta; dan hanya di tahun 1997, 1998 dan 1999 sahaja mengalami kerugian.

Tuan Yang di-Pertua, kedudukan kewangan MAS telah mula terjejas akibat kadar pertukaran

wang asing yang tinggi bagi US Dollar berbanding Ringgit iaitu kemerosotan dari RM2.50 sen ke-

RM3.80 sen dan harga minyak yang meningkat naik. Akibat dari kemerosotan nilai ringgit, MAS

terpaksa menanggung beban bayaran pinjaman luar negeri yang bertambah sebanyak RM2.5 bilion.

Di samping itu, harga minyak telah meningkat dari US 52 sen segelen pada tahun 1998 ke

US 70 sen segelen pada tahun 1999 dan pada tahun ini berada di tahap 1USD segelen. Kesannya,

Tuan Yang di-Pertua, ialah MAS terpaksa menampung kos minyak sebanyak RM1.4 bilion bagi tahun

ini berbanding dengan puratanya RM950 juta setahun bagi tiga tahun yang lepas.

Untuk makluman Yang Berhormat, penjualan, pembelian dan penyewaan pesawat adalah

amalan biasa dalam industri penerbangan di mana syarikat penerbangan akan menjual pesawat yang

lama dan membeli pesawat baru untuk menggantikannya, di samping untuk menampung rancangan

perluasan rangkaian perkhidmatannya. Pada masa ini, Tuan Yang di-Pertua, dari jumlah 93 pesawat

yang ada dalam angkatan pesawatnya MAS memiliki 78 daripadanya dan 15 pesawat sewaan.

Angkatan pesawat wide body MAS yang terdapat pada masa ini adalah yang termuda di dunia dan

adalah setanding dengan usia angkatan pesawat yang dimiliki oleh SIA.

Tuan Yang di-Pertua, MAS juga mempunyai rangkaian perkhidmatan yang luas iaitu

perkhidmatan ke-34 destinasi domestik dan 79 destinasi antarabangsa. MAS merupakan satu-satunya

syarikat penerbangan di rantau ini yang beroperasi kesemua enam benua termasuk ke Latin Amerika.

Sungguhpun MAS kerap menerima berbagai aduan mengenai perkhidmatannya, namun tidak

dapat dinafikan MAS juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, antaranya Five Stars Diamond

Award, Best Business Airlines Award, International Airlines of the Year Award dan lain -lain.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang menimbangkan beberapa langkah yang sesuai bagi

memulihkan dan memperkukuhkan kedudukan kewangan MAS. Sementara itu MAS sendiri telah dan

DR.14.11.2000 61

akan melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti tanpa

menjejaskan mutu perkhidmatannya.

Mengenai perkara insurans adalah menjadi amalan biasa bagi syarikat penerbangan

menggunakan khidmat syarikat pengantara atau broker apabila membuat urusan pembelian insurans.

Dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, MAS menggunakan perkhidmatan broker yang berdaftar dengan

Llyoids apabila membuat urusan tersebut.

Mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Hulu Rajang

berhubung dengan penerbangan di antara Kuala Lumpur-Kuching–Kota Kinabalu …

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Batang Lupar berdiri

Yang Berhormat, hendak beri jalan? Tidak bagi Yang Berhormat ya.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Tidak cukup masa nanti. Adalah dimaklumkan pada masa

kini MAS mengadakan sebanyak 52 penerbangan seminggu secara terus di antara Kuala Lumpur dan

Kota Kinabalu dan 65 penerbangan secara terus antara Kuala Lumpur dan Kuching. MAS sentiasa

memantau pengaliran trafik antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, dan sekiranya

perlu bilangan penerbangan akan ditambah. Bagi musim cuti sekolah, perayaan akan datang MAS

akan mengadakan bagi tempoh 10 November hingga 4 Januari sebanyak 70 penerbangan tambahan di

antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dan sebanyak 103 penerbangan tambahan di antara Kuala

Lumpur dan Kuching.

Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan integrasi nasional, MAS telah

mewujudkan berbagai tambang istimewa dan diskaun bagi perjalanan antara Semenanjung Malaysia

dengan Sabah dan Sarawak. Misalnya tambang group tiga orang dengan potongan sebanyak 50%

tambang night tourist dengan potongan sebanyak 30% dan tambang excursion dengan potongan

sebanyak 21%.

Mengenai isu lesen terbang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah,

Kementerian Pengangkutan…

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Batang Lupar berdiri

lagi, Yang Berhormat.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Dato’ Menteri. Saya hendak

minta pandangan daripada Dato’. Apabila saya pergi ke luar negeri melihat banyak pilot dan staff

daripada airlines apabila terbang menggunakan penerbangan mereka, mereka mendapat layanan

menggunakan ekonomi kelas tetapi pilot dan pegawai-pegawai darip ada MAS apabila terbang menaiki

MAS dia sentiasa diberi layanan seluruh keluarga termasuk anak-anak yang kecil pun duduk dalam

business class dan first class. Jadi ini telah mendatangkan kerugian juga kepada MAS kerana tempat itu

tidak boleh dijual dengan orang lain. Itu soalan yang pertama.

Yang kedua, kalau kita terbang menggunakan Scandinavian Airlines umpamanya kita guna

perantaraan di antara business class dengan economy class ini dia gunakan curtain sahaja. Jadi kalau

ada orang hendak beli business class banyak-banyak dia shift curtain ke belakang sahaja. Jadi

banyaklah, semua boleh jadi business class. Jadi apa yang berbeza dalam business class bercorak ini

ialah kemudahan makanan dan layanan sahaja yang berbeza tetapi tempat duduk dia biasa. Jadi

keuntungan mungkin tidak terjejas kalau perkara ini dibuat.

Yang ketiga, Dato’, masa percutian ini. Pada masa sekarang kalau Dato’ hendak pergi ke

Kuching very sorrylah tidak boleh masuk……

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ingat pendek sahaja tadi,

panjang ya.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Pendek, Tuan Yang di-Pertua. Soalan satu

pendek-pendek tetapi banyak soalan. Yang ini kalau dapat atau tidak dihantar ke Sarawak itu terutama

DR.14.11.2000 62

sekali penerbangan yang popular umpamanya pukul 5.00 petang dan pukul 8.00 malam menggunakan

Airbus atau Boeing 747 tiap-tiap kali. Dan selepas itu kalau musim cuti ini kita dua kali dalam satu

hari baru dapat mengatasi masalah kesesakan pengguna kapal terbang daripada Kuala Lumpur-Kuching

dan Kuching-Kuala Lumpur pada waktu sekarang. Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat pasti sama ada pilotpilot

yang bercuti atau mengalih ke stesen yang lain masih lagi diberi first class oleh kerana ini saya

tahu adalah satu amalan yang lama dulu tetapi saya percaya ini telah diberhentikan dalam negotiation

collective agreement yang baru antara pihak majikan dengan association pilot. Tetapi, Tuan Yang di-

Pertua, saya kena menyemak semula dan mendapatilah sama ada ini adalah benar atau tidak dalam

masa ini. Tetapi mengenai contoh yang diberi oleh Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar yang

berkait dengan cara SAS membuat untuk shifting the curtain back, saya percaya ini adalah sesuatu

yang perlu dikaji oleh syarikat-syarikat penerbangan tempatan. Terima kasih.

Kementerian dan JPJ belum menerima laporan dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai

butir-butir terperinci hasil siasatan berhubung dengan isu lesen terbang. Justeru itu, Tuan Yang di-

Pertua, tidaklah diketahui jumlah yang sebenar lesen terbang tersebut. Mengikut perangkaan yang

diperolehi daripada BPR sehingga 16 Oktober tahun ini sejumlah 3,664 lesen terbang telah diserahkan

kepada BPR. Saya berharap setelah tamat tempoh pengampunan iaitu pada 17 November tahun ini

kedudukan sebenar isu lesen terbang ini akan dapat diketahui apabila hasil siasatan yang dijalankan

oleh BPR diserahkan kepada JPJ.

Isu mengenai lesen terbang, Tuan Yang di-Pertua, telah pun saya jelaskan di Dewan ini pada

16 Oktober. Kerajaan telah pun memberi jaminan kepada mereka yang menyerahkan lesen-lesen

terbang ialah bahawa pertama, mereka tidak akan mengalami masalah atau kesusahan semasa siasatan

dijalankan. Ini adalah oleh kerana sebelum ini mereka takut untuk tampil ke hadapan oleh kerana

mereka takut kena ditahan atau direman untuk siasatan, untuk soal siasat dan oleh kerana itu mereka

tidak berani tampil ke hadapan. Rintangan itu telah diketepikan. Yang kedua, lesen akan diserahkan

balik dengan serta merta bagi membolehkan mereka meneruskan menyara hidup keluarga mereka. Ini

juga adalah satu rintangan yang telah diketepikan. Dan peraturan khas, Tuan Yang di-Pertua, akan

diadakan bagi membolehkan……

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kubang Kerian berdiri

lagi, Yang Berhormat. Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: ….membolehkan mereka mendapatkan lesen baru dalam

masa yang singkat. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya nyatakan saya tidak akan

melindungi kakitangan JPJ yang terlibat dalam isu ini dan telah memberi kebebasan yang sepenuhnya

kepada BPR menjalankan siasatannya sehingga ke akar umbi berhubung dengan gejala rasuah supaya

ianya tidak berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi

Batu Pahat berhubung dengan isu pencerobohan ke sistem ICT JPJ, setakat ini …

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Kota Melaka.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kota Melaka ya.

Tuan Kerk Kim Hock: Syabaslah kepada Menteri oleh kerana datang ke Dewan untuk

menjawab dengan sendiri…. [Sorak].

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang

Berhormat ya.

DR.14.11.2000 63

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tahu bila saya berdiri semua bising. Soalannya yang pokok

bukan sama ada Yang Berhormat Menteri tidak akan melindungi sesiapa yang salah. Soalnya yang

pokok ialah sama ada Yang Berhormat Menteri berani memikul tanggungjawab sebagai Menteri dan

melaksanakan prinsip accountability dan meletak jawatan oleh kerana atas satu skandal yang begitu

besar telah berlaku di Malaysia sehingga tempoh lima tahun. Dan saya telah baca apa yang dikatakan

oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa dalam bulan Ogos tahun ini Yang Berhormat

Menteri sendiri hendak meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan oleh kerana Yang Berhormat

Menteri sendiri tidak boleh tahan orang cakap-cakap. Ini kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri. Tetapi dalam isu lesen terbang, orang maki-maki. Jadi sanggupkah Yang Berhormat Menteri

meletak jawatan? [Tepuk]

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang Menteri yang

bertanggungjawab apabila kita menghadapi apa-apa masalah pun peranan, sikap yang

bertanggungjawab adalah untuk menangani isu itu dengan serta merta untuk menyelesaikannya, bukan

lari dan letak jawatan. Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan Ahli Yang Berhormat

bagi Kota Melaka pemimpinnya Lim Kit Siang telah cakap letak jawatan beberapa kali tetapi masih

ada di situ. Tidak letak jawatan langsung. Cakap sahaja. Cakap dengan buat lain. [Tepuk]

fakta.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] [Pembesar suara dimatikan] Salah fakta ini, salah

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Ya, tiga empat kali, tiga empat kali sudah cakap hendak

letak, hendak letak, masih lagi di situ.

Tuan Kerk Kim Hock: Diri sendiri pun lari pergi Australia buat apa …[Pembesar suara

dimatikan]

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, Yang Berhormat.

Ini bukan tempat bertengkar, Yang Berhormat. Duduk. Boleh beri ja lan?

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] Hentam pun tak bolehlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan hentam, hentam

teruk ya jadinya. Batu Gajah berdiri, Yang Berhormat. Hendak bagi? Dia tidak bagi Yang Berhormat.

[Disam puk]

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Merujuk kepada perkara …

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, tidak

bagilah Yang Berhormat. Saya menyampaikan sahaja. Ha, dia bagi. Dia bagi ya. [Ketawa]. Yang

tidak pernah itu dia bagi Yang Berhormat, teruskan.

Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat Menteri…..

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Gajah ini. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, teruskanlah Yang

Berhormat.

Puan Fong Po Kuan: Yang Berhormat Menteri, jika Yang Berhormat Menteri seorang yang

bertanggungjawab ingin mengatasi masalah yang telah wujud mengenai lesen terbang tetapi kalau kita

lihat sepanjang masa 14 tahun Yang Berhormat Menteri memegang jawatan sebagai Menteri

Pengangkutan kita ada rekod tikus di dalam KLIA, kita ada rekod di mana kesesakan lalu lintas masih

wujud walaupun ada LRT, kita ada rekod di mana kotak hitam kata hendak install tetapi tidak diinstall

selalu dipostponed, postponed sebab kroni tidak ada wang hendak install.

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang

Berhormat?

Puan Fong Po Kuan: Jadi sudah ada banyak senarai rekod-rekod buruk di dalam Menteri

Pengangkutan tetapi selalu masalah wujud adalah Menteri Pengangkutan.

DR.14.11.2000 64

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ini nampaknya

berceramah, Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan: Bukankah ini menunjukkan kelemahan pimpinan Yang Berhormat

Menteri Pengangkutan. Mengapa kita tidak adakan perubahan?

Timbalan Yang di -Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang

Berhormat ya.

Puan Fong Po Kuan: Jadi saya rayu agar Menteri meletak jawatan untuk buktikan benarbenar

bertanggungjawab. Ini untuk keselamatan rakyat juga.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Itu bukan hujah, Yang

Berhormat. Tidak guna, Yang Berhormat. Itu hendak melepas geram nampaknya.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu

di mana di seluruh dunia ada lapangan terbang yang tidak ada tikus. [Ketawa] Namakan satu yang

tidak ada tikus. Saya percaya, Tuan Yang di-Pertua, rumah Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah pun

ada tikus. [Ketawa] So, esok letak jawatan. [Ketawa]. Rumah pun tidak boleh jaga, apa

hendak…[Ketawa].

Puan Fong Po Kuan: [Bangun][Menyampuk] [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, jangan macam

ini Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat

Batu Gajah.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: Saya kena jaga seluruh Malaysia…..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Bukan caranya, Yang

Berhormat Batu Gajah.

Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik: You, rumah pun tidak boleh jaga. [Ketawa].

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat Batu

Gajah, ini bukan cara dia.

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk] [Pembesar suara dimatikan][Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduklah.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jawapan dia macam itu

Kota Melaka.

Tuan Kerk Kim Hock: Baik-baik jawab.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Kota Melaka.

Tuan Kerk Kim Hock: Apa cakap ini macam?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kota Melaka duduklah.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Tuan Yang di-Pertua, berhubungan dengan isu mengenai

pengurusan institut memandu yang kurang mahir dan tenaga pengajar yang tidak inovatif,

dimaklumkan bahawa JPJ telah menubuhkan Pasukan Tindakan Khas yang bertanggungjawab

melakukan lawatan dan siasatan mengejut dari masa ke semasa ke institut memandu atau sekolah

memandu bagi memastikan mereka sentiasa mengikuti peraturan dan tahap pengajaran yang ditetapkan

oleh JPJ.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit

Bintang berhubung dengan kedudukan setinggan yang terlibat dengan projek K.L Monorel, kerajaan

telah mengenal pasti seramai 120 keluarga setinggan yang berada di atas tanah persendirian yang

terlibat dengan projek K.L Monorel. Kerajaan sedang berusaha menyediakan perumahan awam bagi

DR.14.11.2000 65

menempatkan semula mereka dan akan mempertimbangkan bayaran bantuan perpindahan kepada

mereka yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pembelian ekuiti oleh Hutchinson dalam

Westport…..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Bukit Bintang Berdiri

Yang Berhormat. Ya, dia tidak bagi Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Cukup, cukup.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup, ya.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Berhubung dengan pembelian ekuiti….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi ya.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: …oleh Hutchinson dalam Westport yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat bagi Setiu, sukacita saya memaklumkan bahawa di zaman globalisasi ini apa yang

untuk bertumbuh dengan sendiri dalam satu negara yang kecil seperti Malaysia adalah sukar, adalah

susah. Kita hanya dapat bertumbuh berikutan dengan GDP, pertumbuhan GDP negara kita. Sekarang

ini apa yang lebih cepat, apa yang lebih strategik adalah strategic alliances dengan izin, amat perlu

diadakan.

Sehubungan dengan ini Tuan Yang di-Pertua, dua strategic alliances telah pun diadakan iaitu

yang pertama, antara pelabuhan Tanjung Pelepas, PTP dengan ‘Mercyland’ iaitu ‘Mercyland’ seperti

saya nyatakan tadi adalah syarikat perkapalan kontena yang terbesar di dunia. Dan Tuan Yang di-

Pertua, PTP untuk tumbuh secara sendiri akan mengalami banyak kesulitan. Tetapi dengan strategic

alliance ini, dengan serta-merta Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dalam tempoh masa satu, dua

tahun, pengendalian kontena, ‘true put’ di PTP akan meningkat sampai 2.5 juta TEU setahun dan ini

adalah satu angka yang sangat tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, di seluruh dunia, hanya 16 pelabuhan yang dapat mengendali lebih

daripada 500,000 TEU setahun. Hanya 16 pelabuhan dan sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, Pelabuhan

Kelang yang mengendalikan transshipment TEU sebanyak 1.2 juta telah termasuk top -ten in

transshipment TEUs in the world. Dan saya percaya dengan strategic alliance , dengan PTP, dengan

‘Mercyland’ PTP akan menjadi pelabuhan kedua di Malaysia yang akan memasuki senarai top -ten

transshipment boards in the world.

Tuan Yang di-Pertua, strategic alliance…….

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kepong berdiri ya. Dia

tak bagi Yang Berhormat, ya.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Belum masa lagi. Strategic alliance yang kedua adalah

antara Hutchinson dengan Westport. Tuan Yang di-Pertua, Hutchinson adalah sesuatu pengendali

terminal kontena yang terbesar di dunia. Mereka mengendalikan 122 dermaga di seluruh dunia dan

pelabuhan-pelabuhan yang mereka ada adalah dalam Rotterdam, Europe Combine Terminal, Jakarta

International Container Terminal di Indonesia Hong Kong International Terminal, Yan Tien Container

Terminal di negara China, Myammar International Terminal Tilawa, Shanghai Container Terminal.

Dan saya yakin Tuan Yang di-Pertua, dengan strategic alliances seperti ini, hasilnya adalah synergies

antara Westport dengan Hutchinson dan ini akan meningkatkan pengendalian kargo bagi pelabuhanpelabuhan

Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya pada kali ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kepong berdiri Yang

Berhormat. Dia sudah tak bagi Yang Berhormat, dia tak bagi ya.

Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik: Inilah jawapan saya pada hari ini dan terima kasih sekali lagi

saya ucapkan kepada semua yang telah menyertai perbahasan ini.

DR.14.11.2000 66

Raya.

3.50 ptg.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di -Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kementerian Kerja

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin]: Tuan Yang

di-Pertua, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

menyentuh beberapa perkara mengenai bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya

ketika perbahasan Belanjawan 2001.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali izinkan saya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam iaitu mengenai isu berhubung dengan masalah pembinaan

bangunan sekolah di mana Yang Berhormat menyarankan agar kerajaan memastikan hanya kontraktor

yang berkebolehan sahaja dipilih untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memang sentiasa berhati-hati dengan

pemberian tender-tender JKR kepada kontraktor-kontraktor bagi memulakan sebarang kerja-kerja

pembinaan termasuk pembinaan bangunan sekolah sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat bagi Bukit Mertajam.

Mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada, tender-tender JKR dinilai berdasarkan kepada

beberapa perkara iaitu yang pertama, kecukupan dokumen wajib, yang kedua, kecukupan modal

minimum ataupun keupayaan kewangan. Yang ketiga, keupayaan teknikal. Yang keempat, prestasi

projek yang lepas dan yang dalam perlaksanaan dan yang kelima, harga tender yang dikemukakan

berbanding dengan anggaran jabatan. Oleh penender-penender yang memenuhi syarat-syarat tersebut

sahaja yang akan dipertimbangkan untuk melaksanakan projek-projek kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai permohonan agar kerajaan

mengecualikan bayaran tol di kawasan Majlis Perbandaran Seremban sebagaimana yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat bagi Rasah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Utara-Selatan adalah dibina berhampiran

bandar-bandar utama seperti Alor Setar, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Johor Bahru.

Tujuan utama pembinaan lebuh raya ini adalah bagi menghubungkan bandar-bandar utama di

sepanjang utara ke selatan Semenanjung dan secara tidak langsung ianya perlu melalui beberapa

kawasan Majlis Perbandaran.

Mengikut syarat perjanjian konsesi, pihak PLUS adalah dibenarkan mengutip tol di Lebuhraya

Utara-Selatan termasuk kawasan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat.untuk dikeluarkan.

Sekiranya kerajaan tidak membenarkan kutipan tol di kawasan tersebut, maka bayaran pampasan perlu

dibayar kepada PLUS terhadap kerugian yang dialami. Dengan lain perkataan, sekiranya kawasan

pengecualian tol ini dilaksanakan di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan di bahagian Seremban ke

Senawang yang melalui Plaza Tol Seremban, Plaza Tol Port Dickson dan Plaza Tol Senawang, bayaran

ganti rugi atau pampasan yang amat besar perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat konsesi di atas

kerugian yang diala mi disebabkan cadangan berkenaan. Di samping itu juga pihak Plus adalah

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyelenggaraan Lebuhraya Utara-Selatan termasuk kawasan

di atas. Sebahagian dari kos penyelenggaraan ini diperoleh dari kutipan tol di lebuh raya tersebut.

Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat, perbincangan awal ke atas cadangan

untuk dipindahkan Tol Rasah dari kawasan Majlis Perbandaran Seremban telah dibuat di antara pihak

Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kerajaan Negeri dan juga Pemaju Bandar Seremban II. Pihak

Kementerian Kerja Raya akan meneliti hasil perbincangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Yang Berhormat bagi Bukit Mas mengenai

pembekalan air bersih ke kawasan-kawasan yang belum memperolehnya, suka saya memaklumkan

bahawa pada masa kini, liputan air bagi kawasan-kawasan bandar di seluruh negara ialah sebanyak

99%, manakala bagi kawasan-kawasan luar bandar pula sebanyak 84%. Usaha bagi menyediakan

kemudahan bekalan air ke kawasan-kawasan yang belum menikmati bekalan air bersih sememangnya

DR.14.11.2000 67

merupakan satu program kerajaan yang berterusan khususnya di bawah Kementerian Pembangunan

Luar Bandar.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Dungun memohon penjelasan mengenai

perkembangan alignment bagi Lebuhraya Pantai Timur yang telah dipersetujui pembinaannya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan Persekutuan masih

menyemak secara terperinci pelan-pelan pengambilan balik tanah bagi pembinaan Lebuhraya Pantai

Timur di bahagian Terengganu sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri khususnya bagi jajaran

Bukit Besi ke Cenerih. Pada masa yang sama kementerian sedang menunggu pengesahan sama ada

Kerajaan Negeri Terengganu akan meneruskan perlaksanaan projek ini dan kosnya dibiayai sendiri

oleh Kerajaan Terengganu atau bersetuju supaya projek Lebuhraya Pantai Timur diteruskan

perlaksanaan oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan Persekutuan. Surat rasmi daripada

Kerajaan Persekutuan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Terengganu memo hon

pengesahan tersebut telah dikemukakan pada 28 hari bulan Oktober yang lepas. Pengesahan ini

diperlukan kerana terdapat beberapa kenyataan akhbar yang mengatakan bahawa Kerajaan Terengganu

akan melaksanakan sebuah projek lebuh raya dalam negeri Terengganu dan dibiayai sendiri oleh

Kerajaan Negeri Terengganu.

Mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan, dalam

perlaksanaan projek-projek lebuh raya secara penswastaan, kadar tol adalah penting bagi mendapat

pulangan modal pelaburan dan juga sebagai jaminan bagi mendapat pinjaman komersial oleh syarikatsyarikat

konsesi bagi menanggung kos perlaksanaan projek-projek tersebut. Penetapan kadar tol

adalah bergantung kepada kos dan juga tempoh konsesi yang dipersetujui oleh kerajaan.

Dengan mengambil kira faktor ini, kerajaan bersetuju dengan kadar tol dan kekerapan

kenaikan kadar tol seperti dalam perjanjian konsesi dengan mengambil kira bilangan trafik yang

menggunakan lebuh raya tersebut. Oleh kerana terdapat rungutan -rungutan dari orang ramai mengenai

kenaikan tol, kerajaan berhak untuk tidak membenarkan pihak syarikat konsesi tidak menaikkan kadar

tol. Walau bagaimanapun, kerajaan perlu membayar pampasan dari perbezaan kadar tol tersebut oleh

kerana pihak syarikat mempunyai obligasi untuk membayar pinjaman kepada peminjam-peminjam

komersial.

Oleh kerana jumlah bayaran pampasan yang besar, kerajaan perlu berunding dengan syarikat

konsesi untuk menyusun semula kadar tol mereka dengan mengambil kira aliran tunai syarikat dan

kemungkinan melanjutkan tempoh konsesi. Pada masa ini, kerajaan sedang berunding dengan syarikatsyarikat

berkenaan bagi mendapat persetujuan bersama untuk menetapkan kadar tol baru tanpa kerajaan

membayar pampasan kepada mereka. Oleh kerana proses ini melibatkan aliran kewangan syarikat,

ianya akan mengambil masa sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mas,

ingin saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu jambatan di atas Sungai Terusan,

peruntukannya dimohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 sebanyak RM27.2 juta Kedudukan

semasa mengenai projek ini adalah masih lagi dalam pertimbangan terakhir Unit Perancang Ekonomi,

Jabatan Perdana Menteri.

Mengenai jambatan di atas Sungai Pandaruan, peruntukannya sebanyak RM18 juta akan

dimohon di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-8.

Bagi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat

Sandakan, Yang Berhormat Kapit dan juga Yang Berhormat Julau, Kementerian Kerja Raya

mengambil perhatian mengenai cadangan-cadangan dan permohonan projek-projek yang telah

dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.

Pertimbangan terhadap cadangan -cadangan projek tersebut akan dibuat berasaskan sama ada

jalan-jalan yang dicadangkan itu adalah di bawah Kementerian Kerja Raya ataupun Kementerian

Pembangunan Luar Bandar ataupun kerajaan negeri. Pertimbangan seterusnya ialah sama ada projekprojek

tersebut merupakan projek yang menjadi keutamaan.

DR.14.11.2000 68

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat

yang telah berucap mengenai perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. Bagi

perkara-perkara yang tidak sempat dijawab, Kementerian Kerja Raya, kementerian saya akan memberi

perhatian sewajarnya dan mengambil tindakan susulan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhammad bin Abdullah]: Kementerian

Perusahaan Utama.

4.00 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Terima kasih Tuan Yang

di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

dari Bagan, Kelang, Jeli, Kemaman, Kluang, Mambong, Kuala Kedah, Tuaran, Kampar, Yan dan

Tampin yang telah pun membangkitkan beberapa perkara menyentuh bidang kuasa Kementerian

Perusahaan Utama.

Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat bagi Bagan, Yang Berhormat

bagi Jeli dan Yang Berhormat bagi Yan mengenai kebajikan pekebun-pekebun kecil kelapa sawit dan

industri kelapa sawit keseluruhannya, sukalah saya menegaskan bahawa kerajaan memang prihatin

terhadap pengusaha-pengusaha industri kelapa sawit termasuk pekebun-pekebun kecil.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Oleh itu, berikutan dengan kejatuhan harga minyak sawit, kerajaan telah mengambil tiga

langkah utama untuk membendung kejatuhan harga minyak sawit di pasaran iaitu:-

(i) Membenarkan sebahagian minyak sawit mentah (CPO) dieksport tanpa duti.

Untuk tujuan ini, sejumlah 500,000 metrik tan minyak sawit mentah telah

diluluskan oleh kerajaan untuk dieksport tanpa duti terutamanya ke India

dan Eropah dalam tempoh 6 bulan bermula 15hb September 2000. Setakat

7hb November 2000, sebanyak 373,877 tan minyak sawit mentah telah

dijual.

(ii) Memberi kemudahan kredit kepada negara -negara pengimport yang ingin

membeli minyak sawit Malaysia melalui skim Palm Oil Credit Payments

Arrangement, dengan izin. Baru-baru ini, kerajaan telah mengenal pasti

lima negara untuk diberi kemudahan tersebut iaitu Rusia, Mesir,

Bangladesh, Myanmar dan Korea Utara dengan jumlah kredit sebanyak

US$135 juta. Ini bermakna Malaysia akan dapat mengeksport kira -kira

390,000 atau 400,000 tan minyak sawit melalui skim ini.

(iii) Menggalakkan dagangan secara tukar barang atau, dengan izin, counter

trade. Dalam hubungan ini, kerajaan baru-baru ini bersetuju membeli 20

buah lokomotif untuk KTMB daripada China dengan kos lebih kurang

RM200 juta dan bayaran akan dibuat secara counter trade dalam bentuk

minyak sawit. Usaha kerajaan ini khususnya dapat mengurangkan stok

minyak sawit dalam negeri melalui pengeksportan minyak sawit mentah

tanpa duti telah pun memberi kesan positif ke atas harga di mana kini harga

minyak sawit didapati terus meningkat daripada harga terendah iaitu

RM717.50 pada pertengahan Oktober dan kini berada pada paras RM830

dan RM840 setan pada awal November. Berkemungkinan harga akan

mencecah paras RM900 atau lebih setan menjelang awal tahun depan.

Berkenaan dengan pemberian subsidi untuk pekebun-pekebun kecil, setakat ini belum ada

cadangan khusus untuk memberi subsidi secara langsung. Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan

beban pengusaha-pengusaha kelapa sawit berikutan harga yang rendah sekarang, kementerian sedang

mengkaji semula kadar ses yang dibayar oleh pengusaha-pengusaha kelapa sawit untuk membiayai

operasi dan aktiviti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Gerakan Minyak Sawit

Malaysia (MPOPC) dengan tujuan sama ada untuk memberhentikan pembayaran buat sementara waktu

atau mengurangkan kadar bayaran.

DR.14.11.2000 69

Berkaitan dengan keengganan pengilang-pengilang besar membeli hasil-hasil sawit dari

peniaga-peniaga kecil yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kelang, sukacita saya

menjelaskan, berdasarkan maklum balas oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), saya

mendapati tidak ada aduan mengenai perkara ini kepada Lembaga tersebut. Saya berpendapat kejadian

yang disebutkan itu mungkin merupakan kes terpencil, dengan izin, isolated cases dan bukanlah

masalah meyeluruh industri minyak sawit negara.

Tuan Yang di-Pertua, …..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sri Gading bangun.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyanjung tinggi dan menyokong langkahlangkah

kerajaan untuk menstabilkan dan meningkatkan harga komoditi negara kita ini, khususnya

kelapa sawit dan getah.

Saya diberitahu ada tujuh langkah yang diambil oleh kementerian untuk meningkatkan harga

kelapa sawit dan saya memang benar-benar berharap usaha ini akan mendapat kejayaan kerana buat

masa sekarang memang terasa kesempitan oleh pekebun-pekebun kecil khususnya yang menanam

kelapa sawit ini kerana harga yang begitu rendah dan ini diambil kesempatan oleh pihak pembangkang

memburuk-burukkan ke rajaan walhal turunnya harga ini ada kaitan dengan luar negara. Waktu harga

kelapa sawit RM400, pihak pembangkang tak pula menyuruh orang kampung berterima kasih tetapi

apabila sudah turun, mereka ambil kesempatan.

Jadi, saya ingin dapat penjelasan Yang Berhormat dan ini harapan daripada ramai pekebunpekebun

kecil dalam kawasan saya, bila agaknya usaha-usaha ini akan mendapat kejayaan, harga yang

agak stabil. Ini jangkaanlah, jangkaan Yang Berhormat dari segi pengalaman, bila agaknya harga

kelapa sawit ini khususnya dan getah juga akan dapat stabil dalam masa berapa - enam bulan, setahun

dan sebagainya. Terima kasih.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya katakan tadi

dan juga apa yang disarankan oleh Yang Berhormat, langkah-langkah yang telah diambil oleh

Kementerian Perusahaan Utama yang saya telah pun menjawab awal-awal tadi bahawa satu daripada

langkah-langkah yang kita ambil iaitu mengeksport CPO tanpa duti telah pun membolehkan harga

kelapa sawit meningkat sedikit ke paras yang saya sebutkan tadi iaitu RM830 ke -RM840 dan saya

katakan juga berkemungkinan harga akan mencecah kepada paras RM900 atau lebih setan menjelang

awal tahun depan.

Oleh itu, saya menyerulah supaya semua Ahli Yang Berhormat mengambil

tanggungjawab janganlah memburuk-burukkan kerajaan kita di luar negara supaya hasil

usaha-usaha yang dijalankan oleh kementerian-kementerian tidak akan terjejas oleh kerana

ada di antara kita yang tidak sehaluan dan sengaja memburuk-burukkan kerajaan kita.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:Yang Berhormat, Rompin bangun.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis : Terima kasih kepada Datuk Timbalan

Menteri dijelaskan seperti yang dikatakan oleh Sri Gading, beberapa usaha dan tindakan kerajaan untuk

membantu suasana pasaran supaya harga kelapa sawit naik. Saya hendak bertanya sedikit, memanglah

suasana ini dikatakan lagi lama harga itu rendah lagi baik untuk mereka, sebab apa kalau naik harga,

dia kata bersyukur sahaja, bukannya kerajaan yang membe la. Ketua Pembangkang dia tak kata begitu

tetapi anak buah suruh dia bercakap begitu. Sebab masing-masing itu takut nanti kalau ada masalah di

negeri masing-masing, suruh Ketua Pembangkang menyelamatkan mereka.

Saya hendak bertanya, merah telinga (merujuk kepada Ketua Pembangkang) sebab inilah

memang kerja dia. Dia tak ada satu dasar. Saya hendak bertanya adakah Yang Berhormat menerima

satu cadangan daripada pembangkang bahawa cara bagaimana hendak membantu supaya harga kelapa

sawit naik daripada dia mengatakan sahaja. Ini hendak dekat pilihan raya kecil, dia turunlah, dia akan

mengatalah. Ini peluang dia menggunakan, Tumpat dia dulu tidak, sekarang tak tahulah. Tumpat

tidak. Tumpat dia menyokong kita dulu tetapi sekarang dia belum tahu lagi. [Ketawa] Dia tengah

hendak fikir lagi.

DR.14.11.2000 70

Bila saya sebut Tumpat, Ketua Pembangkang pandang saya. Dia risau takut Tumpat

melompat ke sini balik. Saya hendak bertanya kepada Datuk Timbalan Menteri, bahawa yang sebenar

persaingan ini oleh kerana soya bean. Kita jangan lupa tentang agenda Barat , tak tahulah sebelah sana

bersetuju atau tidak, sebab dia kadang-kadang ada yang dia bersama dengan agenda Barat.

Saya hendak bertanya, kita tahu bahawa harga soya bean ini kadang-kadang membuatkan

banyak pembeli yang dahulunya mengguna atau membeli kelapa sawit kita tetapi sekarang ini telah

diberikan gula-gula supaya membeli soya bean. Barat mengatakan dia kecam kalau kita menggunakan

subsidi tetapi mereka menggunakan subsidi dengan memberikan soft loan, soft grant untuk negaranegara

yang ketiga ini membeli soya bean daripada mereka. Ini kita difahamkan.

So, bagaimana dengan strategi tindakan kerajaan. Kalau benar mereka ini ada usaha-usaha

tertentu, mengapa tidak kita juga menggunakan strategi-strategi tertentu untuk membela rakyat

Malaysia yang bergantung kepada kelapa sawit dan getah untuk menyara kehidupan mereka seharian.

Saya minta Datuk Timbalan Menteri sebab ini penting, ini agenda kita. Perlu kita

gemblengkan apa jua tenaga kita, sumber tenaga kita untuk memastikan rakyat kita terbela. Saya minta

sedikit pandangan Datuk Timbalan Menteri yang budinya baik, seorang pemimpin daripada Sabah,

handsome juga dikatanya. Ini orang belakang kata. Apa pandangan Datuk?

Datuk Anifah Aman: Ya, terima kasih Yang Berhormat bagi Rompin. Saya ingat selepas

saya menjawab ini Yang Berhormat, saya akan bawa ke kantin dan belanja sedikit. [Ketawa]

Yang Berhormat bagi Rompin memanglah harapan kita di sini bahawa apabila saya berdiri di

hadapan saudara-saudara kita dari pihak pembangkang bahawa saya juga mengharapkan mereka

mengeluarkan hujah-hujah ataupun cadangan-cadangan yang bernas untuk kita mengembalikan hargaharga,

komoditi-komoditi kita yang turun. Walau bagaimanapun, setakat ini saya agak dukacita sedikit

oleh kerana kebanyakan yang ditanya ataupun maklumat -maklumat yang diberikan oleh Yang

Berhormat daripada pembangkang tidak begitu membawa faedah atau manfaat kepada industri-industri

kita pada ketika ini dan usaha-usaha yang telah pun dijalankan oleh kementerian dan juga Kerajaan

Barisan Nasional selalunya memanglah menghadapi di mana pihak pembangkang tidak berpuas hati

dengan langkah-langkah yang kita buat tetapi semasa ini juga dari kementerian belum mendapat apaapa

cadangan yang boleh membawa manfaat kepada kelapa sawit ataupun getah kita. Yang Berhormat,

bahawa kita juga tentang subsidi ......[Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri,

Yang Berhormat bagi Tambun bangun.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

mendapat penjelasan. Saya lihat dari segi realiti baru ini bahawa industri kelapa sawit satu industri

yang cukup mencabarkan. Kita lihat dalam pasaran dunia bekalan kelapa sawit berlebihan dan

sekarang ini kita masih belum menghadapi tahap kematangan yang sebenarnya. Di Indonesia

pengeluaran di peringkat ladang pokok baru berumur 7-8 tahun belum sampai ke -10 tahun di mana

pengeluaran dijangka banyak. Jadi, dengan realiti baru ini adakah pihak kementerian ada buat unjuran,

prospek kita pada masa hadapan.

Saya membangkitkan perkara ini kerana saya lihat dalam belanjawan kita ada meluluskan

peruntukan-peruntukan untuk penanaman semula. Sekiranya unjuran kita menunjukkan bahawa masa

hadapan kelapa sawit tidak begitu baik, tidakkah kita patut jangan menggalakkan penanaman kelapa

sawit atau melaksanakan hedging planting dicampur-campurkan dengan yang lain supaya tidak nanti

kita membelanjakan satu yang tidak dapat memberikan keuntungan pada jangka panjangnya.

Yang kedua, saya dapati bahawa Indonesia dengan kita adalah pengeluar terbesar dan kita

dengan Indonesia seolah-olah tidak ada persefahaman. Ini saya lihat dari segi pasaran kita di India, apa

yang dicakapkan oleh Yang Berhormat bagi Rompin itu saya setuju, apabila India menolak kelapa

sawit kita dan menerima daripada Indonesia dan Indonesia lambat menyediakan bekalan, di situ dunia

Barat memperkenalkan pula minyak soya. Selama ini India menggunakan kelapa sawit tetapi dengan

strategi ini membolehkan soya memasuki pasaran tersebut. Jadi, bagaimanakah tindakan negara kita?

Terima kasih.

DR.14.11.2000 71

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tambun tadi bahawa sebenarnya

saya belum habis menjawab soalan daripada Yang Berhormat bagi Rompin tadi tetapi oleh kerana

soalan itu hampir sama matlamatnya maka saya akan beri sedikit penerangan tentang keadaan pasaran

minyak kelapa sawit ketika ini. Bahawa memang kita mengakui bahawa kita telah pun kehilangan

pasaran terutama sekali di India di mana negara jiran kita juga Indonesia juga telah mengeksport kelapa

sawit CPO ke India tanpa duti sebanyak 600,000 metrik tan. Oleh itu, kita telah pun mengambil

langkah-langkah sedemikian dan kita telah pun memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan

supaya kita juga dapat mengecualikan eksport duti sebanyak 500,000 metrik tan dan yang saya katakan

tadi kita telah pun berjaya untuk mengeksport sebanyak hampir 300,000 metrik tan dan ini adalah

langkah-langkah di mana kita mengambil positive steps tentang apa yang dilakukan oleh negara-negara

pengeluar yang sama.

Daripada segi prospek minyak kelapa sawit ini adalah satu daripada industri strategik di

Malaysia ini dan masa hadapan kelapa sawit memang cerah dan kita berpendapat bahawa apabila WTO

akan dilaksanakan dan kita berharap negara -negara seperti Amerika tidak lagi memberi subsidi yang

begitu besar kepada pengusaha-pengusaha kekacang tanah (soya bean) dan red seed. Oleh itu, yang

penting sekali apa yang kita tekankan di kementerian kita haruslah dalam kawalan kita seharusnya

mengurangkan kos pengeluaran dan juga meningkatkan dari segi produktiviti kita. Kita juga telah pun

mengadakan satu usaha supaya negara Indonesia - negara jiran kita dapat berunding sesama sendiri

supaya dapat kita memantau kejatuhan harga minyak kelapa sawit dan kita berharap bahawa

perundingan seumpama ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya kita tidak menghadapi

masalah penurunan harga yang begitu meruncingkan kepada kita.

Juga satu perkara di mana harga kelapa sawit turun di mana Kerajaan India juga telah pun

mengadakan satu kefahaman dengan Kerajaan Amerika Syarikat oleh kerana saya ingat ada hubung

kait dengan Silicon Valley dia di Bangalore di mana hasil-hasil daripada Bangalore itu Amerika

Syarikat telah pun mengadakan satu kefahaman bahawa mereka akan membeli hasil daripada Silicon

Valley di India dan India juga sebaliknya memberi ruang untuk soya bean masuk ke India.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya balik kepada jawapan asal ......[Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu

bangun.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Sedikit sahaja.

Datuk Anifah Aman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya hendak habiskan oleh kerana

masa yang suntuk bahawa jawapan-jawapan ini saya ingat tidak lari daripada apa yang akan

dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang lain.

lain?

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Cadangan-cadangan, Yang Berhormat.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Yang Berhormat bagi Rompin .....cadangan

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.....

Datuk Anifah Aman: Tuan Yang di-Pertua, kes-kes terpencil sedemikian boleh berlaku

kerana biasanya pengilang-pengilang perlu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan jentera dan

peralatan dengan beberapa kekerapan dua kali setahun yang melibatkan masa di antara empat hingga

enam hari. Dalam tempoh tersebut mereka tidak membeli buah kelapa sawit. Walau bagaimanapun,

pada umumnya sesuatu kawasan terdapat beberapa buah kilang dan kerja-kerja penyelenggaraan

masing-masing tidak dilakukan dalam masa yang sama. Oleh itu, pengeluar dan peraih buah kelapa

sawit sepatutnya boleh menjual hasil sawit mereka kepada kilang-kilang yang lain yang tidak terlibat

dengan kerja-kerja penyelenggaraan.

Berkaitan dengan saranan supaya kerajaan mengecualikan cukai eksport ke atas produk

minyak sawit, saya suka memaklumkan bahawa minyak sawit yang telah diproses, dengan izin, process

palm oil memang tidak dikenakan cukai eksport. Manakala bagi minyak sawit mentah (CPO) kerajaan

DR.14.11.2000 72

telah membenarkan, yang saya telah terangkan awal-awal tadi membenarkan pengeksportan sebanyak

500,000 tan CPO tanpa duti eksport seperti yang dinyatakan terdahulu. Kementerian saya juga

bersetuju terhadap saranan supaya diperkukuhkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan

R&D bagi memastikan minyak sawit Malaysia mampu bersaing di pasaran antarabangsa. Dalam hal

ini agensi-agensi penyelidikan swasta dan juga kerajaan khasnya Lembaga Minyak Sawit Malaysia

(LMSM) sentiasa melakukan kegiatan penyelidikan secara berterusan dalam pelbagai bidang seperti

penghasilan benih bermutu tinggi, amalan agronomi, perladangan yang lebih produktif, penghasilan

produk minyak sawit bermutu tinggi serta memperluaskan penggunaan dalam bidang-bidang baru

umpamanya sebagai sumber bahan api, industri tenaga serta 'biodeserved'. Secara umum boleh

dikatakan bahawa kegiatan penyelidikan telah berjaya meningkatkan produktiviti dan memperluaskan

penggunaan produk minyak sawit. Ini secara langsung mendapat memperkukuhkan daya saing

Malaysia sebagai pengeluar utama minyak dan lelemak dunia. Kementerian saya memastikan supaya

perkara ini akan berterusan.

Berkaitan dengan cadangan Ahli Yang Berhormat bagi Yan supaya kerajaan mengadakan

kawalan harga bagi membendung masalah kemerosotan harga minyak sawit pasaran tempatan dan

antarabangsa, dimaklumkan bahawa kerajaan tidak ada rancangan untuk berbuat demikian. Ini adalah

disebabkan lebih daripada 90% pengeluaran minyak sawit Malaysia adalah untuk pesanan eksport

yang mana harga ditentukan oleh kedudukan bekalan dan permintaan minyak dan lelemak di pasaran

antarabangsa. Dalam hal ini minyak sawit Malaysia perlu bersaing dengan pengeluaran dari negaranegara

lain seperti Indonesia dan juga minyak bijiran lain seperti minyak kacang soya daripada Brazil,

Argentina dan Amerika, minyak bunga matahari dan minyak biji sawi ataupun red seed, dengan izin,

daripada Kanada, Australia dan negara -negara Eropah lainnya.

Oleh itu, langkah mengadakan kawalan harga tanpa disertai oleh negara-negara pengeluar lain

tidak akan berkesan bagi mengatasi masalah kejatuhan harga yang sedang dialami pada masa ini.

Sekiranya Malaysia sahaja melaksanakan kawalan harga, ianya akan menjejaskan daya saing minyak

sawit Malaysia di pasaran antarabangsa dan seterusnya boleh mengakibatkan kehilangan pasaran. Ini

akan memburukkan lagi kedudukan industri minyak sawit negara ini. Di samping itu, program

kawalan harga melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan adalah dijangka tidak memberi keuntungan

kepada negara sekiranya ianya dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi

Kemaman dan Yang Berhormat bagi Kluang, suka saya nyatakan bahawa kerajaan sentiasa prihatin

mengenai nasib yang dialami oleh pekebun kecil getah dan akan terus berusaha, merancang dan

melaksanakan pelbagai pendekatan untuk membantu mereka khususnya dalam keadaan harga getah

yang tertekan. Di samping itu, sebuah Jawatankuasa Khas Peringkat Kabinet telah ditubuhkan bagi

menangani isu-isu mempertingkatkan pendapatan para pekebun kecil. Dalam usaha untuk membantu

pekebun kecil getah, kerajaan telah menyediakan tabung pusingan sebanyak RM80 juta untuk lima

tahun bagi perlaksanaan sistem torehan intensiti rendah atau LIDS dan tabung sebanyak RM100 juta

bagi mempergiatkan aktiviti-aktiviti ekonomi lain para pekebun kecil. Kerajaan juga sedang berusaha

untuk menubuhkan tabung bagi tanaman semula getah sebanyak RM1 bilion.

Ketika harga getah terjejas teruk pada tahun 1999, kerajaan telah juga melaksanakan skim

khas pembelian getah dengan peruntukan sebanyak RM80 juta. Objektif skim ini diwujudkan pada

masa itu ialah bagi menjamin outlet getah kepada pekebun kecil serta memberikan harga yang secara

perbandingannya berpatutan berdasarkan pasaran semasa. Skim ini telah digantung pada bulan

November 1999, apabila objektif penubuhannya telah tercapai pada ketika itu. Walau bagaimanapun,

sekiranya keadaan memerlukan, skim ini akan diaktifkan semula.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Yang Berhormat bagi Tampin dan Yang Berhormat

bagi Kuala Kedah untuk diwujudkan stok penimbal kelapa sawit dan getah bagi menyelamatkan

kejatuhan harga komoditi-komoditi makanan, saya ingin memaklumkan bahawa buat masa ini stok

penimbal bagi minyak sawit adalah tidak sesuai untuk diwujudkan. Dengan 80% dari kegunaan

minyak sawit adalah tujuan pemakanan maka faktor mutu adalah sangat penting. Mutu minyak sawit

akan mudah merosot jika disimpan lama dan boleh menyumbang kepada peningkatan kos penapisan

minyak sawit tersebut, contohnya kilang memproses minyak sawit kepada barangan pengguna seperti

DR.14.11.2000 73

minyak masak sentiasa memerlukan minyak sawit yang segar bagi mengeluarkan produk bermutu

tinggi dengan kos pengeluaran yang lebih kompetitif.

Dalam masa yang sama, kos mengendalikan skim stok penimbal adalah tinggi. Skim seperti

ini perlu juga mendapat kerjasama dan sokongan dari negara-negara pengeluar utama yang lain seperti

Indonesia untuk dilaksanakan dengan berkesan. Pada masa ini pengusaha-pengusaha dari Indonesia

tentu sekali tidak berminat untuk mewujudkan skim stok timbal minyak sawit memandangkan kepada

kejatuhan nilai Rupiah serta suasana ekonomi dan politik yang tidak stabil. Jika Malaysia sahaja yang

melaksanakan skim stok penimbal ini maka sudah pasti dunia akan beralih untuk membeli minyak

sawit Indonesia. Jika keadaan ini terjadi stok minyak sawit Malaysia akan terus meningkat dan boleh

mengakibatkan kejatuhan harga minyak sawit di Malaysia dan seterusnya dunia. Sehubungan itu,

langkah kerajaan yang paling baik pada masa ini adalah untuk mengurangkan stok melalui

pengecualian cukai eksport ke atas minyak sawit mentah dan usaha ini telah pun mula memberikan

kesan yang positif.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya buat masa ini kerajaan juga tidak bercadang untuk

mewujudkan skim stok penimbal getah bagi menangani isu kejatuhan harga kerana ianya tidak dapat

dilakukan secara bersendirian, tambahan pula Malaysia bukanlah negara pengeluar utama getah asli

dunia. Malaysia hanya menduduki tempat ketiga di belakang Thailand dan Indonesia yang

menyumbang sebanyak 13% getah asli dunia.

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kepong bangun.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Adakah Yang Berhormat sedar

bahawa pertamanya dengan pihak seperti Indonesia dan juga Thailand pada suatu hari kelak akan

keluarkan minyak kelapa sawit lebih daripada Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh mereka ke

atas getah. Setakat ini walaupun Malaysia buat banyak penyiasatan, buat banyak penyelidikan dengan

penemuan-penemuan yang baik tetapi apakah rancangan kerajaan untuk mempelbagaikan penggunaan

itu, bukan sahaja kelapa sawit bahkan getah untuk negara ini. Kerana kita tidak boleh buka dengan

lebih banyak ladang untuk getah dan kelapa sawit ini.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat sedia mengadakan hubungan yang

lebih rapat dengan negara-negara rantau ini untuk sama -sama mengatasi masalah kejatuhan harganya

termasuklah selepas kita keluar daripada INRO, getah harganya tidak begitu baik juga.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kepong. Kita memanglah dari

MPOB telah pun mengusahakan supaya mempelbagaikan penggunaan minyak kelapa sawit dan satu

daripadanya yang saya terangkan tadi bahawa kita telah giat mengadakan suatu kajian di mana we are

at advance stage, dengan izin, untuk menggunakan kelapa sawit sebagai bahan bakar diesel dan, ini

akan mengambil sebanyak 500 ke 600 ribu metrik tan setahun. Dan, kita mengharapkan bahawa

apabila penyelidikan ini selesai bukan sahaja kita dapat mengurangkan stok kita dalam negara tetapi

juga diesel yang akan digunakan adalah satu daripada bahan environmental friendly.

Kedua, Yang Berhormat telah pun bertanya tentang usaha kita dengan negara-negara jiran

ataupun negara -negara pengeluar getah dengan kelapa sawit. Kementerian kita telah mewujudkan satu

Joint Ministry of Committee dengan Thailand tentang macam mana kita hendak menyelesaikan

masalah penurunan harga getah dan pada masa ini juga Menteri di Perusahaan Utama telah pun

membuat satu temujanji untuk berbincang dengan kedua-dua menteri daripada jiran kita untuk duduk

bersama cara macam mana kita mengatasi masalah-masalah kejatuhan harga getah dan juga kelapa

sawit.

Kita berharap bahawa dari pandangan kita, oleh kerana negara-negara jiran seperti Indonesia

dan Thailand maka dapatlah kita duduk bersama untuk mengatasi masalah-masalah yang sama, tetapi

walau bagaimanapun ada di antara negara-negara ketiga ataupun faktor-faktor luaran yang telah pun

terlibat seperti Indonesia di mana IMF telah pun mengenakan sekatan-sekatan dan juga condition atau

syarat-syarat yang tidak mungkin dapat kita duduk bersama untuk menyelesaikannya. Tuan Yang di-

Pertua …..

DR.14.11.2000 74

Aman.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri

Datuk Anifah Aman: Okay.

Tuan Jimmy Donald [Sri Aman]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu

sama ada Kementerian Perusahaan Utama ada memberi khidmat nasihat kepada Kementerian Pertanian

tentang apakah tanaman yang harus digalakkan dari masa ke semasa. Oleh kerana saya nampak di

Sarawak, Kementerian Pertanian masih menggalakkan tanaman semula getah padahal ramai tauketauke

di Sri Aman tidak mahu lagi membeli getah. Jadi, tidak ada pasaran untuk getah. Tetapi masih

juga ada skim tanaman semula. Jadi, apakah hubungan antara dua kementerian ini?

Datuk Anifah Aman: Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya kedua-dua kementerian

hendaklah mengadakan satu perhubungan di mana kita membuat satu kajian di mana apabila

penanaman kelapa sawit termasuk juga koko dan getah, kita telah pun mengadakan satu penyelidikan

di mana apakah tanaman-tanaman yang sesuai untuk mempertingkatkan lagi pendapatan pekebunpekebun

kecil. Ingin saya maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa getah ini is not a sunset

industry, getah ini adalah suatu industri strategi, di mana RM4 bilion daripada industri perabot kita

80% adalah daripada hasil kayu getah. Dan, kita juga mengeksport sebanyak hampir 400 ribu tan latex

daripada negara jiran, dan kita mengimport barangan berasaskan getah sebanyak RM1 bilion. Dan, ini

telah pun menunjukkan bahawa getah adalah suatu industri yang penting dan kita harus

mempelbagaikan industri yang berasaskan getah.

Walau bagaimanapun, pada masa kini, harga yang kita beli daripada negara jiran adalah jauh

lebih rendah daripada kalau kita usahakan dengan sendiri. Jadi, kita mengharapkan bahawa melalui

penanaman getah semula ini, bukan sahaja daripada segi latex tetapi juga dari segi timber klon akan

meneruskan usaha kita di mana pasaran perabot di antarabangsa kita cuma 2% daripada RM4 bilion itu.

Yang RM4 bilion itu adalah 2% jumlahnya. Dan, kita mengharapkan bahawa industri perabot di tahun

2005, eksport kita meningkat kepada RM7 bilion.

Di sini juga perlu saya jelaskan, Tuan Yang di-Pertua, kos yang besar akan terpaksa

ditanggung oleh negara jika mewujudkan mekanisme stok penimbal secara bersendirian. Kerajaan

berpandangan bahawa Skim Stok Penimbal tersebut tidak sesuai dilakukan kerana belum tentu ia

berjaya memberikan kesan yang positif kepada pasaran getah dan jikalau pun ianya berjaya pada

akhirnya negara terpaksa menanggung kos bagi pihak negara lain yang akan menikmati kenaikan harga

tanpa sebarang kos. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pihak kerajaan tidak berusaha

menangani isu harga ini di peringkat antarabangsa sebelum pembubaran INRO lagi dan hingga

sekarang ini usaha-usaha sedang rancak dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menjalin kerjasama bidang

getah secara dua hala dengan Thailand yang saya terangkan kepada Yang Berhormat bagi Kepong tadi

dan juga secara tiga hala dengan Thailand dan Indonesia.

Antara tumpuan utama kerjasama ini ialah langkah-langkah bagi menangani isu kejatuhan

harga. Pelbagai strategi dan projek telah dikenal pasti dan diperincikan untuk pelaksanaan namun saya

tidak dapat memperincikan semua buat masa ini kerana ia masih terikat dalam strategi perdagangan

yang mungkin akan memberi kesan kepada sentimen pasaran. Sebagai contoh projek di bawah

kerjasama ini ialah penubuhan Thailand-Malaysia Joint Venture (TMJV) ditubuhkan bagi membeli dan

menjual apabila perlu stok-stok getah INRO yang mungkin menyebabkan ketidakstabilan pasaran

akibat pelupusan stok tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai peladangan hutan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat bagi Mambong. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa menggalakkan pihak

swasta menubuhkan ladang hutan di mana sahaja yang sesuai di negara ini. Kementerian saya yakin

bahawa usaha-usaha tersebut bukan sahaja berupaya meningkatkan bekalan kayu negara pada masa

hadapan malahan turut mengurangkan penggantungan sepenuhnya sumber kayu daripada hutan asli.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih ke atas cadangan intensif tambahan yang dikemukakan oleh

Yang Berhormat bagi Mambong bagi meningkatkan lagi penyertaan dalam aktiviti penubuhan ladang

hutan. Kerajaan sedar bahawa dengan galakan-galakan yang sesuai dapat menarik minat pihak swasta

menceburi aktiviti ini secara besar-besaran.

DR.14.11.2000 75

Kementerian saya telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan membentangkan

masalah ini kepada Majlis Perhutanan Negara atau MPN. Dalam mesyuarat pada 28 Disember 1998,

MPN telah bersetuju antara lain seperti berikut:

(i) kemudahan yang diperuntukkan dalam jadual 4(a) Akta Cukai Pendapatan

1967 diperluaskan meliputi projek-projek ladang hutan;

(ii) Kerajaan-kerajaan negeri memberi pengecualian premium cukai tanah,

royalti kayu dan stamp page dan saiz bangunan hutan kepada projek ladang

hutan bagi tempoh pusingan pertama;

(iii) Kaedah penswastaan ladang hutan diselaraskan melalui jawatankuasa

teknikal yang diwakili oleh agensi-agensi Kerajaan Pusat serta Kerajaan

Negeri yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat

bagi Tuaran mengenai pengurusan hutan secara berkekalan melalui pengwujudan Unit Pengurusan

Hutan atau Forest Management Unit atau FMU, dengan izin. Saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada Yang Berhorma t yang prihatin terhadap perkara ini. Saya berharap Yang Berhormat boleh

memainkan peranan positif mengenai perkara ini memandangkan Yang Berhormat juga seorang Ahli

Rimbawan. Mengenai cadangan Yang Berhormat tentang taraf perintis, kementerian saya telah pun

mengemukakan untuk pertimbangan Kementerian Kewangan, dan saya percaya perkara ini di dalam

perhatian kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat

dari Kapar yang telah menyebutkan beberapa isu me ngenai industri perlombongan timah negara.

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan industri perlombongan timah negara terus

menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, memandangkan hal-hal

berkaitan dengan tanah adalah terletak kepada kerajaan negeri masing-masing, maka kesemua itu

berkenaan adalah bergantung kepada pihak kerajaan negeri. Memang benar bahawa negara masih lagi

mempunyai endapan bijih timah yang kaya tetapi kebanyakannya telah sterilize, dengan izin, oleh

pelbagai aktiviti pembangunan seperti rizab jalan kereta api, jalan raya dan perumahan di mana kos

untuk mengusahakannya adalah terlalu tinggi. Namun demikian, kedapatan juga endapan bijih timah

di kawasan-kawasan baru yang masih boleh diusahakan sekiranya pihak kerajaan negeri mengeluarkan

pajakan melombong.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai lesen melombong yang dikeluarkan oleh Kerajaan

Negeri Johor, suka saya jelaskan di sini bahawa di bawah Enakmen Perlombongan Negeri Johor

terdapat peruntukan bagi pengeluaran satu lesen melombong tuan punya ataupun proprietary mining

license, di mana di bawah peruntukan ini, tuan punya tanah dibenarkan melombong mineral yang

terdapat dalam tanahnya tanpa perlu menukar syarat tanah berkenaan kepada tanah lombong.

Implikasinya ialah setelah aktiviti perlombongan tamat, hak milik tanah tersebut masih kekal dengan

tuan punya tanah berkenaan. Menyedari tentang potensi peruntukan seumpama ini bagi menggalakkan

tuan punya tanah, ladang mengusahahasilkan endapan mineral di tanah masing-masing, kerajaan

melalui kementerian saya telah pun memasukkan peruntukan tersebut ke dalam model Enakmen

Mineral Negeri untuk diterima pakai oleh kesemua kerajaan-kerajaan negeri.

Sehingga kini, hanya negeri Selangor dan Sabah sahaja yang telah pun menerima pakai

enakmen berkenaan. Kementerian saya dengan ini menyeru agar negeri-negeri lain pun turut sama

menerima pakai model enakmen berkenaan secepat mungkin bagi maksud mempercepatkan

perlaksanaan dasar mineral negara.

Selaras dengan dasar kerajaan untuk mempertingkatkan pengeluaran bahan makanan negara,

kementerian saya juga menyokong penuh syor agar pihak kerajaan negeri memajakkan tanah-tanah

bekas lombong kepada para petani yang berminat untuk mengusahahasilkannya.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri penggulungan ini, sukalah saya memberi jaminan

bahawa kementerian saya telah mengambil maklum dan akan memberi perhatian sepenuhnya ke atas

pandangan, ulasan dan saranan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

DR.14.11.2000 76

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri Tenaga,

Komunikasi dan Multimedia, sila.

4.38 ptg.

Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Datuk Amar Leo Moggie anak Irok]:

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin me rakamkan ucapan terima kasih pada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah berucap dan membangkitkan beberapa perkara atau isu atau cadangan yang

menyentuh bidang tugas Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia semasa perbahasan atas

dasar Belanjawan 2001 di Dewan yang mulia ini.

Walaupun demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya bercadang untuk hanya menyentuh beberapa

perkara tertentu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya menyentuh berkaitan dengan

pembangunan teknologi maklumat. Kita memang tahu bahawa teknologi maklumat dan komunikasi

ataupun ICT telah membawa satu era baru dalam kehidupan manusia dari sudut ekonomi, perdagangan,

perkhidmatan dan sebagainya. Perkembangan ini memerlukan semua pihak, sama ada negeri maju

ataupun negara membangun mengkaji semua strategi-strategi sedia ada bagi menghadapi cabarancabaran

seperti dunia tanpa sempadan. Ekonomi berasaskan pengetahuan dan keselamatan maklumat

dan rangkaian komunikasi dan juga digital ataupun jurang digital ataupun digital divide.

Fenomena jurang digital ini telah merupakan fenomena global yang sedang menghadapi

bukan sahaja oleh negara-negara membangun bahkan juga negara-negara maju. Sebagai contohnya

Amerika Syarikat yang mempunyai pengguna internet lebih 50% dari pengguna internet dunia masih

juga menghadapi masalah jurang digital di negara mereka. Oleh yang demikian, negara-negara maju

serta negara-negara membangun sedang mempergiatkan usaha bagi merapatkan jurang digital yang

wujud di samping itu juga pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu, International Telecommunication Union (ITU) dan ASEAN juga mengambil inisiatif bagi

mengatasi masalah yang sama.

Sebagai contohnya, APT atau Asia Pasific Telecommunity Summit, The Era Information

Society yang diadakan di Tokyo baru-baru ini telah juga bersetuju dengan Deklarasi Tokyo yang

menyentuh isu merapatkan jurang digital di kalangan negara-negara berkenaan. Bagi kita

pembangunan MSC ialah satu dari inisiatif strategik untuk menyediakan negara menghadapi cabarancabaran

itu. Dan oleh itu, kerajaan berpendapat ianya patutlah disokong oleh semua lapisan

masyarakat. Projek Koridor Raya Multimedia walaupun menggalakkan penyertaan dari syarikatsyarikat

bertaraf dunia untuk menggunakannya sebagai pusat pelaburan, sebagai pusat R&D dan

operasi adalah juga bertujuan untuk membentuk satu kelompok syarikat multimedia dan ICT Malaysia

yang cukup kompetitif dan mampu bersaing di peringkat global.

Sehingga 13 November 2000, sejumlah 392 syarikat telah diberi status MSC dan daripada

jumlah tersebut 244 syarikat adalah syarikat tempatan sepenuhnya. Saya amat sukacita memaklumkan

bahawa terdapat syarikat-syarikat tempatan yang telah berjaya melalui projek MSC seperti Syarikat

Asia Travel Network Sdn. Bhd., Syarikat Intelligent Age dan lain-lain yang telah dan akan

disenaraikan di MASDEQ.

Dalam hubungan ini, kerajaan akan sentiasa berusaha membantu syarikat-syarikat tempatan

untuk mencapai kejayaan. Satu perkara yang terfikirkan dapat memberi manfaat ke arah ini ialah untuk

menyediakan modal teroka (venture capital). Oleh itu, dalam Belanjawan yang dibentangkan pada 27

Oktober lalu, RM500 juta telah diagihkan untuk tujuan tersebut. Melalui peruntukan tersebut, syarikatsyarikat

berasaskan pengetahuan yang berdaya maju dan berdaya saing yang tinggi akan terus

diberikan keutamaan dan dorongan. Sebenarnya kejayaan MSC memang membanggakan termasuk

juga minat syarikat-syarikat tempatan untuk menyertainya.

Tuan Yang di-Pertua, isu jurang digital tidak harus hanya dilihat dari segi perbezaan

penggunaan dan kemudahan ICT....

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, Kepong

bangun.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Okay.

DR.14.11.2000 77

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Sebelum Yang Berhormat pergi ke

jurang digital yang juga penting, saya tertarik kepada bilangan syarikat yang telah pun diberi status

MSC sebanyak 392 syarikat, bolehkah Yang Berhormat terangkan daripada 244 syarikat tempatan yang

disebutkan tadi itu, bilangan yang benar-benar mengeluarkan produk ICT yang boleh bersaing di

peringkat antarabangsa. Saya tertanya-tanya ini kerana saya nampak walaupun usahawan terbesar

dalam IT, Bill Gate, dia dengan kata-kata yang manis mengenai Malaysia, MSC dan sebagainya. Kata

manis itu yang pertama, tetapi yang kedua sebaliknya saya tidak nampak pelaburan Bill Gate di MSC

ataupun di Malaysia. Sebaliknya beliau melabur di Bangalore. Apakah boleh kita buat untuk menarik

seorang seperti Bill Gate untuk melabur di Malaysia, kerana ini penting sekali.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tetapi Yang Berhormat pun bangkitkan

berkali-kali.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya mesti bangkitkan entah berapa kali pun, kerana itulah hakikatnya.

Kita mesti tarik pelabur daripada antarabangsa, saya setuju. Kalau 392 syarikat benar-benar ada hasil,

ada pelaburan yang bermakna, saya bersetuju, bukan tak setuju, kerana kita sama-sama hendak

memajukan MSC dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah MSC di semua pelosok sekarang. Tetapi

walau bagaimanapun, kalau berbanding dengan mis alnya Singapura....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Menteri faham.

Dr. Tan Seng Giaw: Kalau berbanding dengan misalnya Singapura, apakah tahap kita di

dalam pembangunan MSC ini, kalau berbanding dengan Singapura ataupun negara-negara yang lain

termasuk Hong Kong.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih

atas minat Yang Berhormat bagi Kepong yang memang sentiasa menyuarakan pentingnya kita

menentukan MSC ini berjaya. Sebenarnya kita menubuhkan MSC mulai dari tahun 1996, sekarang

cuma empat tahun. Jika dibandingkan dalam tempoh empat tahun itu, perkembangan yang telah wujud

di MSC itu memang menggalakkan. Bahkan ini bukan dari segi tafsiran kita sendiri, dari tafsiran luar

pun itu ditentukan. Kita tidak hendak mengatakan siapa yang lebih dari segi jiran kita seperti di

Singapura dan Hong Kong kerana masing-masing mempunyai kekuatannya sendiri. Mereka juga

mempunyai kekuatan yang tertentu dalam bidang-bidang yang tertentu. Tetapi kita bangga oleh kerana

di MSC sendiri kita dapat mewujudkan satu suasana yang dapat menarikan ramai syarikat yang telah

mengatakan mereka akan melabur. Walaupun Microsoft tidak melabur dengan banyaknya, mereka juga

telah membuat persediaan untuk menyertai projek MSC.

Untuk menerangkan dari segi soal 244 syarikat tempatan berapakah yang dapat bersaing dari

segi global. Saya fikir ini kedudukan yang baru dan tentulah kita tidak dapat melihat dalam tempoh

empat tahun. Mereka yang wujud secara kecil di negara kita ini turut dapat membesarkan diri

sedemikian rupa. Ini kita mengakui. Walaupun demikian, kita memang berpuas hati bahawa syarikat

kita sendiri telah pun mempunyai minat dan bukan syarikat yang besar, tetapi syarikat sederhana, yang

kecil yang melibatkan anak-anak kita yang lebih muda di sini, itu yang kita hendak galakkan. Bahkan

dari pendirian kerajaan dan pendirian saya sendiri kita harus memuji mereka dan saya berharap Ahli

Yang Berhormat bagi Kepong bersama-sama juga membantu untuk menggalakkan minat mereka itu

terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, isu jurang digital seperti yang saya sebutkan tidak harus hanya dilihat

dari segi perbezaan, penggunaan dan kemudahan ICT di antara satu negara dengan negara yang lain

sahaja, tetapi penting juga dengan keadaan yang wujud di dalam sesebuah negara. Kerajaan memang

menyedari panetrasi kemudahan ICT di negara ini masih di peringkat yang rendah dan perlu

dipertingkatkan. Oleh itu, beberapa program untuk memperluaskan access dan penggunaan ICT

dipergiatkan seperti kempen pemilikan komputer peribadi, penubuhan pusat Internet Desa dan

pembangunan kandungan tempatan masyarakat desa, gerakan Desa Wawasan, kursus celik komputer,

kursus khidmat setempat, pusat maklumat usahawan, pusat penerangan daerah, pusat latihan komputer,

unit Internet bergerak dan desa digital. Manakala program sekolah bestari pula telah diadakan dengan

penubuhan 90 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dalam projek perintis dijangka akan

dilaksanakan ke seluruh sekolah rendah dan menengah dalam tahun 2010.

DR.14.11.2000 78

Selain daripada itu, di bawah peruntukan Belanjawan 2001, insentif-insentif baru telah

diumumkan. Pembinaan sebanyak 1262 buah makmal komputer khususnya untuk sekolah-sekolah luar

bandar dan juga pelepasan cukai sebanyak RM5000 ribu kepada graduan sarjana dalam bidang

teknologi maklumat. Justeru, rakyat diharap akan bersama-sama melengkapkan diri untuk menghadapi

cabaran selari dengan perkembangan suasana global akibat perkembangan teknologi ICT.

Tuan Yang di-Pertua, Teluk Intan berpendapat.....

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, Bukit

Mertajam.

Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan,

memandangkan banyak lagi sekolah belum lagi mendapat bekalan elektrik, maka bagaimana

kementerian akan bekerja dengan Kementerian Pendidikan supaya memastikan bahawa sekolahsekolah

ini mendapat bekalan elektrik dan seterusnya dapat belajar, jadi celik komputer.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Kementerian

Pendidikan memang menyedari akan hakikat ini. Satu dari program yang dibangunkan menerusi

Kementerian Pendidikan sendiri ialah untuk menentukan sekolah-sekolah yang sekarang ini belum

dibekalkan oleh bekalan elektrik. Misalannya, lebih-lebih lagi sekolah-seko lah luar bandar di negeri

Sabah dan Sarawak harus juga dibekalkan dengan bekalan elektrik. Jadi, saya fikir Menteri Pendidikan

sendiri boleh memberi laporan mengenai timing dan sebagainya untuk melengkapkan itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Parit Sulong.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat

penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Jurang digital juga diukur dari segi Internet connectivity

dan juga kehadiran telephone line. Internet connectivity, Yang Berhormat Menteri pun saya rasa amat

arif, bergantung kepada competitiveness of a telephone tariff, bermakna caj telefon dan sebagainya.

Adakah Yang Berhormat mendapati bahawa bayaran telefon dalam negara ini akan mendorong

penambahan Internet connectivity oleh pihak rakyat. Adakah caj bayaran telefon di dalam negara kita

ini, kalau dibandingkan dengan caj yang wujud di kawasan serantau ini, merupakan kompetitif.

Yang kedua, jurang digital juga wujud mungkin akan berkurangan dengan wujudnya

hardware yang murah. Adakah harga komputer peribadi di dalam negara ini sudah merupakan satu

bahan yang paling kompetitif untuk mendorong ownership computer peribadi oleh rakyat jelata?

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, saya sukalah memberi

penjelasan berkaitan dengan kos untuk Internet access di negara kita ini, kerana kebanyakan rakyat

berpendapat access to Internet ialah tinggi di negara kita ini. Sebenarnya kita telah buat perbandingan

dari segi harga Internet access. Dan untuk penerangan harga Internet access , kadar Internet access di

negara ini ialah 2.5 sen se minit di mana satu 1.5 sen adalah caj komunikasi dan 1 sen seminit adalah

caj access oleh penyedia perkhidmatan Internet atau ISP. Walaupun komunikasi Internet adalah

berasaskan panggilan tempatan tetapi kadar yang dikenakan adalah lebih rendah daripada kadar

panggilan tempatan itu, dan kadar ini adalah termurah jika dibandingkan dengan kadar di negaranegara

jiran seperti kadar yang ada di Singapura ataupun di Thailand ataupun di negara Jepun ataupun

di Australia ataupun di United Kingdom. Apa yang penting ialah harga untuk kegunaan untuk Internet

itu.

Bagi saya apa yang perlu dipertingkatkan ialah quality of service, bukan semata-mata

harganya. Syarikat pengendali infrastruktur kepada ICP diharap dapat menambahkan kapasiti masingmasing

untuk mengurangkan kesesakan (congestion) talian (traffic congestion) yang kadang-kadang

dialami oleh pengguna-pengguna Internet, bukan harga menggunakannya.

Dari segi hardware pula kita memang berpendapat kalaulah pembekal-pembekal komputer

dapat mengurangkan harga hardware mereka atau PC mereka, ini lebih baik. Bahkan satu dari

cadangan yang pernah disuarakan oleh Datuk ‘Sten Chey’ dari Taiwan ialah berapa pentingnya

tindakan di rantau ini untuk mencari jalan mengurangkan harga pembangunan PC.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Satu perkara lagi Yang Berhormat. Dua, tiga hari yang

lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa di dalam mengatasi soal jurang

DR.14.11.2000 79

digital, kita memerlukan fully committed roles, dengan izin, oleh pihak corporate citizen.

Bagaimanakah strategi Kerajaan Malaysia untuk mendorong corporate citizen memainkan peranan

yang equally important, iaitu berganding bahu dengan kerajaan supaya mereka juga dapat membantu

kerajaan mewujudkan kelas-kelas computer literacy ataupun pembekalan hardware ke kawasankawasan

luar bandar khususnya. Jadi, apakah strategi kerajaan mahu mendorong corporate citizen ke

arah objektif ini. Terima kasih.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita mengalu -alukan

penglibatan sektor swasta termasuk pihak korporat di negara kita ini yang sememangnya telah pun

menggambarkan minat mereka untuk bersama-sama membantu dalam hal ini, bahkan beberapa

syarikat-syarikat yang terlibat dalam mengadakan hardware bersedia untuk bersama-sama

memanjangkan PCs kepada sekolah-sekolah misalannya.

Selain dari itu, dalam belanjawan yang telah dibentangkan pada 27 Oktober yang lalu pun ada

galakan bagi syarikat-syarikat di mana pekerja-pekerjanya sendiri membeli komputer, boleh juga

dipotong dari segi pelepasan cukai.

Ini satu dari usaha kerajaan untuk menarik minat para swasta termasuk pihak korporat untuk

bersama-sama mendorong kita dalam memperkembangkan kegunaan ICT di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, ….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sri Aman dan Shah

Alam berdiri.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Okay.

Tuan Jimmy Lim Donald: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Dato’ Presiden

saya. Saya telah mengesyorkan dua, tiga kali di Dewan yang mulia ini, bahawa kita harus membawa

industri ini ke desa dan kerajaan juga saya nampak sedang mengolah strategi untuk membawa industri

ini ke desa juga. Yang saya cadangkan ialah kita jangan buat komputer ini jangan memikirkannya

sebagai satu alat yang ajaib tetapi sebagai sesuatu yang tidak begitu susah direka dan dibina.

Jadi, dalam urusan sebut harga, tender, jabatan-jabatan kerajaan selalu meminta penender itu

menggunakan branded computers, jadi ini dengan secara langsung mengetepikan anak muda kita di

luar bandar dalam usaha mereka hendak menjadi usahawan dalam bidang ini.

Adakah kementerian Dato’ bercadang kepada kerajaan supaya dalam urusan sebut harga

ataupun tender kita boleh menggunakan klon, oleh kerana pada masa sekarang semua komputer boleh

dikatakan klon, mereka semua mengatakan ada Intel inside, ada Celeron, ada ini, ada itu, supaya semua

kita dapat bersaing dan apabila kita dalam urusan tender, kita cuma menetapkan apa yang harus ada

dalam komputer yang hendak dibekalkan dan berapa tahunkah warrantynya. Sekian, terima kasih.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, soalan itu sebenarnya patutlah

dikemukakan kepada pihak kerajaan yang menguruskan coordinate procument, dengan izin, dari segi

komputer ialah pihak Jabatan Perdana Menteri di bawah MAMPU dan pendirian itu bolehlah

dipertimbangkan atau dikemukakan kepada MAMPU.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpendapat satu perkara pokok yang harus diperhatikan ….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Shah Alam bangun Yang Berhormat.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri, sebelum

pergi jauh lagi daripada jurang digital ini, tadi saya menyambut baiklah saranan yang disampaikan oleh

Yang Berhormat bahawasanya jurang digital ini kita kena lihat ia berlaku di dunia dan juga dalam

negara, tetapi oleh kerana dengan kemajuan ICMT yang berlaku pada hari ini, bahawasanya jurang

digital yang berlaku secara domestic ini menjadi asas pertimbangan utama untuk kita menangani.

Sebagaimana yang disarankan oleh Parit Sulong bahawa untuk memperbaiki jurang digital ini,

laluan saksama mesti diperolehi. Contoh, kalau orang di Shah Alam atau di Parit Sulong dengan orang

di Sibu ataupun di Kinabatangan ataupun sekali di Kota Bharu, Gua Musang mesti mendapat laluan

saksama ini. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Bukit Mertajam bahawasanya kadang -kadang

DR.14.11.2000 80

tempat-tempat macam ini tidak ada bekalan elektrik, bekalan telefon dan dengan saranan daripada

Yang Berhormat Menteri sendirilah yang mempelopori IRC Internet desa ini dan cuma daripada segi

peningkatannya. Itu yang pertama.

Yang kedua, lanjutan daripada jurang digital ini, oleh kerana cabaran globalisasi ini selain

daripada capital financial flow, dia punya interdependence antara state dan untuk menjadikan Malaysia

ini sebagai the regional player. Justeru kerana itu MSC sebagai the backbone untuk kita memenuhi

pencapaian ini.

Jadi, bagaimanakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan supaya teknologi ICMT ini

daripada segi persediaan, broadcasting, backbone supaya end user ini akan mendapat manfaat daripada

ledakan teknologi maklumat.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, susah juga hendak menjawab

kerana soalan ini banyak dia punya cabang dan dari segi cabangnya. Walaupun demikian, saya tumpu

sahaja kepada soalan tindakan untuk menambahkan tindakan kerajaan mengurangkan digital divide

untuk menambahkan keluasan kepada tempat-tempat yang lebih terpencil dari sekarang.

Kita menyedari ini tidaklah dapat kita capai dengan sekali gus, oleh itu kita memberi tumpuan

strategik kepada tempat-tempat di mana community centres akan menjadi tumpuan, sekolah akan

menjadi tumpuan bahkan untuk menetapkan semua sekolah di negara ini harus dibekalkan dengan

talian yang boleh memberi perkhidmatan Internet termasuk juga yang akan disambungkan dengan

bekalan elektrik dan sebagainya.

Selain dari itu, kita mengadakan community centres tertentu di mana pejabat-pejabat pos di

seluruh negara akan menjadi centre untuk memberi perkhidmatan desa Internet juga kerana ini kita

fikirkan dapat membantu untuk sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada penduduk-penduduk

lebih-lebih lagi yang lagi muda untuk berani menceburkan diri menggunakan komputer dan

sebagainya.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sedar rakan saya dari

itu banyak, tetapi kalau masa kita sudah kurang ….

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Satu sahaja.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Satu sahaja.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya telah bangkitkan dalam

perbahasan, saya dapati kalaulah Internet access centre itu diadakan di pejabat pos, tidak akan

menja wab keperluan orang kampung oleh kerana pejabat pos di pekan. Umpamanya, daripada

kampung saya hendak pergi ke Parit Sulong, naik bas 70 sen. Jadi, Internet access centre or

community access centre harus diadakan di kawasan-kawasan kampung, jangan dibawa di pejabat pos.

Terima kasih.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, saya faham maksud Yang

Berhormat dari Parit Sulong dan juga dari Shah Alam. Bahkan saya telah menerangkan kita tidak akan

mendapat memberi layanan sekali serta merta kepada semua tempat dan kita menyedari jurang digital

ini ialah satu masalah yang amat penting sekali dan harus kita hadapi.

Walaupun demikian, kita memberi tumpuan berperingkat-peringkat yang boleh kita tentukan

dengan cepat lagi, walaupun di masa itu kita mencari jalan bagaimanakah untuk memperluaskan

coverage, dengan izin, kepada tempat-tempat yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka juga menyentuh kepada satu perkara yang dianggapkan

penting iaitu dari segi Human Resource Development. Dalam usaha negara membangunkan tenaga

mahir dalam bidang ICT, kerajaan dengan sokongan dan sumbangan dari pihak swasta telah

menambahkan jumlah institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus dalam bidang ICT.

DR.14.11.2000 81

Pada tahun 1996 bilangan institusi pengajian tinggi hanya berjumlah 170 buah dan pada tahun

2000 bilangannya bertambah pada 623 buah. Kajian mengenai tenaga mahir dalam bidang ICT yang

dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC)

menunjukkan bahawa dalam tahun 2000 bilangan pelajar dalam bidang ICT di institusi pengajian tinggi

di Malaysia adalah seramai 61,838 orang dan pada tahun 2004 bilangan ini dijangka bertambah pada

113,720 orang pelajar. Ini tidak termasuk pelajar yang sedang mengikuti ICT di luar negara.

Keperluan tenaga mahir negara difahamkan pada tahun 2005 adalah dijangkakan seramai

107,940 orang. Statistik ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai rancangan untuk mengadakan

tenaga mahir yang mencukupi untuk menyokong projek seperti Projek MSC dan secara amnya untuk

menyokong keperluan tenaga mahir yang dikatakan knowledged workers.

Tuan Yang di-Pertua, saya berbalik kepada industri bekalan elektrik. Kerajaan bercadang

untuk menyusun semula industri bekalan elektrik. Bagi melaksanakan matlamat tersebut, tindakan

sedang diambil untuk menubuhkan Suruhanjaya Tenaga yang bertujuan mempertingkatkan kekesanan

kawal selia ke atas industri bekalan elektrik dengan memperkenalkan unsur persaingan dan kecekapan.

Ini akan dibawa dalam persidangan Parlimen ini juga. Kerajaan sedang juga mengambil

tindakan untuk menggalakkan penyelidikan dan penggunaan teknologi baru dalam pembangunan

sumber tenaga seperti penggunaan renewal energy dan menggalakkan penggunaan tenaga dengan

cekap atau energy efficiency. Renewal energy yang diperolehi daripada sumber asli seperti biomass

telah dikenal pasti sebagai satu sumber tenaga yang penting untuk masa hadapan, ianya akan dapat

melengkapkan sumber-sumber sedia ada yang berdasarkan hosel based fuel seperti minyak, gas dan

arang batu.

Di samp ing itu, penggunaan tenaga secara cekap akan dipertingkatkan memandangkan

sumber-sumber sedia ada akan terus berkurangan dan mempunyai kesan ke atas alam sekitar.

Kecekapan dalam penggunaan elektrik melalui teknologi dan bahan peralatan yang sesuai dalam sektor

pembinaan dan sektor pembuatan bukan sahaja akan membantu dalam pemuliharaan sumber-sumber

tenaga yang terhad, bahkan akan mengelakkan dari kerugian mata wang asing yang diperlukan untuk

mengimport bahan-bahan seperti minyak dan arang batu.

Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menggalakkan tenaga biomass di

negara kita selaras dengan matlamat kerajaan untuk mempelbagaikan sumber-sumber tenaga. Sebagai

langkah permulaan, kerajaan telah memberi pengecualian cukai sebanyak 70% untuk statutory income

bagi tempoh lima tahun dalam Belanjawan 2001 untuk menggalakkan syarikat-syarikat penjana

elektrik dengan menggunakan biomass.

Kerajaan akan mengkaji dari masa ke semasa apakah inisiatif lain yang boleh

dipertimbangkan untuk menggalakkan penggunaan renewal energy.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu denda yang dikenakan oleh TNB terhadap pengguna yang

lewat menjelaskan bil elektrik mulai 1 Julai 2000, eloklah dijelaskan di sini bahawa prinsip

mengenakan penalti di atas pembayaran lewat bukanlah perkara yang baru, misalannya denda lewat

bayar telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan bagi kutipan cukai tanah dan cukai pintu. Untuk

elektrik pula kerajaan berpendapat tidak salah bagi TNB mengenakan penalti bagi bil yang lewat

dibayar supaya kos kelewatan ini ditanggung oleh pengguna yang tidak membayar mengikut masa

yang ditetapkan.

Di samping itu, ….

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Kemaman bangun.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Okay, satu sahajalah.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hendak tanya

kebenaran sama ada benar ataupun tidak Telekom dan Tenaga Nasional ada menswastakan ataupun

memberi tawaran untuk perkhidmatan kutipan kepada sebuah syarikat MOL dotCom untuk dalam

jangka masa 15 tahun untuk memberi perkhidmatan kutipan.

DR.14.11.2000 82

Jadi, saya hendak bertanya mengapa kedua syarikat ini memberi kontrak kepada syarikat

tersebut sedangkan mereka dapat berupaya mengadakan perkhidmatan mereka tersendiri.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri tidak mempunyai

maklumat yang tepat untuk menerangkan kepada Yang Berhormat, walaupun demikian, akan diberi

kajian nanti. Okay.

Di samping itu, ianya akan juga mendorong para pengguna elektrik untuk lebih peka dan

membayar bil bagi perkhidmatan yang telah dinikmati dalam had masa yang ditentukan.

Tuan Yang di-Pertua, …..

Tuan Yang di-Pertua: Gelang Patah bangun Yang Berhormat.

Tuan Chang See Ten: Tuan Yang di-Pertua, ada satu penjelasan saya ingin terima daripada

Yang Berhormat Datuk Menteri. Saya baru-baru ini dapat satu aduan dari seorang pengguna yang

mana dia dapat notis arahan pemotongan bekalan elektrik dan serta-merta dia terus bayar tetapi dia

dipaksa bayar sambung semula sebanyak RM80 walaupun kerja pemotongan tidak berlaku. Mengapa

pihak TNB boleh paksa dia bayar sambungan semula RM80? Adakah ini munasabah? Saya harap

bayaran yang telah dibayar ini dapat dikembalikan kerana ini tidak adil dari segi keadilan sosial. Saya

harap dapat penjelasan. Sekian, terima kasih .

Tuan Yang di -Pertua: Yang Berhormat, pertanyaan-pertanyaan spesifik macam itu susahlah

Yang Berhormat Menteri menjawab. Hendak mengambil tahu apa yang terjadi di Johor kah, di Kedah

kah, di Perak dan sebagainya. Soalan-soalan sebegitu hendaklah dihantarkan, bertanya melalui surat,

kemudian boleh Yang Berhormat Menteri itu boleh membuat rujukan ataupun membuat pertanyaan

kepada pegawai-pegawainya.

Dan saya suka membawa perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat

37(1)(b) iaitu soalan-soalan dan penjelasan hendaklah bersangkut dengan apa yang diucap tadi.

Janganlah sesuatu benda yang berasingan dan berlainan langsung. Itu bukan penjelasan namanya. Itu

adalah pertanyaan asing. Oleh itu, haraplah supaya kita jangan membazirkan masa mengenai perkara

ini. Yang Berhormat Menteri, sila.

Datuk Amar Leo Moggie anak Irok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun

demikian, kerana dia rakan saya, saya akan memberi penjelasan selepas Dewan nanti.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat peka akan kesan harga elektrik kepada pengguna

termasuk kepada industri. Walaupun demikian, ianya juga dipengaruhi oleh harga bahan api yang

dibakar untuk penjanaan elektrik. Sekarang, kira-kira 70% dari bahan-bahan api untuk penjanaan

elektrik di Semenanjung ia lah menggunakan gas. Setakat ini, kerajaan telah menetapkan harga gas

pada kadar RM6.40 per milion b.t.u. dan harga ini merupakan harga yang paling rendah jika

dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia seperti Jepun atau Korea, Singapura ataupun Thailand.

Sebenarnya, harga gas adalah berkait rapat dengan harga minyak di pasaran antarabangsa.

Pada masa ini, harga minyak mentah adalah melebihi USD30, bahkan kalau tidak silap saya,

semalam hampir USD36 setong. Oleh itu, harga semasa gas di pasaran sepatutnya adalah pada harga

yang lebih tinggi dari apa yang dikenakan pada industri elektrik di negara ini, bahkan ianya dalam

lingkungan RM18 per milion b.t.u. Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan beban kepada

pengguna, kerajaan telah menetapkan harga gas bagi sektor elektrik pada kadar RM6.40 per milion

b.t.u sehingga akhir tahun 2000. Memandangkan harga minyak dan bahan api gas adalah dipengaruhi

oleh harga pasaran antarabangsa, soalannya, apakah negara mampu untuk menampung kekurangan

pendapatan dari penjualan gas yang dinikmati oleh kita sekarang secara berterusan, bahkan

kemungkinan ianya bertambah. Ini antara perkara-perkara yang harus juga dipertimbangkan oleh

kerajaan dalam mengkaji kedudukan harga gas dan harga jualan elektrik yang masih dibuat sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memahami akan

pendirian kerajaan dalam hal ini. Apa yang penting ialah kesan kepada rakyat dan negara memang

menjadi asas dalam pertimbangan yang sentiasa diamalkan.

DR.14.11.2000 83

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya terangkan jawapan saya menyentuh perkara-perkara

tertentu sahaja. Perkara-perkara lain yang telah disentuh akan juga diambil perhatian dan tindakan

susulan di mana berkaitan akan juga diambil. Sekian, terima kasih.

5.15 ptg.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Fu

Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahliahli

Yang Berhormat yang telah memberi teguran, cadangan dan pandangan yang membina semasa

perbahasan Belanjawan 2001 peringkat dasar mengenai perkara-perkara yang ada hubung kait dengan

bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Isu-isu yang dibangkitkan oleh

Ahli-ahli Yang Berhormat meliputi pelaburan asing, insentif pelaburan, IKS, AFTA dan globalisasi.

Izinkan saya memberi jawapan ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Parit Sulong dan Yang Berhormat bagi Tambun

membangkitkan isu mengenai pegangan ekuiti pihak asing dalam sektor industri. Untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, dasar mengenai pemilikan ekuiti dalam syarikat perkilangan tidak berubah iaitu

bagi syarikat yang berorientasikan pasaran tempatan, sekurang-kurangnya 70% daripada ekuiti syarikat

diperuntukkan kepada rakyat Malaysia termasuk 30% dikhaskan kepada bumiputera. Pegangan ekuiti

rakyat asing dibenarkan sehingga 100% bagi syarikat yang mengeksport 80% atau lebih dari

keluarannya. Bagi projek yang mengeksport antara 51% hingga 79% dari keluarannya, pegangan

asing dibenarkan sehingga 79%.

Sebagai langkah pemulihan ekonomi, berkuat kuasa mulai 31 Julai 1998, kelonggaran

sementara syarat ekuiti dalam sektor perkilangan telah dilaksanakan bagi projek baru, pembesaran atau

kepelbagaian keluaran di mana pegangan ekuiti asing dibenarkan sehingga 100% tanpa dikenakan

syarat eksport. Walau bagaimanapun, kelonggaran ini tidak termasuk sektor-sektor berikut:

(i) Pembungkusan kertas;

(ii) Pembungkusan plastik, plastic injection moulding component, dengan izin;

(iii) Metal stamping;

(iv) Fabrikasi;

(v) Logam; dan

(vi) Electro plating wire hardness (Percetakan pusat perkhidmatan keluli).

Hasil kelonggaran sementara ini, kemasukan pelaburan asing dalam sektor perkilangan di

Malaysia telah meningkat di mana daripada RM43.4 bilion pelaburan yang diluluskan dalam tempoh

tahun 1998 hingga tahun 1999 sebanyak RM25.4 bilion atau 58.5% merupakan pelaburan asing.

Kelonggaran ini tidak menjejaskan kepentingan pelabur tempatan atau pemilikan ekuiti bumiputera

kerana ianya berbentuk sementara dan akan berakhir pada 31 Disember tahun ini. Kajian semula ke

atas kelonggaran sementara ini akan mengambil kira pandangan dan input daripada pertubuhanpertubuhan

atau dewan-dewan peniaga dan perindustrian tempatan dan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat bagi Kepong, Bandau, Jeli dan

Permatang Pauh melahirkan rasa kebimbangan mengenai penurunan kemasukan Foreign Direct

Investment (FDI), dengan izin, dan mengenai perlunya diambil langkah-langkah untuk

mempertingkatkan stok modal negara atau meningkatkan daya saing negara. Kemasukan FDI telah

menurun sebanyak 6% pada tahun 1999 berbanding dengan tahun 1998. Penurunan ini disebabkan

kemelesetan ekonomi akibat krisis kewangan yang telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi semua

negara di rantau Asia termasuk Malaysia.

Walau bagaimanapun untuk tahun ini berdasarkan jumlah permohonan yang diterima sehingga

September, tahap pelaburan telah meningkat kepada RM27.4 bilion berbanding dengan RM14 bilion

untuk seluruh tahun 1999. Daripada RM27.4 bilion, RM15 bilion atau 54.7% adalah FDI manakala

RM12.4 bilion atau 45.3% dari pelabur tempatan.

DR.14.11.2000 84

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kepong ingin mengetahui jumlah pelaburan atau

projek yang telah dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam tempoh dari tahun

1995 hingga 1996 kadar perlaksanaan projek-projek pelaburan adalah sebanyak 75%. Walau

bagaimanapun kadar perlaksanaan bagi tahun 1997 ialah 61.3% dan tahun 1998 ialah 51.8%.

Penurunan kadar perlaksanaan dalam tempoh ini adalah berikutan krisis yang melanda negara pada

tahun-tahun berkenaan.

Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah untuk menarik pelaburan di samping

mempertingkatkan daya saing. Langkah-langkah ini meliputi memperkemaskan pakej insentif

pelaburan, menggalakkan pembangunan industri rantaian, mewujudkan persekitaran yang lebih

kompetitif dari segi kos dengan mengkaji semula peraturan-peraturan yang menjejaskan daya saing

industri. Menggalakkan penubuhan pejabat operasi serantau, pusat perolehan antarabangsa dan pejabat

perwakilan serantau oleh syarikat-syarikat asing di negara ini. Meningkatkan usaha mempromosikan

negara ini sebagai destinasi yang menarik untuk pelaburan melalui pelbagai usaha termasuk;

(i) perdagangan dan pelaburan,;

(ii) mengadakan perbincangan serta sesi dialog dengan pihak industri bagi

mengatasi masalah yang dihadapi oleh pihak industri; dan

(iii) mengkaji semula peraturan-peraturan yang menjejaskan daya saing industri.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa usaha-usaha kerajaan untuk menarik pelaburan

asing tidak hanya tertumpu kepada sesuatu kawasan atau negeri tertentu sahaja tetapi

merangkumi….

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat ada yang bangun di sini.

Datuk Fu Ah Kiow: ..tetapi merangkumi seluruh negara termasuk Koridor Timur.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan

daripada RM15 bilion FDI yang disebutkan tadi, syarikat-syarikat yang terlibat adakah ini Motorola,

adakah ini Siemens, Toshiba dan Royal Dutch, Shell dan sebagainya, ini syarikat raksasa yang

sebenarnya ada tapak di negara ini dan cuma mereka ada melabur semula, itu baik juga tetapi adakah

RM15 bilion ini besarnya datang daripada syarikat-syarikat yang telah saya sebutkan itu dan adakah

Yang Berhormat sedar bahawa pulangan daripada syarikat-syarikat yang ada di Malaysia ini kurang

bukan sahaja kerana krisis ekonomi tetapi ada faktor-faktor yang lain, profit and capital investment.

Profit ataupun pulangan telah pun turun dan mengapa turun, adakah usaha selain daripada insentifinsentif

yang disebutkan tadi, apakah rancangan untuk membaiki keadaan di mana pulangan kurang

daripada pelaburan yang dibuat.

Datuk Fu Ah Kiow: Itu betul, memang benar bahawa syarikat-syarikat yang telah memohon

untuk projek perkilangan termasuk syarikat-syarikat antarabangsa yang termasyhur seperti Motorola,

Western Digital, BSF dan sebagainya dan mengenai apa yang dikatakan pulangan pelaburan memang

telah menurun. Saya tidak ada angka menunjukkan fakta tersebut. Jadi saya rasa kita tidak boleh buat

rumusan mengatakan pulangan telah menurun. Kalau ada pulangan yang menurun, mungkin ia

disebabkan oleh pengurusan dan sebagainya. Jadi tidak ada angka menunjukkan hakikat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Tuaran telah menyarankan agar insentif-insentif

cukai seperti pengecualian cukai 85% yang diberikan ke atas kawasan Koridor Timur dan negeri-negeri

Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada 100% bagi meningkatkan pelaburan FDI dan daya saing

negeri-negeri tersebut.

Sebagaimana termaklum, insentif cukai bagi projek perkilangan di kawasan Koridor Timur

meliputi Sabah dan Sarawak adalah lebih menarik dari insentif-insentif bagi projek-projek di luar

Koridor Timur. Galakan taraf perintis yang diberi kepada syarikat-syarikat yang berlokasi di kawasan

Koridor Timur menikmati pengecualian cukai sebanyak 85% daripada pendapatan berkanun selama

lima tahun. Projek yang ditempatkan di luar Koridor Timur hanya menikmati pengeluaran cukai

DR.14.11.2000 85

sebanyak 70% sahaja. Walau bagaimanapun kerajaan memberi pengecualian cukai 100% kepada

projek-projek yang berteknologi tinggi dan strategik tanpa mengira di mana projek berkenaan

ditempatkan.

Tuan Yang di-Pertua, ramai di antara Yang Berhormat membangkitkan kebimbangan akan

implikasi perlaksanaan AFTA. Ahli Yang Berhormat bagi Tambun telah menyentuh mengenai IKS

tempatan yang tidak mengetahui mengenai AFTA dan bimbang mengenai persediaan pihak industri

bagi menghadapi globalisasi.

Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun]

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Yang Berhormat daripada……

Datuk Fu Ah Kiow: Bagi ini dahululah, Batang Lupar.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tun. Saya hendak bertanya

soal daya saing negara. Oleh kerana kita lihat pada masa sekarang, banyak negara yang telah membuat

tawaran kepada pelabur-pelabur asing ini untuk masuk ke negara mereka dengan insentif yang

berbagai-bagai. Mungkin lebih menarik dan apakah ciri-ciri promosi di luar negara untuk

mengukuhkan lagi kedudukan negara kita sebagai tempat pelaburan yang menarik, soalan pertama.

Soalan kedua, sejauh manakah impak tindakan-tindakan pihak parti KeADILan yang berkempen di luar

negara yang melarang pelabur asing datang ke negara ini. Terima kasih.

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mempunyai faktor-faktor dan kekuatan

sendiri untuk menarik pelabur-pelabur ke Malaysia misalnya kita mempunyai tenaga manusia di mana

taraf pendidikan adalah lebih tinggi dan di mana mereka adalah lebih, dengan izin trainable dan juga

kita ada infrastruktur yang lebih lengkap dan apa yang paling penting ialah kita ada satu Kerajaan

Barisan Nasional yang begitu peka dan sentiasa sedia mendengar apa-apa masalah yang dihadapi oleh

pelabur-pelabur asing. Jadi ini adalah kekuatan daripada daya saing negara, bagaimanapun kita perlu

terus meningkatkan daya saing dari segi misalnya kita sentiasa menggalakkan pengusaha untuk

mengeluarkan produk-produk dan perkhidmatan yang bernilai tambah yang tinggi supaya kita dapat

pulangan yang lebih tinggi dan supaya kita tidak bersaing atas faktor tradisional seperti tenaga

manusia, buruh yang di mana kita tidak mempunyai faktor itu sebagai satu kekuatan kepada negara

lain. Jadi kita perlu ada strategik dalam aspek menarik pelabur-pelabur luar.

Soalan kedua, implikasi apa? [Bertanya kepada Yang Berhormat bagi Batang Lupar]

Memang saya percaya kemungkinan besar pelabur asing atau FDI mungkin akan lebih tinggi kalau

bukan oleh sebab usaha pembangkang cuba memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara dan itu

sahaja, ya? [Bertanya kepada Yang Berhormat bagi Batang Lupar]

Tuan Yang di-Pertua: Tuaran.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang

Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya telah mencadangkan supaya pelepasan cukai ditingkatkan

daripada 85% ke -100% bagi Koridor Pantai Timur Sabah dan Sarawak. In i disebabkan apa yang

telah dikatakan bahawa sambutan FDI terhadap insentif yang ada sekarang adalah begitu lembap

terutama sekali di negeri Sabah.

Jadi, jika sekiranya pihak kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan daripada 85% ke-

100%, saya ingin minta penjelasan apakah kesan terhadap insentif yang telah diberikan selama ini,

atau 85%, dan jika sekiranya insentif itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap meningkatkan FDI di

Sabah, apakah lagi langkah-langkah yang kementerian akan cadangkan supaya FDI dapat ditingkatkan

di negeri Sabah khususnya meningkatkan pelabur-pelabur asing ke Taman Perindustrian Kota

Kinabalu (KKP). Sekian, terima kasih.

Datuk Fu Ah Kiow: Bagaimana yang telah diterangkan tadi buat masa ini Sabah dan

Sarawak telah pun menikmati pengecualian cukai sebanyak 85% Iaitu adalah lebih tinggi daripada

lain-lain kawasan. Saya berpendapat perbezaan 15% pengecualian cukai itu bukan merupakan faktor

yang paling penting untuk mempengaruhi pilihan pelabur-pelabur asing untuk pergi ke Sabah atau

DR.14.11.2000 86

Sarawak. Saya percaya apa yang perlu diusahakan ialah usaha yang lebih gigih oleh pihak kerajaan

negeri dan juga memperbanyakkan lagi publisiti kepada pelabur-pelabur asing, apa kekuatan, apa

sumber-sumber yang boleh menarik pelabur ke negeri Sabah. Itu saya percaya adalah usaha yang

lebih penting.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Yang Berhormat menyatakan penting ada

usaha-usaha kerajaan negeri tetapi daripada MITI apa pula tindakan? Saya percaya bahawa Kerajaan

Negeri Sabah juga telah banyak berusaha termasuklah mengadakan promosi menarik FDI, yang saya

difahamkan pelbagai usaha telah dibuat tetapi dari segi MITI pula, apakah langkahnya. Misalannya

adakah pihak MITI will redirect pelabur-pelabur atau FDI yang melabur di Lembah Klang atau di

mana-mana tempat di Semenanjung dan redirect para pelabur ini ke negeri Sabah. Sebab sekarang ini

this is a chicken and egg situation, dengan izin, di negeri Sabah, ini adalah disebabkan tidak ada

“volume” pengeluaran daripada Sabah, dan oleh sebab tidak ada volume banyaklah kos yang

meningkat misalnya freight charger dan sebagainya.

Maknanya jika sekiranya Kerajaan Persekutuan khususnya daripada pihak MITI tidak

mengambil inisiatif untuk redirect, ada pelabur-pelabur yang datang ke tempat-tempat lain di

Semenanjung dan tidak ada usaha untuk membawanya ke negeri Sabah misalannya, amat sukar bagi

Kerajaan Negeri Sabah jika sekiranya bantuan tidak diberikan daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

Minta penjelasan sedikit, terima kasih.

Datuk Fu Ah Kiow: MITI tidak memilih kasih di mana pelabur-pelabur harus pergi untuk

menempatkan projek-projek mereka. Sebenarnya bila kita terima cadangan untuk pelaburan ataupun

projek perkilangan, kita memberi maklumat semua negeri kepada pelabur-pelabur yang berminat

melabur di Malaysia. Mereka yang akan menentukan tapak yang paling sesuai, mengkaji beberapa

faktor termasuk bekalan buruh, bekalan bahan mentah dan sebagainya. Untuk Sabah, memang kita

telah memberikan keutamaan terhadap projek-projek yang berasaskan kepada bahan-bahan pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam dan Kelang…..

Tuan Robert Lau Hoi Chew: [Mengetuk -ngetuk pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, jangan ketuk.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Sedikit sahaja.

Tuan Yang di -Pertua: Kalau diketuk dia rosak, Yang Berhormat. Dia rosak kita tidak dapat

spare dia di sini, kita kena beli di Holland. [Ketawa]

hidup.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Maaf, Tuan Yang di-Pertua, tetapi lampunya langsung tidak

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sekejap, kita kena import dia melalui Singapura.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Jangan ketuk ya. [Ketawa]

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Tetapi ini tidak ada bantuan operasi di sini dan kadang-kadang

susah. Saya minta penjelasan dari Setiausaha Parlimen, bolehkah Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri mengkaji untuk menubuhkan zon perdagangan bebas tambahan di Sabah

dan Sarawak. Contohnya, di Sarawak sekarang cuma satu zonnya di Kuching atau Gaya. Saya fikir ini

tidak mencukupi, bolehkah ini contohnya Sibu dan Miri diwujudkan satu zon perdagangan bebas,

Sabah mungkin Sandakan ataupun Tawau. Ini saya fikir penting kerana kalau di luar negeri mahu

maju bersama dengan negeri-negeri di Semenanjung, ini merupakan satu faktor yang penting untuk

menarik pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk melabur di sana. Sekian.

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya MITI memang ada satu jawatankuasa

pembangunan industri yang ditubuhkan bersama dengan kerajaan negeri dan segala isu dan cadangan

sentiasa dibincang di persidangan jawatankuasa tersebut. Jika ada permintaan daripada negeri untuk

menambahkan zon bebas, saya percaya MITI akan bersedia mengkaji cadangan-cadangan daripada

negeri-negeri.

DR.14.11.2000 87

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam dan Kelang pula telah

menyarankan agar maklumat mengenai AFTA disebarkan kepada masyarakat peniaga dan pengilang

tempatan yang tiada gambaran jelas mengenai implikasi AFTA terhadap perniagaan dan industri

mereka.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, AFTA telah dilancarkan

pada tahun 1993 dan telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti yang dijadualkan. Pada

masa ini AFTA berada di peringkat terakhir pelaksanaannya dan mengikut jadual pembukaan pasaran,

AFTA akan terlaksana sepenuhnya pada tahun 2003 bagi enam negara ASEAN termasuk Malaysia.

Pada umumnya mulai tahun 2000 AFTA telah hampir direalisasikan di mana sejumlah 96%

daripada jumlah produk Malaysia telah pun ditawarkan untuk konsesi tarif di bawah Skim CEPT.

Daripada jumlah tersebut 90% telah pun berada pada kadar tarif 0% hingga 5% dan 60% daripadanya

tidak dikenakan sebarang duti import.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini produk-produk dalam skim

CEPT bagi Malaysia yang masih mempunyai kadar tarif melebihi 5% terdiri daripada keluaran besi

dan keluli, automotif, seramik, kaca dan barangan plastik.

Berdasarkan angka-angka yang disebutkan, pasaran Malaysia telah pun sedia terbuka dan ini

menunjukkan industri-industri Malaysia telah mampu bersaing dalam suasana perdagangan yang

kompetitif, bukan sahaja dalam pasaran tempatan malahan dalam pasaran eksport. Jumlah pedagang

Malaysia…..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kemaman bangun

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak tanya

mengenai kesediaan kerajaan untuk membuka pasarannya kepada industri automotif kerana apa yang

dijanjikan kepada rakyat apabila kita mengadakan kereta nasional ialah supaya rakyat mendapat kereta

yang murah dan berupaya dibeli oleh rakyat. Tetapi apa yang berlaku apabila kita mendirikan kereta

proton ini nampak pada gayanya rakyat terpaksa memikul beban mendapat kereta yang mahal.

Sebagai contohnya, kereta Honda City di Thailand harganya lebih kurang RM30,000 sahaja

tetapi di Malaysia dengan adanya kereta Proton Waja sekarang ini Honda City sudah naik harga

sampai RM90,000 lebih. Apakah ini menyebabkan adanya kereta nasional ini membebankan rakyat?

Terima kasih

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, pihak WTO dan AFTA telah pun dimaklumkan

bahawa industri automatif di Malaysia merupakan satu industri yang strategik dan ia juga merupakan

sebahagian usaha negara untuk membangunkan industri berat. Pada masa ini industri automatif

negara masih belum bersedia untuk menghadapi persaingan pasaran terbuka apabila AFTA

dilaksanakan. Kita perlu menyedari bahawa industri ini meliputi banyak industri sokongan dan ia juga

meliputi seperti industri pembekalan komponen dan sebagainya. Jika kita masih belum bersedia dan

kita terus membuka pasaran ini, ia akan menjejaskan usaha kita membangunkan industri berat dan juga

akan membawa kesan yang negatif terhadap tidak kurang daripada 60 pekerja. Walau bagaimanapun,

sebagai persediaan untuk …

Tuan Jimmy Lim Donald: 60 atau 60,000?

Datuk Fu Ah Kiow: Lebih kurang 60,000. Sorry 60,000. Walau bagaimanapun, sebagai

persediaan untuk menghadapi saingan pengeluar-pengeluar daripada negara Asean yang lain, Proton

sedang meningkatkan keupayaan kejuruteraan dan teknologi dengan memperolehi syarikat

kejuruteraan teknologi automatif terkenal asing iaitu Lotus Group In ternational Limited untuk mereka

bentuk dan membuat komponen automatif utamanya sendiri seperti enjin dan sistem transmisi untuk

meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan, mengurangkan kos pengeluaran dengan

memperbagaikan sumber komponen automotive sourcing, dengan izin, dan meningkatkan efficiency

dari segi pemasaran dan ini adalah sudut yang kita dipandang dan kita tidak boleh membuka pasaran

buat masa ini secara tergesa-gesa. Dan saya juga ingin memberitahu bahawa walaupun automatif

dalam bentuk CKD dan CBU pembukaannya akan ditunda pada tahun 2005 tetapi untuk component

part dan sumber component part pun telah dimasuki dalam skim CPT.

DR.14.11.2000 88

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed : [Bangun]

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Shah Alam bangun.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed : Shah Alam dulu. Ikut prosedur. [Ketawa]. Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, saya mengucapkan terima

kasihlah. Saya bangkitkan supaya satu gerakan penerangan yang harus diterangkan kepada rakyat

Malaysia khususnya mengenai AFTA ini kerana melihatkan bahawa daripada segi consumer market,

domestic market yang ada dalam negara sebanyak 22 juta. Dan kalau katakan yang betul-betul

kemampuan katakan 10 juta. Tetapi kalau hendak dibandingan dengan Kemboja ataupun Vietnam

kerana seluruh market di AFTA, correct kalau saya salah, ada 450 juta domestic market yang ada pada

kita dia mempunyai daya purchasing power yang tinggi. Justeru kerana itu saya fikir kerajaan

mempunyai kebertanggungjawaban to protect kita punya domestic market. At the same time, dengan

izin, untuk kita menakluki pasaran yang ada sebanyak 450 juta. Dan sebagaimana dalam cabaran

globalisasi dia punya padang permainan tidak sama. We are not on the same level equal playing field.

Cuma saya hendak tanya apakah langkah dan tindakan yang kerajaan ambil terutama untuk

mengimbang balik tentang the legal infrastructure yang kadang -kadang daripada segi legal

infrastructure, contoh di Kemboja ataupun di Vietnam dengan kita, dia jauh berbeza. Kadang-kadang

agreement yang telah pun diselaraskan itu it is not dengan izin, not valid, not honourable. Jadi

bagaimanakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengimbangkan perkara-perkara ini?

Datuk Fu Ah Kiow: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya itu tidak menjadi satu

masalah yang besar sebab dalam perjanjian AFTA kita telah pun menubuhkan satu sekretariat di mana

pegawai-pegawai dan juga Menteri-Menteri Perdagangan sentiasa berbincang dan dalam persidangan

tahunan dan juga dalam mesyuarat yang amat kerap itu perkara-perkara yang ada kaitan dengan legal

system dapat diselesaikan dengan baik selama ini. Jadi apa yang penting ialah masyarakat Malaysia

perlu memandang AFTA ini bukan sahaja seolah-olahnya ia akan menjejaskan pasaran ke Malaysia.

Tetapi kita pun perlu mempunyai sikap yang positif bahawa dengan AFTA pasarannya begitu besar.

Sebenarnya bilangan penduduk di AFTA ialah 500 juta iaitu merupakan 25 kali ganda pasaran

Malaysia. Jadi kalau kita ada sikap yang terbuka ini kita perlu merebut peluang yang datang bersama

dengan AFTA.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun]

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]

Datuk Fu Ah Kiow: Arau dulu ya.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Arau.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta

laluan. Pertamanya, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen berkaitan dengan

AFTA ini di mana sekarang ini dikatakan bahawa perlaksanaannya di peringkat yang akhir.

Sebenarnya banyak kebimbangan di kalangan penanam-penanam padi. Apa yang akan terjadi kepada

industri beras kerana kita tahu bahawa harga padi di negara kita lebih mahal disebabkan oleh subsidi

yang diberi oleh kerajaan dan dia tidak mampu bersaing dengan negara lain. Ini tanggungjawab

kerajaan untuk membantu petani di mana petani-petani mendapat pendapatan yang lebih dengan

bantuan subsidi tetapi ia jadi tidak competitive. Ini sesuatu yang membimbangkan masyarakat petani.

Yang keduanya, saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat tadi bahawa kita harus melihat

AFTA ini sebagai satu peluang. Saya ingin tanya kepada pihak kementerian apakah produk-produk di

negara kita yang kita melihat ada kekuatan yang kita boleh penetrate pasaran ini apabila pasaran ini

terbuka dengan begitu luas. Dan apakah tindakan kementerian hari ini untuk memberikan guidance,

dengan izin, kepada masyarakat Malaysia untuk melihat kekuatan ini yang boleh kita eksploitkan

supaya kita Malaysia dapat bergerak di pihak swasta dengan kerjasama dan juga bantuan daripada

kerajaan untuk melihat opportunity yang dapat kita masuki melalui AFTA ini. Terima kasih, Tuan

Yang di-Pertua.

DR.14.11.2000 89

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagikah Yang Berhormat?

Datuk Fu Ah Kiow: Tidak berapa panjang lagilah.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, ya. Baiklah.

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan bahawa sebenarnya

bahan pertanian seperti padi tidak termasuk dalam skim penurunan duti, tidak. AFTA cuma

mengenakan penurunan duti terhadap produk-produk industri dan juga produk pertanian yang setelah

diproses iaitu proses agriculture product, dengan izin. Selain daripada itu tidak termasuk dalam skim

AFTA buat masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua ialah kekuatan…

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun]

Tuan Jimmy Lim Donald: [Bangun]

Datuk Fu Ah Kiow: Nanti saya bagi ya. Kekuatan ……

Tuan Jimmy Lim Donald: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Sri Aman. Sri Aman bangun juga.

Datuk Fu Ah Kiow: Nanti. Saya belum habis jawab yang ini. Kita ada kekuatan dalam

banyak micro-sector, yang paling kukuh untuk sektor ekonomi kita ialah dalam sektor E&E iaitu

elektronik dan elektrik. Dan saya setuju bahawa kita perlu melipatgandakan lagi usaha menghebahkan

maklumat AFTA kepada pengusaha-pengusaha mengenai peluang dan cabaran yang akan dihadapi

walaupun selama ini MITI telah banyak menganjurkan sesi seminar dan dialog dengan pengusahapengusaha

tempatan termasuk IKS untuk menerangkan pelaksanaan AFTA. Walau bagaimanapun,

kita juga mengalu-alukan pihak swasta untuk menganjurkan dan kita akan hantar pegawai untuk

menerangkan tentang pelaksanaan AFTA. Ya.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Berbalik kepada mengenai kereta Proton tadi, saya nak tanya

sama ada kementerian membuat persediaan apabila sampai tahun 2003 nanti, apabila pasaran kereta

kita akan dibuka, maka apa akan jadi pada sistem kewangan kita di mana financing kita pada harga

yang sekarang ini cukup tinggi dan saya merasai bahawa bila pasaran terbuka nanti harga kereta akan

turun dan apa implikasinya kepada second hand, second value cars di mana masyarakat sekarang

terpaksa membeli dengan harga yang murah tetapi selepas tahun 2003, kereta akan menjadi murah.

Apa implikasinya kepada sistem kewangan kita dan apa persediaan-persediaan yang dibuat oleh

kementerian. Terima kasih

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, mengikut apa yang telah dijanjikan oleh negara

kita kepada lain-lain negara ASEAN, kita telah komited bahawa industri automobil akan dibuka pada

tahun 2005. Kesan terhadap sistem kewangan, saya rasa soalan tu harus lebih wajar dijawab oleh

MOF. Tapi apa yang kita dapati ialah kita akan menyediakan industri ini untuk bersaing dengan

kereta-kereta yang diimport daripada lain negara ASEAN.

Tuan Jimmy Lim Donald: Tuan Yang di-Pertua, tidak kah keadaan automatif industri ini,

tidak kah ia membimbangkan MITI. Oleh kerana, kalau kita hanya membuka pasaran kita pada tahun

2005, ini bererti kita ketinggalan lima tahun dan untuk masa sekarang, tidak kah MITI bercadang untuk

mencari strategic partner supaya kita dapat bersaing dengan secepat mungkin dan tidak ketinggalan

apabila ia dibuka oleh kerana kita sudah ketinggalan begitu lama.

Tuan Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, seperti tadi, saya telah menjawab bahawa

sebenarnya Proton tidak duduk diam sahaja. Proton sedang mengambil langkah-langkah untuk

mempertingkatkan daya saing mereka. Misalnya, Proton sedang memperoleh komponen dan alat ganti

kenderaan daripada sumber yang paling kompetitif termasuk vendor tempatan dan juga Proton sedang

cuba menerokai pasaran eksport supaya kita ada economy of skill dengan izin, dan dengan cara itu, kita

dapat kos keluaran kereta Proton dan juga Proton telah memperkenalkan sistem modul yang akan

mengurangkan masa pemasangan, mengurangkan inventori dan menjamin mutu komponen dan juga

DR.14.11.2000 90

seperti yang dicadangkan, Proton sedang mengadakan synergistic partnership untuk

mempertingkatkan keupayaan teknologi Proton.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara-negara ASEAN telah meningkat

daripada RM95.1 bilion pada tahun 1996 kepada RM134.8 bilion pada tahun 1999. Ini merupakan

23.3% daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu IKS yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi

Tanjong dan juga Ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam, kerajaan telah menyediakan kemudahan

kewangan yang mencukupi dalam bentuk geran dan pinjaman mudah bagi membangunkan industri IKS

tempatan. Terdapat 21 skim kewangan yang disediakan oleh kerajaan dan dikendalikan oleh berbagai

agensi kerajaan dan bank-bank Perdagangan.

MITI melalui SMIDEC telah melaksanakan program yang khusus bertujuan untuk

meningkatkan kemampuan teknologi, produktiviti dan kualiti produk-produk syarikat IKS. Program

tersebut adalah Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian untuk pembangunan produk dan proses, ITAF

II. Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti ITAF III dan

Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian untuk pembangunan pasaran, ITAF IV.

Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli Yang Berhormat membangkitkan mengenai cabaran

globalisasi dan liberalisasi dan mengenai pentingnya industri tempatan menyediakan diri untuk

meningkatkan kecekapan supaya dapat berdaya saing

Yang Berhormat bagi Temerloh mencadangkan untuk menggalakkan percantuman syarikat strategik

tempatan yang menjalankan usaha sama dengan syarikat asing. Yang Berhormat bagi Tambun

mencadangkan supaya Proton bekerjasama dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta terkemuka dunia

untuk menimba teknologi bagi meningkatkan daya saing Proton dalam menghadapi globalisasi dan

menembusi pasaran luar. Cadangan supaya Proton mengadakan kerjasama teknikal telah pun

dilaksanakan di mana Proton bekerjasama dengan pengeluar kereta ternama seperti Mitsubishi, Citroen,

Renault dan Lotus. Ini bertujuan untuk meningkatkan kepakaran kejuruteraan supaya Proton dapat

mengeluarkan enjin sendiri untuk model-model yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Mambong membangkitkan mengenai World

Trade Organization dengan izin, WTO sebagai badan utama yang menjana proses globalisasi dan ianya

dibiayai oleh Amerika Syarikat. Proses globalisasi ini dikatakan lebih memanfaatkan Transnational

Corporation (TNC) yang dipunyai oleh negara-negara Barat dan oleh itu, perlu diwujudkan

perundangan bagi mengawal TNC.

Malaysia berjaya menarik pelaburan termasuk dari kebanyakan TNC atau lebih dikenali

sebagai Multi-national Corporation, MNC dengan izin, yang menyumbang terhadap kemakmuran

ekonomi negara. Penglibatan berterusan mereka adalah penting untuk memastikan pertumbuhan

ekonomi yang mapan. Oleh itu, kita perlu berwaspada mengenai sebarang peraturan untuk mengawal

MNC kerana ianya mungkin akan menyebabkan bakal pelabur takut untuk melabur dan MNC yang

telah beroperasi di Malaysia mempertimbangkan semula kedudukan mereka dan berpindah ke negara

lain.

Perlu diambil ingatan bahawa kita bersaing dengan negara-negara lain di dalam menarik

pelaburan asing. Penglibatan Malaysia dalam WTO adalah penting. Peraturan perdagangan dan yang

dilaksanakan WTO menjamin suasana perdagangan pelbagai hala yang boleh dijangka dan stabil.

Malaysia seperti juga kesemua ahli-ahli WTO yang lain, menyumbang kepada pembiayaan WTO

Sebagai ahli, kita perlu memastikan setiap peraturan yang dibuat mengambil kira kepentingan negara

dan isu-isu yang tidak berkaitan dengan perdagangan seperti piawaian buruh dan alam sekitar tidak

dimasukkan di bawah peraturan WTO.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah saja penjelasan yang ingin saya berikan kepada beberapa isu

penting yang telah dibangkitkan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua

Ahlil-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh bidang tugas

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sekian, terima kasih

DR.14.11.2000 91

5.59 ptg.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Pertanian.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-

Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Pertanian

mengucapka n terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perhatian

serta membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Pertanian atau

di bawah kawalan dan tanggungjawabnya.

Tuan Yang di-Pertua , Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Sibu, Kemaman, Kuala Kedah, Kelang

dan Yan telah membangkitkan persoalan yang berkaitan dengan tanaman padi Manakala, Yang

Berhormat bagi Pendang telah menyentuh perkara yang berkaitan dengan BERNAS.

Tuan Yang di-Pertua , Yang Berhormat bagi Sibu telah meminta pengecualian cukai kepada

penanam padi dan mengkaji semula pemberian subsidi terhadap penanam padi dan juga meminta

mempertimbangkan masa yang akan datang agar Sarawak dijadikan negeri jelapang padi.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan dasar kerajaan dan sebagaimana

yang digariskan di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), program bantuan baja padi sedang

dikaji semula. Tindakan sedemikian adalah untuk meningkatkan kecekapan atau menggantikan sistem

tersebut dengan satu sistem yang lebih baik dan memastikan dasar bagi menggalakkan tanaman padi

secara berskala besar dan komersial menerusi perlaksanaan projek berkelompok mini-estate dan estate

padi tercapai. Di samping itu, subsidi harga padi sedang teliti supaya industri padi dan beras di negara

ini lebih kos-efektif dan bersaing serta selaras dengan komitmen antarabangsa.

Bagi makluman Yang Berhormat selanjutnya, dasar kerajaan adalah untuk menumpukan

penanaman padi di lapan kawasan jelapang padi utama negara dan juga pihak swasta memberikan

penumpuan di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kemaman telah meminta Kementerian Pertanian

mengambil inisiatif untuk menambahkan kawasan tanaman padi agar dapat mengurangkan

pengimportan beras dari luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang termaktub di bawah DPN3, penanaman padi di

negara ini akan ditumpukan di lapan kawasan jelapang padi utama dan oleh pihak swasta di Sabah dan

Sarawak. Memandangkan penanaman padi memerlukan pelaburan infrastruktur yang tinggi dan

Malaysia merupakan salah sebuah daripada negara pengeluar beras yang berkos tinggi maka kerajaan

tidak bercadang untuk menambahkan kawasan tanaman padi di negara ini.

Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan pengimportan beras, langkah-langkah sedang dan

akan terus mempergiatkan lagi untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan bagi menampung

keperluan negara. Langkah-langkah tersebut adalah termasuk menggalakkan tanaman padi secara

komersial dan berskala besar, pen ggunaan benih yang berkualiti dan berhasil tinggi, peningkatan

kemudahan-kemudahan infrastruktur, peningkatan kecekapan pengurusan air dan ladang, kerja-kerja

meratakan ladang, meningkatkan penggunaan kejenteraan ladang dan automasi serta penambahan

kekerapan bertanam daripada 175% kepada 185% menjelang tahun 2010. Dengan usaha-usaha

tersebut, adalah diharapkan agar hasil purata pengeluar padi di negara ini akan ditingkatkan daripada 4

tan metrik sehektar kepada sekurang-kurangnya 5.5 tan metrik menjelang tahun 2010.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kuala Kedah telah membangkitkan persoalan

tentang pembahagian subsidi baja padi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian subsidi

baja padi tidak pernah dikaitkan dengan pakatan kroni atau percatuan politik.....

Tuan Abd. Rahman bin Yusof : [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kemaman

bangun.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Boleh saya tanya?

Dato' Abu Bakar bin Taib: Ya.

DR.14.11.2000 92

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih. Yang Berhormat tahu atau tidak bahawa

penduduk negara kita akan meningkat tetapi kita tidak akan meningkatkan kawasan padi. Saya

bimbang dalam keadaan sedemikian, satu hari nanti maka kita terpaksa dependent, dengan izin, kepada

negara luar untuk padi ini. Jadi, kalaulah berlaku sesuatu seperti peperangan ataupun trade boycott

dan sebagainya maka keadaan kita teruk kalau keadaan kita tidak self-sufficient dalam padi ini. Jadi,

kita minta supaya kawasan padi ini diperbanyakkan. Sekian.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya katakan tadi

bahawasanya pihak kerajaan tidak bercadang hendak menambah lagi tetapi pihak swasta di Sabah dan

Sarawak kita sedia membuka tanah lebih luas untuk tanaman padi. Jadi, pihak kerajaan tidak

bercadang untuk menambahkan pelaburan dalam sektor padi ini disebabkan terlalu tinggi kosnya.

Saya percaya peningkatan-peningkatan lain yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan pengeluaran

padi misalnya kalau kita meninggikan hasil padi, katalah dari segi satu tan ataupun sekarang ini 45 tan

satu hektar di kawasan Kedah ataupun Perlis, kita tambahkan kepada satu tan lagi, saya percaya kalau

dua kali setahun maka ada dua tan maka tentulah akan bertambah lebih lagi. Jadi, sekarang ini kita

hanya mengeluarkan self-sufficient katakanlah lebih kurang 3% bagi pihak kerajaan mengenai

.....[Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Arau bangun.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang

Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya rasa sekarang ini pengeluaran beras untuk negara melebihi

daripada target, mungkin target telah ditentukan 70% tetapi untuk masa hadapan dari segi population

saya bersetuju pandangan Yang Berhormat tadi kemungkinan kita perlu mengeluarkan hasil yang

lebih. Isu yang ingin saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat, ada petani-petani yang

pernah mencuba tanaman padi dengan menggunakan teknologi yang terbaik, benih yang terbaik

mendapat 8 tan sehektar. Tetapi nampaknya percubaan ini tidak dapat dipanjangkan ataupun tidak

dapat dimanfaatkan oleh petani-petani yang ramai di negara kita.

Di dalam soal itu maknanya potensi untuk kita meningkatkan hasil kepada 8 tan itu memang

ada. Di mana agaknya kelemahan-kelemahan yang berlaku di mana kita dapati di Sabah dan Sarawak

2.5 tan per hektar hasil dan di Semenanjung hasil cuma di sekitar 4 tan satu hektar. Jadi, ada potensi

yang tidak kita gunakan di sini dan bagaimana kementerian dapat melihat potensi ini untuk kita

eksploit supaya pengeluaran padi dapat ditingkatkan dan petani mendapat pendapatan yang lebih.

Terima kasih.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, memanglah tadi antara fakta ialah dari

segi pengurusan dan banyak fakta lain yang ada termasuklah pelaburan. Kadang-kadang dari segi

peladang kalau kita harapkan subsidi baja tentulah pelaburan yang begitu rendah tidak dapat hasil yang

tinggi. Pada hal kalau dibandingkan dengan Chulchak di Perak dan Sekinchan di Selangor, mereka

hendak mengusahakan padi ialah untuk mendapatkan 8 tan satu hektar. Memang fungsi kerajaan pun

akan mengurangkan bilangan petani. Kalaulah lebih kurang dapat empat ekar seorang pesawah di

Kedah ataupun di Perlis maka selagi apa pun kita buat tidak akan meningkatkan pendapatan sebab

empat ekar sahaja melainkan kita .....[Disampuk].

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Rantau panjang

bangun.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Nanti sekejap. Jadi, itu pasal kita tanam padi berskala besar,

mini-estate dan seterusnya, kita akan mengurangkan orang yang bekerja di ladang itu keluar untuk

bekerja, yang muda-muda kerja dalam sektor industri dan lain-lain lagi. Cara itulah kita buat mungkin

.......Ya.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih. Saya ada satu perkara yang saya

hendak mendapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Setiausaha Parlimen iaitu, setakat inilah,

sejauh manakah usaha-usaha kerajaan untuk membaiki mutu beras Malaysia ini yang merata-rata

rakyat membandingkan di antara mutu beras buatan Malaysia dengan mutu beras keluaran Thailand.

Jadi, saya hendak tahu sejauh mana – padi sama -sama padi yang sama tetapi mutu, daripada padi bila

dijadikan beras itu, adakah kerajaan sedar di manakah letaknya kesilapan sama ada daripada mesin

DR.14.11.2000 93

ataupun jentera untuk mengisar padi menjadikan beras tidak sesuai ataupun kerana mutu baja itu yang

menyebabkan beras jadi hancur ataupun sebab-sebab yang lain? Saya minta kajian apa yang telah

dibuat dan penjelasan diberi.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah di atas prihatinnya Yang

Berhormat. Jadi, kita ada sekarang ini MR84 dan juga baru-baru ini telah melancarkan padi MR301

yang berkualiti tinggi dan seterusnya. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, di Malaysia kita tanam

padi yang kita ada sendiri dan di Siam ataupun Thailand mereka ada padi sendiri yang boleh dikatakan

tanam setahun sekali di kebanyakan tempat tetapi dari segi hasil tidaklah begitu tinggi sangat macam

Malaysia. Jadi, kita ini tumpukan kepada satu ialah mengeluarkan hasil tinggi, dari segi research R&D

dan seterusnya kita responsive to fertiliser dengan izin, inilah kita tumpukan. Jadi, dengan lain

perkataan, tidak ada bezanya. Kalau beras Siam, beras wangi hanyalah dari segi orang kata, mutu

sedikit ,ada standard sedikit tetapi yang lainnya tidak beza banyak sangat. Jadi, yang lain kata

disebabkan mesin tidak berbangkit, Yang Berhormat.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Sedikit lagi. Adakah Yang Berhormat setuju

kalau saya mengatakan ada pendapat ataupun research daripada orang kampung, bukan orang atasan,

orang kampung mengatakan ada dua fakta kemungkinan menyebabkan beras Malaysia ini hancur.

Pertama sekali, padi itu diketam waktu belum masak, belum cukup-cukup masak, ini satu. Dituai

belum cukup masak kerana bandingkan dengan Thailand.

Kedua ialah kerana dimesin – dimasuk kilang tidak cukup kering walaupun ada mesin untuk

mengering tetapi tidak cukup kering sudah pun dikilangkan. Itu dua fakta yang dapat dikesan oleh

orang kampung, bukan orang atasan. Adakah setuju Yang Berhormat?

Dato' Abu Bakar bin Taib: Terima kasih, Yang Berhormat. Bagi menjawabnya

memanglah betul. Kalaulah padi tidak dikering dengan betul sudah tentulah akan rosak, ia akan

hancur, jadi tepunglah. Jadi, saya percaya petani dan kilang-kilang tentulah bila hendak untung akan

keringkan dahulu sebelum dikisarkan. Dan, misalannya padi Ria, dulu memang kata satu jenis padi

yang berhasil tinggi tetapi ia hancur disebabkan ada white valley. Jadi, hasil padi sekarang ini

memang bermutu baik. Kalau dibandingkan dengan dulu memang baik sekarang ini, sebab kita

masukkan R&D yang bermutu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian subsidi baja padi tidak pernah dikaitkan

dengan pakatan kroni atau percaturan politik. Petani-petani warganegara Malaysia yang

mengusahakan tanaman padi sama ada di atas tanah sendiri atau tanah sewa dengan keluasan

maksimum 6 ekar serta tidak mendapat subsidi dari mana-mana pihak lain seperti kerajaan negeri,

layak mendapat subsidi baja padi pada kadar 2 beg baja urea dan 5 beg baja campuran bagi setiap ekar

sawah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Klang telah menyatakan bahawa pengguna

tempatan membeli beras pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran dunia, beliau

mencadangkan polisi beras dikaji semula agar bekalan beras negara yang diimport ditingkatkan

daripada 30% ke 40-50%. Beliau juga mencadangkan penanaman padi secara komersial digalakkan.

Ini bercanggah sedikit dengan yang lainnya.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen,

jawapan banyak lagikah?

Dato' Abu Bakar bin Taib: Banyak lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab kita ada dua kementerian yang

kita harap kalau boleh selesaikan pada malam ini.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Bolehkah Yang Berhormat Dato’ bagi jalan,

saya hendak cakap soal dasar kerajaan. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat. Tadi dasar

kita, kita hendak menggalakkan supaya tanaman padi ini dibuat secara estet, secara lebih besar tetapi

dalam masa yang sama subsidi baja padi diberi kepada 8 relong sahaja. Adakah dasar ini nampak

DR.14.11.2000 94

kontradik sebenarnya? Dan, adakah kerajaan akan mengkaji melihat semula tentang dasar ini? Terima

kasih.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Yang Berhormat, tidak bercanggah sebab biasanya kita

kumpulkan orang ramai di satu kawasan dan mereka masih berhak terhadap bantuan baja, mereka

berhak dan seterusnya kita galakkan semua ini.

Jadi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian telah mengkaji semula polisi

beras semasa penggubalan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) baru -baru ini. Walaupun Kerajaan

sedar bahawa kos pengeluaran beras dalam negara agak tinggi, demi sekuriti makanan, kita tidak boleh

bergantung sepenuhnya kepada import beras untuk keperluan negara. Tambah lagi kuantiti beras, yang

diperdagangkan dalam pasaran dunia agak kecil dan volatile. Mengambil kira faktor-faktor tersebut,

kerajaan telah menentukan pengeluaran beras negara perlu mencapai tahap sara diri lebih kurang 65%.

Tahap pengeluaran beras negara pada masa kini adalah lebih kurang 70%.

Selaras dengan DPN3, pengeluaran padi akan ditumpukan di kawasan jelapang padi yang

mempunyai kemudahan pengairan untuk penanaman padi dua musim setahun. Di kawasan jelapang

padi, kerajaan menggalakkan pengeluaran padi komersial berskala besar melalui projek kelompok dan

mini estet. Keluaran sawah yang besar akan membolehkan mekanisasi serta penggunaan teknologi

moden. Petani-petani, usahawan-usahawan dan syarikat swasta digalakkan untuk terlibat dalam

pengeluaran berskala besar ini. Kemudahan infrastruktur, pengairan dan subsidi harga padi yang

diberikan oleh kerajaan merupakan insentif kepada pengusaha.

Sebaliknya, di luar jelapang padi, pesawah yang hanya menanam padi satu musim setahun

diberi galakan dan bantuan untuk menukar ke tanaman lain yang boleh memberi pendapatan yang lebih

tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pesawah yang masih hendak meneruskan penanaman

padi semusim setahun digalakkan untuk menanam tanaman lain yang lumayan semasa luar musim

padi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Yan telah menyatakan bahawa nasib pesawah

padi akan terjejas apabila AFTA dilaksanakan sepenuhnya kelak. Sehubungan ini, beliau

mencadangkan perkara-perkara berikut untuk melindungi sektor padi:

(i) merendahkan harga input padi – termasuk baja, mekanisasi;

(ii) kerajaan melindungi petani dengan mewujudkan perjanjian AFTA;

(iii) mengadakan akta beras yang baru selaras dengan akta security crop untuk

menjaga kepentingan negara di mana beras sebagai makanan ruji dan

dengan itu ia perlu dilindungi;

(iv) harga beras perlu diselaraskan dengan taraf hidup petani. Ianya wajar

disemak dua kali setahun agar sektor ini berdaya maju dan tidak ditindas.

Bagi menjawab soalan (i), kerajaan sedar bahawa harga input padi seperti baja dan mekanisasi

yang merupakan bahan import telah menyebabkan kos pengeluaran padi di negara ini tinggi. Dalam

hubungan ini, kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan untuk menentukan harga. Petani masih boleh

menjimat kos melalui amalan pertanian yang betul seperti precision farming yang menggunakan baja

pada kadar yang benar-benar diperlukan oleh pokok dan tidak membazir.

Bagi menjawab soalan (ii), di bawah Perjanjian AFTA, melalui Protokol Mengenai Tatacara

Khas Untuk Barangan Belum Diproses yang ditandatangani pada tahun 1999, barangan sensitif dan

amat sensitif diberi jangka masa yang lebih lama untuk dimasukkan ke dalam Common Effective

Preferent ial Tariff (CEPT). Malaysia telah meletakkan beras dalam senarai amat sensitif. Ianya akan

dimasukkan ke dalam skim CEPT pada 1 Januari 2005 dan dibuka untuk perdagangan bebas ASEAN

pada 1 Januari 2010.

Bagi menjawab soalan (iii), kerajaan menyambut baik cadangan Yang Berhormat dan akan

mengenal pasti ruang-ruang yang boleh dikemaskinikan bagi melindungi industri beras negara.

Bagi menjawab soalan (iv), harga beras sememangnya diselaraskan dari masa ke semasa.

Dalam hal ini, kerajaan perlu menjaga kepentingan dua pihak iaitu pengeluar, petani dan pengguna.

DR.14.11.2000 95

Kebajikan kepada kedua-dua pihak ini sentiasa ditekankan bagi memastikan kedua-dua pihak

mendapat manfaat yang optimum.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Pendang telah membangkitkan persoalan

berkaitan dengan penswastaan Lembaga Padi dan Beras Negeri (LPN) kepada BERNAS. Apakah

wujurnya masalah pemilihan kroni di sebaliknya dan apakah keuntungannya pada pekerja yang

ditawarkan pemberhentian kerja dan rakyat keseluruhannya?

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, masalah pemilihan kroni semasa penswastaan LPN

kepada BERNAS tidak timbul sama sekali memandangkan pemegang-pemegang saham BERNAS

adalah terdiri juga oleh pihak petani dan juga nelayan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan

(NAFAS), Syarikat Perniagaan Peladang Kebangsaan (MADA) Sendirian Berhad, Syarikat Perniagaan

Peladang (KADA) Sendirian Berhad, Pertubuhan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) serta pihak

pengurusan dan kakitangan BERNAS. Semasa BERNAS diswastakan, pekerja-pekerja LPN telah

diberikan pilihan sama ada untuk menyertai BERNAS atau menamatkan perkhidmatan mereka. Bagi

pekerja -pekerja berpencen pula, mereka dibayar pencen berasaskan peruntukan Akta Pencen Pihak-

Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980.

Pengurusan BERNAS masa kini juga menawarkan Skim Perpisahan Sukarela kepada

kakitangannya. Bagi pemberhentian secara sukarela ini, kakitangan BERNAS akan diberi saguhati

(ex-gratia) selama beberapa bulan, bonus dan faedah-faedah lain untuk mengambil kira antara lain

faktor perkhidma tan kakitangan semenjak era LPN dan juga dengan BERNAS serta kemampuan

kewangan BERNAS. Di samping itu, BERNAS menyediakan program latihan semula kepada pekerjapekerja

yang berhasrat mencari pekerjaan dan pengalaman lain atau menceburi bidang perniagaan.

Berkaitan dengan faedah kepada rakyat keseluruhannya pula, salah satu daripada peranan

BERNAS adalah untuk memastikan bekalan beras yang mencukupi setiap masa pada harga berpatutan.

Selain daripada itu, tanggungjawab sosial seperti bertindak sebagai pembeli terakhir,

BERNAS juga dikehendaki memastikan kehidupan petani tidak terjejas dan membantu kerajaan dalam

meningkatkan kecekapan dan daya saing petani dan industri padi dan beras tempatan dalam

mengharungi arus perdagangan yang lebih liberal di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Jerlun telah menyatakan bahawa sistem

pemasaran produk pertanian adalah tidak efektif di mana orang tengah mengaut keuntungan yang

berlebihan dan pasaran tempatan yang telah dilambakkan dengan produk pertanian yang kurang

bermutu berbanding dengan produk yang dieksport ke luar negara. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, dalam sistem pasaran bebas wujudnya perantara pasaran orang tengah memainkan peranan

penting dalam sistem pengedaran produk pertanian dari peringkat pengeluaran hinggalah ke peringkat

pengguna. Dari kajian jidar pemasaran yang telah dijalankan oleh FAMA di Johor dan Perak mendapati

peratus jidar (margin) pemasaran setiap RM1 pengguna mengikut peringkat bagi sayur-sayuran dan

buah-buahan a dalah seperti berikut;

Petani Pemborong Peruncit

Sayur-sayuran 54% 22% 24%

Buah-buahan 49% 23% 31%

Daripada perangkaan di atas disimpulkan bahawa peratus margin pemasaran yang diperolehi

oleh perantara pemasaran peringkat borong dan runcit adalah munasabah dengan mengambil kira koskos

yang terlibat dan keuntungan yang diperolehinya. Dalam usaha ini, FAMA telah memperkenalkan

konsep Pasar Tani kepada pengeluaran produk pertanian supaya pengeluaran dapat menjual terus

kepada pengguna-pengguna tanpa melalui perantara pasaran. Ini bermakna margin keuntungan terus

ditanggung dan diperolehi oleh pengeluaran sendiri.

Pada masa ini peraturan pemasaran untuk penggredan, pelabelan dan pembungkusan produk

pertanian di pasaran belum lag i dikuatkuasakan pelaksanaannya. Di bawah peraturan ini, produk

DR.14.11.2000 96

pertanian di gred, dilabel dan dibungkus mengikut kehendak peraturan bagi menjamin mutu barangan

ke pasaran sama ada bagi pasaran dalam mahu pun luar negara

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Shah Alam.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat. Tadi sudah masuk

FAMA, keluar daripada padi. Mengikut angka yang saya ada sejumlah peruntukan RM2.4 bilion telah

pun diletakkan dalam Belanjawan ini untuk menyediakan modern commercial dan technology intensive

agriculture sector yang meliputi packaging, marketing and distribution. Sebagaimana Yang Berhormat

sebut tadi bahawa FAMA mewujudkan pasar-pasar tani ini bagi mengurangkan orang tengah supaya

akhirnya manfaat itu dapat kepada produsen, maknanya petani. Cuma saya hendak penjelasan daripada

Yang Berhormat bahawasanya sejumlah RM840 juta diperuntukkan untuk membangunkan 18,400

hektar yang dinamakan permanent food production parks dan untuk disewakan kepada entrepreneur

yang berhubung kait dengan agriculture ini. Jadi, di manakah 18,400 hektar park ini yang hendak

diwujudkan sama ada ianya setempat kah ataupun di seluruh pelosok tanah air?

Dato' Abu Bakar Taib: Saya akan menjawab soalan itu dua, tiga para lagi selepas ini. Walau

bagaimanapun, kita ada lebih kurang - kita telah menandatangani MoU dengan Kerajaan Negeri

Kelantan, Perak, Johor, Sarawak, Kedah, Perlis dan Selangor. Padi kita ada lebih kurang 18,000 hektar

di seluruh negara. Mengenai agricultur e park akan dibangunkan di kawasan tersebut.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Adakah ini bermakna bahawa Pasar Tani yang

diwujudkan sekarang ini dimasukkan kesemuanya dan diletakkan dalam agriculture park ini.

Maknanya, Pasar Tani itu sudah tidak ada, tetapi kalau ini dibangunkan bahawa semua produk ini

dibawa kepada agriculture park sebagaimana dalam Belanjawan ini.

Dato' Abu Bakar Taib: Tidak. Pasar Tani adalah pasar tani, ia sahajalah akan terus

dimajukan.

Dijangkakan akan dikuatkuasakan pada tahun 2001 setelah diluluskan oleh Kementerian

Pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Alor Gajah telah membangkitkan isu berkaitan

penyelidikan dalam bidang bio teknologi yang telah dijalankan oleh MARDI. Beliau telah

mencadangkan peruntukan MARDI dipertingkatkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kelapan MARDI

akan mempergiatkan usaha penyelidikan bio teknologi untuk mempertingkatkan produktiviti sektor

pertanian dan memperbaiki kualiti produk-produk pertanian. Dalam hubungan ini, MARDI telah

memohon sebanyak RM60 juta untuk penyelidikan bio teknologi di bawah Rancangan Malaysia

Kelapan. Penemuan-penemuan bio teknologi ini akan disalurkan kepada pengusaha-pengusaha secara

terus oleh MARDI menerusi aktiviti-aktiviti seperti konferensi, seminar, latihan teknikal, pelesenan

teknologi, perundingan dan khidmat nasihat serta penubuhan syarikat usaha sama di antara pengusaha

dengan MARDI.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan bercadang untuk

mengadakan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di negeri Sabah dan perundingan sedang dibuat

dengan kerajaan negeri bagi merealisasikan harapan ini. di bawah Rancangan Malaysia Kelapan

Kementerian Pertanian akan diperuntukkan sejumlah wang bagi digunakan untuk membangunkan

infrastruktur perlu di Taman-taman Kekal Pengeluaran Makanan yang telah dikenal pasti. Dengan

usaha yang sedang diambil, adalah diharapkan akan dapat membantu meningkatkan pengeluaran

makanan negara. Tambahan lagi, Sabah mempunyai ladang yang luas di mana sesuai ditanam dengan

tanaman komoditi seperti kelapa sawit.

Dengan insentif yang telah disediakan oleh kerajaan akan menggalakkan pengusahapengusaha

perladangan berkenaan mengoptimumkan penggunaan tanah perladangan mereka dengan

aktiviti pengeluaran makanan berintegrasi dengan ternakan haiwan yang boleh membantu

meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kampar telah mencadangkan agar kerajaan

menyusun strategi untuk memajukan tanah bekas lombong dengan memajakkan tanah tersebut untuk

DR.14.11.2000 97

diusahakan dengan pertanian sama ada secara tempoh jangka pendek 10 tahun atau jangka panjang 30

tahun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian sedang berusaha untuk

mengenal pasti tanah-tanah lombong yang boleh digunakan untuk pengeluaran makanan khususnya di

negeri Perak. Setelah tanah tersebut dikenal pasti, kementerian akan berusaha untuk memperolehi

persetujuan dari pihak berkenaan supaya memajakkan tanah tersebut kepada petani, usahawan belia

tani dan syarikat-syarikat swasta untuk pengeluaran makanan. Kementerian memang menggalakkan

tempoh pemajakan tanah dilanjutkan kepada 30 tahun bagi menggalakkan pengusaha melabur dalam

penyediaan kemudahan moden yang berkos tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Sipitang telah membangkitkan dua isu berkaitan

Kementerian Pertanian. Isu pertama telah menyentuh isu kemiskinan yang masih membelenggu para

petani dan nelayan. Bagi membolehkan para petani memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dan

mengeluarkan mereka dari kancah kemiskinan, strategi Kementerian Pertanian adalah meningkatkan

hasil pengeluaran kebun melalui penggunaan teknologi moden dan mengadakan usaha-usaha untuk

meningkatkan hasil pengeluaran dengan menggalakkan petani menanam jenis tanaman yang berhasil

tinggi, menanam tanaman selingan, menjalankan projek integrasi, meningkatkan pemasaran hasil

pertanian dan menggalakkan petani melaksanakan aktiviti hiliran untuk penambahan nilai hasil

tanaman.

Selain daripada usaha-usaha tersebut Kementerian Pertanian bersama agensinya juga sedang

mengambil usaha mengukuhkan institusi-institusi pertanian luar bandar khususnya persatuan-persatuan

peladang dan nelayan agar mereka lebih profesional dalam tugas mereka dan mampu membantu para

petani dan nelayan berjaya dalam kerja masing-masing. Aspek latihan dan pengembangan akan

dipertingkatkan bagi merubah sikap petani dan nelayan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sipitang bangun.

Dato’ Abu Bakar bin Taib: Saya sudah hendak habis. Dalam aspek keusahawanan akan

ditetapkan agar mereka akan lebih berjaya. Ini selari dengan dasar pembangunan sektor pertanian yang

lebih moden. Skim-skim pembiayaan mudah juga disediakan bagi membantu petani dan nelayan yang

memerlukan bantuan kewangan dalam memajukan usaha niaga mereka.

Isu kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sipitang adalah berkaitan isu

pemasaran hasil pertanian dan juga usaha kerajaan untuk menangani masalah pemasaran.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian bersama jabatan dan

agensinya seperti FAMA dan Jabatan Pertanian sering membantu para pekebun untuk memasarkan

hasil pertanian mereka. Sebagai contoh, FAMA dan PPK telah melaksanakan langkah membeli hasilhasil

pertanian terus dari petani dan menjual semula ke pasaran borong atau runcit.

Walau bagaimanapun, di bawah RMK-8 penglibatan FAMA, PPK akan dtingkatkan melalui

pengwujudan pasar-pasar tani alaf baru. FAMA juga akan mempertingkatkan penyebaran maklumat

mengenai pengeluaran dan permintaan hasil pertanian dengan tujuan mengimbangkan perbekalan dan

permintaan hasil pertanian tertentu.

Yang Berhormat dari Bagan Datoh, Batu Pahat dan Kubang Kerian telah membangkitkan isu

bantuan kepada pekebun-pekebun kelapa untuk mengatasi masalah harga kelapa yang rendah. Untuk

makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian telah mengambil tindakan-tindakan yang

berikut bagi membantu pekebun-pekebun kecil mengatasi masalah harga yang rendah:

(i) mengehadkan kuantiti kelapa yang di import;

(ii) meningkatkan pemasaran bersepadu;

(iii) menggalakkan pemprosesan kelapa untuk eksport; dan

(iv) meningkatkan pendapatan petani dengan meningkatkan produktiviti kebun.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kinabatangan.

Tuan Bung Moktar bin Radin: Ya, ini hal kelapa.

DR.14.11.2000 98

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Bung Moktar bin Radin: Ini berhubung dengan harga kelapa. Saya mahu bertanya

Yang Berhormat dan juga kerajaan serta kementerian, apakah usaha yang lebih strategik untuk

membantu pekebun-pekebun kecil khususnya kelapa ini kerana kalau usahawan dalam negara yang

sudah mengalami kerugian, boleh di bailout oleh kerajaan berbilion-bilion, [Tepuk] jadi, tidakkah ada

satu jalan yang paling baik untuk bailout pula pekebun-pekebun kecil ini supaya hidup mereka lebih

baik, lebih sempurna seperti yang ada pada hari ini. Kerana kalau dibandingkan kerugian mereka

dengan kerugian yang dialami peniaga-peniaga di bandar memang nampak ketara sedikit, kerana

usahawan besar-besaran apabila jatuh, rugi dia berbilion-bilion. Di kampung tidak, tetapi hati mereka

menangis kerana kais pagi makan pagi. Apa strategi kerajaan supaya kalau mereka ini kita bailout,

tidak ada peluanglah pembangkang meraih undi untuk mereka. Terima kasih.

Dato’ Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Inilah

yang dikatakan Barisan Nasional yang prihatin, tak perlu pembangkanglah dalam keadaan ini, tak perlu

pembangkang lagilah. Jadi, kita memanglah, mereka memang prihatin orangnya.

Tuan Yang di-Pertua, memanglah kita ada program tertentu, kita sedang mencari jalan untuk

kita hendak meningkatkan lagi harga kelapa ini. Kementerian Pertanian sedang berusaha untuk

menggalakkan syarikat swasta melabur dalam pemprosesan produk kelapa untuk menjadikan santan,

kerisik, nata de coco dan lain-lain lagi untuk dieksport. Juga kita sedang mencari jalan supaya kita

memberi bantuan ataupun memberi perhatian kepada mereka ini dengan cara pertanian sampingan,

misalnya di bawah kelapa itu ditanam dengan nenas ataupun tanam sayur-sayuran.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Dato’ Abu Bakar bin Taib Sekejap, sekejap. Jadi, untuk memberi perhatian dalam hal ini,

kita akan memberi bantuan dari segi ayam itik dan kita menggalakkan di bawah kebun kelapa itu

ditanam dengan mengusahakan ayam itik dan seterusnya tanaman nenas, pisang, semuanya kita akan

galakkan, insya-Allah. Kementerian Pertanian memang sedang merangka suatu program yang tertentu

khusus untuk membantu pekebun-pekebun kecil ini. Insya-Allah.

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih banyak Yang Berhormat. Dua perkara yang

saya hendak dapat penjelasan. Pertama sekali, saya hendak dapatkan kedudukan, manakah syarikat

yang mengimport kelapa yang paling besar sekali daripada Indonesia dan jumlah import bagi syarikat

ini.

Yang kedua, saya hendak tahu pasal apa kelapa ini jatuh harga. Dan yang ketiga, saya hendak

tahu selain daripada apa yang telah Yang Berhormat sebutkan langkah-langkah untuk membantu petani

kelapa, ini serious matter, saya sokong Kinabatangan, kalau boleh yang diperlukan oleh petani

sekarang ialah pampasan ataupun sagu hati berbentuk wang tunai, sebagaimana kerajaan telah pun

memberikan pampasan kepada penternak khinzir, adakah pampasan tunai yang sama untuk membiayai

sara hidup mereka, dapat kerajaan bermu rah hati jika benar-benar Kerajaan Barisan Nasional adalah

prihatin.

Dato’ Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, memang prihatinlah Yang Berhormat,

hanya kadang-kadang itu tidak mengizinkan disebabkan terlampau ramai orang. Jadi, bagi menjawab

soalan yang nombor dua itu, apa dia soalan nombor dua itu?

Tuan Husam bin Haji Musa: Yang Berhormat, kalau ramailah kerajaan kena bantu, kalau

seorang bantu buat apa?

Seorang Ahli: Soalan yang kedua?

Tuan Husam bin Haji Musa: Oh, soalan yang kedua ialah saya hendak tahu syarikat yang

telah diberi lesen untuk mengimport kelapa dari Indonesia dan syarikat mana yang paling besar dan

jumlah importnya untuk tahun 2000.

Yang ketiga, ialah punca daripada kejatuhan harga kelapa ini. Dan saya hendak ulanglah

bantuan sagu hati kewangan ini, dia tidak kira ramai atau seorang macam itu Yang Berhormat, lagi

ramai lagi elok, undi lagi banyak.

DR.14.11.2000 99

Dato’ Abu Bakar bin Taib: Tak apa. Jadi, kita tidak beri dari segi kewangan, saya katakan

tadi, kita memberi secara memelihara ayam itik dan tanaman kontan seperti nenas, tanaman buah

kelapa ataupun pisang. Dengan lain kata, kita hendakkan beberapa aktiviti sedikitlah tentang

produktiviti.

Dan nama yang Yang Berhormat minta itu saya tidak dapat berilah sekarang ini, mungkinlah

kemudian hari dan punca …..

Tuan Husam bin Haji Musa: Kelapa jatuh harga, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kalau cara ini, kita

kena buat usullah lanjutkan sampai pukul 12.00 malam.

Tuan Husam bin Haji Musa: Dak, pasal dia lupa, saya cuba hendak ingatkan dia sahaja.

Dato’ Abu Bakar bin Taib: Saya telah terangkan tadi, punca turun harga itu disebabkan

beberapa perkara tertentu dan saya akan menjawab terlalu banyak soalan ini. Jadi, kemudianlah, saya

hendak teruskan jawapan saya ini.

Seterusnya nombor lima meningkatkan pendapatan petani dengan tanaman selingan di bawah

kelapa. Jabatan Pertanian sedang melaksanakan program bagi menggalakkan petani menanam tanaman

selingan seperti pisang dan nenas di bawah kelapa dan juga usaha untuk memajukan ayam dan

seterusnya itik di bawah kelapa dan saya haraplah kita dapat mengurangkan impak kemerosotan harga

kelapa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan berpendapat bahawa petani, nelayan dan

pekebun kecil perlu diberi nasihat, bimbingan dan bantuan. Beliau juga mencadangkan supaya program

pertanian secara komersial diperkembangkan dengan pemberian insentif, pembinaan prasarana dan

penggunaan teknologi moden.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian memang sentiasa berusaha

untuk memperkembangkan projek pertanian komersial di kalangan pekebun kecil.

Program yang telah dilaksanakan termasuk Projek Berkelompok. Sehingga tahun 1999,

sebanyak 4,500 projek kelompok telah diwujudkan. Melalui program pengembangan pertanian, peserta

projek diberi khidmat nasihat, sokongan teknikal, bimbingan dan bantuan bagi meningkatkan

pengeluaran komersial.

Seterusnya yang keenam, Tanaman Kekal Kementerian Pertanian telah saya bincangkan tadi

dan seterusnya lain-lain lagi yang diperlukan oleh petani dan usahawan dan juga syarikat swasta

digalakkan untuk terlibat dalam pengeluaran makanan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan.

Kerajaan memberi insentif dalam bentuk penyewaan tanah bagi tempoh yang panjang (20

hingga 30 tahun) dengan kadar sewa minimum. Kerajaan juga menyediakan kemudahan asas seperti

jalan masuk, kemudahan pengairan utama, sistem saliran utama dan bekalan air dan elektrik jika perlu.

Kawasan yang telah dikenal pasti untuk pembangunan Taman Kekal setakat ini berjumlah

lebih kurang 7,000 hektar. Kerajaan telah berusaha untuk mengenal pasti lebih banyak tanah untuk

pembangunan TKPM ini. Dalam melaksanakan projek-projek komersial ini, khidmat nasihat dan

sokongan daripada 12 agensi di bawah kementerian akan sentiasa diberi untuk menentukan kejayaan

projek tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Penampang telah meminta supaya Lembaga

Perindustrian Nanas Malaysia meluaskan aktiviti ke Sabah terutamanya Penampang kerana kawasan ini

ada mengeluarkan nenas yang berkualiti:

(i) The Pineapple Industry Act 1957 adalah merupakan Act. No. 427 di bawah

Undang-undang Malaysia. Akta ini berkaitan dengan bidang kuasa dan

fungsi Lembaga untuk menyelaras, penguatkuasaan, pelesenan dan

pembangunan industri nenas. Pada masa kini, akta ini hanya terpakai di

Semenanjung Malaysia.

DR.14.11.2000 100

(ii) Berdasarkan kepada kedudukan akta di atas, semua projek pembangunan

RMK7 hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia. Walaupun

demikian, pihak Lembaga ada membuat tinjauan ke Sabah dan didapati

bahawa keluasan tanaman nenas di Sabah ialah 1,975 hektar dan di Sarawak

keluasan tanaman dianggarkan ialah 500 hektar. Pihak LPNM buat masa

ini hanya boleh memberikan khidmat nasihat pemindahan teknologi sahaja.

Yang Berhormat bagi Kuala Pilah dan Lu buk Antu telah membangkitkan isu berkaitan Skim

Pinjaman 3F. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga Oktober 2000, Tabung Untuk

Makanan RM700 juta yang telah dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia telah meluluskan sebanyak

2,477 pinjaman berjumlah RM662.68 juta. Manakala Tabung Untuk Makanan RM300 juta yang

dikendalikan oleh Bank Pertanian Malaysia pula telah meluluskan sebanyak 1,332 pinjaman berjumlah

RM160.84 juta.

Sejak pinjaman Tabung Untuk Makanan dilaksanakan, ianya berjaya membantu usaha

kerajaan untuk mengurangkan pergantungan terhadap import bahan makanan seperti daging dan buahbuahan.

Namun demikian, kerajaan masih perlu mengimport bahan makanan terutamanya produkproduk

yang tidak sesuai atau tidak ekonomik bagi dihasilkan dalam negara oleh kerana faktor iklim

dan sebagainya. Menyedari kesukaran orang ramai memenuhi syarat-syarat pinjaman Tabung Untuk

Makanan, kerajaan telah melonggarkan beberapa syarat pinjaman tabung tersebut yang dikelolakan

oleh Bank Pertanian Malaysia.

Di bawah skim ini, individu atau kumpulan individu yang melaksanakan projek-projek di

bawah kelolaan jabatan atau agensi Kementerian Pertanian boleh meminjam sehingga RM50 ribu

dengan mengemukakan dua orang penjamin yang boleh diterima oleh Bank Pertanian Malaysia sebagai

ganti kepada keperluan cagaran. Pelabur-pelabur patut mengambil peluang syarat-syarat pinjaman

yang sudah dipermudahkan ini tetapi masih ramai pelabur dan pihak swasta beranggapan bahawa

kegiatan pertanian dan pengeluaran makanan adalah berisiko tinggi kerana ia dipengaruhi oleh faktorfaktor

yang di luar kawalan seperti cuaca yang sering berubah, harga yang tidak menentu dan

pergantungan kepada permintaan dan bekalan hasil-hasil pertanian. Walau bagaimanapun, Kementerian

Pertanian terus berusaha untuk mempromosikan dan menggalakkan lebih ramai pemohon untuk

merebut peluang yang disediakan melalui kemudahan pinjaman mudah ini supaya pengeluaran

makanan dapat ditingkatkan.

Untuk makluman Yang Berhormat bagi Lubuk Antu, tanah-tanah yang tidak bergeran tidak

boleh dijadikan cagaran bagi membolehkan petani mendapat pinjaman 3F ini.

Dengan itu saya mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat

yang telah sama -sama memberikan perhatian, teguran dan cadangan kepada Kementerian Pertanian dan

segala perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diteliti dan tindakan sewajarnya

akan diambil.

Puan Chong Eng: Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Bukit Mertajam.

Puan Chong Eng: Penjelasan, penjelasan, sedikit sahaja.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Okaylah.

Puan Chong Eng: Sebelum Yang Berhormat habis, saya hanya hendak tahu adakah Yang

Berhormat akan menjelaskan tentang Projek Sunflower yang pada sesi yang lalu, saya pun telah

menimbulkan perkara ini dan pada masa itu Yang Berhormat kata tidak tahu mengenai projek ini dan

sama ada apakah kedudukan kementerian sekarang.

Dan yang kedua, Menteri Pertanian pernah menjanjikan bahawa kerajaan akan mengenakan

Integrated Pig Farming Project di Jima, Negeri Sembilan. Adakah projek ini telah berjalan? Saya

harap Yang Berhormat boleh beri penjelasan. Terima kasih.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat tidak berbangkit perkara ini

disebabkan tidak masuk dalam perbahasan yang lepas. Jadi, saya akan beri penjelasan kemudianlah.

DR.14.11.2000 101

Dengan itu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah

membangkitkan perkara ini dan perkara-perkara yang dibangkitkan yang tidak sempat dijawab, ianya

akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh Kementerian Pertanian. Sekian,

terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

6.46 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

[Tuan Wong Kam Hoong]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian

dalam perbahasan ke atas Belanjawan 2001 di peringkat dasar kerana telah membangkitkan isu-isu

yang berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

semasa perbahasan belanjawan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Tebrau menyentuh mengenai siapakah yang

akan menanggung perbelanjaan mahkamah untuk kes-kes yang melibatkan Tribunal Pengguna, tetapi

telah diselesaikan sebelum perbicaraan? Dalam hubungan ini, suka saya nyatakan bahawa pengguna

hanya dikenakan bayaran sebanyak RM5 bagi menfailkan kes mereka kepada Tribul Pengguna. Kos

pengadilan yang melibatkan Tribunal Pengguna adalah ditanggung oleh kerajaan. Bagi mengelakkan

pembaziran wang dan masa, pengguna dan penjual adalah disaran supaya menyelesaikan sendiri keskes

mereka tanpa perlu dibicarakan.

Hanya kes yang tidak dapat diselesaikan wajar dirujuk kepada tribunal. Mereka juga

sepatutnya memaklumkan tribunal sekiranya persetujuan luar mahkamah antara mereka telah dicapai.

Bagi tempoh 1 Januari 2000 hingga 10 November 2000, daripada 245 jumlan kes yang difailkan,

sebanyak 95 kes iaitu 38.8% telah diselesaikan oleh tribunal. Manakala, 83 kes iaitu 33.9%

diselesaikan di luar mahkamah sebelum hearing atau ditarik balik. Sebanyak 30 kes iaitu 12.2% akan

didengar dalam tempoh 23 Oktober tahun ini hingga 30 November 2000. Sementara 37 kes tuntutan

iaitu 15.1% masih dalam proses.

Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Bintang pula menyentuh supaya dipertingkatkan aktiviti

penguatkuasaan. Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Akta Kawalan Bekalan tidak dihadkan pada

musim-musim perayaan dan mencadangkan agar kekurangan anggota penguat kuasa kementerian ini

diatasi dengan mengadakan operasi bersama melibatkan pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran,

Dewan Bandaraya, Pejabat Daerah dan Polis serta Badan Bu kan Kerajaan dan Persatuan-persatuan

Pengguna iaitu dengan memberi mereka kuasa tertentu untuk membantu kementerian.

Selain itu, Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang juga menyentuh mengenai isu kenaikan

harga petrol yang dikatakan menjadi penyebab utama kenaikan harga barangan lain.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini menjalankan pemeriksaan berterusan untuk memastikan

bekalan barangan sentiasa mencukupi pada harga yang berpatutan. Tindakan penguatkuasaan Akta

Kawalan Harga dan Akta Kawalan Bekalan tidak dihadkan pada musim-musim perayaan sahaja. Ia

cuma dipergiatkan menjelang musim-musim perayaan. Kementerian ini juga ingin memaklumkan

bahawa aktiviti penguatkuasaan dibuat dengan kerjasama lain-lain agensi kerajaan memandangkan

ketidakcukupan anggota penguat kuasa. Umpamanya pihak polis dan kementerian ini bekerjasama

dalam operasi membanteras cetak rompak, VCD lucah dan sebagainya. Bagi memperkemas dan

memperluaskan lagi kawasan liputan pemeriksaan dan kawalan, sebanyak 16 pejabat cawangan

penguat kuasa telah dibuka. Ini adalah selaras dengan penyerapan seramai 192 anggota daripada

Bahagian Kawal Selia Padi, Kementerian Pertanian.

Selain itu sebanyak 777 permohonan jawatan Penguat Kuasa telah dikemukakan kepada

Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan. Kementerian ini juga telah menurunkan kuasa

penguatkuasaannya ke atas beberapa akta tertentu kepada Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai

Daerah. Satu majlis taklimat undang-undang kepada pegawai-pegawai berkenaan telah diadakan pada

30 dan 31 Oktober 2000 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Seramai 73 orang peserta yang

terdiri daripada Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah dari

DR.14.11.2000 102

lima buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Johor dan Sarawak telah menghadiri taklimat

ini. Taklimat tersebut akan diteruskan dan melibatkan pegawai-pegawai berkenaan dari seluruh negeri.

Penurunan kuasa turut melibatkan penghulu. Sebanyak 88 jawatan penghulu di negeri Johor telah

diwartakan untuk diperturunkan kuasa menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Tindakan penurunan

kuasa tersebut akan diperluaskan kepada semua penghulu di seluruh negara dari masa ke semasa.

Walau bagaimanapun kementerian ini sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada semua

pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan pengguna untuk memberikan

maklumat kepada kementerian ini sekiranya terdapat kalangan peniaga yang menyeleweng dan tidak

beretika dalam urusan perniagaan mereka.

Mengenai kenaikan harga barangan lain yang disebabkan oleh kenaikan harga….

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

dan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya menyentuh berkenaan dengan

penguat kuasa, cara penguat kuasa. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa apabila pasukan penguat

kuasa menjalani sesuatu penguatkuasaan kadang-kadang mereka tidak bertimbang rasa. Misalannya di

kawasan saya, pada suatu masa lebih kurang tiga, empat bulan yang lepas, mereka pergi meme riksa

satu gudang ubat, satu stockiest, dengan izin di mana mereka kata pembekal-pembekal ubat ini salah

label sahaja jadi ubat itu sebenarnya adalah pregnancy test strip cuma mereka kena simpan di dalam

bilik di mana suhunya terkawal, mungkin pada 20 darjah celsius dan apabila mereka menjalankan

penguat kuasa, pada fikiran kami, mereka cuma boleh ambillah antara satu sampel atau kutip beberapa

sampel untuk dijadikan barang kes supaya boleh didakwa dalam mahkamah tetapi mereka sita seluruh

barang-barang dengan memanggil lori untuk memunggah barang-barang itu ke kementerian Yang

Berhormat dan tidak tahulah sama ada kementerian Yang Berhormat di Butterworth atau di Pulau

Pinang ada gudang yang ada tempat untuk suhu itu. Jadi barang itu kalau disimpan di suhu yang panas,

dia akan tidak boleh efektif. Jadi macam mana hendak menyelesaikan perkara seperti ini, Yang

Berhormat.

Tuan Wong Kam Hoong: Tuan Yang di-Pertua, kes seperti ini Yang Berhormat Bagan telah

sampai kepada saya dan tindakan diambil di bawah Akta Perihal Dagangan. Dalam kes ini, ubat-ubat

ini diimport daripada USA dan dibuat di sini dan dari label ini diperihalkan sebagai buat di USA.

Sebenarnya ini bukan buat di USA cuma bahan-bahan mentah itu diimport dari USA dan membuat

barangan ini dan di bawah Akta Perihal Dagangan, ini kalau ada perlanggaran, ini satu yang amat

serius sebab ubat-ubat ini sebagai yang dikatakan oleh Yang Berhormat digunakan oleh perempuan

mengandung dan di bawah akta ini semua yang disita mesti dimusnahkan. Ini satu perlanggaran yang

begitu serius.

Tuan Lim Hock Seng: Sikit..sikit. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempersoalkan

bidang kuasa penguat kuasa tetapi cara mereka. Sekiranya barang-barang itu ada menyalahi

undang-undang maka ia akan dimusnahkan. Tetapi sama ada menyalahi undang-undang atau

tidak, itu perlu ditentukan oleh mahkamah dan jikalau hendak ditentukan oleh mahkamah, ia

akan mengambil berbulan-bulan atau mungkin satu tahun dan barang ini sudah rosak. Erti

saya, ia boleh diambil random sampel, ambil sampel untuk barang kes sudah cukup, yang lain

boleh disimpan dalam gudang yang suhunya terkawal tetapi sekiranya mahkamah kata tidak

salah dan barang itu sudah rosak, kimia itu sudah rosak, macam mana hendak kementerian

Yang Berhormat hendak beri pampasan kepada pembekal ubat ini.

Tuan Wong Kam Hoong: Yang Berhormat, kes ini pun nyata, peniaga-peniaga pun

mengakui ubat-ubat ini bukan dibuat di USA dan kalau tidak disita semua, apakah jaminan barangbarang

ini akan terus digunakan oleh perempuan yang mengandung sebab inilah mesti semua

dimusnahkan khasnya ubat -ubat. Kementerian ini membuat pemeriksaan berterusan bermula……

Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen…

Puan Chong Eng: Penjelasan, penjelasan.

DR.14.11.2000 103

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masalah yang sama? Soalan yang sama

Yang Berhormat?

Puan Chong Eng: Soalan penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang sama….

Puan Chong Eng: Lain, lain. Saya harap dapat penjelasan daripada Yang Berhormat

Setiausaha Parlimen yang kementerian boleh kawal ialah barang-barang kawalan, yang boleh enforce

ialah barang-barang kawalan tetapi banyak barang-barang yang bukan harga bukan dikawal, naik harga

maka kementerian pun tidak boleh buat apa-apa. Contohnya kopi O dulu satu cawan 50 sen dan dia

dinaikkan 60 sen, 70 sen, hari ini saya bayar 80 sen, maksudnya 30 sen di dalam jangka masa pendek

sahaja dan tin nenas, tin nenas dulu satu tin ……..

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, semasa Yang

Berhormat membahas, adakah perkara ini dikemukakan….

Puan Chong Eng: Tidak, bukan, sekarang….

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau ada mungkin jawapan akan

diberikan oleh Yang Be rhormat Setiausaha Parlimen sebab dia baru memulakan jawapan dia, jadi kasi

masa sikit.

Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Pertua, yang kita boleh meminta penjelasan atau soalan

tambahan mengenai perkara yang sedang dijawab yang sekarang ialah enforcement dari segi harga

kawalan. Saya rasa ini berhubungan. Tadi, contohnya ialah tin nenas, dulu satu tin RM1.40 sekarang

dijual RM2.50 yang ada RM2.80 di stor-stor yang berlainan. Maka ini akan membebankan rakyat

keseluruhan. Saya hendak tahu apakah kementerian boleh buat kalau barang-barang ini bukan barangbarang

kawalan. Terima kasih

Tuan Wong Kam Hoong: Tuan Yang di-Pertua, saya pun hairan juga, Yang Berhormat bagi

Bukit Mertajam mesti sedar bahawa negara kita mengamalkan sistem ekonomi bebas iaitu bukan

semua barang boleh dikawal. Ada naik turun, bukan tidak ada. Tiap-tiap bulan kita mesti tengok (IHP)

Indeks Harga Pengguna. Ini ialah satu petunjuk mengenai barang-barang naik atau turun, mesti pada

keseluruhannya. Saya pun hairan juga bila dalam perbahasan Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam

tidak membangkitkan perkara ini. Yang membangkitkan perkara ini ialah Yang Berhormat bagi Bukit

Bintang, pun tidak ada di sini, bila saya jawab. Bila saya tidak ada, ada tugas rasmi, bila soalan dia

bangkitkan, dia keriau. Tetapi hari Khamis minggu lalu bila soalan dia bangkitkan, dia tidak ada di

sini juga. Inilah yang saya hairan.

Kementerian ini membuat pemeriksaan berterusan….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Ahli

Yang Berhormat yang berbangkit tidak ada, jawab secara bertulis.

Tuan Wong Kam Hoong: Ya secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bukan saya cadangkan kalau bila Yang

Berhormat hendak menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat dan Ahli Yang

Berhormat itu tidak ada boleh jawab secara bertulis. Nanti boleh jimatkan masa.

` Tuan Wong Kam Hoong: Saya faham, tetapi sikap dia. Saya cakap sikap Yang Berhormat

bagi Bukit Bintang. Dia cuma hendak ….

Seorang Ahli: Bising sahaja

Tuan Wong Kam Hoong: Buat kacau bila soalan dia bangkit, dia tidak ada di sini dan bila

saya jawab dia pun tidak ada di sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak payah jawab.

Dato' Ir Mohd. Zin bin Mohamed: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen keriau itu apa?

Keriau.

DR.14.11.2000 104

Tuan Wong Kam Hoong: Jeritlah, dia buat kacaulah. [Ketawa] Okay.

Kementerian ini membuat pemeriksaan berterusan bermula dari bulan September 2000 bagi

memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan daripada

pengumuman menaikkan harga petrol yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2000. Pemantauan ke atas

harga dan bekalan barangan sentiasa diberi perhatian dan melibatkan sebahagian tenaga penguat kuasa

di seluruh negara. Pemantauan harga dibuat pada hari Isnin dan Khamis ke atas 105 jenis barangan

di 14 pusat yang melibatkan barangan yang biasa dibeli oleh pengguna. Selain itu sebanyak 26 jenis

barangan keperluan utama dimantau harganya setiap hari. Secara keseluruhannya didapati harga dan

bekalan barangan di seluruh negara berada pada paras yang terkawal.

Sebarang kenaikan harga yang mendadak akan diteliti dan perbincangan dengan para

peniaga, pengeluar dan agensi-agensi kerajaan berkaitan diadakan bagi menyelesaikannya.

Puan Chong Eng: [Mengangkat-angkat tangan dan berkata sesuatu]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bagi Bukit Mertajam,

apa fasal hendak bising.

Puan Chong Eng: Tadi dia kata pasaran bebas, sekarang para peniaga macam mana.

[Pembesar suara tidak dihidupkan]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini pun tidak payah bising. Ada

peraturan. [Dewan riuh]

Tuan Wong Kam Hoong: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tidak dengar. Saya cakap

mendadak. Kenaikan harga mendadak.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab mereka bising. Yang Berhormat

kalau bising memang tidak dapat dengar dengan betul.

Puan Chong Eng: Penjelasan, boleh beri laluan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat dia minta laluan.

Puan Chong Eng: Adakah Yang Berhormat Setiausaha Kementerian ini, dia tidak

berpendapat bahawa satu tin nanas satu tin RM1.40 sen dinaikkan harga RM2.50 sen ini bukan

kenaikan mendadak. Sudah berapa ratus persennya dan banyak lagi ini satu contoh sahaja. Maka apa

yang Yang Berhormat kata itu tidak konsisten yang inflasi rate itu hanya untuk barang -barang

kawalan. Kementerian juga memberi jaminan bahawa kenaikan harga minyak tidak akan

menyebabkan kenaikan harga barangan. Macam mana kementerian boleh memberi jaminan ini kerana

yang dikatakan ini pasaran bebas. Barang-barang yang bukan ditawarkan tidak boleh diteliti harganya.

Dia tidak konsisten.

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat, Yang

Berhormat Menteri faham

Puan Chong Eng: Terima kasih.

Tuan Wong Kam Hoong: Okay, ini satu barangan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, di tangan

saya ada barang-barang yang turun harga juga [Menunjukkan sehelai kertas] dan ke menterian saya….

Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]

Tuan Wong Kam Hoong: Duduk, duduk saya belum habis. Kementerian saya tugasnya

untuk memastikan harga stabil dan harga berpatutan.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Betul

Tuan Wong Kam Hoong: Mana boleh harga tidak boleh naik atau tidak boleh turun. Di

negara komunis, mereka pun hendak melepaskan sistem ini iaitu control economy dan untuk

keperluan harian pengguna-pengguna ada, misalnya susu tepung, gula, tepung gandum dan selainnya,

ini d ikawal. So dia ada naik dan turun dan ada banyak faktor, faktor-faktor utama ialah permintaan dan

DR.14.11.2000 105

penawaran. Itulah yang saya fikir Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam mintalah sedikit daripada

‘jiran-jiran’ mengenai dengan ekonomi, principal of economy.

Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]

Tuan Wong Kam Hoong: Cukuplah.

Tuan Tan Kok Wai: Saya hendak puji [Ketawa] Ya.ya.

Tuan Wong Kam Hoong: Cukup, cukuplah sorry

Tuan Tan Kok Wai: Puji pun tidak mahu, satu soalan sahaja

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Cheras.

Tuan Tan Kok Wai: Saya hendak puji.

Tuan Wong Kam Hoong: Sorry, saya tidak beri

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, dia kata hendak puji.

Tuan Tan Kok Wai: Hendak puji.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak berkehendakkan kepujian, tidak

payah ha.

Tuan Wong Kam Hoong: Saya ingin menyampaikan, Tuan Yang di-Pertua jangan ha,

kepujian ini ada racun, saya tahu [Ketawa] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat dia tidak perlu, tidak

perlu. Cukup, cukup Yang Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: Dia berniat jahat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak, tidak.

Tuan Tan Kok Wai: Peraturan mesyuarat

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah. Dia yang takut Yang

Berhormat berniat jahat. Setiausaha Parlimen takut. Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Wong Kam Hoong: Saya tidak pernah dengar, saya di sini sejak tahun 1995 dan

semua yang keluar dari mulutnya tidak elok.

Tuan Tan Kok Wai: Peraturan Mesyuarat

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat apa peraturan.

Tuan Tan Kok Wai: Tetapi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tidak duduk, saya macam

mana hendak..

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Okay, Yang Berhormat, Yang

Berhormat, dia kata ada peraturan.

Tuan Tan Kok Wai: Peraturan Mesyuarat 36(6). Tuan Yang di-Pertua, tadi saya kata saya

hendak puji Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kata ia bercorak racun ini

Pua n Chong Eng: Ada racun ini

Seorang Ahli: Berniat jahat

Tuan Tan Kok Wai: Tidak benar dengar saya dahulu. Saya ingin menyampaikan setinggitinggi

tahniah dan pujian kepada kementerian…

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat saya kena buat

keputusan di sini

Tuan Tan Kok Wai: Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebab…

DR.14.11.2000 106

Timbalan Yang di -Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat

sendiri sentiasa suka melanggar peraturan tahu. Cukuplah, cukuplah.

Tuan Tan Kok Wai : Dengar dahulu saya belum menjelaskan keadaan ..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup, cukup saya kenal awak, saya

kenal Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak, tidak.

Tuan Tan Kok Wai: Saya sekarang menerangkan mengapakah saya dikatakan membuat

sangkaan jahat kerana saya sekarang ingin membuat kepujian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tak payah.

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya telah buat keputusan, kalau Yang

Berhormat tidak mematuhi keputusan…

Tuan Tan Kok Wai: Yang Berhormat mesti faham mengapa saya memuji

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada peraturan, Yang

Berhormat bagi Bentong, ya.

Tuan Liow Tiong Lai: Peraturan mesyuarat 37(2).

Tuan Wong Kam Hoong: Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya sekali lagi mengucapkan

Seorang Ahli: Teruskan, terus.

Tuan Liow Tiong Lai: Duduk, duduk

Tuan Wong Kam Hoong: Berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Belanjawan Negara 2001 di

peringkat dasar dan memberi pandangan serta cadangan ke atas perkara-perkara di bawah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Bagi perkara -perkara yang secara

tidak sengaja tidak diberikan jawapan sewajarnya di Dewan yang mulia ini, sukacita saya

memaklumkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan itu akan diambil perhatian oleh kementerian

ini.

Sekian terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kementerian

Pendidikan, sila.

7.10 mlm.

[Dewan riuh]

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, kita ada masa panjang atau

pendek lagikah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak panjang, tidak panjang. Sila

jimatkan masa.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Saya cuba jimat tetapi jawapan saya panjang sebab ramai

yang bertanya Kementerian Pendidikan. Soalannya terlalu banyak. Jadi saya sudah pun pendekpendekkan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sampaikan untuk menggulung serta menjawab isu-isu yang

ditimbulkan semasa perbahasan Belanjawan 2001 di Dewan yang mulia ini.

DR.14.11.2000 107

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah kerana Tuan Yang

di-Pertua mengambil alih di saat-saat akhir dan juga saya ucap ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat di Dewan yang mulia kerana sanggup bersama -sama saya…[Disampuk]

Seorang Ahli: Demi negara. Ahli PAS tidak ada.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ya, betul juga ya. Ahli PAS tidak ramai tetapi dia yang

banyak sekali timbul banyak soalan. [Disampuk]

juga.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, ya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak, dia ada Menteri semua jawab, dia pun ada kerja

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Sila teruskan apa jawapan dia.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2001

khususnya yang menyentuh pelbagai perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Dalam

masa yang terhad ini penjelasan saya lebih tertumpu kepada perkara-perkara spesifik kerana terdapat

beberapa perkara yang sudah berulang kali diberi penjelasan di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab seterusnya saya membahagikan kepada tujuh item.

Pendek-pendek sahaja item itu pun. Itupun telah kita pendekkan supaya sesuaikan dengan masa pada

petang yang mulia ini. Sabarlah. Sebab itu saya ada cerita kawan saya dia belum kahwin dulu, bila dia

belum kahwin dia satu macam temperamental itu. Selepas dia kahwin dia tenteram. [Ketawa]

Tuan Bung Moktar bin Radin: Yang Berhormat Seputehkah?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Yang itu cerita Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak refer

kepada mana-mana pihak.

Tuan Bung Moktar bin Radin: Batu Gajah sama Seputehkah? [Ketawa]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama ialah mengenai

dengan soal yang dibangkitkan mengenai sekolah wawasan. Isu sekolah wawasan telah ditimbulkan

oleh beberapa Ahli Yang Berhormat dengan memberi fokus kepada kebimbangan tentang kehilangan

identiti sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Walaupun penjelasan mengenai isu ini telah

mendapat liputan yang meluas namun masih terdapat pihak-pihak yang masih ragu-ragu tentang hasrat

murni Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan konsep sekolah wawasan.

Untuk makluman Yang Berhormat bagi Kepong dan Yang Berhormat bagi Gelang Patah, saya

ingin memberi jaminan bahawa sekolah wawasan tidak sama sekali bertujuan untuk menggugat

kedudukan SJKC yang telah terjamin kedudukannya dalam Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550, di

bawah Seksyen 28 iaitu “Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis

kebangsaan dan hendaklah menyegerakan sekolah-sekolah itu.”. Sekolah jenis kebangsaan dalam

akta tersebut ialah yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar.

Peruntukan ini jelas telah mengubah sama sekali apa yang terdapat dalam Akta Pelajaran

1961. Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 yang membolehkan Menteri menukar status sekolah jenis

kebangsaan kepada sekolah kebangsaan telah pun dimansuhkan apabila Akta Pendidikan 1996

menggantikan Akta Pelajaran 1961. Oleh itu, kaum Cina dan India tidak perlu bimbang tentang

pengwujudan berterusan sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Oleh yang demikian , saya berharap sekolah wawasan tidak dijadikan sebagai isu politik

kerana tiada agenda terselindung dalam pelaksanaan sekolah wawasan itu. Tujuan utama penubuhan

sekolah wawasan yang meletakkan dua atau tiga sekolah dalam satu kawasan ialah untuk memupuk

semangat perpaduan rakyat bermula dari peringkat persekolahan rendah. Melalui perkongsian

kemudahan secara bersama akan membolehkan pelajar berbilang kaum dari pelbagai jenis sekolah

DR.14.11.2000 108

berinteraksi secara maksimum dan ini adalah satu usaha penting untuk membina bangsa Malaysia yang

bersatu padu.

Sehubungan itu juga, gesaan Yang Berhormat bagi Bagan yang meminta agar kerajaan

membuat perjanjian bertulis bagi memastikan pendidikan Cina tidak terhapus dengan pelaksanaan

sekolah wawasan adalah tidak perlu kerana sudah termaktub dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996.

Dalam hubungan ini, saya ingin mengingatkan bahawa negara kita mencapai kemerdekaan hasil

daripada persefahaman dan permuafakatan antara kaum. [Tepuk]. Formula yang kita boleh pakai di

sini adalah formula Barisan Nasional. Itulah yang sebaik-baiknya. Kemajuan yang kita capai pada hari

ini juga adalah hasil daripada persefahaman dan kesetiakawanan rakyat berbilang kaum.

Saya berpandangan janganlah kita cuba menimbulkan rasa curiga-mencurigai antara kita

kerana ia sangat membahayakan perpaduan rakyat dan boleh mencetuskan ketegangan politik

sebagaimana yang dibimbangi oleh Yang Berhormat bagi Permatang Pauh. Saya mengajak rakanrakan

Ahli Yang Berhormat supaya sama-sama kita menghayati tujuan di sebalik program sekolah

wawasan dan bukannya melebarkan jurang pemisahan antara masyarakat berbilang kaum di negara

kita.

Yang Berhormat bagi Jelutong telah menyarankan agar sekolah wawasan menggunakan

konsep dan model Maktab Tentera Diraja (MTD). Ingin saya jelaskan bahawa MTD merupakan

sebuah institusi di bawah kelolaan Kementerian Pertahanan yang lebih berkonsepkan sekolah

berasrama penuh yang menerapkan latihan dan disiplin ketenteraan kepada para pelajarnya.

Ia berbeza sama sekali dengan Sekolah Wawasan yang terdiri dari dua atau tiga sekolah

rendah berlainan jenis yang mempunyai nama, pentadbiran dan bahasa pengantar yang berbeza tetapi

menggunakan kemudahan asas seperti kantin dan padang yang sama. Di sini ingin saya tegaskan, kita

boleh mengizinkan kantin menjual tose, menjual yong tau foo, nasi lemak, macam-macam, supaya

semua pihak boleh merasai masakan masing-masing. Malah, dalam lawatan saya ke sebuah sekolah,

itu lebih ekstrem lagi wawasannya iaitu di Teluk Sengat. Sila Yang Berhormat daripada DAP melawat

sekolah itu, iaitu Sekolah Kebangsaan Teluk Sengat, di mana mereka beroperasi di bawah satu

bumbung, tiga bahasa, tiga jenis keturunan dan tidak adapun pertelingkahan dan tidak adapun masalah

selama ini. Jadi, saya rasalah, haraplah Yang Berhormat bagi pihak di sana membuat lawatan.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Kota Melaka.

Tuan Kerk Kim Hock: Terima kasih. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen

menjelaskan kepada Parlimen ini tiga aspek yang menjadikan asas bantahan Dong Jiao Zhong iaitu

dari aspek konsep yang mana Sekolah Wawasan itu berasaskan konteks teori, dan konteks teori ini

berasaskan daripada satu kesimpulan di mana perpecahan kaum di Malaysia ini diakibatkan oleh

kerana cuma ada wujudnya sekolah-sekolah Cina berasingan. Ini yang pertama mereka bantah bahawa

konteks diri tidak betul.

Yang kedua, aspek tujuan, di mana kalau semua murid -murid dapat belajar di satu suasana

seperti Sekolah Wawasan maka perpaduan akan dicapai dan mereka tidak mempersetujui. Oleh kerana

walaupun saya tidak pergi sekolah yang di mana Sekolah Wawasan wujud, saya tidak benci Yang

Berhormat juga. Jadi, ini tidak boleh dicapai dengan Sekolah Wawasan, itu bantahan yang kedua.

Yang ketiga, perlaksanaan. Walaupun Yang Berhormat telah mengatakan Teluk Sengat, baik

sahaja tetapi ada laporan yang mengatakan bahawa di kompleks sekolah di Teluk Sengat itu macam

mata pelajaran Art, nyanyian dan sebagainya, guru orang Melayu ditugaskan dan orang yang pergi ke

sekolah Cina itu, dia hendak belajar lagu Cina tetapi lagu cuma boleh dinyanyikan dalam Bahasa

Malaysia dan ini telah menjejaskan identiti sekolah Cina.

Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, apakah sebabnya, memandangkan isu ini adalah satu isu yang

paling boleh menjadikan isu yang begitu hangat dan juga memecahkan rakyat kita, apakah sebabnya

kerajaan hendak melaksanakan, sedangkan rancangan integrasi murid-murid untuk perpaduan itu –

dalam tahun 1986 yang telah dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan dengan Dong Jiao Zhong, tidak

DR.14.11.2000 109

dilaksanakan. Mengapa kita hendak memaksakan rancangan Sekolah Wawasan ini yang boleh

memecahkan masyarakat k ita?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kota Melaka kerana

begitu prihatin juga mengenai dengan konsep ini. Mengenai dengan Dong Jiao Zhong, maaf bahasa

saya kurang baik, mengapa dia menentang, tidak bersetuju dan sebagaimana yang saya hendak

jelaskan, saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, kerana mereka tidak ada dalam Parlimen. Saya

tidak tahulah apa kaitan Dong Jiao Zhong itu dengan pihak DAP, kita tidak tahu itu. Adakah ini salah

satu dari isu yang akan dibangkitkan dalam pilihan raya kecil Lunas, itu saya tidak tahu. Itu perkara

kedua tetapi apa yang saya tertarik sekali, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka

tadi mengenai dengan apakah kita memaksa?

Saya terus terang di sini, bagi pihak kementerian, kita tidak memaksa mana-mana pihak

hendak terima ataupun tidak. Kita akan wujudkan, itu pun projek beberapa buah negeri sahaja yang

sudah kita kenal pasti. Dan, kita sama sekali – saya tetap tegaskan di sini, kita tidak akan paksa, kalau

dia tidak mahu terima, tidak mengapa. Tetapi jangan dijadikan isu sehingga kemudiannya apabila -

macam Yang Berhormat dan ahli-ahli yang lain daripada pihak pembangkang atau DAP terutama

sekali, kalau hendak politikkan sampai bila kita tidak akan wujudkan. Memang kita ada pelbagai

program supaya proses integrasi itu berjalan secara, dengan izin, natural. Tidak ada paksaan. Jadi,

kalau kita kata, ada paksaan, saya rasa ini adalah tidak benar.

Oleh yang demikian, saya rasa kita laksanakan – ini sebahagian daripada – boleh saya

katakan, complementary, dengan izin, kepada sistem pendidikan yang kita sudah ada. Tidak seperti

masa zaman -zaman dulu, kalau kita kata kalau sesebuah sekolah terutama sekali sekolah Inggeris di

bandar-bandar. Dulu, masa zaman orang putih dulu, semua orang, Cina, India, Melayu, Benggali –

semua sebuah sekolah, kita tidak ada masalah. Tetapi hari ini, kita cuba hendak kurangkan, kecilkan

jurang itu. Jadi, usaha ini adalah usaha ikhlas, tidak ada sedikit pun niat hendak kita politik. Macam

itu juga, kita bagi bantuan sekolah-sekolah di Kelantan, tidak ada niat pun kita hendak politik – ini

politik UMNO atau politik Barisan. Jadi, saya harap, saya mintalah apa pendekatan yang kita buat

sekalipun, apa persatuan yang tidak bersetuju, ayuh, sila, kementerian sentiasa bersifat terbuka. Kita

tidak pernah pun henti sesiapa untuk datang bertemu dan berbincang kecuali kalau masa itu adalah,

kalau masa tidak ada kita tidak bolehlah. Jangalah ketuk, tengah-tengah malam rumah Menteri hendak

bercakap pasal tu, tidak bolehlah.

Dato' Yap Pian Hon [Serdang]: [Bangun]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ya, saya bagi jalan.

Dato' Yap Pian Hon: [Ketuk pembesar suara] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih kepada …….

Tuan Yang di-Pe rtua: Jangan ketuk, Yang Berhormat. Jangan ketuklah ya. [Ketawa]

Dato' Yap Pian Hon: Ya. Saya tertarik jawapan dari Yang Berhormat, sebab tidak paksa

sekolah untuk menerima konsep Sekolah Wawasan yang telah ditegaskan tadi. Bolehkah Yang

Berhormat huraikan selanjutnya, sama ada konsep Sekolah Wawasan ini terlibat secara langsung

semua sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang telah wujud di tanah air kita ini sekarang. Apa yang

dirisaukan oleh masyarakat Cina – katakan sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina sekarang

tidak diterima secara langsung terlibat dengan konsep itu. Konsep Sekolah Wawasan hanya untuk

sekolah-sekolah baru sahaja. Adakah ini satu garis panduan yang telah dipersetujui oleh kementerian

itu. Sila huraikan selanjutnya berkaitan dengan ini. Sebab, rasa bimbang komuniti Cina terhadap

sekolah yang wujud sekarang ini. Terima kasih.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Baik. Pertama saya hendak jelaskan di sini sekolah jenis

kebangsaan Cina tetap dengan pengantar Bahasa Cina, itu telah saya sebutkan dalam Akta Pendidikan

1996, Akta 550. Jadi, itu telah kita tegaskan, kita tidak akan ubah. Itu yang dipohon dan telah pun

dipersetujui. Baik. Kemudian keduanya, di mana kita hendak bina, kita tidak ada niat sekalipun

hendak runtuh, hendak roboh sekolah Cina dan kita hendak pindahkan. Tetapi kalaulah kawasan itu

kita hendak dirikan sekolah yang baru, ini konsep yang kita hendak wujudkan. Itu pun kita kena

pastikan beberapa tempat, bukan semua. Tidaklah semestinya apabila dalam housing project itu, kita

DR.14.11.2000 110

kata terdapat semua 100% orang Melayu atau 90%, kita hendak wujud pula sekolah Cina di situ. Itu

memang tidak sesuai. Jadi, ini kita kenal pasti dan telah pun kita dalam perancangan itu dan kita tidak

bimbang.

Begitu juga kalau setengah sekolah-sekolah yang berhampiran dengannya, kalau sekolahnya

begitu daif terutama sekali sekolah Tamil, ia daif kita terpaksa pindahkannya. Tetapi saya beri jaminan

di sini, walaupun kita ada dalam satu kompleks iaitu kita guna padang yang sama. Harapan kita kanakkanak

ini bila dia main di padang sekolah, dia cepat mesra. Tidak macam kita di Dewan ini kita tak

berapa mesra kadang-kadang. Jadi, sekolah itu kita akan buat bangunan yang berasingan. Tidak seperti

macam Teluk Sengat, kita di bawah satu bumbung, itu pun tak masalah. Sekarang kita pergi juga iaitu

mewujudkan satu bangunannya dan menggunakan bahasa pengantarnya, guru dia dan cara

pengambilan guru pun kita tak akan ubah, kriteria yang sama, dikekalkan PIBG dia, nama sekolahnya,

karakter yang hendak letakkan pun karakter dia. Ini kita tak ubah. Apa yang kita ubah, benda yang

sama ialah padang permainan. Jadi, saya tak nampak apa masalah. Ya sila.

Tuan Yang di-Pertua: Kota Melaka.

Tuan Kerk Kim Hock: Berkenaan Teluk Sengat tadi saya sudah cakap, kelas nyanyian,

physical education semua ditetapkan oleh guru Melayu. Jadi, itu tak betullah Yang Berhormat. Tetapi

soalan saya lain.

Saya mengalu-alukan jaminan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bahawa paksaan tidak

akan dilakukan, tetapi janganlah juga mengadakan ugutan. Saya tahu wakil MCA akan buat macammacam

ugutan, kalau tak pindah tidak bagi peruntukan dan jangan juga marah bahawa komuniti Cina

Dong Jiao Zhong tidak patriotik atau hendak didik secara Cina. Itu tidak benar.

Soalan saya ialah, adakah Yang Berhormat sedia mengaku bahawa dalam guideline yang telah

dikeluarkan dua bulan yang lalu termasuk ada kata-kata mengatakan bahawa tujuan sekolah wawasan

ialah untuk mencapai matlamat upheld, falsafah pendidikan di negara kita ini, iaitu cuma ada satu

bahasa pengantar. Dan selepas bantahan dibuat, baharulah kerajaan keluarkan...

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: [Menyampuk]

Tuan Kerk Kim Hock: Nanti sekejap.....keluarkan bahagian yang baru dan mengambil keluar

bahagian itu. Jadi, bagaimana orang akan mempunyai keyakinan kepada kerajaan kalau memang asal

tujuannya, dan kalau kerajaan macam Suqiu, macam wang ihsan-royalti boleh tukar-tukar, mana orang

akan mempunyai keyakinan terhadap kerajaan.

Yang akhir sekali, adakah benar dalam tahun 198 0' an kerajaan atau Parti UMNO memang

ada satu persetujuan dengan MCA bahawa kerajaan tidak akan membina lagi sekolah rendah Cina dan

adakah ini satu taktik untuk.... [Disampuk] Saya tanya sama ada, ada tidak? You mana tahu you tak

terlibat dalam mesyuarat itu. Jadi, adakah ini satu taktik untuk mengelakkan permintaan sekolah

komuniti Cina untuk membina sekolah Cina. Saya tahu di dalam fail Bahagian Pendidikan, sekolah

yang baru itu bukan sekolah baru, ia cuma satu penambahan sahaja. Oleh kerana kemungkinan, kecuali

dia menafikan. Ada satu persetujuan di mana sekolah Cina tidak akan ditambahkan. Maksud saya

sekolah baru tidak akan dibina.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Pertama sekali, apa Yang Berhormat menimbulkan

mengenai garis panduan, saya tahu dan kami tahu ada pihak-pihak yang mendapat garis panduan yang

salah, maka salahlah pandangan dia. Sebenarnya tidak seperti mana apa yang telah dibangkitkan oleh

Ahli Yang Berhormat. Kita sudah ada garis panduan dan tidak ada niat sama sekali untuk kita menutup

sekolah Cina. Saya telah ditegaskan berkali-kali tadi. Saya tahu apa Yang Berhormat akan bangkitkan

bahawa kita di belakang senyap-senyap ini adalah the UMNO game or MCA game. We are up to some

kind of trick, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Kita tidak ada niat, niat kita adalah ikhlas, tidak ada sebab. Kita sudah ada Akta Pendidikan.

Akta Pendidikan itu diluluskan di Dewan yang mulia ini dan persetujuan telah pun dicapai. Jadi, apa

yang kita hendak ungkit. Semua perkara dan peruntukan telah termaktub. Kita akan ubah balik kecuali

kalau ini hendak dibuat yang baru, itu soal lain. Tetapi selagi ada perjanjian ini, akta ini dan kita tidak

DR.14.11.2000 111

mansuh akta ini, kita telah beri jaminan dalam akta itu bahawa pewujudan sekolah jenis kebangsaan

(Cina) dan sekolah jenis kebangsaan (Tamil) akan diteruskan. Itu ada.

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tak ada apa. Saya juga mahu jelaskan....

Beberapa Ahli: [Bangun]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: ....tidak ada perjanjian dengan UMNO dan MCA.....

Tuan Yang di -Pertua: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sekejap Yang Berhormat. Saya

hendak menyelesaikan perkara ini dahulu yang bangun banyak sangat ya. Hendak bagi jalan atau tidak?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Bagi saya habis jelas dahulu dan kita bagi laluan. Sebab

perkara ini memang penting, saya tahu mereka akan bangkit perkara ini di Lunas, dia akan pergi, dia

akan kata pihak Kerajaan Barisan Nasional hendak menidakkan sekolah Cina. Dia akan lakukan ini dan

ini akan menimbulkan satu perbalahan kaum yang tak habis -habis. Saya harus jelaskan di sini sejelasjelasnya

- itu terpulang kepada Yang Berhormat daripada DAP untuk sama ada terima penjelasan saya

ataupun tidak. Kita telah buat penjelasan dan penjelasan kita adalah secara ikhlas. Kita tidak ada main

politik. Buat apa kita main politik.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, banyak sangat yang bangun itu.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Saya bagi laluan kepada Sibu.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, dia bagi kepada Sibu. Yang lain -lain sila duduk dahulu.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kawan

saya ini, jiran. [Ketawa] Saya mahu tanya contohnya pada 30, 40 tahun yang lalu nombor atau jumlah

pelajar-pelajar di sekolah rendah Cina dan dibandingkan dengan sekarang, turunkah atau naik?

Beberapa Ahli: Naik!

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Saya mahu penjelasan dari Setiausaha Parlimen. Adakah Yang

Berhormat Setiausaha Parlimen sedar pada tahun 1982 di dalam masa kempen Pilihan Raya Parlimen,

di Sibu calon DAP kata, kerana pada masa itu sistem 3M baru di introduce, dengan izin, dia kata "Oh

ini bahaya, 3M tidak ada buku, tidak ada bahasa Mandarin, semua tidak ada". Tipu orang [Ketawa] Ini

sedarkah atau tidak?

Satu point lagi, satu kali Encik Lim Kit Siang pergi ke Sibu semasa Krismas, ribuan orang

processing di jalan raya Sibu. Dia kata, "Kalau DAP menang, DAP akan bina satu universiti Kristian di

Sibu." Ini semua tipu oranglah. [Ketawa] Setujukah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, kali ini....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Sibu...

Tuan Robert Lau Hoi Chew: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di -Pertua: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sila teruskan. Kita tak cukup

masa, kalau sekiranya bolehlah...Perkara ini jikalau sekiranya berlarutan tidak akan boleh dihabiskan

pada hari ini.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, saya memang bersetuju dengan jiran

saya sebelah Yang Berhormat bagi Sibu, iaitu pihak DAP kerap kali cuba mempolitikkan isu

pendidikan. Pada hal yang kita cakap mengenai dengan sekolah-sekolah Cina, berapa sekolah Cina

yang telah pihak kerajaan tutup.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Mungkin kerana kekurangan murid terpaksa ditutup.

Tetapi kita tidak paksa penutupan. Kerajaan tidak pernah melakukan demikian. Kalau ada sekolah jenis

kebangsaan (Cina) yang didaftar maksud saya, kalau yang dibuka secara haram itu soal lain. Itu kita

tidak bertanggungjawab. Tetapi saya juga berkenaan dengan murid naikkah, turunkah dan sebagainya

DR.14.11.2000 112

Tuan Tan Kok Wai: [Menyampuk]

Tuan Yang di -Pertua: Yang Berhormat Cheras, jangan berteriak-teriak di tempat Yang

Berhormat ya, ya. Janganlah, sila. Hendak beri jalan atau tidak?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tak apa, saya beri kepada Cheras, kita gentleman.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, apabila negara kita mencapai kemerdekaan,

bilangan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Malaysia melebihi 1,300 buah, tetapi sekarang hanya

1,281 buah sahaja, siapa yang menutup, bukan DAP memang. Saya minta penjelasan ini.

Yang kedua, mengenai sekolah wawasan di mana tiga sekolah berada di sana. Sekolah

kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil, mengenai hak dan kuasa urusan sekolah khususnya

kemudahan-kemudahan awam atau common property facility, siapakah yang mengadakan hak dan

kuasa muktamad, sebab di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina misalnya, ada lembaga pengarah

tetapi kalau timbulnya satu jawatankuasa, siapa yang mempunyai hak yang terunggul, terakhir.

Yang ketiga, pada pilihan raya umum yang lepas, Barisan Nasional bagi tujuan memancing

undi masyarakat Cina telah berjanji untuk memindahkan dua buah sekolah rendah jenis kebangsaan

Cina di mana mereka menghadapi masalah kekurangan murid-murid sekolah dan enam buah lagi

sekolah baru tetapi bukannya baru, sebab enam buah sekolah ini sudah wujud lama, hanya seperti yang

dikatakan oleh Kota Melaka, hanya tambahan bilik darjah sahaja, tetapi sekolah ini, sekolah yang

dipanggil baru itu dipanggil sekolah lama, dua atau tiga. Itu satu penipuan. Itu bukan pembinaan

sekolah baru.

Tuan Yang di -Pertua: Cukuplah Yang Berhormat Cheras, cukuplah. Cukuplah. [Pembesar

suara ditutup]

Tuan Tan Kok Wai: [Masih lagi berucap sesuatu]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Cheras, cukuplah. Yang Berhormat Cheras,

cukuplah, cukuplah.

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, pada fikiran saya, tidak ada keputusan, tak boleh

mendapatkan apa-apa keputusan ataupun kepuasan hati kepada semua orang, ya Yang Berhormat, sila

bacakan ucapan Yang Berhormat dan habiskan ya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua. Saya buat

kesimpulan inilah iaitu kita berbincang mengenai dengan sekolah wawsan, kemudian kita terbawabawa

dengan sekolah Cina ditutup, telah saya kata jaminan kita selagi ada akta itu kita tidak a kan tutup

sekolah-sekolah itu. Dan juga mengenai pancing undi dan siapa pancing siapa, saya rasa sekolah yang

kita kata kenapa, sesetengah sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina tadi, muridnya telah berkurangan

dan kemudian pula berlakunya perpindahan, ia banyak faktor yang menyumbang kepada sekolah itu

kian lama kian mengecil.

Ada ini berlaku di kalangan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil pun juga berlaku, yang

sedang saya uruskan supaya sekolah-sekaolah ini diberi tempat, misalnya estet tadi sudah

diperkecilkan, kemudian tanah pun bukan tanah kerajaan, tanah estet, dia tidak beri title kepada kita

dan susahlah kita hendak buat bangunan. Ini harus kita lakukan, sebab bagi kita anak-anak muda kita,

saya beri jaminan Tuan Yang di-Pertua, tidak akan deprive mereka, dengan izin, daripada pendidikan

termasuk anak-anak pendatang tanpa izin pun kita beri pendidikan, inilah Kerajaan Barisan Nasional

Malaysia. [Tepuk]

Beberapa Ahli: [Bangun]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, saya minta mengenai dengan

perbahasan ini, saya tutup, saya akan teruskan, kalau tidak, kita tidak ada masa lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Kita beri peluang lain masalah Yang Berhormat. adakah

Yang Berhormat hendak tanya mengenai wawasan?

DR.14.11.2000 113

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat. Sila teruskan Yang

Berhormat. Ya, Yang Berhormat, cukuplah. Sila teruskan.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Yang Berhormat, saya sudah beri penjelasan, saya rasa

Tuan Yang di-Pertua, sudah cukup ya.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukuplah.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Boleh saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukuplah.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruska n.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Kita timbul pulalah di masa yang lain. Masa yang lain

kita buatkan.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua, yang saya

hendak jelaskan di sini ialah isu-isu profesion perguruan. Isu kekurangan guru khususnya, ini saya

masuk lagi, sekolah jenis kebangsaan Cina yang telah berulang kali diberi penjelasan di dalam Dewan

yang mulia ini ditimbulkan semula oleh beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Sibu,

Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat

Petaling Jaya Utara.

Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, saya mengambil kesempatan ini

untuk menyatakan bahawa kelonggaran-kelonggaran syarat telah diberi untuk calon-calon yang

memohon untuk mengikuti kursus pengajian Cina di maktab perguruan supaya lebih ramai calon dapat

mengikut kursus perguruan dalam pengajian Cina.

Antaranya kelonggaran yang diberi ialah kepujian SPM diturunkan daripada 5 kepada 4

kepujian, dengan syarat mendapat kepujian dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan mata pelajaran

minor.

Kelonggaran juga diberi kepada calon yang tiada kepujian dalam bahasa Melayu dengan

syarat telah mempunyai sekurang-kurangnya lima kepujian. Calon sedemikian dikehendaki

memperolehi kepujian dalam bahasa Melayu semasa berkursus di maktab perguruan.

Mulai tahun ini iaitu tahun 2000 kementerian telah memutuskan untuk meneruskan semula

pengambilan guru kontrak khusus bagi bidang-bidang pengajian Cina dan pengajian Tamil. Semua

permohonan yang telah diperakukan oleh Jabatan Pendidikan negeri yang telah diterima dalam tahun

1999 sehingga sekarang diberi pertimbangan. Sehingga 14 September 2000 seramai 352 guru kontrak,

298 bahasa Cina dan 54 bahasa Tamil telah diluluskan perlantikan dalam tahun ini juga daripada 947

orang yang telah mengemukakan permohonan.

Permohonan yang tidak diluluskan adalah kerana guru -guru berkenaan bukan ber ‘option’

bahasa Cina dan bahasa Tamil atau sebahagiannya tidak dipertimbangkan kerana berprestasi tinggi.

Tidak gunalah kalau dia tidak ada bahasa Cina macam mana kita hendak ambil dia sebagai guru bahasa

Cina. Ada Tuan Yang di-Pertua, yang setengah guru bahasa Cina dia kurang, mata pelajaran lain baik

tetapi kita tidak boleh pertimbangkan. Minta maaf.

Di samping itu, kementerian telah juga memutuskan untuk mewujudkan Kursus Dalam Cuti

bagi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) mulai November 2000 bagi kumpulan pertama di 12 buah

maktab perguruan, 9 di Semenanjung, 1 di Sabah dan 2 di Sarawak. Bagi ambilan November ini,

seramai 1,023 GSTT bahasa Cina akan mengikuti KDC selama tiga tahun sembilan bulan. Langkahlangkah

yang telah diatur tahun ini membuktikan Kementerian Pendidikan bersungguh-sungguh

berusaha mengatasi masalah kekurangan guru di SJKC. Ini bukan mainan politik. [Disampuk] Saya

yakin dalam masa tiga tahun lagi kekurangan guru pengajian Cina yang selalu dibangkitkan di dalam

Dewan ini akan dapat diatasi sepenuhnya.

DR.14.11.2000 114

Tuan Yang di-Pertua, usaha meningkatkan status warga guru telah dibangkitkan oleh Yang

Berhormat bagi Bentong dan Yang Berhormat bagi Permatang Pauh. Tidak nampaklah Yang

Berhormat daripada Permatang Pauh. [Ketawa] Balik ke Lunas kot? [Disampuk] Saya tanya sahaja.

Dari segi gaji dan kemudahan-kemudahan yang dinikmati, skim Perkhidmatan Pendidikan

adalah selari dengan skim Perkhidmatan Awam yang lain. Malahan kerajaan telah berusaha

memperbaiki peluang kenaikan pangkat guru-guru dengan pelaksanaan kenaikan pangkat secara khas

untuk penyandang di bawah konsep guru cemerlang dan pengetua cemerlang mulai tahun 1995 dan

dengan izin, time-based promotion mulai tahun 1998 iaitu satu -satunya kaedah yang unik bagi

Perkhidmatan Pendidikan.

Dalam urusan ini kenaikan pangkat tidak dihadkan kepada bilangan kekosongan jawatan

tetapi hanya mengambil kira kecemerlangan prestasi dan tempoh perkhidmatan. Ini merupakan usaha

menyediakan peluang peningkatan kerjaya yang lebih baik bagi guru-guru dan menjadikan profesion

perguruan lebih menarik.

Kementerian ini juga amat bersetuju dengan saranan Yang Berhormat bagi Batang Lupar agar

pemilihan untuk menjadi guru berdasarkan kepada minat dan kecenderungan. Sememangnya ini

merupakan kriteria penting dalam pemilihan untuk mengikuti kursus perguruan selain daripada

kelayakan yang ditetapkan.

Mengenai insentif untuk menggalakkan guru berkhidmat di kawasan pedalaman yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tawau, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian

Pendidikan telah memberi bayaran insentif pedalaman mengikut Pekeliling Perkhidmatan JPA Bil.

5/2000 bertarikh 17 April 2000. [Disampuk] Apa dia Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak, saya tidak kata apa pun ya. [Ketawa]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak, kalau dalam bahasa dot com dot my - slash itu ada

makna, Tuan Yang di-Pertua. Kalau silap slash kita,tidak keluar apa benda yang kita hendak minta

terutama sekali bagi mereka yang belum kahwin saya dengar. Katanya mereka cukup takut dengan

tetikus itu, Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, bergurau sahaja Tuan Yang di-

Pertua sebab sudah lewat petang Tuan Yang di-Pertua.

Guru yang berkelayakan menerima bayaran 10% daripada gaji bulanan dan antara kriteria

yang dipertimbangkan ialah lokasi sekolah yang kekurangan kemudahan asas dan kemudahan awam.

Kriteria untuk menentukan sesuatu kawasan itu terpencil ditentukan oleh negeri masing-masing.

Antara kriteria ini ialah kemudahan asas yang tidak sempurna seperti tiada bekalan air paip dan bekalan

elektrik. Kriteria kemudahan awam yang tidak sempurna pula ialah seperti tiada pengangkutan awam,

telefon awam dan kemudahan perubatan. Mengenai dengan telefon ini, ramai sudah ada telefon bimbit

walaupun tidak ada. …

Seorang Ahli: Tidak ada line.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tetapi dalam boleh jadi tidak ada line. Selain itu guruguru

yang berkhidmat di kawasan pedalaman juga layak menerima imbuhan tetap perumahan sekiranya

mereka menduduki rumah atau kuarters yang disediakan tetapi tidak dapat dianggap setaraf dengan

kuarters kerajaan ataupun yang sub-standard berdasarkan surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian

Pendidikan Bil. 3 tahun 2000 bertarikh 2 Oktober 2000.

Saya ingin menarik perhatian terhadap dakwaan Yang Berhormat bagi Tuaran yang

menggambarkan seolah-olah guru-guru di Sabah didiskriminasikan dari segi layanan seperti tidak

mendapat kemudahan perumahan, peluang yang terhad untuk mengikuti kursus perguruan, guru-guru

yang menghadapi masalah disiplin dihantar ke Sabah dan tidak dilantik sebagai Ketua Pemeriksa Mata

Pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam hubungan ini, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengamalkan

layanan yang berbeza kepada pegawai-pegawai awam termasuklah kaum guru. Selagi tiada bukti nyata,

saya menganggap dakwaan tersebut tidaklah boleh kita terima. Kementerian Pendidikan di bawah

pimpinan Kerajaan Barisan Nasional tetap akan beri perhatian yang baik kepada perkhidmatan

perguruan.

DR.14.11.2000 115

Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar dakwaan Yang Berhormat bagi Batang Sadong yang

menyatakan tiada wanita dilantik sebagai ketua sama ada di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau

Jabatan Pendidikan Daerah (JPD).

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagikah?

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Panjang Tuan Yang di-Pertua, sebab banyak yang tanya

soalan mengenai Kementerian Pendidikan. Saya berterima kasih. Dia orang cukup berminat dengan

kita.

Tuan Yang di -Pertua: Sila, sila. Sila teruskan sampai pukul 8.00 sahaja, Yang Berhormat.

[Disampuk]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Sampai jam 8.00 Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya 8.00 malam.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Selepas itu boleh sambung esok?

Tuan Yang di-Pertua: Esok, ya boleh. [Disampuk]

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ini Bukit Mertajam.

Puan Chon g Eng: Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat

Setiausaha Parlimen mengenai apa yang dikatakan oleh Batang Sadong itu adalah kurang tepat.

Perkara yang ditimbulkan diperdengarkan ialah kurangnya wanita dilantik, bukan dakwaan bahawa

tidak ada wanita dilantikkan menjadi Ketua Menteri. Dilantikkan ke jawatan-jawatan yang tinggi.

Maka saya harap Yang Berhormat Setiausaha Parlimen jangan ..

Tuan Lim Hock Seng: Mengelirukan.

Tuan Yang di-Pertua: Memutarbelitkan ya.

Puan Chong Eng: Memutarbelitkan. Jawab baik-baik ya. [Tepuk][Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat sambung esok ya. [Ketawa]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya [Disampuk]

Bukit Mertajam bila masuk Barisan Nasional?

lagilah.

Tuan Yang di-Pertua: Esok, Yang Berhormat. [Disampuk] Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak apa Yang Berhormat. Esok saya boleh jawab

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup. Yang

Berhormat, esok ya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di -Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga jam

10.00 pagi esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!