TITAH PERSEMBAHAN - Raja Nazrin Shah

TITAH PERSEMBAHAN - Raja Nazrin Shah TITAH PERSEMBAHAN - Raja Nazrin Shah

istanaperak.com
from istanaperak.com More from this publisher
20.01.2013 Views

Tercetuslah sengketa antara dua saudara yang sebangsa – seagama – seperguruan. Bisa Taming Sari ditusuk ke dada saudara sendiri; yang tewas terkubur tanpa setunggul nisan jasa, yang menang dihempas gelombang serba salah sepanjang masa, betapa Dang Baru memamah pahit sirih derita, bergambir dan berpinang sengsara ke akhir usia, dan keagungan Melaka akhirnya luntur. 9. Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum – tanpa mengira agama. Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan – sumber keadilan, teras perpaduan – payung penyatuan. Untuk itu titah peringatan Paduka Seri Ayahanda supaya Raja kekal berada di atas segala polemik politik amatlah penting dijunjung untuk membolehkan institusi Raja berupaya berperanan secara berkesan sebagai penimbang tara yang adil lagi saksama dalam mendamaikan sebarang perselisihan dan untuk memastikan takhta diterima dengan dada lapang dan hati terbuka apabila diperlukan berperanan menurunkan suhu yang berkemungkinan mendidihkan lava-lava persengketaan. 10. Semoga dengan kearifan dan kebijaksanaan Paduka Seri Ayahanda, institusi takhta pemerintahan akan terus bertenaga - kekal dinamik, berupaya memenuhi tuntutan dan keperluan semasa 5

terutama dalam memenuhi peranan sebagai instrumen kesatuan dalam kepelbagaian. Ampun Tuanku 11. Di istiadat ini, Paduka Anakanda, Paduka Ayahanda Raja Di Hilir, sekalian Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar, Ahli Dewan Negara, merafakkan sembah, mengulangi ikrar penuh taat – penuh setia, mendukung bersama amanah yang sedang digalas di bahu Paduka Seri Ayahanda. Paduka Anakanda, Paduka Ayahanda Raja Di Hilir, sekalian Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar, Ahli Dewan Negara, setiap seorang dari pacal Paduka Seri Ayahanda itu bertekad dan sekaliannya berazam untuk memastikan institusi beraja kekal pacak berdiri di bumi warisan bangsa ini. Semoga Duli Tuanku dilimpahkan kekuatan - dilimpahkan perlindungan, kekal sebagai tiang seri kepada negeri dan warga. 12. YA-GHAFFAR, YA-WAHHAB, YA-RAZZAQ, YA- FATTAH, Hamba Mu sekali lagi memohon ihsan dari Mu, agar Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun terus berada dalam kerukunan, dikurniakan keafiatan, dianugerahkan taufik - dilimpahkan hidayah. Semoga 6

Tercetuslah sengketa antara dua saudara yang sebangsa – seagama –

seperguruan. Bisa Taming Sari ditusuk ke dada saudara sendiri;

yang tewas terkubur tanpa setunggul nisan jasa, yang menang

dihempas gelombang serba salah sepanjang masa, betapa Dang

Baru memamah pahit sirih derita, bergambir dan berpinang sengsara

ke akhir usia, dan keagungan Melaka akhirnya luntur.

9. Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi

naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum – tanpa

mengira agama. Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan –

sumber keadilan, teras perpaduan – payung penyatuan. Untuk itu

titah peringatan Paduka Seri Ayahanda supaya Raja kekal berada di

atas segala polemik politik amatlah penting dijunjung untuk

membolehkan institusi Raja berupaya berperanan secara berkesan

sebagai penimbang tara yang adil lagi saksama dalam mendamaikan

sebarang perselisihan dan untuk memastikan takhta diterima dengan

dada lapang dan hati terbuka apabila diperlukan berperanan

menurunkan suhu yang berkemungkinan mendidihkan lava-lava

persengketaan.

10. Semoga dengan kearifan dan kebijaksanaan Paduka Seri

Ayahanda, institusi takhta pemerintahan akan terus bertenaga -

kekal dinamik, berupaya memenuhi tuntutan dan keperluan semasa

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!