20.01.2013 Views

'pro-business' dan - Pelita Brunei

'pro-business' dan - Pelita Brunei

'pro-business' dan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan

kepada Allah Subhanahu

Wata'ala dengan penuh keyakinan dan

keikhlasan dengan melakukan segala

suruhan-Nya dan meninggalkan segala

larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi

insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di

dunia dan selamat di akhirat.

Islam adalah agama yang mementingkan

hubungan yang baik di kalangan umatnya

sehingga dengannya dapat menjadikan umat

Islam sebagai umat yang kuat dan bersatu-padu.

Oleh itu, Islam menyuruh umatnya untuk hidup

saling bantu-membantu dan tolong-menolong

kerana dengan cara demikian akan dapat

menimbulkan perasaan hormat-menghormati dan

sayang-menyayangi tanpa mengira keluarga,

kaum kerabat, rakan, jiran mahupun orang yang

tidak dikenali. Salah satu cara untuk

melaksanakan konsep tolong-menolong atau

bantu-membantu

bersedekah.

ialah dengan amalan

Sebenarnya melalui amalan sedekah dapat

melatih jiwa seseorang itu untuk menjadi orang

yang belas kasihan, berkasih-sayang, jauh dari

bersifat pentingkan diri sendiri dan sebagainya.

Bersedekah juga adalah salah satu cara

membelanjakan harta pada Allah. Ini kerana

tujuan seseorang bersedekah itu adalah atas dasar

untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu

Wata’ala.

HARI HARI ISNIN, SABTU 1 JANUARI 5 JANUARI 2011 2013 AGAMA 9

Bersedekah amalan mulia

yang memberi keuntungan

Bersedekah sama ada dengan wang ringgit atau

lainnya merupakan amalan mulia yang memberi

keuntungan kepada orang yang mengeluarkannya

dan orang yang menerimanya. Orang yang

bersedekah mendapat balasan pahala, sementara

bagi orang yang menerimanya pula dapat

menggunakan sedekah tersebut bagi memenuhi

keperluan hidupnya. Pada hakikatnya, harta yang

disedekahnya bukannya berkurang, malahan

Allah Subhanahu Wata’ala akan menggantikan

dengan menambah hartanya dengan berlipat kali

ganda. Perbandingan orang-orang yang

membelanjakan harta mereka pada jalan Allah

samalah seperti menanam sebiji benih yang

tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan kemudian

tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus

biji. Hukum sedekah iu sunat, oleh itu sebagai

umat Islam kita digalakkan untuk bersedekah.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam

Surah Al Baqarah ayat 245:

Tafsirnya : “Siapakah orang yang mahu

memberikan pinjaman kepada Allah sebagai

pinjaman yang baik dengan

membelanjakan harta pada jalan Allah secara

ikhlas, supaya Allah akan melipatgandakan

baginya ganjaran yang berganda-ganda

banyaknya.”

Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga

bersabda : Maksudnya : “ Daripada Adi bin

hatam katanya : “Saya telah mendengar Nabi

Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa di

ISLAM adalah agama yang mengingatkan yang

baik di kalangan umatnya sehingga dengannya

dapat menjadikan umat Islam sebagai umat yang

kuat dan bersatu-padu. Oleh itu, Islam menyuruh

umatnya untuk hidup saling bantu-membantu

dan tolong-menolong kerana dengan cara

demikian akan dapat menimbulkan perasaan

hormat-menghormati dan sayang-menyayangi

tanpa mengira keluarga, kaum kerabat, rakan,

jiran mahupun orang yang tidak dikenali. Salah

satu cara untuk melaksanakan konsep tolongmenolong

atau bantu-membantu ialah dengan

amalan bersedekah.

antara kamu berkemampuan untuk berlindung

daripada neraka dengan melakukan sedekah

walaupun hanya dengan setengah biji buah

kurma, maka lakukanlah.”

Bersedekah merupakan salah satu cara untuk

membantu golongan yang kurang berkemampuan

dan yang memerlukan bantuan seperti golongan

fakir dan miskin, dan termasuklah juga anak-anak

yatim. Agama Islam sangatlah mengambil berat

tentang hal ehwal dan kebajikan anak-anak yatim.

Adalah menjadi tanggungjawab kita

semua untuk mengambil berat terhadap

anak-anak yatim lebih-lebih lagi orang yang

dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak

yatim tersebut. Rasullullah Sallallahu Alaihi

Wasallam telah mengkabarkan tentang

kedudukan yang mulia di Syurga bagi orang yang

menjaga anak yatim. Rasullullah Sallallahu

Alaihi Wasalam bersabda dalam sebuah hadis :

Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah

Radiallahuanhu katanya : “Rasullullah

Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Penjaga

anak yatim daripada kerabat atau bukan

kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti

dua jari ini di dalam Syurga. Malik (periwayat

hadis) mengsyariatkan dengan jari telunjuk dan

jari hantu" (Riwayat Imam Muslim).”

Selain itu, kita juga diperintahkan untuk

bersikap lebih lembut dan berbuat baik kepada

anak yatim. Firman Allah Subahanahu Wata’ala

dalam Surah Al Baqarah ayat 83:

Tafsirnya : “Dan berbuat baiklah kepada

kedua ibu bapa, kaum kerabat dan anak-anak

yatim serta orang-orang miskin.”

Sesungguhnya ganjaran yang diberikan

terhadap perlakuan baik kepada mereka amat

besar di sisi Allah Subhanahu Wata’ala. Adapun

salah satu daripada perlakuan baik terhadap anak

yatim itu ialah dengan menghulurkan bantuan

kepada mereka lebih-lebih lagi bagi anak-anak

yatim yang hidup susah dan tidak mendapat

penjagaan yang sewajarnya. Bantuan yang

dihulurkan sama ada berupa wang ringgit atau

barang-barang keperluan bukan sahaja dapat

mengurangkan bebanan mereka, bahkan juga

dapat menimbulkan kebahagiaan dan

kegembiraan di hati mereka.

Sememangnya dalam masyarakat kita masih

kaya dengan sifat kasih sayang, simpati dan

bertanggungjawab terhadapat anak-anak yatim.

Banyak pihak telah berusaha untuk

mengumpulkan dana bagi memberi bantuan

kepada mereka sama ada dari pihak kerajaan,

swasta ataupun persendirian seperti Dana

Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee

Billah Untuk anak-anak yatim, tabung kutipan

untuk anak-anak yatim di masjid-masjid,

persatuan-persatuan, projek-projek amal dan

sebagainya.

Oleh itu, sama-samalah kita menghulurkan

derma untuk anak-anak yatim melalui projek

SMS Brunei Prihatin bagi Dana Pengiran Muda

Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah Untuk

Anak-anak Yatim yang telah bermula pada

27 November 2012 yang lalu sehingga 31 Januari

2013.

Selain daripada tabung derma untuk anak-anak

yatim, negara kita juga sedang mengutip derma

bagi Tabung Kemanusiaan Penduduk Gaza dan

Tabung Kemanusiaan Mangsa Bopha Filipina

bermula pada 10 Disember 2012 yang lalu

sehingga 9 March 2013. Tabung-tabung tersebut

ada disediakan di masjid-masjid, surau-surau,

balai-balai ibadat dan tempat-tempat yang

ditentukan di seluruh negara. Mudah-mudahan

dengan adanya kutipan derma itu nanti

diharapkan dapat meringankan kesengsaraan dan

beban penderitaan mereka.

Oleh itu, hulurkanlah derma dengan seikhlas

hati, lebih-lebih lagi di negara kita banyak

kemudahan untuk kita menghulurkan sedekah

atau derma seperti melalui khidmat pesanan

ringkas (SMS), tabung-tabung kutipan derma

yang telah ditempatkan di tempat-tempat yang

khusus seluruh negara dan seumpamanya. Inilah

peluang kita untuk meraih keuntungan dan

ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah

Subhanahu Wata’ala.

Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga

amal jariah kita diterima Allah Subhanahu

Wata’ala dan kita mendapat naungan serta rahmat

Allah Subhanahu Wata’ala dan mudah-mudahan

negara kita dihindari dari apa jua musibah. Amin

Yarabbal’alamin.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam

Surah Al Baqarah, ayat 264, tafsirnya : “Wahai

orang-orang yang beriman jangan kamu rosakan

pahala amal sedekah kamu dengan perkataan

membangkit-bangkit dan kelakuan yang

menyakiti seperti rosaknya pahala amal sedekah

orang yang membelanjakan hartanya kerana

hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya).

Dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari

Akhirat.”

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!