20.01.2013 Views

'pro-business' dan - Pelita Brunei

'pro-business' dan - Pelita Brunei

'pro-business' dan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

6

HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 5 JANUARI 2013

2,772 murid prasekolah

mulakan persekolahan 2013

JUMLAH pendaftaran murid

prasekolah tahun ini adalah

menurun dibandingkan dengan

pendaftaran tahun 2012 iaitu

seramai 2,940 orang.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin,

31 Disember. - Tahun akademik akan

bermula hari Rabu, 2 Januari 2013 bagi

sekolah-sekolah rendah, menengah

dan maktab di seluruh negara.

Bagi sesi persekolahan bagi tahun

2013, Jabatan Sekolah-Sekolah,

Kementerian Pendidikan melalui

sekolah-sekolah rendah dijangka

menerima kemasukan seramai 2,772

murid prasekolah terdiri daripada

1,454 adalah murid lelaki dan 1,318

perempuan yang akan memasuki ke

120 buah sekolah rendah seluruh

negara. Bagaimanapun jumlah ini

tidak termasuk murid-murid

prasekolah bagi sekolah-sekolah

rendah swasta di negara ini.

Jumlah pendaftaran murid

prasekolah tahun ini adalah menurun

dibandingkan dengan pendaftaran

tahun 2012 iaitu seramai 2,940 orang.

Murid-murid prasekolah yang

didaftarkan terdiri daripada kanakkanak

yang berumur lima tahun pada

1 Januari 2013 iaitu lahir tahun 2007.

Bagi sesetengah keadaan,

pertimbangan khas diberikan oleh

Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian

Pendidikan bagi kanak-kanak yang

lahir pada 1 Januari hingga 31 Mac

2007.

Pendidikan prasekolah merupakan

peringkat asas bagi memperkembangkan

sosiemosi kanak-kanak, di

samping membina jati diri mereka

sebelum melangkah ke sekolah rendah

iaitu Tahun 1 dan seterusnya. Aspek

utama diberikan perhatian dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

murid-murid prasekolah ini termasuk

galakan penerokaan benda di

sekeliling mereka; memupuk

perkembangan fizikal, emosi dan

sosial; membina perkembangan kognif

dan intelektual; perkembangan

koordinasi dan kemahiran motor;

perkembangan bahasa dan kemahiran

numerasi; dan menyokong ke arah

melahirkan daya kreativiti dan ceria

pada kalangan kanak-kanak melalui

penglibatan dalam pelbagai aktiviti.

PENDIDIKAN pada peringkat prasekolah akan menjadi landasan kepada peringkat yang

lebih tinggi.

LAMPIRAN PECAHAN MURID-MURID PRASEKOLAH TAHUN 2013

ZON LELAKI PEREMPUAN L/P

BRUNEI I 157 114 271

BRUNEI II A 196 199 395

BRUNEI II B 178 166 344

BRUNEI III 232 216 448

BRUNEI IV 162 135 297

TUTONG I 140 127 267

TUTONG II 89 88 177

BELAIT 242 206 448

TEMBURONG 58 67 125

JUMLAH

KESELURUHAN

1454 1318 2772

Bahagian Pendidikan Rendah,

Jabatan Sekolah-Sekolah memainkan

peranan dalam menyediakan

kemahiran asas ke arah pencapaian visi

Kementerian Pendidikan iaitu

pendidikan berkualiti ke arah negara

maju, aman dan sejahtera dengan misi

kementerian untuk memberikan

pendidikan yang holistik bagi

mencapai potensi yang penuh bagi

semua, di samping memfokuskan

kepentingan pendidikan pada

peringkat awal kanak-kanak.

Sebelum murid-murid memulakan

sesi persekolahan, pihak sekolah di

seluruh negara juga telah mengadakan

orientasi bagi murid-murid prasekolah.

Program yang dijalankan pada tahun

2012 bertujuan bagi membantu

membiasakan para murid dengan

peralihan suasana dan pengalaman dari

rumah ke sekolah dengan penuh

keyakinan.

Taklimat khusus juga diberikan

kepada para ibu bapa murid-murid

prasekolah berkaitan dengan hal ehwal

persekolahan Darjah Pra seperti jenis

buku yang digunakan, alat tulis, jadual

waktu, waktu hadir, balik dan rehat dan

peraturan sekolah.

Antara rutin harian yang diikuti

semasa prasekolah termasuk

membiasakan kanak-kanak dengan

tempat duduk mereka di dalam kelas,

meletakkan bekalan dan kasut mereka

di tempat yang dikhaskan, belajar adab

berdoa dan mencuci tangan sebelum

dan selepas makan dan memberi salam

kepada guru-guru mahupun rakanrakan

yang bersekolah bersama

mereka.

Buat pertama kalinya tahun ini

seramai 92 orang lepasan penuntut dari

beberapa buah Pusat Tingkatan Enam

di negara ini yang tamat menduduki

peperiksaan 'A' Level telah mendaftar

untuk menjadi sukarelawan muridmurid

prasekolah yang baru

memulakan alam persekolahan mereka

GAMBAR HIASAN...Peranan seorang guru dalam mendidik anak bangsa amat dihargai

dan dihormati.

MEMULAKAN alam persekolahan akan menjadi satu keseronokan atas bimbingan dan

didikan para guru.

secara formal.

Pendidikan prasekolah di negara ini

sangat diambil berat oleh Kementerian

Pendidikan, memandangkan

kepentingan pendidikan pada

peringkat ini akan menjadi landasan

kepada setiap murid sebelum ke

peringkat seterusnya sejajar dengan

tujuan ianya diwujudkan iaitu

membantu meletakkan asas yang

kukuh ke arah perkembangan sikap,

pengetahuan, keterampilan, kemahiran

bakat dan daya cipta yang diperlukan

oleh kanak-kanak dalam

menyesuaikan diri untuk pertumbuhan

serta perkembangan selanjutnya.

Sementara itu, pendidikan prasekolah

pula mempunyai matlamat ke arah

menyediakan pendidikan kanak-kanak

berumur lingkungan lima tahun agar

mereka berkembang secara menyeluruh

dan bersepadu demi melahirkan

insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, jasmani, emosi dan sosial.

Pada waktu yang sama Unit

Pemedulian dan Pendidikan Awal

Kanak-Kanak di Kementerian

Pendidikan turut bergiat aktif

memastikan peringkat yang kritikal ini

dapat melentur kanak-kanak dengan

positif ke arah matlamat pendidikan

prasekolah dapat dicapai.

MURID-MURID prasekolah juga dididik dan diajar dengan pelajaran Bahasa Inggeris bagi kepentingan masa depan mereka.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!