'pro-business' dan - Pelita Brunei

'pro-business' dan - Pelita Brunei 'pro-business' dan - Pelita Brunei

pelitabrunei.gov.bn
from pelitabrunei.gov.bn More from this publisher
20.01.2013 Views

4 NASIONAL HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 5 JANUARI 2013 Pelajar perlu berpengetahuan, berinovasi jika mahu berubah LONDON, UNITED KINGDOM, Isnin, 31 Disember. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong mengingatkan para pelajar yang menuntut di United Kingdom (UK) supaya tetap fokus sebagai pelajar yang akan menjadi tunggak pembangunan dan kemajuan negara. Yang Berhormat percaya para pelajar di UK juga sangat mengutamakan raja kerana sanggup menghadiri diri di majlis beramah mesra dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam sempena Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Yang Berada di United Kingdom dan Ireland Terdiri Daripada Penuntut-penuntut, Pegawai-pegawai Kerajaan Yang Bertugas, Berkursus dan Dalam Percutian Bersama Keluarga dan Penganugerahan Biasiswa 'The Chancellor's Scholar Universiti Brunei Darussalam' (UBD) kepada tiga orang pelajar tempatan cemerlang di London, UK walaupun belajar jauh di luar London. Menurut Yang Berhormat, seorang pelajar itu mesti berpengetahuan dan berinovasi kerana ingin berubah ataupun mahu membuat perubahan kerana dengan cara ini saja akan dapat memajukan dan mengembling ekonomi dan pembangunan negara pada masa akan datang. Beliau membuat peringatan itu ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra dengan penuntut-penuntut di UK di Brunei Hall, di sini. Penghantaran para pelajar melalui skim dermasiswa jelas Yang Berhormat telah berjalan sejak lebih 50 tahun lalu tanpa mengira latar belakang dan memberikan biasiswa kepada yang layak melanjutkan pengajian. Melalui skim itu, Negara Brunei Darussalam masa ini dapat membangun sumber tenaga manusia untuk terus maju. Sejak menetapkan hanya 'top 50' universiti sebagai tempat pengajian bagi pelajar Brunei Darussalam, ianya jelas Yang Berhormat berjaya dipenuhi oleh para pelajar di sehingga ada yang dapat menembusi hingga ke top five universiti. “Inilah hasil pencapaian pendidikan yang diasaskan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan diteruskan oleh Kebawah DYMM yang berwawasan jauh yang ingin melihat anak-anak Brunei berpendidikan tinggi setaraf dengan negara-negara lain di dunia ini,” jelas Yang Berhormat. Pencapaian yang cemerlang itu katanya harus dikekalkan dan dimajukan sejajar dengan Wawasan Negara 2035 yang mana pada tahun itu nanti orang Brunei akan berpendidikan tinggi dan berkemahiran dalam banyak bidang. Di majlis ini, Yang Berhormat sempat mengadakan sesi soal jawab bersama para pelajar mengenai perkara berkaitan tamat pengajian dan pe- luang-peluang berkhidmat dengan kerajaan, di samping peluang melanjutkan pengajian hingga ke PhD. Menteri Pendidikan juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan para pelajar dan mengadakan sesi bergambar ramai dengan para pelajar yang hadir. 'The Chancellor's Scholar' tingkatkan kapasiti anak tempatan Laporan : Abdullah Asgar Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said dari London, United Kingdom LONDON, UNITED KINGDOM, Isnin, 31 Disember - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Penganugerahan Biasiswa 'The Chancellor's Scholar' kepada tiga orang pelajar tempatan yang cemerlang. Majlis penganugerahan berlangsung di Hotel Hilton on Park Lane di sini sempena Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Yang Berada di United Kingdom dan Ireland Utara Terdiri Daripada Penuntut-Penuntut, Pegawai-Pegawai Kerajaan Yang Bertugas, Berkursus dan Dalam Percutian Bersama Keluarga. Tiga penerima biasiswa 'The Chancellor's Scholar' itu terdiri dari Dayangku Nuramalina Hafizah binti Pengiran Haji Mumin yang mengikuti pengajian PhD dalam Oncology di Universiti Oxford, Dayang Lim DAYANGKU Nuramalina Hafizah binti Pengiran Haji Mumin. Laporan : Abdullah Asgar Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said dari London, United Kingdom Chai Hoon@Nicole mengikuti pengajian PhD dalam kemistri di Universiti Cambridge dan Dayang Nurul Huda binti Mohammad Ramli mengikuti pengajian PhD dalam matametik di Universiti College London. 'The Chancellor's Scholar' adalah biasiswa yang berprestij yang telah diperkenankan oleh Kebawah DYMM sendiri pada Oktober 2011 bagi meningkatkan kapasiti anak tempatan yang berkualiti tinggi unutk berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam (UBD) sebagai ahli akademik, pemimpin, pengurus dan perancang. Antara tiga objektif utama biasiswa berpretij ini ialah untuk menyahut Wawasan Negara 2035 bagi menjadikan negara ini dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, meningkatkan bilangan dan kualiti tenaga akademik tempatan di UBD setaraf dengan universiti luar negara yang berprestij di samping melahirkan pemimpin pengurus dan perancang yang berkaliber komited dan kompeten serta mempunyai perwatakan dan keperibadian yang baik. Penerima pertama Dk. Nuramalina Hafizah berusia 25 tahun berkelulusan 'Master of Research in Biochemical Research (Distinction), Imperial College London 2010 ketika ditemubual oleh wakil PELITA BRUNEI melahirkan rasa syukur dan gembira kerana terpilih menerima biasiswa yang berprestij tersebut serta menyembahkan setinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM kerana telah mengurniakan biasiswa tersebut. Beliau yang sekarang mengikuti pengajian Doctor of Philosophy in Oncology, Univrsiti of Oxford dengan tajuk penyelidikan 'Assessing The Efficacy Of Hsp90 Inhibitors And Its Resistance Mechanisms In Triple Negative Breast Cancer And Other Cancer's' juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga, para pensyarah di UBD dan rakan seperjuangan kerana telah membantu dan memberi sokongan hingga beliau mencapai kejayaan. Pengajian yang diminatinya itu katanya berjalan lancar dan akan menamatkannya pada tahun 2015. Penerima kedua, Dayang Lim Chai Hoon@Nicole ber- DAYANG Lim Chai Hoon@Nicole. DAYANG Nurul Huda binti Mohammad Ramli. usia 24 tahun berkelulusan Master of Philosophy dari Universiti Cambridge ketika ditemui juga menjunjung kasih kasih atas pengurniaan biasiswa yang tidak disangkakan. Beliau yang mengikuti kursus Doctor of Philosophy in Organic Chemistry dengan tajuk penyelidikan 'Folding Studies Of The Knotted Proteins' pula menjelaskan dengan biasiswa itu dirinya akan dapat meneruskan pengajian dan akan menyumbangkan khidmat kepada negara khasnya di UBD di samping meneruskan penyelidikan di masa depan. Sementera penerima ketiga, Dayang Nurul Huda, 24 tahun, memberikan keyakinan untuk tidak menghampakan harapan yang disandarkan kepadanya buat beberapa tahun lagi bagi menjawat PhD dari Universiti College London. Beliau yang berkelulusan Master of Science in Complex System, lulus dengan kepujian di Kins's College London sekarang melanjutkan pengajian dalam Master of Philosophy/Doctor of Philosophy in Mathematics dengan tajuk penyelidikan 'Synchronization Of Eulerian And Lagrangian Models Of Global Atmospheric Dispersion'. Selain menyembahkan se- DAYANG Hajah Noor Hafizah binti Haji Hamidun. MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong beramah mesra bersama para pelajar Negara Brunei Darussalam di United ingdom dan Ireland Utara yang hadir di majlis tersebut. tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan UBD kerana telah mengurniakan kurnia biasiswa yang berprestij itu, beliau juga berazam untuk bertugas di UBD. Beliau kini terlibat dalam pemarkahan kertas kerja kursus program sarjana muda tahun dua iaitu sebahagian daripada 'demonstratorship' beliau di UCL. Salah seorang pelajar yang hadir di majlis ini, Dayang Hajah Noor Hafizah binti Haji Hamidun ketika ditemui berasa amat bertuah kerana dapat bertemu dengan raja yang dikasihi sambil mengingatkan kembali tanah air Brunei Darussalam. "Walaupun tidak sempat menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM tetapi pertemuan seperti itu membawa erti yang bermakna kerana baginda sendiri sangat-sangat mementingkan pendidikan bagi semua rakyat baginda" katanya. Biasiswa yang baru diperolehi tahun ini jelasnya tidak akan disiakan dan berazam untuk berlajar hingga mencapai kejayaan yang diimpikan. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Leicester di bidang Psychology Cognitive Neuroscince. Bagi Ahmad Shamil bin Haji AHMAD Shamil bin Haji Abd Rahman. Abd Rahman dari Universiti Sheffield pula, majlis bersama rakyat, penduduk dan penuntut di UK ini merupakan acara yang dinantikan oleh semua yang berada di sini. Beliau juga menyambut baik titah Kebawah DYMM yang menekankan agar para penuntut terus menjaga indentiti kebruneian yang bertamadun di samping tidak meninggalkan tuntutan agama dan menjaga adat istiadat sebagai orang Brunei. Ahmad Luqman bin Mohammad dari universiti yang sama pula menjelaskan bahawa belajar di luar negara memang menempuh beberapa cabaran dan pengaruh yang dapat melalaikan tetapi sebagai anak Brunei semuanya dapat dihindari kerana sudah terdidik dengan ajaran Islam. Pada menjunjung titah Kebawah DYMM, beliau berjanji untuk terus menjaga nama baik negara serta mengekalkan kebudayaan orang Brunei walaupun berada di negara orang lain. Walaupun tinggal sementara di negeri orang tambahnya, tanah air dan keluarga tetap sentiasa diingat di samping memberikan keyakinan untuk berkhidmat demi kemajuan negara dan anak bangsa serta kemajuan pendidikan anak-anak tempatan. AHMAD Luqman bin Mohammad

HARI HARI ISNIN, SABTU 1 JANUARI 5 JANUARI 2011 2013 NASIONAL 5 BND82,750 untuk mangsa banjir dan tanah susur MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah selaku tetamu kehormat menyerahkan bantuan kewangan kerajaan kepada seorang mangsa banjir dan tanah susur. BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Disember. - Dalam membantu meringankan beban mangsa banjir dan tanah susur di Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menyumbangkan sejumlah PDB raikan ulang tahun penubuhannya ke-92 PESURUHJAYA Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendekar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu hadir dalam Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Polis Ke-92. - Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman. Oleh : Aimi Sani BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Disember. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) kini meneruskan lagi lembaran perjuangan dalam mempertahankan keselamatan di negara ini sejak tertubuhnya pasukan berkenaan pada 1 Januari 1921. Dalam meraikan ulang tahun pasukan tersebut, Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Polis Ke-92 telah diadakan di Surau, Ibu Pejabat Polis Gadong, di sini. BND82,750 kepada mangsa terbabit. Penyerahan sumbangan bantuan kepada 164 orang ketua keluarga mangsa banjir dan tanah susur itu diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendekar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis (Pengurusan), DCP Dato Seri Pahlawan Bahrin bin Mohd. Noor, pengarah-pengarah, timbalantimbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, ketua-ketua unit dan formasi, pegawai-pegawai dan anggota-anggota pangkat rendah. Juga hadir ialah mantan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis, pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah polis yang telah bersara Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Para penerima bantuan bagi kategori mangsa banjir ialah 115 orang ketua keluarga daripada Kampung Lumapas 'A', Kampung Lumapas 'B' dan Kampung Kasat di Mukim Lumapas; 31 orang ketua keluarga daripada Kampung Lugu, Kampung Katimahar dan Kampung Mulaut di Mukim Sengkurong dan 17 orang ketua keluarga lagi daripada Kampung Sinarubai, Kampung Madewa, Kampung Kilanas, Kampung Bunut dan Kampung Bengkurong di Mukim Kilanas. Sementara itu, seorang ketua keluarga daripada Kampung Katimahar di Mukim Sengkurong pula menerima bantuan bagi kategori mangsa tanah susur. Mengimbas kembali tentang kejadian pada malam 3 Disember lalu, Awang Haji Marjuki bin Haji Kamis dari Kampung Lumapas 'A' ketika ditemui oleh wakil PELITA BRUNEI menjelaskan bahawa pada saat kejadian, beliau dan ahli keluarganya semua berada di rumah apabila hujan lebat bermula sejak lewat petang dan berterusan sehingga ke waktu subuh. Kejadian serupa, jelasnya, memang kerap dialami oleh sekeluarga memandangkan kediamannya yang berdekatan dengan sungai dan menyebabkan paras air naik dengan cepat sehingga menyebabkan banjir. Beliau yang sudah menetap di rumah tersebut sejak 1986 selanjutnya menjelaskan, paras (POLSARA). Majlis diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Sembahyang Hajat Berjemaah. Sambutan kemuncak Hari Polis 2013 ialah acara perbarisannya yang akan diadakan pada bulan Januari depan di Padang Kawad Pusat Latihan Polis. Tema sambutan sama seperti tahun lepas iaitu 'Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Pasukan' yang mengetengahkan dan memfokuskan kepada dua elemen penting iaitu profesionalisme dan integriti yang harus ada dalam melahirkan dan menghasilkan warga pasukan yang cekap dan efisien. air mulai naik pada lewat malam sehingga mencapai ke paras pusat dan hujan hanya mulai reda pada pukul 2.00 subuh yang mana pada malam kejadian tersebut semua ahli keluarganya tidak tidur dan cuba sedaya upaya membersihkan rumah yang dilanda banjir itu. Antara harta benda yang rosak akibat banjir tersebut, jelasnya, adalah perabot rumah, peti sejuk, bahagian stor rumah serta dapur. Awang Haji Marjuki turut melahirkan harapan agar pihak-pihak yang berkenaan akan dapat mempertimbangkan untuk memperbesarkan lagi kawasan sungai yang berhampiran dan menaik taraf kawasan jalan raya bagi mengelak kejadian banjir daripada berulang kembali. Cadangan yang sama bagi pembesaran sungai dan longkang turut dilahirkan oleh Awang Haji Masri bin Haji Japar dari Kampung Lumapas 'A' yang juga merupakan salah seorang mangsa kejadian banjir tempoh hari. Beliau melahirkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas sumbangan bantuan tersebut dan ianya nanti dapat AWANG Haji Marjuki turut melahirkan harapan agar pihak-pihak yang berkenaan akan dapat mempertimbangkan untuk memperbesarkan lagi kawasan sungai yang berhampiran dan menaik taraf kawasan jalan raya bagi mengelak kejadian banjir daripada berulang kembali. digunakan bagi mengganti barangan rumah yang sudah rosak akibat banjir berkenaan. Juga hadir pada majlis penyerahan bantuan tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim yang juga selaku Ketua Kampung Putat; Setiausaha Tetap KKBS, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KKBS serta Pegawai Daerah Brunei dan Muara, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Pendaftaran pelajar baru ke sekolah Arab dan agama BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 31 Disember. - Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Pengajian Islam (JPI) memaklumkan bahawa pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru bagi tahun 2013 akan dilakukan pada tarikh dan tempat yang berasingan. Pendaftaran di Ma’had Islam Tutong, Sekolah Arab Sungai Akar, Bangunan PGGMB, Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan, Sekolah Arab Belait dan Sekolah Arab Temburong akan diadakan pada hari Sabtu, 5 Januari 2013, pukul 7.30 pagi bagi Tahun 5. Di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit pula pendaftaran akan dapat dibuat pada hari Isnin, 7 Januari 2013, pukul 7.30 pagi bagi Tahun 7 dan Tahun 9, sementara Ma’had Islam Brunei, Daerah Tutong akan membukakan pendaftaran pada hari, tarikh dan waktu yang sama iaitu bagi Tahun 9. Sekolah-sekolah agama seluruh negara pula akan membukakan pendaftarannya pada hari Rabu, 9 Januari 2013 yang mana sesi pagi bermula 7.30 pagi dan sesi petang bermula 1.30 khusus bagi Pra Sekolah Agama. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang mempunyai anak yang berumur tujuh (7) tahun pada 2013 yang belum mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah agama disaran supaya akan dapat mendaftarkan anak masing-masing ke sekolah-sekolah agama yang berdekatan. Penerimaan masih dibukakan kepada pelajar-pelajar berkenaan memandangkan tahun 2013 Perintah Pendidikan Wajib 2012 akan mula berkuat kuasa pada Januari 2013.

4 NASIONAL

HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 5 JANUARI 2013

Pelajar perlu berpengetahuan,

berinovasi jika mahu berubah

LONDON, UNITED KINGDOM,

Isnin, 31 Disember. - Menteri

Pendidikan, Yang Berhormat Pehin

Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia

(Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji

Apong mengingatkan para pelajar

yang menuntut di United Kingdom

(UK) supaya tetap fokus sebagai

pelajar yang akan menjadi tunggak

pembangunan dan kemajuan negara.

Yang Berhormat percaya para pelajar

di UK juga sangat mengutamakan raja

kerana sanggup menghadiri diri di majlis

beramah mesra dengan Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu'izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali

Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam dan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

binti Al-Marhum Pengiran Pemancha

Pengiran Anak Haji Mohamed Alam

sempena Majlis Bersama Rakyat dan

Penduduk Negara Brunei Darussalam

Yang Berada di United Kingdom dan

Ireland Terdiri Daripada Penuntut-penuntut,

Pegawai-pegawai Kerajaan

Yang Bertugas, Berkursus dan Dalam

Percutian Bersama Keluarga dan

Penganugerahan Biasiswa 'The

Chancellor's Scholar Universiti Brunei

Darussalam' (UBD) kepada tiga orang

pelajar tempatan cemerlang di London,

UK walaupun belajar jauh di luar

London.

Menurut Yang Berhormat, seorang

pelajar itu mesti berpengetahuan dan

berinovasi kerana ingin berubah

ataupun mahu membuat perubahan

kerana dengan cara ini saja akan dapat

memajukan dan mengembling

ekonomi dan pembangunan negara

pada masa akan datang.

Beliau membuat peringatan itu

ketika berucap dalam Majlis Ramah

Mesra dengan penuntut-penuntut di

UK di Brunei Hall, di sini.

Penghantaran para pelajar melalui

skim dermasiswa jelas Yang

Berhormat telah berjalan sejak lebih

50 tahun lalu tanpa mengira latar

belakang dan memberikan biasiswa

kepada yang layak melanjutkan

pengajian.

Melalui skim itu, Negara Brunei

Darussalam masa ini dapat membangun

sumber tenaga manusia untuk

terus maju.

Sejak menetapkan hanya 'top 50'

universiti sebagai tempat pengajian

bagi pelajar Brunei Darussalam, ianya

jelas Yang Berhormat berjaya dipenuhi

oleh para pelajar di sehingga ada yang

dapat menembusi hingga ke

top five universiti.

“Inilah hasil pencapaian pendidikan

yang diasaskan oleh Al-Marhum

Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien

Sa'adul Khairi Waddien dan diteruskan

oleh Kebawah DYMM yang

berwawasan jauh yang ingin melihat

anak-anak Brunei berpendidikan

tinggi setaraf dengan negara-negara

lain di dunia ini,” jelas Yang

Berhormat.

Pencapaian yang cemerlang itu

katanya harus dikekalkan dan

dimajukan sejajar dengan Wawasan

Negara 2035 yang mana pada tahun itu

nanti orang Brunei akan berpendidikan

tinggi dan berkemahiran dalam banyak

bidang.

Di majlis ini, Yang Berhormat

sempat mengadakan sesi soal jawab

bersama para pelajar mengenai perkara

berkaitan tamat pengajian dan pe-

luang-peluang berkhidmat dengan

kerajaan, di samping peluang melanjutkan

pengajian hingga ke PhD.

Menteri Pendidikan juga mengambil

kesempatan beramah mesra dengan

para pelajar dan mengadakan sesi

bergambar ramai dengan para pelajar

yang hadir.

'The Chancellor's Scholar' tingkatkan kapasiti anak tempatan

Laporan : Abdullah Asgar

Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

dari London, United Kingdom

LONDON, UNITED KINGDOM,

Isnin, 31 Disember - Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bkiah Mu'izzaddin Waddaulah

ibni Al-Marhum Sultan

Haji Omar 'Ali Saifuddien

Sa'adul Khairi Waddien, Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam telah berkenan

mengurniakan Penganugerahan

Biasiswa 'The Chancellor's

Scholar' kepada tiga

orang pelajar tempatan yang

cemerlang.

Majlis penganugerahan berlangsung

di Hotel Hilton on

Park Lane di sini sempena Majlis

Bersama Rakyat dan Penduduk

Negara Brunei Darussalam

Yang Berada di United

Kingdom dan Ireland Utara

Terdiri Daripada Penuntut-Penuntut,

Pegawai-Pegawai Kerajaan

Yang Bertugas, Berkursus

dan Dalam Percutian Bersama

Keluarga.

Tiga penerima biasiswa 'The

Chancellor's Scholar' itu terdiri

dari Dayangku Nuramalina Hafizah

binti Pengiran Haji Mumin

yang mengikuti pengajian

PhD dalam Oncology di Universiti

Oxford, Dayang Lim

DAYANGKU Nuramalina Hafizah

binti Pengiran Haji Mumin.

Laporan : Abdullah Asgar

Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

dari London, United Kingdom

Chai Hoon@Nicole mengikuti

pengajian PhD dalam kemistri

di Universiti Cambridge dan

Dayang Nurul Huda binti Mohammad

Ramli mengikuti pengajian

PhD dalam matametik

di Universiti College London.

'The Chancellor's Scholar'

adalah biasiswa yang berprestij

yang telah diperkenankan oleh

Kebawah DYMM sendiri pada

Oktober 2011 bagi meningkatkan

kapasiti anak tempatan

yang berkualiti tinggi unutk

berkhidmat di Universiti Brunei

Darussalam (UBD) sebagai

ahli akademik, pemimpin, pengurus

dan perancang.

Antara tiga objektif utama

biasiswa berpretij ini ialah untuk

menyahut Wawasan Negara

2035 bagi menjadikan negara

ini dikenali di seluruh dunia

dengan rakyat yang berpendidikan,

berkemahiran tinggi dan

berjaya, meningkatkan bilangan

dan kualiti tenaga akademik

tempatan di UBD setaraf

dengan universiti luar negara

yang berprestij di samping melahirkan

pemimpin pengurus

dan perancang yang berkaliber

komited dan kompeten serta

mempunyai perwatakan dan

keperibadian yang baik.

Penerima pertama Dk. Nuramalina

Hafizah berusia 25

tahun berkelulusan 'Master of

Research in Biochemical Research

(Distinction), Imperial

College London 2010 ketika

ditemubual oleh wakil PELITA

BRUNEI melahirkan rasa syukur

dan gembira kerana terpilih

menerima biasiswa yang berprestij

tersebut serta menyembahkan

setinggi menjunjung

kasih ke hadapan majlis Kebawah

DYMM kerana telah

mengurniakan biasiswa tersebut.

Beliau yang sekarang mengikuti

pengajian Doctor of

Philosophy in Oncology, Univrsiti

of Oxford dengan tajuk

penyelidikan 'Assessing The

Efficacy Of Hsp90 Inhibitors

And Its Resistance Mechanisms

In Triple Negative Breast

Cancer And Other Cancer's' juga

mengucapkan terima kasih

kepada semua ahli keluarga,

para pensyarah di UBD dan

rakan seperjuangan kerana telah

membantu dan memberi sokongan

hingga beliau mencapai

kejayaan.

Pengajian yang diminatinya

itu katanya berjalan lancar dan

akan menamatkannya pada tahun

2015.

Penerima kedua, Dayang

Lim Chai Hoon@Nicole ber-

DAYANG Lim Chai Hoon@Nicole. DAYANG Nurul Huda binti

Mohammad Ramli.

usia 24 tahun berkelulusan

Master of Philosophy dari Universiti

Cambridge ketika ditemui

juga menjunjung kasih kasih

atas pengurniaan biasiswa

yang tidak disangkakan.

Beliau yang mengikuti kursus

Doctor of Philosophy in

Organic Chemistry dengan tajuk

penyelidikan 'Folding Studies

Of The Knotted Proteins'

pula menjelaskan dengan biasiswa

itu dirinya akan dapat

meneruskan pengajian dan

akan menyumbangkan khidmat

kepada negara khasnya di UBD

di samping meneruskan penyelidikan

di masa depan.

Sementera penerima ketiga,

Dayang Nurul Huda, 24 tahun,

memberikan keyakinan untuk

tidak menghampakan harapan

yang disandarkan kepadanya

buat beberapa tahun lagi bagi

menjawat PhD dari Universiti

College London.

Beliau yang berkelulusan

Master of Science in Complex

System, lulus dengan kepujian

di Kins's College London sekarang

melanjutkan pengajian

dalam Master of Philosophy/Doctor

of Philosophy in

Mathematics dengan tajuk penyelidikan

'Synchronization Of

Eulerian And Lagrangian Models

Of Global Atmospheric

Dispersion'.

Selain menyembahkan se-

DAYANG Hajah Noor Hafizah binti

Haji Hamidun.

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr)

Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong beramah mesra bersama para pelajar Negara

Brunei Darussalam di United ingdom dan Ireland Utara yang hadir di majlis tersebut.

tinggi menjunjung kasih ke hadapan

majlis Kebawah DYMM

dan UBD kerana telah mengurniakan

kurnia biasiswa yang

berprestij itu, beliau juga berazam

untuk bertugas di UBD.

Beliau kini terlibat dalam

pemarkahan kertas kerja kursus

program sarjana muda tahun

dua iaitu sebahagian daripada

'demonstratorship' beliau di

UCL.

Salah seorang pelajar yang

hadir di majlis ini, Dayang Hajah

Noor Hafizah binti Haji

Hamidun ketika ditemui berasa

amat bertuah kerana dapat bertemu

dengan raja yang dikasihi

sambil mengingatkan kembali

tanah air Brunei Darussalam.

"Walaupun tidak sempat

menjunjung ziarah ke hadapan

majlis Kebawah DYMM tetapi

pertemuan seperti itu membawa

erti yang bermakna kerana

baginda sendiri sangat-sangat

mementingkan pendidikan bagi

semua rakyat baginda" katanya.

Biasiswa yang baru diperolehi

tahun ini jelasnya tidak

akan disiakan dan berazam untuk

berlajar hingga mencapai

kejayaan yang diimpikan. Beliau

melanjutkan pengajian di

Universiti Leicester di bidang

Psychology Cognitive Neuroscince.

Bagi Ahmad Shamil bin Haji

AHMAD Shamil bin Haji Abd

Rahman.

Abd Rahman dari Universiti

Sheffield pula, majlis bersama

rakyat, penduduk dan penuntut

di UK ini merupakan acara

yang dinantikan oleh semua

yang berada di sini.

Beliau juga menyambut baik

titah Kebawah DYMM yang

menekankan agar para penuntut

terus menjaga indentiti kebruneian

yang bertamadun di samping

tidak meninggalkan tuntutan

agama dan menjaga adat

istiadat sebagai orang Brunei.

Ahmad Luqman bin Mohammad

dari universiti yang sama

pula menjelaskan bahawa belajar

di luar negara memang

menempuh beberapa cabaran

dan pengaruh yang dapat melalaikan

tetapi sebagai anak

Brunei semuanya dapat dihindari

kerana sudah terdidik dengan

ajaran Islam.

Pada menjunjung titah Kebawah

DYMM, beliau berjanji

untuk terus menjaga nama baik

negara serta mengekalkan kebudayaan

orang Brunei walaupun

berada di negara orang

lain.

Walaupun tinggal sementara di

negeri orang tambahnya, tanah

air dan keluarga tetap sentiasa

diingat di samping memberikan

keyakinan untuk berkhidmat demi

kemajuan negara dan anak

bangsa serta kemajuan pendidikan

anak-anak tempatan.

AHMAD Luqman bin Mohammad

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!