20.01.2013 Views

'pro-business' dan - Pelita Brunei

'pro-business' dan - Pelita Brunei

'pro-business' dan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

10 RENCANA

HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 5 JANUARI 2013

ASEAN memanfaatkan sumbangan

kesejahteraan serantau dan global

BUAT KALI keduanya,

Negara Brunei Darussalam

mengambil alih jawatan

Pengerusi ASEAN sejak 2001 dan

akan menjadi tuan rumah kepada

dua acara penting iaitu Sidang

Kemuncak bagi Ketua-ketua

Kerajaan ASEAN dan Sidang

Kemuncak ASEAN bersama

Negara-Negara Rakan Dialog yang

dijadualkan berlangsung pada

April dan Oktober tahun 2013 ini.

Selain itu, lebih 60 mesyuarat

lain yang akan juga akan dihoskan

Negara Brunei Darussalam

diadakan sepanjang tahun ini.

Dalam titah perutusan Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar

’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam dalam titah Baginda

sempena Tahun Baru 2013,

menyatakan, pada tahun 2013 ini,

negara kita telah mengambil alih

selaku Pengerusi ASEAN. Begitu

juga akan menjadi tuan rumah

kepada mesyuarat-mesyuarat,

antaranya Mesyuarat Kemuncak

ASEAN bagi Ketua-ketua

Kerajaan Negara-Negara Ahli

ASEAN dan Mesyuarat Kemuncak

ASEAN bersama Negara-Negara

Rakan.

“InsyaAllah, kita akan menggunakan

peluang terbaik ini untuk

memanfaatkan peranan kita dari

segi menyumbangkan kedamaian

dan kesejahteraan serantau dan

global. Di samping itu sebagai tuan

rumah, ia adalah peluang kita

untuk menunjukkan kepada dunia

keupayaan kita dalam mencapai

perkembangan, kedamaian dan

keharmonian bermasyarakat,

termasuk menerima para tetamu

dengan mesra dan hormat.”

Sidang Kemuncak ASEAN kali

ke-22 dijadualkan diadakan pada

24-25 April 2013 di mana Ketua-

Ketua Kerajaan negara anggota

ASEAN bersidang dengan

memfokuskan perbincangan ke

atas hal ehwal ASEAN.

Sementara itu Sidang Kemun-

cak ASEAN + rakan dialog akan

diadakan pada 9 dan 10 Oktober

bersama China, Jepun, Republik

Korea, India; Mesyuarat Ketua

–Ketua ASEAN-AS atau

Persidangan pertama ASEAN-AS,

Persidangan ASEAN Campur 3

dan Persidangan Asia Timur ke-8.

Beberapa -mesyuarat lain

yang akan diadakan pada tahun ini

termasuklah Mesyuarat Pegawai-

Pegawai Kanan ASEAN (SOM);

Mesyuarat Kumpulan Kerja Bank

Pusat dan Kewangan ASEAN;

Mesyuarat Keselamatan dan

Pertahanan ASEAN; Mesyuarat

Komuniti Sosiobudaya ASEAN;

Mesyuarat Tidak Rasmi Operasi

Tentera; Mesyuarat Timbalan-

Timbalan Menteri Bank Pusat

ASEAN, Mesyuarat Pegawaipegawai

Kanan Pertahanan;

Mesyuarat Menteri-Menteri

Kewangan ASEAN; Mesyuarat

Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi;

Mesyuarat Menteri-Menteri-

Luar ASEAN; Mesyuarat

Menteri-Menteri Pertahanan

ASEAN dan Mesyuarat Pegawai-

Pegawai Kanan dan Menteri-

Menteri Mengenai Belia. Yang lain

melibatkan Mesyuarat Menteri-

Menteri Ekonomi ASEAN dan

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama

ASEAN-Jepun.

Tema yang dipilih di bawah

kepimpinan Brunei pada tahun ini

adalah “Rakyat Kita, Masa Depan

Kita Bersama” yang menekankan

pentingnya peranan orang ramai

dalam merealisasikan aspirasi

Komuniti ASEAN. Ianya juga

menekankan peranan rakyat dalam

negara-negara anggota ASEAN

dalam memajukan kerjasama

dalam bidang-bidang politikkeselamatan,

ekonomi dan

sosiobudaya. Ia juga menegaskan

bahawa masa depan rantau ini

bergantung ke atas bagaimana

rakyat ASEAN bergerak dan

bekerjasama bagi memastikan

- Menyertai ASEAN pada 7 Januari

1984

- Pertama kali Menjadi Pengerusi

ASEAN pada tahun 2001

- 24-25 April 2013: Kemuncak ASE-

AN Ke22, Kemuncak BIMP-EAGA ke

9,

- 9-10 Oktober 2013: Kemuncak

ASEAN Ke-23 dan Mesyuarat-Mesyuarat

yang berkaitan,

- Kemuncak ASEAN-China, Kemuncak

ASEAN-Jepun, Kemuncak

ASEAN-Republik Korea, Kemuncak

ASEAN-India, ASEAN US Leader’s

Meeting/First ASEAN-US Summit,

Kemuncak ASEAN Campur Tiga

Oleh :

Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor

perkembangan seluruh rantau.

Ini mencerminkan komitmen

Negara Brunei Darussalam untuk

menjadikan rakyat sebagai yang

utama, untuk merealisasikan

rakyat berpusat ASEAN. Negara

Brunei Darussalam komited untuk

memajukan ASEAN satu tapak ke

hadapan demi merealisasikan

Komuniti ASEAN menjelang

2015. Menurut perangkaan

Sekretariat ASEAN, Komuniti

ASEAN telah berlipat ganda sejak

penubuhannya yang mana 40

peratus penduduk adalah terdiri

daripada belia dan akan menghadapi

kesan globalisasi sepenuhnya

sepanjang kehidupan mereka.

Sementara itu kieseluruhanlogo

merupakan bentuk bunga berputar,

salah satu corak bunga yang

terdapat dalam kain tenunan

tradisional Negara Brunei Darussalam.

Ianya melambangkan

ASEAN yang dinamik dan terus

berputar maju ke hadapan dalam

mengharungi kehendak politik,

ekonomi, sosial dan keselamatan.

Logo dibentuk oleh 10 figura

manusia yang berpegang tangan

antara satu sama lain melambangkan

warga ASEAN terdiri dari 10

buah negara yang bersatu padu

dalam sama-sama berusaha demi

pembangunan ASEAN dari segi

ekonomi, politik, sosial dan

keselamatan.

Warna merah, hitam, kuning,

putih dan biru pada figura manusia

adalah merupakan warna dari

bendera-bendera negara-negara

ASEAN. Biru melambangkan

keamanan dan kestabilan politik,

Merah menggambarkan keberanian

dan dinamik dan mempertahankan

keselamatan, putih melambangkan

kesucian dan kuning

melambangkan kemakmuran

ekonomi.

Logo ASEAN yang terletak di

tengah-tengah melambangkan

ASEAN yang stabil, aman, bersatu

dan dinamik.

TANGGUNGJAWAB

Kemasukan Negara Brunei

Darussalam ASEAN pada 7

Januari 1984 sejurus selepas

mencapai kemerdekaan merupakan

satu manifestasi yang begitu

membanggakan untuk kedaulatan,

keamanan dan meningkatkan

kedamaian serantau.

Dalam usia 28 tahun menyertai

ASEAN, Pertubuhan-pertubuhan

serantau dan antarabangsa sangat

yakin akan keupayaan negara kita

berperanan dalam ASEAN dan

sekali gus membuktikan negara

kita juga mampu dan mempunyai

tanggungjawab yang besar dalam

arena antarabangsa. ASEAN

merupakan platform yang penting

bagi negara kita sebelum melang-

kah ke dunia antarabangsa. Di

dalam negara sendiri, kerjasama

negaranegara anggota telah turut

menyumbang dalam pelbagai

bidang pembangunan dan kemajuan

termasuk ekonomi, pelaburan

dan pasaran.

Negara Brunei Darussalam

menjadi tuan rumah Sidang

Kemuncak ASEAN ke-7, dan

ASEAN+3 yang diadakan pada

5 dan 6 November 2001 yang

dipengerusikan oleh Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam, telah mencapai

beberapa hasil yang konkrit berkat

adanya kesepakatan dan permuafakatan

antara para pemimpin

ASEAN dan Pemimpin Republik

Rakyat China, Jepun dan Republik

Korea.

Persefahaman, kerjasama dan

saling bantu-membantu dalam apa

jua masalah yang dihadapi

terkecuali masalah dalaman negara

merupakan langkah yang wajar

dan perlu dipertahankan demi

mewujudkan sebuah negara yang

hebat. Inilah kehebatan yang ada

pada negara yang kita sayangi,

Negara Brunei Darussalam.

Sidang Kemuncak ASEAN di

Bandar Seri Begawan nanti, kita

bukan sahaja berharap mencapai

kecemerlangan negara dalam

mengendalikan sidang serantau

yang berwibawa, tetapi juga

meraih sebanyak mungkin manfaat

terhadap kepentingan kita khususnya

dan pertubuhan itu sendiri

amnya.

“INSYALLAH, kita akan menggunakan

peluang terbaik ini untuk memanfaatkan

peranan kita dari segi menyumbangkan

kedamaian dan kesejahteraan serantau dan

global. Di samping itu sebagai tuan

rumah, ia adalah peluang kita untuk

menunjukkan kepada dunia keupayaan

kita dalam mencapai perkembangan,

kedamaian dan keharmonian bermasyarakat,

termasuk menerima para

tetamu dengan mesra dan hormat.”

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!