tonggak perpaduan (rumi) manual 1.pdf - Jawi

tonggak perpaduan (rumi) manual 1.pdf - Jawi tonggak perpaduan (rumi) manual 1.pdf - Jawi

20.01.2013 Views

1. 2. 3. 4. 5. 6. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan " SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TONGGAK PERPADUAN UMMAH " ( 13 APRIL 2012 / 21 JAMADILAWWAL 1433H ) - 1 - :لِئاَقْلا ِللهِ ُدْمَحْلا ،ِللهِ ُدْمَحْلا ﰅ ﰄ ﰃ ﰂ ﰁ ﰀ ﯿﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﰓ ﰒ ﰑ ﰐ ﰏﰎﰍ ﰌ ﰋ ﰊ ﰉ ﰈ ﰇ ﰆ ُهُدْبَع اًدَّمَحُم اَنَدِّيَس َّنَأ ُدَهْشَأَو ،ُهَل َكـْيِرَش َلا ُهَدْحَو ُللها َّلاِإ َهَلِإ َّلا ْنَأ ُدَهْشَأ ِّقَلحا ِرِصاَن َقَبَس اَمِل ِمِتاَخْلاَو َقِلْغُأ اَمِل ِحِتاَفلا .ِميِظَعلا ِهِراَدْقِمَو ِهِرْدَق َّقَح ِهِلآ ىَلَعَو ٍدَّمَحُم اَنِدِّيَس ىَلَع ْمِّلَسَو ،ِميِقَتْسُلما .ُهُلْوُسَرَو ِّلَصَ َّمُهَّللَا َكِطاَرِص لىإ يِداَهْلاو ِّقَحْلاِب َزاَف ْدَقَف ،ِهِتَعاَطَو ِللها ىَوْقَتِب َياَّيِإَو ْمُكْيِصْوُأ ،َللها اوُقَّتِا ،ِللها َداَبِع اَيَف ،ُدْعَب اَّمَأ ْمُكَّلَعَل ِباَبْلَلأْا يِلوُأ اَي َللها اوُقَّتاَو ،ىَوْقَّتلا ِداَّزلا َرْيَخ َّنِإَف اْوُدَّوَزَتَو ،َنوُقَّتُمْلا .َنوُحِلْفُت 7. Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat kehidupan di dunia dan di akhirat. 8. Sempena dengan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14 pada 11 April 2012, tajuk khutbah pada hari ini ialah " Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah " . 9. Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah, Sistem kepimpinan Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggak kepada kekuatan dan perpaduan ummah telah sebati dikalangan rakyat

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

" SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

TONGGAK PERPADUAN UMMAH "

( 13 APRIL 2012 / 21 JAMADILAWWAL 1433H )

- 1 -

:لِئاَقْلا ِللهِ ُدْمَحْلا ،ِللهِ ُدْمَحْلا

ﰅ ﰄ ﰃ ﰂ ﰁ ﰀ ﯿﯾ

ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ

ﰓ ﰒ ﰑ ﰐ ﰏﰎﰍ

ﰌ ﰋ ﰊ ﰉ ﰈ ﰇ ﰆ

ُهُدْبَع اًدَّمَحُم اَنَدِّيَس َّنَأ ُدَهْشَأَو ،ُهَل َكـْيِرَش َلا ُهَدْحَو ُللها َّلاِإ َهَلِإ َّلا ْنَأ ُدَهْشَأ

ِّقَلحا ِرِصاَن َقَبَس اَمِل ِمِتاَخْلاَو َقِلْغُأ اَمِل ِحِتاَفلا

.ِميِظَعلا ِهِراَدْقِمَو ِهِرْدَق َّقَح

ِهِلآ ىَلَعَو

ٍدَّمَحُم اَنِدِّيَس ىَلَع ْمِّلَسَو

،ِميِقَتْسُلما

.ُهُلْوُسَرَو

ِّلَصَ َّمُهَّللَا

َكِطاَرِص لىإ يِداَهْلاو ِّقَحْلاِب

َزاَف ْدَقَف ،ِهِتَعاَطَو ِللها ىَوْقَتِب َياَّيِإَو ْمُكْيِصْوُأ ،َللها اوُقَّتِا ،ِللها َداَبِع اَيَف ،ُدْعَب اَّمَأ

ْمُكَّلَعَل ِباَبْلَلأْا يِلوُأ اَي َللها اوُقَّتاَو ،ىَوْقَّتلا ِداَّزلا َرْيَخ َّنِإَف اْوُدَّوَزَتَو ،َنوُقَّتُمْلا

.َنوُحِلْفُت

7. Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan

kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala

suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan

keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat kehidupan di dunia dan

di akhirat.

8. Sempena dengan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong ke 14 pada 11 April 2012, tajuk khutbah pada hari ini ialah " Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan

Ummah " .

9. Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Sistem kepimpinan Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggak

kepada kekuatan dan perpaduan ummah telah sebati dikalangan rakyat

di negara ini. Raja berpelembagaan di negara kita bukan sahaja

menjadi lambang sebuah negara yang berdaulat, bebas merdeka tetapi

ia juga merupakan lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum.

10. Justeru berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan pemimpin tertinggi,

sebagai ketua negara dan Baginda juga sebagai ketua agama Islam.

11. Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah satu jawatan yang di warisi

turun temurun. Dalam perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan

dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong terletak pada Majlis Raja-Raja

yang telah ditubuhkan mengikut perkara 38 Perlembagaan Persekutan

sebagai tempat bagi Raja-Raja bertemu dan bermesyuarat.

12. Justeru pemilihan Baginda sebagai ketua negara dan agama menuntut

kepada penyempurnaan tanggungjawab yang amat besar bagi

memenuhi segala amanah. Ini terkandung di dalam lafaz sumpah

jawatan Baginda iaitu, Wallahi, Wabillahi, Watallahi dapat dirungkaikan

dalam lima kata kunci yang terkandung iaitu undang-undang,

perlembagaan negeri, agama Islam, adil dan aman.

13. Sebagai ketua negara Baginda melaksanakan pemerintahan secara adil

kepada semua rakyat tanpa memandang status seseorang. Usaha

mewujudkan keadilan kepada manusia sejagat adalah sebahagian sifat

ketakwaan.

14. Firman Allah dalam surah al-Maaidah ayat 42:

ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪﭩ

ﭨ ﭧ ﭦ ﭥ

Maksudnya: ”Dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara

mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang

berlaku adil”.

15. Keadilan meliputi hubungan manusia dengan dirinya, hubungan

manusia sesama manusia dan juga hubungan manusia dengan Allah

SWT. Keadilan tidak hanya berkait tanggungjawab pemerintah dengan

rakyat semata-mata tetapi juga antara rakyat terhadap pemerintah.

16. Untuk itu sebagai umat Islam di negara ini kita merasa amat bertuah

dan bersyukur kerana dikurniakan Yang di-Pertuan Agong sebagai

ketua negara. Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja juga sebagai

ketua agama Islam adalah sesuatu yang amat istimewa di negara kita.

Baginda bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah

Baginda beperanan sebagai tonggak perpaduan ummah.

17. Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ingin menegaskan bahawa secara tradisinya institusi raja di

negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan

- 2 -

melayu Islam. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan

tempat rakyat mendapatkan perlindungan, keadilan, memberikan

kesetian, kecintaan dan taat setia kepada negara.

18. Walaupun negara kita begitu unik dengan berlatar belakang penduduk

yang berbilang kaum dan agama, namun proses perpaduan ummah

telah memberikan impak besar kepada pembentukan masyarakat.

Mimbar meyakini bahawa proses mengurus sebarang krisis dan

pertelagahan dalam masyarakat akan lebih tersusun berdasarkan

kekebalan dan kebijaksanaan pemerintahan Raja-Raja Melayu.

19. Baginda menyempurnakan amanah tersebut dengan memastikan

perpaduan ummah terbela, kesucian agama Islam terpelihara, syair

Islam terus dikembangkan dan umat Islam tetap dilndungi dari sebarang

bentuk pencerobohan.

20. Bagaimanapun pada akhir-akhir ini terdapat usaha pihak-pihak tertentu

yang mahu memecah-belahkan ummah, menuntut kebebasan secara

melampau yang melangari fitrah manusia, mempertikaikan apa yang

termaktub dalam Perlembagaan dan menyokong musuh-musuh Islam.

21. Persoalan besar timbul ialah mengapa keadaan ini berlaku? mimbar

ingin menegaskan keadaan ini berlaku kerana antaranya ialah terdapat

di kalangan umat Islam sendiri yang sanggup menggadai maruah dan

kepentingan agama dan bangsa kerana kepentingan diri serta ideologi

masing-masing yang bersubahat dengan pihak-pihak tertentu untuk

mempertikaikannya atas alasan mempertahankan hak asasi pihak lain.

22. Mimbar mengingatkan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa

mereka yang terlibat itu sebenarnya telah meletakkan dirinya sebagai

musuh Islam. Justeru, pengaruh musuh Islam mampu mengawal

pemikiran dan tindakan mereka demi untuk mendapat apa yang diingini.

23. Ketahuilah bahawa musuh-musuh Islam senantiasa berusaha

memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama

ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat. Konsep

pecah dan perintah menjadi alat musuh Islam untuk berkuasa,

mengeksploitasi, menjajah dan menindas mana-mana umat yang

lemah.

24. Jika umat Islam hilang integriti, hilang maruah dan diperalatkan pihak

lain, maka akhirnya umat Islam akan menerima nasib yang malang lagi

hina di negara sendiri.

25. Lantaran itu, bagi mengekalkan keadaan dan suasana ini, mimbar

menyeru kepada semua jemaah dan umat Islam, marilah kita sebagai

rakyat jelata bersatu padu mendokong dan menjunjung institusi Raja

berpelembagaan.

26. Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh

mengugat atau mencemar institusi Raja- Raja serta mempertikai

- 3 -

perkara-perkara yang telah termaktub di dalam perlembagaan yang

telah dipersetujui termasuklah kesucian agama Islam sebagai agama

rasmi di negara ini.

27. Ingatlah bahawa terbelanya urusan agama dan dunia adalah sesuatu

yang dituntut dan ia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah.

Sekiranya tiada pemerintah, nescaya keadaan rakyat akan menjadi

kacau- bilau dan mereka akan saling bermusuhan antara satu sama

lain.

28. Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan seluruh umat Islam

sekalian bahawa kedaulatan Islam dan perpaduan ummah menjadi

tonggak kepada kekuatan kepimpinan. Oleh itu, Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara samada dari segi

keperibadiannya atau dalam menjalankan bidang kuasa untuk menjaga

negara dan kesucian agama Islam amatlah dikagumi oleh rakyat jelata.

29. Rakyat menjunjung kasih dan merapak sembah atas keperihatinan

Baginda dalam memertabatkan agama, memajukan negara dan

membantu kehidupan rakyat agar dapat hidup dengan aman dan

harmoni.

30. Maka, menjadi tanggungjawab rakyat jelata memberikan taat setia yang

tidak berbelahbagi kepada Baginda sebagai pemerintah negara. Lebihlebih

lagi kita sebagai umat Islam telah diajar supaya taat dan patuh

kepada pemerintah

31. sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:

ﰅ ﰄ ﰃ ﰂ ﰁ ﰀﯿﯾ

ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ

ﰓ ﰒ ﰑ ﰐ ﰏ ﰎﰍ

ﰌ ﰋ ﰊ ﰉ ﰈ ﰇ ﰆ

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah

dan Rasul serta taatlah kamu kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka

kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman

kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi

kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." .

32. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari Rahimahullahu

Taala daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

ْدَقَف

يِيرِمَأ

َعاَطَأ

ْنَمَو

َهَّللا

ىَصَع

ْدَقَف

- 4 -

يِناَصَع

ْنَمَو

يِناَصَع

ْدَقَف

َهَّللا

يِيرِمَأ

َعاَطَأ

ْدَقَف

ىَصَع

يِنَعاَطَأ

ْنَمَو

ْنَم

يِنَعاَطَأ

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia

telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka

sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati

pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa

yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah

mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)

33. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Akhir sekali, mimbar Jumaat pada hari ini menyeru para jemaah dan

rakyat Malaysia bersempena dengan pertabalan Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong ke 14 Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku

Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badalishah

dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah

Haminah pada 11 April 2012, marilah sama-sama kita merafak sembah,

menjunjung kasih taat setia kepada Baginda sepanjang

pemerintahannya.

34. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dan

Permaisuri Agong serta kaum keluarga sentiasa di bawah payung

rahmat Ilahi, diteguh keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan

dan kesejahteraan. Semoga Baginda dikurniakan taufik dan hidayah

serta kekuatan untuk meneruskan pemerintahan negara.

35. Kita doakan juga agar negara dikekalkan nikmat kestabilan politik dan

keamanan, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh

membawa malapetaka dan kehancuran.

36. Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum,

kukuhkan perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman

damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang

zaman.

37.

ِتاَيلآا َنِم ِهْيِف اَمِب ْمُكاَّيِإَو ىِنَعَفَنَو ،ِمْيِظَعْلا ِنآَءْرُقْلاب

ُلْوُقَأ

- 5 -

ْمُكَلَو ىِل للها َكَراَب

،ُمْيِلَعْلا ُعْيِمَّسلا َوُه ُهَّنِإ ،ُهَتَوَلاِت ْمُكْنِمَو ْىِِّنِم َلَّبَقَتَو ،ِمْيِكَحْلا ِرْكِّذلاَو

،ِتاَمِلْسُمْلاَو َنْيِمِلْسُمْلا ِرِئاَسِلَو ،ْمُكَلَو ىِل َمْيِظَعْلا َللها ُرِفْغَتْسَأَو ،اَذَه ىِلْوَق

.ُمْيِحَّرلا ُرْوُفَغْلا َوُه ُهَّنِإ ُهْوُرِفْغَتْساَف ،ِتاَنِمْؤُمْلاَو َنْيِنِمْؤُمْلاَو

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!