25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Lokasi kedudukan LRA yang dipilih adalah seperti Peta 5.1.

5.5 PENEMUAN AUDIT

Peta 5.1

Lokasi Loji Rawatan Air Yang Terpilih

Sumber: Laman Web Kerajaan Negeri Kelantan

5.5.1 Pewartaan Kawasan Tadahan Air, Sungai, Muka Sauk, Telaga Dan Loji

Pewartaan terhadap kawasan tadahan air, muka sauk, medan telaga dan loji rawatan air

adalah perlu diambil tindakan segera oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menentukan

sebarang pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dapat diambil tindakan

sewajarnya. Tatacara pewartaan ini telah diperuntukkan dalam Akta Perhutanan Negara

1984, Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 dan Enakmen Bekalan Air 1995.

Tindakan Kerajaan Negeri untuk mewartakan kawasan tadahan air, muka sauk, medan

telaga dan loji rawatan air adalah sebagaimana berikut:

a) Pewartaan Kawasan Tadahan Air

Kawasan tadahan air adalah satu kawasan hutan yang berfungsi mengawal larian air

permukaan yang berlebihan dan berkeupayaan untuk menakung air. Oleh itu, kawasan

tadahan air perlu diwartakan sebagai kawasan Hutan Tadahan Air. Tujuan pewartaan

ini ialah untuk memberi jaminan pemegangan (security of tenure) yang membolehkan

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan mengurus dan mentadbir kawasan hutan secara

berkekalan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 10, Akta Perhutanan Negara

1984. Mengikut rekod, Pihak Berkuasa Negeri telah mewartakan kawasan Hutan

Simpanan Kekal seluas 35,898 hektar pada Januari 2008 sebagai Hutan Tadahan Air di

bawah Seksyen 10(1), Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985. Kawasan

Hutan Simpanan Kekal yang telah diwartakan adalah seperti di Jadual 5.2.

58

58

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!