25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

5. PENGURUSAN KUALITI AIR MINUM

5.1 LATAR BELAKANG

AIR KELANTAN SDN. BHD. (AKSB)

5.1.1 Bekalan air yang bersih dan berkualiti sangat penting bagi menjaga kesihatan dan

kesejahteraan umum. Air yang bersih dan berkualiti dinilai dari segi ciri-ciri fizikal, kimia,

biologi dan radioaktif. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan kualiti air

minum yang dibekalkan oleh pengusaha air hendaklah mematuhi Standard Kualiti Air

Minuman Kebangsaan (The National Standard For Drinking Water Quality). Mulai awal

Januari 2008, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) telah dikuatkuasakan di

bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi mengawal selia dan memantau

industri perkhidmatan air di Semenanjung Malaysia. Di bawah penstrukturan baru, bidang

kawal selia air dibahagikan kepada dua bahagian iaitu punca bekalan air mentah di bawah

bidang kuasa Kerajaan Negeri, manakala daripada loji rawatan air sehingga kepada

pengguna adalah di bawah bidang kuasa SPAN.

5.1.2 Pada akhir Disember 1995, Jabatan Air Negeri Kelantan (JANK) telah ditubuhkan.

Pengurusan bekalan air di Negeri Kelantan telah diswastakan kepada syarikat konsesi mulai

tahun 1995. Pada bulan Mac 1999 pula pengurusannya diambil alih oleh Perbadanan

Menteri Besar dan satu syarikat konsesi yang baru telah ditubuhkan iaitu Air Kelantan Sdn.

Bhd. (AKSB). Pada tahun 2005, terdapat 34 buah loji air milik AKSB yang beroperasi

dengan keupayaan pengeluaran air bersih sebanyak 241 juta liter sehari (jlh). Pada akhir

tahun 2008, bilangan loji yang beroperasi adalah sebanyak 31 buah setelah 3 loji ditutup

dan bekalan air kepada rangkaian loji terlibat telah diambil alih oleh loji yang dinaik taraf

pengeluarannya. Di Negeri Kelantan, seramai 843,105 orang atau 62% mendapat bekalan

air yang dirawat oleh AKSB. Sumber air mentah yang dibekalkan kepada loji AKSB

terbahagi kepada dua punca iaitu air sungai dan air telaga tiub. Loji yang mendapat sumber

air mentah daripada sungai ialah loji di Jajahan Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Pasir

Puteh, Pasir Mas dan Kuala Krai manakala loji yang memperolehi sumber air mentah

daripada telaga tiub ialah loji air di Jajahan Kota Bharu, Tumpat dan Bachok.

5.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah bagi menilai sama ada perancangan, pelaksanaan dan

pemantauan kualiti air minum telah diuruskan dengan teratur, cekap dan berkesan selaras

dengan piawaian yang ditetapkan oleh KKM untuk memastikan air minum yang dibekalkan

adalah selamat dan boleh diterima oleh pengguna.

5.3 SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan terhadap program ini adalah bagi tempoh 3 tahun iaitu dari 2006

hingga 2008 meliputi kualiti air yang dibekal, pengambilan/pengujian sampel, pemeriksaan

56

56

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!