25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4.3 SKOP PENGAUDITAN

Skop kajian Audit adalah meliputi pengurusan perolehan, penggunaan,

penyenggaraan, penyimpanan dan pelupusan aset Majlis seperti tanah, bangunan, jentera,

kenderaan dan lain-lain peralatan bagi tempoh antara tahun 2006 hingga 2008.

4.4 KAEDAH PENGAUDITAN

Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak rekod dan dokumen mengenai

pengurusan aset di pejabat Majlis seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian Dan

Pengurusan Harta, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pembangunan Korporat, Jabatan

Perancangan Dan Pembangunan dan Bahagian Letak Kereta. Selain itu, temu bual dan

lawatan fizikal ke lokasi aset berkenaan juga dibuat untuk pengesahan.

4.5 PENEMUAN AUDIT

4.5.1 Perolehan Aset

Perolehan aset pada tahun 2006 hingga 2008 sejumlah RM12.46 juta. Komponennya terdiri

dari bangunan, kenderaan, perabot, kelengkapan pejabat, meter letak kereta dan lain-lain

peralatan. Kedudukan terperinci adalah seperti di Jadual 4.2.

Jadual 4.2

Perolehan Aset Pada Tahun 2006 Hingga Tahun 2008

Bil. Jenis Aset

2006

(RM)

2007

(RM)

2008

(RM)

Jumlah

(RM)

1.

Bangunan Dewan

Padang Perdana

Jubli Perak,

1,956,841 1,956,841

2. Bangunan Pejabat Padang Perdana 743,029 743,029

3. Bangunan Pasar Pauh Panji 585,353 585,353

4.

Bangunan Medan Selera Padang

Tembak

431,800 431,800

5. 2 Unit Rumah Kedai Di Kedai Buluh 390,000 390,000

6. Kenderaan 180,175 184,506 364,681

7. Perabot 48,219 77,538 125,757

8. Kelengkapan Pejabat 196,335 464,106 154,115 814,556

9. Meter Letak Kereta 1,796,000 3,696,500 1,369,500 6,862,000

10. Lain-lain Peralatan 67,250 84,983 30,987 183,220

Jumlah 4,781,954 5,221,343 2,453,940 12,457,237

Sumber: Penyata Kewangan Majlis

a) Perolehan Bangunan

i) Bangunan Dewan Jubli Perak - Bangunan Dewan Jubli Perak di Padang Perdana

diperolehi melalui tuntutan insurans kebakaran kerana bangunan ini telah terbakar

pada bulan Oktober 2001. Majlis telah melindungi bangunan ini dengan mengambil

insurans kebakaran daripada Takaful Nasional Berhad. Jawatankuasa Tender telah

meluluskan pembinaan semula bangunan ini kepada Syarikat Perusahaan Majubina

Sdn. Bhd. dengan kos sejumlah RM1.87 juta dan kos perunding sejumlah RM86,362.

Dengan ini menjadikan kos membaik pulih bangunan sejumlah RM1.96 juta yang

dibayar sepenuhnya oleh Takaful Nasional Berhad. Oleh itu, Majlis tidak

menanggung sebarang kos untuk membaik pulih bangunan ini.

39

39

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!