25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

5,838.46 ha telah dikeluarkan untuk dijadikan sebagai Tanah Kesultanan (Sultanate

Land) masih belum diganti. HSK yang terlibat ialah Ulu Temiang seluas 2,023 ha, Sg.

Betis seluas 3,775 ha dan Gunung Stong Tengah seluas 40.46 ha.

Pada pendapat Audit, pewartaan kawasan gantian adalah tidak memuaskan kerana

JPNK tidak mengambil tindakan segera mengganti kawasan HSK yang

dikeluarkan/dilucutkan statusnya. Ini menyebabkan keluasan kawasan HSK semakin

berkurangan dan matlamat pengurusan hutan secara berkekalan akan terjejas.

b) Pewartaan Hutan Perlindungan

Mengikut Seksyen 10(1) APN. 1984, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mewartakan

semua kawasan Hutan Perlindungan mengikut kategori hutan perlindungan.

i) Rancangan Pewartaan Jangka Panjang - JPNK telah membuat Rancangan

Jangka Panjang meliputi tempoh selama 10 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2015.

JPNK telah mencadangkan enam kategori Hutan untuk diwartakan sebagai Hutan

Perlindungan. Hutan perlindungan tersebut ialah Hutan Perlindungan Tanah, Hutan

Tadahan Air, Hutan Simpanan Hutan Dara, Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Taman

Negeri Gunung Stong. Keluasan keseluruhan kawasan hutan yang dicadangkan

sebagai Hutan Perlindungan ialah 184,159 ha. Daripada jumlah keseluruhan yang

dicadangkan, hanya 57,848 ha atau 31.4% sahaja telah diwartakan pada tahun 2008

dan baki kawasan hutan perlindungan yang belum diwartakan ialah 126,311 ha.

Kawasan hutan perlindungan yang dicadang untuk diwartakan dalam tempoh 10

tahun (2006 hingga 2015) adalah seperti di Jadual 3.5.

Jadual 3.5

Cadangan Pewartaan Hutan Perlindungan Bagi Tempoh 2006 Hingga 2015

Jenis Hutan

Cadangan Diwarta Belum Warta

Bil.

Perlindungan

(ha) (ha) (ha)

1. Hutan Perlindungan Tanah 119,223 119,223

2. Hutan Tadahan Air 35,898 35,898

3. Hutan Simpanan Hutan Dara 3,784 3,784

4. Hutan Lipur 3,042 3,042

5. Hutan Pelajaran 262 262

6. Taman Negeri Gunung Stong 21,950 21,950

Jumlah 184,159 57,848 126,311

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

ii) Rancangan Pewartaan Jangka Pendek (2006-2008) - Di bawah Rancangan

Pengurusan Hutan Jangka Pendek bagi tahun 2006 hingga 2008, sebanyak 17

kawasan hutan dengan jumlah keluasan yang akan diwartakan seluas 182,911 ha.

Daripada jumlah yang dicadangkan, hanya seluas 57,848 ha sahaja atau 31.6%

yang telah diwartakan manakala baki seluas 125,063 ha masih belum diwartakan

sehingga akhir Disember 2008. Ini disebabkan kurangnya penekanan oleh pihak

JPNK dalam pelaksanaan rancangan pewartaan tersebut. Kawasan yang

dicadangkan seperti di Jadual 3.6.

35

35

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!