25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.4 KAEDAH PENGAUDITAN

Kaedah pengauditan yang dijalankan ialah dengan cara menyemak rekod, data, fail

dan dokumen yang berkaitan. Pengauditan ditumpukan kepada sampel yang dipilih iaitu

sekurang-kurangnya tiga konsesi bagi HSK Hutan Pengeluaran dan satu lokasi/kawasan

bagi HSK Hutan Perlindungan. Bagi HSK Hutan Pengeluaran, sampel yang dipilih ialah

kawasan pembalakan di tanah tinggi yang diluluskan kepada tiga buah syarikat di HSK Lebir

yang bersempadan dengan Taman Negara Kuala Koh. Bagi HSK Hutan Perlindungan,

kawasan yang dipilih ialah Taman Negeri Gunung Stong. Kaedah pengauditan juga

dijalankan dengan cara membuat lawatan ke tapak termasuk menggunakan helikopter, temu

bual dan kerjasama dengan Jabatan/Agensi Kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS),

Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) dan Pejabat Tanah Dan Jajahan (PTJ).

3.5 PENEMUAN AUDIT

3.5.1 Pencemaran Air

Mengikut Manual Perhutanan Semenanjung Malaysia 1953 (Pindaan 1995), setiap

pemegang lesen yang hendak mengguna atau membina matau (tempat menyimpan balak

sementara) di dalam kawasan HSK hendaklah mendapat permit jalan daripada Pengarah

Perhutanan Negeri (PPN) sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 32, APN 1984.

Kedudukan matau yang dibina hendaklah sama seperti kedudukan yang dirancang dalam

Rancangan Pengurusan Hutan. Sekiranya pembinaan matau di atas tanah kerajaan, tanah

TOL, tanah lombong dan tanah rizab, pemegang lesen hendaklah terlebih dahulu

mendapatkan kebenaran daripada Pentadbir Tanah Jajahan atau pihak yang berkenaan.

Bagi kawasan HSK, kelulusan pembinaan matau adalah di bawah bidang kuasa JPNK.

Bagi pembinaan matau berhampiran dengan sungai atau alur air, jarak yang perlu dipatuhi

seperti di Jadual 3.2.

Jadual 3.2

Jarak Zon Penampan

Lebar Alur Air

Lebar Minimum

Dari Tebing Ke Tebing Zon Penampan Alur Air

Lebih daripada 40 meter 45 meter dari tebing

Di antara 20-40 meter 40 meter dari tebing

Di antara 10-20 meter 20 meter dari tebing

Kurang daripada 10 meter 10 meter dari tebing

Sumber: Rekod Manual Perhutanan

Sempadan kawasan zon penampan alur air tidak boleh dipinda dan cat tanda sempadan

hendaklah jelas. Tebangan pokok tidak dibenarkan di dalam kawasan ini. Semakan Audit

mendapati permohonan syarikat Wisma Timber Trading untuk menjalankan aktiviti

pembalakan yang bersempadan dengan Taman Negara Kuala Koh telah diluluskan dan

sedang dalam proses mendapatkan lesen. Oleh itu, sebagai persiapan awal syarikat ini

telah membina matau luar tanpa membuat permohonan untuk mendapat kelulusan daripada

PTJ atau JPNK. Akibatnya didapati matau tersebut telah dibina di dalam kawasan zon

penampan alur air Sg. Pertam, Kuala Koh. Ia dibina hingga ke tebing sungai sedangkan

jarak minimum zon penampan yang disyaratkan adalah 10 meter dari tebing sungai kerana

keluasan tebing ke tebing sungai ini hanya 5 meter. Matau yang dibina sampai ke tebing

27

27

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!