25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

i) Dua kontraktor yang terlibat dalam pembelian balak di kompartmen 74 dan 185.

ii) Dua kontraktor yang mengambil upah kerja membalak di kompartmen 149 dan 128.

iii) Seorang kontraktor yang melaksanakan kerja Pre-F serta kerja tanda pokok dan

sempadan di kompartmen 7.

Kelewatan menyiapkan kerja adalah berpunca daripada kegagalan kontraktor untuk

memenuhi peraturan perhutanan seperti lewat memohon permit memasuki hutan,

mendaftar jentera dan tukul, menyediakan jalan dan memasuki tapak serta masalah

cuaca. Kelewatan ini mengakibatkan KPK terpaksa menanggung kos tambahan seperti

kos penyambungan lesen, premium dan lain-lain berjumlah RM0.35 juta.

Pada pendapat Audit, kos tambahan akibat kelewatan menyiapkan kerja sepatutnya

dikenakan terhadap kontraktor.

n) Denda Tidak Dikenakan - Perkara 7 dan 19 syarat kontrak kerja Pre-F serta kerja tanda

sempadan dan tanda pokok menetapkan denda sejumlah RM100 akan dikenakan ke

atas setiap hari kelewatan menyiapkan kerja. Semakan Audit terhadap kerja Pre-F serta

kerja tanda sempadan dan tanda pokok di kompartmen 74, 128, 149, 120 dan 116

mendapati kesemua kontraktor gagal menyiapkan kerja mereka mengikut tempoh

kontrak. Sehingga tarikh pengauditan adalah didapati tiada denda dikenakan seperti

yang disyaratkan dalam kontrak. Mengikut pengiraan Audit jumlah denda yang patut

dikenakan ialah RM85,800.

Pada pendapat Audit, KPK hendaklah menguatkuasakan syarat mengenakan denda

terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan kerja kontrak dalam tempoh yang

ditetapkan.

o) Kos Rawatan Hutan Tidak Sepatutnya Dibayar - Mengikut Perkara 22 syarat

perjanjian konsesi, KPK hendaklah sentiasa menanam/menghutan semula sebagai stok

tumbuhan kayu balak dalam semua kawasan konsesi yang telah diusahasilkan dengan

perbelanjaannya sendiri. Semakan Audit mendapati pada tahun 2006 sejumlah RM0.38

juta kos rawatan hutan telah dibayar oleh KPK kepada Jabatan Perhutanan Negeri bagi

14 kawasan konsesi yang telah diluluskan di bawah catuan tebangan tahunan tahun

2006/2007. Bayaran ini sepatutnya dikecualikan terhadap KPK memandangkan KPK

telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan semula kawasan yang telah

diusahasilkan seperti termaktub di Perkara 22 syarat perjanjian konsesi. Adalah didapati

kawasan konsesi yang diluluskan sebelum ini tidak dikenakan bayaran tersebut. KPK

telah mengadakan perbincangan dan membuat permohonan untuk pengecualian

bayaran kos tersebut.

Pada pendapat Audit, tindakan hendaklah diambil oleh KPK untuk mendapatkan balik

bayaran tersebut bagi meringankan bebanan kewangan.

109

109

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!