25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pada pendapat Audit, JKN telah menyediakan Laporan Tahunan Program KMAM

dengan lengkap.

c) Buku Laporan Ujian Makmal

Ketiga-tiga makmal di LRA yang di Audit telah menyediakan Buku Laporan Ujian

Makmal. Semua keputusan ujian makmal setiap 4 jam direkodkan oleh Operator Loji

berkenaan. Bagaimanapun, keputusan ujian balang yang dilakukan tidak direkodkan

dalam Buku Laporan ini.

Pada pendapat Audit, penyediaan Buku Laporan Ujian Makmal di loji adalah baik.

d) Pemantauan Dan Pemeriksaan Oleh SPAN

Selaras dengan Akta 655, SPAN telah membuat pemantauan terhadap operasi sesuatu

loji rawatan air bagi menentukan ianya mematuhi piawaian yang ditetapkan dan

melaporkan kedudukan hasil pemeriksaannya kepada pihak AKSB untuk tindakan

selanjutnya. Mengikut rekod SPAN, pada tahun 2008 sebanyak 23 daripada 31 buah loji

air AKSB telah dilawati dan sebanyak 421 sampel telah diambil untuk dianalisis.

Daripada jumlah sampel tersebut sebanyak 44 sampel telah tidak mematuhi parameter

yang ditetapkan oleh KKM. Pihak Audit mendapati walaupun pihak SPAN telah

mengemukakan sebanyak 9 surat/laporan hasil daripada pemeriksaannya tetapi tiada

jawapan diberikan oleh pihak AKSB. Pihak Audit telah dimaklumkan bahawa tiada

pegawai khusus yang dipertanggungjawabkan untuk memberi jawapan kepada pihak

SPAN. Bagaimanapun, pihak AKSB telah mengambil tindakan segera dan telah

mengarahkan Pengurus Kualiti mengambil tindakan memberi jawapan dan mengambil

tindakan pembetulan terhadap perkara yang ditegur oleh pihak SPAN. Semakan pihak

Audit mendapati beberapa perkara yang ditegur oleh pihak SPAN seperti masalah kualiti

air dan tekanan air telah pun diambil tindakan oleh pihak AKSB. Manakala jawapan

bertulis kepada pihak SPAN telah dikemukakan oleh AKSB pada pertengahan Mac 2009

dan awal April 2009.

Pada pendapat Audit, mekanisme pemantauan adalah memuaskan.

5.6. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Pada keseluruhannya, perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap

pengurusan kualiti air minum di Negeri Kelantan adalah tidak memuaskan. Antara

kelemahan yang ditemui ialah kelewatan pewartaan muka sauk dan loji, kaedah kawal selia

kawasan tadahan tidak disediakan, caj air mentah belum diwartakan, proses rawatan air

tidak memuaskan, keselamatan muka sauk tidak memuaskan, tangki imbangan dan agihan

tidak dicuci, paip agihan tidak dicuci/flushing mengikut jadual (SOP), stesen pensampelan

tidak mencukupi dan tahap kualiti air yang dirawat tidak memuaskan. Bagi meningkatkan

lagi kualiti air minum yang dibekalkan kepada pengguna, pihak Kerajaan Negeri dan AKSB

perlu mengambil tindakan berikut:

89

89

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!