25.12.2012 Views

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SEBETULNYA aku tidak berminat untuk

menyambut hari jadi, selama hidupku

cuma sekali, tapi kehendak anak-anak

tidak elok pula jika aku menolaknya. Sebelum

waktu itu tiba, aku membersihkan ruang tamu

yang jarang-jarang digunakan kecuali dalam

majlis-majlis yang tertentu. Entah bagaimana

aku terpandang pada sebuah buku kecil

di bawah almari lama, aku mengambil buku

kecil itu sambil mengibas-ngibaskannya kerana

di selimuti habuk. Sehelai demi sehelai aku

membelek lambaran buku kecil itu.

Nama penuhku dalam kad pengenalan

Normadiah, kata ayah dan ibuku dulu-dulu

mereka sangat meminati seniwati Normadiah,

kerana itulah mereka memberikan nama itu

kepadaku. Tapi orang kampung memanggil aku

Normah, agaknya nama aku itu panjang sangat.

Waktu itu aku baru mencecah umur dua

puluh satu tahun. Dalam usia yang remaja itu

sebagaimana juga remaja-remaja lain, aku

jatuh cinta pada seorang pemuda negara jiran,

saudara maraku tidak menyetujui perkahwinan

kami itu, terutama abang-abangku yang tidak

tau apa-apa tentang cinta kami, walaupun mereka

pernah bercinta.

Agaknya sudah ditakdirkan demikan, aku

tidak dapat mengelak apa yang telah ditentukan

Allah dan cinta kami itu berhasil membawa

ke gerbang perkahwinan, kami bahagia,

di samping dua orang anak hasil perkongsian

hidup kami selama empat tahun.

Ibuku adalah satu-satunya orang yang

paling memahami kehendak hidupku, dia

cuma mengharapkan agar aku akan dapat

mempertahankan rumah tangga yang ku bina

bersama dengan lelaki pilihanku sendiri.

Bagi ibuku perkahwinan itu cuma sekali

dalam hidup, ini terbukti kerana ibuku tidak

kawin-kawin lagi walaupun sudah lama

ditinggalkan ayahku dan bersepah duda-duda

gatal ingin memiliki ibuku. Aku tabik atas

kesetiaan ibuku terhadap ayahku.

Suamiku bekerja di sebuah syarikat swasta

sebagai penjual kereta, aku bersyukur walaupun

gaji suamiku itu tidak sebesar mana, tapi

cukup untuk menyara hidup kami empat

beranak. Itulah suamiku, orang luar yang tidak

punya kelulusan apa-apa.

Jika diibaratkan ikan akan ada ketikanya

pulang ke lubuk. Begitulah juga suamiku,

dia pulang ke negeri asalnya untuk menemui

keluarganya di sana. Pada mulanya aku dan

anak-anak hendak ikut sama, maklum keluarga

suamiku itu adalah keluargaku juga. Tapi

suamiku tidak setuju kerana alasannya cuma

sekejap untuk menguruskan tanah warisan

mereka di sana.

Sebagai seorang isteri yang patuh dan taat

menunggu kepulangan suami, walau sudah

dua tahun tidak mendengar apa-apa berita,

namun aku tetap sabar menunggu dan

mengharapkan satu ketika nanti akan pulang

juga kepengkuanku bersama anak-anak. Selama

dua tahun itu aku berusaha sendiri untuk makan

pakai anak-anakku yang semakin membesar itu.

Aku tidak mahu menyusahkan orang lain

walau kakak-kakak dan abang-abangku. Aku

tidak mahu mereka menempelak aku, biarkan

aku dengan anak-anakku walau terpaksa

HARI HARI ISNIN, SABTU 1 JANUARI 20 OKTOBER 2011 2012 CERPEN 9

Coretan

hidupku

Oleh : Haji Jamaluddin Aspar

'kais pagi makan pagi dan kais petang makan

petang.' Tidak ada gunanya aku membabitkan

orang lain dalam kesengsaraan hidupku bersama

anak-anak.

Empat tahun berselang barulah semua

tembelang suamiku terbongkar. Rupa-rupanya

dia terlibat dalam kes pecah amanah di tempat

kerjanya kerana menjual barang-barang alat

ganti. Itulah sebabnya dia lari meninggalkan

aku dan anak-anak untuk melepaskan dirinya

daripada perbuatannya yang keji itu. Akhirnya

dia ditangkap dan di penjara di negeri asalnya.

Bagaikan sebiji batu besar menghempap

tubuh badanku buat-bulat apabila menerima

kenyataan itu. Selama lapan tahun aku

diperdayakan oleh lelaki yangku cintai dan

menghambakan kehidupan sebagai seorang

isteri, rupa-rupanya aku ditipu. Ini menyalakan

semula bara api sanak saudaraku yang cuma

melihat apa yang mereka nampak dan tidak

pernah merasakan apa yang aku rasakan, apa

lagi untuk menyukat limpahan air mataku.

Pengelaman ditinggalkan oleh suamiku

selama empat tahun itu menjadi titik tolak

untuk aku mengorak langkah dengan lebih gigih

dan berani memijak ranjau untuk masa depanku

bersama anak-anak yang belum pasti bagaimana.

Aku bekerja menjual sayur dan sedikit kuih-muih

di sebuah gerai kepunyaan kawanku. Aku

bertawakal kepada Allah dan memohon agar

aku jangan dimatikan sebelum anak-anakku

boleh berdiri sendiri.

Palbagai dugaan dan pahit getir aku membesarkan

anak-anakku yang baru berumur tujuh

tahun dan enam tahun itu. Waktu itu umurku

sudah lebih tiga puluh dua tahun ada juga

duda-duda mahupun suami-suami orang yang

miang-miang keladi dan gatal-gatal rebung

cuba kenyit-kenyit mata padaku dengan maksud

yang tersirat.

Aku merasakan cinta kedua untuk memenuhi

kehendak hawa nafsu sudah tidak ada ruang

lagi dalam hidupku, apa yang ku perjuangkan

waktu itu adalah untuk masa depan anak-anakku

yang belum menjanjikan apa-apa kepada mereka.

Kerana itu tidak henti-hentinya memohon pada

Allah agar aku diberikan ketabahan dan kekuatan

untuk menyempurnakan tanggungjawab dan

amanah yang telah diberikan-Nya kepadaku

sehingga aku berjaya mendidik mereka.

Suatu kejadian yang paling berkesan dalam

hidupku dan tidak dapatku lupakan sampai

bila-bila. Ketika itu aku baru saja keluar

dari hospital selepas melawat kawanku yang

mendapat kemalangan. Aku ternampak seorang

lelaki tua sedang menyorong kerusi roda,

tapi malangnya aku tidak nampak orang yang

disorongnya itu kerana terhalang oleh sesuatu.

Tiba-tiba kaki lelaki tua itu terpelicuk kerana

terpijak simen yang berlubang di kawasan

hospital itu menyebabkan kerusi roda yang

disorongnya terlepas dan kebetulan pula tempat

itu jalan sedikit menurun. Lelaki tua itu dengan

pantas cuba hendak memegang kerusi roda

itu, tapi dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana

tidak dapat bergerak.

Kerusi roda itu bergerak ke depan sedikit

demi sedikit dan semakin laju, tanpa berfikir

panjang aku lantas mengejar kerusi roda itu

dan terus memegangnya sesampai sahaja

di tengah jalan raya di kawasan hospital itu.

Aku menjerit dengan kuat apabila caruk kereta

yang lalu itu mencecah punggungku sebaik-baik

sahaja aku memegang kerusi roda itu.

Aku tergamam seketika apabila melihat

seorang perempuan tua yang hampir sebaya

dengan lelaki tua yang menyorongnya itu.

Agaknya mereka suami isteri, hati kecilku

menerpa. Bagaimanapun lelaki tua itu kemudiannya

menghampiriku dengan jalannya yang

ingkang-ingkang kerana kakinya terseliuh,

semantara perempuan tua itu tidak berkata

apa-apa cuma memandang wajahku dengan

pandangan yang amat tajam.

“Terima kasih Lai … kerana menyelamatkan

isteri pak cik.” Itu sahaja yang terkeluar dari

mulut lelaki tua itu.

Begitu murni cinta kedua warga emas itu,

walau sudah dimakan usia namun kasih sayang

mereka tetap kental dan unggul tidak dimakan

oleh anai-anai kehidupan.

Dalam waktu yang sama aku merasa cemburu

terhadap kasih sayang mereka itu, tapi itulah

hakikatnya, sebagai hamba Allah punya takdir

masing-masing yang sudah ditentukan oleh

Maha Pencipta terlebih awal.

Aku cuba menyorong kerusi roda itu, tapi

lelaki tua itu menghalangnya. Aku cuma melihat

lelaki tua itu membawanya ke sebuah kereta

yang agak berjenama juga sedang menunggu

di tepi jalan itu. Memandangkan pemandu

kereta itu orang luar, aku dapat menerka

itu pemandu kereta mereka. Sebelum itu

perempuan tua itu sempat memberikan alamatnya

kepadaku.

Aku berkunjung ke rumah perempuan tua

itu, ketika itu suaminya tidak ada di rumah.

Perempuan tua itu mengenalkan dirinya dan

memohon maaf kerana tidak mengatakan

apa-apa diwaktu kejadian itu. Bagaimana pun

sebagai tanda terima kasihnya padaku, dia

memberikan aku sekeping cek yang tertulis

dengan angka dua ribu ringgit.

“Aku tau jumlah itu bukan nilai nyawaku.”

Kata-katanya itu menggamit hati kecilku.

Pada mulanya memang aku tidak mahu

menerima wang yang sebanyak itu. Tapi melihat

kesungguhan perempuan tua itu dan juga tidak

mahu dia tersinggung, aku terpaksa menerimanya

juga. Sejak hari itu aku sering ke rumahnya,

kami berbual-bual mesra dan bercerita perihal

dia menjadi lumpuh dan aku menjadi ibu

tunggal.

Perempuan tua itu bernama mak Mimah.

Dia menjadi lumpuh kerana terjatuh dari tangga

rumahnya apabila mengetahui anak tunggalnya

terkorban dalam satu kemalangan ketika dia

menjalani latihan jalan kaki di Lebuh Raya.

Sejak aku berkenalan dengan mak Mimah

hidupku mulai nampak cerah. Aku ditawarkan

bekerja di rumahnya sebagai pembersih yang

sekali gus menolong membersihkan dirinya.

Aku ditawarkan gaji empat ratus ringgit

sebulan satu jumlah yang cukup lumayan.

Aku menolak kerana tidak ada orang yang

menjaga anak-anakku. Dengan persetujuan

suaminya, Mak Mimah membenarkan aku

membawa anak-anak ketika bekerja dan

menyuruh aku menganggap rumahnya itu

seperti rumahku juga, satu penghargaan yang

besar telah diberikannya kepadaku. Aku tidak

menolak rezeki yang diberikan kerana aku

tahu semua itu datangnya daripada Allah.

Lebih enam bulan aku bekerja di rumah

Mak Mimah, kehidupanku sudah banyak

berubah. Satu hari aku merasakan diriku

seolah berada di dalam mimpi, aku tidak

yakin bahawa semua itu keluar dari mulut

Mak Mimah sendiri. Dia berterus-terang meminta

agar aku menjadi isteri kepada suaminya.

Kesungguhan Mak Mimah itu membuatkan

aku merasakan ingin pula hendak membalas

jasanya terhadapku, kerana Mak Mimah sudah

terlalu banyak meringankan bebananku,

walaupun setiap apa yang aku lakukan itu

dibayar. Aku menyedari beza umurku dengan

suaminya itu dan layak dipanggil ayah.

Rupa-rupanya angin senggugut sanak

saudaraku belum sembuh dan kembuh lagi.

Kali ini mereka menuduh aku gila harta,

mengambil kesempatan ke atas seorang

perempuan tua yang lumpuh, jika lelaki tua

itu mati nanti harta-harta itu akan menjadi

milikku. Astaghfirullahalazim … aku masih

punya harga diri dan langsung tidak ada niat

yang sejahat itu.

Begitu busuk rupanya hati sanak saudaraku

selama ini, mereka tidak ingin melihat aku

senang. Ketika aku dalam kesusahan mereka

langsung tidak angkat muka, tapi apabila

kebahagiaan semakin mendekati aku, mereka

mula memperhitungkannya.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Di masjid … rumah Allah yang mulia itu

aku diijabkabulkan dengan suami Mak Mimah

dan kami sah menjadi suami isteri. Pada hari

pernikahan itu juga aku pindah ke rumah

suamiku dan tinggal bersama mak Mimah.

Pagi esoknya Mak Mimah menangis, sebagai

seorang wanita tentunya merasa tersinggung

kerana ditinggalkan suaminya di malam pertama

pernikahan kami. Sebelum ini suaminya tidak

pernah meninggalkannya baik siang apalagi

malam, mentelah lagi tidur dengan perempuan

lain.

Tujuh bulan kemudian mak Mimah meninggal

dunia, aku menangisinya sebagaimana aku

menangisi ibuku ketika dia meninggal dahulu.

Mak Mimah terlalu baik dia tidak pernah

menganggap aku ini madunya. Ketika hidupnya

setiap bulan dia memberikan aku wang belanja

kerana menjaganya walau aku sudah menjadi

isteri suaminya.

Aku merasakan hidup ini paling bahagia

walau di samping seorang yang jauh lebih

berumur dari aku. Masa depan anak-anakku

sudah terjamin, cuma terserah pada mereka

kehidupan bagaimana yang mereka kehendaki

nanti. Aku bersyukur kerana Allah telah

menemukan aku dengan seorang lelaki yang

menjadi dahan tempat aku bergantung hidup

bersama anak-anakku.

Barangkali suamiku itu lebih menyintai

Mak Mimah dari aku. Setahun kemudian

suamiku pula menyusuli kepergian Mak Mimah.

Aku sekali lagi kehilangan suami, tapi kali ini

aku tidak hidup melarat, semua yang ditinggalkan

oleh suamiku sudah mencukupi untuk aku

mengharungi perjalanan hidup di samping

anak-anakku hingga mereka berjaya nanti.

Setelah genap seratus hari kepergian suamiku,

aku bersama anak-anak pergi ke pusaranya

yang juga berganding dengan pusara

Mak Mimah. Aku membaca Surah Yaa Siin,

kemudian menjirus air asah-asahan. Tiba-tiba

terjegat seorang lelaki berpakaian cara Melayu

lengkap di hadapanku sambil memberi salam.

Aku mengamat-amati lelaki itu. Kaca yang

masih berisi air asah-asahan itu terlepas dari

tanganku lalu jatuh di atas pusara suamiku

dan pecah berderai. Cepat aku memegang

tangan kedua-dua anakku dan membawa mereka

beredar dari tempat itu tanpa mengetahui

siapa lelaki yang tiba-tiba muncul itu.

Tidakku sedari rupa-rupanya buku kecil itu

habisku baca. Inilah kali pertamanya aku

membuka buku kecil itu sejak lima tahun

yang lalu. Dan inilah juga kali terakhir aku

membukanya, biarlah ianya tertutup rapat

bersama sisa-sisa pengorbananku hingga

ke liang lahad nanti.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!