25.12.2012 Views

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

8

DAERAH-DAERAH

HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 20 OKTOBER 2012

Pesta Percutian Abacus Ke-9

tawar destinasi percutian

Oleh : Aimi Sani

BANDAR SERI BEGAWAN. - Lebih 40

syarikat tempatan dan luar negara menyertai

9th Abacus Holiday Travel Fair bersempena

dengan 'TravelMania 2012' bertempat di

Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

Sejumlah 80 petak jualan disediakan pada

5 Oktober hingga 7 Oktober ini bagi 9th

Abacus Holiday Travel Fair tersebut.

Pengarah Urusan City Neon Displays and

Constructions, Dato Jack Ting menyatakan

perkara tersebut semasa Sidang Media

bertempat di Royal Brunei Airlines Centre,

Jalan Kustin pada 2 Oktober 2012.

Menurut Dato Jack Ting lagi, 9th Abacus

Holiday Travel Fair diadakan adalah bagi

memberi peluang kepada para pengunjung

untuk membeli tiket penerbangan ke banyak

destinasi pilihan.

Pesta tiga hari itu, jelasnya, akan menawarkan

pelbagai produk dan perkhidmatan

dengan pakej percutian yang menarik, kadar

penginapan yang berpatutan, pakej Haji dan

Umrah, Insurans Pelancongan dan sebagai-

nya.

Melalui pesta seumpamanya, para pengguna

didedahkan dengan produk-produk yang sedia

ada dalam pasaran mahupun yang baru saja

dilancarkan, manakala para peserta pameran

pula berpeluang membina rangkaian perniagaan

pada peringkat serantau dan antarbangsa.

Selain daripada tawaran pelancongan yang

hebat, setiap pengunjung yang membeli tiket

pelancongan dalam pesta tersebut akan

berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah

menarik seperti Iphone 5 16GB, Samsung

Galaxy Note 10.1 16 GB, Samsung i9300

Galaxy SIII, 100,000 Royal Skies Miles, tiket

pulang balik ke Australia, Shanghai dan

Filipina.

Pelbagai aktiviti dan atur cara juga akan

diadakan sepanjang acara itu nanti yang

dibukakan khusus untuk para pengunjung.

City Neon Displays and Constructions telah

dipilih menjadi Pengurus Acara dan Penolong

Penganjur 'TravelMania 2012', manakala

Abacus Brunei dilantik menjadi Rakan Kongsi

Acara dan akan mengadakan '9th Abacus

Holiday and Travel Fair' semasa acara

tersebut.

Penduduk Kampung Sengkurong

'A' keluar mengundi

Oleh : Hajah Siti Zuraihah

Haji Awang Sulaiman

JERUDONG. - Calon tunggal bagi pemilihan

jawatan Ketua Kampung Sengkurong ‘A’, Awang

Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja

Dinda Haji Saman berusia 55 tahun yang sebelum

ini pernah berkhidmat sebagai Pemangku

Penolong Pengarah, Bahagian Keanggotaan dan

Pentadbiran Latihan di Jabatan Perdana Menteri

berjaya memperolehi sebanyak 211 undi.

Sementara itu, daripada 212 jumlah undi

keseluruhan, satu undi tidak bersetuju dan tiada

undi rosak.

Sebanyak 835 penduduk Kampung Sengkurong

'A' layak dan berdaftar sebagai pengundi.

Majlis Pengundian Calon Ketua Kampung

Sengkurong 'A' tersebut berlangsung di Dewan

Kemasyarakatan Mukim Sengkurong pada

12 Oktober 2012.

Keputusan hasil undian itu akan dihadapkan

kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

untuk proses selanjutnya.

Sementara itu Pegawai Daerah Brunei dan

Muara, Awang Haji Jamain bin Momin semasa

berucap di majlis itu menegaskan, seorang Ketua

Kampung harus bertanggungjawab mewujudkan,

memelihara dan mengekalkan persefahaman,

perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat

serta menggalakkan semangat memucang-mucang

dan bergotong-royong supaya ia tidak luput di

makan zaman.

Menurutnya, seorang Ketua Kampung itu juga

berperanan mengadakan perundingan,

permuzakarahan dan permuafakatan dengan

Majlis Perundingan Kampung serta bersama anak

buah kampung mengenai apa jua perkara

SEBAHAGIAN penduduk Kampung Sengkurong yang

mengundi pemilihan jawatan Ketua Kampung

Sengkurong 'A'. - Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman.

berkebajikan untuk pembangunan, kesentosaan

dan kesejahteraan terutama sekali yang berkaitan

dengan permasalahan anak-anak buah kampung,

keselamatan dan keamanan kampung khususnya

dan negara amnya.

Dengan berbuat demikian tambahnya,

penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua

kampung akan dapat mendekatkan diri mereka

dengan anak-anak buah mukim dan kampung dan

seterusnya memperkukuhkan lagi jalinan

silaturahim antara penghulu-penghulu mukim dan

ketua-ketua kampung dengan anak-anak buah

masing-masing.

Jelasnya, ia sekali gus menyumbang kepada

suasana mukim dan kampung yang lebih harmoni

dan sejahtera seperti mana yang diharap-harapkan

oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Justeru itu, Awang Haji Jamain menyarankan

penduduk kampung untuk menggunakan peluang

mengundi dan memilih calon Ketua Kampung

Sengkurong 'A' sebaik-baiknya dengan kebijaksanaan

serta penuh ketelitian kerana pilihan yang

dibuat itu akan menentukan masa depan

pemedulian kampung seperti yang diharapharapkan.

“Abiskita merupakan penduduk di kampung ini

lebih mengenali dan mengetahui latar belakang

serta keperibadian calon ini. Dan dari itu memang

sudah setentunya abiskita memilih bakal

pemimpin ketua kampung abiskita untuk

menerajui Kampung Sengkurong 'A', Mukim

Sengkurong ini nanti,” tambahnya.

Awang Haji Jamain juga menyeru agar semua

lapisan penduduk kampung supaya akan dapat

memberikan kerjasama serta sokongan yang padu

terhadap Ketua Kampung yang baru.

Katanya, untuk mencapai hasrat serta wawasan

ke arah membangunkan dan memajukan Kampung

Sengkurong 'A', ia memerlukan adunan dari

kerjasama, sokongan kuat serta perpaduan

masyarakat kampung yang berterusan ditambah

lagi dengan adanya corak kepimpinan yang baik

dan bijaksana daripada Ketua Kampung sebagai

teras pemimpin masyarakat dari peringkat akar

umbi.

Jawatan Ketua Kampung Sengkurong 'A'

sebelum ini dijawat oleh Awang Haji Serudin bin

Haji Nassir bermula pada 4 Julai 1998 dan

perkhidmatannya ditamatkan semasa berusia

65 tahun pada 31 Disember 2006 mengikut Skim

Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung

Negara Brunei Darussalam Tahun 1998.

Perkhidmatannya dilanjutkan semula secara

sebulan ke sebulan bermula 1 Januari 2007 hingga

dipersarakan dari jawatan Ketua Kampung

Sengkurong ‘A’ pada 20 Julai 2012 atas faktor

kesihatan yang tidak mengizinkan.

Kampung Sengkurong ‘A’ adalah salah sebuah

kampung di bawah Mukim Sengkurong dengan

keluas 387.7 hektar dan kini mempunyai jumlah

penduduk lebih 4,000 orang.

Waspada ceburi

pelbagai pelaburan,

perniagaan

Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

PEGAWAI Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman menerima sumbangan bagi Tabung Anak-Anak Yatim

Daerah Belait yang disampaikan oleh Pengerusi Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Seri, Awang

Haji Ahmad bin Haji Hassan.

SERIA, Ahad, 14 Oktober. - Pegawai Daerah

Belait, Awang Haji Haris bin Othman

mengingatkan Koperasi Perniagaan dan

Perusahaan Melayu Seria (KPPMS) Sendirian

Berhad dalam mengejar kemahuan dan

keinginan untuk menceburi pelbagai pelaburan

dan jenis perniagaan yang lain perlu dikawal

dengan sebaiknya.

“KPPMS perlu berhati-hati, jangan sampai

ke peringkat bak kata pepatah Melayu yang

dikejar tak dapat yang dikandung pula berciciran,”

kata Pegawai Daerah semasa merasmikan

Mesyuarat Agung Ke-30 KPPMS

yang diadakan di dewan bangunan hotel koperasi

tersebut, di sini.

Menurut Pegawai Daerah Belait, sangat

mustahak koperasi tersebut melihat dan menilai

semula kesihatan organisasi koperasi dalam

pelbagai aspek seperti pengurusan, pentadbiran,

kewangan, kualiti perkhidmatan, jualan

dan pemasaran, pemeliharaan aset-aset dan

operasi.

Awang Haji Haris selaku tetamu kehormat

selanjutnya berkata, pencapaian dan kekuatan

yang sedia ada dalam aspek tersebut perlu

dipertahankan dan diperkukuhkan dan koperasi

berkenaan perlu sentiasa berusaha mengatasi

kelemahan yang dikenal pasti.

Penambahbaikan yang berterusan dalam

kesemua aspek tersebut, kata Awang Haji Haris

mestilah dijadikan amalan dan budaya kerja

dalam koperasi.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar

KPPMS sentiasa mensyukuri nikmat kejayaan

yang mereka raih, berkat usaha dan kepimpinan

yang ada dalam koperasi dengan kerjasama

ahli-ahli serta kesedaran koperasi memenuhi

tugas dan tanggungjawab sosial dan tuntutan

agama.

Ke arah memantapkan lagi usaha dan

kesedaran itu, beliau menyarankan agar

koperasi menjalin hubungan kerjasama yang

lebih akrab lagi dengan Majlis-majlis

Perundingan Mukim dan Kampung dan

seterusnya menerokai bidang atau perkara yang

akan memberi manfaat kepada pembangunan

dan kemajuan institusi kedua-dua belah pihak.

“KPPMS juga tidak seharusnya lupa bahawa

keadaan stabil, aman dan damai yang kita

nikmati di Negara Brunei Darussalam yang kita

cintai ini adalah juga menjadi faktor dan

penyumbang kepada kejayaan KPPMS

sekarang,” ujar beliau.

Oleh itu, tambah beliau, KPPMS perlu

mempunyai tekad untuk menabur jasa bakti

menjadi penyumbang yang signifikan kepada

kesejahteraan dan keharmonian hidup

masyarakat di daerah ini khususnya dan secara

berterusan memainkan peranan untuk

menyokong dan mendukung hasrat Kerajaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam, turut sama proaktif

berusaha bagi merealisasikan Wawasan Negara

2035 dan menjadikan negara sebuah Negara

Zikir.

Sejurus selepas merasmikan mesyuarat,

tetamu kehormat telah menerima sumbangan

bagi Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Belait

berjumlah BND1,000 yang disampaikan oleh

Pengerusi KPPMS, Awang Haji Ahmad bin

Haji Hassan.

Koperasi itu juga telah menyampaikan zakat

harta sebanyak BND12,142.99 yang

disampaikan oleh Bendahari Koperasi, Awang

Haji Ahmad bin Tamin yang diterima oleh

Pemangku Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah

Belait, Awang Aminordin bin Haji Yusof,

selaku wakil Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah

Belait.

Agenda mesyuarat meliputi makluman

korum oleh Setiausaha Agung Koperasi,

menyemak minit Mesyuarat Agung Ke-29,

perkara-perkara yang berbangkit daripada

minit Mesyuarat Agung Ke-29, laporanlaporan

Setiausaha Agung, Bendahari Agung,

laporan Audit Berdaftar dan pengesahan Kunci

Kira- Kira bagi tahun kewangan koperasi,

cadangan pembahagian keuntungan dan

meluluskan pembahagian keuntungan tahun

lepas, pembubaran ahli Lembaga Pengarah

lama dan melantik ahli Lembaga Pengarah

yang baru dan melantik dua orang Audit

Dalaman.

KPPMS telah berusia hampir 50 tahun dan

kini mempunyai hampir 200 orang ahli.

Prestasi koperasi tersebut sejak tahun 2000

amat menyerlah dengan membina bangunan

hotel koperasi serta melaksanakan pelbagai

cabang pelaburan dan perniagaan seperti

bidang penjualan minyak kenderaan, projek

tanaman gaharu, penghasilan produk sarang

burung walit, perkhidmatan pengangkutan bas

sewa khas dan bas sekolah, urus niaga emas dan

projek pembinaan banglo untuk disewakan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!