25.12.2012 Views

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

6 HARI NASIONAL

ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 20 OKTOBER 2012

RA'ES KUPU SB, Ustazah Hajah Manon binti Haji Ibrahim menyampaikan sijil kepada peserta yang

mengikuti Bengkel Taraiq Tadris Al-Lughah Al-Arabiyyah Sempena Konvokesyen Kedua Kolej

Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. - Foto : Azmah Haji Ahad.

Kongsi teknik pengajaran,

pembelajaran Bahasa Arab

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani

Bicara Ilmu tingkatkan kefahaman

pegangan Ahli Sunnah Waljama’ah

Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli

KUALA BELAIT. - Pusat

Pengkajian Kefahaman Ahli

Sunnah Waljama’ah (Pusat

PKASWJ), Kolej Universiti

Perguruan Ugama Seri Begaan

(KUPU SB) telah mengadakan

jerayawara ‘Bicara Ilmu’

mengenai Kefahaman Ahli

Sunnah Waljama’ah.

Empat orang Ahli Panel

termasuk moderator, Awang

Zulkifli bin Zakaria dari KUPU

SB telah diundang bagi

membahaskan Bicara Ilmu

yang bertajuk ‘Kefahaman Ahli

Sunnah Waljama'ah : Isu dan

Cabaran di Nusantara’ yang

diadakan di Dewan Persidangan

Bandaran pada 10

Oktober 2012.

Para ahli panel terdiri

daripada Profesor Madya

Kunjungan Pusat PKASWJ,

Profesor Madya Dr. Syamsul

Bahri Andi Galigo, Penolong

Ra'es Merangkap Pengarah

Pusat PKASWJ, Dr. Haji

Norarfan bin Haji Zainal,

PEGAWAI-PEGAWAI kerajaan antara yang menghadiri jerayawara

'Bicara Ilmu' tersebut.

Profesor Madya Kunjungan

Fakulti Usuluddin, Profesor

Madya Kunjungan Fakulti

Usuluddin, Profesor Madya Dr.

Fauzi Hamat dan Pensyarah

Kunjungan Fakulti Usuluddin,

Dr. H Andi Aderus Basinringi.

Salah seorang Ahli Panel, Dr.

Haji Norarfan dalam pembentangan

mengenai ‘Kefahaman

Ahli Sunnah Waljama’ah : Isu

dan Cabaran di Negara Brunei

Darussalam’ antara lain menyatakan

isu-isu akidah yang

sedikit sebanyak menggoncang

kesejahteraan amalan beragama

yang berlangsung dalam

bentuk kesederhanaan di negara

ini dengan kemunculan

fahaman- kefahaman baru yang

bercanggah dengan pegangan

Ahli Sunnah Waljama’ah

seperti fahaman Bahai,

Qadiani, Al-Arqam, Batiniyyah,

Tarekat Abdul

Razak, Al-Ma’unah, Silat

Lintau, Ajaran Saihoni bin

Tasipan dan Tarekat

al-Mufarridiyyah.

Dr. Haji Norarfan menambah

ada juga golongan melabelkan

diri mereka sebagai Ali Sunnah

Waljama’ah, manakala ulamaulama

lain yang tidak

bersefahaman dengan fahaman

mereka dilabel sebagai pembawa

virus bid’ah walhal ajaran

BANDAR SERI BEGAWAN. - Seramai 50 peserta

yang menyertai Bengkel Taraiq Tadris Al-Lughah

Al-Arabiyyah Sempena Konvokesyen Kedua Kolej

Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB)

masing-masing menerima sijil dalam Majlis Penutup

Bengkel tersebut yang berlangsung di Bangunan

SEAMEO VOCTECH pada 9 Oktober 2012.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan

sijil-sijil kepada para peserta ialah Ra'es KUPU SB,

Dayang Hajah Masnon binti Haji Ibrahim.

Para peserta terdiri daripada pensyarah-pensyarah

Bahasa Arab daripada Pusat Bahasa KUPU SB, pelajar

Program DPULI (yang fasih Bahasa Arab), pelajar

DTPU (Al-Lughah Al-Arabiyyah VI) dan peserta

Kementerian Pendidikan serta Universiti Islam Sultan

Sharif Ali.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari bermula

7 Oktober 2012 dan berakhir pada 9 Oktober 2012

dibimbing oleh Fasilitator dari Cairo Egypt, Dr.

Muhammed Amer yang mana ianya merupakan inisiatif

kerjasama antara Kementerian Hal Ehwal Ugama

(KUPU SB) dengan International Language Institute

(ILI) Cairo, Egypt.

Antara tujuan utama bengkel adalah untuk

meningkatkan kesedaran guru tentang elemen-elemen

penting dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Arab

yang berkesan dan juga berkongsi idea dan teknikteknik

praktikal bagi memudahkan pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Arab.

EMPAT ahli panel termasuk moderator dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB)

membentangkan Bicara Ilmu mengenai kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah.

yang dipertikaikan itu hanyalah

masalah furu’ bermaksud perkara

yang dihukumkan bid’ah

itu juga sebenarnya mempunyai

asasi dalam syarak.

Selain itu, cabaran lain yang

dihadapi oleh negara ini dan

juga negara-negara lain di

rantau ini termasuk perkembangan

Syi’ah yang dilihat

semakin aktif berkembang di

rantau ini dan juga kemunculan

pemikiran liberal yang berselindung

disebalik jenama

‘Islam’ seperti Jaringan Islam

Liberal (JIL) dan juga Sister in

Islam.

Beri penyusuan eksklusif kepada

anak-anak damit

TEMBURONG. - Sambutan Minggu

Penyusuan Susu Ibu Sedunia kini

dilaratkan ke daerah ini dengan Majlis

Perasmiannya disempurnakan oleh isteri

Pemangku Pegawai Daerah Temburong,

Dayang Noradini binti Pehin Penyurat

Haji Mohd. Salleh pada 9 Oktober 2012.

Semasa majlis yang berlangsung di

Dewan Serbaguna, Bangunan Kompleks

Utama Bumiputera, Pekan Bangar itu,

beberapa orang ibu yang menyusukan

anak-anak damit mereka secara eksklusif

telah mengongsikan pengalaman mereka

mengenai penyusuan susu ibu kepada

anak-anak damit masing-masing.

Dalam majlis itu, Dayang Noradini juga

menyempurnakan penyampaian sijil dan

buku 'Breast Feeding Wall of Fame'

kepada ibu-ibu yang memberikan

penyusuan secara eksklusif dan

mengongsikan pengalaman mereka dalam

pemberian susu kepada anak-anak damit

mereka.

Majlis anjuran bersama Jabatan

Perkhidmatan Kesihatan dan Jabatan

Perkhidmatan Perubatan Daerah

Temburong ini antara lain bertujuan untuk

meningkatkan kesedaran akan pentingnya

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim

penyusuan susu ibu, di samping bagi

menggalakkan ibu-ibu yang mengandung

agar menyusukan anak-anak damit

mereka nanti secara eksklusif.

Sambutan tahun ini bertemakan

'Memahami Masa Lalu - Merancang Masa

Depan' yang mana ianya dipilih bagi

meraikan sepuluh tahun strategi Global

Pemakanan Anak Damit dan Kanakkanak

yang diterajui bersama oleh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNI-

CEF (United Nations Children's Fund)

dalam memastikan ianya berkesan untuk

meningkatkan kadar penyusuan susu ibu.

Ketua Pegawai Jabatan Hal

Ehwal Ugama Daerah Belait,

Awang Haji Idris bin Haji Aji

dalam ucapan alu-aluan

mengingatkan rakyat dan

penduduk di negara ini supaya

berpegang teguh dengan

kefahaman Ahli Sunnah

Waljama’ah dengan bermazhabkan

Imam Asyafie’ kerana

praktis dan implikasi dari pegangan

tersebut, kita nikmati

sekarang ini dengan kedamaian

negara.

Oleh itu, kata beliau, sangat

penting dan wajar kita semua

memelihara kefahaman ini dari

fahaman-fahaman yang

mengelirukan yang semakin

berleluasa dewasa ini.

Objektif Bicara Ilmu anjuran

Pusat PKASWJ dengan

kerjasama Pejabat Hal Ehwal

Ugama Daerah Belait antara

lain bagi meningkatkan

kefahaman masyarakat Islam di

negara ini tentang prinsip dan

pegangan Ahli Sunnah

Waljama’ah dan menyediakan

wadah perbincangan berhubung

kefahaman Ahli Sunnah

Waljama’ah.

ISTERI Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Dayang Noradini binti

Pehin Penyurat Haji Mohd. Salleh semasa menyampaikan sijil dan

buku 'Breast Feeding Wall of Fame' kepada salah seorang ibu yang

memberikan penyusuan secara eksklusif. - Foto : Ah Chua.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!