25.12.2012 Views

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4 NASIONAL

HARI ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 20 OKTOBER 2012

Berkenan menandatangani

Buku Takziah

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Oktober. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak

Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pemangku

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menandatangani Buku

Takziah berikutan dengan kemangkatan Raja Norodom Sihanouk, ayahanda kepada Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni, Raja Kemboja.

Semasa keberangkatan tiba, Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Duta Besar Kemboja ke Negara Brunei

Darussalam, Tuan Yang Terutama Chhay Sokhan.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien

Sa'adul Khairi Waddien, Pemangku Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mewakili Kerajaan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa

menandatangani Buku Takziah berikutan dengan kemangkatan Raja Norodom Sihanouk, ayahanda Raja Kemboja. -

Foto : Ihsan Media Permata (kanan).

HPA landasan mengkaji, menyukat pencapaian

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,

17 Oktober. - Tema Hari Perkhidmatan

Awam (HPA) Ke-19 2012 'Bersatu

Padu Ke Arah Mencapai Wawasan

Brunei 2035' dipautkan dengan

Wawasan Negara 2035 sebagai teras

pada setiap peranan yang dimainkan

oleh Perkhidmatan Awam Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam dalam

usaha mencapai matlamat-matlamat

utama wawasan berkenaan.

Begitulah antara isi sembah alu-aluan

Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana

Menteri, Awang Haji Mohd. 'Abdoh

bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam

semasa Sambutan HPA Kali Ke-19

2012, yang berlangsung di Dewan

Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa,

Berakas, di sini.

Menurut Awang Haji Mohd.

'Abdoh, Sambutan HPA dilihat sebagai

AWANG Haji Tamin bin Haji Lamat,

Penyelia Pejabat Jabatan Kehakiman

Negara di Jabatan Perdana Menteri,

seorang penerima bagi Anugerah Pekerja

Cemerlang Perkhidmatan Awam Sempena

Sambutan Hari Perkhidmatan Awam

2012.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,

17 Oktober. - Mempunyai sifat

berdisiplin dan bertanggungjawab

merupakan antara ciri-ciri yang perlu

ada bagi setiap warga Perkhidmatan

Awam.

Di samping itu, mereka juga perlu

memperbaiki kelemahan diri dan

berusaha untuk meningkatkan prestasi

masing-masing agar dapat menjadi

seorang warga Perkhidmatan Awam

yang cemerlang.

Demikian saranan dan nasihat yang

dilahirkan oleh Awang Haji Tamin bin

Haji Lamat, Penyelia Pejabat Jabatan

Kehakiman Negara di Jabatan Perdana

Menteri, salah seorang penerima bagi

Anugerah Pekerja Cemerlang

salah satu landasan bagi agensi-agensi

dalam Perkhidmatan Awam untuk

mengkaji dan menyukat pencapaian

masing-masing.

“Perkhidmatan Awam telah berubah

kerana faktor-faktor persekitarannya

telah mendorong kepada perubahan

sedemikian. Kita turut percaya bahawa

agensi Perkhidmatan Awam akan terus

mencari pendekatan-pendekatan baru

supaya wawasan negara akan mudah

dicapai dalam satu barisan pasukan

yang kuat dan akan terus menjadi

sandaran sebagai jentera penggerak

kemajuan negara,” sembah Awang

Haji Mohd. 'Abdoh.

Terdahulu dalam sembah alu-aluan

Awang Haji Mohd. 'Abdoh menjelaskan

bahawa pada tahun ini,

Sambutan HPA sekali lagi menganugerahkan

pekerja cemerlang

Perkhidmatan Awam.

Jelasnya, antara matlamat anugerah

tersebut adalah sebagai pengiktirafan

kepada prestasi, produktiviti dan

contoh tauladan yang baik yang

ditunjukkan oleh seramai 35 orang

penerima terdiri daripada pegawaipegawai

dan kakitangan Perkhidmatan

Awam dari 12 kementerian yang mana

kategori penganugerahan adalah bagi

pekerja Perkhidmatan Awam dalam

Bahagian III, IV dan V.

Penganugerahan tersebut tambah

beliau adalah sebagai simbol pengiktirafan

kepada semua anggota

Perkhidmatan Awam yang telah

berusaha dengan gigih dan cekal dan

ianya diharap akan menjadi contoh

yang baik kepada warga kerja

Perkhidmatan Awam yang lainnya

serta sebagai pemangkin motivasi diri

bagi penerima-penerima untuk terus

meningkatkan prestasi masing-masing

dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab pada masa-masa akan

datang.

Awang Haji Mohd. 'Abdoh selaku

Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi

Sambutan HPA Ke-19 dan wakil

kepada semua yang terlibat dengan

penuh kesyukuran ke hadrat Allah

Subhanahu Wata'ala menjunjung kasih

atas limpah perkenan DYTM

berangkat ke Majlis Sambutan HPA

Ke-19 2012 yang mana ini merupakan

detik yang penuh bermakna dan akan

menjadi satu lagi ristaan manis dan

kenangan abadi kepada semua warga

Perkhidmatan Awam dan seterusnya

menyembahkan ikrar taat setia yang

tidak berbelah bahagi ke hadapan

Majlis Kebawah DYMM,

memperbaharui tekad dan azam untuk

melaksanakan tugas dan

tanggungjawab yang diamanahkan

dalam mencapai aspirasi negara

bagi menuju kemakmuran, keamanan

dan kemajuan negara yang

berterusan.

SETIAUSAHA Tetap di Jabatan Perdana

Menteri, Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin

Dato Seri Setia Haji Abdul Salam semasa

Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-19

2012, yang berlangsung di Dewan Plenary,

Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

- Foto : Hatral Hazmi Abdul Hamid.

Warga Perkhidmatan Awam perlu perbaiki kelemahan diri

Perkhidmatan Awam (APCPA 2012)

Sempena Sambutan Hari

Perkhidmatan Awam (HPA) 2012.

Ketika berkata kepada wakil

PELITA BRUNEI sejurus menerima

Anugerahnya, beliau yang telah

berkhidmat selama lebih 29 tahun turut

berikrar untuk lebih berusaha lagi

dalam meningkatkan mutu kerjanya

daripada apa yang sudah dilakukan

ketika ini.

Ketika diajukan mengenai

bagaimana beliau dapat memberikan

sumbangan kepada pembangunan dan

mendukung Wawasan Brunei 2035,

Awang Haji Tamin menjelaskan,

bahawa beliau akan sedaya upaya

membuat apa jua kerja seperti yang

diarahkan oleh Ketua dan pihak

atasannya di samping bertanggungjawab

dalam setiap pekerjaan yang

dibuat.

Sementara itu, Dayang Norhaini

binti Haji Awang Abdul Hamid,

Kerani Jobing dari Kementerian

Kesihatan pula tidak menyangka akan

terpilih sebagai penerima APCPA

tahun ini dan melahirkan rasa

kesyukuran beliau atas penganugerahan

tersebut.

Mula berkhidmat sejak tahun 1990

di Kementerian Kesihatan, beliau

memberikan saranan untuk menjadi

seorang warga Perkhidmatan Awam

yang cemerlang itu, seseorang itu

hendaklah patuh, penuh tata tertib

di pejabat termasuk dari segi

kedatangan, dan membuat kerja

seperti yang di suruh serta tidak

menanguh-nangguh pekerjaan yang

di berikan, selain membuat kerja

secara teamwork.

Oleh : Aimi Sani

Berita dan Foto : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

Beliau ketika ini berusia 42 tahun

juga seorang yang aktif dalam

menyertai aktiviti-aktiviti luar pejabat

seperti mengikuti Sukan Boling

mewakili Kementerian Kesihatan dan

pernah mewakili jabatan ke Pesta

Sukan Borneo.

Sambutan HPA tahun ini juga

memberi anugerah kepada kumpulankumpulan

yang berjaya bagi

Anugerah Cemerlang Perkhidmatan

Awam (ACPA).

Dalam temu bual bersama penerima

Anugerah Emas bagi Kategori

Penyampaian Perkhidmatan iaitu

Kumpulan K-3P Jabatan Kastam dan

Eksais Diraja, Kementerian

Kewangan, Penolong Pengawal

Kastam, Awang Haji Yassin bin Haji

Ibrahim selaku Ketua Kumpulan

menjelaskan, Projek 'Perkhidmatan

Kastam : Penghantaran dan

Pemprosesan Borang Deklarasi Secara

Online' telah dilaksanakan semenjak

bulan Jun 2009.

Matlamat utama projek berkenaan

jelasnya adalah untuk menyediakan

sebuah sistem yang efisien dan efektif

bagi kegunaan pengurusan jabatan

yang cemerlang selaras dengan amalan

antarabangsa dan mempercepatkan

tempoh masa pemprosesan borang

deklarasi kastam untuk pengeluaran

kargo dari kawalan kastam.

Tambahnya, ia juga bagi meningkatkan

dan menambah baik lagi kualiti

perkhidmatan jabatan sesuai dengan

aspirasi negara sekali gus membantu

agensi-agensi kerajaan yang berkaitan

dalam urusan berhubung kait dengan

prosedur kastam agar lebih efisien,

efektif dan bersistematik dan

seterusnya mengurangkan kos perbelanjaan

bagi komuniti pedagang dan

pelanggan untuk berurusan dengan

jabatan.

Kebaikan projek ini, jelasnya,

adalah ianya mudah dan boleh diakses

yang mana jua oleh para pelanggan

jabatan yang dapat menghantar secara

online dan juga diproses secara online

yang seterusnya menjadikan kerja

lebih efisien.

“Setiap borang-borang deklarasi

yang dihantar secara online akan

diproses pada hari yang sama, walau

DAYANG Norhaini binti Haji Awang

Abdul Hamid, Kerani Jobing dari

Kementerian Kesihatan.

bagaimanapun ia juga tertakluk kepada

jumlah borang deklarasi yang dihantarkan

secara serentak,” ujarnya.

Sementara itu, Kumpulan Korporat,

Bahagian Korporat dan Perdagangan,

Jabatan Pelabuhan Kementerian

Perhubungan dengan Projek 'Meningkatkan

Hasil Melalui Penyewaan

Gudang dan Kawasan Terbuka Yang

Belum Dimajukan' meraih Anugerah

Gangsa bagi Kategori Kewangan.

Penolong Pengarah Pelabuhan,

Awang Mahadi bin Mohd. Yussof,

selaku Ketua Kumpulan menjelaskan,

antara objektif projek adalah dapat

meningkatkan penggunaan gudang

dan tapak kosong sama ada di kawasan

dalam mahupun luar pelabuhan

ke tahap maksima dan memberikan

perkhidmatan penyimpanan kepada

syarikat-syarikat swasta ke arah

menggalakkan 'Value Added

Activities' bagi membanyakkan kargo

eksport.

Di samping itu, tambah beliau, ia

juga dapat membantu syarikat-syarikat

yang terlibat dalam aktiviti cari gali

minyak dengan menyediakan tempat

penyimpanan peralatan cari gali sama

ada di gudang atau kawasan terbuka

termasuk menyediakan peluangpeluang

pekerjaan terutama untuk

penduduk tempatan.

Daripada projek yang dilaksanakan

ini, jelasnya, kesan-kesannya dapat

dilihat yang mana penggunaan gudang

dapat dicapai ke tahap maksima dan

dapat membantu operasi cari gali

minyak yang akan dapat memberikan

banyak faedah kepada negara apabila

telaga-telaga yang ditemui

mengeluarkan minyak.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!