25.12.2012 Views

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

HARI HARI ISNIN, SABTU 1 JANUARI 20 OKTOBER 2011 2012 NASIONAL 3

DPPW berkenan raikan Menteri Luar Comoros

Oleh :

Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,

17 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia

Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir

Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran

Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum

Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi

Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan

Perdagangan mengadakan Jamuan Tengah Hari

bagi Menteri Luar dan Kerjasama Negeri

Comoros, Tuan Yang Terutama Mohamed Bakri

bin Abdoulfatah Charif di Balai Penghadapan,

Bukit Kayangan.

Berangkat sama ke Jamuan Tengah Hari

tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri

Pengiran Anak Puteri Hajah Masna,

Ambassador-at-Large di Kementerian Hal

Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Sebelum Jamuan Tengah Hari, Duli Yang

Teramat Mulia mengadakan perjumpaan

dengan Tuan Yang Terutama bagi

membincangkan isu-isu hubungan dua hala.

Tuan Yang Terutama berada di negara ini bagi

lawatan selama lima hari.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran

Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran

Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar

Negeri dan Perdagangan mengadakan Jamuan

Tengah Hari bagi Menteri Luar dan Kerjasama Negeri

Comoros, Tuan Yang Terutama Mohamed Bakri bin

Abdoulfatah. - Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman.

Kumpulan K-3P JKED

penerima Anugerah Emas

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,

17 Oktober. - Projek 'Perkhidmatan

Kastam: Penghantaran dan

Pemerosesan Borang Deklarasi Secara

Online' oleh Kumpulan K-3P Jabatan

Kastam dan Eksais Diraja (JKED),

Kementerian Kewangan diumumkan

sebagai penerima Anugerah Emas bagi

Kategori Penyampaian Perkhidmatan

pada Anugerah Cemerlang

Perkhidmatan Awam Tahun 2012.

Anugerah Perak dimenangi oleh

Kumpulan 4C, Jabatan Perkhidmatan

Makmal, Kementerian Kesihatan

dengan projek mereka 'Pencapaian

Pengiktirafan ISO 15189 Lambang

Perkhidmatan Makmal Yang

Berkualiti,' manakala Anugerah

PEMANGKU Pengarah Perkhidmatan

Perkhidmatan Pengurusan, Dayang Hajah

Norezan binti Haji Hambali. - Foto : Pg.

Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.

Gangsa diterima oleh Kumpulan

Jalinan, Bahagian Pengurusan dan

Pentadbiran Hospital Raja Isteri

Pengiran Anak Saleha (RIPAS),

Kementerian Kesihatan melalui Projek

'Penambahbaikan Akses ke Hospital

RIPAS dan Perkhidmatan Shuttle Bus

Link.'

Sementara itu bagi Kategori

Kewangan pula, tiada penerima yang

layak bagi Anugerah Emas dan Perak

pada tahun ini, manakala Anugerah

Gangsa diraih oleh projek bertajuk

'Meningkatkan Hasil Melalui

Penyewaan Gudang dan Kawasan

Terbuka' yang belum dimajukan

daripada Kumpulan Korporat,

Bahagian Korporat dan Perdagangan,

APCPA merupakan

penghargaan

dan pengiktirafan kepada

warga Perkhidmatan

Awam yang telah

menunjukkan prestasi

kerja yang cemerlang.

Kualiti dan penghasilan

kerja pegawai /

kakitangan berkenaan

sering kali melebihi

daripada keperluan tugas

dan tanggungjawab j

awatan serta mempunyai

keperibadian yang boleh

dicontohi oleh pegawai /

kakitangan yang lain.

Jabatan Pelabuhan, Kementerian

Perhubungan.

Keputusan-keputusan ini

diumumkan oleh Pemangku Pengarah

Perkhidmatan Pengurusan, Dayang

Hajah Norezan binti Haji Hambali

selaku Pengerusi Panel Penilaian dan

Pemilihan Anugerah Cemerlang

Perkhidmatan Awam 2012 semasa

Sambutan Hari Perkhidmatan Awam

Kali Ke-19 berlangsung di Pusat

Persidangan

Berakas.

Antarabangsa (ICC),

Semasa menyembahkan

permakluman hasil penilaian yang

dijalankan, beliau menjelaskan

bahawa dalam meneliti dan menilai

projek-projek yang dicalonkan, panel

telah memberi tumpuan yang berat ke

atas aspek-aspek pelaksanaan,

implikasi serta sustainability projek.

Daripada hasil penelitian berkenaan

jelasnya, panel telah mendapati

bahawa sebilangan besar projekprojek

yang dicalonkan bagi Kategori

Kewangan, masih lagi pada tahap yang

kurang matang dan keberkesanan

projek masih belum menampakkan

hasil yang realistik.

“Data-data hasil yang dikongsikan

masih lagi dalam bentuk projected

outcome dan belum mengambil kira

faktor-faktor luaran seperti nilai

pasaran dan demand,” ujarnya.

Beliau menambah, terdapat projekprojek

yang kurang menampakkan

hasil yang berkesan terhadap

pencapaian organisasi masing-masing

yang layak untuk dijadikan sebagai

benchmark oleh agensi-agensi lain.

Oleh yang demikian katanya,

projek-projek berkenaan belum dapat

di nilai sebagai mencapai tahap dan

Brunei - Republik Korea

bincang keperluan air

Oleh : Aimi Sani

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Oktober. - Menteri

Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera

Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menerima

kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Pembinaan

dan Polisi Sumber-Sumber Air Republik Korea, Tuan Yang Terutama Kim

Kyung Sik.

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri

Pembangunan dan Tuan Yang Terutama membincangkan mengenai

pembinaan infrastruktur dan bekalan air bagi kedua buah negara.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian

Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji Suhaimi

bin Haji Gafor dan Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya,

Jabatan Kerja Raya, Dayang Hajah Siah binti Haji Amat.

Tuan Yang Terutama disertai oleh sepuluh ahli rombongan

dan akan berada di negara ini selama dua hari.

standard cemerlang.

Sementara itu bagi Kategori

Penyampaian Perkhidmatan

tambahnya, panel mendapati banyak

implikasi positif yang berjaya di

hasilkan yang mana termasuk

peningkatan dalam kualiti

penyampaian perkhidmatan kepada

orang ramai khususnya para pelanggan

di jabatan yang berkenaan.

Di samping itu jelasnya, sistem

pengurusan semakin teratur yang

menyumbang kepada peningkatan

prestasi organisasi dan sekali gus

kepada imej dan kepercayaan orang

awam terhadap agensi-agensi

berkenaan.

Seramai 13 buah kumpulan telah

menyertai ACPA tahun ini yang mana

antara objektifnya adalah membantu

Perkhidmatan Awam Negara Brunei

Darussalam mencapai objektif bagi

rancangan-rancangan pembaharuan

pentadbiran dengan lebih berkesan.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk

memberikan dorongan dan sebagai

pengiktirafan rasmi kepada pegawaipegawai

dan kakitangan sama ada

perseorangan ataupun berkumpulan

yang lebih memberikan sumbangan

cemerlang untuk meningkatkan lagi

prestasi, kualiti dan produktiviti

organisasi masing-masing.

Pada Sambutan Hari Perkhidmatan

Awam kali ini juga, seramai 35 orang

dipilih sebagai penerima Anugerah

Pekerja Cemerlang Perkhidmatan

Awam (APCPA).

APCPA merupakan penghargaan

dan pengiktirafan kepada warga

Perkhidmatan Awam yang telah

menunjukkan prestasi kerja yang

cemerlang. Kualiti dan penghasilan

kerja pegawai / kakitangan berkenaan

sering kali melebihi daripada

keperluan tugas dan tanggungjawab

jawatan serta mempunyai

keperibadian yang boleh dicontohi

oleh pegawai / kakitangan yang lain.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!