25.12.2012 Views

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

12 PELITA BRUNEI HARI SABTU 20 OKTOBER 2012

PELITA BRUNEI HARI SABTU 20 OKTOBER 2012

13

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan ketika berkenan berangkat ke Majlis Sambutan

Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-19.

Sambutan HPA Ke-19 penuh bermakna

bagi warga Perkhidmatan Awam

BANDAR SERI BEGAWAN,

Rabu, 17 Oktober. - Duli Yang

Teramat Mulia Paduka Seri

Pengiran Muda Mahkota Pengiran

Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin

Waddaulah, Timbalan Sultan

berkenan berangkat ke Majlis

Sambutan Hari Perkhidmatan Awam

(HPA) Ke-19 di Dewan Plenary,

Pusat Persidangan Antarabangsa,

Berakas.

Keberangkatan Duli Yang

Teramat Mulia dijunjung oleh

Menteri Pembangunan, Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Indera

Pahlawan Dato Seri Setia Awang

Haji Suyoi bin Haji Osman,

Timbalan Menteri di Jabatan

Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia

Dato Paduka Awang Haji Abdul

Wahab bin Juned, selaku Penasihat

Bersama Sambutan HPA dan

Setiausaha Tetap di JPM, Awang

Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri

Setia Haji Abdul Salam, juga selaku

Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi

Sambutan HPA Ke-19 serta

Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi

dan Jawatankuasa Eksekutif.

Berangkat sama ialah Yang

Teramat Mulia Paduka Seri Duli

Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Keberangkatan DYTM diiringi

dengan persembahan tausyeh oleh

pegawai-pegawai dari Jabatan

Pengajian Islam, Kementerian Hal

Ehwal Ugama.

Berkenan merasmikan Pameran Industri Pembinaan Sempena Sambutan HPA Ke-19

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,

17 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia

Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota

Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee

Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin

Waddaulah, Timbalan Sultan,

berkenan berangkat merasmikan

Pameran Industri Pembinaan bersempena

Sambutan Hari Perkhidmatan

Awam (HPA) Kali Ke-19, Tahun 2012

di Pusat Persidangan Antarabangsa,

Berakas, di sini.

Duli Yang Teramat Mulia berserta

kerabat diraja yang lain juga dijunjung

berangkat bagi menyaksikan pameran

yang memfokuskan kepada Industri

Pembinaan yang mana pada tahun ini,

Kementerian Pembangunan telah pun

dilantik selaku 'Lead Agency'

pameran.

Semasa berangkat menyaksikan

pameran, DYTM telah berkenan

merasmikan Prasarana Maklumat

Spatial Jabatan Ukur (SSDI) iaitu

Geoportal jabatan berkenaan versi

pertama yang mempamerkan peta

aerial yang mempunyai resolusi tinggi

dan lapisan maklumat yang terhad.

Projek yang dianugerahkan

'Asia Geospatial Excellence Awards

for Innovation' dalam Kategori Ukur

dan Pemetaan semasa Forum Asia

Geospatial 2012 di Hanoi, Viet Nam

ini, adalah bertujuan untuk membolehkan

maklumat geografi Negara

Brunei Darussalam yang ada di Jabatan

Ukur digunakan secara meluas.

Ini adalah sejajar dengan misi

Kementerian Pembangunan iaitu

'Pembangunan Berterusan, Kehidupan

Berkualiti, Negara Makmur' dan misi

Jabatan Ukur iaitu 'Perintis Haluan

Melalui Geospatial Bagi Kemakmuran

Negara'.

Pada Sambutan HPA tahun ini,

Kementerian Pembangunan telah

memilih konsep pameran dengan

bertemakan 'Perkhidmatan Awam

Mendukung Industri Binaan'.

Tema pameran tersebut dipilih

kerana industri pembinaan adalah

merupakan antara industri utama yang

mampu menyumbang kepada kepesatan

pembangunan bagi kebanyakan

negara di dunia ini tidak terkecuali

Negara Brunei Darussalam bagi

menjana iklim ekonomi yang lebih

kompetitif dan berdaya saing,

yang merangkumi keseluruhan fasa pra

dan selepas pembinaan.

Ianya juga cuba menengahkan akan

peranan Perkhidmatan Awam dalam

memajukan industri binaan dalam

memacu industri binaan.

Antara tujuan pameran diadakan

ialah untuk mengetengahkan kepentingan

peranan industri binaan ini

dalam perekonomian negara serta

sebagai usaha ke arah menarik

perhatian orang ramai terutama

penuntut-penuntut dan para pencari

pekerjaan terhadap peluang-peluang

kerjaya dalam industri binaan di sektor

kerajaan dan swasta.

Di samping memberikan pengetahuan

kepada para pengunjung

mengenai dengan undang-undang,

peraturan-peraturan dan proses-proses

permohonan industri binaan termasuk

aspek keselamatan safety industri pembinaan

di Negara Brunei Darussalam.

Sebanyak 47 petak menyertai

pameran berkenaan yang terdiri

daripada beberapa agensi-agensi

kerajaan, badan-badan bukan kerajaan,

institusi kewangan, beberapa buah

syarikat-syarikat binaan, pembekal

dan pakar perunding.

Ianya mempamerkan sumbangansumbangan

industri pembinaan,

peningkatan kehidupan berkualiti

menerusi industri binaan, perkembangan

sumber tenaga manusia berkaitan

dengan bidang industri binaan, industri

Oleh : Abdullah Asgar, Hajah Siti Zuraihah

Haji Awang Sulaiman, Haniza Abdul Latif, Aimi Sani

Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali,

Hatral Hazmi Abdul Hamid

DULI Yang Teramat Mulia ketika berkenan menyempurnakan penyampaian sijil-sijil perkhidmatan bagi pegawai-pegawai kerajaan yang bersara kepada wakil-wakil kementerian-kementerian yang terdiri daripada Setiausaha--

Setiausaha Tetap.

binaan sebagai menjana ekonomi yang

kompetitif dan berdaya tahan dan

berdaya saing, peluang-peluang

pekerjaan serta penyertaan

stakeholders.

DYTM ketika berkenan merasmikan

pameran yang memfokuskan kepada

Industri Pembinaan yang mana pada tahun

ini, Kementerian Pembangunan telah pun

dilantik selaku 'Lead Agency' pameran.

Majlis dimulakan dengan bacaan

Surah Al Faatihah dan doa selamat

yang dipimpin oleh Yang Berhormat

Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri

Setia Ustaz Haji Awang Abdul

Hamid bin Bakal diikuti dengan

sembah alu-aluan oleh Setiausaha

Tetap di JPM, Awang Haji Mohd.

'Abdoh.

Pada majlis itu, DYTM juga

berkenan mengurniakan sabda dan

seterusnya menyempurnakan

anugerah kepada 35 penerima

Anugerah Pekerja Cemerlang

Perkhidmatan Awam (APCPA)

2012.

Para penerima anugerah

terdiri daripada pegawai-pegawai

Bahagian III, IV dan V dari semua

kementerian yang terpilih dengan

membawa pulang sebuah piala,

wang tunai sejumlah BND1,000 dan

sijil penghargaan.

Pengumuman APCPA disembahkan

oleh Pemangku Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam, Awang Jaini

bin Haji Abdullah, juga selaku

Pengerusi Jawatankuasa Penilaian

APCPA.

Acara diteruskan dengan

tayangan klip video yang

memaparkan kumpulan-kumpulan

yang ikut bertanding dalam

Anugerah Cemerlang Perkhidmatan

Awam (ACPA) bagi tahun 2012.

Sebanyak 13 projek telah

dipertandingkan dan dibahagikan

kepada dua kategori iaitu Kategori

Penyampaian Perkhidmatan dan

Kategori Kewangan.

Permakluman ACPA disembahkan

oleh Pemangku Pengarah

Perkhidmatan Pengurusan, Dayang

Hajah Norezan binti Haji Hambali.

Pada majlis tersebut, DYTM

seterusnya berkenan menyempurnakan

penyampaian ACPA

2012 kepada kumpulan-kumpulan

yang berjaya.

Kumpulan K-3P, Jabatan Kastam

dan Eksais Diraja, Kementerian

Kewangan dipilih sebagai penerima

Anugerah Emas bagi Kategori

Penyampaian Perkhidmatan sekali

gus menerima hadiah wang tunai

sebanyak BND8,000, piala dan sijil

penghargaan.

Anugerah Perak dimenangi oleh

Kumpulan 4C, Jabatan Perkhidmatan

Makmal, Kementerian

Kesihatan menerima wang tunai

BND5,000, piala dan sijil

penghargaan.

Manakala Kumpulan Jalinan,

Bahagian Pengurusan dan

Pentadbiran, Hospital Raja Isteri

Pengiran Anak Saleha, Kementerian

Kesihatan dipilih sebagai penerima

Anugerah Gangsa dan menerima

wang tunai BND3,000, piala

dan sijil penghargaan.

Bagi Kategori Kewangan,

tiada kumpulan yang layak

menerima Anugerah Emas dan

Anugerah Perak.

Kumpulan Korporat, Jabatan

Pelabuhan, Kementerian

Perhubungan dipilih sebagai

penerima Anugerah Gangsa bagi

Kategori Kewangan sekali gus

menerima menerima wang tunai

BND3,000, piala serta sijil

penghargaan.

Manakala kumpulan-kumpulan

lain yang tidak memperolehi

apa-apa anugerah masing-masing

membawa pulang wang tunai

berjumlah BND1,000 tiap-tiap satu

dan sijil penghargaan diberikan

kepada semua penyertaan.

DYTM kemudian berkenan

menyempurnakan penyampaian

sijil-sijil perkhidmatan bagi

pegawai-pegawai kerajaan yang

bersara kepada wakil-wakil

kementerian-kementerian yang

terdiri daripada Setiausaha-

Setiausaha Tetap.

Sebelum berangkat meninggalkan

majlis, DYTM berkenan

menyaksikan pameran bertemakan

'Industri Pembinaan Menjana

Pembangunan yang Lebih Mapan'.

Pameran bertujuan untuk

mengetengahkan kepentingan peranan

industri binaan dalam perekonomian

negara serta sebagai

usaha ke arah menarik perhatian

orang ramai terutama penuntutpenuntut

dan para pencari pekerjaan

terhadap peluang-peluang kerjaya

dalam industri binaan di sektor

kerajaan dan swasta.

Tema HPA Ke-19 pada tahun ini

ialah 'Bersatu Padu Ke Arah

Mencapai Wawasan Brunei 2035'

yang dihasrat untuk menjadikan

Negara Brunei Darussalam

menjelang tahun 2035 dikenali di

seluruh dunia sebagai sebuah negara

yang mempunyai rakyat yang

berpendidikan, berkemahiran tinggi

dan berjaya, mempunyai kehidupan

yang berkualiti serta ekonomi yang

dinamik dan berdaya tahan.

DYTM ketika berkenan mengurniakan sabda dalam Majlis Sambutan HPA Ke-19.

MENARIK perhatian ... DYTM tertarik dengan pameran yang bertemakan'Industri Pembinaan Menjana Pembangunan yang Lebih Mapan' yang

disertai oleh beberapa agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi kewangan, beberapa buah syarikat-syarikat binaan,

pembekal dan pakar perunding. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik (atas kiri dan

kanan).

DYTM ketika berkenan menyempurnakan anugerah kepada Kumpulan-kumpulan yang ikut bertanding dalam Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) bagi tahun 2012.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!