20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei 20 iklan - Pelita Brunei

pelitabrunei.gov.bn
from pelitabrunei.gov.bn More from this publisher
25.12.2012 Views

10 HARI AGAMA ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 20 OKTOBER 2012 Kewajipan haji dan hikmat berkorban MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar dan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan di akhirat. Pada ketika ini, jemaah haji dari seluruh dunia sedang berhimpun di tanah suci Mekah untuk melaksanakan ibadah haji. Sebagaimana yang kita maklum, ibadat haji adalah rukun Islam yang kelima yang diwajibkan bagi mereka berkemampuan mengerjakannya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali'Imran ayat 97, tafsirnya : “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji kita Allah iaitu bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang mengingkari kewajipan ibadat haji, maka sesungguhnya Allah maha kaya dari sekalian alam.” Setiap ibadat yang dituntut untuk dikerjakan setentunya mempunyai hikmat yang tersendiri, begitulah juga ibadat haji. Menurut ulamak, menghidupkan atau mengimarahkan Kaabah pada setiap tahun dengan menunaikan haji atau umrah adalah fardu kifayah. terdapat banyak ayat-ayat Al-Qu'ran dan hadis-hadis yang menyebut mengenai hikmat ibadat tersebut di antara-nya sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Haj ayat 27, tafsirnya : “Dan serulah manusia untuk mengerjakan ibadat haji nescaya marilah akan datang ke rumah tuhannya dengan berjalan kaki dan dengan menungang berjenis-jenis unta yang kurus disebabkan lamanya perjalanan yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu atas rezeki yang dikurniakan kepada mereka daripada binatang ternakan untuk dijadikan korban, maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah sebahagian yang lain untuk dimakan oleh orang susah lagi fakir.” Ibadat haji juga mempunyai keistimewaan tertentu bagi orang-orang yang mengerjakannya sama ada bagi dirinya sendiri atau umat Islam secara keseluruhannya. Bagi orang yang mengerjakan ibadat haji dan memperolehi haji yang mabrur dosa mereka akan diampunkan dan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : “Dari Abu Hurairah Radiallahuanha : Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Suatu umrah kepada umrah yang lain adalah kafarah (menghapuskan segala dosa) di antara keduanya dan haji yang mabrur (diterima) itu tiada balasan baginya melainkan Syurga.” Ibadat haji juga mengukuhkan iman seseorang dan dapat membantu menyempurnakan taubat dengan ikhlas dan betul. Ibadat tersebut juga membawa seseorang itu bersyukur kepada tuhannya iaitu berterima kasih degan nikmat harta dan kesihatan yang diberikan oleh “DAN serulah manusia untuk mengerjakan ibadat haji nescaya marilah akan datang ke rumah tuhannya dengan berjalan kaki dan dengan menungang berjenis-jenis unta yang kurus disebabkan lamanya perjalanan yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu atas rezeki yang dikurniakan kepada mereka daripada binatang ternakan untuk dijadikan korban, maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah sebahagian yang lain untuk dimakan oleh orang susah lagi fakir.” Allah Subhanahu Wata’ala kerana ibadat haji tidak wajib dikerjakan jika tidak mempunyai harta yang cukup dan badan yang sihat. Ibadat haji juga membawa ikatan mahabbah persaudaraan yang kukuh di kalangan umat Islam tanpa mengira bangsa dan darjah. Pada hakikatnya ibadat haji dijadikan sebagai muktamar atau perhimpunan umat Islam yang terbesar di dunia. Inilah hikmahnya persaudaraan yang dipupuk oleh umat Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an bahawa orang-orang Islam itu adalah bersaudara. Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa ibadat haji itu wajib dikerjakan hanya sekali seumur hidup dan jika dikerjakan berulang kali maka haji yang kedua dan seterusnya itu dikira sebagai sunat. Ulama juga sepakat bahawa ibaji itu tidak wajib dikerja dengan segera. Walau bagaimanapun bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan dan telah cukup syarat-syarat yang diwajibkan kepada mereka, maka sunat bagi mereka untuk tidak melambatkan ibadat haji. Sesungguhnya bersegera membuat amal kebajikan itu suatu perkara yang dituntut sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Maa-idah ayat 48, tafsirnya : “Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu membuat kebajikan.” Beberapa hari lagi kita akan meraikan Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Pada Hari Raya tersebut, umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan iaitu unta, lembu, kerbau dan kambing sebagai tanda syiar agama Islam. Sesungguhnya ibadat korban itu hukumnya sunat muakaddah iaitu sunat yang sangat dituntut, lebih-lebih lagi kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahi rezeki kepada mereka. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis maksudnya : “Dari Abu Hurairah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barang siapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini.” Ada pun waktu menyembelih binatang korban iaitu selepas naik matahari pada Hari Raya Aidiladha iaitu setelah selesai Sembahyang Sunat Hari Raya Adha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenam matahari akhir hari tasyrik iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Jika ibadat korban dilakukan sebelum dan selepas waktu tersebut, maka tidaklah dikira ibadat korban. Sesungguhnya amalan menyembelih korban itu bukti keikhlasan dan ketakwaan kita ke atas perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Haj ayat 37, tafsirnya : “Daging dan darah binatang korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah ketakwaan kamu.” Sebagai manusia sememangnya tidak luput dari melakukan kesilapan dan dosa yang kadang-kadang menyebabkan kita lupa dan mengabaikan perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada hamba-hambanya, memberikan banyak jalan yang boleh mendekatkan diri kepadanya. Salah satu jalan tersebut ialah dengan melakukan ibadat korban. memandangkan ibadat korban itu mempunyai kelebihan dan masa yang tertentu, maka bagi mereka yang berkemampuan dan dilebihi rezeki oleh Allah Subhanahu Wata'ala janganlah melepaskan peluang untuk melakukan ibadat korban kerana ibadat ini sangat dituntut dan tinggi nilainya di sisi Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis : Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanha berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bertanya : Apakah yang ada pada korban itu? Cuba Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : maksudnya : “Ia adalah sunat bapa kamu ibrahim. Mereka bertanya lagi: Apa yang akan kamu perolehi daripadanya wahai rasul Allah? Rasullullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebaikannya.” Mereka bertanya lagi : “Bagaimana pula dengan bulunya wahai rasul Allah? rasul Allah menjawab : “Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.” Akhirnya, marilah sama-sama kita meningkatkan lagi ketakwaan kita Allah Subhanahu Wata'ala dengan melakukan ibadat korban ini terutama bagi mereka yang berkemampuan. Kita berdoa semoga ibadat korban yang kita dilakukan akan mendapat ganjaran pahala dan kebajikan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Kita juga berdoa semoga para jemaah haji yang berada di tanah suci dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan dalam mengerjakan ibadat haji dan seterusnya akan mendapat haji yang mabrur. Amin Ya Rabbalalamin. Surah Al Kautsar ayat 1-3, Tafsirnya : “Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepada mu wahai Muhammad kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata dan sembelihnya korban sebagai bersyukur. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang diingini.”

PERJALANAN hampir tiga jam dari Bandaraya Bangkok menuju ke sebuah bandar diraja purba yang diberi nama ‘Phetchaburi Province’ yang terletak di Teluk Timur Thailand amat bermakna kepada empat pegawai dari Negara Brunei Darussalam dalam Program Pertukaran Pegawai-Pegawai dan Media Cetak antara Brunei-Thailand yang berlangsung di akhir bulan September lepas. Wilayah Phetchaburi yang dibangun di Abad Ke-8 iaitu pada tahun 1860 ketika pemerintahan Raja Rama 1V adalah tempat persinggahan yang menarik kepada pelancong, khususnya para pelancong yang terdiri daripada pengkaji sejarah salahsilah raja-raja Thailand purba kerana Ia adalah bandar purba yang mempunyai sejarah yang sangat lama dan tidak dinafikan. Perkara ini telah terbukti oleh banyak penemuan oleh para pakar arkeologi. Phetchaburi menerima tiga hingga empat ribu pelancong dalam dan luar negeri setiap hari. Dan jumlah tersebut meningkat ketika hari-hari kelepasan awam dan hari-hari kebesaran Thailand, khususnya dalam kalangan penuntut dan para pelajar Thailand. I a sebuah bandar lama yang digunakan sebagai benting dan kubu strategik diraja Thailand ketika dulu. Phetchaburi terletak di pantai barat teluk Thailand dengan keluasan keseluruhan kirakira 6,225 kilometer persegi. Berkesempatan dibawa melawat ke bandar purba dan menyaksikan sendiri istana lama yang penuh bersejarah, para peserta program teruja dengan kebolehan dan kepakaran Negara Thailand dalam memelihara dan mengekalkan istana lama yang didiami oleh tiga raja Thailand iaitu Raja Rama 1V, V dan V1 dan salahsilah raja-raja Thailand khususnya wilayah Phetchaburi iaitu bandar kecantikan HARI HARI ISNIN, SABTU 1 JANUARI 20 OKTOBER 2011 2012 RENCANA 11 yang menawan dan mempunyai resort tepi pantai yang aman, dengan persekitaran semulajadi yang menarik. Di Phetchaburi inilah, tiga istana telah dibina iaitu semasa pemerintah Raja Rama 1V, V dan V1 yang juga dikenali sebagai ‘Mung Sam Wang’ (Bandar Tiga Istana). Istana-istana lama tersebut sentiasa dijaga dan dipelihara, untuk tatapan para pelancong khususnya generasi baru Thailand. Di dalamnya juga terbina taman yang penuh bersejarah, kuil purba, gua serta pantai yang indah. Dan kini ianya juga merupakan salah satu bandar peranginan yang popular kerana kepelbagaian resturan dan gerai makanan laut yang segar. Apa yang lebih membanggakan pemeliharaan istanaistana lama raja-raja Thailand ini bukan saja sebagai mengangkat dan mencemerlangkan imej Raja, Negara dan Kerajaan mereka tetapi apa yang lebih penting, Thailand telah dapat mewariskan dan mengekalkan sumber sejarah yang bernilai tinggi untuk ristaan generasi mereka ketika ini dan seterusnya dimasa akan datang agar tidak lupus dek perubahan zaman. Untuk lebih menarik kunjungan para pelancong, pelbagi acara kebudayaan dan aktiviti dijalankan seperti pameran mengenai sejarah Phetchaburi, demonstrasi memasak hidangan wilayah itu, hiburan, pelbagi pertandingan, dan pameran produk tempatan juga diadakan. PROJEK CHANG HUA MAN Wilayah Phetchaburi yang majoriti penduduk tempatannya terlibat dalam aktiviti pertanian termasuk penanaman padi amat bertuah mempunyai raja yang amat meminati bidang pertanian. Perkara tersebut terbukti dengan tertubuhnya Projek Diraja Chang Hua Man yang juga terletak di Rencana dan Foto: Hajah Zabaidah binti Haji Salat Phetchaburi. Inisiatif di bawah naungan Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand merupakan projek penanaman pelbagai produk pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan dan perikanan laut dan air tawar yang dibuka pada tahun 2008 di kawasan tanah berkeluasan kira-kira 100 hektar. Demi untuk rakyat dan penduduknya, Raja Thailand telah melabur kira-kira 20 million bath bagi menjayakan Projek Chang Hua Man. Dan seterusnya mengalakkan para peladang serta rakyat Thailand bekerja secara sukarela untuk menjayakan projek itu. Apa yang menjadi BERKSEMPATAN di bawa melawat Dewan Pameran Rattanakosin, Muzium moden yang dilengkapi dengan teknologi moden dan barang-barang peninggalan rajaraja Thailand (gambar kiri dan atas) PARA pegawai dari Negara Brunei Darussalam, Dayang Ruhil Amal Faridah binti Yahya (dua dari kanan) penulis rencana, Awang Hassanul Hidayat bin Haji Abu Bakar ( empat dari kanan )dan Awang Nazdeny Ardian bin Haji Johan ( tiga dari kanan ) bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Perhubungan Awam Thailand ketika membuat lawatan ke istana lama penuh bersejarah yang dibina pada tahun 1860, pernah didiami oleh raja Thailand iaitu Raja Rama 1V, V dan V1 yang terletak di bandar purba Wilayah Phetchaburi, di pantai barat Thailand. kebanggan para penduduk wilayah Phetchaburi ramai yang meluangkan masa secara sukarela sama-sama menanam pelbagai produk pertanian di projek itu, yang mana hasilnya dipasarkan dipasaran tempatan juga di import keluar negara. Inisiatif projek ini juga dihasratkan bagi persediaan musim kemarau yang mana krisis pertanian sering berlaku. Di samping mengalakan generasi muda terutamanya para pelajar mencintai dan menghargai alam sekitar dan seterusnya merealisasikan sumber asli dalam pembelajaran, pemuliharaan dan persekitaran. Projek Chang Hua Man, selain sebagai ladang pertanian tetapi juga dijadikan sebagai desitinasi pelancongan yang mesti dikunjungi oleh rakyat tempatan dan pelancong luar negeri dengan pelbagai kemudahan disediakan, tetapi sebelum memasuki dan menyaksikan ladang diraja ini, para pengunjung terlebih dahulu membeli tiket, yang mana hasil jualan tiket tersebut digunakan bagi membantu menjayakan projek tersebut. DEWAN PAMERAN RATTANAKOSIN Dewan Pameran Rattanakosin yang terletak di Jalan Ratchadamnoen Klang, Thailand merupakan salah satu muzium Bangkok yang terbaru dan moden yang dibuka kepada kunjungan orang ramai pada tahun 2010, juga sempat dilawati oleh para peserta program pertukaran Brunei-Thailand kali ini. Dewan Pameran yang dilengkapi dengan teknologi multimedia yang terkini menjelaskan mengenai maklumat sejarah, seni dan budaya era Rattanakosin sejak tahun 1782. Yang mana bangunan lama yang telah diubah suai kepada sembilan bilik pameran yang setiap satu bilik pameran mewakili kehebatan Rattanakosin sebagai ibu kota Thailand. Melawat dewan pameran itu di hari kedua berada di Bangkok adalah peluang sangat berharga kerana hampir keseluruhan cara pameran yang dipersembahkan mengunakan teknologi multitouch yang canggih dan terkini, tidak heranlah ia di anggap sebagai muzium generasi baru yang menceritakan kekayaan sejarah bandaraya diraja Bangkok, yang juga dikenali ketika dulu sebagai Pulau Rattanakosin. Para pengunjung seolah-olah berada dalam lawatan animasi sekitar Pulau Rattanakosin yang menyeronokkan sambil menyaksikan pemandangan indah Jalan Ratchadamnoen serta melihat lebih dekat ‘Metal Castle’ dan Gunung Emas. Tujuan dewan pameran ini dibina adalah untuk menarik lebih ramai rakyat Thailand dan juga berfaedah bagi kunjungan pelancong luar negara, khsusunya generasi muda mengenai warna-warni kehidupan raja dan rakyat Thailand dari dulu dan seterusnya akan datang.

PERJALANAN hampir

tiga jam dari Bandaraya

Bangkok menuju

ke sebuah bandar diraja purba

yang diberi nama ‘Phetchaburi

Province’ yang terletak

di Teluk Timur Thailand amat

bermakna kepada empat

pegawai dari Negara Brunei

Darussalam dalam Program

Pertukaran Pegawai-Pegawai

dan Media Cetak antara

Brunei-Thailand yang

berlangsung di akhir bulan

September lepas.

Wilayah Phetchaburi yang

dibangun di Abad Ke-8 iaitu

pada tahun 1860 ketika

pemerintahan Raja Rama 1V

adalah tempat persinggahan

yang menarik kepada pelancong,

khususnya para pelancong

yang terdiri daripada

pengkaji sejarah salahsilah

raja-raja Thailand purba

kerana Ia adalah bandar purba

yang mempunyai sejarah yang

sangat lama dan tidak

dinafikan. Perkara ini telah

terbukti oleh banyak penemuan

oleh para pakar arkeologi.

Phetchaburi menerima tiga

hingga empat ribu pelancong

dalam dan luar negeri setiap

hari. Dan jumlah tersebut

meningkat ketika hari-hari

kelepasan awam dan hari-hari

kebesaran Thailand, khususnya

dalam kalangan penuntut

dan para pelajar Thailand. I

a sebuah bandar lama yang

digunakan sebagai benting

dan kubu strategik diraja

Thailand ketika dulu. Phetchaburi

terletak di pantai barat

teluk Thailand dengan keluasan

keseluruhan kirakira

6,225 kilometer persegi.

Berkesempatan dibawa

melawat ke bandar purba dan

menyaksikan sendiri istana

lama yang penuh bersejarah,

para peserta program teruja

dengan kebolehan dan kepakaran

Negara Thailand dalam

memelihara dan mengekalkan

istana lama yang didiami oleh

tiga raja Thailand iaitu Raja

Rama 1V, V dan V1 dan

salahsilah raja-raja Thailand

khususnya wilayah Phetchaburi

iaitu bandar kecantikan

HARI HARI ISNIN, SABTU 1 JANUARI 20 OKTOBER 2011 2012 RENCANA 11

yang menawan dan mempunyai

resort tepi pantai yang

aman, dengan persekitaran

semulajadi yang menarik.

Di Phetchaburi inilah, tiga

istana telah dibina iaitu

semasa pemerintah Raja

Rama 1V, V dan V1 yang juga

dikenali sebagai ‘Mung Sam

Wang’ (Bandar Tiga Istana).

Istana-istana lama tersebut

sentiasa dijaga dan dipelihara,

untuk tatapan para pelancong

khususnya generasi baru

Thailand. Di dalamnya juga

terbina taman yang penuh

bersejarah, kuil purba, gua

serta pantai yang indah. Dan

kini ianya juga merupakan

salah satu bandar peranginan

yang popular kerana

kepelbagaian resturan dan

gerai makanan laut yang

segar.

Apa yang lebih membanggakan

pemeliharaan istanaistana

lama raja-raja Thailand

ini bukan saja sebagai mengangkat

dan mencemerlangkan

imej Raja, Negara dan Kerajaan

mereka tetapi apa yang

lebih penting, Thailand telah

dapat mewariskan dan mengekalkan

sumber sejarah yang

bernilai tinggi untuk ristaan

generasi mereka ketika ini dan

seterusnya dimasa akan datang

agar tidak lupus dek

perubahan zaman.

Untuk lebih menarik

kunjungan para pelancong,

pelbagi acara kebudayaan dan

aktiviti dijalankan seperti

pameran mengenai sejarah

Phetchaburi, demonstrasi

memasak hidangan wilayah

itu, hiburan, pelbagi pertandingan,

dan pameran produk

tempatan juga diadakan.

PROJEK CHANG

HUA MAN

Wilayah Phetchaburi yang

majoriti penduduk tempatannya

terlibat dalam aktiviti pertanian

termasuk penanaman

padi amat bertuah mempunyai

raja yang amat meminati

bidang pertanian. Perkara

tersebut terbukti dengan tertubuhnya

Projek Diraja Chang

Hua Man yang juga terletak di

Rencana dan Foto: Hajah Zabaidah binti Haji Salat

Phetchaburi.

Inisiatif di bawah naungan

Raja Bhumibol Adulyadej,

Raja Thailand merupakan

projek penanaman pelbagai

produk pertanian seperti

sayur-sayuran, buah-buahan,

penternakan dan perikanan

laut dan air tawar yang dibuka

pada tahun 2008 di kawasan

tanah berkeluasan kira-kira

100 hektar.

Demi untuk rakyat dan

penduduknya, Raja Thailand

telah melabur kira-kira 20 million

bath bagi menjayakan

Projek Chang Hua Man. Dan

seterusnya mengalakkan para

peladang serta rakyat

Thailand bekerja secara

sukarela untuk menjayakan

projek itu. Apa yang menjadi

BERKSEMPATAN di bawa melawat Dewan Pameran Rattanakosin, Muzium moden yang

dilengkapi dengan teknologi moden dan barang-barang peninggalan rajaraja Thailand (gambar

kiri dan atas)

PARA pegawai dari Negara Brunei Darussalam, Dayang Ruhil Amal Faridah binti Yahya (dua dari kanan) penulis rencana, Awang Hassanul Hidayat

bin Haji Abu Bakar ( empat dari kanan )dan Awang Nazdeny Ardian bin Haji Johan ( tiga dari kanan ) bersama pegawai-pegawai dari Jabatan

Perhubungan Awam Thailand ketika membuat lawatan ke istana lama penuh bersejarah yang dibina pada tahun 1860, pernah didiami oleh raja

Thailand iaitu Raja Rama 1V, V dan V1 yang terletak di bandar purba Wilayah Phetchaburi, di pantai barat Thailand.

kebanggan para penduduk

wilayah Phetchaburi ramai

yang meluangkan masa secara

sukarela sama-sama menanam

pelbagai produk pertanian di

projek itu, yang mana hasilnya

dipasarkan dipasaran tempatan

juga di import keluar

negara.

Inisiatif projek ini juga dihasratkan

bagi persediaan

musim kemarau yang mana

krisis pertanian sering berlaku.

Di samping mengalakan

generasi muda terutamanya

para pelajar mencintai dan

menghargai alam sekitar dan

seterusnya merealisasikan

sumber asli dalam pembelajaran,

pemuliharaan dan persekitaran.

Projek Chang Hua Man,

selain sebagai ladang pertanian

tetapi juga dijadikan sebagai

desitinasi pelancongan

yang mesti dikunjungi oleh

rakyat tempatan dan pelancong

luar negeri dengan pelbagai

kemudahan disediakan,

tetapi sebelum memasuki dan

menyaksikan ladang diraja

ini, para pengunjung terlebih

dahulu membeli tiket, yang

mana hasil jualan tiket

tersebut digunakan bagi

membantu menjayakan projek

tersebut.

DEWAN PAMERAN

RATTANAKOSIN

Dewan Pameran Rattanakosin

yang terletak di Jalan

Ratchadamnoen Klang,

Thailand merupakan salah

satu muzium Bangkok yang

terbaru dan moden yang

dibuka kepada kunjungan

orang ramai pada tahun 2010,

juga sempat dilawati oleh para

peserta program pertukaran

Brunei-Thailand kali ini.

Dewan Pameran yang

dilengkapi dengan teknologi

multimedia yang terkini menjelaskan

mengenai maklumat

sejarah, seni dan budaya era

Rattanakosin sejak tahun

1782. Yang mana bangunan

lama yang telah diubah suai

kepada sembilan bilik pameran

yang setiap satu bilik

pameran mewakili kehebatan

Rattanakosin sebagai ibu kota

Thailand.

Melawat dewan pameran

itu di hari kedua berada di

Bangkok adalah peluang

sangat berharga kerana

hampir keseluruhan cara

pameran yang dipersembahkan

mengunakan teknologi

multitouch yang canggih dan

terkini, tidak heranlah ia

di anggap sebagai muzium

generasi baru yang menceritakan

kekayaan sejarah

bandaraya diraja Bangkok,

yang juga dikenali ketika dulu

sebagai Pulau Rattanakosin.

Para pengunjung seolah-olah

berada dalam lawatan

animasi sekitar Pulau

Rattanakosin yang menyeronokkan

sambil menyaksikan

pemandangan indah Jalan

Ratchadamnoen serta melihat

lebih dekat ‘Metal Castle’ dan

Gunung Emas.

Tujuan dewan pameran ini

dibina adalah untuk menarik

lebih ramai rakyat Thailand

dan juga berfaedah bagi

kunjungan pelancong luar

negara, khsusunya generasi

muda mengenai warna-warni

kehidupan raja dan rakyat

Thailand dari dulu dan seterusnya

akan datang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!