25.12.2012 Views

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

20 iklan - Pelita Brunei

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

10 HARI AGAMA

ISNIN, 1 JANUARI 2011 HARI SABTU 20 OKTOBER 2012

Kewajipan haji dan

hikmat berkorban

MARILAH kita sama-sama

meningkatkan keimanan dan ketakwaan

kepada Allah Subhanahu

Wata'ala, dengan melakukan segala suruhan-Nya

dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan

hamba-hamba-Nya yang sentiasa melaksanakan

Amar Makruf dan Nahi Mungkar dan mendapat

keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan

di akhirat.

Pada ketika ini, jemaah haji dari seluruh dunia

sedang berhimpun di tanah suci Mekah untuk

melaksanakan ibadah haji. Sebagaimana yang

kita maklum, ibadat haji adalah rukun Islam yang

kelima yang diwajibkan bagi mereka berkemampuan

mengerjakannya. Firman Allah

Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali'Imran ayat

97, tafsirnya : “Dan Allah mewajibkan ke

atas manusia mengerjakan ibadat haji kita Allah

iaitu bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa

sampai kepadanya. Dan sesiapa yang mengingkari

kewajipan ibadat haji, maka sesungguhnya

Allah maha kaya dari sekalian alam.”

Setiap ibadat yang dituntut untuk dikerjakan

setentunya mempunyai hikmat yang tersendiri,

begitulah juga ibadat haji. Menurut ulamak,

menghidupkan atau mengimarahkan Kaabah

pada setiap tahun dengan menunaikan haji atau

umrah adalah fardu kifayah. terdapat banyak

ayat-ayat Al-Qu'ran dan hadis-hadis yang

menyebut mengenai hikmat ibadat tersebut di

antara-nya sebagaimana firman Allah Subhanahu

Wata'ala dalam Surah Al Haj ayat 27, tafsirnya :

“Dan serulah manusia untuk mengerjakan ibadat

haji nescaya marilah akan datang ke rumah

tuhannya dengan berjalan kaki dan dengan

menungang berjenis-jenis unta yang kurus

disebabkan lamanya perjalanan yang datang

dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka

menyaksikan berbagai-bagai manfaat bagi

mereka dan menyebut nama Allah pada hari-hari

yang tertentu atas rezeki yang dikurniakan

kepada mereka daripada binatang ternakan

untuk dijadikan korban, maka makanlah

sebahagian daripadanya dan berikanlah

sebahagian yang lain untuk dimakan oleh orang

susah lagi fakir.”

Ibadat haji juga mempunyai keistimewaan

tertentu bagi orang-orang yang mengerjakannya

sama ada bagi dirinya sendiri atau umat Islam

secara keseluruhannya. Bagi orang yang

mengerjakan ibadat haji dan memperolehi haji

yang mabrur dosa mereka akan diampunkan dan

mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam maksudnya : “Dari Abu

Hurairah Radiallahuanha : Bahawa Rasulullah

Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

Suatu umrah kepada umrah yang lain adalah

kafarah (menghapuskan segala dosa) di antara

keduanya dan haji yang mabrur (diterima) itu

tiada balasan baginya melainkan Syurga.”

Ibadat haji juga mengukuhkan iman seseorang

dan dapat membantu menyempurnakan

taubat dengan ikhlas dan betul. Ibadat tersebut

juga membawa seseorang itu bersyukur kepada

tuhannya iaitu berterima kasih degan nikmat harta

dan kesihatan yang diberikan oleh

“DAN serulah manusia untuk mengerjakan ibadat haji

nescaya marilah akan datang ke rumah tuhannya dengan

berjalan kaki dan dengan menungang berjenis-jenis unta yang

kurus disebabkan lamanya perjalanan yang datang

dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan

berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan menyebut nama

Allah pada hari-hari yang tertentu atas rezeki yang

dikurniakan kepada mereka daripada binatang ternakan

untuk dijadikan korban, maka makanlah sebahagian

daripadanya dan berikanlah sebahagian yang lain untuk

dimakan oleh orang susah lagi fakir.”

Allah Subhanahu Wata’ala kerana ibadat

haji tidak wajib dikerjakan jika tidak mempunyai

harta yang cukup dan badan yang sihat.

Ibadat haji juga membawa ikatan mahabbah

persaudaraan yang kukuh di kalangan umat Islam

tanpa mengira bangsa dan darjah. Pada

hakikatnya ibadat haji dijadikan sebagai

muktamar atau perhimpunan umat Islam yang

terbesar di dunia. Inilah hikmahnya persaudaraan

yang dipupuk oleh umat Islam sebagaimana yang

dijelaskan oleh Al-Qur’an bahawa orang-orang

Islam itu adalah bersaudara.

Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa

ibadat haji itu wajib dikerjakan hanya sekali

seumur hidup dan jika dikerjakan berulang kali

maka haji yang kedua dan seterusnya itu dikira

sebagai sunat.

Ulama juga sepakat bahawa ibaji itu tidak

wajib dikerja dengan segera. Walau bagaimanapun

bagi orang-orang yang mempunyai

kemampuan dan telah cukup syarat-syarat yang

diwajibkan kepada mereka, maka sunat bagi

mereka untuk tidak melambatkan ibadat haji.

Sesungguhnya bersegera membuat amal

kebajikan itu suatu perkara yang dituntut

sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wata’ala

dalam Surah Al Maa-idah ayat 48, tafsirnya :

“Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu

membuat kebajikan.”

Beberapa hari lagi kita akan meraikan

Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari

Raya Korban. Pada Hari Raya tersebut, umat

Islam disunatkan melakukan ibadat korban

dengan menyembelih binatang ternakan iaitu

unta, lembu, kerbau dan kambing sebagai tanda

syiar agama Islam.

Sesungguhnya ibadat korban itu hukumnya

sunat muakaddah iaitu sunat yang sangat dituntut,

lebih-lebih lagi kepada orang yang

berkemampuan yang telah dilimpahi rezeki

kepada mereka. Rasulullah Sallallahu Alaihi

Wasallam bersabda dalam sebuah hadis

maksudnya : “Dari Abu Hurairah

Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah

Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

Barang siapa yang mempunyai kelapangan

(mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak

berkorban, maka janganlah dia datang

mendekati tempat kami bersembahyang ini.”

Ada pun waktu menyembelih binatang

korban iaitu selepas naik matahari pada Hari

Raya Aidiladha iaitu setelah selesai Sembahyang

Sunat Hari Raya Adha pada 10 Zulhijjah sehingga

terbenam matahari akhir hari tasyrik iaitu hari

ke 13 Zulhijjah. Jika ibadat korban dilakukan

sebelum dan selepas waktu tersebut, maka

tidaklah dikira ibadat korban.

Sesungguhnya amalan menyembelih korban

itu bukti keikhlasan dan ketakwaan kita ke atas

perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Ini jelas

sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala

dalam Surah Al Haj ayat 37, tafsirnya : “Daging

dan darah binatang korban itu sekali-kali

tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang

sampai kepadanya ialah ketakwaan kamu.”

Sebagai manusia sememangnya tidak luput

dari melakukan kesilapan dan dosa yang

kadang-kadang menyebabkan kita lupa dan

mengabaikan perintah Allah Subhanahu Wata'ala

kepada hamba-hambanya, memberikan banyak

jalan yang boleh mendekatkan diri kepadanya.

Salah satu jalan tersebut ialah dengan melakukan

ibadat korban. memandangkan ibadat korban

itu mempunyai kelebihan dan masa yang tertentu,

maka bagi mereka yang berkemampuan dan

dilebihi rezeki oleh Allah Subhanahu Wata'ala

janganlah melepaskan peluang untuk melakukan

ibadat korban kerana ibadat ini sangat dituntut

dan tinggi nilainya di sisi Allah Subhanahu

Wata'ala, sebagaimana yang dijelaskan

dalam sebuah hadis :

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanha berkata :

Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi

Wasalam bertanya : Apakah yang ada pada

korban itu? Cuba Rasulullah Sallallahu Alaihi

Wasallam : maksudnya : “Ia adalah sunat bapa

kamu ibrahim. Mereka bertanya lagi: Apa

yang akan kamu perolehi daripadanya wahai

rasul Allah? Rasullullah menjawab : Bagi setiap

helai rambut ada kebaikannya.” Mereka

bertanya lagi : “Bagaimana pula dengan bulunya

wahai rasul Allah? rasul Allah menjawab :

“Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.”

Akhirnya, marilah sama-sama kita

meningkatkan lagi ketakwaan kita Allah

Subhanahu Wata'ala dengan melakukan ibadat

korban ini terutama bagi mereka yang

berkemampuan. Kita berdoa semoga ibadat

korban yang kita dilakukan akan mendapat

ganjaran pahala dan kebajikan daripada Allah

Subhanahu Wata'ala. Kita juga berdoa semoga

para jemaah haji yang berada di tanah suci dalam

keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan

dalam mengerjakan ibadat haji dan seterusnya

akan mendapat haji yang mabrur. Amin Ya

Rabbalalamin.

Surah Al Kautsar ayat 1-3, Tafsirnya :

“Sesungguhnya kami telah mengurniakan

kepada mu wahai Muhammad kebaikan yang

banyak di dunia dan di akhirat. Oleh itu,

kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu

semata-mata dan sembelihnya korban sebagai

bersyukur. Sesungguhnya orang yang bencikan

engkau, dialah yang terputus dari mendapat

sebarang perkara yang diingini.”

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!