IBBC CEO SUMMIT - EBOOK
Program Book for IBBC Cafe & Restaurant (Cohort 3) organized by Nasi Lemak Saleha & Rizal Isa Consultancy and supported by Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Program Book for IBBC Cafe & Restaurant (Cohort 3) organized by Nasi Lemak Saleha & Rizal Isa Consultancy and supported by Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
ibbc cafÉ & restaurant (COHORT 3)
THE CEO SUMMIT
19-20th january 2022
ORGANIZED BY:
SUPPORTED BY:
rizal isa
KATA-KATA ALUAN
Bismillahirahmanirahim
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya saya dapat mengabadikan kata-kata aluan untuk Program
IBBC Café & Restaurant Cohort 3: The CEO SUMMIT. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
Industri Coach perlaksana: Nasi Lemak Saleha dan Coach Rizal Isa atas usaha murni menganjurkan
persidangan in, khas untuk peserta di bawah kendalian IBBC Café & Restaurant Cohort 3.
Sekalung tahniah juga disampaikan kepada Bahagian Bimbingan Bisnes INSKEN yang diketuai
oleh Dr Maizura Mohamad kerana sentiasa berusaha keras untuk memastikan kecemerlangan program
elit INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) ini.
Sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Institut
Keusahawanan Negara (INSKEN) telah diberi mandat untuk melatih dan menyediakan usahawan
untuk menjadi lebih progresif dan mampan, terutamanya dalam menghadapi cabaran pasca
Covid-19 yang telah melanda negara kita sejak dua tahun lepas. Di INSKEN, kami sentiasa menyokong
segala usaha yang dijalankan bagi memajukan bidang keusahawanan. Melalui program
INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Saya percaya salah satu aktiviti penting yang
wajib dijalankan oleh semua usahawan adalah sesi networking, yang membolehkan rakan usahawan
berbincang dan bertukar idea serta menjalinkan kerjasama dalam pengurusan sumber secara strategi.
Diharapkan program perjumpaan yang melibatkan seluruh peserta IBBC Café & Restaurant cohort
3 ini, dapat dimanfaatkan oleh semua rakan usahawan sebagai medium bertukar idea, pandangan,
cross-selling dan menjalinkan kerjasama kolaborasi perniagaan anatara satu sama lain. Saya percaya,
kerjasama seperti inilah mampu untuk membawa sesuatu entiti perniagaan ke satu aras yang
lebih tinggi.
Akhir kata, saya mendoakan agar program ini berjalan lancar serta mencapai matlamat yang dicita.
Selamat ber-networking!
En Firdaus Bin Azharuddin
Ketua Pegawai Operasi
Institut Keusahawanan Negara
KATA-KATA ALUAN
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Wmt Wbkt
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat berpeluang
untuk menulis kata-kata aluan bagi program IBBC Café & Restaurant Cohort 3: The CEO
SUMMIT. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Industri Coach perlaksana; Nasi Lemak Saleha
dan Coach Rizal Isa atas usaha padu menganjurkan program khas ini.
INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) merupakan salah satu program utama INSKEN
yang diwujudkan bagi membolehkan para peserta mendapat bimbingan secara komprehensif daripada
pemain industri utama. Alhamdulillah, bagi program IBBC Café & Restaurant Cohort 3 ini, para
peserta telah berpeluang untuk menimba ilmu daripada Industri Coach Nasi Lemak Saleha selama 4
bulan.Dalam program 2 hari ini juga, para peserta dapat berpeluang untuk melawat Restoran serta
Dapur Pusat Nasi Lemak Saleha secara ekslusif, satu peluang yang saya kira hanya boleh diperolehi
dengan menyertai program IBBC ini!
Sesungguhnya, program The CEO Summit ini, yang diadakan khas untuk peserta IBBC Café &
Restaurant Cohort 3 ini diharap dapat menjana sesi networking yang utuh, perkongsian idea & pengalaman
serta mampu meningkatkan potensi jualan dengan hasil kolaborasi bisnes strategi dikalangan
peserta program.
Bagi pihak Bahagian Bimbingan Bisnes INSKEN, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada semua peserta program IBBC Café & Restaurant Cohort 3, kerana telah berjaya menamatkan
program elit ini dengan jayanya. Diharapkan, hasil dapatan ilmu bagi program ini mampu membantu
melonjakkan lagi entiti perniagaan saudara dan saudari ke peringkat yang lebih tinggi.
InsyaALLAH!
Akhir kata, saya mendoakan agar program ini mencapai objektif yang dicita dan berjalan lancar.
Selamat bersidang!
Dr Maizura Mohamad
Pengarah,
Bahagian Bimbingan Bisnes,
TENTATIF PROGRAM
Time Day 1 Day 2
08.00 – 09.00am Registration at Saleha Event Space: Nasi Lemak Saleha
Ampang Breakfast at Hotel
09.00 – 10.00am Opening Remark:
Insight: Malaysia F&B Market Prediction 2022
Rizal Isa
Principal Trainer
Rizal Isa Consultancy (RIC)
10.00 – 10.15am
Morning Tea Break
10.30 –
1.00pm
1.00 –
2.15pm
Plenary Networking & Resolution Meeting
1) If Lockdown: Business Continuity Plan for F&B
2) Raw Material Supply & Sustainability
3) Manpower Management in F&B
4) IBBC Café & Restaurant Cohort 3 2021: Forward
Together
Lunch Break: Potluck Theme
Site Visit 1: Central Kitchen Nasi Lemak Saleha
Site Visit 2: Restaurant Nasi Lemak Saleha
Sharing session with
Pn Saleha Abdullah
Founder & CEO Nasi Lemak Saleha
Power Lunch Meeting
With Mr Firdaus Azharuddin
CEO, Institut Keusahawanan Negara
2.15 –
3.15pm
3.30 –
04.30pm
1st Pocket Talk: SMECorp: Business Scoring & Grant
Assistant Program
Mr Mohd Phaiz Jalil,
Senior Manager Coordination Program,
SME Corporation Malaysia (SMECorp)
2 nd Pocket Talk: PUNB: Property & Financing
Mrs Aniza Anwar,
Head of Property,
Perbadanan Usahawan Negara Berhad (PUNB)
5.00 pm Check-in Hotel
Dorsett Kuala Lumpur
Closing Ceremony & Resolution Proposal for
IBBC CAFÉ & Restaurant Cohort 3 2021:
The CEO Summit
PROFIL SYARIKAT
NASI LEMAK SALEHA
Nasi Lemak Saleha bermula sebagai peniaga gerai penjaja di tepi jalan sekitar
tahun 2011. Sehingga kini, perniagaan berasaskan keluarga ini telah mempunyai 2
cawangan restoran utama di Sri Rampai dan Ampang, satu dapur pusat di kawasan
perindustrian Sri Rampai yang mampu menghasilkan 15 ribu bungkus nasi lemak
daun pisang setiap hari dan mempunyai beberapa kiosk berkonsepkan "Grab & Go"
di rangkaian stesen LRT seperti di LRT Masjid Jamek, LRT Pasar Seni dan beberapa
lagi stesen terpilih.
Nasi Lemak Saleha juga telah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM dan penarafan
4 bintang di bawah Program SCORE SME Corp. Malaysia. Dalam masa yang
sama, syarikat ini telah menjalinkan beberapa perjanjian usahasama perbekalan
produk Nasi Lemak Saleha dengan beberapa rakan strategi seperti Shell Malaysia,
Petronas Dagangan, dan beberapa entiti kerajaan dan swasta.
Bagi menyokong gagasan Aspirasi Keluarga Malaysia, Nasi Lemak Saleha, bersama-sama
dengan pelbagai agensi dibawah MEDAC dalam proses mewujudkan
program perniagaan berkonsep khas untuk pembangunan gerai penjaja
tempatan.
PROFIL SYARIKAT
MOET GLORY SDN. BHD
Moet Glory Sdn Bhd merupakan satu syarikat bermula dengan katering dan pengurusan
majlis yang bermula dari tahun 2017 yang bertapak di Batu Pahat. Moet
Glory Sdn Bhd Mempunyai satu cawangan di Muar bagi meluaskan lagi perkhidmatan
katering dan pengurusan majlis.
Bermula November 2020, Moet Glory Sdn Bhd telah menjalankan perniagaan
kedai makan yang dikenali sebagai Restoran Tapaw Pak Amin berlokasi di 208 &
209, Jalan Shahbandar Batu Pahat, Johor. Restoran ini popular dengan menu nasi
syamin, menu panggang serta aneka set nasi putih dengan pelbagai lauk seperti
ikan kengsom, masak taliwang, ikan stim dan banyak lagi.
Bagi meluaskan lagi perniagaan ini di masa akan datang, pada masa yang sama
syarikat telah melancarkan Program Kerjaya bagi melatih pekerja pekerja ini
bekerja dengan latihan yang sepatutnya dan bersistematik. Maka mutu kerja setiap
pekerja dijaga dan dipastikan ditahap kualiti yang baik.
PROFIL SYARIKAT
LAPAQ WESTERN
Lapaq Western bermula dari tahun 2017. Kami beroperasi dari tapak kosong dan
kini terdiri sebuah banggunan tetap. Pada mulanya menu kami hanya berasaskan
burger dan kini berkembang dengan kepelbagaian menu western yang lain
PROFIL SYARIKAT
NASI AYAM PAPA
Nasiayampapa merupakan perniagaan nasi ayam Hainan Muslim berasal daripada
Kuantan Pahang. Kami bermula pada tahun 2014 dengan menyewa gerai di dalam
restoran. Pada April 2019 kami membuka cawangan kedua, sebuah restoran nasi
ayam berkonsepkan retoran makanan segera di Bandar Indera Mahkota 7 Kuantan,
Pahang.
Kelebihan Nasiayampapa adalah penyediaan menu utama nasi ayam berteraskan
citarasa Hainan di samping menyediakan kepelbagaian menu sampingan bagi memenuhi
permintaan pelbagai bangsa. Kami pernah menyertai program BAHTERA
2018 dan menjadi vendor rasmi bagi program Plant Shutdown PETRONAS dengan
menyediakan hidangan makanan kepada 3500-4000 pekerja. Pengalaman ini menjadikan
pasukan kami lebih cekap dan efisyen dalam menyediakan tempahan berskala
besar di masa kini.
Bagi tahun 2022, kami membuat perancangan bagi pembukaan rangkaian baru
pada bulan Januari iaitu Nasiayampapa Express. Rangkaian baru ini lebih menumpukan
kepada perniagaan berkonsepkan penghantaran dan bawa pulang disamping
itu, kami juga dalam proses mendaftarkan diri bagi mendapatkan lesen Franchisor
di bawah PERNAS.
PROFIL SYARIKAT
SATE 7 PAGI
Ditubuhkan pada November 2020, Sate 7 Pagi menawarkan penyediaan hidangan
sate serta makanan ala Johor. Kedai Sate 7 Pagi merupakan kedai pertama di kawasan
Lembah Klang yang memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati
sajian makanan sate seawal jam 7 pagi.
Dalam masa yang sama, ia mengutamakan penyediaan servis yang pantas, berkualiti
dan mengutamakan kebersihan.
Sate 7 Pagi diasaskan oleh Encik Jakfar Rosli bersama isteri beliau, Puan Iza Syuhaila
yang memiliki pengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan dan juga
pakar dalam makanan masakan Melayu tradisional. Antara pengalaman beliau
adalah menawarkan perkhidmatan katering yang dinamakan Laziez Catering sejak
tahun 2010 hingga 2019.
PROFIL SYARIKAT
EFA WESTERN
EFA Western telah diilhamkan oleh Encik Yahuda Abd Muttalib pada tahun 1999 di
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nama 'E-F-A' adalah singkatan daripada nama
anak-anak beliau. Apa yang menariknya, setiap anak-anak Encik Yahuda pernah
menjadi pemilik kedai makanan barat.
Keunikan EFA Western terletak pada keenakan sos “Brown & Black Pepper” serta
daging segar tanpa perap yang menyerlahkan lagi rasa dan membangkitkan aroma
hasil daripada penyelidikan yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu bersama beberapa
chef berpengalaman.
Pada masa ini, EFA Western dimiliki oleh Cik Ann, salah seorang anak perempuan
Encik Yahuda.
PROFIL SYARIKAT
LAWAR VILLAGE
Lawar village bermula pada tahun 2010, dimana ianya hanyalah sebuah gerai kecil
di Dataran Karak Pahang. Pada tahun 2020 merupakan permulaan yang baru dari
sebuah gerai kecil dan kemudiannya berkembang ke sebuah kedai dengan kapasiti
hampir 80 orang pada suatu masa.
Pada masa yang sama Lawar Village juga berdaftar sebagai sahabat pit stop untuk
golongan rider (Route 2) laluan Karak.
Lawar Village menyediakan 3 jenis perkhidmatan utama antaranya restoran yang
berkonsepkan selera kampung dan makanan pantai timur seperti, nasi kerabu, nasi
minyak, nasi dagang, nasi berlauk dan nasi lemak dan hidangan di dalam dulang
seperti set dulang singgang , ikan bakar, ayam kampung bersama ulam-ulaman dan
budu. Antara perkhidmatan lain adalah katering dan produk dibawah jenama sendiri
iaitu pes siap sedia dimasak seperti pes kerutuk,pes masak merah dan juga pes
bakar dan "sambal ready to eat" seperti sambal belacan dan sambal goreng.
PROFIL SYARIKAT
RESTORAN SALSABIL
Restoran Salsabil namanya yang cukup terkenal di semenangjung utara tanah air,
Alor Setar, Kedah. Lebih 20 tahun telah diusahakan. Bermula hasil tangan seorang
ayah Mohd Nasri Bin Sulaiman dan kini legasi diteruskan oleh anak-anak. Muhammad
Ikhwan telah meneruskan kejayaan dan menguruskan perjalanan perniagaan
sehingga kini.
Antara pencapaian kami adalah restoran Salsabil pernah terpilih sebagai restoran
pilihan pengguna sekitar tahun 2007. Kami juga pernah bekerjasama dengan pelbagai
agensi dalam menyediakan perkhidmatan katering menyediakan makanan
untuk VVIP bertaraf Yang Berhormat Menteri dan menyediakan lebih 100 buah
majlis kenduri-kendara, dan sangat berpengalaman dalam menguruskan pengurusan
majlis.
PROFIL SYARIKAT
CAFE TEERO
Cafe Teero ditubuhkan pada Julai 2019 dengan berkonsepkan kafe santai yang
menghidangkan menu malam yang ringan seperti nasi lemak dan kacang pool.
Selepas 3 bulan beroperasi, Cafe Teero telah menukar konsep kepada kafe keluarga
yang menghidangkan menu ala Western.
Pada tahun 2022, Cafe Teero melakukan sedikit pembaharuan dengan menambah
hidangan menu berkonsepkan tempatan dan Mediterranean.
PROFIL SYARIKAT
BIG FOOD KITCHEN
Big Food Kitchen memulakan operasi pada November 2019. Diasaskan oleh pasangan
Encik Muhammada Faizal Bin Abdul Razak dan Harleny Binti Ramli.
Big Food Kitchen terletak di Duyong, Melaka berhampiran Perigi hang Tuah iaitu
kawasan strategik tempat tarikan pelancong negeri Melaka. Big Food Kitchen
mempunyai ruang yang luas yang boleh memuatkan 250 orang dalam satu masa.
Big Food Kitchen menghidangkan makanan berkonsepkan tempatan dan ala Western
sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia dengan penawaran harga yang berpatutan.
PROFIL SYARIKAT
KAFESTA
Kafesta bermula dengan satu tapak kiosk makanan di “Food Court” Giant Banting
pada 2018. Konsep kiosk ini bertemakan ‘Quick Service Restaurant’ dan pada
ketika itu dikenali sebagai BFG (Boil, Fry, Grill). Makanan yang ditawarkan adalah
seperti burger bakar, sup bebola dan sosej Thai.
Pada tahun 2019, kami beralih kepada konsep Cafe yang berasaskan Coffee dan
Chocolate Premium serta hidangan 'Western Food'. Masih mengekalkan menu
makanan yang sama, kami juga mempelbagaikan menu minuman premium berasaskan
kopi, coklat dan fruity smoothies di samping memperkenalkan makanan ala
Western dan Korea.
Nama Kafesta diperoleh hasil daripada gabungan perkataan ‘Cafe’ dan ‘Fiesta’
setelah nama lama mengalami masalah ketika proses penjenamaan. Bagi tahun
2021, kami meluaskan variasi produk makanan dengan memperkenalkan makanan
sejuk beku seperti kambing perap, ayam perap, daging Kambing Merajuk, ‘rib eye
steak’ dan ayam peri-peri.
PROFIL SYARIKAT
MAMA NOR YONG TAU FU
Bermula dengan syarikat perkongsian Mama Nor Yong Tau Foo berasaskan keluarga
yang kemudian dinaik taraf kepada syarikat Sendirian Berhad – Mama Nor (M)
Sdn Bhd (MNMSB). Mula beroperasi sejak 28 April 2017 di Tampin, N.Sembilan.
Mengusahakan perniagaan makanan berkonsepkan “Chinese Muslim Cuisine”
yang mana kebanyakkan menu adalah hasil dari resipi warisan keluarga yang telah
mula berniaga di daerah Tampin sejak lebih 60 tahun dahulu.
Gerai pertama di daerah Tampin dan kawasan sekitar yang menjadikan Yong Tau
Foo sebagai menu utama dan menghasilkan sendiri sos istimewa resepi warisan
keluarga dari negara China. Merupakan gerai perintis yang menawarkan perkhidmatan
pelanggan dan kualiti penyediaan makanan; ‘hidangan bertaraf hotel dengan
harga gerai’ di daerah Tampin, Negeri Sembilan.
Premis pertama dan satu-satunya di daerah Tampin yang berdaftar dengan “Route
Pit Stop Friendship Official (RPFO)”, sebuah komuniti yang mendokong visi dan
misi serta dasar pelancongan Malaysia dan terdiri daripada pengusaha-pengusaha
Hentian (Pitstop) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelancong dan
penduduk.
PROFIL SYARIKAT
URBAN AFFAIRS
Urban Affairs Sdn Bhd merupakan syarikat berkonsepkan hibrid yang terletak di
Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan. Ditubuhkan pada 2017, kami
menyediakan tiga jenis perkhidmatan utama iaitu kafe, ruang acara dan katering.
Perkhidmatan katering kami menyediakan menu sajian tempatan, ala barat, Chinese
dan Indian serta pastri. Ruang acara kami yang berkeluasan 650 kaki persegi
pula dapat memuatkan sehingga 120 orang untuk setiap acara majlis.
PROFIL SYARIKAT
AWIET BISTRO CORNER
Awiet Bistro Corner beroperasi sejak tahun 1991 dan dikenali oleh masyarakat
setempat dengan keunikan Ais Batu Campur. Antara sajian minuman yang terlaris
adalah Ais Kacang Special (ABC), Ais Coco Special, Ais Jagung Special, Ais Jelly
Special dan banyak lagi. Kini, Awiet Corner pesat berniaga di Johor Bahru yang
terletak di Medan Selera Larkin Bomba dan Restoran Pak Haji Kacang Pool
Larkin.
Setelah hampir 30 tahun, Awiet Corner kini merancang untuk projek jangka masa
panjang iaitu pembukaan restoran di Pusat Perniagaan Taman Setia Indah. Restoran
ini dijangka akan dibuka pada Januari 2021 yang menerapkan konsep ‘Bistro’ iaitu
kompilasi pelbagai gerai di dalam satu tempat.
Sasaran utama kami adalah komuniti setempat di mana para pelanggan boleh
datang da mencuba menu kami yang pelbagai. Selain itu, kami juga akan menyediakan
perkhidmatan katering dan tempahan khas untuk majlis-majlis keramaian.
Kami juga merancang untuk mengeluarkan produk baru seperti produk sejuk beku
dan produk kering.
TRJ CATERING
PROFIL SYARIKAT
AWIES LEGACY
PROFIL SYARIKAT
PROFIL SYARIKAT
RESTORAN & KATERING SDN
PROFIL SYARIKAT
DEE NASI AYAM
Bermula pada tahun 1998, Dee Nasi Ayam kini mempunyai 15 jenis nasi ayam.
Antara menu popular Dee Nasi Ayam adalah seperti nasi ayam sambal hijau, nasi
ayam crispy lemon dan nasi ayam daging bakar.
Dee Nasi Ayam dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10.30 malam dan
2.30 petang hingga 10.30 malam pada setiap hari Jumaat. Servis yang terbaik dan
harga yang berpatutan merupakan dua faktor utama daya tarikan pelanggan.
Harga menu Dee Nasi Ayam bermula serendah RM7 hingga RM18. Pelanggan
yang inginkan kelainan bagi citara nasi ayam boleh singgah ke kedai kami di Jalan
Pandan Indah, Ampang.
PROFIL SYARIKAT
NASI AYAM ANGAH
Nasi Ayam Angah ditubuhkan pada tahun 2005 bermula sebagai penyewa tapak di
restoran. Bertitik tolak dari situ, Mohd Fadzly bertekad untuk membuka restoran
sendiri.
Pada Nov 2009, Nasi Ayam Angah telah memulakan operasi di lokasi sekarang
iaitu di 1212, Jalan Kasturi 36/45, Carcity Indahpura, 81000 Kulai, Johor. Sehingga
kini, perniagaan berasaskan keluarga ini telah beroperasi selama 12 tahun.
Misi kami dalam menjalankan perniagaan adalah suci, cepat dan murah. Dengan
harga RM7 sepinggan, kami menyediakan nasi ayam dengan menggunakan beras
basmati.
PROFIL SYARIKAT
ROTI BAKAR BESERAH
Roti Bakar Beserah (RBB) bermula pada November 2015. Dengan bermenukan
nasi lemak kukus dan roti bakar dengan berkanopi kecil RBB menyediakan hidangan
sarapan pagi dan makan malam. Pada ketika itu RBB juga aktif terlibat dengan
event dan bazar makan sekitar Kuantan, pernah juga beberapa kali menyertai bazar
Ramadhan.
Pada May 2018, RBB mula berpindah ke kedai yang lebih besar dan lebih selesa.
Sambutan sangat mengalakkan dan kedai sentiasa penuhdan dibantu oleh 8 orang
staf.
Pada Oktober 2020 kami mula aktif membuat penghantaran makan dan juga menggunakan
platform penghantaran atas talian seperti FoodPanda dan Grabfood. Ia
sangat membantu semasa mengharungi musim perintah kawalan pergerakan.
Kami dalam proses untuk kembangkan lagi perniagaan kami dengan mengukuhkan
“perkara asas”. RBB merancang untuk buka cawangan baru pada pertengahan
2022.
PROFIL SYARIKAT
JELIGHO MOLEK RESTAURANT
Jeligho Molek Restaurant ditubuhkan 1 April 2021 dengan inspirasi menu-menu
dari Pantai Timur. Jeligho Molek merupakan sebuah restoran terkenal di Setia
Alam dengan menu pilihan seperti nasi kerabu ayam percik putih, nasi kerabu
daging grill dan nasi jeligho gulai udang diraja.
Pada tahun 2020, Jeligho Molek mula mengusahakan 2 pes masakan yang diberi
nama Pes Jeligho Gulai Udang dan Pes Jeligho Merah Bekwoh yang dijual di website,
platform Food Panda, Grab Food dan di restoran secara offline.
Jeligho Molek menjadi pilihan seisi keluarga kerana kepelbagaian pilihan menu
sarapan dan menu signature yang sukar didapati di Lembah Klang. Harapan kami
pada tahun 2022, Jeligho Molek dapat melebarkan sayap dengan tambahan Central
Kitchen dan cawangan-cawangan baru.
PROFIL SYARIKAT
SUSHINFK
SushiNFK tertubuh setelah percubaan berniaga di tapak perniagaan bersempena
Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Gombak mendapat sambutan
dengan menawarkan harga yang mampu milik berkualiti premium, ianya menambat
hati pelanggan di institusi tersebut khususnya.
Ini menjadikan sushiNfk terus menerima permintaan yang memberangsangkan walaupun
telah tamat tempoh perniagaan di majlis berkenaan. Tempahan yang memberangsangkan
dikalangan pelajar dan juga staff di institusi berkenaan sehingga
tular di media sosial membolehkan sushiNfk mengembangkan sayapnya dengan
berpindah ke ruang produksi yang lebih selesa dan meluaskan cabang perniagaan
melalui pelanggan secara walk in selepas hampir setahun.
Pada 17 April 2018 bermulalah operasi pertama ruang produksi berkonsepkan kafe
juga restoran yang bertempat di Sushi by NFKafe, Medan Selera Sri Sg Pusu,
Gombak, Kuala Lumpur.
Genap dua tahun beroperasi dibawah gerai kelolaan Majlis Perbandaran, suhsiNFK
berpindah ke Plaza Idaman, Setapak atas beberapa faktor kekangan yang tidak
dapat dielakkan.
PROFIL SYARIKAT
PAK MAON CAFE
Pakmaon Kitchen bermula sejak tahun 2010 yang bertapak di Pekan Yan Kechil,
Kedah. Nama Pak Maon diinspirasikan daripada watak filem Nasib Do Re Mi
arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Pakmaon Kitchen juga mengekalkan
konsep 60an bagi mengingati nostalgia zaman dahulu.
Pakmaon Kitchen menyajikan hidangan Western Food & Arabian. Antara keunikan
di Pakmaon Kitchen adalah hidangan Set Talam menggunakan dulang kenduri
yang biasanya diguna pakai pada zaman dahulu.
Setelah beroperasi selama 2 tahun, kini pada tahun 2022 Pakmaon Kitchen telah
menaik taraf perniagaan di lokasi baharu iaitu di Pekan Guar Chempedak. Kini Pakmaon
Kitchen telah ditukar nama kepada Port Pakmaon. Port Pakmaon bercadang
untuk meluaskan lagi cawangan di sekitar Kedah pada masa akan datang.
PROFIL SYARIKAT
BKE CORNER
BKE Kubang Semang Corner mula ditubuhkan pada tahun 2018, berbekalkan
sedikit wang simpanan dan modal daripada keluarga. Pada awal pembukaan BKE
Corner, mereka bermula dengan hanya 20 meja, dan kini telah bertambah kepada
100 meja. Purata jualan harian BKE Corner telah meningkat daripada RM1,000
kepada sekitar RM20.000 sehari.
BKE Corner dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan juga pada cuti umum. Kedai
ini dibuka seawal 4:30 petang hingga 12:00 tengah malam. Terdapat juga beberapa
pilihan makanan lain di BKE Corner yang dijual oleh peniaga di rang sewa. Antaranya,
sate dan otak-otak, laksa dan sizzling, minuman berais dan Coconut Shake
serta masakan panas yang lain.
Selain menyediakan pekhidmatan penghantaran makanan ke kawasan sekitar, para
pelanggan boleh memesan makanan di aplikasi Grab Food dan Food Panda. Bukan
itu sahaja, BKE Corner juga telah mengeluarkan produk bahan sejuk beku mereka
sendiri iaitu kambing perap dan ayam perap.
PROFIL SYARIKAT
GREEN CRAB SEAFOOD
Green Crab Seafood Hutz bermula pada tahun 2017. Kedai kami menyediakan 38
set hidangan makanan laut yang terdiri daripada beraneka jenis seperti king crab
Alaska, baby lobster, Canadian lobster, fresh oyster, ketam nipah dan pelbagai lagi
dimasak bersama 9 pilihan sos utama yang direka khas sendiri.
Kami telah berjaya membantu seramai 14,470 peminat makanan laut di sekitar kawasan
Petaling Jaya untuk menikmati makanan laut yang segar dan sedap pada
harga yang sangat berpatutan. Sepanjang empat tahun ini kami menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada kepuasan pelanggan dari segi rasa masakan dan juga
mutu perkhidmatan.
“Masakan Laut 9 Rasa” kami telah mendapat sambutan hangat oleh para pelanggan,
sehingga kami berjaya mencapai review 5 bintang di media sosial. Kami juga
mendapat 4.8 bintang di Google Review.
PROFIL SYARIKAT
D’PANTAI
Green Island Sdn Bhd (GISB) bermula pada Oktober 2006. Skop perniagaan berasaskan
makanan dan minuman dalam bidang pembuatan, peruncitan, penjenamaan
dan pembungkusan serta pengedaran makanan.
Bermula dengan Restoran D’Pantai, idea gabungan makanan dan pelancongan terhasil.
Berasaskan konsep mesra alam sekitar, kami menjenamakan semula produk
minuman Herba Asli, Kambing Bakar, Ikan bervariasi menu, masakkan ala Thai,
masakan kampung, jualan barangan runcit, produk herba Melayu untuk memenuhi
keperluan serta kepuasan pelanggan.
Jenama D’Pedas hadir selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan usahawan
bumiputera dalam memperluas produk makanan Halal. Pengalaman dan usaha
D’Pantai membantu proses komersial produk sejuk beku D’Pedas sehingga dikenali
ramai.
Pada tahun 2018, produk CerCuba diadaptasi daripada menu restoran ke dalam pek
sterilan dengan ketahanan produk selama 2 tahun.
PROFIL SYARIKAT
CAFÉ MAT DOM DE SALAK
Café Mat Dom de Salak ditubuhkan pada 2018 di Salak Tinggi Sepang. Pengasasnya;
Puan Hajjah Rokiah binti Mat Dom memulakan perniagaan makanan bermula
dari gerai kecil di Kuala Selangor. Kemudian beliau mula mendapat projek tender
kantin pejabat dan sekolah selama lebih daripada 20 tahun.
Berbekalkan pengalaman sebagai peniaga kantin sekolah, beliau mula mengembangkan
lagi perniagaan dengan membuka perniagaan Che Wan Catering dengan
memnyediakan servis katering kepada pejabat Pendidikan Negeri Selangor.
Setelah beliau bersara dari perniagaan kantin sekolah, Puan Rokiah pulang ke kampung
di Sepang dan membuka Café Mat Dom de Salak. Nama ini di ambil sempena
nama arwah ayah beliau. Café Mat Dom menyedia dan menjual makanan untuk
sarapan pagi sahaja. Antara menu yang paling laris dan popular adalah Nasi Lemak
Ayam Berempah dan Char Kue Teow.
Kini Café Mat Dom de Salak diuruskan oleh anak-anak Puan Rokiah.
PROFIL SYARIKAT
MIOS KITCHEN
Mios Kitchen ditubuhkan pada tahun 2017 berkonsepkan makanan Barat dan Asian
Cuisine. Restoran kami mempunyai rangkaian di sekitar Lembah Klang iaitu di
Bandar Kinrara, Putrajaya, Shah Alam Seksyen 13 dan Seksyen 15 serta satu dapur
pusat di Shah Alam. Pada masa kini, Mios mempunyai kekuatan kakitangan seramai
150 orang termasuk bahagian pengurusan dan operasi.
Mios juga telah mendapat mengiktirafan Halal Jakim dan penarafan 4 bintang di
bawah Program SCORE SME Corp. Malaysia. Dalam masa yang sama, kejayaan
Mios adalah hasil daripada kerjasama pihak Agensi yang banyak membantu dalam
memberi suntikan modal antaranya, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB), Yayasan Hijrah Selangor, Perbadanan Nasional Berhad, TEKUN dan
Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Hasil usaha dalam mengembangkan perniagaan, Mios telah mendapat penghargaan
daripada agensi antaranya Usahawan Success Story Hijrah dan Anugerah Usahawan
Cemerlang daripada Yayasan Hijrah Selangor dan Grab Food Awards daripada
Grab Malaysia.
PROFIL SYARIKAT
A&J GRILL WESTERN JB
A&J Grill Western JB yang juga dikenali sebagai A&J Burger Grill JB dibina pada
tahun 2013 dari gerai ditepi jalan dan berkonsepkan franchise. Ianya di usahakan
oleh adik kembar saya di Sg Buloh, Selangor dan kami bawa ke pasaran Johor
Bahru. Setelah pelbagai usaha dilaksanakan, pada tahun 2019 A&J JB berjaya menaiktaraf
ke arah lebih berdaya saing dengan membuka sebuah foodtruck dan
masih mengekalkan konsep gerai jalanan (street stall).
Usaha A&J JB untuk pergi ke level seterusnya menampakkan hasil apabila pada
tahun 2021, A&J JB telah berjaya menyewa sebuah kedai dan dapat menyediakan
pelbagai hidangan makanan ala barat dengan inovasi “fusion western” dan juga
masih mengekalkan hidangan menu burger.
Kami berharap jenama A&J akan terus maju dan setaraf dengan restoranrestoran
terkenal di Malaysia dan terus berjuang dan memberi manfaat kepada ramai anak
muda mencari rezeki dan seterusnya memberi manfaat kepada Ummah.
PROFIL SYARIKAT
FARHANAH CATERING
Farhanah Catering ditubuhkan pada September 2015. Jenama ini pada mulanya
didaftarkan di bawah Moana Enterprise. Pada Ogos 2019, syarikat ini telah diperbadankan
dibawah Akta Syarikat 2016 dengan nama SN Moana Food & Services
Sdn Bhd. Jenama Farhanah Catering telah berjaya mendaftar cap dagangan di
bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO).
Kami menyediakan servis pengurusan katering yang efisen dan sistematik serta
lengkap dengan prosedur operasi standard. Farhanah Catering sentiasa membuka
peluang perniagaan melalui konsep ‘joint venture’ kepada vendor-vendor yang
mampu memenuhi keperluan pelanggan.
Matlamat kami adalah ingin menambah cawangan atau membuka perniagaan baru
seperti sewaan dewan, restoran, serta menguruskan tender kafe/kantin kerajaan
atau swasta di masa akan datang serta memberi peluang pekerjaan dan pengembangan
karier kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
DIREKTORI PESERTA
NO NAMA NO. TELEFON EMAIL
NAMA
PERNIAGAAN/SYARIKAT
1 AHMAD DAUD ISMAIL 019-2276685 daudgisb@gmail.com GREEN ISLAND SDN BHD
2
FARAZAITI BT.
TAMIMUDDIN
014-3806582 chefrafflesiayang@gmail.co
m
RAFFLESHA HERITAGE
CULINARY EVENT &
RESOURCES
3 HARLENY BINTI RAMLI 016-9500458 harlenyramli@gmail.com ZALENY ENTERPRISE
4
ILA NORSYAHIDA BINTI ALI
AMRAN
018-774 2649 bicaradayaglobal@gmail.co
m
BICARADAYA GLOBAL
5 JAKFAR BIN ROSLI 019-2519490 jakfar@gmail.com 7 PAGI SDN BHD
6
7
8
9
MOHAMED RAZEEN BIN
MOHAMED RISWAN
MOHAMMAD AZMIN B.
ZAINAL
MOHD FADZLY BIN ABDUL
KARIM
MOHD KHAIRUL ZAKIRIN
BIN MAHADI
IBBC CAFE RESTAURANT
COHORT 3
016-8019614 sammalique135@gmail.co
m
RESTORAN DAN KATERING
(M) SDN BHD
019-9199085 m.azminzainal@gmail.com SABARIAH BINTI RIZQ
019-7022886 mfadzlyak@gmail.com NASI AYAM ANGAH
017-9399923 khairul.zakirin2014@gmail.
com
SYABAB INSPIRASI
ENTERPRISE
10 MOHD NADZIR ALI 019-9899355 nasiayampapa@gmail.com NASIAYAMPAPA SDN BHD
ALAMAT PERNIAGAAN/SYARIKAT
LOT 1, BATU 6, JALAN JELEBU ,
71700 SEREMBAN, NEGERI
SEMBILAN
LOT 948-E JALAN HJ ADNAN KG
GICHING 43900 SEPANG
SELANGOR
LOT 1416, JALAN BUKIT
DUYONG, 75460, MELAKA
LOT 1683-4 KG CHANGKAT BATU
6, 53100, GOMBAK, KUALA
LUMPUR
3244 JALAN 18/37, TAMAN SRI
SERDANG, 43300 SERI
KEMBANGAN
NO 5, SUSURAN STATION 18,
STATION 18, 31650 IPOH, PERAK
NO 1, JALAN BB 1/3, TAMAN
BANTING BARU, 42700 BANTING
SELANGOR
NASI AYAM ANGAH, 1212 JALAN
KASTURI 36/45, CARCITY
INDAHPURA, 81000 KULAI,
JOHOR
NO 4/1407, TAPAK GERAI, JLN KG
BARU, BESERAH, KUANTAN
B16 GF, SURIA ATABARA, JALAN
IM 7/2, BANDAR IM 6, INDERA
MAHKOTA, 25200 KUANTAN
PAHANG
11
MOHD RAHMAT BIN
LATIRO
010-9013930 rahmatlaro@gmail.com CAFE TEERO
NO. 40B, PEKAN TAMPOK, 82200,
BENUT, PONTIAN, JOHOR
12 MOHD RUSDHI DARIKAH 019-2715173 rusdhid@yahoo.com NASI AYAM DEE SDN BHD
13
14
MOHD YUSRI BIN MOHD
YASIN
MOHD ZAMRI BIN
TUKIRAN @ RAN
012-6847898 theroyale2u@gmail.com TRJ CATERING
019-7714949 zamriran4949@gmail.com PERNIAGAAN AWIT
15 MOHIDIR BIN AMIN 012-7272130 mohidiramin1974@gmail.c
om
MOET GLORY SDN BHD
NO 41G, JALAN PANDAN INDAH
1/23, 55100 PANDAN INDAH,
KUALA LUMPUR.
6 JLN CAMAR 1/1, TAMAN
PERLING,81300 SKUDAI JOHOR
NO.1&3,JALAN SETIA
4/12,TAMAN SETIA INDAH,81100
JB
NO 27 JALAN TUKAS 2, TAMAN
SOGA 83000 BATU PAHAT,
JOHOR
DIREKTORI PESERTA
IBBC CAFE RESTAURANT
COHORT 3
NO NAMA NO. TELEFON EMAIL
16
17
18
19
MUHAMMAD AMIRUL
012-4957326 amirul_mar10@yahoo.com
NIZAR B ROZAY
MUHAMMAD HAFFIZZAYDI 011-
elyns2003@yahoo.com
BIN GHAZALI 16351170
MUHAMMAD IKHWAN BIN
MOHD NASRI
MUHAMMAD RASYDAN
BIN SHABANI
NAMA
PERNIAGAAN/SYARIKAT
BKE KUBANG SEMANG
CORNER
LAPAQ WESTERN /QNQ
HEBAT ENTERPRISE
013-4449853 ikhwan.nasri93@gmail.com RESTORAN SALSABIL
018-4645236 edanfallen24@gmail.com
EF EDAN GLOBAL
ENTERPRISE
ALAMAT PERNIAGAAN/SYARIKAT
LOT 1261 MUKIM 5 KUBANG
SEMANG
F170-C BATU 22 1/2 JALAN
DULANG KECIL YAN KEDAH
4045 TAMAN MUTIARA, JALAN
SULTANAH, 05350 ALOR SETAR,
KEDAH
JALAN SUNGAI YAN BATU 24
SUNGAI YAN 06900 YAN KEDAH
20
NUR FARHANAH BINTI
YAHUDA
014-7128950 farhanah@efawestern.com EFA WESTERN
NO 46 GF JALAN SETIA PERDANA
BF U13/BF, 40170, SHAH ALAM
21
22
23
24
25
26
NURHASLIZA MOHAMMAD
RAZANI
SHALWATI BINTI CHE GA
@ ZAWAWI
WAN FARHANAH
NASTASIA BINTI WAN
MAJID
WAN SUHAILA BT WAN
ABDUL MALEK
MUHAMMAD TAUFIQ GAN
BIN ABDULLAH
MOHD JOHARI BIN M
JAFFAR
012-4155547 jelighomolek@gmail.com
011-
12984291
shalwachega@gmail.com
019-9490422 farhanahnastasia22@gmail.
com
016-2838048 madsuehoney@hotmail.co
m
JELIGHO MOLEK
RESTAURANT
AWIES LEGACY
ENTERPRISE
SN MOANA FOOD &
SERVICES SDN BHD
CHE WAN CATERING
017-6087299 richplan4u@gmail.com BABYCHEFF RESOURCES
019-7782326 chantos83@gmail.com CHANTOS ENTERPRISE
27 SITI AISHAH ADAM 019-646 4154 theurbanaffairs@gmail.co
m
28
NORKARTINI BINTI
IBRAHIM
THE URBAN AFFAIRS
017-5221550 karni.ibrahim@icloud.com LAWAR VILLAGE VENTURE
29 SHARISA HARIS 013-3334300 sharisaharis@gmail.com
30
MIOR AMIN BIN
BADALISHAH
126422896
mioramin.mioskitchen@gm
ail.com
1. Mama Nor (M) Sdn Bhd
2. Mama Nor Enterprise
(Mama Nor Yong Tau Foo)
MIOS GASTRONOMY
GROUP SDN BHD
31-GF, SETIA PERDANA BE
U13/BE, SERIA 88 BUSINESS
CENTRE, 40170 SHAH ALAM,
SELANGOR
GERAI MAKAN (BLOK C) PABTAI
AIR TAWAR 22200 BESUT
TERENGGANU
NO 41-G, 43-G & 43-1 JALAN
UNIVERSITI BANGI 1, TAMAN
UNIVERSITI BANGI, 43000
KAJANG SELANGOR
LOT 335 JALAN BESAR SALAK
TINGGI OFF JALAN DATUK HAJI
TAMIN 43900 SEPANG
SELANGOR
NO 21, JALAN 11A/133, TAMAN
SRI SENTOSA, 58000 KL
27 JALAN JAYA PUTRA 8/4,
TAMAN JP PERDANA 81100,
JOHOR BAHRU
THE URBAN AFFAIRS, LOT
116!DATARAN CENTRIO 70300
NEGERI SEMBILAN
KAMPUNG MAGIN,JALAN
MENTAKAB KARAK PAHANG
Kedai nombor 2, gerai dataran
arena tampin
6/2 Kinrara Niaga,jalan
BK5A/2B,Bandar Kinrara
47100,selangor
PETA LOKASI
IBBC CAFE RESTAURANT
COHORT 3