24.12.2012 Views

Maksiat Tersembunyi.pdf - Jawi

Maksiat Tersembunyi.pdf - Jawi

Maksiat Tersembunyi.pdf - Jawi

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MAKSIAT TERSEMBUNYI

21 September 2012M / 5 Zulkaedah 1433H

1

k j i h g f e d c b

n ml

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan iman, amal dan takwa kepada Allah

SWT sebagai persediaan dan bekalan bagi menghadapi pertemuan yang pasti

dengan Allah SWT di kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya,

hanya dengan iman, amal dan takwa kita akan beroleh keredhaan Allah SWT

seterusnya kejayaan di dunia dan akhirat.

Pada hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita menghayati khutbah yang

bertajuk “Maksiat Tersembunyi”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Manusia sesungguhnya tidak pernah bebas dalam memilih tindakannya sendiri

kerana sering kali apa yang ingin dilakukan tidak dapat dilaksanakan mengikut

kehendaknya. Memang benar hidup ini banyak pilihan, tetapi itu tidak bermakna

pilihan-pilihan tersebut tiada batasan dan boleh bertindak sesuka hati.

Islam menegaskan bahawa manusia diberi kebebasan untuk memilih di antara

dua jalan iaitu kebenaran dan kebatilan seperti firman Allah SWT di dalam

Surah al-Balad ayat 10:

r qp

Maksudnya: “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan

kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)”

Namun manusia harus bertanggungjawab di atas segala tindakan yang

dilakukannya, kerana manusia telah berjanji untuk menghambakan dirinya

kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Amanah inilah yang

semestinya dipegang oleh seluruh manusia agar kita semua tunduk dan patuh

pada ajaran dan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun kerana

sifat manusia yang lemah, mereka terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok

yang pertama adalah mereka yang istiqamah mentaati perintah Allah manakala

kelompok kedua adalah mereka yang tidak istiqamah dan mengingkari suruhan

Allah SWT.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Para fuqaha’ telah membahagikan kelompok yang kedua ini kepada mereka

yang melakukan dosa-dosa kecil dan mereka yang melakukan dosa-dosa

besar. Klasifikasi ini dibuat berdasarkan kepada bentuk hukuman yang

dikenakan kepada si pelaku. Dosa kecil adalah perbuatan-perbuatan yang

syara’ tidak tentukan hukumannya yang mana tidak ada seorang pun yang

akan terlepas dari dosa bentuk ini kecuali para nabi dan rasul. Berbeza dengan

dosa besar yang mana hukumannya telah ditentukan oleh Allah SWT di dalam

al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Contoh dosa-dosa besar adalah syirik,

sihir, membunuh, makan riba, makan harta anak yatim, menuduh perempuan

yang baik berzina, memberi penyaksian yang palsu, menderhaka kepada ibu

bapa dan lain-lain.

2

Namun demikian perlu diingat bahawa Nabi SAW telah berpesan agar kita tidak

memandang remeh dosa-dosa kecil ini kerana ia akan menjadi dosa besar

sekiranya dilakukan secara berterusan. Sesungguhnya masyarakat Islam hari

ini tidak merasa apa-apa kesalahan bila melakukan dosa kecil, bahkan mereka

memandang ringan dosa kecil ini.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Ingatlah akan akibat dari perlakuan-perlakuan dosa ini, setiap dosa-dosa yang

dilakukan akan dihisab oleh Allah SWT dan diberi balasan yang setimpal

dengannya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Di dunia, orang-orang yang

suka melakukan dosa, hidupnya akan mengalami kebuntuan urusannya,

hatinya tidak akan tenang sehingga boleh mengakibatkannya terjebak dengan

dosa-dosa besar akibat dari berterusannya dan banyaknya melakukan dosa-

dosa kecil.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil langkah-langkah pencegahan dan

melakukan amalan-amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kecil ini.

Sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Hud ayat 114:

3

~} |{zy

ª ©¨

Makdusnya : “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang dan pada

ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya

amal-amal kebajikan itu dapat menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah

Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu

beringat.”

Antara amalan-amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kecila ialah:

Pertama: Sentiasa melakukan solat-solat sunat khususnya solat sunat rawatib

kerana Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa para malaikat akan

erselawat kepada sesiapa yang kekal berada di dalam tempat solatnya, selagi

mana dia berwuduk.

Kedua: Berwuduk. Ia akan menghapuskan doa-dosa anggota-anggota wuduk

dan pancaindera kita daripada saat mulanya wuduk diambil hingga ke titisan

wuduk yang terakhir.

Ketiga: Memperbanyakkan beristighfar dengan penuh keikhlasan dan

keinsafan kerana ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, bahkan Rasulullah

SAW sendiri tidak kurang dari 100 kali beristighfar setiap hari walaupun baginda

seorang yang maksum.

Keempat: Sentiasa membasahi lidah dengan berzikir dan membaca al-Quran

kerana dengan mengingati Allah itu hati kita akan menjadi tenang.

Kelima: Beriktikaf di masjid sama ada menunggu untuk solat fardu atau

beriktikaf dari satu solat fardu ke solat fardu yang lain.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Sering kali apabila kita ingin mengelak dari melakukan dosa-dosa kecil ini ada

sahaja halangan dan rintangannya, secara sengaja atau tidak kita akan

melakukannya. Ingatlah, dosa-dosa kecil ini merupakan ujian bagi kita sebagai

seorang muslim dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada

Allah SWT walaupun kita tidak dapat menghindarinya secara total, tetapi

sekurang-kurangnya kita berusaha menjauhkan diri darinya. Allah SWT tidak

pernah mensia-siakan usaha hamba-hambaNya yang ingin mendekatkan diri

kepadaNya dan mematuhi segala perintahNya.

Dalam mendidik jiwa kita menghindari dari perlakuan maksiat-maksiat

tersembunyi ini, marilah kita sama-sama melihat dan meneliti faktor-faktor yang

boleh mendorong kita ke arahnya. Antaranya ialah dengan memilih rakan dan

kawan yang betul. Ini kerana mereka inilah yang paling mudah untuk

mempengaruhi kita sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Marilah kita

4

ersahabat dengan orang-orang yang soleh, yang dapat mengajak kita sentiasa

melakukan kebaikan dan kebajikan. Tidak ada ruginya kita memilih sahabat

seperti ini, kerana ia dapat mendorong dan memacu kita dalam usaha

mendapatkan redha Allah SWT.

Begitu juga dengan makanan. Pemilihan makanan yang halal dapat

memelihara kita daripada berterusan bergelumang dengan dosa-dosa kecil ini.

Makanan yang halal lagi suci dapat melahirkan hati dan jiwa yang suci bersih

dan membenarkan nur hidayah Allah memasukinya dengan mudah.

Jagalah lidah kita kerana lidah adalah anggota yang paling mudah melakukan

dosa. Tanpa perlu menuding jari pada sesiapa, lihatlah pada diri kita sendiri

yang sering menyimpan perasaan hasad dengki dengan orang lain, yang

sangat mudah memaki dan mengeji orang apabila mereka melakukan

kesalahan, yang sangat mudah menabur fitnah dan mengadu domba kerana

suka melihat orang lain bergaduh.

Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah semula dan bertaubat kepada

Allah SWT dengan perasaan penuh penyesalan dan keazaman untuk

meninggalkan segala maksiat yang telah dilakukan.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah pada hari ini ialah:

Pertama: Dosa-dosa kecil yang berterusan boleh mendorong kepada

melakukan dosa besar.

Kedua: Keengganan dan kealpaan bertaubat dari melakukan dosa-dosa kecil

ini boleh memberi kesan pada ketaatan kita kepada Allah SWT.

Ketiga: Dosa-dosa kecil merupakan ujian dan cabaran kita dalam mentaati dan

meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 135:

5

6

kjihg

g fedcba`_ ^]

tsrqponmlkjih

Maksudnya: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji,

atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon

ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan

dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji

yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan

akibatnya).”

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!