23.12.2021 Views

E-MAJALAH HAKISAN DAN BANJIR

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.



PRAKATA



Hakisan Tanah

Oleh : Siti Rahmah Binti Adam

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Bentuk muka bumi dibentuk oleh prosesproses

hakisan. Air dan angin yang bertindak

tidak henti-henti ke atas pelbagai batuan

atau tanih dan membawa serpihan-serpihan

batuan tersebut dari sebuah tempat ke

sebuah tempat. Graviti sentiasa membantu

proses-proses seperti kemerosotan tanah,

runtuhan tanah dan fenomena-fenomena

yang berkaitan dengannya. Kemerosotan

tanah adalah pergerakan tanah secara

pelahan-lahan di kawasan cerun landai

disebabkan oleh tarikan graviti dan air yang

terdapat di dalam tanah atau tanah tersebut

telah tepu dengan air. Semua ini adalah

merupakan agen-agen hakisan geologi.


Punca-Punca

Hakisan Tanah

Oleh : Siti Rahmah Binti Adam

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Hakisan Oleh Air

Hakisan oleh air boleh terbahagi kepada 4 kategori iaitu percikan, galur

atau lurah kecil , gerakan jisim dan hakisan sungai. Hakisan air bermula

dengan titisan hujan yang terdedah ke tanah dalam jangka masa yang

panjang akan mencungkilkan tanah, merosakkan penggranulan dan

percikannya bertindak sebagai agen pengangkutan bagi setengahsetengah

keadaan. Daya yang dihasilkan oleh titisan hujan adalah begitu

kuat sekali sehingga granul-granul tanah yang terkenal bukan sahaja

tercungkil tetapi juga mungkin terpecah-pecah. Di bawah pukulan titisan

hujan, tanah akan terdedah dan mungkin lenyap.

Hakisan galur pula adalah secara meluas. Contohnya pada satu

permukaan, terdapatnya lekukan-lekukan kecil di mana air boleh

berkumpul. Menurut kajian, sebahagian besar daripada mendak yang

tersingkir dari cerun bukit adalah akibat hakisan galur. Hakisan gerakan

jisim bergantung sebahagian besarnya kepada pembasahan jisim yang

bergerak iaitu pengaliran campuran batu dan tanah bersama air hujan.

Apabila bahan-bahan yang mengalir itu sudah banyak bercampur dengan

air, maka mulalah ia mengalir sebagai jisim yang likat.


Hakisan Oleh Angin

Hakisan jenis ini berlaku pada semua

jenis tanah dan serpihan-serpihan

batu ditiup oleh angin ke tempat lain.

Di kawasan lembap, hakisan angin

selalu diketepikan kerana kesannya

jarang sekali teruk berbanding dengan

kesan hakisan air. Bahan tanah yang

subur di permukaan ditiup angin

sehingga berpuluh-puluh kilometer ke

atas.

Hakisan Oleh Salji Dan Glasier

Hakisan glasier terhad kepada gununggunung

tinggi seperti ALP dan ROCKY

dan sedikit sebanyak di kawasan

garisan lintang tinggi. Hakisan salji

adalah keadaan yang menyebabkan air

yang terdapat dalam retakan di bawah

glasier mengalami pembekuan dan

pencairan yang membantu dalam

tindakan pemecahan.


H A K I S A N O L E H P E R B U ATA N M A N U S I A

Pertanian pindah, iaitu penebangan

pokok secara besar-besaran untuk

membuka tanah baru bagi aktiviti

penanaman. Oleh itu, kawasan tersebut

terdedah kepada hakisan. Kawasan itu

akan hilang perlindungan pokok . Ini akan

menyebabkan air larian permukaan tidak

dapat meresap ke dalam tanah akibat

tidak mempunyai akar tumbuhan yang

menyerap air dan juga tidak mempunyai

akar tumbuhan untuk mencekam tanah.

Ini akan membawa kepada wujudnya

hakisan galur-galir.

Pembalakan, penebangan pokok

untuk memenuhi keperluan

sekunder telah mendorong kepada

pembukaan tanah secara meluas.

Kehilangan hutan menyebabkan

berlakunya kehilangan kawasan

tandahan air . Apabila hujan turun

dengan lebatnya, permukaan tanah

yang terdedah akan tercungkil dan

menyebabkan hakisan tanah

berlaku.

Perumahan, penebangan dan

Perlombongan,

aktiviti

pembakaran hutan untuk membuka

tanah baru secara tidak terkawal bagi

menjadi tapak pembinaan. Tanah secara

lansung mendedahkan kepada hakisan.

Apabila hari hujan, tanah dan batu di

tapak pembinaan akan mengalir bersama

air hujan ke dalam sungai yang

berhampiran. Ini menyebabkan air sungai

menjadi keruh dan kotor

perlombongan dijalankan secara

besar-besaran untuk memenuhi

keperluan masyarakat sekarang.

Akibat daripada aktiviti

perlombongan ini telah

menyebabkan tumbuh- tumbuhan

musnah dan secara tidak lansung

telah membawa kepada kerosakkan

ekosistem.


Isu-Isu

Hakisan Tanah

Oleh : Siti Rahmah Binti Adam

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Isu 1: MBI Diminta Teliti Rungutan

Penduduk Taman Silibin Indah

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta

mengambil tindakan secara teliti

mengenai rungutan penduduk Taman

Silibin Indah di Ipoh mengenai isu

hakisan tanah berhampiran kediaman

mereka kerana didakwa masih tiada

tindakan susulan sejak kejadian itu

berlaku pada 14 Mei lalu. Menteri

Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

Zuraida Kamaruddin berkata

bagaimanapun pihak penguatkuasa

MBI perlu meneliti terlebih dahulu

sama ada tanah kediaman itu tanah

pemilikan sendiri, kerajaan negeri

atau tanah milik MBI sebelum

sesuatu tindakan diambil. "Kami perlu

menyemak terlebih dahulu sebelum

tindakan susulan diambil kerana ada

perkara yang mengekang untuk kami

mengambil sebarang tindakan.

Bagaimanapun mengikut prosedur

operasi standard (SOP) pembinaan

cerun adalah di bawah bidang kuasa

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),"

katanya. Beliau berkata demikian

kepada pemberita selepas membuat

tinjauan tapak menaik taraf Gerai

Rakyat di Pekan Langkap di sini, hari

ini.

Semalam, penduduk di taman

berkenaan mendakwa tiada sebarang

tindakan susulan dibuat sejak kejadian

hakisan tanah melibatkan 10 rumah di

taman perumahan itu pada 14 Mei lalu

walaupun beberapa agensi datang

meninjau keadaan hakisan tersebut

sedangkan hakisan masih berlaku.

Menurut penduduk, layanan diberikan

kepada mereka tidak seperti diterima

penduduk di Taman Kelab Ukay,

Ampang, Selangor apabila masalah

dihadapi diselesaikan segera apabila

agensi dan menteri turun padang.

Sementara itu, Zuraida berkata kerjakerja

menaik taraf Gerai Rakyat yang

melibatkan peruntukan berjumlah RM3

juta akan mengambil masa enam bulan

untuk disiapkan.

Katanya pada peringkat

permulaan, pihaknya menyalurkan

peruntukan berjumlah RM1 juta bagi

kerja-kerja awal menaik taraf gerai yang

berusia 50 tahun itu yang pada asalnya

gerai sewaan di bawah Projek Luar

Bandar (PLB). "Kami melihat ada

keperluan untuk diberikan peruntukan

untuk menaik taraf Gerai Rakyat ini

kerana kami perlu pastikan dari segi

penguatkuasaan itu penting, tidak akan

ada lagi (kewujudan gerai secara

haram), kebersihan dan pengurusan

gerai di sini sesuai dengan norma

baharu dan jangka masa panjang,"

katanya lagi. Beliau berkata 40 lot gerai

akan dibina dengan fasa pertama

sebanyak 15 lot gerai akan dibina

terlebih dahulu dan pemilik gerai akan

dpindahkan sementara di tapak pasar

malam berhampiran di sini.


Isu 2: Tiga Faktor Mungkin Punca

Tanah Runtuh Di Kemensah

KUALA LUMPUR: Kedudukan kurang

stabil, pembinaan kolam renang tidak

telap air di permukaan atau

kewujudan sungai di kaki tebing

menjadi antara tiga kemungkinan

awal kejadian tanah runtuh di Jalan

Kemensah Heights di sini, semalam.

Difahamkan, kawasan runtuhan itu

berkemungkinan menunjukkan

kegagalan sejak dari awal dan

diburukkan dengan hujan lebat

berterusan. Pakar Geologi

Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari

Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer,

berkata pemerhatian mendapati

binaan kolam renang dan tembok

penahan di permukaan terganjak

menuruni tebing.

Bagaimanapun, katanya,

struktur rumah asal kekal dan tidak

terjejas. Katanya, turut dikesan

aliran sungai kecil di belakang

rumah terjejas tidak jauh dari lereng

atau tebing yang runtuh itu.

"Kawasan ini secara

khususnya mempunyai tiga elemen

pencetus utama iaitu pertama,

kedudukan yang tidak stabil di

lereng bukit curam.

"Kedua ialah kewujudan

binaan tidak telap air di permukaan

(kolam renang) dengan potensi

kebocoran tanpa kesan. "Ketiga

ialah sungai yang berpotensi

menghakis kaki tebing, sekali gus

melemahkan cerun atau lereng,"

katanya ketika dihubungi BH, hari

ini.


Nor Shahidah berkata, hujan

berterusan menyebabkan tanah di

kawasan itu yang berkemungkinan

sudah mula menunjukkan ciri

kegagalan lebih awal, akan bergerak

walaupun mempunyai kepadatan

litupan tumbuhan yang baik. Katanya,

binaan rumah di kawasan sensitif

seperti itu mengganggu proses

resapan hujan di permukaan,

menyebabkannya tertumpu di

kawasan telap air di sekitar kawasan

puncak dan tebing lereng.

"Peningkatan air di kawasan ini

menyebabkan berlaku peningkatan air

liang berbanding tanah sekitarnya,

lantas merendahkan kekuatan ricih

lereng dan berpotensi gagal apabila

mencapai nilai ambang kegagalan,"

katanya. Mengenai situasi di kawasan

itu, Nor Shahidah berkata, kejadian

berkenaan boleh diklasifikasikan

sebagai tanah runtuh cetek di lereng

curam dan dijana oleh hujan lebat

berterusan. Jelasnya, tanah runtuh

cetek merujuk kepada apa yang

berlaku di permukaan cerun iaitu

satah gelinciran hanya beberapa

sentimeter atau meter dari muka

cerun.

Dalam kejadian semalam,

seramai 103 penduduk di Jalan

Kemensah Heights di sini, terpaksa

dipindahkan susulan runtuhan.

Setakat ini, mereka yang

dipindahkan adalah penduduk 16 unit

rumah bandar di Jalan Kemensah dan

lot banglo di Jalan 7, Kemensah

Heights Menteri Kanan Perdagangan

Antarabangsa dan Industri, yang juga

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Bukit Antarabangsa, Datuk Seri

Mohamed Azmin Ali, hari ini

dilaporkan berkata, pihak berkuasa

memerlukan sekurang-kurangnya tiga

hari untuk melengkapkan kajian dan

laporan teknikal keadaan tanah di

situ.

Katanya, langkah segera yang

diambil adalah memasang besi

penghadang untuk menghentikan

pergerakan tanah.

"Keduanya, jika tanah runtuh

berskala besar yang berlaku atau

satah gelinciran terletak lebih dalam,

keseluruhan unit rumah pasti

terganjak dan mengakibatkan

bencana lebih dahsyat," katanya.


Isu 3: Hakisan Tanah Berlaku Di Luar

Sempadan Rentis TNB

LAPORAN Utusan Malaysia bertarikh 16

Februari 2021 di ruangan Forum

bertajuk Runtuhan cerun ancam nyawa

kami dirujuk. Tenaga Nasional Berhad

(TNB) mengambil maklum isu yang

dibangkitkan mengenai kejadian

hakisan tanah berhampiran kawasan

rentis (right of way) TNB di Taman

Dataran Kinding SS1, Tanjung

Rambutan, Perak. Untuk makluman,

kejadian hakisan itu berlaku akibat

kerosakan tembok penahan cerun yang

dibina oleh pihak pemaju perumahan di

garisan sempadan rentis TNB. Jarak

menara penghantaran dengan kawasan

hakisan adalah kira-kira 70 meter.

Siasatan TNB mendapati kejadian

hakisan itu tidak mendatangkan

sebarang ancaman terhadap integriti

struktur menara tersebut dan ia berada

dalam keadaan baik. Bagaimanapun,

TNB akan mengadakan perbincangan

bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

dan pihak pemaju bagi mengenalpasti

tindakan selanjutnya bagi membantu

menyelesaikan isu ini. Orang ramai

dinasihatkan untuk menghubungi talian

TNB CareLine 15454 sekiranya terdapat

sebarang kejanggalan kepada

pepasangan TNB.


Isu 4: Banjir Kilat Di Pulau Pinang Turut

Akibatkan Hakisan Tanah

Beberapa kawasan di Pulau Pinang

dilanda banjir kilat pada Khamis,

susulan hujan lebat berterusan hingga

lewat malam tadi. Antara kawasan

terjejas ialah Jalan P Ramlee, Jalan

Terengganu, Jelutong dan Paya

Terubong, termasuk beberapa kawasan

di Seberang Perai. Pengerusi

Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat

Penyayang dan Alam Sekitar Pulau

Pinang, Phee Boon Poh memaklumkan

keadaan masih terkawal, bagaimanapun

kerajaan negeri bersiap sedia

menghadapi kemungkinan banjir.

Katanya, pemantauan dari semasa ke

semasa dilakukan pihak berkaitan, dan

bantuan juga telah digerakkan ke lokasi

terjejas banjir. Dalam masa sama, hujan

lebat dan angin kencang menyebabkan

satu batu besar dianggarkan seberat

500 kilogram (kg) terjatuh di tengah

jalan dekat Paya Terubong kira-kira jam

10 malam tadi. Jurucakap Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) Pulau Pinang berkata, hujan

lebat menyebabkan berlaku hakisan

tanah sehingga batu itu terjatuh ke

tengah jalan raya. Sepasukan anggota

dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)

Paya Terubong berjaya mengalihkan

batu itu menggunakan teknik

‘winching’. Katanya, setakat ini,tiada

kemalangan jiwa dilaporkan dan aliran

trafik telah pulih sepenuhnya.

Isu 5: Cemas! 248 Penduduk Rumah

Panjang Bantan, Betong Diancam

Hakisan Tanah

Seramai 248 penduduk Rumah Panjang

Bantan, Sungai Langit, di Ulu Layar,

Betong berdepan detik cemas awal pagi

Jumaat selepas berlaku hakisan tanah

yang hampir memusnahkan rumah

panjang 37 pintu itu. Bagaimanapun

dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu

tidak melibatkan sebarang kemalangan

jiwa. Menurut Jurucakap Balai Bomba

dan Penyelamat Betong, pihaknya

menerima panggilan mengenai kejadian

itu sekitar jam 4 pagi tadi daripada

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua

Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas

Uggah, Dr Richard Rapu. "Sekumpulan

anggota bomba kemudian dikerahkan

ke lokasi kejadian untuk membuat

pemantauan dan mendapatkan

maklumat kejadian. "Setiba sahaja di

lokasi pihaknya mendapati berlaku

runtuhan tanah sepanjang 26 meter

dan sedalam 40 meter di hadapan

rumah panjang berkenaan," katanya.


Tambah jurucakap itu lagi, hakisan tanah itu berpunca daripada hujan

yang berterusan dan keadaan tersebut amat berbahaya kepada penduduk.

Justeru mereka dinasihati segera berpindah ke rumah panjang berhampiran

jika berlaku sebarang pergerakan tanah. Pihak Jabatan Kerja Raya Bahagian

Betong telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan untuk tindakan

selanjutnya.






Kejadian BANJIR

Oleh : Nuramin Bin Nafek

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Kejadian banjir didefinisikan sebagai suatu

keadaan di mana sesebuah kawasan

ditenggelami atau digenangi oleh air dalam

jumlah yang besar. Banjir merupakan satu

geobencana pasif iaitu bencana yang

berkaitan dengan aktiviti manusia. Banjir

berlaku pada kadar kecepatan yang sederhana

tetapi mempunyai saiz bencana yang besar.

[Keadaan kawasan banjir di Kedah,

29 November 2020]

[Keadaan banjir di Johor, 2 Januari 2021]

Kedatangan banjir boleh

dianggarkan dengan melihat

kepada jumlah curahan air hujan

dan bentuk muka bumi bagi

sesebuah kawasan setempat

contohnya seperti kawasan

dataran rendah atau kawasan

yang berbentuk cekung.

[Rajah Purata Hujan Tahunan 2009 hingga 2019 bagi 14

kawasan kajian di Malaysia.]


Namun begitu, kadangkala banjir juga dapat berlaku secara tiba-tiba akibat dari

angin ribut atau empangan air yang pecah. Kemampuan infiltrasi tanah yang

rendah menyebabkan tanah tidak mampu untuk menyerap air dalam kuantiti

yang banyak.

[Jabatan Meteorologi Malaysia, 19 Disember 2021]

Kejadian banjir ini dapat

menimbulkan pelbagai kerugian

iaitu secara fizikal, sosial dan

ekonomi (Rahayu, 2009). Banjir

juga adalah merupakan ancaman

alam yang paling sering berlaku

dan paling banyak menyebabkan

kerugian baik dari segi

kemanusiaan mahupun ekonomi

(IDEP, 2007).

[Mangsa banjir di Malaysia,

21 Disember 2021]


BENCANA BANJIR DI YAN, KEDAH :

SALAH SIAPA? - BERNAMA

Melihat keadaan dan kejadian luar biasa

“kepala air” dari puncak Gunung Jerai sehingga

mengakibatkan banjir besar ini, ramai yang

menunding jari kepada isu pembalakan dan

kuari yang dikatakan aktif berjalan di sekitar

kaki gunung tersebut. Menurut kenyataan

media oleh Ketua Setiausaha Kementerian

Alam Sekitar dan Air (KASA) iaitu Datuk Seri

Zaini Ujang, taburan hujan lebat luar biasa

dengan keamatan yang tinggi telah berlaku di

sekitar Gunung Jerai dengan jumlah kumulatif

tertinggi hujan bagi tempoh 1 jam adalah 91

mm serta Kala Kembali Purata (KKP) melebihi

70 tahun.

Hujan lebat ini terutama hujan di kawasan

puncak gunung menyebabkan limpahan air

sungai, sehingga membawa halangan kayu dan

pokok sepanjang laluan air sungai. Hujan dan

cuaca lembab sepanjang minggu ini di sekitar

kawasan utara Semenanjung Malaysia, terutama

kawasan yang terlibat dalam bencana ini,

menyebabkan kawasan tadahan air menjadi tepu

iaitu tidak dapat menyerap dan menampung

dengan baik air hujan. Ditambah dengan faktor

keamatan hujan yang tinggi, kemungkinan

kawasan tadahan tersebut tidak dapat

menampung lagi hujan yang lebat dan ianya

menyebabkan fenomena kepala air


Banjir:

salah siapa ?


” M o s t f l o o d s a r e c a u s e d b y m a n ,

n o t t h e w e a t h e r : d e f o r e s t a t i o n ,

l e v e e c o n s t r u c t i o n , e r o s i o n &

o v e r g r a z i n g a l l r e s u l t i n l o s s o f

e c o s y s t e m s e r v i c e s ”

- P a u l H a w ke n -


PUNCA

KEJADIAN

BANJIR

Punca utama kejadian banjir boleh

dibahagikan kepada dua: punca semulajadi

& perbuatan manusia

PUNCA SEMULAJADI

A. HUJAN


B. AIR PASANG


C. HAKISAN SUNGAI


P U N C A

D A R I

M A N U S I A

A. PEMBANDARAN (URBANIZATION)

Pembandaran yang tidak terkawal menyebabkan banyak

kawasan termasuk hutan dan bukit bukau telah

dimusnahkan. Kawasan tanah yang landai telah ditimbun

dengan mengambil tanah dari bukit. Terdapat juga sungaisungai

kecil yang ditimbun untuk dijadikan tapak binaan.

Aktiviti seperti ini adalah faktor utama yang mendorong

kejadian banjir. Sebelum berlakunya pembandaran yang

tidak terkawal, anak sungai dan lembah berfungsi sebagai

aliran air semasa hujan. Namun, kini, apabila hujan, air

akan mengalir dari bukit ke kawasan bawah dan kemudian

air akan bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah

dan banjir kilat akan berlaku.

B. SISTEM SALIRAN KURANG EFISIEN

Sistem saliran kurang efisien berlaku apabila ketiadaan jaringan longkang-longkang yang didirikan dan kapasiti longkang

yang rendah untuk menampung aliran air yang banyak. Kedua sitem peparitan dan longkang yang tidak

diselenggarakan sehingga menyekat pengaliran air. Pembangunan pesat juga telah mengakibatkan dasar sungai

menjadi cetek , dimana pembuangan sampah secara tidak terkawal telah menghalangaliran sungai, pembukaan dan

penerokaan tanah tebing sungai, perumahan haram danlain-lain tujuan telah menyumbang kepada peningkatan kepada

kekerapan banjir


C. PENYAHUTANAN (DEFORESTATION) D. FENOMENA 'BACK WATER'

Penebangan pokok secara tidak terkawal atau

dikenali sebagai penyahutanan (deforestation)

juga merupakan punca utama banjir disebabkan

oleh manusia. Secara semulajadinya, pokok

berfungsi untuk menghalang hakisan tanah dan

juga kehilangan tanaman. Tumbuh-tumbuhan

juga diperkaya hasil daripada semakin banyak

pokok. Ini juga menyekat aliran hujan yang

besar, sekali gus mengelakkan banjir.

Walaubagaimanapun, dengan ketiadaan pokok,

hutan tidak dapat menampung aliran air yang

banyak akibat kekurangan akar-akar besar. Hal

ini akhirnya akan menyebabkan banjir lumpur

yang sangat dahsyat.

Di kawasan bandar misalnya, manusia banyak

mengubah permukaan tanah daripada kawasan

telap air kepada kawasan-kawasan tidak telap

air melalui pembinaan jalan raya, bangunan, zon

letak kereta dan sebagainya. Selain itu, banjir

juga disebabkan oleh faktor lain seperti

runtuhnya struktur empangan, ribut,

tsunami,gegaran tektonik dan letusan gunung

berapi. Ini akan menyebabkan keadaan banjir

kilatdimana aliran air akan tersekat akibat dari

perubahan guna tanah dimana alur sungaidan

peparitan yang tersekat dan berkurangnya

keupayaan sungai melalui pemedapankelodak

dan kejadian hujan rebut seperti hujan ribut

perolakan yang lebat


I S U B A N J I R

di Malaysia


B A N J I R D I S H A H A L A M R A G U T

S E M B I L A N N YA W A


KEJADIAN BANJIR

LUMPUR DI BENTONG

KUANTAN: Seramai 35 orang termasuk

sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas

apabila terkandas dengan satu kejadian

banjir lumpur ketika mengunjungi Chalet

Bobby Eco Camp, Bentong, Pahang pada

malam Sabtu.Pusat Gerakan Operasi,

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) Pahang, menerima laporan kejadian

tersebut pada Sabtu jam 10.40 malam dan

mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat

Genting Highlands dan Gombak ke lokasi

kejadian dengan bantuan dari Pasukan

STORM Negeri Pahang.Mayat seorang

daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang

dalam kejadian banjir lumpur di sebuah

chalet di Bentong pada Sabtu ditemui pada

Selasa.

Mangsa wanita warga emas berusia 66 tahun

itu ditemui kira-kira jam 10.15 pagi kira-kira

200 meter dari lokasi terakhir mangsa berada

ketika kejadian. Operasi mengesan tiga

mangsa di Bobby Eco Farm Resort Bentong

dan seorang di Telemong, Bentong

disambung semula pada 7 pagi ini. Di

Kuantan, anggota penyelamat masih mencari

Mohd Firdaus Supiardi, 26, yang dilaporkan

hilang selepas terjun dari jambatan dan

dihanyutkan arus deras di Sungai Belat dekat

Kampung Sri Damai pada 18 Disember.


Kesan

BANJIR

Oleh : Che Muhammad Fakhri bin Che Lah

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

KEMUSNAHAN

HARTA BENDA

Banjir yang besar

menenggelamkan

rumah,

menghanyutkan barangan dan

merosakkan barangan lain. Ini

membawa kerugian yang besar

kepada penduduk.

[Kemusnahan harta benda penduduk

selepas Bah Kuning 2014 di Kelantan]


KERUGIAN

DALAM BIDANG

PERTANIAN

Air banjir yang bertakung terlalu

lama di Kawasan pertanian

menyebabkan tanaman mati. Antara

tanaman yang mudah mati adalah

getah, koko, kelapa sawit dan padi.

[Tanaman Cili yang rosak akibat banjir]

Haiwan ternakan seperti lembu, itik

dan ayam terbunuh kerana terperangkap

dalam banjir / kebuluran / penyakit.

[Tanaman Pisang musnah akibat banjir]


KEMATIAN

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir

adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku

menyebabkan takungan najis keluar bersamasama

limpahan air. Najis yang bertaburan dan

bercampur dengan air akan dibawa ke merata

tempat mengakibatkan pelbagai jenis penyakit

seperti taun dan malaria. Penyakit lain seperti

denggi, penyakit leprosi (kencing tikus) banyak

merebak dalam musim banjir.

Banjir juga mengakibatkan

kematian nyawa kerana

lemas terutamanya di

Kawasan rendah dan arus

aliran air yang deras dan

kuat.

[Keratan akhbar Sinar Harian 19 Disember 2021]

[Keratan akhbar Harian Metro 20 Disember 2021]


PENINGKATAN

PERBELANJAAN

KERAJAAN

Banjir merosakkan harta awam

seperti jalan raya, bangunan, tiang

elektrik dan mengakibatkan

pelbagai jenis penyakit. Semua kos

untuk membaikpulihdan membiayai

kelengkapan perubatan selepas

banjir ditanggung oleh kerajaan.

Kos yang tinggi perlu ditanggung

oleh kerajaan. Juga, kerajaan perlu

menyediakan pelbagai keperluan

asas dan bantuan seperti makanan

dan minuman, ubat-ubatan dan

petempatan sementara untuk

mangsa banjir.

[Kerosakan pada infrastruktur

awam selepas banjir]


Langkah

Mengatasi

Oleh : Che Muhammad Fakhri bin Che Lah

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

TEROWONG SMART

Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) yang dibina di kawasan

Kuala Lumpur mempunyai dua fungsi iaitu untuk laluan trafik kenderaan dan

menghalang banjir dari masuk ke bandaraya (dengan cara lencongan air).

Selain itu, SMART

menyediakan laluan

alternatif kepada

pengguna jalan raya dari

arah selatan Kuala

Lumpur ke pusat

bandaraya.

[Jenis mode operasi Terowong Smart mengikut

fungsi dan keperluan semasa]


PROJEK PENDALAMAN

SUNGAI

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Sungai menjadi

cetek disebabkan oleh pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang

terdapat di sungai membolehkan sungai mampu mengalirkan jumlah air hujan

dengan banyak.

[Kerja mendalamkan Sungai Kelantan]

[Kerja mendalamkan Sungai Bertam]


MEMELIHARA HUTAN

Pemeliharaan hutan merupakan cara yang

baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan

boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu

menyerap air hujan daripada mengalir terus ke

bumi.

Aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah

yang tidak terkawal perlu dihentikan.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang

(sponge) dengan menyerap air hujan dan

mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak

sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis

dalam menentukan kebersihan dan kejernihan

air. Hutan mampu menyerap air hujan pada

kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan

kembali ke atmosfera melalui sejatan

pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja

pengurangan air hujan dapat dilakukan.

[Hutan Hujan Tropika yang terdapat

di Malaysia perlu dipelihara dengan

sebaiknya]


MENGAWAL AKTIVITI

MANUSIA

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah

dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran

kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus

dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa

bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

[Pencemaran sungai dan parit hasil daripada pembuangan sampah merata-rata]


Projek Pembangunan Lembangan

Sungai Bersepadu (IRBM)

IRBM adalah proses penyelarasan dalam pemeliharaan, pengurusan dan

pembangunan sumber air, tanah dan sumber-sumber berkaitan merentasi semua

sektor di dalam sesebuah lembangan sungai. IRBM bertujuan untuk

memaksimumkan faedah sosio-ekonomi bagi sumber air secara mapan dan pada

masa yang sama memelihara dan mengembalikan semula ekosistem semulajadi

sumber air. Ia merupakan pengurusan mampan bagi tanah dan air mengikut

sempadan geografi semulajadi tanpa mengira sempadan pentadbiran. Objektif

IRBM ialah untuk memastikan air yang mencukupi, air yang bersih, mengurangkan

risiko banjir dan meningkatkan persekitaran.

[Pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) serta IRBM yang berlangsung di

beberapa negeri seluruh Malaysia. ]


RUJUKAN

Astro Awani. (2019, Oktober 25). Banjir kilat di Pulau Pinang turut akibatkan hakisan tanah.

Diambil pada Disember 20, 2021, daripada https://www.astroawani.com/beritamalaysia/banjir-kilat-di-pulau-pinang-turut-akibatkan-hakisan-tanah-220967

Astro Awani. (2020, Mac 20). Cemas! 248 penduduk Rumah Panjang Bantan, Betong diancam

hakisan tanah. Diambil pada Disember 20, 2021 daripada

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cemas-248-penduduk-rumah-panjang-bantanbetong-diancam-hakisan-tanah-234471

Astro Awani. (2020, Jun 2). Hakisan tanah: MBI diminta teliti rungutan

penduduk Taman Silibin Indah. Diambil pada Disember 20, 2021, daripada

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hakisan-tanah-mbi-diminta-teliti-rungutanpenduduk-taman-silibin-indah-245303

Chong, S. C., Wong, I. Y., & Wong, W. Y. (2010). Hakisan Tanah. Diambil pada Disember 20,

2021, daripada http://mesra-bumi.blogspot.com/p/hakisan-tanah.html

Ilah Hafiz, A. (2021, September 18). Tiga faktor mungkin punca tanah runtuh di Kemensah.

Diambil pada Disember 20, 2021, daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/865729/tiga-faktor-mungkin-puncatanah-runtuh-di-kemensah

Utusan Malaysia. (2021, Februari 15). Hakisan tanah berlaku di luar sempadan rentis TNB.

Diambil pada Disember 20, 2021, daripada

https://www.utusan.com.my/rencana/2021/02/hakisan-tanah-berlaku- di-luar-sempadanrentis-tnb/

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak. (2018, Januari 23). Pengurusan Lembangan

Sungai Bersepadu IRBM. Retrieved Disember 15, 2021, from Prtal Rasmi Jabatan Pengairan

Dan Saliran Negeri Perak: https://kpinc.perak.my/jps/index.php/ms/46-mengenai-kami/214-

pengurusan-lembangan-sungai-bersepadu-irbm

Ministry of Environment and Water. (2017, Mei 12). Integrated River Basin Management

Report. Retrieved Disember 12, 2021, from Department of Irrigation and Drainage Ministry of

Environment and Water: https://www.water.gov.my/index.php/pages/view/708

Norzanawati Kasa. (n.d.). What is SMART? Retrieved Disember 12, 2021, from

smarttunnel.com.my: https://smarttunnel.com.my/smart/what-is-smart/

Rahman, H. A., & Hashim, R. (2014). Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di

Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Soon, N. K., Isah, N., Ali, M. B., & Ahmad, A. R. (2017). Effects of SMART Tunnel Maintenance

Works on Flood Control and Traffic Flow. Advanced Science Letters, 23(1), 322-325.

doi:https://doi.org/10.1166/asl.2017.7172


Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!