29.11.2021 Views

Buku Standard Prestasi JPNJ

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KANDUNGAN

Kata Alu-aluan PPJ

Kata Alu-aluan KS SPA

Penghargaan

Kerangka Konsep PAK21

a. Penjelasan

b. Carta Alir

Standard 1 - Kepimpinan

Standard 2 - PdP

Standard 3 - Ekosistem

Standard 4 - PIBK

Glosari

Lampiran

- Standard Prestasi

- Senarai Sekolah

- Proses Kerja

kata alu-aluan

Assalamu’alaikum Waramatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam Muafakat Johor

Agenda transformasi pendidikan negara telah mendorong Jabatan Pendidikan Negeri

Johor (JPNJ) merangka hala tuju pendidikan ke arah pembangunan modal insan yang

berdaya maju dan memenuhi keperluan global. Dalam menterjemahkan usaha ini

maka terhasillah program Johor Showcase yang memfokuskan kepada keberhasilan

murid; mencakupi semua aspek pembangunan potensi sejajar dengan tuntutan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Showcase Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan salah satu inisiatif

yang dicetuskan bertepatan dengan kehendak dan keperluan memenuhi Aspirasi

Murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM, 2013 – 2025) iaitu, mempersiapkan generasi Malaysia untuk menghadapi

keperluan serta kehendak abad ke-21.

Penghasilan Standard Prestasi ini merupakan salah satu perkara yang terkandung

dalam pelan operasi Sekolah PAK21. Standard Prestasi ini disediakan agar semua

warga pendidikan Johor dapat membuat rujukan tentang peranan dan tanggungjawab

yang perlu digalas. Bersesuaian dengan Gelombang 2 PPPM (2016-2020), penerbitan

Standard Prestasi ini diharapkan dapat membantu institusi sekolah memacu kepada

perubahan sistem dan mengukuhkan peranan masing-masing dari segi kapasiti dan

keupayaan pelaksanaan.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

Sektor Pengurusan Akademik dan pasukan yang dipilih untuk menyedia dan

menerbitkan Standard Prestasi bagi Sekolah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) ini.

Kerja Berkualiti , Ibadah Dihayati.

TUAN HAJI SHAHRUDIN BIN SHARIF

Pengarah Pendidikan Negeri Johor

kata alu-aluan

Assalamu’alaikum Waramatullahi Wabarakatuh dan Salam Muafakat Johor

Semua menyedari bahawa kejayaan dan keberhasilan murid bermula dengan gaya

kepemimpinan sekolah serta aspek pembelajaran dan pengajaran (PdP). Maksudnya,

keupayaan institusi sekolah menyediakan ekosistem pembelajaran memberi

rangsangan yang dapat memberi impak kepada peningkatan penguasaan murid.

Standard Prestasi ini disediakan bagi menyokong kepada pelaksanaan program

Johor Showcase bagi Sekolah PAK21. Elemen penting yang terkandung di dalamnya

diharapkan dapat memberi suntikan dan panduan kepada warga sekolah untuk

meningkatkan prestasi kemajuan sekolah dengan semua pihak yang berkepentingan.

Justeru, adalah baik institusi sekolah dapat membuat penarafan kendiri dengan

berpandukan Standard Prestasi ini.

Semoga kita semua sebagai warga pendidikan Johor dapat berganding bahu

membawa inisiatif masing-masing secara muafakat bagi memastikan hasrat dan

aspirasi Johor Showcase dapat dicapai dengan jayanga.

Syabas dan tahniah.

SALLINA BTE HUSSAIN

Ketua Sektor Pengurusan Akademik

penghargaan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pasukan pembina Standard Prestasi yang telah berganding bahu bersamasama

membangunkan kandungan Standard Prestasi ini.

Puan Sallina bte Hussain

Nama Jawatan Institusi

Tn Hj Kamarudzaman bin Abdul Mubin

Ketua Sektor,

Sektor Pengurusan Akademik

Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia,

Sektor Pengurusan Akademik

JPN Johor

JPN Johor

Encik Azman bin Mohd Yunos Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam JPN Johor

Encik Ahmad Faidzul bin Mat Yazid Ketua Unit Pendidikan Swasta JPN Johor

Encik Mustaffa bin Ibrahim

Encik Mohamad Khairul Nizam bin Abu

Hassan

Cik Musleha bte Mohd Ghozali

Timbalan Ketua Sektor Pembangunan

Kemanusiaan

Ketua Unit Pengurusan Maklumat, Sektor

Pengurusan Maklumat

Penolong Pengarah Prasekolah, Sektor

Pengurusan Akademik

JPN Johor

JPN Johor

JPN Johor

Encik Syahidan bin Zainal Abidin Penolong Pengarah Pendidikan Swasta JPN Johor

Encik Azhari bin Samsuri Penyelia Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN Johor

Encik Wan Nadzri bin Wan A Rahman Ketua Unit Akademik PPD Mersing

PAK21

kerangka konsep

Encik Ayob bin Ibrahim Ketua Unit Akademik PPD Kluang

Encik Nor Fazli bin Jalani Penolong PPD Teknik & Vokasional PPD Pasir Gudang

Pn Norita bte Ahmad Alwi Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah) PPD Johor Bahru

Haji Abd Rahman Abd Rahim

Pengetua

SMK Kompleks Sultan

Abu Bakar

Encik Fuad bin Yusof Guru Besar SK Taman Kota Jaya

Puan Siti Hajar bte Mahpol SIPartner+ PPD Johor Bahru

Encik Azman bin Abu Bakar SIPartner+ PPD Kota Tinggi

Encik Azman bin Safii SIPartner+ PPD Kulai

Dr Muhammad Kassim bin Basir SISC+ PPD Muar

Puan Hamidah bte Haduri SISC+ PPD Kluang

Puan Fuziana bte Ali SISC+ PPD Kluang

deskripsi

Kerangka konsep PAK 21 sekolah- sekolah Negeri Johor

Kerangka Pembelajaran Abad ke-21 berkenaan menunjukkan unsur-unsur yang harus ada

dalam amalan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor. Murid yang dilahirkan

seharusnya menguasai kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran hidup dan kerjaya,

dan kemahiran maklumat media dan teknologi (gelung berwarna ungu, merah dan gelung

berwarna kuning). Sub-kerangka kemahiran murid abad ke-21 ini adalah rujukan dari Partnership

for 21 st Century Learning (P21) yang diterimapakai dalam dunia pendidikan sejagat. (www.P21.org/

Framework).

Dari segi kemahiran pembelajaran dan inovasi, murid harus mempunyai:

1. kreativiti dan inovasi

2. pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

3. berkemahiran komunikasi dan kolaboratif

Manakala kemahiran hidup dan kerjaya merangkumi:

1. kebolehsuaian dan fleksibiliti

2. inisiatif dan terarah kendiri

3. kemahiran sosial dan rentas budaya

4. produktiviti dan akauntabiliti

5. kepimpinan dan kebertanggungjawaban

Selanjutnya kemahiran maklumat media dan teknologi memberi penekanan pada

penguasaan:

1. literasi maklumat

2. literasi media

3. literasi teknologi maklumat dan komunikasi

Begitu juga dengan penggunaan teknologi yang berkesan akan membolehkan seseorang itu

mudah mengakses, mengurus, mengintegrasi dan menilai maklumat, menjana maklumat baru dan

berkomunikasi dengan orang lain.

Sebuah organisasi pendidikan haruslah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

antara lainnya menitikberatkan kemenjadian murid berunsurkan jati diri, budaya dan nilai. Untuk

merealisasikan hasrat tersebut, kita tidak boleh berkompromi dalam keakuran pada kurikulum

yang ditetapkan semasa melaksanakan pendidikan di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian,

pembelajaran abad ke-21 berasaskan kurikulum yang membangunkan perkembangan kognitif

murid harus diintegrasikan dengan nilai dan budaya tempatan serta pengukuhan jati diri.

Empat tunjang utama dalam pembentukan sesebuah sekolah adalah seperti yang tertera dalam

kerangka:

1. Kepimpinan berprestasi tinggi

2. Pembelajaran berkualiti

3. Ekosistem pembelajaran kondusif

4. Pelibatan Ibu Bapa Komuniti (PIBK) strategik

Keempat-empat tunjang ini saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain. Kawalan mutu

pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah-sekolah adalah berasaskan standard yang

harus dicapai bagi keempat-empat tunjang ini. Domain kepimpinan berprestasi tinggi di dalam

kerangka ini dilihat melingkupi tiga tunjang yang lain menunjukkan kepimpinan sekolah diiktiraf

sebagai tunjang yang sangat signifikan kerana mereka mempengaruhi secara langsung ketiga-tiga

tunjang yang lain.

Mengapakah tunjuk arah anak panah berlawanan dengan arah pusingan jam?. Rasional tunjuk

arah panah bersifat lawan jam dalam kerangka pembelajaran abad ke 21 sekolah-sekolah negeri

Johor menerangkan bahawa putaran ke kanan menghasilkan medan tenaga atau aura positif.

Sebenarnya setiap penciptaan putaran anti-clockwise oleh makhluk yang ditetapkan oleh

Pencipta melalui cosmic law, atom law dan right hand rule menghasilkan tenaga yang

sekaligus untuk menampung dan menjadi keseimbangan dunia ini. Dari sekecil-kecil

sehinga sebesar-besar objek memerlukan putaran ini supaya semuanya dalam keadaan

yang seimbang. Oleh sebab itu, setiap konstruk yang mewakili empat tunggak kerangka

pembelajaran ini akan menyeimbangi kemenjadian murid menguasai pengetahuan,

kemahiran, jati diri dan pengamalan nilai positif dalam pengasimilasian situasi kehidupan

abad ke-21. Ia juga menunjukkkan konsep challenge the process mengikut Kouzes & Posner

bagi menangani sesuatu perubahan.

“ Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh pengetua yang

lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap. Saya

pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang

menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak.

Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti

pengetuanya.” Fred Hechinger, Presiden New York Times.

Tunjuk arah panah bersifat lawan jam dalam kerangka pembelajaran abad ke 21 sekolah-sekolah

negeri Johor menjelaskan bahawa putaran ke kanan menghasilkan medan tenaga atau aura positif

untuk menunjukkan pentingnya hubungan dan gabung jalin antara ke empat-empat tunjang secara

optimum. Setiap tunjang tidak akan dapat melaksanakan fungsi masing-masing dengan baik tanpa

tunjang-tunjang yang lain. Ini adalah kerana setiap tunjang itu memiliki kekuatan tersendiri yang

saling mempengaruhi. Sebagai contoh, pembelajaran berkualiti hanya terlaksana dengan baik

apabila murid dapat meneruskan pembelajaran dengan sokongan dari kepimpinan berprestasi

tinggi, ekosistem pembelajaran kondusif dan PIBK strategik. Jika salah satu tunjang ini tidak

memainkan peranannya, murid tidak akan mendapat peluang dan ruang yang optimum untuk

meningkatkan kemahiran mereka. Pemimpin sekolah yang tidak menyediakan keperluan murid

kepada ekosistem pembelajaran kondusif dalam dan luar bilik darjah dan kerjasama dengan

PIBK dalam usaha melaksanakan intervensi bagi mencapai matlamat yang sama iaitu menyediakan

pembelajaran berkualiti akan mengakibatkan keciciran di kalangan murid. Berbanding dengan rakan

sebaya mereka yang mendapat sokongan padu dari kesemua tunjang, murid ini akan ketinggalan

mendapatkan pembelajaran berkualiti. Natijah dari itu, mereka berkemungkinan akan tercicir dalam

usaha untuk melengkapi diri dengan kemahiran abad ke-21. Kemahiran-kemahiran untuk berdaya

tahan dan bersaing di peringkat glokal dan global mungkin tidak dapat dimiliki. Oleh itu, gabung

jalin yang tekal dan berterusan di antara ke empat-empat tunjang ini perlu diberi penekanan agar

dapat membina modal insan yang memiliki keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Keseimbangan ini penting dalam persediaan menghadapi apa sahaja cabaran masa hadapan

kerana abad ke-21 ini meletakkan murid dalam era dunia tanpa sempadan.

Tunjuk arah panah merentasi bulatan menggambarkan apabila empat tunjang utama dan

semua elemen berkaitan digabung jalin, proses pembangunan murid secara holistik, sistematik dan

berterusan selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, akan membentuk kemenjadian

murid, iaitu modal insan “global player”. Seorang insan “global player” yang akan dilahirkan

seharusnya diterima oleh semua orang di arena antarabangsa. Pengetahuan dan kemahiran yang

dimiliki menjadikan beliau seorang yang dihormati dan dijadikan pakar rujuk oleh rakan pesaing

dalam bidang yang sama. Namun dalam masa yang sama, beliau seharusnya memiliki jati diri iaitu

seorang insan yang menyedari asal usulnya, cintakan tanah kelahiran dan bangga akan bahasa

ibundanya, dan mendukung adat budaya dan mengamalkan nilai murni serta nilai agama dalam

kehidupan. Tanpa ke tiga-tiga elemen penting ini, seorang murid itu belum lagi menjadi modal insan

“global player” yang holistik.

standard 1

kepimpinan

KEPEMIMPINAN

“Pengetua pada masa hadapan perlu mempunyai pandangan yang lebih luas, sofistikated

dari aspek pemikiran konseptual dan kaedah mentransformasi organisasi melalui kumpulan

dan individu”.

(Fullan, 2001)

Landskap pendidikan masa kini mengalami perubahan yang ketara seiring dengan perubahan

yang berlaku dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Malaysia. Perubahan ini menuntut

agar pemimpin di sekolah harus bertindak selaku peneraju, pembimbing dan pendorong dalam

semua program dan aktiviti di sekolah sejajar dengan pernyataan Fullan, 2001 di atas serta SKPMg2.

Ekoran dari itu, Standard Prestasi PAK21 yang dibangunkan sebagai garis panduan ini, adalah

amat sesuai dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Standard Prestasi ini diharapkan dapat

dijadikan sandaran kepada pemimpin sekolah untuk melaksanakan PAK21 dengan pemahaman

dan pelaksanaan yang sama dengan standard yang selaras.

A. PGB sebagai Peneraju

Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya

menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah

dan meningkatkan kualiti PdP.

1. PGB menetapkan hala tuju sekolah secara terancang. Membuat analisis, menentukan

sasaran, mendokumen dan menyebarluaskan hala tuju secara menyeluruh, mengambil kira

keperluan sekolah, secara jelas dan kolektif.

2. PGB mengetuai penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah secara terancang. Mengetuai

penyediaan garis panduan/format perancangan strategik, merangka strategi pencapaian

sasaran, memantau dan menyiapkan dokumen perancangan strategik dengan mekanisme

yang sesuai, mengikut ketetapan hala tuju, keperluan sekolah dan secara komprehensif.

3. PGB mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang. Mengetuai

pelaksanaan pemantauan, menyediakan rumusan dan mengambil tindakan susulan mengikut

ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan.

4. PGB menerajui aktiviti instruksional secara berkesan. Melaksanakan PdP, menyediakan

Rancangan Pelajaran Harian (RPH), menaksir tahap penguasaan murid dan menyemak

hasil kerja murid mengikut arahan yang berkuat kuasa, mematuhi jadual, secara tekal dan

menyeluruh.

5. PGB menerajui aktiviti instruksional secara berkesan. Mengetuai pelaksanaan pencerapan

PdP, memberi maklum balas dan bimbingan serta mengambil tindakan susulan mengikut

ketetapan, mematuhi perancangan, secara menyeluruh dan berterusan.

6. PGB menerajui aktiviti instruksional secara berkesan. Mengetuai pemantauan kemajuan

dan pencapaian murid dengan menganalisis pencapaian murid, menyediakan rumusan dan

mengambil tindakan susulan mengikut ketetapan, secara menyeluruh dan berterusan.

7. PGB menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan sistematik.

Mengenal pasti, mengambil tindakan dan menyelesaikan masalah/isu pengoperasian sekolah

dengan mekanisme yang sesuai, secara menyeluruh, telus, kreatif dan inovatif.

B. PGB bertindak sebagai Pembimbing

Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi untuk meningkatkan

kecekapan individu dan kualiti pengurusan sekolah.

1. PGB memberi bimbingan kepada guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana ( AKP ) secara

profesional dan terancang. Memberi input, panduan dan maklum balas kepada guru dan

AKP mengikut keperluan, secara jelas, menyeluruh dan dari semasa ke semasa.

2. PGB memberi bimbingan kepada barisan pemimpin yang diturun kuasa secara profesional

dan sistematik. Memberi panduan, maklum balas dan pendedahan berkaitan tugas kepada

PK, GKMP (Guru Kanan Mata Pelajaran) dan Ketua Panitia (KP) mengikut keperluan, secara

jelas, menyeluruh dan dari semasa ke semasa.

C. PGB bertindak sebagai Pendorong

Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi untuk meningkatkan

motivasi warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan

berkualiti.

1. PGB mendorong warga sekolah secara profesional. Mendorong warga sekolah dengan

menjadi role model dalam melaksanakan tugas, penampilan diri, sebagai pakar rujuk dan

cara berkomunikasi secara tekal, bersungguh-sungguh dan menyeluruh.

2. PGB menggalakkan warga sekolah memberi input secara terancang. Mendengar, menerima

dan mengambil tindakan terhadap pandangan warga sekolah berkaitan pemajuan sekolah

dengan sikap terbuka, secara tekal, menyeluruh dan mengikut keperluan atau kesesuaian.

standard 2

pembelajaran

& pengajaran

PdP BERKUALITI

Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan satu usaha untuk melahirkan murid yang menguasai pelbagai

kemahiran agar mampu bersaing di peringkat global. Di samping itu, mereka juga diharapkan dapat

membangun secara seimbang dan holistik berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dalam merealisasikan

hasrat tersebut, pengajaran dan pembelajaran berkualiti yang berpusatkan murid merupakan antara

elemen yang penting. Terdapat enam aspek utama proses pengajaran dan pembelajaran yang

perlu diberi perhatian yang khusus bagi menjamin pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad

ke-21 yang berkualiti. Aspek-aspek tersebut adalah:

1. Perancangan

2. Pembelajaran berasaskan aktiviti

3. Pentaksiran untuk pembelajaran

4. Penyoalan

5. Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

6. Refleksi

Perancangan PdPc yang bersistematik adalah penting untuk memastikan proses pengajaran

dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik dan murid berupaya mencapai objektif

pembelajaran. Dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran, murid seharusnya diberi

peluang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran secara aktif yang berpusatkan murid.

Aktiviti pembelajaran juga harus mengambil kira kepelbagaian murid supaya potensi setiap murid

dapat dibangunkan secara optimum. Sehubungan dengan perkara itu, aktiviti pembelajaran juga

harus dapat memupuk murid ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu kemahiran

berkomunikasi, berkolaboratif, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta mengintegrasikan

kemahiran berfikir aras tinggi. Dalam usaha menjamin keberkesanan pembelajaran, pentaksiran

terhadap pembelajaran pula harus berlaku secara berterusan sepanjang proses PdPc bagi mengukur

tahap pembelajaran murid dan menilai sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak.

Selain itu, penyoalan berkualiti amat penting dalam proses menggalakkan pembelajaran.

Penyoalan secara lisan dan bertulis turut diberi penekanan kerana teknik ini berkesan untuk guru

mengawal perkembangan pembelajaran murid. Melalui penyoalan, murid berupaya menyelia

perkembangan pembelajaran secara kendiri. Penggunaan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran juga perlu sesuai dan berkesan untuk mencapai objektif pembelajaran. Perancangan

pembelajaran murid juga perlu mengambil kira tahap perkembangan murid dan kepelbagaian gaya

pembelajaran murid. Di samping itu penggunaan TMK juga harus diintegrasikan dalam penggunaan

bahan. Untuk menilai proses pengajaran dan pembelajaran serta membuat penambahbaikan

terhadap pembelajaran akan datang, guru perlu sentiasa melakukan refleksi. Proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti dalam pembelajaran abad ke-21 berupaya dicapai melalui keenamenam

aspek tersebut.

6 aspek ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti penyampaian, pengetahuan, kemahiran

dan keberhasilan pembelajaran murid.

standard 3

ekosistem

deskripsi

slb

3.2 EKOSISTEM EMOSI YANG MANTAP

Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013 – 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara

fokus PPPM adalah berkaitan dengan enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,

kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

KREATIVITI

Rajah x : 4K Pemacu

Kecemerlangan SLB

Aspirasi murid ketiga iaitu kemahiran memimpin mempunyai kesinambungan yang tepat dengan

agenda pelaksanaan Johor Student Leaders Council (JSLC). JSLC ialah satu organisasi pemimpin

pelajar tertinggi di dalam negeri Johor yang menghimpunkan pemimpin pelajar terbaik dari sekolahsekolah

menengah. Melalui aktiviti berbentuk kepimpinan seperti JSLC ini, bakat kepimpinan ini

secara tidak langsung dapat diasah di luar bilik darjah. Mengambil kira matlamat meningkatkan

kualiti pendidikan khususnya dalam aspek kepimpinan, JSLC dijadikan salah satu daripada tujuh

Showcase Jabatan Pendidikan Negeri Johor. JSLC merupakan satu-satunya program kepimpinan

murid yang berpusat dan bersistematik di Malaysia. Sejak 2010, kita telah berjaya membentuk satu

kumpulan pemimpin muda yang terlatih dan bersedia untuk meneruskan agenda negara di masa

akan datang.

KOMUNIKASI

Oleh yang demikian JPNJ telah memperluaskan program ini melalui program Badan Pemimpin

Pelajar (Student Leaders Board, SLB). SLB berperanan untuk mengenalpasti, mengumpul,

melatih serta menonjolkan pemimpin-pemimpin muda seawal peringkat menengah rendah untuk

diketengahkan melalui modul latihan dan projek yang dirangka secara sistematik dan terkawal.

Kumpulan pemimpin muda ini akan mengikuti latihan kepimpinan dan di akhir modul latihan ini,

mereka perlu melaksanakan projek atau aktiviti mengikut idea mereka sendiri. Selaras dengan

moto ‘From the Student, By the Student, For the Student’, inisiatif ini merupakan satu replikasi

JSLC di peringkat sekolah untuk mempastikan kelangsungan agenda menyerlahkan dan memupuk

kepimpinan murid.

KOLABORASI

Dalam kerangka PAK-21 menerusi tunjang ketiga iaitu ekosistem, pelaksanaan SLB ini menjadi nilai

tambah kepada elemen sosial yang membantu ke arah kemenjadian murid. Elemen kepimpinan

dalam SLB memerlukan kombinasi 4K iaitu kreativiti, komunikasi kolaborasi dan berfikiran kritikal

agar kualiti kepimpinan yang holistik dapat dibentuk. Setiap elemen 4K ini terkandung di dalam

modul pelaksanaan SLB. Contohnya, modul latihan kepimpinan menekankan keupayaan komunikasi

berkesan, percambahan idea kreatif dalam perancangan aktiviti, berkolaborasi dengan rakan SLB

yang lain dan banyak lagi yang berupaya menepati keperluan 4K.

BERFIKIRAN

KRITIKAL

standard 4

pibk strategik

pibk strategik

Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013 – 2025), telah

menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta perlu diperluas dan

diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu

bapa, komuniti malah pihak swasta untuk lebih aktif. Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah

mengubah konsep pendidikan dan memberi keutamaan daripada “pembelajaran berasaskan

sekolah” kepada “pembelajaran berasaskan sistem”, iaitu melibatkan ibu bapa, komuniti, pihak

swasta dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid.

Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti

pembelajaran murid memberi kesan yang signifikan. Contohnya, kajian yang dijalankan oleh Centre

for Social Organization of Schools di Amerika Syarikat mendapati sekolah yang melibatkan komuniti

menikmati manfaat termasuk penurunan kadar ponteng sekolah, kadar menyiapkan kerja sekolah

yang lebih tinggi, dan pencapaian gred yang lebih baik dalam kalangan murid.

Penglibatan PIBK SMK Seri Kota Paloh, Kluang

Penglibatan PIBK SK Laksamana, Kota Tinggi

Justeru, di dalam Standard Prestasi bagi tunjang PIBK Strategik ini menggariskan empat

elemen penting yang terkandung di dalamnya, iaitu ;

• Pengurusan PIBG yang menyokong kepada pembangunan ekosistem pembelajaran abad 21.

• PIBK terlibat secara langung dalam pembangunan potensi murid.

• Permuafakatan strategik KSIB membantu menyokong ekosistem pembelajaran abad 21.

• Pelibatan komuniti untuk program pembangunan pendidikan abad 21.

Rajah x : Sistem Pembelajaran

Sumber : PPPM, Bab 7 Struktur Sistem

Penglibatan PIBK Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim, Johor Bahru

Aspek 4.1

Aspek 4.2

Aspek 4.3

STANDARD PRESTASI TONGGAK PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)

Pengurusan PIBG yang menyokong kepada pembangunan ekosistem

pembelajaran abad 21.

PIBK terlibat secara langsung dalam pembangunan potensi murid.

Permuafakatan strategik KSIB membantu menyokong ekosistem

pembelajaran abad 21.

Aspek 4.4 Pelibatan komuniti untuk program pembangunan pendidikan abad 21.

Aspek 4.1

Pernyataan

Standard

SKOR 4

SKOR 3

SKOR 2

SKOR 1

SKOR 0

BUKTI OBJEKTIF

DOKUMEN

Sokongan PIBG Terhadap PAK21

Pengurusan PIBG yang menyokong kepada

pembangunan ekosistem pembelajaran abad ke 21.

• Yang Dipertua memimpin organisasi dan

jawatankuasa pengurusan PIBG secara efektif dan

cemerlang.

• Semua aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan

dan disemak serta ditambah baik

• Organisasi/ jawatankuasa mendapatkan,

menganalisis maklum balas dan menggunakan

maklumat tersebut untuk penambahbaikan

• Organisasi/ jawatankuasa dapat menjana sumber

dana PIBG dan kewangan diurus dengan berkesan.

• Organisasi/ jawatankuasa melaksanakan aktiviti

promosi inisiatif secara meluas dan berkesan

Organisasi/ jawatankuasa memenuhi mana-mana 4

daripada 5 perkara di atas

Organisasi/ jawatankuasa memenuhi mana-mana 3

daripada 5 perkara di atas

Organisasi/ jawatankuasa memenuhi mana-mana 2

daripada 5 perkara di atas

Organisasi/ jawatankuasa tidak melaksanakan mana-mana

daripada 5 perkara di atas

• Fail pengurusan PIBG

• Senarai jawatankuasa PIBG

• Minit mesyuarat jawatankuasa dan biro/

jawatankuasa kecil PIBG

• Pengurusan Program (PDCA)

• Analisis maklum balas

• Penyata kewangan/ laporan kewangan

tahunan PIBG

Aspek 4.2

Pelibatan PIBK Dalam PAK21

PEMERHATIAN

• Aktiviti yang dijalankan

• Ekosistem PAK21

• Aktiviti promosi

SKOR

SKOR 4

SKOR 3

SKOR 2

SKOR 1

SKOR 0

BUKTI OBJEKTIF

DOKUMEN

• Ibu bapa dan komuniti terlibat dalam menyediakan

perancangan pembangunan potensi murid.

• Ibu bapa dan komuniti terlibat dalam melaksanakan

program pembangunan potensi murid.

• Ibu bapa dan komuniti terlibat dalam menilai

dan membuat penambah baikan program

pembangunan potensi murid.

• Ibu bapa terlibat sebagai pemudah cara/ jurulatih/

pembantu guru dalam program pembangunan

potensi murid.

• Jawatankuasa PIBK dibentuk melibatkan wakil

sekolah, PIBG dan komuniti

Pelibatan memenuhi mana-mana 4 daripada 5 perkara di

atas

Pelibatan memenuhi mana-mana 3 daripada 5 perkara di

atas

Pelibatan memenuhi mana-mana 2 daripada 5 perkara di

atas

Tiada pelibatan pada mana-mana daripada 4 perkara di atas

• Fail pengurusan PIBK

• Senarai jawatankuasa PIBK

• Minit mesyuarat jawatankuasa PIBK

• Pengurusan Program (PDCA)

Aspek 4.3

Pernyataan

Standard

SKOR 4

SKOR 3

SKOR 2

SKOR 1

SKOR 0

BUKTI OBJEKTIF

KSIB Yang Proaktif

PEMERHATIAN

• Aktiviti yang dijalankan

Permuafakatan strategik KSIB membantu menyokong

ekosistem pembelajaran abad 21

• Pembentukan struktur organisasi KSIB melibatkan

penyertaan rakan strategik.

• Perancangan program disediakan dan dibentangkan

dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG untuk

diluluskan.

• Ahli Kumpulan Sokongan Ibu bapa (KSIB)

sentiasa menggerakkan inisiatif/ program/ aktiviti

pembangunan ekosistem pembelajaran abad 21.

• Kumpulan Sokongan Ibu bapa (KSIB) mewujudkan

hubungan erat sesama mereka dalam kelas yang

sama.

• Maklumat tentang pencapaian dan kejayaan

program Kumpulan Sokongan Ibu bapa (KSIB) yang

membantu Program Pembangunan Sekolah (SIP)

dihebahkan untuk pengetahuan ibu bapa.

Pelibatan memenuhi mana-mana 3 daripada 5 perkara di

atas

Pelibatan memenuhi mana-mana 2 daripada 5 perkara di

atas

Pelibatan memenuhi mana-mana 1 daripada 5 perkara di

atas

Tiada pelibatan pada mana-mana daripada 5 perkara di atas

SKOR

Pernyataan

Standard

PIBK terlibat secara langsung dalam pembangunan

potensi murid

SKOR

DOKUMEN

• Jawatankuasa KSIB.

• Minit Mesyuarat KSIB.

• Analisis maklum balas ahli KSIB.

• Senarai/Program melibatkan rakan

strategik

PEMERHATIAN

• Papan kenyataan

• Bunting/ ‘banner’

• Laman sesawang

• ‘War room’

Aspek 4.4

Pernyataan

Standard

SKOR 4

Pelibatan Komuniti Untuk Program Pembangunan

Pendidikan Abad 21

Pelibatan komuniti sebagai satu sumber sokongan

tenaga, kewangan, kepakaran dan peluang.

• Komuniti terlibat secara aktif dalam perancangan

dan menggerakkan progam pembangunan

pendidikan sekolah meliputi program peningkatan

akademik, kokurikulum, dan sahsiah.

• Komuniti memberi bantuan dalam pelbagai bentuk

seperti kewangan dan kepakaran dalam program

pembangunan pendidikan sekolah.

SKOR

SKOR 3

SKOR 2

SKOR 1

SKOR 0

BUKTI OBJEKTIF

DOKUMEN

• Keterlibatan komuniti dalam enam bidang utama

mencapai KPI yang ditetapkan (65%) secara

sukarela.

Pelibatan memenuhi mana-mana 3 daripada 4 perkara di

atas

Pelibatan memenuhi mana-mana 2 daripada 4 perkara di

atas.

Pelibatan memenuhi mana-mana 1 daripada 4 perkara di

atas.

Tiada pelibatan pada mana-mana daripada 4 perkara di

atas.

PEMERHATIAN

• Perancangan Program (PDCA)

• Laporan program

• Data pelibatan komuniti daripada sistem

e-Sarana.

• Papan kenyataan

• ‘War room’

• Aktiviti yang dijalankan

glosari

lampiran

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!