03.08.2021 Views

BULETIN JPTV 1

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Musang King

Durian Musang King yang nama asalnya Raja Kunyit

didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai

D197 pada tahun 1993. Baka durian ini berasal dari

Kelantan, Malaysia. Pohon induk asalnya tumbuh di

Pulau Raya, sebuah pulau tengah Sungai Kelantan

berdekatan dengan Pekan Tanah Merah. Masyarakat

Cina tempatan menggelarnya sebagai Mao Shan Wan

yang bermaksud raja kucing gunung iaitu merujuk

kepada bentuk isi durian yang mirip posisi seekor

kucing sedang tidur. Lama-kelamaan panggilan itu terus

melekat dan mula digunakan secara meluas sehingga

perkataan ‘mao shan ditukar kepada sebutan “Musang”.

Sementara itu, perkataan wang ditukar kepada “King”

sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini.

Dengan nama baru ini dan dengan peningkatan hasil dan

kualiti buah, akhirnya durian Musang King atau Raja

Kunyit menjadi begitu popular di rantau ini termasuk

Singapore, Hong Kong, Brunei, China dan Indonesia.

Unit Agro yang dipimpin oleh

En Khu Eian Chun bersama-sama

pelajar RBT telah melaksanakan

Projek Penyediaan Tapak Penanaman

Durian Musang King

Dipercayai induk

pokok Musang King di

Tanah Merah, Kelantan

yang berusia 200 tahun

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!